pengenalan kepada futsal

Download pengenalan kepada futsal

Post on 17-Aug-2015

54 views

Category:

Sports

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  1. 1. FUTSAL Mohd Khuzairi Bin Manshor
  2. 2. Isi kandungan Sejarah dan Perkembangan Kejohanan Peralatan/Keperluan Perbezaan antara bola sepak dan futsal Pengelolaan pertandingan khuzairi@uniten.edu.my
  3. 3. Sejarah dan Perkembangan Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan. Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa khuzairi@uniten.edu.my
  4. 4. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri. Futsal dipopularkan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930 oleh Juan Carlos Ceriani. FUTSAL berasal dari perkataan fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup dalam bahasa Brazil) Sukan FUTSAL adalah permainan yang merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. khuzairi@uniten.edu.my
  5. 5. Ianya mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980- an di Brazil. Ketika itu, sukan bola sepak merupakan sukan yang dianggap sebagai satu ideologi dan dianggap sebagai Tuhan ke-2 ketika era tersebut. Bandar Rio De Janeiro di Brazil amat pesat membangun dengan kapasiti penduduk yang melebihi kadar kependudukan optimum Negara Brazil. Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. khuzairi@uniten.edu.my
  6. 6. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan menjuarainya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984. Kejuaraan Dunia Futsal yang pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia. khuzairi@uniten.edu.my
  7. 7. Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park,California. khuzairi@uniten.edu.my
  8. 8. Di Malaysia, Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang diketuai oleh Encik Jey Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama skuad futsal Malaysia ialah Encik Bhawandi Hiralal. Justeru, ramai penganjur kejohanan mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun bersifat terbuka. Perkembangan ini semakin meluas dengan penubuhan unit atau jawatankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Negeri. khuzairi@uniten.edu.my
  9. 9. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu perkembangan ini dengan membina gelanggang futsal di setiap parlimen seluruh Malaysia mulai tahun 2010. Permainan ini mula diminati terutamanya di Lembah Klang pada tahun 2001 apabilaSports Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, permainan ini terus berkembang dengan pesat di negeri-negeri lain sehingga kini selari dengan perkembangan Street Soccer. Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia.
  10. 10. Kejohanan Kejohanan varsiti futsal Kejohanan metro futsal SUKIPT MASUM Liga Futsal Kebangsaan khuzairi@uniten.edu.my
  11. 11. Peralatan/Keperluan Gelanggang futsal Bola Futsal Kasut Futsal Stokin Pakaian Penghadang Kaki Gawang Gol khuzairi@uniten.edu.my
  12. 12. Gelanggang futsal Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola baling dan boleh disesuaikan. Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik,alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan khuzairi@uniten.edu.my
  13. 13. Ukuran: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m Garis kawasan: garisan selebar 8 cm, iaitu garisan sentuh di tepi, garisan gol di hujung, dan garis melintang tengah gelanggang 3 m bulatan tengah. Zon penalti: luas berukuran 6 m dari setiap pos Garisan penalti: 6 m dari titik tengah garis gawang Garisan penalti kedua: 12 m dari titik tengah garis gawang Zon penggantian: luas 6 m (3 m pada setiap sisi garis tengah gelanggang). Gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m Permukaan gelanggang: halus, rata, dan tak abrasif khuzairi@uniten.edu.my
  14. 14. Gawang Gol Gawang harus ditempatkan pada bahagian tengah. Gawang terdiri dari dua tiang gawang (goal post) yang sama dari segi sudut dan dihubungkan dengan puncak tiang oleh palang gawang secara horizontal (cross bar). khuzairi@uniten.edu.my
  15. 15. Bola Futsal Dibuat dari kulit atau bahan sintetik Berbentuk sfera Size 4 untuk dewasa Size 3 untuk junior Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 440 gms. Ciri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa khuzairi@uniten.edu.my
  16. 16. Kasut Futsal Kasut Futsal disebut juga Futsalor, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat. Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut. khuzairi@uniten.edu.my
  17. 17. Pakaian Pakaian futsal mestilah sesuai dan ringan. Senang menyerap peluh. khuzairi@uniten.edu.my
  18. 18. Penghadang Kaki Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan. Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse danlain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah atau span dan bahan fabrik yang sesuai. khuzairi@uniten.edu.my
  19. 19. Glove(goalkeeper) Melindungi tangan dari tercedera Diperbuat dari getah dan kulit lembut sesuai dengan lantunan bola. khuzairi@uniten.edu.my
  20. 20. Perbezaan antara bola sepak dan futsal khuzairi@uniten.edu.my
  21. 21. khuzairi@uniten.edu.my
  22. 22. Pengelolaan pertandingan Pertandingan Kalah Mati Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta. Kelebihan Boleh dijalankan dalam masa yang singkat; Cepat memilih pemenang; Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad; seronok untuk ditonton; dan Penyertaan ramai. khuzairi@uniten.edu.my
  23. 23. Kelemahan Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik. Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain. Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). khuzairi@uniten.edu.my
  24. 24. khuzairi@uniten.edu.my Contoh jadual pertandingan kalah mati Contoh jadual pertandingan kalah mati bye
  25. 25. Sistem Pertandingan Liga Pertandingan Liga memberi peluang penyertaan yang maksimum untuk setiappasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap ahlidalam kumpulan pertandingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukanyanng bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar- benar baik. Sistem liga sesuai untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukanyang tidak begitu banyak kerana ianya memerlukan tempoh kejohanan yang panjang. khuzairi@uniten.edu.my
  26. 26. Dalam pertandingan Liga, penentuan pasukan-pasukan teratas atau pemenang akan mengikut susunan hirarki berikut:- Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak, (jika seri) Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak,( jika seri) Pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang terbanyak,( jika seri) Pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya,( jika seri) Jika seri, pasukan pemenang akan diputuskan oleh pihak penganjur dan keputusan ini adalah muktamad khuzairi@uniten.edu.my
  27. 27. khuzairi@uniten.edu.my Contoh Carta Keputusan Petandingan Liga Satu Pusingan
  28. 28. Sistem Pertandingan separa liga Pertandingan separuh liga diadakan dalam beberapa kumpulan secara liga pada peringkat awal dan dilaksanakan secara kalah mati pada peringkat separuh akhir/akhir .Johan dan naib johan setiap kumpulan akan bertemu di peringkat separuh akhir/akhir. khuzairi@uniten.edu.my
  29. 29. Q & A Section khuzairi@uniten.edu.my
  30. 30. Thank You khuzairi@uniten.edu.my