presentation futsal

Download Presentation FUTSAL

Post on 26-Jun-2015

1.460 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

DI SEDIAKAN OLEH : NORAIDAWATI BINTI NOORZALI UNIT PRASEKOLAH KDPM/KEMAS MEI 2008

PENGENALAN Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalam dewan yang terletak di bawah seliaan badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fdration Internationale de Football Association (FIFA)

Perkataan Futsal berasal daripada bahasa Portugis futebol de salo, dan bahasa Sepanyol ftbol de saln bermaksud bola sepak dalam dewan.

Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan

SEJARAH FUTSALy Futsal dicipta di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan

Carlos Cerianiy Kejohanan antarabangsa pertama pada tahun 1965, Piala Amerika

Selatan pertama dimenangi Paraguay . Enam kejohanan Piala Amerika Selatan berikutnya diadakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu bersih oleh Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama pada tahun 1980 dan menang lagi pada kejohanan berikutnya pada tahun 1984.y Kejohanan Dunia Futsal pertama diadakan di Sao Paulo, Brazil,

pada tahun 1982, juga dijuarai Brazil. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejohanan Dunia ke-2 tahun 1985 di Sepanyol, tetapi akhirnya tewas kepada Paraguay dalam Kejohanan Dunia ke3 tahun 1988 di Australia.

FUTSAL DI MALAYSIAy Di Malaysia, kehangatan futsal mula menular hanya sejak 5

tahun kebelakangan ini di mana semakin banyak gelanggang futsal dibina di seluruh negara.y Antara kejohanan yang popular adalah Karnival Futsal I-Metro

anjuran akhbar Harian Metro, yang dianjurkan hingga ke peringkat kebangsaan.y Malaysia telah mencadangkan untuk menubuhkan Liga Futsal

Kebangsaan. Diharap semoga FAM segera merealisasikan penubuhan Liga Futsal Kebangsaan untuk menyemarakkan lagi perkembangan sukan futsal di Malaysia.

KEMAHIRAN ASASy MENENDANG BOLAy y

Tendangan leret Tendangan Jauh / Lambung

y HANTARAN BOLA

Terdapat 3 teknik asas hantaran bola leret iaitu hantaran bahagian dalam kaki, hantaran bahagian luar kaki dan kekura kaki. Pilihan teknik anda bergantung kepada keadaan dan situasi permainan.y Hantaran bahagian dalam kaki y Hantaran bahagian luar kaki y Hantaran dengan kekura kaki

y MENGGELECEKy Menggelecek membantu anda mengekalkan penguasaaan

bola apabila anda melepasi pemain lawan atau ketika anda masuk ke ruang terbuka. Anda boleh menggunakan pelbagai permukaan kaki anda (dalam, luar, kekura,tapak) untuk mengawal bola semasa menggelecek. Dalam keadaan sebenar menggelecek boleh dianggap sebagai satu seni dan bukannya satu kemahiran. Anda boleh membentuk gaya anda sendiri, mencorakkan pergerakan anda, yang pentingnya ia mencapai matlamat asas mengalahkan pemain lawan semasa menguasai bola.

y MENERIMA DAN MENGAWAL BOLA

Menerima bola dengan teknik yang betul adalah salah satu kemahiran asas yang penting bagi pemain futsal dan bola sepak, ini kerana penguasaan bola hasil daripada kemahiran ini dapat membentuk satu rangkaian yang menghubungkan kelimalima pemain dalam satu pasukan. y Menerima Bola Leret y Menerima bola dengan bahagian dalam kaki y Menerima Bola dengan bahagian luar kaki

y MENJAGA GOL

Seorang penjaga gol yang baik berkemampuan dalam pelbagai kemahiran sebagai penjaga gol. Kemahiran yang kompeks sebagai penjaga gol termasuklah dirian asas, ini biasa di kenali sebagai kedudukan bersedia, bagaimana teknik menerima bola rendah, sederhana tinggi, paras dada dan bola tinggi,teknik menerkam , teknik menerima bola leret, lontaran, tendangan lantun atau tendangan bola yang jatuh ke bawah.

GELANGGANGy Gelanggangy Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar y y y y

y

gelanggang bola balingan dan boleh disesuaikan. Ukuran: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m Gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m Garis penalti: 6 m dari titik tengah garis gawang Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan. Garis penalti kedua: 10 m dari titik tengah garis gawang

PERALATANy Bola Futsaly Dibuat dari kulit atau bahan sinteti y Saiz 4 untuk dewasa y Saiz 3 untuk junior y Ukur Lilit 62-64 m y Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 440 gms y Ciri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa

y Pakaiany Pemain harus memakai jersi bernombor dari nombor 1

hingga 15 dan berlengan.

y Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)y Kasut Futsal disebut juga Futsalor, Tapaknya dibuat daripada

bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat.y Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung

kasut.y Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain

untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.y Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada

jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah.

GELANGGANG

UNDANG-UNDANG DAN PERATURANy Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30% y 5 pemain y Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil flying y Sepakan ke dalam y Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa y y y y y

yang sama Masa dijaga oleh penjaga masa 20 minit separuh masa dengan 1 time-out untuk setiap pasukan setiap separuh masa Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw) Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle) Peraturan 4 saat untuk mula main

y 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan

barisan wally Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar

balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.y Hanya sekali tolak balik atau backpass dibenarkan

iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.y Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit

atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.