tajuk 6- perkembangan kognitif dan bahasa

Upload: hzhafirah

Post on 08-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    1/53

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    2/53

    PENGENALAN PERKEMBANGAN

    KOGNITIFPerkembangan kemahiran kognitif :

    Kebolehan individu untuk berfikir, memberi

    pendapat, memahami dan mengingati perkara

    yang berlaku di persekitaran masing-masing.

    Ia melibatkan mental seperti ingatan,

    mengkategori, merancang, menaakul,

    menyelesaikan masalah, mencipta,

    berimaginasi dan lain-lain.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    3/53

    Teori Perkembangan Kognitif Jean

    PiagetMenurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melaluiperingkat-peringkat perkembangan kognitif yangsama tetapi pada usia yang berbeza-beza.

    Beliau berpendapat persekitaran tidakmembentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya,kanak-kanak membina pengetahuan merekasecara aktif untuk memahami persekitarannya.

    Keadaan ini berlaku melalui pelbagai prosespenerokaan, manipulasi dan menilai persekitaranfizikalnya.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    4/53

    Untuk menerangkan dengan lebih lanjut

    mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan

    4 konsep utama:

    Skema (Schema)

    Penyerapan (Assimilation)

    Pengubahsuaian (Accomodation) dan

    Keseimbangan (Equilibrium)

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    5/53

    1. SKEMA

    struktur kognitif atau mental yang membolehkanindividu mengurus dan menyesuaikan diri dengan

    keadaan persekitaran.

    Skema adalah seperti sebuah kabinet yangmenyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili

    satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia

    mempunyai skema umum dan semakin bayi itu

    membesar skema yang diperoleh semakinmeningkat dan skema itu semakin diperhalusi.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    6/53

    Skema adalah proses mencipta, memperhalus,

    membuat perubahan, menyusun danmengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan,

    skema sedia ada pada bayi itu ialah

    menghisap susu dan menggenggam. Apa

    sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya

    akan dihisapnya seperti puting susu atau jari

    tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat

    membezakan yang mana satu akanmengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana

    hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    7/53

    2. ASIMILASIM

    erupakan proses kognitif di mana seseorangmenyatukan maklumat-maklumat baru ataupengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yangsedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baruke dalam struktur sedia ada.

    Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusiasentiasa melalui pelbagai maklumat danpengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengansebuah belon yang semakin membesar apabila

    ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahanyang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukankualitatif.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    8/53

    3. AKOMODASI

    Merupakan penyesuaian diri dan menghasilkanperubahan kualitatif serta perkembangan skema(development of schema). Jika maklumat yangditerima sesuai dengan skema yang ada, maka ia

    akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jikamaklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akanditolak atau diubah atau diubahsuai.

    Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabilaskema yang sedia ada diubah suai untukdigabungkan dengan maklumat-maklumat ataupengalaman-pengalaman baru.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    9/53

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    10/53

    4.KESEIMBANGANProses ini akan tercapai apabila seseorang kanak-

    kanak menyeimbangkan proses penyerapan danpengubahsuaian.

    Contohnya, apabila seseorang kanak-kanakmenerima maklumat baru, ia akan menyerap

    maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya iaberjaya proses keseimbangan akan tercapai.Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, makamaklumat itu akan diubahsuai melaluipengubahsuaian skema atau mencipta skema yang

    baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan,maka tahap keseimbangan akan tercapai.

    Proses ini berlaku secara berterusan bermula daribayi sehingga dewasa.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    11/53

    Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget

    mendapati bahawa perkembangan kognitif

    kanak-kanak adalah berbeza dan berubah

    melalui empat peringkat mengikut perubahan

    umur mereka. Piaget membahagikan empat

    peringkat ini sebagai:

    peringkat sensori motor

    pra operasi

    operasi konkrit

    operasi formal

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    12/53

    PERINGKAT SENSORI MOTOR (0 2

    TAHUN)

    Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakanderia motornya untuk memahami dan berinteraksidengan persekitarannya.

    Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi

    sudah boleh membezakan objek-objek di dalampersekitarannya.

    Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasadan lambing yang mudah.

    Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deriamotor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan

    perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapatdilihat dalam persekitarannya.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    13/53

    PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 12

    TAHUN)

    Kanak-kanak mula memperolehi konseptransformasi, menguasai proses kebalikan danakhirnya mengamati proses songsangan. Di sampingitu, kanak- kanak sudah boleh mempelajari lebih

    daripada satu perkara pada satu masa.Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif

    atau deduktif serta dapat menguasai konsep masadan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir

    secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untukberfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapatmenyelesaikan masalah yang kompleks.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    14/53

    Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti

    pembelajaran yang bererti masih bergantung

    kepada objek- objek konkrit dan pengalaman

    secara langsung.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    15/53

    PERINGKAT OPERASI FORMAL (SELEPAS

    12 TAHUN)

    Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan bolehmenyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

    Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atauinduktif, dan menggunakannya untuk membuktikan

    teorem atau hukum matematik serta membuatrumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti

    matematik.

    Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol

    matematik untuk menggambarkan konsep yangabstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsepyang lain serta menggunakan logik untukmenyelesaikan masalah matematik.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    16/53

    Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami

    perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan

    mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi

    dan orang yang telah mereka lihat.

    Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan

    kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol

    dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa

    pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada

    peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu

    dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya

    membuat perkaitan logik (relational logic).

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    17/53

    Teori Perkembangan Kognitif Lev

    Vygotsky

    Vygotsky percaya bahawa perkembangankognitif individu berlaku dalam persekitaransosio budaya yang mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu.

    Beliau memberi alternatif kapada idea Piagettentang perkembangan kognitif kanak-kanakdi mana beliau menekankan peranan sosial

    dan budaya dalam perkembangan mindakanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologiyang belum berkembang dan matang.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    18/53

    Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan

    Joy N. Samuel (2009), pemikiran kanak-kanak

    berkembang akibat pergaulan dengan orang lain.Baginya, kanak-kanak tidak dapat membina

    pengetahuannya sendiri melainkan dengan

    interaksi bersama individu-individu dipersekitarannya. Perkembangan kognitif berlaku

    dalam dua peringkat:

    Peringkat sosial

    Peringkat individu

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    19/53

    PERINGKAT SOSIAL

    Maklumat atau pengetahuan individudiperolehi melalui interaksi individu dengan

    individu lain di persekitarannya.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    20/53

    PERINGKAT INDIVIDU (PERIBADI)

    Kebolehan individu menukar maklumat danpengetahuan yang diperolehi daripada

    interaksi sosial kepada kefahaman individu

    (peribadi).Maklumat yang diperolehi ini bileh

    menukar skemata individu.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    21/53

    Teori Perkembangan Metakognisi

    BerdasarkanMok Soon Sang (2008) antara teorimatakognisi adalah seperti berikut:

    Dewey (1910) - pemikiran sebagai aktiviti mentaldalam sesuatu proses untuk menyelesaikan

    masalah yang dihadapi. Guilford (1967)- pemikiran merupakan sesuatu

    jenis kebolehan atau keupayaan. Ia mempunyaipelbagai kemahiran berfikir.

    Teori Roger Sperry (1979)- menghuraikan otakmanusia yang menggunakan bahagian kirinyaberfikir secara kritis dan bahagian kanannya

    berfikir secara kreatif.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    22/53

    Mayor (1977)- menafsirkan pemikiran sebagai

    pengelolaan operasi mental dalam sistem

    kognitif dan digunakan untuk menyelesaiakn

    masalah.

