laapangan 26

22
LAPANGAN On The Ground Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain Generasi Pelapis Kelas Bahasa Isyarat di Putrajaya MRA Kedah beraksi lagi Lawatan guru UPSI ke SKR-MRA LAPANGAN26-2013 Kelas Bahasa Isyarat MRA di Taman Botani, Putrajaya

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 18-Mar-2016

240 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan

TRANSCRIPT

Page 1: LaAPANGAN 26

LAPANGAN On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

Generasi Pelapis Kelas Bahasa Isyarat di Putrajaya

MRA Kedah beraksi lagi Lawatan guru UPSI ke SKR-MRA

LAPANG

AN 26-

2013

Kela

s Ba

hasa

Isya

rat M

RA d

i Tam

an B

otan

i, Pu

traj

aya

Page 2: LaAPANGAN 26

MEMBINA GENERASI PELAPIS PEKERJA BANTUAN

KEMANUSIAAN (HUMANITARIAN) Pekerja Bantuan Kemanusiaan adalah

mereka yang berani menyahut

cabaran untuk bertugas di wilayah

dan kawasan yang tidak ramai mahu

berada apatah lagi menjejakkan kaki

di kawasan tersebut.

Kawasan berisiko tinggi yang ter

dedah kepada bencana alam dan

bahaya ciptaan manusia adalah

tempat bermain dan menimba

pengalaman bagi para pekerja

bantuan kemanusiaan.

MRA juga sedang mengenalpasti

individu yang bersedia untuk menjadi

sukarelawan `humanitarian` bagi

m e m a s t i k a n d u n i a b a n t u a n

kemanusiaan di Malaysia tidak

tandus daripada tenaga dan ide

generasi muda yang semakin

terbuai dengan kesibukan gaya hidup

moden yang sibuk melayan gajet dan

media sosial.

Dengan fenomena perubahan iklim

yang semakin ketara, lebih ramai

Humanitarian perlu disiapkan, tapi

mampukah kita?

MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif

Dunia Barat, negara-negara maju dan

sebahagian negara Dunia Ketiga

mempunyai jumlah pekerja bantuan

kemanusiaan (humanitarian) yang ramai.

Mereka ini terlatih dan berpengalaman,

mempunyai kemahiran dan kepakaran

dalam bidang-bidang yang diperlukan.

Pekerja bantuan kemanusiaan terbahagi

kepada beberapa kelompok, antaranya

adalah kelompok pengurusan yang meng

urus dan mentadbir organisasi, kelompok

pakar (expert) yang terlibat secara sepenuh

masa dilapangan, kelompok advokasi yang

bertanggungjawab memberikan penerangan

dan mencari penyelesaian melalui pelbagai

cara konvesional dan tidak konvensional.

Kelompok yang tidak kurang pentingnya

ialah para sukarelawan yang membantu

mengikut kapasiti masing-masing secara

separuh masa dan berkala.

Di Malaysia, pekerja bantuan kemanusiaan

secara sepenuh masa sangatlah sedikit dan

tidak ramai yang mempunyai pengalaman

luas. Mungkin ianya adalah kerana

kurangnya berlaku bencana skala besar di

Malaysia atau juga kerana kecekapan dan

kemampuan agensi-agensi kerajaan dalam

mendepani dan menangani bencana dan

mangsanya secara pantas dan berkesan.

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan

PENGARAH LATIHAN

& PENGEMBANGAN

En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH

PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH

PEMBERDAYAAN EKONOMI

Dr. Hyan Yusoff

PENGARAH BANTUAN

KECEMASAN & LOJISTIK

Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

Page 3: LaAPANGAN 26

MRA KEDAH beraksi lagi Rumah Anak-anak Yatim Darul Sakinah

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) cawangan Negeri

Kedah, diketuai oleh Dr. Saifullah Al Hany telah berjaya meng

gendalikan satu program rawatan kesihatan bertempat di sebuah

rumah anak yatim yang dikenali sebagai Rumah Darul Sakinah,

Sungai Petani. Sejumlah 40 orang penghuni rumah anak yatim,

lelaki dan perempuan telah mendapatkan rawatan dari tim

perubatan MRA.

