teganukita 48

16
Bil : 48 (1-15 September 2011) http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 terkini cepat tepat Durian runtuh lihat ms 14 Eksklusif Warga emas bongkar rahsia skandal MS ms 4 Percuma KERAJAAN Negeri akan membayar segera dalam tempoh terdekat tunggakan elaun kepada semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Teganukita difahamkan, ia telah melalui proses terakhir untuk pembayaran dan mereka yang terbabit tidak perlu risau. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda mengesahkan kepada Pengarang Teganukita bahawa pentadbiran negeri telah mengarahkan Pe- jabat-pejabat Daerah membuat bayaran segera kepada yang ter- babit. Bayaran tunggakan itu akan dibayar penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik ia akan bermula pada Jun lalu. Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Suriati Ali Pengerusi JKKK, Guru Khidmat Masyarakat YIT terima tunggakan elaun Lambaian Kaabah Menadah doa tanda bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. Mereka daripada 447 jemaah haji pertama dari Kuala Terengganu ke Arab Saudi melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, baru-baru ini. lihat ms 15 Foto: Zulkipli Putra / UKOM 1,168 graduan UniSZA terima sarjana, sarjana muda dan diploma ms 2 TDM tambah ekuiti sektor penjagaan kesihatan ms 6 Warga emas bongkar rahsia skandal MS pendidikan pelancongan ms 13 Warga emas bongkar rahsia skandal MS ekonomi Pulau Duyong kaya warisan sejarah Usah abai ibu bapa serikandi ms 14 sukan Piala Monsun bukan sekadar acara perlayaran ms 16

Upload: unit-komunikasi-negeri-terengganu

Post on 11-Mar-2016

278 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

teganukita 48

TRANSCRIPT

Page 1: teganukita 48

Bil : 48 (1-15 September 2011) http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737

terkini cepat tepat

Durian runtuh

lihat ms 14

EksklusifWarga emas bongkar rahsia skandal MS

ms 4 Percuma

Kerajaan Negeri akan membayar segera dalam tempoh terdekat tunggakan elaun kepada semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Teganukita difahamkan, ia telah melalui proses terakhir untuk pembayaran dan mereka yang terbabit tidak perlu risau. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda mengesahkan kepada Pengarang Teganukita bahawa pentadbiran negeri telah mengarahkan Pe-jabat-pejabat Daerah membuat bayaran segera kepada yang ter-babit. Bayaran tunggakan itu akan dibayar penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik ia akan bermula pada Jun lalu.

Oleh: ruslan abdul rahman dan Suriati ali

Pengerusi JKKK, Guru Khidmat Masyarakat YIT terima tunggakan elaun

Lambaian Kaabah

Menadah doa tanda bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. Mereka daripada 447 jemaah haji pertama dari Kuala Terengganu ke Arab Saudi melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, baru-baru ini.

lihat ms 15

Foto: Zulkipli Putra / UKOM

1,168 graduan UniSZA terima sarjana, sarjana muda dan diplomams 2

TDM tambah ekuiti sektor penjagaan kesihatanms 6

Warga emas bongkar rahsia skandal MS

pe

ndid

ika

n

pe

lanc

ong

an

ms 13 Warga emas bongkar rahsia skandal MS

ekonomi

Pulau Duyong kaya warisan sejarah

Usah abai ibu bapa

serikandi

ms 14sukan

Piala Monsun bukan sekadar acara perlayaranms 16

Page 2: teganukita 48

am2 1 - 15 September 2011 teganukita

1,168 graduan UniSZA terima sarjana, sarjana muda dan diploma

Oleh: Fauzi MohdSeraMai 1,168 graduan Universiti Sultan Zainal Abi-din (UniSZA) menerima ijazah sarjana, sarjana muda dan diploma pada Istiadat Konvokesyen ketiga universiti itu, baru-baru ini. Majlis dua hari itu me-nyaksikan seramai 464 gra-duan menerima ijazah sarjana muda, 703 menerima diploma dan seorang graduan mene-rima ijazah sarjana dalam bi-dang Sains. Daripada jumlah itu, 33 daripada mereka adalah graduan pertama daripada Fakulti Teknologi Makanan yang menerima ijazah sarjana muda. Penerima ijazah sarjana muda yang lain melibatkan 32 graduan dari Fakulti Infor-matik , Fakulti Pengajian Is-lam (86), Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (78), Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (27), Fakulti Teknologi Makanan (33) dan Fakulti Undang-Undang (32). Bagi penerima diploma, 66 graduan dari Fakulti Pe-rubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (40), Fakulti Pengurusan Perniagaaan dan Perakauan (209), Fakulti In-formatik (11), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (53), Fakulti Undang-Undang (29) dan

Fakulti Pengajian Islam (470). Berangkat menyampaikan transkrip kepada para grad-uan ialah Canselor UniSZA, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Turut berangkat, Seri Padu-ka Baginda Yang Di Pertuan

Canselor UniSZA, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat menyampaikan transkrip kepada para graduan.

Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Mengiringi Baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Ah-mad Said dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Alias Daud. Dalam ucapan pembukaan istiadat itu, Dato’ Dr. Alias ber-kata, jumlah graduan UniSZA

sehingga kini seramai 5,451 orang termasuk 3,280 graduan pada tahun 2009 dan 1,003 graduan pada tahun 2010. Katanya, selain berbangga dengan kejayaan para gra-duan saban tahun, pencapaian UniSZA dari sudut akademik dan penyelidikan berjaya me-

lonjakkan nama universiti itu. “Misalnya, pensyarah UniSZA meraih anugerah ‘Best Paper Award’ pada per-sidangan antarabangsa ‘Asean Academy of Applied Business 2011’ dan meraih Anugerah Penyelidikan Berinovasi Tinggi di Seminar Kebang-saan Pasca Siswazah Statistik. “Selain menjalinkan ker-jasama dengan beberapa uni-versiti antarangbangsa dari China, Timur Tengah, Jepun dan Thailand, UniSZA tu-rut mengadakan perjanjian persefahaman dengan McGill University di Kanada bagi membina sebuah ‘teaching hospital’ dan kemudahan teleperubatan di universiti itu,” ujarnya. Dalam istiadat itu, Tuanku Nur Zahirah turut menyam-paikan Anugerah ijazah ke-hormat kepada bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Muham-mad Ali Hashim di atas kegigi-han beliau memacu konglom-erat itu ke tahap cemerlang selama lebih 28 tahun.

Foto: Harish Fadzillah / UKOM

Hospital Universiti akan dibina di UniSZASebuah Hospital Universiti (HU) akan dibina di kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) Gong Badak Kuala Terengganu dan kerja-kerja me-rata tapak dijangka bermula pada Februari atau Mac tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, hos-pital berkenaan akan diban-gunkan dalam kawasan kampus berkenaan di tapak seluas 40 hektar. “Perdana Menteri sudah me-luluskan 400 buah katil bagi

peringkat permulaan daripada 800 buah yang diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Progra Pengagihan e-Book kepada pelajar Tahun Empat Pering-kat Negeri di Stadium Tertutp Gong Badak, baru-baru ini. Katanya, kewujudan HU akan menjadi hospital pen-didikan serta sumber rujukan

pesakit di negeri ini seperti fungsi Hospital Universiti di Kubang Kerian, Kelantan dan UKM di Bangi, Selangor. Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri melak-sanakan pendekatan men-didik dengan menubuhkan kelab remaja bermotosikal bagi menarik golongan belia menyertai aktiviti berfaedah.

“Kita akan susun aktiviti untuk golongan ini dengan mengadakan konvoi ke daerah-daerah dan setiap perhentian akan diisi dengan pelbagai aktiviti riadah dan ceramah motivasi,” katanya. Katanya, kerajaan juga akan menambah lebih ban-yak pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-

kawasan yang menjadi tumpuan pelumba haram di sekitar ban-dar ini. “Perkara ini bertujuan me-rakam setiap aktiviti remaja rempit dan akan memanggil ibu bapa supaya menonton gelagat anak-anak mereka, kerana se-belum ini ada yang tidak boleh terima anak mereka terlibat,” katanya.

Program BMKK bakal diwajibkan kepada penjawat awam - MazlanKerajaan negeri meran-cang menjadikan program Bu-lan Madu Kali Kedua (BMKK) sebagai kursus ‘wajib’ kepada penjawat awam dalam usaha memantapkan institusi kelu-arga di negeri ini. Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, program yang dikendalikan Yayasan Pembangunan Ke-luarga (YPK) itu amat baik untuk meningkatkan kualiti hidup berkeluarga. “Saya harap YPK buat me-syuarat jabatan dan sediakan kertas kerja mengenainya agar boleh saya panjang ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan An-ugerah Perkhidmatan Cemer-lang 2009/2010 dan Pelancaran MS ISO 9001:2008 YPK, di Dewan Utama YPK. Hadir sama, Pengarah YPK, Encik Mohd Safaruddin Mus-taffa dan Timbalannya, To’ Puan Hajah Zaimah Abdul Aziz. Dato’ Mazlan memberi res-pon di atas saranan YPK agar kerajaan negeri menjadikan program BMKK dilaksanakan kepada setiap kakitangan kera-jaan khususnya bagi pasangan yang berkahwin lima tahun ke bawah. Mengikut kajian pasan-gan berkahwin dalam tempoh berkenaan menghadapi pel-bagai masalah penyesuaian dan setakat ini jumlah ibu tung-gal meningkat kepada 17,000 orang di seluruh negeri. Dalam perkembangan lain, Dato’ Mazlan berkata peran-an yang dimainkan penjawat awam dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat akan memberi impak besar kepada kerajaan kerana kualiti perkhidmatan menjadi kayu ukur bagi sesebuah jabatan. “Perkhidmatan cemerlang serta pengiktirafan Sijil MS ISO akan menjadi inspirasi serta meningkatkan motivasi kakitangan untuk terus mem-beri perkhidmatan terbaik,” ujarnya. Katanya, kerajaan mendam-bakan warga kerja yang mem-punyai budaya kerja cemerlang serta mengutamakan orang ra-mai dalam setiap tindakan bagi memastikan pelaksanaan trans-formasi total pucuk pimpinan negeri dapat direalisasikan. Seramai 80 orang kakitan-gan YPK pelbagai jawatan menerima Sijil Khidmat Cemerlang masing-masing yang disampaikan Dato’ Haji Mazlan.

berjiWa raKYaT...Rakyat jelata men-gambil kesempatan bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas Baginda berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abidin, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini.

Page 3: teganukita 48

1 - 15 September 2011 3teganukita am

Isu remaja tidak harus dipandang ringanSeri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bertitah, bahawa isu melibatkan remaja hari ini tidak harus dipandang ringan memandangkan mereka adalah pewaris masa depan negara. “Dalam konteks ini, Beta meletakkan harapan tinggi agar pihak universiti dapat memain peranan yang lebih terencana dalam merungkaikan masalah ini,” titah Baginda di Majlis Konvokesyen Ke-9, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Sultan Mizan baru-baru ini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis berke-naan. Hadir sama Tengku Seri Temenggong Raja; Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud. Kenamaan lain ialah man-tan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pro-Canselor UMT Tan Sri Samsu-din Osman dan Naib Canselor UMT Prof. Dato’ Dr. Aziz De-raman. Selaku Canselor UMT, Tu-anku Nur Zahirah menyarank-an agar UMT mengambil langkah pro-aktif dalam ak-tiviti penyelidikan dan pem-bangunan yang dapat memberi sumbangan untuk transformasi peringkat negara dan juga ko-

muniti setempat agar mereka tidak terpinggir daripada arus pemodenan perdana. “Beta berbangga dengan pencapaian UMT hari ini dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa walaupun uni-versiti ini masih lagi dianggap muda di persada dunia aka-demik,” titah Baginda.

