perayaan hari raya (t1a1)

34
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2012 HBPE 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN NAMA : LIM CHUEN KIOK NO. MATRIKULASI : 830924135654001 NO. KAD PENGENALAN : 830924135654 NO. TELEFON : 014 893 2772

Upload: sammin-yhesam

Post on 07-Aug-2015

134 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2012

HBPE 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA : LIM CHUEN KIOK

NO. MATRIKULASI : 830924135654001

NO. KAD PENGENALAN : 830924135654

NO. TELEFON : 014 893 2772

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, SIBU

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0. PENGHARGAAN 1

2.0. OBJEKTIF KAJIAN 2

3.0. KAEDAH KAJIAN 2-3

4.0. PENGENALAN 4

4.1. Nama perayaan 54.2. Ethnik dan Kaum yang menyambut 64.3. Tarikh dan tempoh perayaan disambut 7

5.0. LATAR BELAKANG

5.1. Sejarah dan asal usul Hari Raya Aidilfitri 85.2. Amalan Khusus Hari Raya Aidilfitri 8-95.3. Tata cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 105.4. Tempat Khusus Sambutan dijalankan 115.5. Simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri 12

6.0. PERSEDIAAN SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 13

7.0. PAKAIAN TRADISIONAL 14

7.1. Baju Melayu 147.2. Baju Kurung dan Kebaya 15

8.0. JUADAH UTAMA HARI RAYA AIDILFITRI 158.1. Lemang 168.2. Ketupat 178.3. Kari Ayam dan Rendang 188.4. Kuih-muih dan Kak Lapis 19

9.0. AMALAN SELEPAS PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 20

10.0. KESIMPULAN 21

11.0. RUJUKAN 22

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

1.0. PENGHARGAAN

Sekalung setinggi-tinggi penghargaan yang terhingga saya tujukan khas buat Eos saya

iaitu En, kerana telah banyak membantu dari segi penyusunan format penulisan di dalam kajian

ini. Tanpa panduan dan cadangan dari beliau maka, adalah sukar bagi saya memberikan

persembahan yang terbaik di dalam tugasan ini. Seterusnya ucapakan penghargaan ini saya

titipkan juga kepada Encik Yunus Bin Haji Eli kerana telah banyak memberikan pendapat dan

maklumat yang amat berharga tentang perayaan yang beliau sambuti. Lanjutan penghargaan ini

juga saya lemparkan juga kepada sesiapa sahaja yang berkenaan secara langsung mahupun tidak

langsung kerana bantuan yang dihulurkan tanpa rasa prejudis terhadap mana-mana perkara.

Lebih-lebih lagi apabila saya berkaloborasi di antara rakan-rakan di dalam forum secara atas

talian. Pandangan dan pendapat dari kalian merupakan perkara yang tidak ternilai harganya.

Sesungguhnyna, setiap detik-detik yang telah dilalui semasa menyiapkan tugasan yang berupa

kajian ini tidak akan pernah dilupakan. Pengorbanan dari segi masa dan tenaga yang telah

dicurahkan di dalam penghasilan tugasan ini tidak akan disia-siakan. Semoga apa yang telah

diusahakan memberikan satu hasil yang tidak akan mengecawakan.

2.0. OBJEKTIF KAJIAN

Di dalam menyediakan tugasan ini, saya telah menetapkan beberapa objektif yang perlu

dicapai setelah berjaya menyiapkan tugasan ini. di antara beberapa objektif kajian yang akan

saya capai pada akhir penulisan ini adalah:

Mengembangkan ilmu pengetahuan tentang sosio budaya kaum lain yang terdapat di

Malaysia.

Menghormati agama dan budaya bangsa lain yang berada di sekeliling kita.

Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Sumber ini telah mengajar saya

membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas, dan tepat.

1

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

Menanam sifat bertanggungjawab dan gigih serta samangat petrotisme dalam

menyempurnakan tugasan.