Doktor-doktor sukarela hari ini terdiri daripada para

doktor yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah

Menyukat ketinggian, menimbang berat bagi

mendapatkan BMI setiap seorang

LAPANGAN 26 - 2

Page 4: LaAPANGAN 26

Rumah Anak Yatim Darul Sakinah merupakan sebuah

rumah anak yatim yang terletak di Sungai Petani dan

didiami oleh seramai hampir 50 orang anak yatim lelaki

dan perempuan, yang datang dari pelbagai pelusuk

negara, tidak terhad hanya kepada rakyat negeri Kedah

semata.

Selain dari mengadakan program pemeriksaan

kesihatan, MRA turut mengadakan program gotong

royong pembersihan di persekitaran Rumah Anak

Yatim tersebut.

Program ini telah turut disertai oleh 40 orang penuntut

dari Kolej Komuniti Sg. Petani, kakitangan perubatan

dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani termasuk

para SAHABAT MRA yang berada di Sg. Petani.

MRA Kedah sebelum ini pernah mengadakan Program

Pemeriksaan Kesihatan yang kami sebut sebagai Klinik

Lapangan di beberapa buah tempat antaranya di

Perkampungan Orang Asli di Ulu Legong dan Pondok

Haji Salleh, Sik, Kedah. Kami turut mengadakan

projek berkhatan pada setiap tahun sempena cuti

sekolah.

MRA Kedah sedang dalam proses mempersiapkan dan

memperbaiki gerakerja mereka di seluruh negeri Kedah

agar menjadi lebih efektif, tersusun dan lebih

menyeluruh. Justeru kami mengalu-alukan mana mana

individu ataupun organisasi untuk tampil berkerjasama

dengan MRA dalam menjayakan mana-mana misi

bantuan yang bakal kami anjurkan dimasa mendatang. Dr. Saifullah turut merawat pesakit

Beramah mesra bersama

anak-anak yatim

Para SUKARELAWAN dan SAHABAT MRA bergambar

ramai setelah tamat program pemeriksaan kesihatan

LAPANGAN 26 - 3

Page 5: LaAPANGAN 26

Praktikal Bahasa Isyarat di Taman Botani, Putrajaya

Kelas Bahasa Isyarat MRA diteruskan lagi

dengan latihan penerusan yang lebih santai

dan ceria. Kami telah bersetuju untuk men-

gadakan latihan susulan di Taman Botani,

Putrajaya.

Para pelajar dan para fasilitator telah

menunjukkan komitmen dan kesungguhan

masing-masing kerana sanggup hadir me-

luangkan masa cuti mereka untuk menjaya-

kan kelas susulan ini.

Para pelajar juga telah berpeluang menjalani

latihan praktikal berbahasa Isyarat di Taman

Botani dan juga di Alamanda, Putrajaya.

Semoga semua pihak yang terlibat menda-

pat manfaat dari program ini hendaknya.

Praktikal Bahasa Isyarat dengan para fasilitator yang berpengalaman luas

Sesi ulangkaji dan ramah mesra

LAPANGAN 26 - 4

Page 6: LaAPANGAN 26

berkunjung ke UPSI

Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Perpustakaan UPSI, kaya dengan khazanah pendidikan dan perguruan,

satu penghormatan buat MRA untuk mengadakan pameran disini kelak

Malaysian Relief Agency

(MRA) telah berkunjung ke

Universiti Perguruan Sultan

Idris, di Kuala Kangsar, Perak

baru-baru ini.

Berada di Universiti yang cukup

terkenal dalam melahirkan tokoh

pejuang dan cendikiawan ini

merupakan satu penghormatan

kepada kami.

Berkerjasama dalam kerja-kerja

bantuan kemanusiaan dan

kesukarelaan pula merupakan

satu pengiktirafan kepada usaha

dan upaya yang telah dan sedang

digerakkan oleh MRA.

MRA bakal mengadakan

pameran dan perkongsian men-

genai gerakerja kami di

Perpustakaan UPSI kelak.

Nantikan kehadiran kami!

Sdr. Shahrul sedang menerangkan mengenai operasi MRA didalam dan diluar negara kepada wakil UPSI yang turut hadir

LAPANGAN 26 - 5

Page 7: LaAPANGAN 26

MRA sekali lagi menerima jemputan

dari NAZA Automotive Manufacturing

(NAM) untuk berkongsi mengenai ak-

tiviti dan kegiatan yang kami lakukan

didalam dan diluar negara bersama

mereka.