Titah Baginda, universiti merupakan satu institusi penja-naan ilmu dalam merencanakan pembangunan modal insan di samping pemacu kepada ke-cemerlangan penyelidikan dan pembangunan. “Beta ucap tahniah dan syabas kerana UMT berjaya menubuhkan Fakulti Pem-bangunan Sosial dan Pusat

Pembangunan Sosio Ekonomi tahun ini dan yakin ia mampu menjadi pemangkin dalam menawarkan penyelesaian bagi mengatasi pelbagai masalah sosial yang melanda masyara-kat melalui aktiviti penyelidi-kan dan pembangunan,” titah Tuanku Nur Zahirah. Tuanku Nur Zahirah kemu-diannya berpesan agar graduan

sentiasa menjaga nama baik universiti walau di mana berada kerana mereka adalah duta ke-pada institusi ini. “Beta menaruh harapan agar semua graduan hari ini dapat menjadi modal insan yang ber-takwa demi menjana keseim-bangan kecemerlangan dunia dan akhirat,” titah Baginda.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan bertitah pada Istiadat Konvokesyen ke-9, Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu.

RM1.6 juta bangunkan Pulau Lebah di Tasik Kenyir

Tun Dr Mahathir terima Ijazah Kehormat UMT

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampai-kan Pengurniaan Ijazah Kehor-mat Universiti Malaysia Tereng-ganu (UMT) 2011 kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Istiadat Konvokesyen Ke-9, di Dewan Sultan Mizan UMT, baru-baru ini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis berkenaan. Hadir sama, Tengku Seri Temenggong Raja; Menteri Be-sar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Pro-Cansel-or UMT Tan Sri Samsudin Os-man dan Naib Canselor UMT Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman. Raja Permaisuri Agong yang juga Canselor UMT berkenan menyampaikan Anugerah Pro-fesor Emeritus Bidang Sains Akuakultur kepada Prof. Dr. Faizah Shaharom manakala dua penerima Anugerah Pelajaran DiRaja ialah Tengku Teh Mari-ah Tengku Jewa dari Fakulti Pembangunan Sosial dan Cheah Jun Hwa dari Fakulti Penguru-san dan Ekonomi. Anugerah Pingat Emas Can-selor diterima oleh Nurul Rabi-tah Daud dari Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin dan Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti diterima Thekkeparambil Chandrabose Srijaya dalam Bidang Sains Tu-lin dan Muhammad Abi Sofian Abdul halim dari Bidang sains Sosial di samping penerima An-ugerah Peringkat Fakulti (30) dan Doktor Falsafah (13). Seramai 1,763 menerima Sarjana Muda dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM), Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM) dan Fakulti Pembangunan Sosial (FPS).

TUN DR MAHATHIR

Oleh: Fauzi MohdKerajaan negeri mempe-runtukkan sejumlah RM1.6 juta bagi membangunkan se-buah pulau di Tasik Kenyir sebagai Pulau Lebah dalam usaha merangsang perkem-bangan industri madu lebah negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris berkata, kewujudan pulau tersebut sekali gus meletak-kan Terengganu sebagai satu-satunya negeri yang mem-punyai pulau khusus untuk lebah. Menurutnya, pulau itu bakal menumpukan kepada kerja penyelidikan selain menyediakan pelbagai mak-lumat mengenai madu lebah untuk pengetahuan orang ra-mai dan pemasaran produk. “Ia juga akan menempat-kan pusat interpretasi lebah yang mengandungi pelbagai maklumat yang bukan saja untuk peminat dan pengusaha

madu lebah malah, pelan-cong. “Kita sedang kenal pasti pulau yang sesuai untuk dibangunkan dan kita juga akan pilih pulau yang mem-punyai Pokok Tualang yang mampu menghasilkan Madu Lebah Tualang bermutu tinggi,” katanya. Beliau menyatakan perka-ra itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Lebah Peringkat Kebangsaan dan ApiExpo 2011 di Hotel Permai, baru-baru ini. Tu-

rut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Lebah Asia, Dato’ Prof. Dr. Makhdir Mardan. Seminar dua hari itu meng-himpunkan 100 orang peserta dari kalangan pengusaha dan penyelidik berkaitan indus-tri madu lebah dari seluruh negara. Tambah Asha’ari, dengan adanya pulau sedemikian, ia turut membantu pencari dan pengusaha madu lebah dalam aspek keselamatan, kawalan mutu dan sebagainya. Selain itu katanya, Ma-laysia buat julung kali di-beri penghormatan menjadi tuan rumah Seminar Lebah Asia yang bakal diadakan di Terengganu pada penghujung September tahun depan. “Seminar seumpama itu diadakan dua tahun sekali dan tahun depan, Malaysia buat pertama kalinya akan jadi tuan rumah yang akan diadakan di Terengganu,” ka-tanya.

ASHA’ARI IDRIS

JKM siap sedia hadapi musim banjirKerajaan negeri me-lalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempe-runtukkan RM700,000 se-bagai persediaan mengha-dapi kemungkinan berlaku banjir pada penghujung tahun ini. Pengarah JKM Tereng-ganu, Encik Zuhaimi Omar berkata, jumlah berkenaan hanya permulaan dan akan ditambah mengikut keper-luan semasa. “Pihak JKM juga sudah bersiap sedia sepenuhnya termasuk stok keperluan asas termasuk bekalan makanan, kain pelikat, selimut, tuala dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat (Serikandi) Terengganu di Kediaman Seri Iman Kuala Terengganu baru-baru ini. Katanya, semua pegawai dan kakitangan JKM tidak dibenarkan mengambil cuti dan akan bertugas 24 jam

sekiranya keadaan memerlu-kan. “Saya juga berharap dan berdoa semoga tahun ini tidak berlaku banjir besar serta berlarutan sebagaima-na tahun sebelumnya,” ka-tanya. Menjawab pertanyaan pemberita mengenai mang-sa ribut yang melanda dae-rah Dungun , Encik Zuhaimi memberi jaminan pihak JKM daerah akan membuat siasatan untuk mengenal pasti kerugian yang dialami bagi menyalurkan bantuan yang perlu. Menurutnya, ribut yang melanda pada 17 Septem-ber lalu mengakibatkan 107 rumah terjejas di Ketengah Jaya dan Kerteh 4 serta tiga buah rumah rosak teruk. “JKM akan memberi bantuan segera untuk merin-gankan beban keluarga yang ditimpa bencana termasuk bantuan baiki rumah yang rosak,” katanya.

Page 4: teganukita 48

ANALISIS Oleh: Putera Pesisir Air

Elaun naik dan dapat tunggakan

- Bersyukurlah

Sidang Pengarang

rencana4 1 - 15 September 2011 teganukita

Penaung : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru)

Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita)

Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Fauzi Mohd, Hj. Mohamad Ishak (Besut), Amirullah Othman (Marang), Hazwan Rosli (Dungun), Mastura Jamaluddin (Hulu Terengganu), Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

Jurufoto : Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

YaYaSan Islam Terengganu (YIT) bersetuju mem-bayar tunggakan elaun selama 10 bulan kepada 2,900 Guru Khidmat Masyarakat di Terengganu bermula 2 Oktober lalu. Elaun tunggakan itu adalah bagi kenaikan yang diterima RM150 sebelum ini kepada RM300 sebulan. Tunggakan bayaran yang diterima bermula 1 Janu-ari lalu hingga Oktober sudah pasti mengembirakan golongan itu yang sebelum ini terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama. Kenaikan bayaran elaun sebenarnya pengiktirafan besar kerajaan kepada guru khidmat masyarakat ken-dalian YIT seperti guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) dan guru kelas berzanji yang selama ini berkorban masa mengendalikan kelas-kelas di kampung. Dengan bayaran tunggakan dan kenaikan elaun itu membuatkan golongan berkenaan lebih bermotivasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Teganukita difahamkan permohonan menjadi guru khidmat masyarakat sentiasa mendapat sambutan. Dianggarkan 200 permohonan yang diterima pihak YIT setiap tahun bagi menggantikan guru bersara dan permohonan untuk menjadi guru baru di kampung. Kesemua ini membuktikan bahawa kerajaan yang memerintah begitu cakna dalam perkara yang berkai-tan perkembangan pembelajaran agama dan syiar Islam. Oleh itu, diharapkan guru-guru khidmat masyarakat yang pelbagai katogeri dapat menyampaikan mesej yang sebaiknya kepada masyarakat, terutama dalam membendung ajaran yang boleh menyesatkan. Ajaran-ajaran dan fahaman agama yang di-selewengkan juga hendaklah dipastikan dapat diben-dung dan diperbetulkan supaya perpecahan tidak berterusan dilakukan oleh pihak tertentu yang mempu-nyai kepentingan diri, politik dan sebagainya.

Orang Berbudi Kita Berbahasa Orang Memberi Kita Merasa.

Bukti pemimpin nombor dua parti ini skandal dengan isteri orang

SelepaS 17 tahun men-yimpan rahsia sepasang suami isteri warga emas dari Kampung Pulau Ribu, Besut akhirnya tergerak membong-kar cerita seorang pemimpin tinggi partinya yang men-dakwa memperjuangkan Is-lam, yang pernah membawa wanita ke rumahnya sebelum pasangan terbabit ditangkap khalwat pada 1995. Kedua-dua warga emas suami-isteri ini (suami berusia 80 tahun dan isteri, 70 tahun) sebenarnya tidak berhasrat untuk mendedahkan kegiatan pasangan berkenaan yang menjadikan rumahnya tempat persinggahan pemimpin dan wanita simpanannya tetapi kini dia tergerak hati untuk mendedahnya. Sambil merujuk kepada orang nombor dua dalam parti itu, mereka yang juga penyo-kong kuat parti berkenaan berkata, pemimpin terbabit selalu membawa pasangan-nya yang dikenali dengan huruf ‘N’ ke rumahnya setiap kali dia mengadakan ceramah di sekitar daerah Besut pada 1994.

Katanya, ketika itu dia tidak mengetahui ‘N’ adalah isteri orang sebaliknya menyangka dia isteri kepada pemimpin itu sehinggalah pemimpin itu dan wanita isteri orang pasangan-nya ditangkap khalwat pihak berkuasa pada Januari 1995 di sebuah hotel di Kota Bharu. “Pasangan kekasih (saing rapat) itu kelihatan macam pa-sangan suami isteri dan sering berada di rumah kami setiap kali datang untuk mengadakan ceramah di Besut,” katanya. “Wanita itu yang memandu kenderaan, pemimpin itu naik duduk di sebelah satu kereta

Warga emas ini menunjukkan wang kertas RM10 yang diberikan pemimpin parti itu yang masih ada dalam simpanannya.

dengan wanita itu,” dedah me-reka. “Saya tanya ni isteri ustaz ke, pemimpin itu jawab ‘sain’ je.....oooo sain gitu lalulah. “Macik tanya hok tina tu pulok, dah gelang besar ni sape bagi” cerita Mak Cik itu akan perbualannya dengan pe-mimpin `MS’ itu. Wanita ‘N’ itu menjelaskan kepada warga emas berkenaan, gelang itu dihadiahkan oleh MS kepadanya. Menurut mereka, dia tiada berniat sesuatu mendedahkan perkara ini sebaliknya sebagai kenangan lalu kerana meng-

“Saya tanya ni isteri ustaz ke, pemimpin itu jawab ‘sain’ je.....oooo sain gitu lalulah. “Macik tanya hok tina tu pulok, dah gelang besar ni sape bagi” cerita Mak Cik itu akan perbualannya dengan pemimpin “MS’ itu. Wanita ‘N” itu menjelaskan kepada war-ga emas berkenaan, gelang itu dihadiahkan oleh MS kepadanya.

ingatkan pemimpin parti itu yang beliau sanjung dan seka-rang menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan. Malah katanya, pemimpin itu pernah memberinya wang RM10 kepada beliau sebagai balasan kerana menjaga wanita kekasihnya itu sepanjang be-liau meninggalkan wanita itu di rumahnya . “Kami juga hadiahkan dua biji durian kepada pasangan kekasih itu, sewaktu mereka hendak meninggalkan rumah ini,” kata mereka. “Manakala wang berke-naan masih saya simpan untuk dijadikan kenangan kerana ia pemberian seorang pemimpin kepada penyokongnya,” ka-tanya. Mereka berkata, suatu ke-tika dulu beliau dan isteri me-mang penyokong kuat parti itu dan tidak pernah tinggal aktivi-ti parti malah sanggup meng-habiskan wang sendiri demi perjuangan atas nama Islam. Bagaimanapun, katanya mereka kini tidak lagi bersama perjuangan parti itu kerana sudah banyak melakukan pe-nyelewengan.

