pra3105 perkembangan kognitif kanak-kanak

54
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL PRA3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008 SEMESTER 4 MAJOR IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Upload: hon-shan-shan

Post on 05-Dec-2014

10.580 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

MODUL

PRA3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008

SEMESTER 4

MAJOR

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Page 2: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2008 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

ii

Cetakan Mei 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Kandungan iii

Kata Alu-aluan iv

Panduan Pelajar v

Pengenalan vii

Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) viii

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Perkembangan Kognitif kanak-kanak 1

1.1 Sinopsis 1

1.2 Hasil Pembelajaran 1

1.3 Kerangka Tajuk 2

1.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 2

Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah 11

2.1 Sinopsis 11

2.2 Hasil Pembelajaran 11

2.3 Kerangka Tajuk 11

2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 14

Tajuk 3

Lima Proses Piawaian National Council

Teaching Mathematic, (2000) dan Kaitan

Dengan Pembelajaran Metematik Kanak-

kanak Prasekolah

25

3.1 Sinopsis 25

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

iv

3.2 Hasil Pembelajaran 26

2.3 Kerangka Tajuk 26

2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 27

Tajuk 4

Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains

33

4.1 Sinopsis 33

4.2 Hasil Pembelajaran

33

4.3 Kerangka Tajuk 33

4.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 34

Rujukan

Panel Penulis Modul

Panel Pemurni Modul

Ikon Modul

Struktur Pelaksanaan

Page 6: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

v

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

PANDUAN PELAJAR

Page 7: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

vi

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami

pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-

bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 8: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

vii

Pengenalan

Modul ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Perkembangan

Kognitif Kanak-kanak yang merangkumi pembelajaran awal Matematik dan Sains di

prasekolah. Tidak ketinggalan juga modul ini akan membincangkan mengenai

prinsip-prinsip dan proses piawaian National Council Teaching Mathematic (NCTM)

dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah..

Modul ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu dan kualiti

pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Anda juga akan diberikan latihan

pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu

pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga

bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip

pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah.

Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu

dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.

Page 9: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

viii

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

1. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

- 5 5

2. Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah

- 5 5

3. Lima Proses Piawaian National Council teaching Mathematics, (2000) )Five Process standards-National Council Teaching Mathematics) dan kaitan dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.

- 4 4

4. Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 2 1 3

5. Pembelajaran Awal Sains di Prasekolah 5 - 5

6. Perancangan Program Awal Sains di Prasekolah

2 - 2

7. Penggunaan Pendekatan Projek (Project Approach)

3 - 3

8. Pengintegrasian Pelajaran Awal Sains dengan Aktiviti Seharian

3 - 3

9. Amali: Lima Proses Piawaian National Council teaching Mathematics, (2000) )Five Process standards-National Council Teaching Mathematics) dan kaitan dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.

5

- 5

10. Amali: Kemahiran Matematik Prasekolah(berdasarkan Kurikulum Stardard Prasekolah kebangsaan, KPM)

8 - 8

11 Amali: Aktiviti-aktiviti Matematik 7 - 7

12 Amali: Perancangan Program Awal Sains di Prasekolah

5 - 5

13 Amali: Penggunaan Pendekatan Projek (Project Approach)

5 - 5

45 15 60

Page 10: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

ix

*** isi ikut pecahan berikut: Pecahan kredit Interasksi

Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam

( 3+0) 30 15 45 (2+1) 45 15 60 (2+0) 15 15 30 (1+1) 30 15 45 (1+0) 0 15 15

Page 11: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

1

Tajuk 1 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

1.1 Sinopsis Unit ini merupakan pengenalan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak yang akan

membincangkan konsep kognitif. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita

sepatutnya mengetahui tentang konsep kognitif dalam pendidikan prasekolah supaya kita

dapat melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik dengan lebih efektif. Penjelasan

juga akan menjurus kepada teori perkembangan kognitif oleh dua orang tokoh yang

terkenal iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky yang dikira mampu membantu anda

mengaplikasi pengetahuan berkenaan di dalam lapangan pendidikan secara jelas. Ia dilihat

sebagai penjana idea untuk merancang aktiviti kognitif di kelas prasekolah dengan lebih

berkeyakinan dan kreatif.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui konsep kognitif dan pengertian perkembangan kognitif.

2. Mengenal pasti tahap-tahap atau peringkat perkembangan kognitif yang

dikemukakan oleh Jean Piaget.

3. Menyatakan perbezaaan teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky dalam perkembangan

kognitif kanak-kanak.

1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Subtajuk 1 Konsep Kognitif

Subtajuk 2 Pengertian

Perkembangan Kognitif

Subtajuk 3 Teori-teori

Perkembangan Kognitif

Page 12: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

2

1.4 Perkembangan Kognitif Kanak- kanak

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas

konsep kognitif kanak-kanak, secara terperinci.

Perkataan „perkembangan kognitif kanak-kanak‟ diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak

pihak. Antaranya, perkembangan yang melibatkan otak atau berkaitan dengan matematik.

1.4.1 Konsep Kognitif

Mari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan kognitif .

Terdapat banyak definisi kognitif. Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk

mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah

pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagai

perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth 2004).

1.4.2 Pengertian Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran

dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan

dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan

dan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak

menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka. Terdapat

pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak memperoleh,

memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka Hetherington &

Parke (1986). Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialah

Jean Piaget dan Lev Vygotsky.

Page 13: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

3

Manakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif memberi

penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada perubahan

pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang

seterusnya.

1.4.3 Teori-teori Perkembangan Kognitif

1.4.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/p

iaget

Jean Piaget (1869-1980) pakar biologi Switzerland, berpendapat setiap kanak-kanak lahir

dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), untuk berinteraksi

dan menafsir persekitaran. Beliau merujuk kepada kebolehan asas untuk menyusun dan

memproses maklumat ini sebagai struktur kognitif (skema).

Skema

Skema ialah struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh

individu untuk mentafsir persekitaran. Salah satu daripada skema terawal ialah skema

menghisap. Pada mulanya tingkah laku menghisap berlaku secara pantulan. Apabila

kanak-kanak menghisap benda yang berbeza seperti puting getah botol susu dan jari

tangan, ini bermakna bayi telah mengesan, membezakan serta, mengorganisasikan

penglamannya menjadi skema ”menghisap puting getah” dan skema ” menghisap jari

tangan”.

Page 14: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

4

Asimilasi

Merupakan proses kognitif dimana seseorang menyatukan pengalaman-pengalaman baru

ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktur yang

sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai

maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengtan sebuah belon yang

semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Sebagai contoh, kanak-kanak

telah mengenali ciri-ciri yang terdapat pada burung seperti bersayap dan dapat terbang.

Maklumat baru ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema baru kanak-kanak.

Sekiranya kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati yang masih memenuhi ciri-ciri

tersebut, maklumat ini akan ditambahkan ke dalam skema burung.