    Davidoff (1979) - pemikiran sebagai

    penggunaan simbol, gambar, perkataan,pengamatan dan konsep.Melalu pemikiran,

    rangsangan luar yang diterima oleh deria akan

    ditafsirkan dengan peggunakan perkataan

    atau simbol untuk membentuk konsep

    terhadap rangsangan tersebut.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    23/53

    Beyer (1991)- pemikiran sebagai operasi mental

    terhadap input deria dengan menggunakan

    maklumat ingatan untuk menaakul, mengadaptasi

    dan mengasimilasikannya dengan tujuan

    membentuk untuk mencari sesuatu makna.

    Menurut pandangan Islam- pemikiran ialahsesuatu proses ynag menggunakan minda untuk

    mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu

    keraguan untuk masalah yang tertimbul dengan

    menggunakan pelbagai cara, membuatpertimbangan dan keputusan serta refleksi yang

    logikal dan munasabah terhadap proses yang

    dialami.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    24/53

    PENGENALAN PERKEMBANGAN

    BAHASA

    Bahasa: Satu bentuk komunikasi sama ada

    verbal atau non verbal,bukan-lisan dan

    tulisan.

    Bahasa mengandungi perkataan-perkataan

    yang digunakan oleh sesebuah komuniti

    dengan peraturan tatabahasa dan

    perbendaharaan kata yang tertentu.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    25/53

    KEPENTINGAN PERKEMBANGAN

    BAHASA

    Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanakadalah sangat penting kerana bahasa merupakan

    pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut.

    Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasadan rakan sebaya, mereka membina kefahaman

    dan idea-idea tentang perkara yang berlaku dipersekitaran mereka.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    26/53

    Menurut Berk (2001),

    bahasa memudahkan proses pengajaran.

    ia berkait rapat dengan kemahiran membaca

    dan menulis.

    Manakala Santrock (2007) menyatakan,

    bahasa akan memudahkan pelajar

    mempelajari konsep-konsep abstrak.

    kemahiran bahasa menjadi alat kepada

    perkembangan kendiri dan sosial.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    27/53

    TEORI DALAM KEMAHIRAN BAHASA

    PERSPEKTIF BEHAVIORIS

    PERSPEKTIF KOGNITIF

    PERSPEKTIF NATIVIS

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    28/53

    PERSPEKTIF BEHAVIORIS

    Diperkenalkan oleh Ivan Pavlov.

    Dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.

    Pembelajaran adalah berkaitan denganperubahan tingkah laku.

    Teori pembelajaran mereka kebanyakannya

    dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatianyang dilakukan ke atas haiwan seperti

    anjing,tikus, kucing dan burung di dalam

    makmal.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    29/53

    Mereka menumpukan ujian kepada

    perhubungan antara rangsangan dangerakbalas yang menghasilkan perubahan

    tingkahlaku.

    Secara umumnya teori behavioris menyatakan

    bahawa pengajaran dan pembelajaran akan

    mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah

    laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya.

    Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkahlaku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan

    diramal.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    30/53

    Skinner (1957) menyatakan ibubapa

    memainkan peranan yang penting dalam

    menyediakan perbendaharaan kata yang betul

    kepada anak-anaknya.

    Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh

    membantu perkembangan bahasa kanak-

    kanak dengan memberi peneguhan yang

    sesuai setiap kali kanak-kanak menyebutperkataan atau ayat dengan betul dan

    difahami.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    31/53

    Mengikut perspektif behavioris, setiap

    gerakbalas atau tingkahlaku yang

    menggunakan bahasa diteguhkan.

    Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak

    berkata, Saya dahaga, nak minum. Ibunya

    bertindak balas dengan memberi minuman

    kepada kanak-kanak tersebut. Tindak balas

    ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa

    yang digunakan oleh anaknya betul.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    32/53

    Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap

    apabila ibubapanya seringkali memuji danmeneguhkan percakapannya.