Page 5: teganukita 48

1 - 15 September 2011 5teganukita rencana

wAkAf rAkyAt Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Pembangkang termasuk Pas tolak hudud - dulu kafirkan orang Umno

SaMa ada bersetuju atau tidak, se-luruh saf pimpinan Pas, ahli dan pe-nyokong mereka terpaksa menerima hakikat pucuk pimpinan mereka telah membuat keputusan menolak untuk perlaksanaan hukum hudud, jika diberi kuasa oleh rakyat meme-rintah negara. Itu belum lagi masuk soal hukum yang pernah dilemparkan oleh pe-mimpin Pas bahawa menolak hudud dan undang-undang Allah menjadi kafir. Persoalan sekarang ke mana hukum kafir itu hendak dituju bila keputusan mereka (pucuk pimpinan Pas) bersama pakatan dengan orang-orang bukan Islam, menolak perlak-sanaan hudud. Ini berikutan Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang, termasuk dianggotai Presiden Pas Dato’ Seri Haji Abdul hadi Awang tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga. (Maknanya Perlembagaan men-gatasi segala-galanya, dulu tuduh Umno tolak al-Quran, letakkan per-lembagaan warisan penjajah itu tera-tas, ini bukan sahaja pelembagaan di atas segalanya, Buku Jingga dasar pakatan pembangkang juga di letak-kan tertinggi- apa komen penyokong Pas?) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata paka-tan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang me-nentang pelaksanaannya. “Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mem-pengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam 28 September 2011. Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Ab-dul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Bukan sekali pemimpin Pas membuat keputusan sesuka hati mereka, yang akhirnya memerang-kap dan menjerumuskan diri mereka sendiri, terutama dalam soal fatwa dan hukum. Mereka telah menuduh orang Umno menjadi kafir kerana ti-dak melaksanakan hukum Allah (hudud), bermula tahun 1978 selepas keluar dari Barisan Nasional (BN) dengan membaca ayat 44,45 dan 47 surah al-Maaidah, mengikut tafsiran sendiri . Ayat-ayat Quran itu di jaja kes-eluruh pelusuk tempat mereka me-ngadakan ceramah bagi menjelaskan pendirian mereka bahawa Umno tidak melaksanakan hudud dan hu-kum Allah dan hukumnya kafir. Bahkan sebelum itu, tahun 1963, Dewan Ulamak Pas membuat fatwa

bahawa “Orang Islam UMNO men-jadi kafir kerana bekerjasama memer-intah negara dengan orang kafir” atau ringkasnya disebut ‘kafir berikat”, dengan menafsirkan ayat 28, surah ali-Imran sebagai hujah dan dalilnya. Lupakah kita Haji Hadi pernah menyatakan mati syahid lawan puak Umno kerana menuduh pemimpin Umno tidak mahu melaksakanan hukum Allah, tetapi mengekalkan perlembagaan penjajah (lihat Amanat

Hadi, di Kampong Banggol Pera-dong pada 7 April 1981). Sekarang bagaimana bila Perlem-bagaan Persekutuan dan Buku Jingga diletakkan paling tinggi dari segalan-ya? Bahkan, Haji Hadi menyambung dalam amanat itu, “Kita boleh men-jadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.”. Sekarang kita bertanya balik ke-pada Haji Hadi siapakah sekarang

menyukukan dasar politik dengan dasar agama Islam Yang Maha Suci? Sekarang kita juga minta Presiden Pas Haji Hadi Awang (atau mung-kinkah Timbalannya, Mat Sabu) menghuraikan kembali tentang hu-kum-hukum yang dikeluarkan Pas selama ini tentang perlaksanaan hu-kum hudud dan pengkongsian kuasa dengan bukan Islam; setelah kepu-tusan terbaru Menolak Hudud demi dasar bersama dalam pakatan itu.

Sekarang kita juga minta Presiden Pas Haji Hadi Awang (atau mungkinkah Timbalannya, Mat Sabu) menghurai-kan kembali ten-tang hukum-hukum yang dikeluarkan Pas selama ini tentang perlaksa-naan hukum hudud dan pengkongsian kuasa dengan bu-kan Islam; setelah keputusan terbaru Menolak Hudud demi dasar bersama dalam pakatan itu.

Page 6: teganukita 48

TDM tambah ekuiti sektor penjagaan kesihatan

EKONOMI

am6 1 - 15 September 2011 teganukita

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

Cadangan Inovasi Warga SUK Terengganu

perKhidMaTan Awam pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks berikutan den-gan perubahan sosial ekonomi sedunia. Persekitaran ini menuntut sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif dalam menghasilkan perkhidmatan yang dapat memenuhi ekspektasi serta menlangkaui ke-hendak pelanggan dan stakeholder. Keadaan ini juga memberi kesan kepada penggunaan sumber khusus-nya sumber kewangan yang terhad serta keperluan modal insan yang berkualiti. Kehendak dan ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat memerlukan warga Pejabat SUK lebih responsif dalam menyediakan perkhidmatan yang menjurus kepada keperluan pelanggan yang customised. Warga SUK juga memerlukan pendekatan baru dan idea yang lebih radikal untuk membolehkan SUK me-ningkat tahap penyampaian perkhiamatan agar lebih cekap dan berkesan. Dengan itu, warga SUK perlu berani berubah dan mencuba pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif ke arah menepati kehendak senario baru. Budaya inovasi adalah sebahagian daripada gerakan tranformasi sektor awam di samping menyokong agenda peningkatan daya saing negara. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi Perkhidmatan Awam. Di antara usaha yang dilaksanakan ialah Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Progran Pening-katan Produktiviti, Program Strategi-strategi Peningkatan Kualiti, Progran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Progran Pelaksanaan MS ISO 9000. Usaha-usaha ini telah pun membantu mewujudkan asas yang kukuh bagi memastikan prestasi Pekhidmatan Awam yang berkualiti.Namun demikian, cabaran-cabaran masa kini memerlukan Perkhidmatan awam mengamalkan pendekatan-pendekatan yang lebih inovatif se-cara menyeluruh. Justeru, strategi hendaklah disusun untuk meningkat budaya inovasi berpandukan kepada rasional berikut : ( i) Keperluan memenuhi perubahan ketara dalam kehendak rakyat secara lebih berkesan. (ii) Keperluan meningkatkan kecekapan dan mengawal kos dalam menangi kekangan sumber kewangan semasa. (iii) Keperluan memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baru apabila kaedah semasa didapati kurang berkesan. (iv) Keperluan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimun.

Budaya Inovasi sentiasa menggalakkan warga organisasi mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baik sama ada melalui pengubahsuian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktivi organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi dalan bidang seperti berikut :o Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasio Budaya Kerjao Kewangan dan aseto Pengurusan Pelanggan

Borang ini diwujudkan untuk : i. Mendapatkan cadangan daripada Pejabat SUK untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan. ii. Mengaplikasi idea baru yang menghasilkan perubahan yang signifikan dalam menambah nilai output semasa dan transformasi kepada amalan sedia ada untuk memberi impak yang lebih baik. iii. Mencipta cara kerja baru dan menghasilkan inovasi. iv. Menwujudkan kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja. v. Menggalakkan penglibatan dan peningkatan komitmen warga SUK terhadap kerja. vi. Memberi kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan negara. vii. Menggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif. viii. Mewujudkkan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja di mana setiap cadangan dan idea-idea baru akan dipertimbangankan oleh Jawatankuasa Pemandu Inovasi SUK untuk kelulusan dan dipraktikkan.

1. PENGENALAN

2. SKOP INOVASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

o Sumber Manusiao Pengurusan Pelanggano Sumber Manusiao Pengurusan Projek Pembangunano Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

3 KAEDAH PELAKSANAAN

Borang Boleh Didapati Di :

pengurusan Sumber Manusia (unit inovasi)

pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu

(pengurusan Sumber Manusia)

SYariKaT pegangan pelaburan milik kerajaan negeri, TDM Berhad menambah satu lagi ekuiti dalam sektor penjagaan kesihatan dengan mengambil alih sepenuhnya Taman Desa Medical Centre (TDMC) di Kuala Lumpur. Pengerusinya, Dato’ Mohd. Ro-slan Awang Chik berkata, dengan pengambilalihan itu, TDM kini mempunyai empat buah hospital bersaiz sederhana termasuk Kuala Terengganu Specialist Hospital, Kuantan Medical Centre dan Kela-na Jaya Medical Centre. Katanya, pengambilalihan TDMC yang bermula sejak April lalu melibatkan kos RM16.5 juta dan TDM memperuntukkan kos tambahan sebanyak RM22 juta bagi menaiktaraf kemudahan hos-pital dalam usaha memberi perkhid-matan lebih baik kepada pelanggan. “Dengan pengambilalihan ini TDM menjangkakan mampu mem-beri pulangan yang lebih baik me-lalui sektor kesihatan dalam masa yang singkat,” katanya baru-baru ini. Dalam Mesyuarat Agung Ta-hunan ke-46 tahun ini, TDM telah mengisytiharkan bayaran dividen lebih tinggi sebanyak 13.5 sen bagi setiap syer biasa di akhir tahun ke-wangan 31 Disember 2010, ber-banding 12 sen pada tahun 2009.

Oleh: Fauzi Mohd

Tambah Roslan, TDM akan memperuntukkan lebih RM150 juta bagi membina sebuah lagi hospital pakar swasta di negeri ini yang bakal dilengkapi kemudahan teknologi perubatan moden dan ter-kini. “Pembinaannya akan bermula tahun hadapan di Batu Buruk meli-batkan kemudahan 150 katil dan apabila siap kelak ia mampu me-naikkan lagi imej Terengganu serta syarikat kerana berupaya membina banyak hospital swasta di Pantai Timur. “Justeru perkhidmatan yang di-tawarkan di semua hospital milik TDM adalah setanding dengan apa yang terdapat di hospital negara-negara maju,” katanya.

Kuantan Medical Centre salah sebuah hospital bersaiz sederhana hasil ekuiti TDM Berhad dalam meran-cakkan pelaburan dalam sektor penjagaan kesihatan.

“Dengan pengam-bilalihan ini TDM menjangkakan mampu memberi pulangan yang lebih baik melalui sektor kesihatan dalam masa yang singkat” - Dato’ Mohd Roslan Awang Chik, Pengerusi TDM Berhad.