Akomodasi

Berlaku apabila kanak-kanak bertembung dengan pengalaman baru dan cuba

mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tiada skema

yang sesuai (disequilibrium) ketidakseimbangan.

Oleh itu terdapat dua pilihan:

Mengubahsuai (modification) skema sedia ada untuk menerima pengalaman baru

Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman baru

Contohnya kanak-kanak yang telah memahami skema burung tadi, menjumpai seekor

ayam yang bersayap. Dalam skemanya, ia termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak

terbang. Dengan pengalaman baru ini kanak-kanak perlu mengakomodasikan maklumat

yang ada dalam skema burung sebelum ini, untuk mengambil kira burung yang tidak dapat

terbang iaitu semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian

kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.

Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skema

yang sedia ada lalu membentuk skema baru dan meningkatkan skema yang sedia ada.

Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku sehingga wujudnya keseimbangan atau

equilibrium.

Sudahkah anda mendapat gambaran tentang skema, akomodasi dan

asimilasi? Cuba buat perbandingan antara akomodasi dan asimilasi.

Page 15: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

5

Tahap Perkembangan Kognitif

Berdasarkan pandangan Piaget, perkembangan kognitif dapat dibahagikan kepada empat

tahap iaitu:

1. Peringkat deria motor (0-2 tahun)

Tahap ini ialah kebolehan memahami melalui deria

Pemahaman tentang dunia berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari

Kanak-kanak belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta

cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat

dalam persekitarannya.

2. Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)

Tahap memahami konsep asas; misalnya konsep asas nombor dan membilang

secara hafalan.

Kanak-kanak boleh menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan

sesuatu atau peristiwa.

Pada peringkat ini kanak-kanak belum memahami konsep keabadian (konkrit),

kebolehbalikan, pengekalan jisim dan isi padu.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

Perkataan operasi disini bermaksud operasi logik atau prinsip yang digunakan apabila

menyelesaikan masalah.

Tahap ini kanak-kanak boleh memahami sesuatu konsep apabila disertai dengan

bukti konkrit; misalnya mula memahami konsep nombor dan mengaitkan dengan

objek.

Mula memperolehi konsep transformasi dan kebolehbalikan.

Page 16: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

6

Pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menguasai prinsip ketekalan atau conserve

dari segi nombor, panjang dan isipadu cecair. Ketekalan atau conservation adalah

sesuatu kuantiti tidak berubah walaupun terdapat perubahan dalam kewujudannya atau

appearance. Jika anda tunjukkan empat guli kepada kanak-kanak dalam satu barisan

lurus, kemudian anda meletakkan guli tadi secara berselerak, kanak-kanak praoperasi

akan mengatakan guli yang berselerak itu adalah lebih banyak dari yang disusun secara

lurus. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit pula akan mengatakan

bilangan guli adalah sama.

Contoh lain:

Ambil segenggam plastisin atau tanah liat dan ulinya menjadi bulat, kemudian uli sehingga

menjadi panjang atau boleh juga dibuat bentuk bulat (saiz kecil), kanak-kanak akan tahu

jumlah plastisin atau tanah liat yang digunakan masih sama. Kanak-kanak juga tahu jika

bulatan kecil jika digabungkan akan menjadi satu bentuk bulat yang besar (sama seperti

sebelumnya) dikenali sebagai prinsip kebolehbalikan atau reversibility.

Page 17: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

7

Contoh di atas menunjukkan prinsip konservasi kawasan atau area.

Pada peringkat ini kanak-kanak belajar klasifikasi atau pengelasan dan seriasi (turutan).

Klasifikasi merujuk kepada persoalan sama ada lebih banyak guli merah atau lebih banyak

guli hitam? Sekarang kanak-kanak mula mendapat idea satu set boleh masuk yang

lain. Seriasi pula ialah meletakkan objek dalam satu aturan atau in order. Contohnya

seriasi saiz, warna dan bentuk.

4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)

Peringkat mula berfikir dan memahami sesuatu secara logik dan abstrak.

Menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Menguji disamping meramal dan merancang sesuatu tindakan.

Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat berkaitan

perkembangan kognitif oleh Jean Piaget.

Page 18: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

8

1.4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/

vygotsky

Lev Semanovich Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawa

perkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial antara murid dan guru dan juga

dengan rakan sebaya.

Beliau telah mengemukakan pembelajaran membina (konstruktivisme) berasaskan

bantuan (constructivist concept of assisted learning). Menurut beliau faktor-faktor yang

berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah

berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu.

Perkembangan kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa,

guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut beliau, bayi lahir dengan beberapa

fungsi asas mental (elementary functions) iaitu perhatian, persepsi dan memori yang

kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih

rumit dikenali sebagai fungsi mental peringkat tinggi.

Dalam pembelajaran berbantukan guru, guru akan memberi panduan supaya murid

menghayati fungsi ini. Apabila kemahiran ini diperolehi, murid akan memperoleh alat atau

cara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri (self guided learning). amalan

pembelajaran dengan bantuan dan panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding.

Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau

rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran. Bantuan diberi

lebih besar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung

sebab kanak-kank telah boleh membuatnya sendiri. Pembelajaran ini menurut beliau akan

berlaku dalam zone of proximal development (ZPD).

Page 19: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

9

Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) Vygotsky

Aplikasi yang penting yang dikemukakan Vygotsky dalam teori pembelajaran ialah konsep

zone of proximal development (ZPD) atau zon perkembangan terdekat. Menurut beliau,

sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yang

dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagai

tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah paras yang

lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential development) apabila

mendapat bimbingan daripada semua pihak yang lebih berkebolehan. Jarak diantara

kedua tahap ini dikenali sebagai zone of proximal development.

Konsep ini ialah “tahap jurang atau jarak yang dikenalpasti antara tahap perkembangan

sebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap maksimum

potensi perkembangan individu yang dibantu oleh orang dewasa atau yang dibimbing

secara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman”.

Peranan orang dewasa semasa penyelesaian masalah sebagai penyelia di sisi,

menyelia bagaimana murid menangani sesuatu tugasan dan guru akan memantau atau

Page 20: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

10

campur tangan mengikut keperluan murid tersebut supaya mencapai hasil masteri tugasan

itu.

Siapa yang memerlukan bantuan? Adakah kita memerlukan bantuan? Ada perkara

yang kita boleh melaksanakannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Ada masanya kita

tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara, walaupun beberapa bantuan telah

diberikan.ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu

membuatnya setelah diberi bantuan atau panduan orang lain. Ada kalanya perkara itu kita

tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah diberi bantuan

atau pandangan orang lain. Yang pentingnya, guru sebagai pemudahcara atau ibubapa

seharusnya memberikan bantuan atau panduan kepada kanak-kanak mengikut jenis dan

kadar yang mereka perlukan. Setiap kanak-kanak mungkin memerlukan cara dan kadar

bantuan yang berbeza.

