t1a1 pendidikan inklusif 770805035800

Upload: anizan-che-mat

Post on 03-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    1/16

    FAKULTI :PENDIDIKKAN DAN BAHASA

    SEMESTER / TAHUNJANUARI / 2013

    KOD KURSUSHBEF3503

    TAJUK KURSUSPENDIDIKAN INKLUSIF

    AKTIVITI 1 )KERTAS KERJA

    DI SEDIAKAN OLEH : ANIZAN BT CHE MATNO. MATRIKULASI : 770805035800001NO. KAD PENGENALAN : 770805035800NO. TELEFON : 0129601122E MEL : [email protected] PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    2/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~1~

    Kandungan

    Abstrak - 2 -

    1.0 Pengenalan - 2 -

    2.0 Penyataan Masalah - 3 -

    3.0 Objektif - 4 -

    4.0 Kepentingan Cadangan / Garis Panduan - 4 -

    5.0 Kajian Literatur - 5 -

    6.0 Strategi Pelaksanaan - 8 -

    7.0 Syor - 14 -

    8.0 Rumusan - 14 -

    Bibliografi - 15 -

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    3/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~2~

    Abstrak

    Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan

    Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb.

    Kampong Sepulau, Cherang Ruku, Pasir Puteh Keantan. Istimewanya program ini ialah

    setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang

    guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua

    guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan

    murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-

    pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan

    badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau

    The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak

    Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini

    ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik

    dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti

    pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu

    mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain

    dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika

    dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan

    dari KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik.

    1.0 Pendahuluan

    Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua

    insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila

    berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga

    mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka

    juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka

    tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    4/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~3~

    mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah

    mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal ( Lokman, 2009).

    Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di

    kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep

    pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan

    untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah

    pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Program

    Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang

    pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan

    mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai

    peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia

    (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti

    dan kualiti dapat ditingkatkan.

    2.0 Pernyataan Masalah

    Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu

    hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya

    segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus

    perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya

    kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak

    mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-

    badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis

    kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran danpembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh

    Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi

    meluas. Oleh yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu

    dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sek. Keb. Kampong Sepulau supaya ia dapat

    diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    5/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~4~

    terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas

    tersebut.

    3.0 Objektif

    a. Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran danpembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

    b. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripadamereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-

    peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam

    konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role

    model).

    c. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khasdengan murid di aliran perdana.

    d. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha merekamenyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka.

    Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira

    perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

    e. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .f. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi

    masyarakat.

    g. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluankhas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan

    4.0 Kepentingan Cadangan/ Garis Panduan

    Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepadapihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan

    Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM,

    Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan

    pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di

    sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    6/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~5~

    menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi

    muridmurid tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula

    diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja

    kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa

    menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang

    sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang

    dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).

    5.0 Tinjauan Literatur

    5.1 Definisi Pendidikan Inklusif

    Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang

    diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-

    sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa

    (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-

    pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada

    mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran

    bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).

    5.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia

    Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah

    istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu

    istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia

    telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang

    mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah

    pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan

    khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima

    pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah

    pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif.

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    7/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~6~

    Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat

    kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

    dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan

    Kementerian Sumber Manusia.

    5.2.1 Program Pendidikan Khas Integrasi

    Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai

    murid-murid berkeperluan khas.

    5.2.2 Program Pendidikan Inklusif (PPI)

    Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa

    bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa,

    mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru

    pendidikan khas (guru pembimbing).

    5.2.2.1 Inklusif Penuh

    Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam

    kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

    Pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh

    merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping)

    sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau

    tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil

    peperiksaan awam.

    5.2.2.2 Inklusif Separa

    Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata

    pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru

    pendidikan khas (guru pembimbing). Waktu selebihnya mengikuti program di

    kelas pendidikan khas. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan

    Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    8/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~7~

    Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan

    Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung

    kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu

    layak atau sebaliknya.

    5.3 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

    Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai

    organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO

    (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di

    merata-rata tempat di negara kita.

    Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata

    pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran

    daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan

    masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas

    tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu

    serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai

    pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan

    yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

    Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yangmenyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara

    umur 2-16 tahun

    Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanakberkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

    Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewayang terlibat dengan intervensi awalbagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.

    Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation)yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan

    ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    9/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~8~

    enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat

    dalam Malaysia.

    5.4 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan

    Inklusif (PPI)

    Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United

    Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan,

    sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling

    berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO

    menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan

    murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.

    Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai

    sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-

    kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya

    (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta

    ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat

    kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak

    tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci

    berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa

    pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward,

    2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang

    dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi

    keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

    6.0 Strategi Pelaksanaan

    Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak

    bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid

    dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    10/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~9~

    berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan

    mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid

    normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi

    apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid

    normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif

    terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk

    Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke

    arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis

    panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi

    pelaksanaan program tersebut.

    6.1 Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran

    Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner" @ Lembam Terencat akal ringan. Hyperaktif Disleksia

    *Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke

    tandas sendiri.

    Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang

    berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

    1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana2. Bersosialisasi3. Menduduki peperiksaan awam

    Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan

    berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain

    telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid

    berkenaan mampu untuk mengurus diri , berkomunikasi dengan yang lain serta tidak

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    11/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~10~

    mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru

    mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah

    mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang

    bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk

    mengikuti program ini.

    a) Murid Lembam @ Slow Learner

    Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai

    sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap

    keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal.

    Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima,

    mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.

    Ciri-ciri

    Bermasalah mengenal bentuk huruf. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat. Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan. Menutup muka dengan buku sewaktu belajar. Membaca setiap perenggan terlalu lama. Ejaan perkataan seringkali salah. Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong. Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh. Lambat sewaktu menulis. Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam. Mempunyai konsep kendiri rendah. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian

    mudah dialihkan oleh rangsangan luar.

    Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    12/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~11~

    b) Hyperakitf

    Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal,

    agresif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian

    kanak-kanak normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak

    yang berumur 8 tahun dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka

    meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk

    tempoh masa yang sementara.

    Ciri-ciri

    Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap. Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain. Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam. Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat

    serta gemar meniru perlakuan orang lain.

    Dapat melakukan setuatu kerja dengan pantas tetapi terburu-buru. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka. Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat. Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain. Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising. Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain. Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan

    barang orang lain.

    c) Disleksia

    Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan

    bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi

    mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

    Ciri-ciri

    Keliru dengan arah kiri dan kanan. Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    13/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~12~

    Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal. Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat

    singkat.

    Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.

    Sukar mengikut arahan lisan yang panjang. Kesukaran menyalin semula nota yang diberi. Keliru dengan nombor-nombor. Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan

    dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.

    Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanyasecara berulang-ulang.

    Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa. Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar

    bergaul.

    Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten. Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham.

    6.2 Tenaga pengajar

    Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata

    pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:

    Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Layanan dan bimbingan yang adil.

    6.3 Kemudahan asas untuk pelajar khas

    Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di

    sekolah menengah.

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    14/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~13~

    Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos danJawatankuasa akademik.

    Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah. Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu

    dan kaunseling.

    6.4 Pengurusan

    Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu

    yang sesuai

    Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu muridbermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan

    Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat,pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

    6.5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan

    Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan mendudukipeperiksaan umum.

    Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga muridsupaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.

    Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dankomunikasi.

    Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh disekolah.

    Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luarsekolah.

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    15/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~14~

    7.0 Syor

    Pihak pentadbiran Sek. Keb. Kampong Sepulau adalah dipohon untuk

    mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

    (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

    8.0 Rumusan

    Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program

    Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program yang

    bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan.

    Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan

    teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu

    liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka

    boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

  • 8/12/2019 T1A1 Pendidikan Inklusif 770805035800

    16/16

    ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF3503~

    ~15~

    Rujukan

    Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.

    Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach

    Resort,Terengganu.

    Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:

    David Fulton Publisher.

    Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.

    Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.

    Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak

    Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis

    Mastersyang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and

    Inclusion. London: SAGE Publications Inc.

    Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA :

    Thomson Wadsworth .