Page 7: teganukita 48

1 - 15 September 2011 7teganukita am

10 pelajar Inspi dihantar ke Indonesia

Bantuan RM1.1 juta untuk 11 persatuan nelayan

EIO pantau e-Book di 430 sekolah seluruh negeri

MCPF bantu kekang gejala sosial

Wakil persatuan nelayan kawasan seluruh Terengganu bersama replika cek yang diperolehi untuk modal pembangunan projek kecil di kawasan masing-masing disampaikan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika Menteri Besar Terengganu itu mengadakan perjumpan dengan nelayan di Marang, baru-baru ini.

YaYaSan Islam Terengganu (YIT) akan menghantar 10 pe-lajar lepasan Institut Pengajian Islam Kemaman (Inspi) untuk menyambung pelajaran ke Uni-versiti Sultan Syarif Kassim (Unisuska) di Riau, Indonesia di bidang dakwah, akhir Sep-tember lalu. Pengarah YIT, Haji Md. Kamaru Al-Amin Ismail, ber-kata ia merupakan salah satu

Oleh: Fauzi Mohd langkah kerajaan negeri dan yayasan berkenaan untuk me-nambah bilangan pendakwah sesuai dengan perkembangan Islam di Terengganu. “Pelajar-pelajar tajaan YIT akan mengikuti kursus berke-naan selama empat tahun di universiti tersebut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurut beliau, pada masa sama YIT akan memilih lepas-an pelajar Inspi untuk melanjut-kan pengajian dalam pelbagai

bidang di Jordan, Mesir dan Maghribi Oktober ini. Inspi yang dibangunkan YIT merupakan institusi pengajian Islam yang berkonsepkan ‘pon-dok moden’. Haji Md. Kamaru Al-Amin berkata, Inspi mempunyai kira-kira 500 pelajar dan jumlah itu akan ditingkatkan sehingga 700 orang apabila beberapa blok tambahan bangunan itu siap ta-hun depan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata YIT memohon bajet RM15 juta daripada kera-jaan negeri untuk membesarkan Pondok Darul Iman (PDI), se-buah lagi pusat pengajian Islam di Kampung Kerandang, Hulu Terengganu. Katanya, pembesaran pon-dok itu akan dilakukan secara beperingkat dengan setiap pe-ringkat memerlukan perbelan-jaan RM5 juta.

Kerajaan negeri memberi sumbangan RM1.1 juta kepada semua 11 persatuan nelayan di Terengganu untuk tujuan mod-al pembangunan projek kecil di kawasan masing-masing. Sumbangan RM100,000 se-tiap persatuan itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pada majlis per-jumpaan beliau bersama warga nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Marang, baru-baru ini. Ia termasuklah kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang, PNK Besut,

PNK Kuala Terengganu Utara, PNK Dungun, PNK Paka, PNK Kemasik, PNK Kijal, PNK Ke-maman dan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu). Turut mendapat perhatian, tujuh peserta yang mendapat bantuan peralatan pemprosesan daripada Jabatan Perikanan ber-nilai RM47,000. Selain itu, Dato’ Seri Ahmad turut menyampaikan lesen sam-pan kepada 28 orang nelayan kawasan Parlimen Marang. Menteri Besar dalam uca-pannya berkata, pemberian pel-bagai bantuan kepada golongan nelayan itu merupakan inisiatif

kerajaan bagi menjaga kebaji-kan setiap nelayan. Beliau turut mencadangkan agar jeti tidak harus dijadikan sebagai tempat pendaratan ikan semata-mata tetapi juga sebagai pusat kegiatan agro-pelancon-gan seperti memancing, men-jual ikan bakar dan sebagainya. “Seharusnya mereka beru-saha mempelbagaikan punca pendapatan dan ini akan mem-bantu kerajaan mencapai sasa-ran meningkatkan pendapatan nelayan sekali ganda menjelang tahun 2020,” katanya. Tambah Dato’ Seri Ahmad,

Foto: Zulkipli Putra / UKOM

dengan pemberian lesen sam-pan itu maka setiap mereka layak menerima elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan se-lain subsidi petrol dan dibayar 10 sen bagi setiap satu kilogram tangkapan. Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Ke-bajikan, Pembangunan Ma-syarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Dato’ Mohd. Jidin Shafee dan Pega-wai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku.

Murid kurang upaya Tahun Empat gembira menerima e-Book.

peneMpaTan Eksekutif Teknologi Maklumat (EIO) di 348 Sekolah Kebang-saan (SK) dan 82 Sekolah Menengah (SM) seluruh ne-geri mampu menambah baik pengurusan dan penggunaan e-Book kalangan pelajar. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud berkata, statistik pengunaan e Book sehingga ini melebih 72,000 pelajar memerlukan pemantauan rapi dan berterusan. “Prestasi EIO sangat memuaskan kerana dengan adanya Virtual Classroom serta Sekolah Maya sangat memerlukan penglibatan dan sokongan tenaga pakar bagi memastikan prasarana ICT Virtual School beroperasi dengan baik,” katanya di maj-lis Pelancaran Penyerahan e-Book Tahun Empat Peringkat Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Sta-dium Tertutup Gong Badak. Teks ucapan beliau di-sampaikan oleh timbalannya, Encik Hashim Mohd Zin.

Majlis pelancaran di-sempurnakan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang turut dihadiri Timba-lan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan ne-geri merangkap Ahli DUN Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Noh. Katanya, cadangan per-muafakatan secara gabung-jalin bersama agensi lain seperti Bestari.com dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta komuniti se-tempat dapat memanfaatkan kelebihan e Book dan pe-nempatan EIO. “Penyertaan semua pe-ringkat mampu melahirkan pendidikan terbilang serta melestarikan pendidikan di-dalam komuniti,” katanya. Dalam majlis berkenaan seramai 1038 pelajar dalam DUN Tepoh merupakan kumpulan pertama menerima pemberian e Book bagi Mu-rid Tahun Empat daripada 23,000 seluruh negeri.

perTubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pihak sekolah dan ang-gota masyarakat diminta su-paya berganding bahu mem-bantu mengatasi masalah sosial serta mengurangkan kadar jenayah di negeri ini. Pengerusi Yayasan Pence-gahan Jenayah Malaysia (MCPF) Terengganu merang-kap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sum-ber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerjasama semua pi-hak penting agar gejala tidak sihat dapat dibendung. “Kita memang serius untuk memerangi jenayah serta geja-la sosial kalangan masyarakat hari ini hingga ke angka sifar,”

katanya. “Masalah jenayah dan so-sial bukan tanggungjawab pasukan polis dan kerajaan sahaja sebaliknya perlu di-tangani bersama anggota ma-syarakat,” katanya. Hadir sama, Ketua Po-lis Terengganu, merangkap Timbalan Pengerusi MCPF Terengganu, SAC Dato’ Jam-shah Mustafa. YB Haji Ahmad Razif ber-kata, MCPF menggalakkan penglibatan pelajar sekolah dan sehingga ini lebih 100 buah sekolah menengah dan rendah menubuhkan Kelab MCPF masing-masing. “Lebih 15 program di-laksanakan MCPF dengan kerjasama polis dalam usaha menarik orang ramai ke arah mengekang gejala sosial,” ka-tanya.

Hasil penyelidikan UMT di `life museum’univerSiTi Malaysia Terengganu (UMT) bercadang untuk mewujudkan sebuah ‘life museum’ yang bakal menem-patkan hasil kajian para peny-elidik universiti itu dalam bi-dang maritim dan akua. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman berkata, penubuhan muzium itu sebagai tatapan umum agar masyarakat

lebih terdedah dan memahami dengan lebih mendalam, apatah lagi bidang maritim menjadi fokus utama universiti itu. Menurutnya, berdasarkan perancangan awal, muzium itu akan turut dilengkapi dengan sebuah akuarium besar yang di-anggarkan melibatkan kos ber-nilai RM10 juta hingga RM30 juta. “UMT ada keperluan mende-sak untuk membina muzium ini kerana kita sedang berusaha un-tuk meningkatkan keperluan dan

kemudahan dalam bidang ini, bersesuaian dengan dua bidang baru yang diperkenalkan iaitu Fakulti Perikanan dan Pelancon-gan. “Bagi merealisasikan hasrat ini, kita mengharapkan kera-jaan negeri dapat memberikan sokongan sewajarnya dengan memberikan satu kawasan seperti di Pulau Duyong atau Seberang Takir kerana faktor lokasinya yang bersesuaian,” katanya.DR. AZIZ DERAMAN

Page 8: teganukita 48

8 1 - 15 September 2011teganukita

bawa `hadiah’ ke TerengganuTPMTPM

Murid Tahun 4 terima e-Book

SelepaS Murid Tahun 6 dan Tahun 5 menerima e-Book, kini tiba pula giliran Murid Tahun 4 menerima kemudahan itu. Seramai 1,038 murid Tahun 4 dari 12 sekolah rendah di kawasan Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Tepoh menjadi kumpulan pertama menerima e-Book daripada Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, pada majlis di Stadium Negeri Gong Badak baru-baru ini. Lebih 23,000 murid Tahun 4 di selu-ruh negeri akan menerima e-Book se-hingga akhir tahun ini sebagai persiapan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menteri Besar berkata, kerajaan neg-eri akan terus meletakkan sasaran e-Book sebagai pelengkap bagi pendidi-kan pelajar di sekolah rendah negeri ini. “Biarpun pelbagai cerita dan spekulasi negatif timbul mengenai e-Book, segala kebaikan teserlah juga akhirnya,” kat-anya pada majlis Pelancaran Penyerahan e-Book Pelajar Tahun 4 Peringkat Negeri dan DUN Tepoh 2011. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri merangkap Ahli Dewan Undan-gan Negeri (Adun) Tepoh, YB Haji Mu-

hammad Ramli Nuh dan Timbalan Penga-rah Jabatan Pelajaran Terengganu, Encik Hashim Mohd Zin. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, jelas sekali dengan pemberian kemudahan ini, prestasi pembelajaran murid Tahun 5 dan Tahun 6 terus meningkat di mana Tereng-ganu berjaya mengekalkan juara dalam keputusan peperiksaan awam (UPSR dan PMR). “Cakap-cakap dan spekulasi yang tim-bul hanya daripada orang-orang yang ti-dak boleh menerima kebaikan yang telah kerajaan buat untuk meningkat taraf pen-didikan pelajar di negerini,” katanya. Katanya, hanya pendidikan mampu merubah landskap negeri dan negara dan

apa yang kerajaan buat semata-mata un-tuk melihat anak-anak negeri ini setand-ing dengan negeri lain. “Kerajaan membelanjakan lebih RM100 juta untuk e-Book dan sehingga ini lebih 72,000 pelajar telah meneri-manya dan menjelang akhir tahun akan meningkat kepada lebih 95,000 pelajar,” katanya. Katanya, kerajaan juga akan menam-bah Kelas Maya kepada 32 kelas di 32 buah sekolah seluruh negeri menjelang akhir tahun ini. “Kita harap semua pelajar di negeri ini mampu menguasai IT apabila memasuki tingkatan satu serta cemerlang dalam pendidikan masing-masing,” katanya.