    Ibubapa boleh memberi tindakbalas denganmelakukan gerakbalas yang selaras dengan

    percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak

    apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul

    atau berinteraksi dengan kanak-kanakmenggunakan laras bahasa yang betul.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    33/53

    PERSPEKTIF KOGNITIF

    Teori sosio kognitif pula menekankan tentangperanan pemodelan.

    Contoh: kanak-kanak meniru percakapan orang

    dewasa.

    Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa

    aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihatdan mendengar percakapan orang lain. Merekaseterusnya akan meniru dan akan mengulanginyaapabila diteguhkan.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    34/53

    Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama

    untuk interaksi sosial, pemindahan budayadan menjana pemikiran individu.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    35/53

    Kanak-kanak mempelajari bahasa secara

    berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di

    persekitaran. Orang-orang dewasa akan

    mengubahsuai pertuturan mereka supaya

    sesuai dengan kefahaman kanak-kanak.

    Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil

    dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai

    dengan intonasi yang pelbagai memberi

    bantuan kepada kanak-kanak untukmempelajari bahasa. Ini memudahkan

    perkembangan bahasa berlaku.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    36/53

    PERSPEKTIF NATIVIS

    Perspektif Nativis berasaskan kepada teoriperkembangan otak yang lebih cenderung melihatperkembangan bahasa berlaku secara dalaman dandiwarisi.

    Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yangmenyatakan proses perkembangan bahasaseseorang individu lebih kompleks daripada

    peneguhan kepada gerakbalas yang betul olehPerspektif Behavioris atau mempelajari daripadaorang dewasa melalui peniruan seperti yangditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    37/53

    Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa

    individu adalah merupakan proses dalaman dan

    dipengaruhi oleh individu itu sendiri.

    Ini bermaksud individu dilahirkan dengan

    keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana

    Chomsky melabelkannya sebagai Tatabahasa

    Universal.

    Tatabahasa universal : asas kepada semua bahasa

    yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky

    sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada

    setiap individu semenjak dilahirkan.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    38/53

    PERINGKAT-PERINGKAT

    PERKEMBANGAN BAHASA

    Perkembangan bahasa akan dibincangkan

    melalui beberapa peringkat perkembangan

    kanak-kanak iaitu:

    PERINGKAT PRANATAL

    PERINGKAT BAYI

    PERINGKAT KANAKKANAK

    PERINGKAT REMAJA

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    39/53

    PERINGKAT PRANATAL

    Pada minggu ke-30 sehingga ke-38,

    peparunya berkembang baik dan sudah

    berfungsi.

    Janin boleh mendengar bunyi kuat dan

    memberikan respons dengan menggerakkan

    kaki dan lengan.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    40/53

    PERINGKAT BAYI

    Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan

    bunyi-bunyian. Tujuan komunikasi awal ini adalah

    untuk menarik perhatian ibubapa, penjaga dan

    orang-orang yang berada di sekitarnya.

    Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh

    bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada

    tahun yang pertama:MenangisCooingBabblingMembuat isyarat

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    41/53

    Perkataan pertama bayi adalah perkataan yangpenting dan dekat dengan mereka seperti :

    orang-orang yang terdekat (papa, mama),

    kenderaan (kereta, car) mainan (bola)

    makanan (susu)

    anggota badan (mata)

    pakaian (baju)

    ucapan (bye-bye).

    Kadang-kala satu patah perkataan mereka bolehmembawa pelbagai makna. Contohnya bolamungkin membawa maksud itu bola atau sayanak bola.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    42/53

    Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50perkataan pada usia 13 bulan, tetapi mereka

    masih tidak dapat menyebutnya sehingga dalamusia 18 bulan. Ini kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang difahami selalunya melebihiperkataan-perkataan yang diguna atau yangdapat disebut. Perbendaharaan kata bagi bayiakan meningkat dengan cepat setelah merekadapat menyebut perkataan yang pertama.

    Dalam usia 18 bulan mereka akan dapatmenyebut dalam lingkungan 50 patah perkataan.

