syarat & peraturan am futsal lelaki sukan pihak … · syarat & peraturan am futsal lelaki...

7
MUKTAMAD (26 September 2019) SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA 2019) 1. NAMA KEJOHANAN : 1.1 Kejohanan ini dinamakan KEJOHAHAN FUTSAL LELAKI SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA). 1.2 Tarikh kejohanan : 14 16 November 2019 ( Khamis Sabtu) 1.3 Tempat kejohanan : Sportizza Futsal Arena, Seksyen 16 Shah Alam & Telok Gadong Klang. 1.4 Masa : 9.00 pagi 9.00 malam 2. UNDANG-UNDANG /PERATURAN : Semua perlawanan adalah mengikut Undang-Undang pertandingan Futsal yang digunapakai semasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Peraturan Umum Sukan MALA 2019. 3. PENYERTAAN 3.1 Penyertaan terbuka kepada semua ahli Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja. Pasukan gabungan PBT adalah TIDAK DIBENARKAN. 3.2 Penyertaan adalah terhad kepada 40 pasukan terawal mengesahkan pendaftaran sahaja. Pasukan yang telah menjelaskan yuran penyertaan adalah diberikan keutamaan. 3.3 Setiap PBT dibenarkan untuk mendaftar satu (1) pasukan sahaja. Walaubagaimanapun, pihak penganjur berhak menerima penyertaan tambahan pasukan selepas tarikh tutup sekiranya masih terdapat kekosongan. 3.4 Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Pemain yang disediakan dan diisikan dengan lengkap dan kemas. 3.5 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar dan menurunkan hanya seorang (1) pemain yang mewakili Negara/Kebangsaan dalam setiap perlawanan. Pemain tersebut adalah dikategorikan mewakili Negara/Kebangsaan dalam mana-mana acara seperti Sukan SEA/ASIA/KOMANWEL/OLIMPIK/DUNIA sahaja.

Upload: others

Post on 12-Jan-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK … · SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA 2019) 1. ... mengemukakan laporan

MUKTAMAD (26 September 2019)

SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI

SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019

(SUKAN MALA 2019)

1. NAMA KEJOHANAN :

1.1 Kejohanan ini dinamakan KEJOHAHAN FUTSAL LELAKI SUKAN

KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA).

1.2 Tarikh kejohanan : 14 – 16 November 2019 ( Khamis – Sabtu)

1.3 Tempat kejohanan :

Sportizza Futsal Arena, Seksyen 16 Shah Alam & Telok Gadong Klang.

1.4 Masa : 9.00 pagi – 9.00 malam

2. UNDANG-UNDANG /PERATURAN :

Semua perlawanan adalah mengikut Undang-Undang pertandingan Futsal

yang digunapakai semasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta

diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Peraturan Umum

Sukan MALA 2019.

3. PENYERTAAN

3.1 Penyertaan terbuka kepada semua ahli Persatuan Pihak Berkuasa

Tempatan Malaysia (MALA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

sahaja. Pasukan gabungan PBT adalah TIDAK DIBENARKAN.

3.2 Penyertaan adalah terhad kepada 40 pasukan terawal mengesahkan

pendaftaran sahaja. Pasukan yang telah menjelaskan yuran

penyertaan adalah diberikan keutamaan.

3.3 Setiap PBT dibenarkan untuk mendaftar satu (1) pasukan sahaja.

Walaubagaimanapun, pihak penganjur berhak menerima penyertaan

tambahan pasukan selepas tarikh tutup sekiranya masih terdapat

kekosongan.

3.4 Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Pemain

yang disediakan dan diisikan dengan lengkap dan kemas.

3.5 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar dan menurunkan hanya

seorang (1) pemain yang mewakili Negara/Kebangsaan dalam setiap

perlawanan. Pemain tersebut adalah dikategorikan mewakili

Negara/Kebangsaan dalam mana-mana acara seperti Sukan

SEA/ASIA/KOMANWEL/OLIMPIK/DUNIA sahaja.

Page 2: SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK … · SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA 2019) 1. ... mengemukakan laporan

MUKTAMAD (26 September 2019)

3.6 Setiap pasukan perlu mempunyai “seorang” (1) orang pemain Veteran

(berumur 40 Tahun dan keatas) dalam setiap perlawanan. Minima

pendaftaran pemain veteran adalah dua (2) orang.