Adakah anda pernah melaksanakan aktiviti sebegini sepanjang karier

anda? Jika ya, apakah perasaan anda setelah melihat keberkesanan

aktiviti tersebut? Sudah pasti anda telah melaksanakan apa yang

disarankan oleh Lev Vygotsky secara berkesan, bukan? Syabas kepada

anda di atas komitmen tersebut. Jika sebaliknya? Cuba renungkan

apakah perubahan yang perlu dilakukan?

Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan jamahlah

sedikit minuman atau makanan untuk memberikan sedikit tenaga kepada

minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Anda pasti boleh

melakukannya

http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html http://www.kolar.org/vygotsky http://mathforum.org/mathed/dvygotsky.html http://tip.psychology.org/vygotsky.html

Page 21: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

11

Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah

2.1 Sipnosis Unit ini akan membincangkan tentang pengertian Matematik, kepentingan pembelajaran

Matematik dan prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council Teaching

Mathematic (NCTM) . Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya

memahami tentang konsep Matematik dan bagaimana untuk mengajar matapelajaran ini

dengan cara yang menyeronokkan seterusnya memupuk perasaan suka dan minat akan

Matematik dalam kalangan kanak-kanak, sesuai dengan kehendak kurikulum standard

prasekolah kebangsaan.

2.2 Hasil Pembelajaran 1. Membezakan beberapa definisi Matematik

2. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-

kanak.

3. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-

kanak.

4. Membuat hubungkait bagi setiap prinsip pembelajaran Matematik NCTM dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.

2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Pembelajaran Awal

Matematik di Prasekolah

Subtajuk 1 Pengertian Matematik

Subtajuk 2

Kepentingan Pembelajaran

Matematik

Subtajuk 3

Prinsip-prinsip pembelajaran

Matematik NCTM

Page 22: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

12

2.4 Pengertian Matematik

Cuba anda fikirkan, apakah maksud Matematik? Dari manakah asalnya

perkataan Matematik itu? Cuba buat perbandingan jawapan yang anda beri

dengan jawapan dalam nota di bawah ini.

Matematik berasal dari „mathema‟ yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan ia

didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih teknikal.

Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan oleh

Raphael di dalam pencirian ini daripada The School of Athens.[1]

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur,

perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar

rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak

menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah

kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat

jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Page 23: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

13

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur,

ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin

Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia

berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada

membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek

fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan

corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang

dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

Mengikut Arbak Othman dalam kamus komprehensif Bahasa Melayu ,(2005), Matematik

bermaksud ilmu pengetahuan nombor tentang angka, bentuk, susunan, hubungan

perkiraan dan lain-lain dengan menggunakan simbol.

Kesimpulannya, Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir

secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia

juga melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakan

nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.

2.5 Kepentingan Pembelajaran Matematik

Mari kita bincangkan bersama-sama tentang kepentingan pembelajaran

Matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa ia penting?

Bagaimana Matematik boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia?

Page 24: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

14

Dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah, Tunjang Kognitif yang mengandung

matapelajaran Matematik dan Sains merupakan tunjang teras yang penting. Mengapa

pentingnya kanak-kanak diajar Matematik? Bagaimana guru boleh mendedahkan kanak-

kanak dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam situasi yang

menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang menakut dan membosankan mereka?

Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990),

menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidak

formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah.Semasa bermain, kanak-kanak

akan menggunakan istilah-istilah matematik seperti „lebih tinggi‟, „lebih rendah‟,

„segitiga‟,‟bulat‟, „tiga‟,‟dua‟, dan sebagainya. Selain itu proses-proses pembelajaran yang

tidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri dan

lain-lain juga berlaku semasa bermain.

Maka, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dengan

persekitarannya, rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yang

merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda juga

berhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanak

memperoleh pengalaman melalui proses interaksi iaitu dengan melakukan pemerhatian,

mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya. Antara kepentingan

pembelajaran Matematik adalah;

a) Melatih individu menaakul secara logik dan rasional.

b) Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan,

makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh: mengira berapa banyak masa

kita perlukan untuk bekerja, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk ahli

keluarga, dan berapa harga makanan yang hendak dibeli)

c) Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol

dalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas dan merancang masa

untuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat)

d) Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan,

menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor.

e) Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.

f) Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan bagaimana

kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)

Page 25: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

15

g) Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.

h) Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan

yang berkaitan dengan idea Matematik. (Contoh: penggunaan teknologi seperti

kalkulator dan komputer)

i) Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada

idea di dunia yang abstrak.

2.6 National Council Teaching Mathematics (NCTM)

Pernahkah anda membaca tentang National Council Teaching Mathematics

(NCTM)? Jika tidak, sila cari maklumat tentang NCTM daripada internet

(http:/www.nctm.org) dan kemudian kongsi maklumat yang anda dapat

bersama rakan-rakan.

NCTM President J. Michael Shaughnessy

The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah

ditubuhkan pada tahun 1920. Ia telah berkembang menjadi salah sebuah

organisasi yang terbesar di dunia yang barkaitan dengan pembelajaran

Matematik. Terdapat hampir 100.000 ahli serata USA dan Canada serta antarabangsa.

NCTM juga merupakan saluran suara orang ramai tentang pendidikan matematik yang

menyokong para guru untuk memastikan kesamarataan dalam pendidikan matematik

sehingga mencapai kualiti tertinggi menerusi visi, kepimpinan, pembangunan profesional

dan penyelidikan. Maka, antara misi yang digariskan oleh NCTM adalah:

Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan Matematik.

Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme dikalangan guru.

Menyumbang kepada pembelajaran Matematik yang berkualiti.

Page 26: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

16

NCTM bukanlah sebuah badan yang mengetuai penyelidikan pendidikan Matematik tetapi

NCTM telah membangunkan kurikulum dan penilaian Standard untuk Matematik sekolah

diikuti dengan Profesional Standard untuk pengajaran Matematik (19991) dan Pentaksiran

Standard untuk Matematik sekolah (1995). Pada tahun 2000 NCTM mengeluarkan

Principles and Standard for School Mathematic yang terkini.

NCTM telah menggariskan beberapa proses yang melibatkan guru-guru, ahli-ahli

Matematik dan para penyelidik. Dokumen itu menghasilkan enam prinsip

(Perkongsian/Keadilan, Kurikulum,Pengajaran, Pembelajaran, Pentaksiran dan Teknologi)

yang menjelaskan tentang rangka kerja untuk program-program Matematik dan sepuluh

tunjang atau standard yang merentas kurikulum Matematik sekolah. Tunjang-tunjang ini

dibahagi kepada beberapa kandungan Matematik ( Nombor & operasi, Algebra, Geometri,

Ukuran dan Analisis Data, dan Kebarangkalian) dan proses-proses (Penyelesaian

Masalah, Sebab Akibat, Komunikasi, Perhubungan dan Gambaran).

2.7 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM dan kaitannya dengan

pembelajaran Matematik oleh Kanak-kanak Prasekolah.