Menyemai perasaan cinta kepada bangsa dan tanah air serta mengetahui tatacara

menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

3.0. KAEDAH KAJIAN

Sebelum membuat tugasan yang berbentuk kajian seperti ini, saya telah melakukan

beberapa tindakan sebelum membuat sebarang penulisan ilmiah. Beberapa kaedah yang telah

saya lakukan bagi memastikan segala penulisan saya nyata dan mempunyai bukti-bukti yang

kukuh dah bukannya rekaan semata-mata. Diantara kaedah yang saya gunakan ialah :

3.1. Pemerhatian

Melalui kaedah ini, saya telah melakukan beberpa pemerhatian melalui pengalaman yang

lepas semasa menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri di salah sebuah rumah rakan saya. Selain

itu, pemerhatian melalui tayangan-tayangan video dan media massa yang lain sedikit sebanyak

memberikan maklumat yang berguna kepada saya.

3.2. Buku-buku ilmiah

Kaedah yang kedua pula melalui rujukan di buku-buku ilmiah yang terdapat di pasaran.

Buku-buku ini sememangnya telah diperakui kesahihan maklumat dan penceritaanya. Tetapi

tidak semua buku ilmiah yang mempunyai maklumat yang tepat tentang perayaan ini.

Walaubagaimanapun, kaedah ini juga dilihat satu langkah awal yang lebih praktikal.

2

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 8309241356540013.3. Majalah-majalah.

Kaedah yang ketiga pula ialah dengan merujuk kepada majalah-majalah yang mempunyai

maklumat yang terkini tentang perayaan yang sedang saya kaji. Majalah-majalah seperti wanita,

anjung seri dan pelbagai lagi majalah-majalah yang ada mengeluarkan artikel-artikel tentang

perayaan Hari Raya Aidilfitri.

3.4. Secara online diinternet

Melalui kaedah yang keempat pula, saya telah membuat beberapa pencarian di laman-

laman web yang boleh dipercaya kesahihannya. Jika dilihat dari segi kemudahan teknologi,

kaedah ini merupakan satu kaedah yang sememangnya lebih berkesan dan mudah dilaksanakan.

Kemudahan teknologi tanpa sempadan menjadikan kajian saya lebih senang untuk dilakukan.

3.5. Maklumat dari orang perseorangan

Kaedah yang terakhir ialah melalui temubual dengan seseorang yang sememangnya

menyambut perayaan ini. Walaupun maklumat yang diperolehi tidak boleh disahkanoleh para

pakar tetapi ia sememangnya bertepatan dengan maklumat yang saya dapati daripada majalah-

majalah dan buku-buku. Ini kerana perayaan ini satu perayaan yang disambut setiap tahun. Tidak

mustahillah pengetahaun tentang perayaan yang mereka sambut setiap tahun tidak diketahui.

3

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 8309241356540014.0. PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan sebuah Negara yang didiami oleh pelbagai lapisan

masyarakat yang juga mempunyai pelbagai kebudayaan, kepercayaan dan agama. Walaupun

penduduk Malaysia telah dipisahkan oleh ketiga-tiga elemen ini, tetapi rasa hormat-menghormati

dikalangan masyarakat menjadikan hubungan di antara penduduk lebih akrab dan mencipta

keharmonian. Kebebasan bersosial telah memberikan satu kelebihan kepada penduduk di

Malaysia untuk mengenali budaya dan cara hidup pelbagai kaum dengan lebih dekat. Unsur-

unsur inilah yang menjadikan bangsa Malaysia lebih unik dari bangsa-bangsa dari rantau lain.

Bagi mengukuhkan persefahaman diantara kaum, maka sambutan perayaan yang

disambut di Malaysia telah dikongsi bersama oleh seluruh penduduknya. Perkongsian ini

dilakukan dengan mengadakan rumah-rumah terbuka bagi mempelawa seluruh penduduk sekitar

yang terdiri dari pelbagai lapisan masayarakat bagi sama-sama merasakan kemeriahan sambutan

sesuatu perayaan tersebut. Budaya ini lebih ketara apabila tibanya perayaan hari raya aidilfitri

atau hari raya puasa. Secara amnya, perayaan ini disambut oleh masyarakat dunia dari pelbagai

latarbelakang, budaya dan cara hidup yang menganut agama Islam. Walaupun ia disambut atas

dasar agama, oleh kerana pengaruh budaya dan adat resam dari pelbagai penduduk diseluruh

dunia maka cara sambutan perayaan hari raya aidilfitri untuk sesetengah Negara adalah berbeza

termasuklah di Malaysia. Walaubagaimanapun, inti pati sebenar sambutan hari raya aidilfitri

ialah sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada umat manusia,

disamping mengamalkan rasa rendah diri dalam menjalani kehidupan dan sentiasa menginsafi

diri tentang kesengsaraan hidup insan yang lain di atas muka bumi ini. Atas dasar inilah

perayaan hari raya aidilfitri atau hari raya puasa yang disambut oleh masyarakat Islam di

Malaysia dikenali sebagai hari raya fitrah.