    Bilangan ini meningkat sehingga 200 patahperkataan pada usia 24 bulan (2 tahun).Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat inidipanggil vocabulary spurt.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    43/53

    PERINGKAT KANAK-KANAK

    Jadual 1 : Model tahap perkembangan

    membaca di kalangan kanak-kanak yang

    dicadangkan oleh Chall, 1979.

    ARAS UMUR PENERANGAN

    0 0-4 TAHUN Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-

    kemahiran asas untuk membaca. Mereka

    memahami peraturan dalam membaca iaitu

    bermula dari kiri ke kanan.Mereka mulamengenali huruf, boleh menulis dan

    membaca nama sendiri. Dengan sokongan

    daripada ibu bapa dan guru pra sekolah,

    kanak-kanak ini menguasai kemahiran

    membaca yang asas.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    44/53

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    45/53

    Mereka boleh menyusun idea sebelum

    menulis dan mengenalpasti antarapendahuluan idea-idea utama dan penutup.

    Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri

    menggunakan slanga dan jargon semasa

    berinteraksi sesama mereka. Ini juga

    merupakan salah satu ciri perkembangan

    sosial remaja yang ingin mempunyai identiti

    sendiri dan tergolong dalam kumpulan yangtertentu.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    46/53

    PENGARUH BIOLOGI DAN PERSEKITARAN

    DALAM PERKEMBANGAN BAHASA

    PENGARUH BIOLOGI

    Naom Chomsky (1957) menegaskan individutelah diprogramkan secara genetik untukmenguasai bahasa.

    Beliau menyatakan kanak-kanak dilahirkandengan alat penguasaan bahasa atau LAD(Language Acquisition Device) - mekanismepenguasaan bahasa yang membolehkan mereka

    mengesan ciri-ciri dan peraturan dalampenggunaan bahasa yang digunakan dipersekitaran.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    47/53

    Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai

    kebolehan untuk mengesan tatabahasa dancara penggunaan bahasa tersebut.

    Contohnya: kata ganti nama, kata tanya.

    Menurut kajian, kecederaan pada kawasan

    Broca dan kawasan Wernicke yang sama

    kedua-duanya terletak di hemisfera kiri otak

    boleh menyebabkan seseorang individu hilang

    keupayaan dalam berbahasa.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    48/53

    Kawasan Broca adalah bahagian dalam otak

    yang mengawal pergerakan otot yang

    menghasilkan pertuturan.Manakala kawasan

    Wernicke adalah bahagian yang terlibat dalam

    memproses kefahaman berbahasa. Individu

    yang mengalami kecederaan di kawasan iniboleh bercakap tetapi percakapannya sukar

    difahami dan individu tersebut juga

    mempunyai kesukaran untuk memahami

    percakapan orang lain. (Santrock, 2007).

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    49/53

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    50/53

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    51/53

    Daripada kajian Betty Hart dan Todd Risley

    (Santrock, 2007) mendapati ibubapa dari

    golongan professional kurang bercakap dan

    kurang menerangkan sesuatu perkara dengan

    lebih lanjut kepada anak-anak. Dalam kajian

    lain, mendapati kanak-kanak yang mempunyaiibu yang kerap berkomunikasi dengan mereka

    mempunyai empat kali ganda lebih

    perbendaharaan kata daripada anak-anak

    yang mempunyai ibu yang pendiam.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    52/53

    Kajian oleh pra sekolah di Amerika (1998-99)

    mendapati ibubapa yang membaca kepadaanak-anak mereka tiga hingga empat kali

    minggu akan menyebabkan anak-anak ini

    mempunyai kemahiran berbahasa yang baik

    berbanding dengan ibubapa yang kurang

    berbuat demikian.

  • 8/7/2019 Tajuk 6- Perkembangan kognitif dan bahasa

    53/53

    ~SEKIAN, TERIMA

    KASIH~