2.7.1 Perkongsian/keadilan (Equity)

Budaya dalam equity mementingkan kerjasama atau usaha daripada semua pihak seperti

kanak-kanak, guru, keluarga dan pembina polisi. Semua anggota dalam komuniti

pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.

Pihak sekolah pula perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk

meneroka Matematik.Manakala semua bahan dan rujukan untuk pengajaran yang optimum

haruslah diperlengkapkan untuk kemudahan guru dan murid. Murid-murid perlu

didedahkan dengan suasana yang mencabar dan pengalaman pembelajaran matematik

yang lebih bermakna . terdapat beberapa elemen dalam perkongsian iaitu harapan yang

tinggi, menghormati, memahami dan sokongan moral yang tinggi kepada murid. Semua

perkara dalam elemen tersebut hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam

pengajaran Matematik bagi memaksimakan pemerolehan pembelajaran Matematik.

2.7.2 Kurikulum (Curiculum)

Page 27: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

17

Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan , berfokus kepada kepentingan sebenar

Matematik dan selaras dengan perkembangan dan umur kanak-kanak. Kurikulum yang

dibentuk harus mempunyai perkaitan antara satu topik dengan satu topik yang lain. Apabila

murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik, maka murid akan lebih

memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Oleh itu murid perlu diberi lebih

peluang untuk meneroka dunia matematik yang akan meningkatkan tahap perkembangan

mereka.

2.7.3 Pengajaran (Teaching)

Sumber: www.scholastic.ca/teacher/

Pengajaran Matematik yang efektif memerlukan guru mengetahui pengetahuan sedia ada

kanak-kanak , menguasai bidang dan kemahiran Matematik yang diajar dan bersikap

komited kepada murid seperti memberi latihan dan bimbingan yang sewajarnya dalam

menyelesaikan masalah.

Sebagai guru, mereka harus mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya

pemikiran matematik. Antara pengajaran Matematik yang efektif melibatkan perkara-

perkara berikut:

i. Pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai.

ii. Gunakan teknik penyampaian yang sesuai.

iii. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut.

iv. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu.

v. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti.

vi. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.

Page 28: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

18

2.7.4 Pembelajaran (Learning)

Sumber: beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christm

Murid harus belajar Matematik dengan pemahaman, pembinaan ilmu yang baru secara

aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Asas pembelajaran Matematik

sangat penting. Asas yang baik akan membantu kanak-kanak menggunakan ilmu secara

fleksibel. Kanak-kanak yang benar-benar memahami konsep akan menjadi autonomous

learner berkebolehan menyelesaikan pelbagai bentuk masalah, lebih suka menyelesaikan

masalah dengan usaha sendiri, fleksibel untuk meneroka idea-idea Matematik dan

bersedia menghadapi sebarang bentuk masalah.

2.7.5 Pentaksiran (Assesment)

Pentaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkan

maklumat penting kepada guru dan murid. Melalui pentaksiran guru dapat menentukan

kaedah terbaik untuk pengayaan sama ada dalam bentuk bahan rujukan tambahan,

mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan latihan yang berlainan kepada murid

yang memerlukan latihan tambahan.

Guru perlu melakukan pelbagai jenis pentaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih

tepat. Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa

yang telah mereka pelajari. Contoh pentaksiran adalah melalui, soalan, temubual, ujian

bertulis dan lain-lain.

The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) , prinsip-prinsip

pentaksiran(2000) menyatakan bahawa “Pentaksiran mestilah menyokong pembelajaran

Page 29: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

19

Matematik dan memberikan maklumat berguna kepada guru dan murid”. Elemen-elemen

berikut mesti ada dalam sesuatu pentaksiran:

Pentaksiran mesti dapat meningkatkan pembelajaran murid-murid dengan menjadi

sebahagian daripada arahan setiap hari.

Kemahiran berkomunikasi murid-murid dapat dipertingkatkan apabila pentaksiran

melibatkan pemerhatian, perbualan, temubual, laporan lisan dan jurnal.

Panduan penilaian (rubrik) boleh menjelaskan apa dia kelemahan dan kekuatan

seseorang murid dan membolehkan penilaian kendiri.

2.7.5.1 Kaedah-kaedah Pentaksiran

i)Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk mengenalpasti bagaimana kanak-kanak menggunakan

sesuatu konsep dalam kehidupan harian mereka. Pemerhatian boleh dijalankan dalam

situasi naturalistic, informal dan aktiviti berstruktur. Guru sepatutnya sudah tahu jenis

konsep yang digunakan oleh kanak-kanak. Apa sahaja konsep yang dilihat semasa aktiviti

kanak-kanak akan dicatat dalam rekod mereka. Ini akan membantu guru merancang

pengalaman-pengalaman di masa hadapan. Berikut adalah beberapa contoh tingkahlaku

kanak-kanak yang ditulis dan direkodkan:

Contoh 1:

Iman (18 bulan) mencampakkan semua blok di atas lantai. Dia mengambil semua blok

yang berbentuk bulat dan menyusunnya. Ini menunjukkan bahawa Iman sudah boleh

mengasing dan menyusun blok.

Contoh 2:

Sofia (4 tahun) menyediakan meja untuk makan tengah hari. Dia ingat semuanya. Sofia

memahami konsep padanan satu dengan satu.

ii) Perbualan Informal

Page 30: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

20

Semasa kanak-kanak sedang meneroka bahan, guru boleh secara informal membuat

komen atau bertanya soalan-soalan tentang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk

mengenalpasti apa yang mereka fikirkan. Glanfield, Bush, and Stenmark (2003, p. 56),

mencadangkan beberapa jenis soalan yang meransang kanak-kanak berkongsi apa yang

mereka fikirkan. Contoh:

Beritahu saya lebih lanjut.

Boleh tunjukkan saya cara yang lain.

Tolong fahamkan saya.

Kenapa kamu...?

Bagaimana kamu tahu apa yang akan dilakukan selepas ini?

Apa lagi yang kamu tahu...?

Apa yang kamu fikir apabila kamu...?

iii) Temubual

Temubual secara individu dilakukan untuk mengetahui sesuatu maklumat secara terus.