4

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 8309241356540014.1. Nama Perayaan

Seperti yang telah dibincangkan di atas, perayaan yang menjadi pilihan adalah hari raya

aidilfitri atau hari raya fitrah atau hari raya puasa. Perayaan ini sememangnya telah sinomin

dengan masyarakat Islam seluruh dunia amnya dan masyarakat Islam di Malaysia khasnya.

Secara komersialnya, nama perayaan ini dikenali sebagai hari raya puasa. Ini kerana sebelum

perayaan ini disambut, umat Islam di seluruh dunia harus menunaikan ibadah puasa selama

sebulan. Puasa merupakan perkara keempat yang terkandung dalam dalam rukun Islam dan ia

wajib dilaksanakan oleh umat Islam seluruh dunia serta merupakan ibadah wajib selepas perkara

menunaikan solat lima waktu sehari semalam di dalam rukun Islam. Kelebihan berpuasa selain

dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan, ia juga dapat membersih jiwa dan rohani daripada

perkara-perkara yang buruk serta mencegah maksiat dan kemungkaran. Selain itu hari raya

aidilfitri juga dikenali sebagai hari raya fitrah. Ia digelar fitrah kerana sebelum 1 syawal ini di

sambut, umat islam mesti menunaikan kewajiban memberikan zakat fitrah yang hanya boleh

dilakukan pada bulan Ramadhan dan sebelum hari raya aidilfitri sahaja. Oleh sebab itulah

perayaan ini mendapat nama seperti yang disebutkan di atas.

4.2. Ethnik dan Kaum Yang Menyambut.

Agama islam merupakan agama yang universal untuk umat manusia. Segala ajaran dan

anutannya merangkumi segenap penjuru kehidupan iaitu duniawi dan ukhrawi. Segala panduan

kehidupan bermula dari bangun pagi hingga tidur pada waktu malam ada terkandung di dalam

intisari agama Islam. Malahan seluruh kehidupan manusia di alam ini turut juga terkandung di

dalam ajaran Islam. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika agama islam menjadi agama kedua

terbesar di dunia dan mempunyai penganut yang berbilang bangsa seperti melayu, cina-muslim,

india-muslim, dan beberapa ethnik-ethnik yang lain diseluruh dunia. Oleh sebab itulah, perayaan

hari raya aidilfitri yang diraikan oleh seluruh ethnik di segenap penjuru dunia yang menganut

agama Islam.

5

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 8309241356540014.3. Tarikh dan Tempoh Masa Perayaan

Hari raya aidilfitri atau dalam bahasa arabnya Ayd al-Fitrah “perayaan fitrah”. Perayaan

ini disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah setelah berakhirnya ibadah puasa pada bulan Ramadhan

tahun Hijrah bulan Islam. Hari raya puasa ditentukan melalui dua cara iaitu dengan kaedah

rukyah yakni melihat anak bulan dan secara hisab atau kiraan. Sekiranya melalui kaedah rukyah,

apabila anak bulan kelihatan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk melihat anak bulan bulan

maka, ia menandakan bermulanya bulan Syawal yakni bulan ke10 dalam takwin hijrah Islam.

Sememangnya tarikh bagi sambutan hari raya adalah tetap jika mengikut kalender hijrah, namun

tarikh sambutan hari raya akan berubah jika mengikut kalender Masihi. Hal ini berlaku kerana

kalender Hijarah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalender Masihi pula mengikut

peredaran Bumi mengelilingi matahari. Oleh yang demikian tarikh sambutan adalah berbeza

daripada tahun ke tahun. Jika di Malaysia tugas untuk menentukan tarikh hari raya puasa adalah

terletak pada pegawai-pegawai falak yang akan bertugas untuk melihat anak bulan pada sebelah

petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat yang strategik. Tempoh sambutanya pula

adalah selama sebulan dibulan syawal dan tempohnya juga berbeza mengikut tempat.

