kertas kerja futsal dam

Download Kertas Kerja Futsal DAM

Post on 30-Nov-2015

86 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGANPENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL

Tarikh1September 2012

TempatGelanggang Futsal Senadin

AnjuranDAMPersatuan Dayak Miri

KERTAS CADANGANPENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSALANJURAN DAM (Persatuan Dayak Miri)TAHUN 2012

1. TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk memohon ahli Mesyuarat Majlis tertinggi DAM mempertimbang dan meluluskan cadangan bagi menjayakan Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Futsal 2012 Sempena Hari 1Malaysia.

2. LATAR BELAKANG

2.1Pertandingan Futsal 2010 Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur akan dijalankan pada 7 Mac 2010 dan diadakan di gelanggang Futsal IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

2.2Pertandingan Futsal 2010 merupakan sebuah program bercorak pertandingan yang menggunakan sukan futsal sebagai mediumnya. Futsal adalah salah satu sukan rekreasi yang sihat dan memerlukan kemahiran dan strategi yang kemas semasa bermain. Di samping itu, ia dapat melatih pemain menjadi lebih berani dan berjiwa tegar. Semangat berpasukan sangat penting dalam permainan futsal ini bagi mengorak langkah kemenangan bersama. Oleh itu, pertandingan futsal ini diharapkan dapat menerapkan nilai semangat berpasukan dalam setiap diri peserta.2.3Program yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh PISMP 5E ini juga diadakan bertujuan menggalakkan para pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang mencabar di samping menguji minda selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan sendiri iaitu untuk melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah dari segi kokurikulum.

3. ASAS PERTIMBANGAN

3.1Pertandingan ini dijalankan untuk memenuhi jam kredit dalam proforma Pendidikan Jasmani bagi pelajar PISMP IPG Semester 5.

3.2Program ini dianjurkan bertujuan untuk :3.2.1Melahirkan bakal pendidik keluaran IPG Kampus Bahasa Melayu yang unggul dengan melengkapkan mereka dengan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal.3.2.2 Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu melalui aktiviti rekreasi yang menyihatkan.3.2.3 Mengetengahkan dan memperkenalkan sukan futsal dengan lebih dekat kepada para pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.

4. STRATEGI PERLAKSANAAN

4.1TARIKH7 Mac 2010 (Ahad)

4.2MASA8.00 pagi hingga 4.00 petang

4.3TEMPATGelanggang Futsal, IPG Kampus Bahasa Melayu

4.4ANJURANPISMP-IPG 5E dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

4.4JAWATANKUASA PENGELOLARujuk Lampiran I

4.5SENARAI TUGASRujuk Lampiran ll

4.6PERATURAN PERTANDINGANRujuk Lampiran lll

4.7PENYERTAAN DAN MAKLUMAT PESERTAProgram ini melibatkan 8 kumpulan yang akan bertanding di mana setiap kumpulan diwakili 7 orang pemain. Oleh itu, sasaran penyertaan adalah seramai 56 orang.

4.8ATURCARA PROGRAMRujuk Lampiran IV

4.9JADUAL PERTANDINGANRujuk Lampiran V

5. IMPLIKASI

5.1 Pertandingan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM516.50.Rujuk Lampiran Vl

6. SYOR

Ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPG Kampus Bahasa Melayu adalah dimohon mempertimbangkan dan meluluskan Kertas Cadangan Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Futsal Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu anjuran PISMP IPG 5E.

Disediakan oleh,

..( KHAIRUNNISA MOHD HANIFIAH )Setiausaha,Pengurusan dan PengelolaanPertandingan Futsal 2010Anjuran PISMP 5E IPG Kampus Bahasa Melayu

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN FUTSAL 2010 ANJURAN PISMP 5E

Pengerusi: Mohamad Firdaus bin BakriSetiausaha:Khairunnisa binti Mohd HanifiahBendahari:Anas bin Abdul Aziz Ahli Jawatankuasa:Peralatan:Mohamad Syukri bin Zainuddin (Ketua)Abdul Hadi bin Muhamad AzmiNur Amalina binti HamzahNoor Syamilah binti Md Maliki

Pertandingan:Mohd Ashraf Ikhwan bin Rosli (Ketua)Azrizal Bin ZainiZainab binti ZahariNajwa binti Mohd Rozmi

Seranta dan Siaraya:Mohd Idham bin Ibrahim (Ketua)Izhar Raihan bin Mohd YazidMohd Hafiz bin Zakaria

Hadiah dan Tajaan:Siti Salwa binti Ismail (Ketua)Norfarehan binti FadzinLaporan dan Dokumentasi:Afifah binti Mohd Rosli (Ketua)Mohamad Syukri bin IshakNorkairil Fadzillah binti Ibrahim