3.7 Setiap Borang Pendaftaran Pemain hendaklah disahkan oleh pihak

yang dibenarkan iaitu DATUK BANDAR/TIMBALAN DATUK

BANDAR/YANG DIPERTUA/SETIAUSAHA/PENGARAH @KETUA

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN sahaja.

3.8 Kadar bayaran yuran penyertaan adalah seperti berikut :

a. Ahli MALA = RM 300.00

b. Bukan Ahli MALA = RM 500.00

3.9 Pembayaran hendaklah dibuat atas nama “KELAB REKREASI MBSA”

samada melalui tunai atau cek melalui nombor akaun bank 100990018099

AFFIN BANK Berhad. Resit bank in atau nombor cek hendaklah

dikemukakan kepada Urusetia sebagai rekod dan bukti pendaftaran.

Pengesahan pasukan hanya sah jika bayaran yuran telah dibuat.

4 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN :

4.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar maksima 15 orang iaitu 12

orang pemain (5 pemain dan 7 simpanan), seorang (1) Pengurus, seorang

(1) Jurulatih dan seorang (1) Fisioterapi. Pengurus dan Jurulatih boleh

didaftarkan sebagai pemain dan hendaklah berada dalam senarai pemain.

4.2 Syarat kelayakan status pemain yang didaftarkan adalah tertakluk kepada

Peraturan Umum yang ditetapkan Biro Sukan MALA. Pemain bertaraf

TETAP atau KONTRAK yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya

enam (6) bulan sebelum tarikh kejohanan.

4.3 Sebarang pertukaran atau penggantian pemain hendaklah dibuat sebelum

perlawanan pertama bermula. Sebarang pertukaran atau penggantian

nama pemain adalah TIDAK DIBENARKAN selepas itu.

4.4 Setiap pemain didaftarkan WAJIB melampirkan salinan dokumen

Penyata/Slip Gaji bagi tempoh minima 3 bulan (Mei, Jun dan Oktober) dan

Penyata KWSP (kakitangan KONTRAK) yang disahkan oleh Datuk

Bandar/YDP/Setiausaha/Pengarah Khidmat Pengurusan/Ketua Jabatan

Sumber Manusia sahaja. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan

yang tidak lengkap dan wang penyertaan akan dikembalikan.

4.5 Mana-mana pasukan yang dibuktikan mendaftarkan dan menurunkan

pemain yang bukan kakitangan PBT berkenaan (pemain import/luar) maka

penyertaan pasukan tersebut akan DIBATALKAN serta merta.

4.6 Semua pemain adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan berkaitan

yang berkuatkuasa. Biro Sukan MALA dan urusetia penganjur akan

mengemukakan laporan salah laku atau pelanggaran syarat umum dan

syarat acara yang ditetapkan kepada Ketua Jabatan PBT masing-masing.

Page 3: SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK … · SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA 2019) 1. ... mengemukakan laporan

MUKTAMAD (26 September 2019)

5 PAKAIAN

5.1 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 2 set jersi

yang berlainan warna dan bernombor.

5.2 Pakaian jersi hendaklah bernombor dibahagian belakang dan dibahagian

depan

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara liga diperingkat kumpulan dan dibahagikan kepada lapan (8) kumpulan. JOHAN DAN NAIB JOHAN setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua.

6.2 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi penentuan Juara kumpulan adalah seperti berikut :

Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata

6.3 Selesai perlawanan liga kumpulan, DUA (2) pasukan yang mempunyai mata yang tinggi setiap kumpulan akan layak ke peringkat pusingan kedua. Jika pungutan mata adalah sama, maka penentuan adalah seperti berikut :

a. Perbezaan gol terbanyak b. Jaringan gol terbanyak c. Bolos terendah d. Keputusan perlawanan terdahulu antara kedua pasukan, e. Jika masih seri, maka Biro Sukan MALA akan menentukan

keputusan dan keputusan tersebut adalah muktamad.