Namun, kali ini, MRA telah dijemput

untuk turut serta dalam satu mesyuarat

khas yang turut dihadiri oleh wakil-

wakil beberapa syarikat dan organisasi

lain yang beroperasi di Gurun, Kedah.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memu-

lakan satu inisiatif diantara organisasi

yang terlibat dalam kerja-kerja kebaji-

kan dan dakwah kepada masyarakat.

Ini bukanlah sesuatu inisiatif yang luar-

biasa, kerana sebelum ini pelbagai ker-

jasama berbilang organisasi telah

diadakan dalam bidang sukan, sosial

dan sebagainya. Jelas ini membuktikan

bahawa NAM menjadi pelopor kepada

konsep Ta`awanu-bertolong bantu

dalam kerja kebajikan dan taqwa. (Al

Ma`idah –2)

Wargakerja NAM sebelum ini telah turut menyumbang sejumlah dana kepada Tabung Kemanusiaan Arakan yang digerakkan oleh MRA

NAM pelopor konsep Ta`awanu

LAPANGAN 26 - 6

Page 8: LaAPANGAN 26

PERSATUAN PYAKTAW BERTEMU MRA Sdr. Shahrul dan Sdr. Johari telah mewakili MRA

dalam pertemuan dengan Persatuan Pyaktaw yang ber-

pejabat di Cheras Baru, Kuala Lumpur. Persatuan ini

lebih tepat lagi digelar sebagai persatuan anak-anak

Pyaktaw yang berada di Malaysia.

Persatuan yang telah bergerak sejak 10 tahun yang lalu

ini kelihatan aktif dan teratur, mempunyai aktiviti

yang terancang dan mempunyai sumber kewangan bu-

lanan yang baik.

Kami turut membincangkan bentuk kerjasama

yang boleh diadakan diantara MRA dan mereka,

memandangkan lokasi pejabat mereka dan

Sekolah Komuniti Rohingya MRA berada dalam

radius lingkungan yang begitu hampir sekali.

Kami turut bersoal jawab dengan wakil-wakil

Rohingya yang hadir dalam pertemuan tersebut,

terutamanya mengenai keadaan terkini di

Myanmar dan Arakan.

Anak-anak perantauan Pyaktaw di Cheras Baru

Sesi Penerangan mengenai aktiviti persatuan

Soal jawab diantara MRA dan ahli persatuan

LAPANGAN 26 - 7

Page 9: LaAPANGAN 26

Mesyuarat Tergempar Isu Meiktilla MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah bertindak

pantas memanggil sebuah Mesyuarat Tergempar bagi

membincangkan isu Meiktilla, iaitu serangan yang

dilakukan oleh sekelompok penduduk Myanmar yang

dikatakan beragama Buddha menyerang Masjid dan

penduduk beragama Islam disebuah bandar bernama

Meiktilla di Mandalay.

Pertelingkahan yang dikatakan bermula dengan jualbeli

emas yang tidak berjalan lancar diantara satu pasangan

Budda dengan pekedai emas Muslim. Dalam sekelip mata,

pertelingkahan ini bertukar menjadi siri serangan skala

besar besaran terhadap penduduk Islam yang bukannya

berbangsa Rohingya tetapi berbangsa India, Arab dan lain-

lain lagi.

Akibat serangan ini, beberapa buah Masjid dan ratusan

kedai dan rumah milik orang Islam telah rosak dan binasa,

ribuan pelarian Islam sedang berlindung disebuah stadium

di Meiktilla, menanti bantuan disalurkan kepada mereka

yang melarikan diri sehelai sepinggang sahaja.

Pejabat MRA di Rangoon juga sedang memantau

perkembangan di Meiktilla dengan teliti bagi membolehkan

MRA membuat keputusan terbaik sebelum menghantar

sebarang bantuan ke Meiktilla.

Muslim yang bukan Rohingya menjadi mangsa seterusnya

MRA turut dijemput oleh TV Al Hijrah melalui

Slot Rohingya Menangis untuk berkongsi

mengenai bantuan yang bakal disalurkan

kepada mangsa-mangsa di Meiktilla, malah

mereka turut menelefon Sdr. Shine @ Shahid,

Koordinator MRA Myanmar mengenai per

kembangan terkini di lapangan.