6

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 8309241356540014.4. Tujuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Setiap peryaan yang disambut oleh sekalian manusia dimuka bumi ini pasti mempunyai

tujuan dan alasan. Oleh sebab itu, perayaan hari raya aidilfitri khas untuk umat Islam sedunia

juga mempunyai tujuan dan alasan. Ibadah yang diwajibkan di atas umat Islam iaitu berpuasa

hanya dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Sebagai umat Islam yang taat akan perintah agama

akan berpuasa selama sebulan dengan menahan nafsu, lapar dan dahaga serta perbuatan-

perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya fajar. Apabila

lafaz takbir dimulakan pada malam hari raya, maka lengkaplah ibadah puasa selama sebulan

dilaksanakan.. Dalam erti kata lainya, sambutan 1 syawal ataupun hari raya puasa adalah

ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambanya di dalam beribadah kepadaNya.

Dengan pengertian yang mendalam umat Islam harus menyucikan diri daripada sifat keji

terutama syirik, bongkak dan sombong. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari

berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu”. Maka dengan jelas bahawa hari raya

aidilfitri disambut bukan sekadar satu perayaan, adat resam atau budaya dan bukan hari yang

direka-reka. Malahan ia adalah merupakan anugerah Allah SWT sebagai tanda kasih dan rahmat-

Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas di dalam menunaikan ibadah puasa di bulan

Ramadhan. Dengan pengertian yang lebih ringkas, tujuan hari raya aidilfitri disambut adalah

untuk meraikan kemenangan di dalam berpuasa dibulan Ramadhan disamping memberikan zakat

fitrah kepada golongan tidak berupaya miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang

ditetapkan syariat.

7

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 8309241356540015.0. LATAR BELAKANG PERAYAAN

5.1. Sejarah dan Asal Usul Hari Raya Aidilfitri

Setiap perayaan yang menjadi sambutan setiap manusia pasti mempunyai sejarah

kewujudan dan asal usul sesuatu perayaan yang menjadi sambutan. Seperti hari raya aidilfitri,

sejarah dan asal usulnya bermula sekitar 1400 tahun dahulu ketika nabi Rasullullah saw berhijrah

dari kota Mekah ke kota Madinah, Baginda mendapati terdapat dua hari raya yang disambut oleh

bangsa arab pada ketika itu. Kemudian, Rasulullah saw bertanya kepada mereka apakah dua hari

raya itu?. Mereka menjawab bahawa dua hari raya tersebut adalah perayaan yang diwarisi secara

turun temurun daripada datuk nenek mereka. Rasulullah s.a.w menyatakan kepada orang Arab

Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang

lebih bermakna iaitu hari raya korban atau aidiladha dan hari raya fitrah atau aidilfitri. Maka

disinilah bermulanya sambutan kedua-dua hari raya tersebut oleh umat Islam. Konsep hari raya

adalah jelas dalam Islam yang menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan yang perlu

disambut dengan penuh tulus dan kesyukuran kerana ia merupakan perbuatan ibadah di dalam

Islam.

5.2. Amalan Khusus Hari Raya Aidilfitri.

Seperti kebanyakan perayaan didunia ini pasti mempunyai amalan dan upacara khusus

yang sentiasa menjadi amalan semasa sambutan perayaan tersebut. Secara khususnya, setibanya

1 Syawal, masyarakat melayu atau penganut agama Islam akan melakukan amalan-amalan yang

telah menjadi kebiasaan di dalam merayakan hari raya aidilfitri. Amalan ini telah diamalkan

sejak dahulu lagi apabila bermulanya satu syawal. Amalan ziarah-menziarahi atau bermaaaf-

maafan dengan ahli kerluarga dan rakan tertangga sememangnya menjadi tradisi. Secara

langsung amalan ini sememangnya bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri yang

menganjurkan penganutnya merapatkan hubungan siratulrahim sesama masyarakat tidak

mengenal bangsa dan agama. Amalan ini akan dilakukan selepas menunaikan solat sunat Hari