6.4 Masa perlawanan adalah seperti berikut :

a. Peringkat Liga Kumpulan = 7 min + 1 min + 7 min b. Peringkat suku akhir dan separuh akhir = 10 min + 2 minit + 10 min c. Peringkat akhir = 10 min + 2 min + 10 min d. Masa perlawanan adalah mengikut system “running time”

6.5 Setiap pasukan dibenarkan untuk meminta satu (1) “time out”selama 1 minit disetiap separuh masa dengan peraturan berikut :

a. Permintaan boleh dibuat pada bila-bila masa (setiap separuh masa) tetapi hanya boleh berbuat demikian apabila bola dibawah kawalan pasukannya.

b. Penjaga masa/pengadil akan memberi syarat kebenaran perhentian masa ketika bola berada diluar permainan.

c. Bila perhentian masa diberi, pemain-pemain boleh berkumpul didalam gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan daripada jurulatih pasukan, ia hendaklah dilakukan digarisan tepi gelanggang berhadapan dengan bangku simpanan pasukan. Pasukan yang tidak meminta perhentian masa diseparuh masa pertama, TIDAK BOLEH membawanya kehadapan diseparuh masa kedua.

Page 4: SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK … · SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA 2019) 1. ... mengemukakan laporan

MUKTAMAD (26 September 2019)

6.6 Bagi peringkat suku akhir dan seterusnya, tambahan masa perlawanan jika keputusan masa perlawanan sebenar seri adalah dijalankan selama lima (5) minit setiap separuh masa. Jika masih seri, maka tiga (3) sepakan penalty akan dijalankan dan jika keputusan tidak berubah maka, sepakan penalty “suddent death” akan diadakan sehingga ada pemenang.

6.7 Pemain yang menerima dua(2) kad kuning didalam pertandingan ini secara AUTOMATIK akan digantung satu perlawanan berikutnya.

6.8 Pemain yang dikenakan kad merah akan dikenakan perintah BUANG PADANG dan tidak dibenarkan bermain untuk dua (2) perlawanan berikutnya. Penyertaan pemain tersebut akan diputuskan oleh Biro Sukan MALA atau Jawatankuasa Penganjur.

6.9 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dan diikuti dengan kad merah dalam satu perlawanan akan secara AUTOMATIK digantung satu (1) perlawanan berikutnya.

6.10 Jadual perlawanan disediakan pihak penganjur dan sekiranya pasukan tidak berada didalam gelanggang perlawanan dua (2) minit selepas pengadil meniupkan wisel perlawanan maka pasukan yang gagal hadir akan dikira kalah dan pasukan lawan akan diberikan kemenangan. Pihak yang hadir akan mendapat kemenangan 3-0

6.11 Setiap pasukan hendaklah berada di tempat kejohanan 1 jam sebelum perlawanan bermula.

7. PERTUKARAN PEMAIN : 7.1 Pengurus Pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain

kepada urusetia kejohanan 30 minit sebelum perlawanan di mulakan.

7.2 Bilangan gantian pemain semasa permainan adalah tidak terhad. Seorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula bermain sebagai pengganti kepada pemain lain menggunakan sistem pertukaran pemain “Flying Substitution”.

7.3 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian mestilah berada dikawasan tempat duduk pemain simpanan yang disediakan.

7.4 Pemain veteran hanya boleh ditukarkan dengan pemain veteran sahaja. Pemain veteran akan ditandakan dengan memakai bib/tanda yang disediakan penganjur.

8. MENARIK DIRI 8.1 Pasukan yang menarik diri akan diberikan kosong (0) mata dan

pasukan pemenang akan diberikan tiga (3) mata dengan jaringan (3-0)

9. BANTAHAN : 9.1 Semua bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan

kepada urusetia tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan berkenaan beserta bukti-bukti bagi penelitian Jawatankuasa Bantahan.

9.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00. Jika bantahan diterima dan benar, maka RM150.00 bayaran bantahan tersebut akan dikembalikan manakala jika bantahan ditolak dan tidak benar maka wang bantahan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

Page 5: SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK … · SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA 2019) 1. ... mengemukakan laporan

MUKTAMAD (26 September 2019)

9.3 Sebarang bantahan hanya boleh di kemukakan pada Mesyuarat Pengurus, perlawanan pusingan awal dan pusingan kedua sahaja. Bantahan yang dikemukakan pada peringkat suku akhir dan seterusnya TIDAK DIBENARKAN.

9.4 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan adalah seperti berikut : a. 1 orang Jawatankuasa Penganjur atau Tuan Rumah b. 1 orang wakil Biro Sukan MALA atau Jawatankuasa Eksekutif c. 1 orang wakil Teknikal atau Ketua Pengadil d. 2 orang wakil pasukan berkecuali.