Page 9: teganukita 48

91 - 15 September 2011

Oleh: Kamaruddin Mat akibGambar oleh: Zulkipli putra dan harish Fadzillah

laWaTan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ke Terengganu pada 20 September lalu, bukan lawatan biasa kerana beliau membawa banyak ‘buah tangan’ untuk rakyat negeri ini. Pada program majlis sambutan Aidilfitri Parlimen Marang dan perasmian Pasar Baru Kedai Buloh di Kampung Kedai Buloh, be-liau memberi jaminan Kerajaan Pusat sedia menimbang permohonan Umno Bahagian Marang agar dibina sebuah bangunan ber-harga kira-kira RM30 juta di Marang, bagi menempatkan pelbagai jabatan Kerajaan Persekutuan di daerah tersebut. Beliau berjanji akan mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada mesyuarat Kabinet di Kuala Lumpur, dan jika tiada halangan, projek tersebut akan dilaksanakan dalam fasa kedua Ran-cangan Malaysia ke-10 (RMK10). Pada majlis perjumpaan dengan guru agama, imam dan bilal di Sekolah Menen-gah Imtiaz Kuala Terengganu di Alor Limbat, beliau mengumumkan Kemen-terian Pelajaran akan menyalur peruntu-kan RM3.16 juta kepada 20 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Terengganu. Peruntukan kepada 14 buah SMA dan enam buah SMKA itu antara lain bertujuan

meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar di sekolah berkenaan melalui program pem-bangunan akademik serta menaik taraf ke-mudahan sokongan pembelajaran. Turut hadir pada majlis itu, Menteri Be-sar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Jawatankuasa Kebaji-kan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato’ Ghafar Abdullah. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pe-lajaran, berkata pihaknya sedia membantu dan berkongsi kepakaran dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam menambah baik pro-ses pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah agama seluruh negara. Memulai acara Program Turun Padang, iaitu perjumpaan dengan pegawai kanan kerajaan, penjawat awam dan kakitangan swasta serta Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan pesanan berikut: “Rugi, rugi, rugi serugi-ruginya jika rak-yat, termasuk rakyat Terengganu memilih parti lain selain Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang,”. Beliau berkata, belum pun memerintah negara, pihak pembangkang telah menun-jukkan sikap tidak menghormati perasaan rakyat, tidak mengenang budi, warisan dan sejarah bila ada pemimpinnya sudah me-nyatakan hasrat hendak menukar bendera negara Malaysia tercinta.

“Jangan beri langsung peluang kepada golongan seperti ini,” tegas beliau. Pada majlis itu, Menteri Besar turut ha-dir bersama-sama Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Dr.Rosli Mat Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Da-tuk Zaabar Mohd Adib, Ahli Dewan Un-dangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Dato’ Din Adam dan Adun Paka, YB Zakaria Abdullah. Tan Sri Muhyiddin menjelaskan rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain yang berada di bawah pakatan pembang-kang kini sudah tidak selesa lagi kerana polisi negeri ditukar sesuka hati tanpa mengambilkira keperluan rakyat.

Beliau juga menjelaskan bahawa BN dan Umno bukanlah parti yang bersifat perkauman, terutama dalam membela kaum bumiputera tetapi memandangkan kaum bumiputera masih mundur dan ketinggalan, maka kerajaan memberi keutamaan untuk menaikkan taraf hidup mereka. Mengenai Buku Jingga yang dikelu-arkan Pakatan Pembangkang tahun lalu bagi tujuan menggantikan Kerajaan BN dengan pakatan mereka, Timbalan Per-dana Menteri menyifatkan segala janji yang ditaburkan dalam buku tersebut hanya retorik kerana realitinya mereka ti-dak dapat berbuat apa yang dijanjikan itu.

bawa `hadiah’ ke TerengganuTPMTPM

Page 10: teganukita 48

10 1 - 15 September 2011 teganukita rencana

SepanjanG usianya, Allahyarham Hj.Yusoff Mat Amin, yang pernah bertanding atas tiket parti Perikatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Setiu pada tahun 1959, begitu banyak berjasa kepada masyara-kat di daerah Setiu. Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Ayah Su’ telah berkhidmat sebagai penggerak ma-syarakat dan Penyelia KEMAS lebih daripada 30 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Calok Kedai, pada 6 September lalu pada usia 74 tahun. Anak ketujuh Allahyarham, Nazri 42, yang juga Ketua Penolong Pengarah, Yayasan Pembangunan Keluarga bagi pihak bapanya memohon kemaafan jika ada kesalahan dari-pada semua yang mengenali Allahyarham. Beliau mengucapkan berbanyak terima ka-sih kepada orang ramai, termasuk pemimpin masyarakat yang hadir menziarahi jenazah bapanya dan mengucapkan takziah. Allahyarham banyak menabur bakti ke-pada masyarakat di semua peringkat. Susur galur perjalanannya dalam politik dan khidmat kepada masyarakat sangat panjang di mana beliau dipilih sebagai calon Perikatan pada usia 22 tahun. Walaupun tewas kepada calon Pas, Daud Samad yang selepas itu dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, semangat Allahyarham Hj. Yusoff terus subur berbakti kepada orang ramai. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Umno Cawangan Chalok Lama dan AJK Umno Bahagian Hulu Nerus, Besut dan Setiu lebih daripada 40 tahun dan jawatan terak-hirnya ialah Pengerusi Veteran Umno Baha-gian Setiu. Antara lain Allahyarham merintis penubu-han Persatuan Belia 4B Setiu, Persatuan Pe-ladang Setiu dan Tabung Pendidikan Mukim

Oleh: Kamarudin Mat akib dan Fauzi Mohd

Chalok sejak tahun 70-an, menjadi Pengerusi PIBG SMK Chalok dan Pengerusi Masjid Calok Kedai serta aktif memegang jawatan di banyak peringkat. Menurut Nazri, pemergian Allahyarham cukup menyentuh hati kerana beliau baru sem-pat melaksanakan impian mengumpul sanak saudara pada hari ketiga umat Islam menyam-but Aidilfitri. “Setelah tiga tahun arwah bertungkus lumus buat pertama kali menghimpunkan ahli keluar-ga, hampir 1,500 orang keturunan Tok Bilal Ali dari generasi ketiga hingga keenam berkumpul dalam satu majlis di Dewan Sivik Kampung Gong Terap Calok,” ujarnya. Tok Bilal Ali dipercayai menjadi pengasas Kampung Bukit Calok dan berkembang hingga ke Kampung Penarik, dikatakan hidup sekitar tahun 1850 dan meninggal dunia pada 1942. Keturunan Tok Bilal Ali diteruskan oleh anaknya Mat Amin (Tok Bilal Mat Amin) yang meninggal dunia pada tahun 1991 ketika beru-sia lingkungan 90 tahun. Nama Mat Amin telah diabadikan pada Masjid Al-Amin Kg. Sungai Lerek. Nazri berkata, perjumpaan keluarga itu bertujuan memberi pendedahan kepada gen-erasi baru Tok Bilal Ali mengenai susur galur keturunan mereka di samping menyoroti susur galur perjuangan dan pengorbanan orang dulu-dulu agar jati diri dapat diterapkan dalam jiwa mereka. “Kami semua tidak sangka acara ini mendapat sambutan amat menggalakkan dari-pada ahli keluarga. Saya sangat gembira kerana ramai ahli keluarga Tok Bilal Ali berkumpul di mana program ini juga merupakan kerja terak-hir arwah sebelum beliau menghembuskan na-fas terakhir. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah untuk Hj Yusoff,” katanya.

JASA DIKENANG Ayah Su banyak berjasa

Awang Jabar tabur bakti hingga akhir hayatTiada istilah ‘pencen’ apabila berdepan amanah seorang pemimpin kepada rakyat dan tatkala ramai rakan seperjuangannya su-dah bergelar veteran, karis-manya terus ditagih hingga-lah ke akhir hayatnya. Permergian Pegawai Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Awang Jabar pada 20 Oktober lalu disifatkan se-bagai kehilangan besar ke-pada negeri dan negara. Timbalan Perdana Men-teri, Tan Sri Muhyiddin

ALLAHYARHAM AWANG JABAR

Mohd. Yassin menyifatkan Allahyarham bukan sahaja berjasa besar kepada kera-

jaan malah juga dalam poli-tik tanah air dan terus ber-peranan sehingga hujung usianya. Allahyarham per-nah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Belia dan Sukan serta menjadi Ketua UMNO Bahagian Dungun suatu ketika dahulu. “Allahyarham adalah rakan karib saya dan pemergiannya satu kehilan-gan besar kepada kerajaan dan politik negara,” ka-tanya.

ALLAHYARHAM HJ YUSOFF MAT AMIN Antara koleksi berharga peninggalan Allahyarham Hj Yusoff Mat Amin.

Keratan akhbar kali terakhir arwah berkumpul bersama keluarga.

Perginya adiputra seni ukir kayu negarahilanGnYa tiada pengganti - pemergian Tokoh Seni Negara 1997, Wan Su Othman pada usia 115 tahun di kediamannya di Kam-pung Alor Lintang, Besut merupakan satu kehilangan besar buat dunia seni ukir kayu negara. Anak sulungnya, Wan Mustafa atau lebih dikenali sebagai Wan Po berkata, bapanya me-ninggal dunia pada 15 September lalu kira-kira

jam 1.30 pagi kerana sakit tua dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Alor Lintang. Katanya, ayahnya yang dilahirkan di Peng-kalan Kubur, Kelantan itu merupakan seorang penggiat seni ukiran kayu yang telah banyak menghasilkan ciptaannya yang telah mendapat tempat di dalam mahupun di luar negara. “Sepanjang hayatnya, kami adik beradik mengenalinya bukan sahaja sebagai seorang

ayah malah orang yang gigih dan begitu sa-yangkan seni ukiran kayu ini. “Allahyarham mengambil masa yang cukup lama untuk menjadikan perusahaan yang satu ketika dulu hanya berada di belakang rumah kepada industri yang cukup berharga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Antara karya Allahyarham yang ditinggalkan seperti pintu utama Muzium Negara, ukiran di Istana Di Raja Pekan, Pahang, ukiran lambang Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Sku-dai, Johor dan logo Syarikat Penerbangan Ma-

laysia (MAS) di London. Selain Wan Po yang pernah meraih Anu-gerah Karyawan Kraft Negara 2002, turut mengikut jejak seni bapanya, pengiat seni la-kon, Wan Hanafi dan Pensyarah Universiti Is-lam Antarabangsa Malaysia, Dr. Wan Kamaru-zaman. “Dalam seni ini, Allahyarham menerapkan prinsip tidak mahu karya-karyanya sama se-perti orang lain dan berusaha membawa identiti sendiri dengan mengetengahkan pelbagai motif dan reka bentuk ukiran,” ujar Wan Po.

Page 11: teganukita 48

MIMBAR

1 - 15 September 2011 11teganukita rencana

BISNESOleh: Suriati ali Prismar

hasil produk minumankesihatan

priSMar Natural Pro-ducts (Prismar) ditubuhkan pemiliknya, Encik Awaluddin Mohd bersama isteri Puan Za-liha Mohamed selepas menye-dari buah delima atau nama saintifiknya gunica granatum mempunyai pelbagai khasiat dan keistimewaan tersendiri untuk merawat pelbagai pe-nyakit. Encik Awaluddin yang juga Pengurus Besar syarikat itu gemar membuat kajian dan mengambil maklumat men-genai khasiat pelbagai jenis buah-buahan termasuk deli-ma melalui bahan bacaan dan internet. Katanya, melalui pendeka-tan itu, secara sendirinya tim-bul minat untuk menghasil-kan sejenis produk minuman kesihatan hasil daripada buah delima. “Untuk memenuhi impian,

saya dan isteri mempelajari kaedah terbaik untuk mengha-sil produk yang diingini dari Institut Piawaian dan Penyeli-dikan Perindustrian Malaysia (Sirim Berhad). “Selepas mendapat tunjuk ajar dan sokongan Sirim, saya mula menghasilkan produk minuman kesihatan yang dinamakan Sari Delima Madu Heavenia,” katanya. Menurutnya, apa yang membanggakan produk yang dipasarkan pada April lalu mendapatkan sambutan cu-kup menggalakkan daripada pelang-gan tempatan dan luar Te r e n g -ganu. “Ke-b a n -y a k a n mereka y a n g

mendapatkan produk ini un-tuk mencegah dan merawat penyakit seperti masalah lebihan berat badan, sembelit, angin medu, keletihan, sendi, saraf, bau badan dan lain-lain. “Apa yang membang-gakan, pelanggan akan beru-saha mendapatkan produk ini selepas mengetahui menge-nai kelebihan, keberkesanan dan keistimewaannya walau-pun selepas dua hingga tiga minggu mencubanya,” ka-tanya. Buah delima, sejenis buah

berasal dari kawasan Mediterranean,

banyak digu-nakan dalam pe ruba tan tradisional untuk men-gubati pel-bagai jenis penyakit.