8

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001Raya Aidilfitri di Masjid. Bagi umat Islam yang kehilangan saudara-mara yang dikasihi, amalan

mengunjungi pusara atau perkuburan ahli keluarga juga telah menjadi tradisi. Mereka akan

menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau membaca surah Yaasin semasa menziarahi tanah

perkuburan. Tradisi ini lah yang menjadikan hari raya aidilfitri lebih istimewa disamping

memberikan banyak ganjaran kepada umatnya kerana perayaan yang berlandaskan agama

merupakan ibadah semata-mata. Amalan sampingan yang menjadi trend masyarakat sekarang

yang diadaptasikan dariapda amalan orang Cina iaitu memberikan sampul merah berisi wang

atau dikelanli sebagai “Ang Pau”. Bagi masyarakat melayu, amalan ini dikenali sebagai duit raya

yang menggunakan sampul bewarna hijau atau kuning melainkan sampul berwarna merah.

Tujuan ia dilakukan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya aidilfitri lebih-lebih lagi

bagi kanak-kanak.

5.3. Tatacara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Semua perayaan pasti mempunyai Upacara keagamaan yang tersendiri seperti

sembahyang. Di dalam Islam solat sunat hari raya sememangnya merupakan satu acara yang

wajib pada sesuatu perayaan. Matlamat asal perayaan hari raya aidilfitri diadakan adalah sebagai

melengkapkan tuntuan ibadah hambanya kepada Allah S.W.T. Setelah tarikh hari raya aidilfitri

ditetapkan melalui dua keaedah iaitu rukyah dan hisab, maka pada malam 1 syawal selepas

maghrib menjelang hari raya pertama semua umat Islam disunatkan bertakbir dan bertahmid bagi

memuji serta mengagungkan kebesaran kuasa Allah S.W.T. seraya bersyukur ke atas

9

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

kesejahteraan yang

dikurniakan. Upacara

takbir boleh diakhiri

sehingga imam selesai

membaca khutbah

selepas solat sunat hari

raya dipagi hari. Sebelum solat sunat aidilfitri dimulakan, imam akan mengetuai jemaah yang

hadir sama-sama bertakbir samentara menunggu masuk waktu solat sunat aidilfitri dimulai.

Sebelum dua khutbah di baca, pada jemaah terlebih dahulu akan melakukan solat sunat aidilfitri

sebanyak dua rakaat yang diketuai oleh seorang imam. Selepas solat sunat aidilfitri, khatib akan

membacakan dua khutbah di atas mimbar di dalam masjid. Intipati dua khutbah itu selalunya

berkisarkan tentang memupukkan semangat perpaduan dan ukhwah sesama islam dan

masyarakat yang lain serta hidup aman dan damai di bumi yang tercinta. Sesungguhnya setiap

upacara di dalam perayaan menganjur kepada kebaikan dan keluruhan kepada Tuhan yang

menjadi kepercayaan masing-masing.

5.4 Tempat Khusus Sambutan Dijalankan

Bagi perayaan hari raya aidilfitri tempat yang biasa menjadi tumpuan umat Islam di pagi

1 syawal adalah masjid yang juga merupakan rumah Allah S.W.T. Umat Islam akan bangun pada

waktu pagi dengan memakai baru baru seperti baju melayu bersampin songket atau pelikat dan

10

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001bersongkok bagi kaum lelaki. Manakala bagi kaum perempuan akan memakai telekum. Setelah

selesai menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid, para jemaah akan pulang kerumah masing-

masing untuk membuat persediaan mengunggu kedatangan para tetamu dan sahabat handai

bertandang.

5.5. Simbol Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia serta memiliki sejuta keistimewaan

dimana pintu syurga dibuka menanti kehadiran umat yang beriman dan pintu neraka ditutup.

Sepanjang bulan Ramadhan terdapat satu malam yang menjadi malam teristimewa dari seribu

11

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001malam. Firman Allah SWT yang bermaksud, ‟sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini

pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam

lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun

malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana mereka membawa segala perkara ( yang

ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam(yang berkat) itu hingga

terbit fajar”. Dari surah al-Qadr, ayat 1-5). Dalam erti kata lainya, malam lailatulqadar selalu

dikaitkan dengan malam tujuh likur. Pada malam inilah umat islam merebut pelung untuk

memperolehi pahala yang berlipat kali ganda. Oleh yang demikian umat Islam khasnya di

Malaysia telah memasang pelita di malam hari bagi menerangi malam yang istimewa. Tradisi ini

terus berlanjutan serta hanya diamalkan dikampung-kampung sehinggakan ia telah menjadi satu

simbol kepada permulaan sambutan hari raya aidilfitri.