MRA akan terus membantu di Lapangan

Pimpinan Kanan termasuk Timbalan Presiden dan SUA turut serta bersama dalam mesyuarat ini. Hadir sama ialah

Ketua Biro Kesihatan MRA. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Biro Bantun Kecemasan & Lojistik MRA

LAPANGAN 26 - 8

Page 10: LaAPANGAN 26

ORANG RAMAI menyumbang

BARANGAN kepada MRA

KEDERMAWANAN seseorang itu tidak mem

punyai batasan. MRA cukup bertuah kerana mem-

punyai ramai penyumbang yang komited dan ikhlas

dalam memberikan sumbangan dana dan barangan.

Semoga Allah merahmati dan memberkati

kehidupan mereka ini sepanjang masa dan mem-

berikan ganjaran yang setimpal diatas pemberian ini.

Sumbangan yang mereka berikan kadangkala tidak

disangka dan tidak dijangka.

MRA mengalu-alukan sumbangan dana dan barangan

dari orang ramai, namun kami berharap ianya dilaku-

kan dengan penuh ikhlas mengambil iktibar dari kisah

pengorbanan antara manusia terawal, Habil dan Qabil.

Mesin basuh dan peti ais, masih elok dan baru

Televisyen besar... Set Hi Fi turut disumbangkan

LAPANGAN 26 - 9

Page 11: LaAPANGAN 26

KELAS SENI LUKIS UNTUK

ANAK-ANAK ROHINGYA

Para Guru dan pentadbir Sekolah Komuniti Rohingya MRA

sentiasa mencari jalan dalam memberikan keseronokan bagi

mewujudkan keinginan untuk belajar dan menuntut ilmu dalam

diri setiap anak-anak Rohingya.

Antaranya, ialah kami sering membawa anak-anak pelarian ini

keluar daripada sekolah mereka untuk berinteraksi dan bergaul

dengan para pelajar luar dari lingkungan sekolah mereka.

Kali ini, kami membawa para pelajar

Sekolah Komuniti Rohingya MRA ke

sebuah studio seni di Bukit Antarabangsa

bagi mencungkil bakat bakat seni yang

mereka miliki.

Disini, mereka diajar untuk melukis,

mewarna dan membuat arca. Peluang

yang diberikan ini membolehkan mereka

belajar diluar daripada kebiasaan mereka

di sekolah. Kami juga dapat mengenal

pasti potensi sebenar yang mereka miliki,

disamping bakat terpendam yang mereka

punyai.

Selain daripada ini, kami turut

mendedahkan anak-anak pelarian ini

dengan dunia luar melalui program lawa-

tan ketempat-tempat yang berfaedah serta

mengadakan kunjungan ke sekolah-

sekolah lain.

Syukur atas nikmat, dan redha atas ketentuan Illahi

LAPANGAN 26 - 10

Page 12: LaAPANGAN 26

ROHINGYA MENANGIS, begitulah tajuk Forum

yang disertai oleh MRA di Dataran Keris Mas di

Kolej Keris Mas. MRA telah diwakili oleh Sdr. Jo-

hari Kan, Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA

dan Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif MRA.

Kedua-dua ahli panel berpengalaman luas dalam pen-

yaluran bantuan ke bumi Arakan dan mereka berdua

telah pernah menjejakkan kaki ke bumi Arakan ter-

masuk ke bandar Sitwe. MRA telah menyalurkan

pelbagai bentuk bantuan di lapangan Arakan sejak

Ogos 2012 lagi.

Forum ini pula telah dipengerusikan oleh Pengarah

Eksekutif kepada Nasyid FM. Forum ini juga telah

disiarkan secara langsung di saluran Nasyid FM ini.

Sepanjang Forum berlangsung, kami dapati

sambutan dan maklumbalas dari para penonton

yang terdiri dari kalangan para penuntut amat mem-

berangsangkan, pelbagai soalan ditanyakan kepada

panelis forum menunjukkan kematangan dan mem-

pamerkan kecaknaan mahasiswa dalam isu-isu

menyentuh masalah umat serantau dan antara-

bangsa.

FORUM KASIH ROHINGYA menunjukkan kematangan dan mempamerkan kecaknaan mahasiswa dalam isu-isu menyentuh masalah umat serantau dan antarabangsa

Rohingya tidak dilupakan..