K u l i t

buah delima mengandungi asid tannin yang amat ber-kesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk ca-cing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, buah itu juga men-gandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk mere-dakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat ku-mur untuk mengatasi masalah nafas berbau. Primar yang beralamat tingkat satu, Wisma Hajah Wook, Jalan Hiliran Kuala Terengganu sedang membu-ka peluang kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi pengedar atau pemborong. Kepada yang berminat bolehlah mendapat keteran-gan lanjut dengan melayari laman sesawang: http//deli-mamadu.blogspot.com atau menghubungi talian 012-9082367/012-9022367.

Kulit buah delima men-gandungi asid tannin yang amat berke-san untuk menghapus-kan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit.

Awaluddin menunjukkan produk Sari Delima Madu Heavenia yang mempunyai khasiat dan keistimewaan tersendiri untuk merawat pelbagai penyakit.

“ صيحت تنفا معصية“

سجق سكني الما أومت إسالم تله دفرايغتكن اوليه الله سبحانه وتعاىل مرنويس اياتث بهاوا كهيدوفن دنيا اين تيدق

الءين هاثله كسنغن يغ ممفردايكن. سيدنا عىل ريض عنه فرنه بركات “ هاي دنيا، تيفوله اورغ الءين سالءين اكو. اكو تله منخرايكنمو دغن طالق تيض. عمورمو فينديق،

فرهياسنمو سوليت دان بهاميو ساغت برس. بتاف سديكيت بكلكو، بتاف فنجغ فرجالننكو دان بتاف سويث جالنكو.”

جوسرتو، ددامل مغعبديكن ديري كفد الله سبحانه وتعاىل، مأنيس اين جوض دافت دضولوغكن كفد دوا ضولوغن.

ضولوغن فرتام مريك يغ طاعة دان فاتوه منجالنكن فرينته الله سبحانه وتعاىل، ضولوغن كدوا مريك يغ ايغكر داغن

كتنتوان دان كتتفن الله سبحانه وتعاىل. فرمان الله سبحانهوتعاىل دامل سورة هود ايات 24

مقصودث: “بنديغن دوا ضولوغن ايت سامله سفريت اورغ يغ بوتا رستا فكق، دغن اورغ يغ خليق رستا مندغر; ادكه كدوا-دوا ضولوغن ايت سام كاداءنث، مك تيدقكه كامو

“.مغمبيل فريغاتن اورغ۲ يغ برإميان، مريك مرثاهكن كهيدوفنث هاث كفد

الله سبحانه وتعاىل دان بوكن كفد سالءين درفد الله. مريك لبيه ممنتيغكن كريضاءن الله درفد برميواه-ميواه دغن كهيدوفن دنيا، منجاض صالة مالكوكنث دغن خشوع،

منجاوهكن ديري درفد فربواتن دان فركاتاءن تيدق برضونا، منفقهكن هرتا مريك كجالن الله، منجاض كاملوان اتاو

كهورمنت درفد بربوات كموغكرن، تيدق ملمفاوي باتس دامل برتيندق دان مريك جوض سنتياس منجاض أمانه. بضيتو

جوض سباليقث بايض يغ ايغكر دان معصية، مريك برفضغ تضوه دغن تايل شيطان يغ مغواساءي دامل كهيدوفن مريك.

فرمان الله سبحانه وتعاىل دامل سورة املجادله ايات 19 مقصودث:” شيطان تله مغواساءي مريك، سهيغض مريك لوفا مغيغايت الله; مريك ايتله فواق شيطان. كتاهويله! بهاوا

فواق شيطان ايت اورغ يغ رويض موسوه الله سبحانه وتعاىل ياءيت شيطان مغضوناكن دوا

خارا اونتوق موجودكن فينتو ضوداءن كلمبه معصية ياءيت دغن ليسن اتاوفون فربواتن. خارا ليسن لبيه فنتيغ درفد

فربواتن كران دسيتوله ترهيمفون سضاال فوجوق رايو دامل جيوا. ليسن جوض مربهاي كفد توبوه مأنيس كرانث

جوض اكن ممباوا هيدوف فنوه سغسارا ددامل نراك. سيدنا معاز فرنه برتاث كفد رسول الله صىل الله عليه وسلم تنتغ عاملن يغ دافت مامسوقكن كدامل رشض دان منجاوهكن درفد ايف نراك. مك رسول الله صىل الله عليه وسلم ممضغ ليدهث سنديري اللو برسبدا، “هندقله كامو منجاض اين “. سالنجوتث بضيندا برسبدا، “سسوغضوهث كيت اكن

دفرتغضوغجوابكن اتس اف يغ كيتفركاتاكنمسلمني يغ درحمتي الله

الله سبحانه وتعاىل تله مثيغكف رانخغن۲ موسوهث سباضاي جالن اتاو فينتو ماسوق يغ اكن مروسقكن مأنيس انتارا الءين اداله: اجقكن كفد كجاهنت، منانم راس تاكوت ميسكني، مثامي نيالي۲دوستا، منامنكن فرموسوهن انتارا اينديؤيدو، كلوارض، مشاركت هيغضله كسسواتو بغسا، منخضه درفد مغيغايت الله سبحانه وتعاىل سامادا دغن

كسنغن اتاو كسولينت، مغحاللكن اف يغ دحرامكن اوليه الله سبحانه وتعاىل، منانم راس فوتوس اسا، تعجوب، ايضو،

تكبور دغن ديري سنديري، ممفرباثقكن هرتا اونتوق سقدر دسيمفن بوكن اونتوق كفنتيغن عموم. حاصيل درفد

الله سبحانه وتعاىل مثيغكف فينتو۲ موسوه الله اين، مك الهريله مأنيس يغ ترفاوت دغن اجقكن رستا بيسيكن يغ منداتغكن كروسقكن فد كهيدوفن مأنيس ايت سنديري.

دغن فوجوق رايو دان ضوداءنث، مك أخريث رامايله مأنيس يغ برضابوغ منجادي فغيكوت كمعصينت اين. دغن

دميكني، مريك يغ دباوه تعلوق دان ملس دامل ضوداءنمعصية اكن جاتوه كدامل لومفور دان ملبه كسسنت

Page 12: teganukita 48

BAKTI JKKK Utamakan kepentingan penduduk

IKON

12 1 - 15 September 2011 teganukita rencana

Aiman bawa masakan Terengganu ke pentas dunia

penunTuT Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Mohd. Aiman Yusof berjaya men-getengahkan masakan Terengganu sebagai salah satu hidangan cita rasa Asia pada pertandingan World Skills International di London . Mahasiswa berusia 22 tahun itu berkata, ia bagi menonjolkan keuni-kan dan kelazatan juadah tradisi Melayu ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan berprestij yang melibatkan penyertaan 32 buah ne-gara. “Saya mahu menunjukkan ke-pada mereka bahawa kita juga boleh menghasilkan masakan yang sedap

Oleh: Fauzi Mohd

dan terbaik,” katanya baru-baru ini. Terdahulu, dia menerima sum-bangan RM20,000 daripada kera-jaan negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said bagi menampung keperluannya dalam dalam pertandingan itu.

Pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerana pencapaian yang membanggakan negeri dan pada pertandingan itu Bendera Terengganu akan dipaparkan di ke-semua pakaian dan baju chef yang dipakai Aiman semasa pertandingan. Penuntut tahun akhir Diploma Seni Kulinari itu mewakili Malaysia dalam pertandingan yang menguji kreativiti, kemahiran dan pengua-saan meliputi 45 bidang turut berpe-luang menjalinkan kerjasama den-gan University of West London. Aiman menyatakan, dia bersyu-

kur kerana atas keprihatinan kera-jaan negeri, dia dapat berangkat ke London untuk berada di sana selama hampir dua minggu bagi membawa misi untuk mempromosi ciri-ciri Terengganu ke persada dunia. “Selain untuk negeri dan UiTM, pencapaian ini juga hadiah untuk keluarga yang awalnya agak sangsi dengan bidang yang saya pilih,” ka-tanya. Dia yang berasal dari Kampung Padang Palas, Kuala Terengganu mula menyertai pertandingan sejak semester kedua di universiti bagi

menguji bakat dan kemahirannya. Dia memenangi pingat emas dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia 2010 dan Epicurean Culi-nary Challenge 2010 anjuran UiTM serta Anugerah Seni Kulinari Nestle Januari lalu. “Saya pernah menyertai beberapa pertandingan lain termasuk Battle of Chefs di Pulau Pinang, Hotel Asia Culinary Challenge di Singapura dan Kuala Lumpur Culinary Chal-lenge,” katanya.

Mahasiswa berusia 22 tahun dari Kam-pung Padang Palas, Kuala Terengganu menonjolkan keuni-kan dan kelaza-tan juadah tradisi Melayu Terengganu ke peringkat antarabangsa pada pertandingan berprestij World Skills International di Lon-don yang melibatkan penyertaan 32 buah negara.

FOKuS utama adalah membantu golongan miskin, mereka yang di-timpa musibah dan meningkatkan taraf hidup penduduk setempat ke arah lebih baik. “Biarpun kekurangan peruntukan tapi kami sanggup menebalkan muka meminta bantuan sokongan daripada beberapa individu (dermawan) un-tuk menyumbang,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Ke-selamatan Kampung (JKKK) Jalan Tekukur, Hajah Arpah Osman, 54. Menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya begitu be-sar, Hajah Arpah tidak mudah men-galah dan cuba seberapa daya yang boleh untuk membantu meringankan beban anak buahnya.

Oleh: esah abdullah Dengan kepadatan penduduk lebih 2,000 orang yang merangkumi tujuh taman perumahan termasuklah Taman Alamanda Satu dan Dua, Ta-man Teratai, Taman Medan Tekukur, Taman Dalya, Taman Seri Intan Satu dan Dua. “ Terdapat 30 peratus penduduk bukan orang tempatan yang mendia-mi kuaters kerajaan di samping kam-pung tradisional Jalan Tekukur yang dulunya dikenali sebagai Kampung Mok Pe,” kata Hajah Arpah yang mendapat sokongan padu daripada suaminya yang juga ketua cawan-gan. Usaha mengekalkan perpaduan tidak diabaikan dan aktiviti gotong royong, sembang petang, kunjungan ke rumah warga emas, ibu tunggal

sentiasa memenuhi waktu terluang barisan jawatankuasa. Kerjasama erat dengan beberapa agensi seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dapat melaksanakan aktiviti bersama ma-syarakat setempat. “Program kesedaran sivik ka-langan remaja, penjagaan kesihatan golongan pertengahan umur dan warga emas serta usaha menangani gejala sosial dan jenayah diada-kan dari semasa kesemasa,” katanya. Hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicicah begitulah keakraban pen-

duduk Jalan Tekukur, setiap tahun tidak kurang empat ekor lembu tumbang sebagai

korban pada Raya Haji dan tahun ini perkara serupa dilakukan. “Saya berusaha mencari sumber untuk memenuhi impian masyara-kat dan setakat ini Tuhan memudah-kan segala perancangan diatur yang khusus untuk membantu golongan susah,” kata Pengarah Urusan sebuah syarikat di negeri ini. Katanya, ramai dermawan yang sudi menderma dan ada yang me-nyumbang barangan keperluan harian termasuk beras malah tidak kurang yang ada rezeki lebih menyumbang

beberapa ekor lembu untuk dikor-bankan. “Saya yakin segala usaha baik itu mendapat restu dan diber-kati ketika kita dunia malah ke-hidupan di akhirat,” katanya.