Tugas-tugas Khas:Youhan bin Yon (Ketua)Nurhaslina binti HasnanKeselamatan:Azmil Fazrul bin Ahmad Puad (Ketua)Siti Maslizawati binti ZakariaMuhamad Naim bin Roslee

Makanan:Julia binti Ehmawai (Ketua)Norlinda binti Ramli

LAMPIRAN 2

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN PISMP 5E

JAWATANKUASABIDANG TUGAS

PENGERUSI Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya. Bertangungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan lancar. Memastikan semua AJK telah melapor untuk bertugas Membuat keputusan dan menentukan perjalanan program

SETIAUSAHA Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program Menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat

BENDAHARI Mencadang yuran ahli dan memungutnya Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada setiap jawatankuasa Merekodkan semua wang keluar dan masuk Mengumpulkan semua resit-resit pembelian. Menyediakan akaun yang lengkap Mengeluarkan wang pendahuluan Membuat bayaran terhadap tanggungan / perbelanjaan Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap mengenai perbelanjaan yang digunakan

PERALATAN Memohon / menerima / mengumpul segala peralatan dari semua AJK Membuat pinjaman peralatan dari stor sukan Menyediakan senarai semak peralatan. Mempastikan barang pinjaman selamat samada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Agihan pengawasan kepada kumpulan tertentu jika perlu. Menyediakan borang semakan penerimaan dan penghantaran supaya kerja pengurusan dapat dikemaskinikan. Menghantar balik pinjaman pada masa yang ditetapkan Mengenalpasti alatan yang rosak / perlu diganti atau dibaiki. Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas pertandingan

PERTANDINGANKepegawaian Pengadil Format pertandingan Undang-undangPenyelia peserta Mencari dan menetapkan pesertaUrusetia pertandingan Pemarkahan dan sebarang urusan lainTeknikal Penyediaan tempat dan penyelenggaraanMenyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti

SERANTA & SIARAYA Menentukan alat keperluan siaraya dalam keadaan baik Mengawal sistem siaraya sepanjang pertandingan Menyimpan semula alat-alat yang telah digunakan selepas pertandingan Menyediakan backup sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada alatan Menyedia dan memasang banner Pertandingan Futsal Menghebahkan aktiviti kepada umum melalui laman web, hand out/menampal maklumat tentang aktiviti. Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti

HADIAH & SIJIL Menentukan cenderamata Menentukan anggaran perbelanjaan dan mengenalpasti penerima hadiah Menentukan bilangan hadiah /sijil yang diperlukan dan membuat persiapan awal Mencari tajaan & membuat surat untuk penaja Menyenarai dan menyusun hadiah mengikut kategori Menyedia dan menghias meja hadiah Menyusun dan menyampaikan hadiah pada pemenang Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti

LAPORAN & DOKUMENTASI/BUKU PROGRAM Mendapatkan laporan bagi setiap AJK dalam bentuk hard copy dan soft copy. Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir Laporan hendaklah disemak oleh setiausaha sebelum dibukukan. Menyediakan buku dan tentatif program serta senarai nama peserta. Menyediakanlaporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti

TUGAS-TUGAS KHAS/KEBERSIHAN Menyelenggara dan membantu Biro Aktiviti dan Kebajikan. Memastikan kebersihan kawasan pertandingan sebelum, semasa dan selepas pertandingaan Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti

KESELAMATAN Memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang pertandingan Memberikan bantuan keselamatan /pertolongan cemas apabila diperlukan Menyediakan perkhidmatan rawatan di tempat pertandingan Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti

MAKANAN Membuat anggaran perbelanjaan untuk makanan. Menguruskan penyediaan dan tempahan makanan dan minuman peserta. Menyediakan jamuan kecilan setiap kali mesyuarat. Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti

LAMPIRAN 3

UNDANG-UNDANG DAN PERATURANPERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN PISMP 5E 2010

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. (Rujuk Lampiran 1)

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Tertutup Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu anjuran PISMP 5E.

2.1.2Keseluruhan Pertandingan ini akan diadili oleh wakil pelajar PISMP semester 5 sebagai pengadil jemputan dan mempunyai pengalaman dalam bidang pengadilan.

2.2TARIKH DAN TEMPAT2.2.1Kejohanan ini akan diadakan pada 7HB MAC 2010 bertempat di Gelanggang Futsal Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. 2.2.2Taklimat dan undian akan diadakan pada 4HB MAC DI KELAS TINGKAT BAWAH ASRAMA BUKIT PANTAI