9.5 Jawatakuasa Bantahan berhak menaggil pegawai/pemain/pengadil/pegawai bertugas atau mana-mana individu terlibat sekiranya perlu bagi membantu siasatan tersebut.

9.6 Sebarang keputusan oleh Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

10. KEADAAN LUAR JANGKA Jika terdapat sebarang situasi atau keadaan yang diluar jangka, maka keputusan dan tindakan hendaklah dirujuk kepada Biro Sukan MALA atau Jawatankuasa Eksekutif MALA.

11. URUSAN DAN PERTANYAAN LANJUT :

11.1 Mesyuarat Pengurus dan sesi cabutan undian kumpulan akan diadakan pada 13 November 2019 (Rabu) jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat Renantanda , Tingkat 1, Lif B, Wisma MBSA, 40000 Shah Alam.

11.3 Untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan pendaftaran hendaklah

menghubungi urusetia seperti berikut :

a. En Saiful Faizal Bin Bahari :012– 287 8417 / [email protected] b. En Zuhaili : 013-6948777 c. En. Zakaria Nor Bin Md Yusof : 017 – 648 3401

11.4 Tarikh tutup penyertaan/pengesahan penyertaan adalah pada atau

sebelum 25 OKTOBER 2019 (JUMAAT). Walaubagaimanapun Jawatankuasa Kejohanan akan memberi keutamaan kepada pasukan yang telah membuat pembayaran yuran dan mengemukakan Borang Pendaftaran Pemain serta dokumen sokongan yang ditetapkan dengan lengkap.

Page 6: SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK … · SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA 2019) 1. ... mengemukakan laporan

MUKTAMAD (26 September 2019)

KEJOHANAN FUTSAL LELAKI SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA

(SUKAN MALA) TAHUN 2019

YURAN PENYERTAAN :

YURAN PENYERTAAN AHLI BUKAN AHLI

Yuran

RM 300.00

RM 500.00

HADIAH PEMENANG :

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN / SESI CABUTAN UNDI:

Tarikh : 13 November 2019 (Rabu), jam 8.30 malam. Tempat : Bilik Mesyuarat Renantanda,Tingkat 3, Lif B,

Wisma MBSA, Pesiaran Perbandaran 40000 Shah Alam

URUSETIA KEJOHANAN :

Seksyen Belia & Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Penyelaras : Encik Saiful Faizal – 012-287 8417 Urusetia : Encik Zakaria Nor – 017 - 648 3401

: Encik Zuhaili – 013 – 694 8777

No.Fax: 03 - 5513 8513

Kategori Lelaki Terbuka

JOHAN Wang Tunai RM 2,000.00 + Piala Iringan + Medal

NAIB JOHAN Wang Tunai RM 1,500.00 + Medal

KETIGA Wang Tunai RM 1,000.00 + Medal

KEEMPAT Wang Tunai RM 500.00 + Medal

Page 7: SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK … · SYARAT & PERATURAN AM FUTSAL LELAKI SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2019 (SUKAN MALA 2019) 1. ... mengemukakan laporan

MUKTAMAD (26 September 2019)

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN FUTSAL (LELAKI) SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA

(SUKAN MALA) TAHUN 2019

TARIKH : 14 – 16 NOVEMBER 2019 (KHAMIS - SABTU) TEMPAT : SPORTIZZA FUTSAL ARENA, SEKSYEN 16, SHAH ALAM

& TELOK GADONG, KLANG

NAMA PASUKAN : ……………………………………………………………………………………………….

NAMA PENGURUS : ……………………………………………… NO. H/P :………………………………..

NAMA JURULATIH : ………………………………………………. NO. H/P :………………………………..

PEGAWAI FISIOTERAPI : ………………………………………….. NO.H/P : ………………………………..

PENGESAHAN PENGURUS PASUKAN / PEMAIN

Kami memahami semua syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Kami juga bersetuju

bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini

seperti kecederaan, kemalangan atau kematian sebelum, semasa mahupun selepas kejohanan

berlangsung.

T/ Tangan Pengurus Pasukan :

……………………………….…

Nama :

BIL NAMA PEMAIN NO K/P NO. KWSP/TETAP

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

PENGESAHAN MAJIKAN :

-----------------------------------------------------------------------------

(Datuk Bandar/Setiausaha/Pengarah Khidmat Pengurusan)