Page 13: teganukita 48

1 - 15 September 2011 13teganukita rencana

pulau duYOnG yang terletak di pinggir muara Sungai Terengganu, dengan jarak kira-kira 15 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Tereng-ganu, menjadi destinasi warisan yang kian popular selepas diberi `nafas baru’ oleh kerajaan negeri dengan pembinaan pelbagai prasarana. Kewujudan lokasi penganjuran Piala Monsun, Ri-Yaz Heritage Ma-rina Resort & Spa dan pembinaan pangsapuri mampu milik, nyata amat membanggakan penduduk tempatan. Tidak lengkap dengan itu, lokasi Pulau Duyong menghadap Laut Cina Selatan sememangnya terkenal den-gan pelbagai bahan sejarah yang unik dan menarik. Kota Lama Duyong antara bahan sejarah yang kekal hingga hari ini. Dibina pada tahun 1920, kota ini pada awalnya digunakan oleh individu tertentu dan kumpulan agama Islam untuk mengajar penduduk kampung membaca al-Quran. Dipercayai bahan yang digunakan untuk membinanya termasuk madu, putih telur dan batu. Setelah mus-nah akibat banjir pada tahun 1986, ia dibaikpulih pada tahun 1999 tanpa mengubah struktur pembinaan. Bangunan bersejarah itu dibina hasil cetusan idea pegawai senior di jabatan pentadbiran Terengganu iaitu Dato’ Biji Sura.

Legasi dan keistimewaan Pulau Duyong tidak berhenti di situ sahaja kerana beberapa pengusaha bot dan kapal layar terkenal sepert Haji Abdul-lah Muda, Hassan Ali, Azlan Hasni, Muhammad Ali, Amran Ghazali, Muda Muhammad dan Nik Ridzuan Nik Mohd masih aktif memerah kerin-gat dengan menjual hasil tangan mere-ka ke luar negara, termasuk Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Itali, New Zealand, United Kingdom dan Denmark. Haji Abdullah yang menceburi bidang pembuatan kapal layar sejak tahun 1958, berkata sepanjang mence-buri bidang itu puluhan bot nelayan bersaiz besar dan kecil dapat disiap-kan. Bilangan itu tidak termasuk tempa-han puluhan kapal layar milik pelang-gan asing, perahu kolek payang untuk Kerajaan Pusat dan kerajaan Tereng-ganu yang bernilai antara RM800,000 hingga RM1.1 juta sebuah. Keunikan reka bentuk berasaskan nilai warisan dan tradisional tempatan merupakan faktor utama kapal layar buatan Haji Abdullah terus mendapat perhatian penggemarnya. Setiap kapal dan bot yang dihasil-kan Haji Abdullah tanpa menggu-nakan paku sebaliknya menggunakan skru dan kaedah pasak kayu. Elemen itu diutamakan bagi menjamin kua-litinya agar lebih tahan lama. Ia juga untuk mengelak kekaratan sehingga mengundang kebocoran pada kapal.

Oleh: Suriati ali

Pulau Duyong kaya warisan sejarah

DESTINASI

Page 14: teganukita 48

am14 1 - 15 September 2011 teganukita

Usah abai ibu bapa - MB

Produk IKS Terengganu masuk pasaran Australia

Pengiktirafan daripada kerajaan negeri kerana pengorbanan serta menjalankan tugas dengan cemerlangbaYaran tunggakan itu akan dibayar penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Janu-ari lalu manakala mereka yang baru dilantik ia akan bermula pada Jun lalu. Ketika ini semua pengerusi JKKK masih menerima elaun mengikut kadar lama RM450 manakala kadar baru akan di-

dari ms-1 naikkan kepada RM800 sebu-lan mulai Januari tahun ini. Ini bermakna kenaikan se-banyak RM350.00 sebulan. Sementara itu, bebera-pa orang pengerusi JKKK melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang mengiktiraf sum-bangan dan peranan mereka berkhidmat untuk masyarakat

di kampung masing-masing. Turut menerima kenaikan dan tunggakan elauan ialah 2,900 pendakwah atau disebut sebagai Guru Khidmat Ma-syarakat di bawah Yayasan Is-lam Terengganu. Pengarah YIT, Md Kamaru Al- Amin Ismail, berkata elaun tunggakan itu adalah bagi ke-naikan yang diterima RM150 sebelum ini kepada RM300 se-

bulan. Menurutnya, tunggakan bayaran yang diterima bermula 1 Januari lalu hingga Oktober nyata mengembirakan golon-gan itu di mana sebelum ini ter-paksa menunggu dalam tempoh yang lama. “Kenaikan bayaran elaun ini sebenarnya pengiktirafan besar kepada guru khidmat masyara-kat kendalian YIT seperti guru

Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) dan guru kelas berzanji yang selama ini berkorban masa mengendalikan kelas-kelas di kampung. “Pihak kami mengharapkan dengan bayaran tunggakan dan kenaikan elaun ini membuat-kan mereka lebih bermotivasi dalam menjalankan tugas ma-sing-masing,” katanya.

YanG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Keberangkatan Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah ser-ta Pengarah hotel berkenaan, Datuk Tan Choo Meng. Pada perasmian itu, Tuanku Mizan memasukkan kad replika kunci ke dalam satu kotak khas sebagai gimik perasmian.

MenTeri beSar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, men-gingatkan masyarakat negeri ini supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa masing-masing apa-bila mereka berjaya memegang jawatan dan kedudukan yang baik dalam kerajaan. Beliau berkata, tugas men-jaga kedua ibu bapa bukannya tanggung jawab kerajaan, teta-pi ia adalah tugas anak-anak apabila mereka sudah berjaya dalam hidup. “Seorang ibu boleh men-jaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu dengan baik,” ka-tanya dalam satu majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Is-teri Wakil-Wakil Rakyat (Seri-kandi) Terengganu bersama Jabatan kebajikan Masyarakat dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu,

Oleh: esah abdullah

baru-baru ini. Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Pengarah

JKM Encik Zuhaimi Omar. Dato’ Seri Haji Ahmad ber-kata, masyarakat perlu kembali ke pangkal jalan dan jangan mengabaikan tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa.

Beliau bangkitkan kerana seorang berkelulusan ijazah pernah merungut dan marah kerana nama ibu bapa mereka dikeluarkan daripada senarai penerima bantuan JKM.

Tuanku Mizan rasmi Hotel Tanjung Vista

Dato’ Seri Haji Ahmad bersama isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza bermesra dengan seorang kanak-kanak istimewa.

dalaM usaha membawa je-nama tempatan ke pasaran anta-rabangsa, Kerajaan Terengganu telah memperkenalkan lima jenis produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan pada Perth Royal Show 2011 di Cla-remont Showground Australia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi ne-geri, Dato’ Mohamed Awang Tera berkata, Terengganu yang diwakili Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)

ke pameran itu bersama 13 pegawai termasuk usahawan. Menurutnya, lima produk yang diketengahkan ialah kere-pok lekor sejuk beku, jus rosel,

produk berasaskan kambing, ikan sardin dan kraftangan tekstil. “Di Australia khususnya di Perth terdapat lebih 20,000 rakyat Malaysia yang merupakan pasa-

ran besar bagi produk berkenaan yang secara tidak langsung ber-tindak sebagai ‘duta kecil’ kepada produk kita. “Harapan kita agar usahawan terlibat dapat mempelajari se-suatu agar produk yang diketen-gahkan berjaya menembusi pasa-ran negara berkenaan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Satu Daerah Satu Indus-tri (SDSI) peringkat Zon Timur di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) baru-baru ini.

Dato’ Mohamed melawat gerai selepas merasmikan Ekspo SDSI Zon Timur di Terengganu.

Menara terapung di Gua BewahKerajaan negeri ber-cadang membina menara te-rapung di Gua Bewah, Tasik Kenyir bagi memudahkan pelancong melawat lokasi itu secara dekat terutama berkai-tan penemuan rangka manu-sia berusia 16,000 tahun. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kajian membina menara se-tinggi tiga tingkat berharga kira-kira RM15 juta itu se-dang dijalan-kan oleh sebuah syarikat swasta. Katanya, pembinaan me-nara yang turut menyediakan tangga bergerak itu akan menggunakan tenaga solar atau hybrid. ``Pembinaan tangga berge-rak penting untuk membolehkan pelancong melawat Gua Bewah untuk melihat artifak di dalamnya dengan keadaan selamat, “ katanya. Katanya, jika kerajaan negeri berpuas hati kesemua-nya ianya akan dilaksanakan pada tahun depan kerana Gua Bewah akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan di Tasik Kenyir dengan keuni-kannya tersendiri terutama pelancong luar negara. Menurutnya, penemuan rangka manusia atau digelar sebagai `Bewah Man’ pada November lalu merupakan rangka tertua pernah ditemui di negara ini dan sudah tentu ia akan menjadi daya tarikan pelancong untuk melihatnya. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, penemuan rangka manusia zaman pra sejarah itu membuktikan wujudnya kawasan penempatan ma-nusia di zaman Mesolitik di kawasan tersebut. Beliau berkata, bagaimana-pun pada masa ini Gua Bewah ditutup kepada orang ramai bagi membolehkan kerja-kerja mengali artifak dilakukan. Katanya, ianya dijangka dibuka kepada orang pada awal tahun depan apabila kerja-kerja menaik taraf siap termasuk pemasangan penu-tup kaca di kawasan tersebut bagi tujuan keselamatan ter-hadap artifak bernilai itu.

Aduan pengguna air Terengganu selesai satu hari beriTa baik untuk peng-guna air di Terengganu – kira-kira 95 peratus daripada pelbagai aduan berhubung bekalan air di seluruh ne-geri ini diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga hari sahaja. Malah, sesetengah aduan ditangani dalam tempoh sehari selepas aduan dibuat melalui Talian Aduan SATU 1 300 882 111 yang dimu-lakan sejak 29 November 2010. Mengikut perangkaan Syarikat Air Terengganu, (SATU), sejak talian itu di-perkenalkan bagi tempoh percubaan hingga bulan Ogos tahun ini, sebanyak 22,157 aduan mengenai bekalan air dikemukakan pengguna seluruh negeri. Daripada jumlah itu, se-banyak 62 peratus aduan berkaitan paip bocor, gang-guan bekalan air (10.3 pera-tus) dan akaun bil air (9.55 peratus) dan SATU berjaya menyelesaikan kira-kira 95 peratus daripada aduan tersebut dalam tempoh tiga hari saja. Penyelesaian masalah pengguna air dalam masa singkat itu dilakukan melalui pusat khidmat komunikasi pelanggan yang sistematik dan tersusun, diperkenalkan SATU dengan kerjasama Syarikat VADS Berhad - anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia yang ada kepakaran, khususnya dalam memberi perkhid-matan Pusat Khidmat Ko-munikasi Pelanggan. Majlis pelancaran per-khidmatan tersebut diras-mikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara SATU dan Syarikat VADS Bhd disempurnakan dalam satu majlis di Riyaz Heritage, baru-baru ini. Dalam ucapannya, Men-teri Besar turut mengingat-kan pihak pengurusan Syari-kat VADS Bhd supaya tidak memikirkan soal keuntun-gan semata-mata, tetapi turut menunaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap ma-syarakat negeri ini. Beliau berkata, pihak ke-rajaan negeri melalui SATU mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membayar per-khidmatan Syarikat VADS Bhd, bagi memastikan peng-guna tidak menghadapi ban-yak masalah berkaitan peng-gunaan air.