Guru boleh memberi tugasan dan membuat pemerhatian serta merekodkan bagaimana

kanak-kanak itu melakukan tugasan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi

menyelesaikan masalah. Betul atau salah bukan perkara yang penting tetapi bagaimana

kanak-kanak mendapatkan jawapan adalah penting. Biasanya mereka akan bermula

dengan betul tetapi tersasar di pertengahan masalah. Contoh:

Kate (3 tahun) dikehendaki memadankan empat piring dan empat cawan (padanan satu

dengan satu). Dia membuat tugasan tersebut dengan mudah. Selepas itu, Kate diberi lima

cawan dan enam piring. Dia meletakkan setiap cawan di atas setiap piring. Ada baki satu

piring. Kate meletakkan piring tersebut di bawah piring yang sudah ada pasangannya. Dia

tersenyum. Daripada pemerhatian, guru boleh lihat bahawa Kate tidak faham dengan

konsep “lebih daripada”. Ini merupakan perkara biasa untuk peringkat praoperasi umur tiga

tahun . Kate cuba menyelesaikan masalah dengan meletakkan dua piring di bawah satu

cawan. Dia faham akan idea padanan satu dengan satu tetapi tidak boleh membuat

sesuatu yang lebih daripada itu. Hanya dengan membuat pemerhatian keseluruhan

tugasan, guru akan dapat jawapan sebab-sebab kepada kesalahan dalam tugasan

tersebut.

iv) Laporan

Page 31: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

21

Semua laporan tentang prestasi dan aktiviti kanak-kanak disimpan di dalam folder dan

portfolio. Folder tersebut mengandung rekod anekdot dan senarai semak. Portfolio pula

mengandungi koleksi hasil kerja kanak-kanak yang memberi maklumat tentang

kesungguhan, prestasi dan pencapaian mereka. Merupakan koleksi yang dibuat secara

sistematik untuk memberi bukti dan memantau perkembangan. Portfolio terdiri daripada

pentaksiran autentik iaitu hasil kerja kanak-kanak. Guru bersama murid akan bekerja

bersama, membuat refleksi dan menilainya. Berikut adalah beberapa item yang boleh

dimasukkan ke dalam portfolio:

Gambar: lukisan, foto-foto semasa aktiviti, lakaran, tampalan

Laporan aktiviti, penyiasatan, pengalaman, idea, perancangan dan sebagainya.

Diagram,graf, data

Ulasan jurnal Matematik, sains dan pembelajaran sosial.

Contoh-contoh penyelesaian masalah

Pita video

jurnal

2.7.6 Teknologi (Technology)

Sumber:http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities

_for.html

Teknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia

mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid. Penggunaan kalkulator

komputer dan perisian komputer, serta interaktif laman web membenarkan murid

mempelajari Matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul.

Douglas H. Clements, seorang penyelidik tentang keberkesanan penggunaan komputer

terhadap kanak-kanak (Clements,1992,2001;Clements and Sarama, 2002b), menyatakan

bahawa aktiviti berbantu komputer akan membantu kanak-kanak menghubungkan sesuatu

Page 32: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

22

yang konkrit kepada abstrak. Kanak-kanak boleh belajar konsep Matematik dan Sains

daripada perisian yang mengandung tugasan, soalan dan memberi maklumbalas.

Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah sukar dengan kemudahan-

kemudahan fungsi istimewa. Tetapi perlu diingat bahawa teknologi hanya membantu

memudahkan pembelajaran tetapi bukan sebagai guru sebenar. Murid seharusnya

memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Guru

pula perlu menentukan bilakah masa yang sesuai murid boleh menggunakan teknologi.

Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha meningkatkan

keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang

diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri.

Page 33: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

23

2.7.6.1 Contoh aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi

Push C 0 + 2 =

What do you see?_______________

Push = again

What do you see?________________

What will the calculator show if you push = again? ____________

Do it. Were you correct?______________

Push = = =.

Guest what the calculator will show each time. ________

_________ ____________

What happened? _________________________________

Complete the following. Then use your calculator to see if you are

correct.

Push c 0 + 3 =

The calculator will show _________________

Push

= _______________________

= _______________________

= _______________________

Push c 0 + 4 =

Then calculator will show _______________

Push

= ____________

= ____________

= ____________

Page 34: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

24

Mari kita rehat sebentar dan fikirkan apakah aktiviti-aktiviti Matematik lain

yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi? Anda juga boleh

melayari laman web http://www.noggin.com

Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk membantu guru prasekolah memahami

topik ini dan seterusnya memberi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran awal

Matematik.

http://standards.nctm.org http://eprints.utm.my http://www.noggin.com http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.html

Page 35: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

25

Unit 3

LIMA PROSES PIAWAIAN NATIONAL COUNCIL TEACHING

MATHEMATIC, (2000) DAN KAITAN DENGAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK OLEH KANAK-KANAK PRASEKOLAH

1.1 Sipnosis

PENGENALAN

Unit ini menerangkan tentang lima proses piawai National Council Teaching Matematik

dan perkaitan dengan pembelajaran matematik oleh kanak-kanak prasekolah. Sebagai

seorang guru prasekolah yang berkesan dan efektif anda sepatutnya mengetahui tentang

kelima-lima proses NCTM dan mengapliksikan proses ini dalam pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak prasekolah.

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik menekankan pembelajaran

dengan kefahaman dan kemahiran memahami prosedur, konsep dan

proses.Keberkesanan pengajaran matematik akan membantu kanak-kanak:

Mengembangkan pengetahuan yang fleksibel

Mengaitkan kehidupan antara matematik dengan kehidupan sehari

Mengaplikasikan pembelajaran matematik dalam kehidupan seharian

National Council Teaching Matematics (NCTM) menegaskan mengenai tiga aspek iaitu

enam prinsip, lima piawai kandungan dan lima piawai proses. Enam prinsip NCTM telah

dibincangkan dalam tajuk 2. Unit ini akan membincangkan mengenai lima piawai proses

yang berikut:

1. Penyelesaian masalah (Problem solving)

2. Sebab/Akibat (Reasoning)

3. Komunikasi (Communication)

4. Hubungan/Hubungkait (Connection)

5. Gambaran (Representation)

Piawai proses merujuk kepada proses matematik yang mana melalui proses tersebut

kanak-kanak memperolehi dan mengguna pengetahuan matematik. Kelima-lima proses

harus tidak boleh dipisahkan dari piawai kandungan dalam kurikulum matematik, malah ia

harus dilihat sebagai aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 36: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

26

Mengajar matematik yang mengaplikasikan kelima-lima piawai proses merupakan

pengertian terbaik berdasarkan “mengajar metematik menurut piawai NCTM.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti kelima-lima piawai proses pengajaran dan pembelajaran

matematik berdasarkan National Council Teaching Matematik.

2. Menyatakan perkaitan kelima-lima piawai proses National Council Teaching

Matematik dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah

1.4 Kerangka Konsep Tajuk ini

1.4 Proses Piawai National Council Teaching Matematics (NCTM)

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas

kelima-lima piawai proses NCTM dan perkaitannya dengan pengajaran dan

pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah.

Piawai Proses NCTM

Hubungan/Hubungkait Komunikasi

Sebab/Akibat Penyelesaian masalah

Gambaran

Page 37: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

27

1.4.1 PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING)

Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Di anggap sebagai fungsi

intelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses

kognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalan

kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas. Penyelesaian masalah berlaku apabila

sebuah organism atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju daripada

satu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakan

sebahagian daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian masalah

serta pembentukan masalah. Bidang matematik berdasarkan piawai tidak menekankan

kemahiran-kemahiran khusus berdasarkan kandungan serta pengajaran kaedah-kaedah

tradisional.