Johari mengupas mengenai keadaan Rohingya Terima sebagai Benggali atau terus tersiksa sebagai Rohingya

LAPANGAN 26 - 11

Page 13: LaAPANGAN 26

INFO KORPORAT

VISI

MISI MOTO

Maklumat Perhubungan

Maklumat Perbankan

Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB

20/2010) merupakan sebuah organisasi

bantuan kemanusiaan yang berdaftar

dengan Jabatan Perdana Menteri,

Malaysia. Sejak dari penubuhannya

pada 2009, MRA telah membantu melalui

progam bantuan kecemasan ke negara-

negara yang ditimpa musibah, bencana

alam, bencana buatan manusia dan

program pembangunan komuniti dialam

dan diluar negara

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling

Bermanfaat Kepada Orang Lain

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru

50300 Kuala Lumpur

MALAYSIA

Tel: 60 3 2697 2007

Faks: 60 3 2692 2002

Emel: [email protected]

Sawang: www.mra.my

Facebook: malaysianreliefagency

Twitter: malaysianrelief

Youtube: malaysianrelief

Menjadi sebuah badan bantuan

kemanusiaan yang efektif dan efisien

dalam membantu mereka yang

memerlukan

Memastikan pengurusan bantuan

yang cekap dengan mengaplikasikan

nilai-nilai murni seperti profesionalisme,

komitmen, kerjasama, tidak me-

mentingkan diri, penyayang.

Membangunkan dan melatih kemahiran

dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan

termasuk kemahiran teknikal, jaringan

perhubungan, pengenal pastian

masalah, penyediaan kertas kerja

projek dan pelaksanaan, pencarian

dana serta pengurusan.

MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365

Bank: Maybank Islamic Berhad

Swift Code: MBBEMMYKL

A/K No: 3988591608

Bank: Public Islamic Bank

Bersama anak-anak Palestin di tepi jalan

LAPANGAN 26 - 12

Page 14: LaAPANGAN 26

INDUKSI MRA KALI KE EMPAT 2013

4

Induksi SAHABAT MRA kali keempat ini disertai

oleh beberapa individu yang pernah terlibat dengan

kerja-kerja sukarela dengan beberapa organisasi lain

sebelum ini.

Seperti biasa, Induksi ini membincangkan bagaimana

gerakerja MRA apabila berlakunya sesuatu yang me-

merlukan MRA untuk turut terlibat sama.

Peserta Induksi juga didedahkan dengan konsep `Kera

di hutan disusukan, Anak sendiri tidur kekenyangan`,

yang mana menangkis sebarang tuduhan bahawa

MRA hanya bergiat membantu di luar negara dan

mengabaikan bantuan kepada penduduk dan rakyat

Malaysia yang memerlukan.

4 elemen utama yang menjadikan kehadiran sahabat yang baik pada

setiap kali program induksi diadakan adalah seperti berikut:-

1. Komitmen Bahagian SAHABAT MRA menjalankan kempen me-

maklumkan mengenai program ini disamping membuat panggilan

susulan bagi memastikan kehadiran peserta.

2. Tim Jurulatih dan Fasilitator yang komited. Pengerusi Biro Lati-

han dan Pembangunan MRA sendiri telah meluangkan masa be-

liau untuk turut hadir dalam setiap siri induksi.

3. Modul Induksi yang lebih bersepadu. Pengalaman mengadakan

kursus induksi tahun lalu diperkemaskan dan kali ini ianya lebih

terurus lagi.

4. SAHABAT yang komited. Alhamdulillah, kami mendapat ramai

SAHABAT yang berkualiti dan paling penting komited untuk

membantu MRA dalam apa segi yang termampu

Bersedia untuk meneroka alam bantuan kemanusiaan

Satu untuk semua dan Semua untuk satu

LAPANGAN 26 - 13

Page 15: LaAPANGAN 26

LAWATAN KERJA GURU-GURU DARI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kunjungan dua orang guru Mohd Hafizudin Jusoh dan

Mohd Azman Saleh dari bahagian silibus Universiti Pergu-

ruan Sultan Idris baru-baru ini ke Sekolah Komuniti Rohin-

gya bagi melihat kemampuan dan keupayaan para pelajar

kami membaca, menulis dan mengira amatlah dihargai dan

sangat kami alu-alukan.

Silibus Sekolah MRA ini dibangunkan melalui pengalaman

kami menggerakkan sekolah ini sejak 2009, serta dengan

membuat perbandingan dengan sekolah-sekolah pelarian

yang lain dan menanda aras (benchmark) sekolah keban-

gasaan dan sekolah antarabangsa yang ada di Malaysia.