6.0 PERSEDIAAN SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI

12

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

Persediaan adalah perkara yang harus dilakukan setiap individu yang hendak menyambut

sesuatu perayaan. Sebelum hari raya aidilfitri disambut pada 1 syawal dalam kalender Hijrah,

umat Islam khasnya di Malaysia telah melakukan persiapan dimalam hari dengan menghias

rumah dengan bunga-bungaan dan kelengkapan yang bersih dan baru. Bagi kaum lelaki pula

mereka selalunya akan membuat persiapan seperti membakar lemang yang sememangnya

menjadi juadah utama sambutan hari raya aidilfitri di Malaysia. Bagi kaum ibu, juadah ketupat

kuih muih, rendang dan kari perlu disediakan menjelang pagi. Ini lah yang menjadikan sambutan

sebelum hari raya menjadi lebih bermakna. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai ahli

keluarga yang berada jauh dari kampung halaman. Mereka akan berpusu-pusu balik ke kampung

halaman bagi sama-sama menyambut 1 syawal. Sememangnya tradisi balik kampung telah sebati

di dalam diri umat Islam yang menyambut hari raya aidilfitri. Walaubagaimanapun, ajaran Islam

sentiasa memberikan peringatan kepada umatnya agar tidak berlebih-lebihan atau membazir

semasa berbelanja sebaliknya haruslah mengamalkan sikap bersederhana di dakam menyambut

ketibaan 1 syawal. Selain itu umat Islam juga haruslah menyediakan pakaian yang paling baru di

hari raya terutama sekali apabila pergi ke masjid. Akan tetapi tidak semestinya setiap tahun harus

memakai pakaian yang baru, jika ada yang lama tetapi masih cantik, sempurna dan bersih ia

sudah tentu memadai. Seperti Firman Allah SWT yang bermaksud “Janganlah kamu membazir,

sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu

kufur terhadap Tuhanya”. Dari surah al-Israa ayat 26-27. Inilah erti sebenar persediaan di dalam

menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

7.0. PAKAIAN TRADISIONAL

13

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

Pakaian merupakan satu keperluan asas yang mesti ada kepada setiap individu. Pakaian

juga dapat memberikan satu identiti kepada setiap bangsa. Di dalam perayaan, pakaian

memainkan peranan yang amat besar di dalam menentukan identiti kaum yang menyambutnya.

Seperti hari raya aidilfitri, umat islam terutama melayu semestinya akan menyediakan pakaian

tradisional yang telah menjadi kebangaan kaum melayu dari dahulu hingga sekarang. Tetapi

akibat dilanda gelombang fesyen moden baju tradisional melayu telah digayakan dengan

pelbagai jenis reka bentuk yang datangnya dari kaum-kaum lain seperti Cina dan India.

7.1. Baju Melayu

Bagi kaum lelaki, baju melayu bersampin yang diperbuat daripada songket dan

bersongkok adalah pakaian yang dipakai semasa perayaan hari raya aidilfitri. Pakaian ini sentiasa

menjadi pilihan di hari raya kerana ia telah menjadi sebahagian daripada warisan zaman

berzaman. Semasa hari raya, pakaian ini selalu dipakai semasa bertandang ke masjid bagi

menunaikan solat sunat hari raya dan ketika berziarah kerumah jiran-jiran tertangga. Pakaian ini

biasanya di dapati dengan cara membeli yg telah siap dipasaran atau ditempah khas dibutik-butik

atau tukang jahit yang mahir tiga atau dua bulan sebelum perayaan.

7.2. Baju Kurung dan Baju Kabaya.

14

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

Bagi kaum hawa pula, pakaian seperti baju kurung dan baju kebaya adalah pakaian

tradisional yang dipakai semasa hari raya. Oleh kerana sifat wanita yang ingin sentiasa kelihatan

anggun semasa sambutan hari lebaran, maka gaya baju kurung dan kebaya adalah lebih menarik

dengan hiasan-hiasan seperti labuci dan sulaman. Bagi menyerlahkan lagi ciri-ciri wanita

muslimah, pakaian baju kurung sentiasa dipadankan dengan pemakaian tudung. Biasanya

pakaian-pakaian ini telah ditempah tiga atau dua bulan lebih awal dari tarikh sambutan hari raya.

8.0. JUADAH UTAMA SEMASA

HARI RAYA AIDILFITRI.

Juadah adalah merujuk kepada kelpelbagaian jenis makanan yang menjadi santapan

semasa sesautu perayaan. Bagi hari raya aidilfitri penetapan juadah utama tidak menjadi

persoalan. Ini kerana hari raya aidilfitri tidak terikat dengan faktor pantang dan larang sesuatu

perlakuan. Penentuan juadah utama di dalam perayaan hari raya aidilfitri adalah berdasarkan

kepada tempat dan kaum yang menyambut perayaan tersebut. Sebagai contoh bagi india-muslim

kebiasaannya mereka akan menghidangkan juadah yang telah menjadi makanan kegemaran

mereka seperti chapatti, kari, tossei, maruku dan lain-lain lagi juadah. Tetapi jika dilihat secara

majoritinya di Malaysia, masyakat melayu akan menghidangkan juadah-juadah yang telah

menjadi tradisi atau secara turun temurun seperti dibawah.

8.1. Lemang

15

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

Lemang adalah juadah paling digemari semasa sambutan hari raya aidilfitri dan juga

menjadi masakan tradisi kaum melayu. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai

hidangan istimewa sejak 1864. Sehari sebelum hari lebaran, kaum lelaki khasnya akan pergi

mencari buluh yang sesuai untuk dijadikan acuan. Dengan menggunakan beras pulut dan santan

yang dimasukan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, ia akan di bakar sehingga

masak. akan Kebiasaanya lemang akan dihidang kepada tetamu dengan pasangan kari ayam atau

daging dan rendang. Ia sememangnya merupakan makanan yang paling digemari sehinggakan

kaedah memasak lemang ini juga selalu digunakan oleh kaum asli di Semenanjung dan kaum

peribumi Sarawak di Malaysia.

8.2. Ketupat.

16

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

Juadah yang kedua yang

biasa dijadikan hidangan utama di

hari lebaran adalah ketupat.

Hidangan ini diperbuat daripada nasi

atau pulut yang dibungkus dengan

daun kelapa dan direbus di dalam

periuk. Ia boleh direbus tanpa santan atau dengan

menggunakan santan. Ia sememangnya terkenal di Malaysia dan di Indonesia serta beberapa

Negara Asia yang lain. Reka bentuk ketupat mempunyai pelbagai jenis mengikut kegemaran si

pembuat. Jika lemang biasa dilakukan oleh kaum adam, manakala ketupat selalunya di lakukan

oleh kaum hawa. Di hari lebaran, ketupat akan dihidang bersama dengan rendang, serunding,

kari dan kuah sate. Kemajuan teknologi makanan telah mengubah cara pembungkusan ketupat di

mana sejak 1990, ia telah dibungkus dalam plastik yang boleh dikukus atau direbus di dalam

periuk secara terus. Ketupat sebegini di namakan sebagai ketupat segera atau nasi himpit.

8.3. Kari Ayam dan Rendang Daging

17

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

Perkataan kari sememangnya sinonim

dengan kelibat kaum india yang menjadi

monopoli utama jenis rempah ini sejak

zaman pemerintahan lagi. Tetapi sekarang ia

telah menjadi sebahagian daripada makanan

tradisi kaum melayu. Masakan kari boleh

dipelbagaikan sama ada ayam, daging

lembu, daging kambing dan bahan-bahan mentah yang lain. Masakan kari adalah juadah yang

paling digemari pada hari raya aidilfitri dihidang bersama lemang dan ketupat. Begitu juga

dengan masakan rendang, yang biasanya menjadi juadah yang dihidang bersama dengan kari

ayam atau daging. Rendang adalah masakan tradisi masyarakat minangkabau yang menggunakan

daging dan santan kelapa sebagai bahan utama. Masakan dengan citarasa pedas ini digemari oleh

seluruh masyakarat. Jika di Indonesia, ia terkenal sebagai rendang padang dan di Malaysia

rendang Tok menjadi pilihan sebagai juadah hari raya. Juadah-juadah yang berasaskan daging

dan ayam yang lain seperti serunding, masak merah dan masak kurma biasanya akan dihidang

mengikut cita rasa seseorang individu.

8.4. Kuih-muih dan Kek Lapis

18

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001

Selepas juadah seperti yang berasaskan nasi dan daging, juadah biskut dan kek tidak

kurang penting nya di dalam menyambut hari raya. Juadah ini dianggap sebagai juadah

sampingan yang biasa dihidangkan bersama-sama dengan juadah-juadah utama yang lain. Biskut

yang beraneka jenis sememangnya menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat. Di Malaysia

biskut-biskut boleh di dapati dengan mudah di pasar-pasar raya yang menjadi pilihan. Malahan

masyarakat moden telah tahu membuat pelbagai biskut sendiri yang berwarna-warni dirumah.

Kek lapis juga merupakan juadah istimewa di hari raya. Jika di negeri Sarawak, kek lapis adalah

satu hidangan yang paling istimewa dan sudah menjadi satu kemestian setiap rumah di Sarawak

akan menghidangkan kek lapis di pagi hari raya. Dengan pelbagai warna yang menarik dan

berlapis-lapis pasti akan dapat memikat selera setiap pengunjung yang datang berhari raya.

9.0. AMALAN SELEPAS PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

Setelah beberapa hari perayaan hari raya aidilfitri berlangsung selama 7 hari atau kurang

daripada tujuh hari, umat Islam yang beraya dikampung akan kembali ke kota atau Bandar

menjalankan kegiatan atau perkerjaan seperti biasa. Pada masa inilah jalan raya kembali sibuk

menerima kunjungan kereta yang berpusu-pusu balik ketempat yang sepatutnya. Bagi individu

yang tidak sempat menerima tetamu semasa hari raya aidilfitri atau ingin kembali menjamu

tetamu atau sahabat yang tidak sempat bertandang, meraka akan mengambil peluang beberapa

hari di dalam bulan syawal mengadakan rumah-rumah buka. Tetapi, cara rumah terbuka yang di

adakan selepas sambutan hari raya ini adalah berlainan sedikit semasa hari raya aidilfitri. Ia

berbeza dari segi suasana sambutan hari raya aidilfitri pada 1 hingga 3 syawal. Kemeriahan Hari

Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan mengikut bergantung kepada

19

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001keadaan dibeberapa tempat. Amalan ini dilihat telah menjadi satu trend atau kemestian kepada

umat Islam di alaf baru. Ini kerana faktor ekonomi penduduk yang semakin berkembang.

10.0. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, perayaan hari raya aidilfitri yang disambut umat Islam sedunia

amnya dan di Malaysia khasnya mempunyai seribu pengetian yang amat mendalam. Inti pati

yang terkandung di dalam perayaan ini mampu merapatkan hubungan yang terlah terpisah sekian

lama. Lebih-lebih lagi tradisi bersalaman di anatara anggota keluarga yang dilakukan selepas

solat sunat hari raya aidilfitri mampu memecah tembok keangkuhan dikalangan ahli keluarga.

Disamping mengukuhkan akidah umat Islam di dalam melaksanakan tuntutan ibadah kepada

Allah SWT. Sesungguhnya kemeriahan hari raya Aidlifitri yang disambut pada 1 syawal dapat

dirasakan semua masyarakat tidak mengira tua, muda, kaya dan miskin sama-sama merayakan

Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang tersendiri berlandaskan kesederhanaan.

11.0 RUJUKAN

Sambutan aidilfitri menurut Islam maklumat diperolehi menerusi laman web:

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=111&Itemid=1

secara online pada : 25 / 11 / 2012 (10:25 pm)

Pengertian Hari Raya Aidilfitri, maklumat diperolehi menerusi laman web:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

secara online pada : 25 / 11 / 2012 (11:55pm)

Keistimewaan al-Quran, malam Lailatulqadar , maklumat diperolehi menerusi laman web:

20

HBEF2803 LIM CHUEN KIOKPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 830924135654001http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Keistimewaanal-Quran_malamlailatulqadar/Article

Secara online pada : 26 / 11 / 2012 (08.30pm)

Lemang, maklumat diperolehi menerusi laman web:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lemang secara online pada : 26 / 11 / 2012 (10:00pm)

Ketupat , maklumat diperolehi menerusi laman web :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketupat secara online pada : 26 / 11 / 2012 (10:10pm)

21