Sebilangan strategi penyelesaian masalah yang dikenal pasti oleh NCTM termasuk

Menggunakan bahan-bahan manipulasi

Cuba-cuba

Membuat senarai

Melukis gambar rajah

Mencari-cari pola

Melakonkan masalah

Teka dan semak

Sebilangan teknik penyelesaian masalah

Strategi pendakian bukit

Analisis cara dan hasil

Bekerja cara terbalik

Cuba-cuba

Perah otak

Kotak morfologi

Kaedah objek focus

Pemikiran lateral

Teknik George Polya

Penyelidikan

Analogi

Pengujian hipotesis

Pemeriksaan kekangan

Mengambil lebih banyak masa

Pengeraman

Membina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalah

Analisis punca masalah

Terowong angin

Page 38: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

28

Set pandangan batin Rory O‟Connor

Penyelesaian masalah melibatkan proses memperolehi jawapan dan bagaimana kanak-

kanak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan membentuk pembelajaran

bermakna.

Kepentingan penyelesaian masalah kepada kanak-kanak prasekolah:

Membentuk konsep dan pengetahuan mengenai matematik

Mencungkil semangat ingin tahu kanak-kanak ketika menyelesaikan masalah.

Membentuk sikap bekerjasama sesama kanak-kanak.

Melihat proses penyelesaian masalah bukan hasilnya semata-mata.

Sudahkah anda mendapat gambaran tentang piawai proses NCTM yang

pertama dan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak untuk

pencapaian pemahaman konsep yang baik melalui penyelesaian masalah.

1.4.2. SEBAB/ AKIBAT (REASONING)

Penyelesaian masalah merupakan proses utama dalam matematik, manakala

pemahaman merupakan cara berfikiran logik yang membantu anda memutuskan apakah

dan mengapakah penyelesaian anda logik. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi peluang

untuk memberi pandangan dan penjelasan dalam dalam sesuatu penyelasaian masalah.

Menyelidiki penyelasaian merupakan proses yang dapat meningkatkan pemahaman

konsep.

Pemikiran yang logik merupakan langkah untuk memahami dan menyelesaikan masalah

mengenai matematik. Sebab dan akibat berkait rapat dengan perkembangan kemahiran

berkomunikasi dan bersosial.

Kepentingan sebab/ akibat kepada kanak-kanak prasekolah:

Merangsang murid-murid untuk meramal dan membina pendapat dalam

menyelesaikan masalah.

Melatih murid-murid mahir dengan bahan maujud dan teknologi.

Membantu murid-murid kenal pasti, mengembangkan ramalan dan membina

kemahiran tentang math melalui pemikiran logik.

Page 39: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

29

Bagaimanakah anda memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah

menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan? Adakah anda yakin cara

anda ini berkesan? Beri justifikasi anda.

1.4.3. KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS)

Piawai komunikasi menitikberatkan betapa pentingnya kanak-kanak dapat bertutur,

menulis, menggambarkan dan menjelaskan konsep matematik. Komunikasi dalam

matematik membantu perkembangan bahasa untuk menjana idea dalam pembelajaran

yang aktif. Cara yang terbaik untuk menjanakan idea ialah dengan menyampaikan idea

kepada orang lain.

Komunikasi merupakan langkah untuk kanak-kanak berkongsi idea dalam memahami

konsep matematik. Proses komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar, membaca dan

berfikir dan secara langsungnya membantu mengembangkan kemahiran intelektual kanak-

kanak. Corak komunikasi atau interaksi yang biasa dilihat di prasekolah adalah interaksi

guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekeliling

mereka. Aktiviti yang boleh dilaksanakan boleh secara lisan dan bertulis. Antara aktiviti

bertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakala

aktiviti lisan seperti bercerita, kuiz, perbincangan dan persembahan hasil kerja

Kepentingan komunikasi kepada kanak-kanak prasekolah:

Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid.

Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif.

Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam.

Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupan

seharian.

Komunikasi guru yang berkesan dapat membantu kanak-kanak untuk

memahami konsep matematik dengan mudah. Imbas kembali zaman

persekolahan anda di mana anda tidak atau kurang memahami konsep

matematik yang hendak disampaikan oleh guru kerana komunikasi yang

tidak berkesan.

1.4.4. HUBUNGAN/ HUBUNG KAIT (CONNECTIONS)

Matematik merupakan komponen kognitif yang sentiasa mengaitkan pengetahuan sedia

ada kanak-kanak dengan idea yang baru. Menurut piawai proses, hubungan adalah satu

aspek yang dapat membantu kanak-kanak dalam memahami konsep.

Page 40: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

30

Piawai hubungan mempunyai dua aspek yang berbeza. Pertama piawai berkaitan dengan

hubungan di dalam dan antara konsep matematik. Contohnya nombor dihubungkan

dengan simbol dan bilangan. Kanak-kanak harus dibantu utnuk melihat bagaimana suatu

konsep matematik dibina di atas konsep yang lainnya.

Kedua, matematik harus dihubungkan dengan dunia nyata dan mata pelajaran yang lain.

Kanak-kanak dapat melihat matematik diintegrasikan dalam seni, sains dan bidang sosial.

Matematik juga harus diserapkan dalam kehidupan seharian.

Sebagai seorang guru prasekolah, langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran

perlu saling berkait antara konsep matematik dengan kehidupan seharian kanak-kanak.

Antara langkah pengajaran dalam menghubung kait ini, guru bolehlah merancang aktiviti

yang mengalakkan murid-murid berfikir secara individu, bertukar pendapat bersama

pasangan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu, aktiviti perlulah

menggunakan kesemua deria murid-murid dalam meneroka pembelajaran math serta

menyediakan aktiviti matematik melalui pendekatan pengajaran yang berbeza.

Kepentingan hubungan/hubung kait kepada murid prasekolah:

Kepentingan hubungan/ hubung kait kepada murid-murid prasekolah:

Membantu murid-murid menyedari bahawa matematik sentiasa bersepadu dan

mempunyai hubungan dengan kehidupan seharian.

Membina kemahiran berfikir murid-murid.

Meningkatkan semangat bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk

pembelajaran yang bermakna.

Sebagai seorang guru prasekolah fikir dan senaraikan contoh aktiviti yang

menghubungkan matematik dengan matapelajaran yang lain serta kehidupan

seharian.

1.4.5. GAMBARAN (REPRESENTATIONS)

Gambaran merupakan proses piawaian NCTM yang memaparkan konsep atau

perhubungan semasa proses menyelesaikan masalah dengan hasilnya.Hal ini bermakna,

Page 41: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

31

gambaran membantu murid-murid mencari perkaitan idea matematik dengan kehidupan

seharian sama ada secara informal, pemikiran abstrak dan melalui intuisi.

Gambaran menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep math

dengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri mengenai

matematik.

Simbol, grafik, rajah dan model merupakan cara yang sangat baikuntuk mengambarkan

konsep dan hubungan dalam matematik. Ia juga merupakan media pembelajaran yang

sangat berguna dalam menyampaikan konsep matenatik kepada orang lain. Perubahan

satu gambaran ke gambaran yang lain merupakan cara penting untuk menambah

pemahaman terhadap sesuatu konsep.

