7 perkembangan sosio-emosi kanak-kanak

Upload: muhammad-shafiq-dollah

Post on 18-Jul-2015

1.233 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

http://namakushap.blogspot.com/

TRANSCRIPT

SOALAN: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosio-emosi kanak-kanak sekolah rendah (umur 6-12 tahun)?

Group Math IPGKPP PISMP Ambilan 2012

sosial -

semua aspek yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

emosi-

perasaan yang kuat dalam diri seseorang yang boleh ditonjolkan melalui tingkah laku.

sosio-emosi-

proses berinteraksi dan mengadaptasikan diri kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan sekelilingnya.

Sosio-emosi Pengajian mengenai kanak-kanak dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah mengenai bagaimana kanak-kanak tersebut belajar menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sekeliling. Kanak-kanak bermain menjadi fokus utama kepada banyak pengkaji untuk melihat tahap perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Bermain adalah sumber perkembangan dan mewujudkan zon perkembangan proksimal (Vygotsky, 1967, p.16)

Peringkat konflik emosi dan ciri-cirinya (Erik Erikson)Keinginan menguasai sesuatu

Keinginan berjaya

Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial

Memerlukan peneguhan positif/penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya.

Merasa kompleks rendah diri jika dikritik

KETURUNAN/ GENETIK

GURU

IBU BAPA

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI KANAK-KANAKDIRI SENDIRI ADIKBERADIK

RAKAN SEBAYA

IBU BAPA Memberi impak yang besar kepada sosioemosi kanak-kanak. Faktor Parenting style: 1. Autoritarian = ibu bapa bersifat tegas dan terlampau kawal anaknya. 2. Autoritatif= mendidik anaknya dengan kasih sayang dan sentiasa mengalakkan supaya anaknya berdikari. 3. Permisif = terlalu memberi kebebasan terhadap anak-anaknya. Berdasarkan teori, kanak-kanak berumur lingkungan ini memerlukan peneguhan positif terhadap tugas yang disempurnakannya. Sifat kanak-kanak itu juga dipengaruhi cara asuhan ibu bapa dan tahap pendisiplinan yang digunakan.

RAKAN SEBAYA Penerimaan seseorang kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti dengan kanak-kanak lain mempengaruhi pergaulannya. Kanak-kanak yang pandai bergaul dan melibatkan diri dengan rakan sebaya dapat bersosial dengan baik.

Pandangan negatif rakan-rakan juga terhadap seseorang kanak-kanak juga mempengaruhi sosioemosinya. Contohnya seperti mengejek,memperlekeh dan sbgnya.Semasa prasekolah, kanak-kanak yang pandai bergaul menjadi lebih mahir dalam memahami isyarat permainan yang dipamerkan oleh rakanrakan dan saling bertolak ansur untuk memperbaiki jenis permainan yang mereka main. (Goncu, 1993; Howes, 1987).

Guru berperanan untuk memperkembangkan tahap emosi kanak-kanak. Guru juga kadang-kadang harus bersikap rendah diri untuk berkawan dengan murid-murid. Sokongan guru kepada kanak-kanak yang bermain meningkatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Penglibatan orang dewasa untuk memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak dalam permainan dapat meningkatkan sosio-emosi kanak-kanak. Tetapi, menjadi kurang berkesan jika orang dewasa mengarah cara permainan itu dimainkan kepada kanak-kanak. (Johnson et al., 1999; Roskos & Neuman, 1993)

DIRI SENDIRI Thomas and Chess (1992) telah menghurai jenis kanakkanak mengikut perangai iaitu: 1. Kanak-kanak normal- Kebiasaannya riang dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. 2. Kanak-kanak bermasalah- Kebiasaannya agresif dan sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. 3. Kanak-kanak khas- Lambat bertindakbalas dengan persekitaran baru, kurang aktif dan berfikiran negatif. penampilan diri - Individu yang mempunyai fizikal yang menarik mempunyai estim diri dan keyakinan diri yang tinggi untuk bergaul. - Menerima layanan yang lebih istimewa daripada orang sekelilingannya. Sebaliknya, jika seseorang itu mengalami kecacatan atau OKU, emosinya akan terganggu myebabkan sukar untuk bergaul.

BAKA/GENETIK Faktor baka ini dikenali sebagai gen yang dibawa oleh kromosom-kromosom sel sperma dan sel ovum yang mengandungi sifat baka. Gen ini menentukan pewarisan ciri-ciri perkembangan emosi individu.

Kajian menunjukan ciri ciri emosi dan sosial kanak-kanak ini diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yangmempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yangagresif dan autokratik

Dalam keluarga, sifat adik-beradik dan hubungan berbeza ibu bapa dengan anak-anak turut mempengaruhi sosio-emosi kanakkanak. Pengaruh adik-beradik kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak prasekolah ialah boleh memupuk dan menyokong atau penuh dengan konflik. (Berger, 2000)

BIBLIOGRAFI Mohd. Sharani Ahmad, (2004). Psikologi Kanak-Kanak, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, (2012). Perkembangan Kanak-Kanak, Selangor :Penerbitan Multimedia SDN.BHD. Janice J. Beaty, (2006). Observing Development of the Young Child, Columbus : Pearson Prentice Hall. Frost. Joe.L, Worthham Sue C & Reifel Stuart. (2005). Play and Child Development, Columbus: Pearson Prentice Hall.