Page 15: teganukita 48

1 - 15 September 2011 15teganukita am

Tujuh penerbangan dari LTSM bawa jemaah haji zon Timur

SebanYaK tujuh penerbangan yang membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah akan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ta-hun ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, ia melibatkan seramai 3,129 jemaah haji dari zon timur merangkumi tiga buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan. Katanya, penerbangan pertama dari LTSM pada 30 September dan diikuti pada 1, 5 dan 6 Oktober serta 16, 17 dan 18 Oktober. “Setiap penerbangan yang mem-bawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat MAS (Malaysia Airlines) dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis meraikan keberangkatan 447 je-

YB Khazan beramah mesra dengan jemaah haji di dalam pesawat ketika hadir dalam meraikan keberangkatan jemaah pertama ke Arab melalui penerbangan terus dari Lapangan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Oleh: Fauzi Mohd maah haji pertama dari Kuala Tereng-ganu ke Madinah di LTSM, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankua-sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh, Muham-mad Ramli Nuh dan Pengarah Tabung Haji negeri, Mohammad Mokhzani Mukhtar. Tambah Khazan, kira-kira 300 kak-itangan dari 18 agensi kerajaan terma-suk Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Jabatan Kas-tam dan Imigresen membantu operasi penerbangan haji di LTSM. “Urusan penerbangan jemaah haji yang masuk tahun keempat itu ber-jalan dengan lancar dan sempurna,” ujarnya. Sementara itu, seorang jemaah haji yang ditemui, Mohd. Salleh Mohd. Noor, 71, dari Gong Badak, berkata,

dia yang berkerusi roda bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan ibadah haji selepas lebih 30 tahun me-nyimpan hajat. “Dah lama pak cik tunggu. Masa anak pak cik masih bersekolah lagi, pak cik dah baca buku-buku tentang ibadat haji,” kata warga emas itu yang pergi bersama anaknya, Ahmad Noor Rashidi, 36, yang juga pensyarah Uni-versiti Teknologi Mara kampus Kelan-tan. Bagi Nurul Huda Che Deraman, 26, dia yang berasal dari Kesom, Manir, berasa bertuah kerana berpelu-ang mengerjakan ibadat itu dalam usia yang masih muda. “Memang ini hajat saya dari seko-lah menengah lagi. Selepas dapat kerja, impian saya untuk tunaikan haji sebe-lum berkahwin dan membeli kereta,” katanya yang juga kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

NURUL HUDA

MOHD SALLEH

Tuanku Nur Zahirah rasmi kapal RV Discovery UMTraja Pemaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Kapal latihan dan penyelidikan Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Ma-laysia Terengganu (UMT) di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berang-kat ke majlis tersebut. Pada majlis perasmian itu, Tuanku Nur Zahirah menekan papan plak sebagai gimik peras-mian kapal RVDiscovery. Kapal bernilai lebih RM15

juta khusus dibina bagi penyelidikan oseanografi dengan kelengkapan terkini setanding dengan kapal peny-elidikan luar negara dengan keupayaan belayar sejauh lebih 4,000 batu nautika dan boleh berada selama dua minggu di lautan. Kapal sepanjang 35 meter dan se-berat 300 tan itu dibina pada Septem-ber 2008 oleh syarikat tempatan, Kay Marine Sdn. Bhd. dan berkemampuan menampung 12 krew kapal dan 23 pelatih pada satu-satu masa dengan menyediakan kabin, ruang makan serta ruang rehat yang selesa. - Oleh: Suriati ali.

Kerajaan atasi kuala cetek

Penjawat awam perlu memiliki integriti tinggiKeSuliTan nelayan daerah

Besut untuk mendarat bot di Kom-pleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, yang berpunca daripada muara cetek dijangka dapat diatasi apabila kera-jaan menempatkan kapal korek khas untuk mengali pasir di muara terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Ke-sihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut berkata, kerajaan negeri bersetuju membeli dua kapal ko-rek untuk tujuan mengali pasir di semua muara kuala negeri ini. Katanya, permukaan Kuala Be-sut yang sering menjadi masalah akibat timbunan pasir selepas ber-laku banjir tiap tahun menyulitkan lebih 5,000 nelayan untuk keluar masuk bot kerana muara menjadi cetek. Menurutnya, beliau sudah mengemukakan masalah itu ke-pada kerejaan negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, bersetuju untuk membeli dua ka-pal korek bagi kegunaan mengali muara yang cetek di semua kuala sungai negeri ini. “Kesulitan nelayan daerah ini mendaratkan bot menyebabkan negeri ini kehilangan hasil berjuta ringgit setiap tahun kerana nelayan terpaksa mendarat bot mereka di pelabuhan Tok Bali, Kelantan,” katanya pada majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nela-yan Besut di sini baru-baru ini. Penasihat Agama Perdana Men-teri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Ahli Parlimen Besut, merasmikan majlis itu serta me-nyampaikan secara tunai bantuan sara hidup kepada 569 nelayan daerah Besut.

penjaWaT awam di negeri ini di minta mengambil inisiatif dan berusaha memastikan tahap integriti tugas harian supaya sen-tiasa berada pada tahap tinggi. Timbalan Setiausaha Kera-jaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, ber-kata setiap penjawat awam wajar memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap usaha yang sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan melalui perlaksanaan undang-undang. “Pendekatan itu cukup pen-ting bertujuan memberi keya-kinan kepada pembayar cukai, pelabur dan rakyat di negeri ini supaya komited untuk melak-sanakan pentadbiran yang telus dan berintegriti,” katanya. Beliau berkata demikiah ke-tika berucap di Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, di Wisma Darul Iman, Kua-la Terengganu, baru-baru ini. Taklimat sehari itu memberi penerangan kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai akta perlindungan pemberi maklumat 2010, isu ke-bankarapan di Malaysia dan khid-mat bantuan guaman. Dato’ Wan Ahamad meng-harapkan melalui penerangan dan kefahaman yang akan diberikan pihak berkaitan melalui program seumpama ini dapat membantu setiap pelaksanaan akta tertentu. “Ini merupakan inisiatif dalam memastikan penjawat awam maklum dan sedar bahawa mer-eka yang ingin membuat aduan berkenaan salah laku pegawai atasan akan dilindungi.

Page 16: teganukita 48

sukan teganukita Bil : 48 (1-15 September 2011) http://teganukita.blogspot.com 16

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 6313502 / 09 - 6230582

piala Monsun, kejohanan perahu layar an-tarabangsa di Pulau Duyong yang bermula sejak 2005, ternyata memainkan peranan pen-ting dalam menjana pembangunan ekonomi Terengganu terutamanya penduduk setempat. Pengerusi T-Best Events Sdn. Bhd. (T-Best), Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, selain mengurangkan pergantungan kepada sumber ekonomi tradisional, ia juga men-gubah lanskap khususnya di Pulau Duyong yang terletaknya di muara Sungai Tereng-ganu. “Penganjurannya bukanlah satu pemba-ziran kerana ia mampu menarik kedatangan pelancong ke Terengganu yang mana kein-dahan dan kebudayaannya turut ditatapi oleh jutaan penduduk dunia,” kata beliau. Piala Monsun pada tahun ini diadakan dari 22 hingga 27 November dengan pelbagai

Piala Monsun bukan sekadar acara perlayaranOleh: Fauzi Mohd aktiviti sampingan berkaitan kapal layar selain

perlumbaan utama yang disertai oleh pasukan kapal layar terbaik dunia. Katanya, berdasarkan perangkaan pengan-juran pada tahun lalu, kedatangan pelancong ke Terengganu ketika berlangsungnya Piala Monsun 2010 berjaya menggalakkan perbelan-jaan setempat berjumlah RM13.1 juta. “Pada sepanjang enam hari berlangsungnya pertandingan itu, jumlah kedatangan penonton yang direkodkan seramai 170,772 orang dan per-tandingan itu disiarkan menerusi televisyen ke seluruh dunia melibatkan penonton seramai 1.7 bilion orang. “Selain itu, sebanyak 1,729 pekerjaan ber-jaya diwujudkan ketika berlangsungnya Piala Monsun 2010 daripada perkhidmatan sokongan kepada setiap pasukan hinggalah penyediaan makanan,” jelasnya. Katanya, kesan penganjuran itu turut merang-sang pertumbuhan ekonomi perusahaan industri

kecil dan sederhana serta menarik penglibatan masyarakat tempatan termasuk kepada golongan muda sempena acara itu. Kenyataan Tan Sri Sabaruddin itu sekali gus menolak dakwaan bahawa penganjuran Piala Monsun merupakan satu pembaziran dan menu-rut bekas Menteri Pelancongan itu lagi, pihaknya akan terus menganjur acara tersebut sehingga ta-hun depan. Piala Monsun 2011 merupakan salah satu daripada lapan lokasi bagi Jelajah Perlumbaan Perahu Layar Dunia (WMRT) 2011 dan meru-pakan lokasinya yang terakhir bagi tahun ini. Sebelum itu, perlumbaan telah diadakan di Perancis, Jerman, Korea Selatan, Portugal, Swe-den, Switzerland dan Bermuda sebelum ke Pulau Duyong, Malaysia.

sukan teganukita

Enam jurulatih luar bantu mantapkan Sukma 2012 Oleh: esah abdullahKOnTinjen Terengganu mem-buat persiapan awal bagi menghadapi kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang tahun depan dengan men-gambil enam jurulatih luar iaitu tiga dari Thailand dan masing-masing seorang dari China, Korea Selatan dan Indonesia. Pengarah Majlis Sukan negeri, Zainal Abidin Hussin berkata, enam jurulatih luar ini meliputi sukan sepak takraw, judo, tekwando, badminton, gimnastik dan tinju yang dibantu ju-rulatih tempatan. “Usaha yang dilakukan ini adalah untuk memantapkan atlet kita sekali gus diharap mampu mengekalkan kejuaraan kali keempat berturut-tu-rut,” katanya. Selain itu katanya, kerajaan turut menghantar atlet pelbagai peringkat mengikuti beberapa kejohanan pe-ringkat negeri dan kebangsaan bagi

memberi pendedahan kepada atlit se-belum bersaing diperingkat lebih be-sar tahun depan. “Sebenarnya, latihan awal sudah bermula sebaik sahaja selesai Sukma 2011 di Kuala Lumpur Jun lalu, na-mun latihan secara insentif akan di-laksanakan selepas semua atlet selesai

menduduki peperiksaan akhir tahun,” katanya. Sehubungan itu beliau berharap semua jurulatih terbabit dapat memu-lakan program latihan secepat mung-kin bagi memastikan hasrat kekal juara menjadi kenyataan. Katanya, sehingga ini, kesemua 24 persatuan telah dipanggil untuk men-gatur jadual latihan masing-masing dan 1 Disember depan merupakan tarikh akhir persatuan terbabit menge-mukakan senarai nama atlet yang akan mewakili negeri. Menurut Zainal Abidin, berdasar-kan pelbagai kejayaanyang dicapai pada kejohanan lalu kerajaan optimis untuk bergelar juara sekali lagi tahun depan setelah berjaya mengengam-nya pada 2008, 2010 dan 2011.

Kerajaan optimis untuk bergelar juara sekali lagi tahun depan setelah berjaya mengengamnya pada 2008, 2010 dan 2011.