Kepentingan gambaran kepada murid-murid prasekolah:

Menjana murid-murid berfikir secara konkrit ke abstrak

Membantu proses penyelesaian masalah

Andai tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pembelajaran anda

sebagai seorang guru merupakan satu proses sepanjang hayat.

Piawai NCTM (2000) merangkumi aspek lima proses yang terdiri dari penyelesaian

masalah, sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. Penyelesaian

masalah adalah proses yang utama. Bagi peringkat awal kanak-kanak penyelesaian

masalah adalah cara yang penting untu membina pengetahuan matematik. Masalah selalu

berpunca dari rutin harian, aktiviti bermain, alat permainan dan cerita. Semasa kanak-

kanak melakukan aktiviti dan berinterksi dengan bahan di sekeliling, mereka

menyelesaikan masalah melalui sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan

gambaran.

RUMUSAN

Page 42: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

32

LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI

Latihan 1

Latihan 2

Soalan 2

Bagaimanakah pengintergrasian metamatik dengan matapelajaran yang

lain dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan dunia di

sekelilingnya?

Selamat mencuba..........

Soalan 1:

Rancangkan satu aktiviti matematik untuk kanak-kanak prasekolah

dengan menggunakan kelima-lima piawai proses NCTM .

Page 43: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

33

Tajuk 4

Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains

4.1 Sinopsis Unit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuat

perancangan untuk mengajar awal Sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Disamping itu

pengajaran awal sains akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan murid-

murid. Untuk pengajaran dan pembelajaran awal sains, guru harus tahu bahawa mereka

seharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan tiga frasa

iaitu sebelum, semasa dan selepas.

4.2 Hasil Pembelajaran

1. Memahami bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran awal sains.

2. Mengenal pasti beberapa contoh aktiviti awal sains.

3. Mengetahui peranan guru dalam melaksanakan aktiviti awal sains.

Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains (1jam)

Sebelum : Memperkenalkan aktiviti

Semasa: Menggalakkan pemikiran saintifik dan kemahiran proses Sains

Selepas: Membincang, membuat refleksi

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan memilirkan bagaimana seorang

guru prasekolah dapat merancang dan menjalankan aktiviti sains?

Page 44: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

34

Apakah pendekatan yang perlu diikuti oleh guru semasa mengajar awal

sains kepada murid prasekolah?

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyarankan pengajaran sains dalam

Tunjang Sains dan Teknologi. Terdapat tiga perkara atau matapelajaran yang menjadi

tonggak kepada tunjang ini iaitu Awal Sains, Awal Matematik dan ICT. Jadi, apakah

standard pembelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid prasekolah?

Dengan ringkas ianya merangkumi:

kemahiran saintifik

menyiasat alam hidupan

menyiasat alam bahan

menyiasat alam fizikal

Bagaimana anda menilai kedudukan seorag guru prasekolah dalam merancang aktiviti

pembelajaran awal sains? Adakah anda rasa ianya sesuatu yang amat mencabar atau

sebaliknya?

Siapa boleh mengajar sains di kelas prasekolah? Adakah gurunya perlu latihan khas?

Jawapannya mudah sahaja; mana-mana guru yang boleh menyediakan iklim pemelajaran

yang kondusif, sudi menerima pandangan murid dan menggalakkan penerokaan layak

mengajar awal sains di kelas prasekolah.

Selain dari itu, seorang guru prasekolah yang inginkan anak muridnya mempunyai minda

sains harus berfikiran positif terhadap aktiviti sains, menjadi pemangkin serta sebagai

pakar rujuk murid. Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak untuk mendekati dan

merapatkan diri dengan seseorang yang boleh ditanya dan tidak disoal. Alangkah baiknya

jika orang itu adalah gurunya. Perapatan (bonding) antara guru dengan murid sangat

penting dan ianya dapat digunakan oleh guru untuk meningkatkan prestasi pembelajaran

secara keseluruhan termasuk pembelajaran sains.

Merancang aktiviti pembelajaran awal sains mempunyai tiga tahap iaitu:

sebelum

semasa dan

selepas

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah sebelum merancang

aktiviti pembelajaran awal sains ialah:

Tajuk-tajuk aktiviti dipilih oleh guru berdasarkan:

Page 45: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

35

relevan dan berdasarkan pengalaman murid

konsep yang ingin belajar dapat disampaikan melalui aktiviti yang mudah

serta „hands-on‟

tahap penyelesaian masalah hendaklah pada tahap kanak-kanak

bahan bantu belajar (BBB) murah dan mudah diperolehi

memperkenalkan aktiviti: guru hendaklah merujuk kandungan KSPK; dan pilih

aktiviti yang sesuai dengan tajuk-tajuk standard pembelajaran. Contohnya,

kandungan standard pembelajaran “menyiasat alam bahan”.

Guru hendaklah memilih aktiviti yang sesuai supaya standard pembelajaran

tercapai dengan maksima; samada:

aktiviti bentuk ujikaji / eksperimen

aktiviti bentuk permainan

aktiviti bentuk projek

aktivti bentuk kuiz

aktiviti bentuk membaca fakta dan menerangkan

aktiviti bentuk menonton video

Guru juga perlu fikirkan pendekatan dan strategi pengajaran; serta bahan-bahan

yang perlu disediakannya.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah semasa aktiviti

pembelajaran awal sains ialah:

Guru menggalakkan muridnya berfikir ke arah menjawab persoalan saintifik

dengan:

menanyakan soalan-soalan terbuka yang sesuai

meminta memerhati perubahan

tunjuk (pointing) supaya murid akan melihat (notice) dan memerhati

memberi tumpuan dan mendengar jika murid mengatakan sesuatu

mengenai pemerhatiannya

Guru perlu memberi kelonggaran terhadap perjalanan aktiviti; tidak terlalu terikat

dengan masa atau susun atur agenda aktivitnya. Ini adalah kerana:

murid akan rasa terkongkong dan ini akan menghalang pemikiran kritis dan

kreatif

dominasi guru lebih daripada pembelajaran murid

aktiviti berubah bentuk dari pusatkan murid kepada pusatkan guru

penglibatan murid sepenuhnya mula merosot

Page 46: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

36

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah selepas aktiviti

pembelajaran awal sains ialah:

Guru mengadakan sesi perbincangan:

bertujuan untuk ingat semula (recall) perkara-perkara yang mereka telah

lalui sepanjang aktiviti

sumbangkan pengetahuan serta idea dalam tajuk berkenaan

persoalan-persoalan / kemusykilan lain dikemukakan oleh murid bagi tujuan

ingin tahu

Guru mengadakan sesi refleksi supaya ahli kumpulan:

perbincangan apa telah berlaku dalam aktiviti tadi (ujikaji / eksperimen,

permainan, projek dab) serta menjelaskan kemusykilan mereka

dapat membuat rumusan bahawa ada kalanya lebih daripada satu kongklusi

dapat dicapai

Guru mengadakan sesi rumusan perbincangan:

kongklusi setiap kumpulan disatukan untuk memahamkan sesuatu konsep

sains yang diajar pada hari berkenaan

perkara ini dicapai dengan aktiviti „hands-on‟, minds-on‟, serta penerokaan

yang mendalam

Rumusan:

