tekanan emosi di kalangan kanak

Upload: laveder-mia

Post on 07-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Tekanan Emosi Di Kalangan Kanak

    1/6

    Tekanan Emosi di Kalangan Kanak-kanak

    Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi

    orang yang kerap menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu

    menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan

    mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat

    demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan

    emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas

    harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di

    sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering

    menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai

    -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada

    seseorang individu.

    Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?

    Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

    Seorang lelaki yang dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi

    mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia tidak dapat menjelaskan

    hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa.

    Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang.

    Tidurnya tidak lagi nyenyak , tubuhnya sering menggeletar danjantungnya berdegup kencang. Dia mungkin sering diserang sakit kepala

    dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan

    emosi yang dialaminya.

    Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil

    rendah pelajaran mengeluh sering sakit kepala , sakit perut dan tidak

    dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan

    kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itudengan jayanya.

    Dalam satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun

    dibawa ke klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalau

    . Apabila diperiksa , kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila

    diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya diberitahu bahawa si

    ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak -

    kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan

    dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya

  • 8/3/2019 Tekanan Emosi Di Kalangan Kanak

    2/6

    menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang -barang

    kawan -kawannya ditadika.

    Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing

    malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurangstabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura -ura untuk

    berpisah.

    Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang

    dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan

    dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan

    perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan

    ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di

    sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan

    memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit

    sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak -

    kanak tersebut.

    Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang

    selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang

    lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak subur.

    Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur

    telah diperiksa di klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi

    tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami

    depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah

    atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam

    kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian

    diberikan rawatan kaunseling . Dia telah dapat mengubah caragaya

    keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi

    lebih mesra. Sianak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih

    baik. Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih memuaskan

    selepas beberapa bulan kemudian.

    Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa

    tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat

    usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza

    mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami

    tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang

  • 8/3/2019 Tekanan Emosi Di Kalangan Kanak

    3/6

    menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam ,

    menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.

    Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih

    kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanakyang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu

    melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika

    wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit

    berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai

    dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi.

    Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada

    kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit

    fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.

    Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di

    rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga

    perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari

    punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah

    mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan

    fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan.

    Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolahnya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan

    mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan

    dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -

    kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak

    lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan

    menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di

    kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian

    yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatanyang dimlikinya.

    Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya.

    Umpamanya , program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan

    diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -

    kanak lain secara lebih cepat.

    Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang

    khusus ( learning disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat majudalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal

  • 8/3/2019 Tekanan Emosi Di Kalangan Kanak

    4/6

    pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya

    bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk

    mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.

    Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serbakekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan

    peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan

    untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka.

    Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat

    kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila

    mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami

    ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta

    tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarangdalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu ,

    para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif

    untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa

    dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran

    sosial mereka.

    Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti

    dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi ,

    terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanakyang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung ,

    merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering

    kelihatan tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak

    mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin

    menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur

    dan menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak

    menyenangkan.

    Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu

    keputusan peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan

    rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -

    anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik

    perasaan dan mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah

    memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada

    anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup.

    Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang

    mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri

  • 8/3/2019 Tekanan Emosi Di Kalangan Kanak

    5/6

    si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu

    didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.

    Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ?

    Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan

    seorang yang lain dan ini bergantung pada personaliti atau

    perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi lagi dan

    mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka ,

    pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau

    menghilangkan sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya.

    Dikalangan orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja

    walaupun berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yangmudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara untuk

    mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.Keupayaan berfikir dengan

    tenang dan kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat

    kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk

    mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Seseorang yang sering

    resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran

    perlu mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya.

    Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi

    kelemahan -kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang

    sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui

    pendidikan dan contoh -contoh positif.

    Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi

    seseorang kanak -kanak. Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10

    tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk

    menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawapengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak

    mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia

    seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi.

    Apabila anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan

    kanak -kanak lain yang sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian

    yang lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi akademiknya mungkin

    akan lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi membantunyadalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya

  • 8/3/2019 Tekanan Emosi Di Kalangan Kanak

    6/6

    tahun demi tahun semakin merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan

    dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila berhadapan dengan

    sesuatu cabaran.

    Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskantidak akan mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih

    menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan , sokongan dan

    tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam

    pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi.

    Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin

    menunjukkan tingkah laku seperti melawak , menjadi agresif , sentiasa

    resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.

    Kesimpulan

    Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia.

    Manifestasi yang ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap

    perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri -ciri

    tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.

    Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa

    dengan teliti supaya segala punca boleh dikaitkan dengan penyakitorganik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepada

    masalah psikososial kanak -kanak itu.