Secara semangatnya, kami sangat serius mempersiapkan

anak-anak Rohingya ini untuk mereka bersedia serta

mempunyai ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang diper-

lukan bagi mereka membina kembali negara Arakan yang

mereka telah tinggalkan.

Apabila keamanan sudah mula dikecapi, apabila jaminan

mengenai keselamatan dan nyawa mereka dapat dipasti-

kan. Mereka mesti pulang untuk membangunkan, men-

jadikan Arakan sebuah negara yang maju, aman damai dan

makmur.

Kemampuan anak-anak Rohingya menguasai pelajaran diuji

oleh guru-guru UPSI yang hadir

Mendengar dengan serius...

Menegur sebarang kesilapan

yang dilakukan

LAPANGAN 26 - 14

Page 16: LaAPANGAN 26

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA

terima kunjungan TV Al Hijrah

Turut ditemuramah ialah Pengarah Eksekutif

MRA, Sdr. Shahrul. Beliau menyatakan bahawa

skala serangan terhadap umat Islam di Myanmar

semakin meningkat, ianya bukan lagi melibatkan

hanya mereka yang berbangsa Rohingya, malah

etnik Islam yang diiktiraf sebagai salah satu

daripada 136 etnik rasmi Myanmar juga telah

diserang, iaitu bangsa Kaman.

Malah dalam serangan di Takheta berhampiran

Ranggon dan Meiktila di Mandalay, yang menjadi

mangsa utama ialah penduduk yang berbangsa

India Muslim dan mereka ini adalah dari kalangan

pedagang (ahli perniagaan) dan telah menetap di

kawasan tersebut sejak zaman berzaman lagi.

MRA melalui pejabatnya di Rangoon akan

memantau perkembangan ini secara dekat dan

memastikan tahap keselamatan petugas MRA di

lapangan dalam keadaan baik dan selamat. MRA

juga mendesak agar kesemua pihak dapat

bertenang dan belajar untuk saling hormat

menghormati dan memahami ajaran agama lain

bagi menambah kefahaman masing masing.

Krew TV AL HIJRAH sekali lagi hadir di

Sekolah Komuniti Rohingya MRA bagi

mendapatkan maklumbalas dan maklumat

terkini dari MRA mengenai keadaan dan

situasi terkini yang sedang berlaku di

Myanmar dan khususnya terhadap nasib umat

Islam Rohingya.

Turut serta ialah wartawan penyiaran Sdr.

Lutfy Hafifi yang kelihatan begitu menguasai

kemelut sebenar yang melanda bumi Arakan

dan sejarah umat Islam Rohingya.

Mereka telah turut menemuramah salah

seorang guru kanan MRA yang telah bertugas

sejak dari tahun 2009 lagi, anak kelahiran

Arakan; Ustaz Shuaib. Beliau telah berkongsi

mengenai kejadian terkini yang sedang

melanda Myanmar dan beliau turut

melahirkan hasrat hati menyatakan bahawa

beliau mahu pulang dan berbakti kepada

negaranya sendiri, mengenang sanak saudara

yang dizalimi dan nasib komuniti mereka

yang tidak menentu, beliau melahirkan rasa

sedih dan kecewanya. LAPANGAN 26 - 15

Page 17: LaAPANGAN 26

MESYUARAT SUSULAN OPERASI DALAM NEGERI Kesuntukan masa dan kesukaran untuk bertemu di

kalangan EXCO MRA diatasi dengan mengadakan

mesyuarat pada waktu makan tengahari, cumanya

mesyuarat singkat tengahari ini hanya dapat membin-

cangkan paling banyak pun hanya dua agenda, namun

ianya sangat membantu kerana dapat membantu

melangsaikan beberapa isu penting berkaitan operasi

dan latihan.

Mesyuarat yang terkini ini diadakan di gerai makan di

Stadium Hoki Nasional di Jalan Duta berhampiran

dengan Stesen Bas Jalan Duta.

Mesyuarat ini membincangkan secara khusus

mengenai aktiviti yang perlu digerakkan oleh MRA

melalui kerjasama segala rangkaian yang dimiliki

termasuk untuk memperkasakan lagi kehadiran

SAHABAT MRA. Hasil mesyuarat ini ialah MRA

akan menggerakkan aktiviti bersama masyarakat

terpinggir terutamanya yang bergelandangan dalam

tempoh terdekat, dengan tumpuan utama lokasinya di

sekitar Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Sebagai permulaan, MRA akan mengadakan program

memberikan makanan kepada para gelandangan

terlebih dahulu sebelum beralih kepada aktiviti-

aktiviti lain untuk mereka.

Kami perlu mengenali mereka terlebih dahulu sebe-

lum merancang sesuatu untuk mereka. Kalau kami

tidak rapat dengan mereka agak sukar untuk kami

mencadangkan sesuatu perkara kepada mereka, ini

merupakan satu proses yang rumit dan mengambil

masa tetapi kami pasti ianya sesuatu yang sangat

berbaloi.

MRA sedang dalam usaha untuk melipat gandakan

usaha dan aktiviti mereka didalam negara bagi

memberikan bantuan kepada masyarakat yang

memerlukan semaksima mungkin.

Kami mengalu-alukan pembabitan mana-mana

individu atau organisasi yang ingin turut serta dalam

program gelandangan yang berikutnya.

LAPANGAN 26 - 16

Page 18: LaAPANGAN 26

DR. AYMAN PULANG KE GAZA, PALESTIN

MRA ingin merakamkan

penghargaan serta ucapan

terima kasih pada Auralife

di atas sumbangan 7 kerusi

roda dan 3 buggy kepada

golongan OKU pada Majlis

Makan Malam di PWTC

pada 24/3/13. Sumbangan

ini dapat membantu dan per-

mudahkan penerima ber-

gerak untuk menjalankan

urusan mereka, mendapat-

kan khidmat serta permu-

dahkan ibubapa penjaga

mengurus anak-anak yang

perlu bantuan sepenuhnya.

Setelah berada hampir 8 bulan di

Malaysia, salah seorang dari doktor

tajaan MRA, Dr. Ayman Harbi

kembali semula ke tanah bertuah,

bumi Gaza bagi meneruskan kerjaya

beliau di Hospital As Shifa.

Dalam perpisahan sementara ini kami berkata kepada

Dr. Ayman bahawa kita akan bertemu lagi di Al Quds nanti

… itulah azam kami di MRA..

Cik Fauziah Tahar, Pengurus Sekretariat

MRA bersama barisan penerima bantuan

kerusi roda

LAPANGAN 26 - 17

Page 19: LaAPANGAN 26

MRA MEMBANTU PROGRAM FISIO Bahagian MRA OKU membantu Persatuan Sokongan Ibu dan Anak

Kurang Upaya Azwar mengisi program fisio setiap dua minggu

sekali. OKU yang diambil adalah bermasalah fizikal (CP dan pel

bagai) atau terlantar. MRA bersetuju untuk membantu ibu dan anak

mengadakan sesi pembelajaran mengendalikan anak-anak mereka

dari segi fizikal. Persetujuan mengadakan sesi fisio dua minggu

sekali telah dilaksanakan bagi memberi ibu-ibu pengetahuan serta

kemahiran menguruskan pergerakan motor kasar mereka dengan

cara yang baik, peralatan yang boleh digunakan serta khidmat

nasihat.

Aktiviti diatas tilam seperti berguling, menjalar, merangkak, melutut

dan mencangkung. Mobilisasi pasif dan rengangan, pembetulan

postur dan latihan imbangan. Sesi bersama ibu-ibu/penjaga adalah

penting kerana setiap perkara atau pergerakan serta latihan perlu

dibuat selalu.

Tahniah pada ibu-ibu/penjaga yang berusaha untuk berkumpul dan

berusaha ke Persatuan untuk latihan serta menjalankan latihan di

rumah.

BAKIT TM sekali lagi tampil mem-

bantu dalam meringankan bebanan

yang ditanggung oleh pelarian dan

penduduk Rohingya di wilayah

bergolak Arakan.

Sumbangan kali ini adalah meru-

pakan kutipan yang terkumpul di

surau ibupejabat TM yang terletak di

Menara TM, Pantai Baru, Kuala

Lumpur.

Kami turut berbincang untuk rangka

kerja bantuan seterusnya bukan

sahaja di Arakan malahan di tempat-

tempat lain yang memerlukan, ban-

tuan Ramadhan, perlaksanaan Ibadah

Qurban termasuk Tanggungjawab

Sosial Korporat (CSR) dan bantuan

kecemasan untuk isu-isu tertentu.