Andaikata seorang guru ingin berjaya dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains,

perlu ikut beberapa panduan; iaitu:

bertindak sebagai fasilitator: merancang, menyediakan persekitaran pembelajaran

yang boleh membantu murid berkembang, sedia mengambil risiko serta mempunyai

sikap toleransi yang tinggi

sebagai pemangkin mencungkil kebolehan intelek murid

bertindak sebagai pakar rujuk: memerhati, mendengar dan menjawab persoalan

semasa murid terlibat secara aktif dalam penerokaan

sebagai model: menggalakkan trait ingin tahu, menghargai, berkreativiti dan terus

mencuba

Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk aktiviti sains yang boleh membantu guru

prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains.

Page 47: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

37

http://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.html

http://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.html

http://www.nsta.org/highschool/?lid=pub

Page 48: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

[Type text] PRA3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

1

RUJUKAN : BUKU Charlesworth, R. & Lind, K.K. (2002). Maths & Science For Young Children. NY: Thomson

Delmar Learning. Karen K. Lind (2005). Exploring Science in Early Childhood Education. NY: Thomsom

Delmar Learning. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, PPK Martin D.J (2001). Constructing Early Childhood Science. NY. Tomson Delmar Learning. Praire, A.P. (2004). Inquiry into Maths, Science & Technology for Teaching Young

Children. NY: Tomson Delmar Learning. Wellhousen, K. (2002). Outdoor Play Every Day: Innovative Play Conceots for Early

Childhood. NY: Tomson Delmar Learning Kementerian Pelajaran Malaysia.(1993). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia.KL. Kementerian Pelajaran Malaysia. LAMAN WEB

http://standards.nctm.org/document/appendix/process.htm http://eprints.utm.my http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htm

Page 49: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

(PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK)

NAMA KELAYAKAN

SHARIFAH HANIM BT. SYED AKBAR Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur

Kelulusan: Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UM Sarjana Muda(Kesusasteraan Melayu), UM Dip. Pendidikan Khas (Kesusasteraan Melayu),UM Sijil Perguruan Asas , Institut Bahasa Pengalaman: Guru Sekolah Rendah - 7 Tahun Guru Sekolah Menengah – 5 Tahun Pensyarah Prasekolah

HAFIZA BT SULAIMAN Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur

Kelulusan: Sarjana (Pendidikan Prasekolah), UKM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak UM Pengalaman: Guru Prasekolah - 7 Tahun Pensyarah Prasekolah

VENNILA VEERAPPAN Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur [email protected]

Kelulusan: Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas,MPRM Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Rendah (16 tahun)

Page 50: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

NAMA KELAYAKAN

PN. NORZAINI YANG Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur

Kelulusan: M. Ed (Curriculum & Instruction) B. Sc. (Family and Child Development) MAED (U.S. Teacher Prep. Program) Pengalaman: Guru Matematik & Bhs. Inggeris Pensyarah Prasekolah & Pendidikan Awal Kanak-kanak PERMATA

DATIN SAKHIYAH BT. ABD. MANAF Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur

Kelulusan: M. Ed (Pentadbiran) B.A Hons (Sosiologi) Dip. Ed. Pengalaman: Guru Sekolah Menengah Pensyarah Prasekolah, Pengurusan sumber, Pengurusan Media Pengajaran, Tamadun Islam & Asia, Kajian Tempatan

Page 51: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PANEL PEMURNIAN MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) (PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK)

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

EN. BAHARUDDIN B. AB. LATIF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia [email protected]

Kelulusan: M.Ed.(Pentadbiran Pendidikan ), UPM Bac.Pend. PBMP. UPM Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani), MPIK Sijil Asas Perguruan (Sejarah dan Geografi) Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pendidikan Jasmani, Pendidikan Prasekolah, Kokurikulum, Bina Insan Guru)- 7 Tahun Pend. Awal Kanak-Kanak PERMATA – 1 Tahun

En. ZULKIPLY BIN YAAKOB Pensyarah IPGM Kampus Tun Hussein Onn Km 7.75 Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor. [email protected]

Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Prasekolah) B.Ed. Hons. (Muzik) Sijil Guru Khas (Muzik) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Pesyarah IPTHO Pensyarah MPTAA Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah ( 7 tahun)

VENNILA VEERAPPAN Pensyarah IPGM Kampus Bahasa Melayu Malaysia Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur [email protected]

Kelulusan: Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas,MPRM Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Rendah (16 tahun)

Page 52: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

NAMA KELAYAKAN

UMI KALSOM BT. TAKRIFF Pensyarah IPGM Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat 70400 Seremban Negeri Sembilan [email protected]

Kelulusan: Sarjana Pendidikan Prasekolah, UKM Bac Perakaunan, UPM Diploma Pendidikan MPPPP Pengalaman: Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan ( 5 tahun ) Guru Sekolah Menengah (9 tahun)

NOOR MIZA BINTI ABDUL RAHMAN Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun 14000 Mengkuang Pulau Pinang [email protected]

Kelulusan: MSc.Edu. (Pengurusan Pendidikan), UUM B.A.(Hons) Childhood Education, UM Diploma Pendidikan Universiti Malaya

Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan ( 5 tahun ) Pensyarah Pengajian Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Menengah (11 tahun)

WAN NOR HAYATI BT WAN MD NOR Pensyarah IPGM Kampus Sultan Mizan 22200 Besut Terengganu [email protected]

Kelulusan: MSc.Edu. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UM B.A.(Hons) Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas (Pengajian Prasekolah), MP Kuala Terengganu

Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (7 tahun) Guru Sekolah Menengah (1 tahun) Pegawai Khas Prasekolah, PPD (1 tahun) Guru Prasekolah (3 tahun)

HJ. MAZLAN BIN TALIB Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah IPGM Kampus Sultan Mizan 22200 Besut Terengganu [email protected]

Kelulusan: M.Sc.Edu. (Pentadbiran Pendidikan), UPM B.A.(Hons) Kemanusiaan Dgn. Pendidikan, USM

Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun) Guru Sekolah Menengah (13 tahun)

WAN AHMAD JAZLAN WAN AB. RAHMAN Pensyarah IPGM Kampus Kota Bharu 16109 Kota Bharu Kelantan [email protected]

Kelulusan: M.Ed. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UPSI B.Ed.(Hons) Bimbingan Dan Kaunseling, UPM Sijil Perguruan Khas, MPKT, Batu Rakit Sijil Perguruan Asas, MPPP Kuala Terengganu

Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun) Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah (10 tahun)

Page 53: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Page 54: Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

LAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat