201403160205_700417025930 t1a1

24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF1503 TIAI PERMAINAN TRADISIONAL Nama : Rusna binti Husain Nombor Matrik: 700417025930001 No Kad Pengenalan: 700417-02-5930 Nombor telefon: 013-4233917 Alamat E-Mail:[email protected] 1

Upload: nurul-shuhada

Post on 18-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

permainan tradisional

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1503TIAI

PERMAINAN TRADISIONAL Nama : Rusna binti Husain Nombor Matrik: 700417025930001 No Kad Pengenalan: 700417-02-5930 Nombor telefon: 013-4233917 Alamat E-Mail:[email protected] Nama Pensyarah: Saidil Mazlan bin Abdul Razak Pusat Pembelajaran Wilayah Utara Sungai PetaniSemester Januari 2014 Isi kandunganBil Isi kandungan Muka surat

1. Pengenalan 3 - 42. Jenis-jenis Permainan Trdisional Yang Terdapat

Dalam Masyrakat Berbilang Kaum Di Malaysia 4 - 11 3. Kelebihan Dan Manfaat Penganjuran Pertandingan

Tradisional 12

4. Usaha-usaha Mempopularkan Pertandingan Tradisional 12 - 16 5. Kesimpulan 16Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum serta mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Sehubungan dengan itu kebudayaan ini telah disatukan menjadi kebudayaan yang unik kerana hampir setiapa keturunan mempunyai adat sehingga menbentuk kebudayaan masing-masing.Ikatan itu terus diperkukuhkan dan dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan hiburan. Lantaran resam yang demikian yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.Pada zaman moden ini,ada diantara permainan tradisional tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek sahaja.Walaubagaimanapun ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak- kanak sehingga hari ini.Di antara permainan itu ialah congkak,wau, batu seremban, sepak raga, gasing dal lain-lain lagi.

Tujuan masyarakat bermain permainan tradisional.

Permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Di antara tujuan masyarakat bermain permainan tradisional ini ialah untuk mengisi masa lapang. Oleh sebab rakyat Malaysia berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang.Di samping itu,ianya juga dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni tanpa mengira warna kulit maupun agama.Selain itu pada masa kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita.Yang diluar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di Malaysia hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa Melayu sambil menyelam, minum air.Hal ini sekali gus dapat menjana pendapatan negara malalui industri pelancongan yang semakin meningkat.Berikutnya ialah permainan tradisionl merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini kerana kita dapat mematangkanpemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tradisional. Sebagai contoh, permainan congkah dapat mengiji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam rumah dan kampung pada papan juga. Akhir sekali, ianya juga dapat memupuk dan menyemai nilai- nilai murni dalam kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar.Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawabersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Antara jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah:1. Jenis-jenis permaina tradisional masyarakat Melayu. i. Sepak raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.ii. Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.iii. Permainan gasing

Gasing popular di pantai Timur Semananjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak- kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dimainkan. Gasing dimainkan dengan dua cara,iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannnya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak.Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atad dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnyam menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing pinang boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambulnya direnggut.

iv)Permaiana wau

Permainan wau juga dikenali dengan layang-layang . Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung . Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15 . Wau masih digemari dan dimainkan dikawasan-kawasan seperti Kelantan , Terengganu , Kedah dan Perlis .

Wau dicipta dalam berbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung , wau pari , wau katak , wau bayan , wau merak , wau kucing , wau jala budi , wau lenggang kebayan , wau sewah dan wau barat . Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang melayu . Reka corak diasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna . Selain dijadikan bahan permainan , wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding . Cara bermain

Pada kebiasannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali . Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara . Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu . v. Permainan congkak

Permainan congkak ialah sejenis permainan melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak . permainan ini memerlukan dua orang pemai . Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak . Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak , lubang-lubangnya dibuat diatas tanah . Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca , buah getah , biji saga , batu-batu krcil dan sebagainya . Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja . Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil kampung . Terdapat dua lubang besar disetiap hujung papan congkak . lubang ini dipanggil rumah .Cara-cara bemaina)Permainan ini dimulakan serantak dengan memasukkan sebiji buah ke dalam setiapkampung sendiri dan seterusnya masuk kedalam rumah . Seterusnya buah hendaklah dimasukkan ke dalam kampung lawannya .Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati .

b)Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah , maka ia boleh meneruskan permainan .

c)Jika ia mati di kampung sendiri , bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah , ia berhak mengambil buah lawannya itu .

d)Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah , maka ia mati dalam kerugian .

e)Diakhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing . mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju kearah rumah masing-masing . sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah .

2. Jenis-jenis permainan tradisional masyarakat Cina.

i. Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.ii. Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.iii. Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.iv. Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.3. Jenis-jenis permainan tradisional masyarakat India

i.Kho- kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.ii. Kabadi

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.Kelebihan dan manfaat penganjuran pertandingan permainan tradisional.

Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan. Permainan tradisionaltelah diwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih seperti permainan video dan komputer. Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya, kita dapat mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional pada waktu petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktu persekolahan dengan bermain permainan ini. Seterusnya, permainan tradisional dapa menegeratkan perhubungan antara satu sama lain. Kita boleh bermain permainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat. Bermain permainan tradisional juga menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan para pemainnya. Bermain permainan tradisional merupakan hiburan yang menarik. Kita tidak memerlukan peralatan yang mahal atau kawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi, permainan tradisional memberikan kita keseronokan tanpa perlu berbelanja besar. Selain itu, permainan teradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara.Pada kebiasaannya, pelancong yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia.Sebagai contoh,permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa.Secara eksplisitnya,permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara.Jusretu itu permainan tradisional membawa keuntungan yang ketara dalam sector perlancongan di Malaysia. Akhir sekali, permainan tradisional dapat memupuk nilai tradisi dalam kalangan generasi masa kini. Kita hendaklah menghargai warisan budaya ini kerana permainan tradisional dapat membentuk generasi yang berpekerti mulia.Permainan tradisional banyak memberi manfaat kepada rakyat mahupun negara sesungguhnya permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturrahim antara generasi dulu dan kini. Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini.Walaupun kini permainan moden bagai cendawan tumbuh lepas hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana tak kenal maka tak cinta.Usaha-usaha mempopularkan Permainan Tradisional

Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah kita membiarkan anak watan berterusan meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!KesimpulanKemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang.PAGE 1