nota futsal part 2

Download Nota Futsal part 2

Post on 17-Aug-2015

30 views

Category:

Sports

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  1. 1. FUTSAL Tektikal dan Teknikal permainan Mohd Khuzairi Bin Manshor
  2. 2. Isi kandungan BILANGAN PEMAIN PENGADIL, PENGADIL KE DUA, PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA JANGKA MASA PERMAINAN MEMULAKAN PERMAINAN BOLA MASUK / BOLA KELUAR MENENTUKAN JARINGAN KESALAHAN UTAMA, KAD KUNING DAN KAD MERAH PERATURAN BUANG PADANG JENIS-JENIS TENDANGAN TEKNIK-TEKNIK DALAM FUTSAL POLA PERMAINAN khuzairi@uniten.edu.my
  3. 3. BILANGAN PEMAIN Setiap pasukan tidak boleh melebihi LIMA(5) pemain. Seorang daripadanya mesti menjadi penjaga gol. Penggantian tidak lebih 7 orang. Tiada had penggantian dan penggantian mesti melalui zonnya. Pemain diganti mesti keluar sebelum pengganti boleh masuk ke gelanggang. Jika kesalahan berlaku pemain berkenaan diberi kad kuning. Jika pasukan mempunyai kurang dari 3 pemain, permainan ditangguhkan. khuzairi@uniten.edu.my
  4. 4. PENGADIL Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar. khuzairi@uniten.edu.my
  5. 5. PENGADIL KEDUA Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang bertentangan dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel. Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan. Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran undang-undang khuzairi@uniten.edu.my
  6. 6. PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik. Mereka ditempatkan di luar gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon penggantian. Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan. khuzairi@uniten.edu.my
  7. 7. JANGKA MASA PERMAINAN Dua separuh masa selama 20 minit dan masa rehat tidak melebihi 15 minit. Masa dijaga oleh penjaga masa dan masa boleh dilanjutkan. Masa time out adalah 1 minit setiap separuh masa. Time out dibenarkan apabila pasukan mempunyai hak bola dan pemain berada di dalam gelanggang. khuzairi@uniten.edu.my
  8. 8. Memulakan Permainan Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya. Pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pada separuh masa kedua perlawanan. Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang bertentangan. khuzairi@uniten.edu.my
  9. 9. Bola Masuk / Bola Keluar Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasantouchline dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasankawasantersebut. - Keseluruhan bola melintasi garisan tepi/gol - Permainan diberhentikan oleh pengadil - Bola terkena bumbung (sepakan ke dalam) Bola di dalam Permainan - Melantun dari tiang / palang gol - Melantun dari pengadil yang berada di dalam gelanggang permainan khuzairi@uniten.edu.my
  10. 10. MENENTUKAN JARINGAN Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol. Melainkan bola itu telah dilontar,dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oleh seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol. khuzairi@uniten.edu.my
  11. 11. Kesalahan utama Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut: a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan b. Membentes pemain lawan c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan d. Menyerang pemain lawan e. Menyerang pemain lawan dari belakang f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja g. Menolak pemain lawan h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja i. Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakan j. Memegang bola (kecuali penjaga gol) khuzairi@uniten.edu.my
  12. 12. Kesalahan kotak penalti Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti.Tendangan bebas tak langsung diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan a. Permainan yang bahaya b. Menghalang dengan sengaja c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh mana-mana pemain e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang kepadanya. f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke dalam dari rakan sepasukannya. g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari 4 saat. h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun disentuh oleh pemain lawan. khuzairi@uniten.edu.my
  13. 13. Kesalahan kad kuning Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di kawasan penalti. a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang. b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan. c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil. d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar. khuzairi@uniten.edu.my
  14. 14. Kesalahan kad merah Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut: a. Kesalahan permainan yang berat. b. Berkelakuan ganas c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning) e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidakprofessional f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan sengaja. khuzairi@uniten.edu.my
  15. 15. Peraturan Buang Padang Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil. khuzairi@uniten.edu.my
  16. 16. JENIS-JENIS SEPAKAN SEPAKAN PERCUMA Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus. Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh pemain lain. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat. khuzairi@uniten.edu.my
  17. 17. Sepakan Percuma Terus Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol dikira. Sepakan Percuma Tidak Terus Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol khuzairi@uniten.edu.my
  18. 18. Tendangan Penalti Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti. Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti. Masa hendaklahdilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan khuzairi@uniten.edu.my
  19. 19. Tendangan ke dalam Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam. khuzairi@uniten.edu.my
  20. 20. Penghantaran gol Hantaran gol ialah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari hantaran gol. Hantaran gol diberi apabila: - Keseluruhan bola melintasi garisan gol, setelah disentuh oleh pemain dari pasukan penyerang sama ada di udara atau di tanah, dan suatu gol tidak dijaringkan Prosedur bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya oleh penjaga gol pasukan bertahan pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling melepasi kawasan penalti tersebut. khuzairi@uniten.edu.my
  21. 21. Tendangan penjuru Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan sudut dibuat. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut. khuzairi@uniten.edu.my
  22. 22. Tendangan Penalti