Terima kasih BAKIT TM atas

sumbangan yang diberikan, semoga

anda dan organisasi anda diberkati

dan dirahmati Allah.

SUMBANGAN BUAT ARAKAN

Ibubapa gigih melatih anak mereka

LAPANGAN 26 - 18

Page 20: LaAPANGAN 26

BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN SDR. HAFIZ

Sekumpulan anak-anak muda yang

menggabungkan diri mereka dalam

sebuah kumpulan yang dinamakan

Make Them Smile telah berjaya

menganjurkan sebuah lagi projek

khidmat masyarakat, iaitu projek

menambah ceria sebuah wad kanak-

kanak di hospital MESIR.

Anak-anak muda ini merupakan para

penuntut jurusan kedoktoran dari

beberapa buah universiti di Mesir,

dan ini merupakan sebahagian dari-

pada projek khidmat masyarakat

mereka. Sebelum ini mereka telah

terlibat menambah ceria dibeberapa

buah tempat yang lain termasuk di

Sekolah Komuniti Rohingya MRA di

Cheras Baru, Kuala Lumpur.

MRA amat t e r t a r ik dengan

kesungguhan dan kreativiti yang di-

tunjukkan oleh tim ini, yang secara

tidak langsung membawa nama baik

Malaysia bersama dalam setiap

projek penambah ceriaan yang

mereka lakukan.

Sebuah lagi projek MAKE THEM SMILE di Wad Kanak-kanak Hospital Kaherah, Mesir.

Bagi memantapkan lagi jentera

latihan dan pembangunan MRA, teru-

tamanya dalam bidang Kesedaran

Mengenai Orang Kurang Upaya,

MRA telah mengadakan pertemuan

dengan Sdr. Hafiz dari Majlis Orang

Buta Malaysia (MAB).

Sdr. Hafiz merupakan salah seorang

penceramah yang bertauliah daripada

MAB. Beliau terlibat aktif dalam

member ikan penerangan dan

advokasi kepada masyarakat

mengenai peranan, tanggungjawab

dan keperluan orang kurang upaya.

Kami turut belajar dari beliau men-

genai konsep `exclusiveness` versus

`inclusiveness` dalam kehidupan

OKU.

Sdr. Mohd Rezaidi Ishak, Pengarah Biro Latihan

dan Pembangunan MRA bertukar pandangan

bersama Sdr. Hafiz

LAPANGAN 26 - 19

Page 21: LaAPANGAN 26

SLOT Perkongsian MRA di UTHM, Batu Pahat Kali ini MRA telah dijemput untuk

berkongsi pengalaman dengan para

penuntut di Universiti Teknologi Hussein

Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat,

Johor Darul Takzim.

MRA telah dijemput oleh para penuntut

Fakulti Khidmat Sosial, terdapat lebih

daripada 14 grup, yang mana setiap grup

merangkumi sekitar 10 orang ahli.

MRA telah diwakili oleh Pengarah

Eksekutif dan beliau telah berkongsi

mengenai Gerakerja MRA, bagaimana

MRA bergerak didalam dan diluar negara.

Beliau turut berkongsi pengalaman MRA

di Somalia, Afghanistan, Pakistan,

Myanmar, Lebanon, Sri Lanka, Thailand,

Indonesia, Mesir, Palestin termasuk Jepun.

Beliau turut memaklumkan

mengenai program dalam

negeri MRA seperti program

bersama Warga Emas, program

bersama Orang Asli, program

bersama Orang Kurang Upaya,

Pelarian, Saudara Baru,

penuntut, gelandangan dan lain

-lain lagi. MRA sentiasa

memastikan segala aktivitinya

seimbang bagi dalam dan luar

negara.

Para peserta juga dipelawa

untuk mengadakan program

dan melawat serta menziarahi

program Orang Asli MRA di

Pos Bersih dan Pos Ulu Slim.

Kehadiran yang memberangsangkan,

membuktikan mahasiswa masih

mampu menjadi jurubicara ummat

jika diberikan pendedahan dan

latihan yang secukupnya

Wow! Wow!

LAPANGAN 26 - 20

Page 22: LaAPANGAN 26

Asam gelugur si bunga kandis Menambah rasa si buah betik Walaupun jauh Baitul Maqdis Kami tak lupa walau sedetik

Hasil kraftangan anak-anak yatim yang mendiami rumah anak-anak yatim

Al Amal di Gaza yang diziarahi oleh tim MRA.