sukan futsal asat 2015

Upload: orizuka-onichi

Post on 10-Jan-2016

71 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

huhu

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH RENDAH ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2015

ANJURAN :SK KUALA ANNAU

1.0 PENGENALANFutsal 5 sebelah anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan satu kejohanan sukan Peringkat Negeri Sarawak yang melibatkan murid-murid asrama harian seluruh Negeri Sarawak. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat sukan daripada para pelajar disamping mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara bahagian-bahagian negeri Sarawak.Selain itu, kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk nilai-nilai mencintai dunia sukan futsal agar sukan ini mampu menaikkan nama negeri Sarawak apabila ingin menyertai kejohanan di luar.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk sifat kepimpinan berpasukan di samping tidak mengabaikan pelajaran dan akademik.

3.0 OBJEKTIF Objeftif program ini adalah bertujuan untuk :

3.1 Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara murid-murid.3.2 Melahirkan murid yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan futsal.3.3 Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri.3.4 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid.

4.0 TEMPAT / MASA Tempat : Gelanggang Futsal Balai Polis Tatau Tarikh : 7 Oktober 2015 ( Rabu ) Masa : 8.00 pagi 5.00 petang

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid sekolah rendah asrama harian Negeri Sarawak.

6.0 JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN

PENASIHAT : Encik Mohadi Bin Mobin (PPD Tatau)PENGERUSI : Encik Mohd. Nur Farhan Bin Abdullah ( GB SK Kuala Annau)NAIB PENGERUSI : Encik Abu Bakri Bin Mohamad Kamal Encik Parin Anak Linting Pn. Veronica Payung UsinSETIAUSAHA : Ustaz Musab Bin Mohd. SodekBENDAHARI : Cik Norhazwani Husna TEKNIKAL : En. Zainie Bin Adeni (SK Kuala Serupai)PENDAFTARAN : Encik Izam Bin Abu Bakar Cik Fairuznur Hanani Binti AmbriPERSIAPAN PADANG : Encik Abu Bakri Bin Mohamad Kamal Encik Azmi Bin KajanPERALATAN : Encik Timothy Dylan Ak. Frankie Encik Lengkang TetPENJAGA MASA : En. Izam Bin Abu Bakar Ustaz Musab Bin Mohd. SodekKEPUTUSAN RASMI : Cik Nik Nurul Ain Pn. Wati PiniKEBERSIHAN : Pn. Bong Chiew Lee Pn. Loly Buga Pn. Jazilah Binti JamalulinDEKOMENTASI : Pn. Yayahty Ejah Ak. Tan

7.0 PERATURAN

7.1 PERATURAN UMUM Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan MSSS yang ditetapkan oleh Unit Sukan, JPNS. 7.2 PERATURAN TAMBAHAN Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan ASAT. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

7.3 KELAYAKKAN PERMAIN 7.3.1 Seseorang pemain yang terdiri daripada pelajar asrama harian layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 7.3.2Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan sebelum sesebuah pasukan itu turun bermain adalah salah satu di antara berikut :- 7.3.2.1 Kad Pengenalan Asal7.3.2.2 Salinan Sijil Lahir yang telah Disahkan

7.4 PENDAFTARAN PERMAIN 7.4.1 Setiap Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar 1 pasukan dan setiap pasukan hendaklah mengandungi tidak lebih dari 8 orang pemain termasuk pemain simpanan.

7.4.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

7.4.3 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa menyurat Pengurus. pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum pertandingan.

7.4.4 Jumlah pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawanan ialah 5 orang.Pasukan yang bermain kurang daripada 5 orang pemain dalam sesuatu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan dikira kalah. Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di atas padang akan diberi kemenangan percuma dengan jumlah jaringan 3-0.

7.4.5 Tiga (3) orang pemain gantian dibenarkan untuk ditukarkan pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan. Pemain yang telah diganti dibenarkan bermain semula di dalam perlawanan yang sama (`rolling subtitle).

7.5 CARA PERTANDINGAN 7.5.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga, pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri 1 mata dan kalah tidak diberikan sebarang mata. 7.5.2 Jika berlaku keputusan seri dari segi pengiraan markah, maka jumlah jaringan akan diambil kira.

7.6 PEMAIN YANG DIBERI AMARAN / BUANG PADANG 7.6.1 Mana-mana pemain yang menerima dua amaran bertulis (kad kuning) dalam masa perlawanan/kejohanan, adalah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran bertulis kedua.

7.6.2 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang (kad merah) akan digantung dua perlawanan.

7.6.3 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata atau menunjukkan isyarat-isyarat tidaktertib dengan tidak mengira beliau menerima amaran bertulis sebelum ini atau tidak, akan digantung tiga perlawanan.

7.6.4 Mana-mana pemain yang didapati menyerang Pengadil atau pemain-pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini. Beliau akan tampil kehadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan tatatertib yang sewajarnya. Keputusan Jawatankuasa Tatatertib bersabit dengan kesalahan ini akan dipanjangkan kepada Yang Di Pertua Majlis Sukan/Jawatankuasa ASAT Negeri (yang beliau wakili) dan untuk tindakan selanjutnya.

7.6.5 Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan di luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap melakukannya di dalam padang.

7.7 OFFSIDE DAN SEPAKAN PENJURU Peraturan offside tidak akan digunakan bagi kejohan ini. Walau bagaimanapun, peraturan sepakan penjuru dikekalkan.

7.8 MASA PERTANDINGAN 7.8.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola

7.8.2 Tempoh permainan bagi setiap separuh masa adalah 5 minit dengan 1 minit untuk pertukaran tempat. 1 time-out untuk setiap pasukan setiap separuh masa.

7.8.3 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada digelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

7.8.4 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

7.8.5 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 10 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka ia dianggap telah memberi kemenangan percuma dan semua keputusan perlawanan pasukan tersebut sebelumnya akan dibatalkan. Pasukan tersebut juga tidak akan dibenarkan meneruskan baki perlawanan jika ada.

7.9 PENANGGUHAN PERLAWANAN Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut adalah diambil kira

7.9.1 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan penalti tanpa mengambilkira sebarang jaringan yang telah diperolehi oleh kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama.

7.9.2 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua dan Jawatankuasa Pertandingan berpendapat pelawanan tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan diambil kira. Pasukan yang mempunyai lebih jaringan gol akan diberi kemenangan. Walau bagaimanapun jika semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan penalti.

7.9.3 Jika perlawanan diberhentikan atas sebab-sebab disiplin (kad merah/dan hanya tinggal 4 orang pemain sahaja di atas padang), kemenangan 3-0 akan diberi kepada pihak lawan.

7.10 JERSEY7.10.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 2 set Jersey berlainan warna dan bernombor. Pasukan yang dicatatkan terdahulu di atas di dalam jadual pertandingan akan dikehendaki menukar jersey sekiranya berlaku persamaan warna.

7.10.2 Penjaga gol hendaklah memakai jersey warna yang berbeza daripada pemain-pemain yang lain dan juga pengadil.

7.10.3 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor jersey yang sama disepanjang kejohanan ini.

7.10.4 Semua Ketua Pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata dilengan kiri jerseynya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan yang tersebut hendaklah diserahkan pula kepada pemain yang mengambilalih sebagai Ketua Pasukan.

7.11 PERALATAN PERTANDINGAN7.11.1 Bola untuk perlawanan akan disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola.

7.12 PENGADILAN 7.12.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil sepanjang kejohanan.ini dan semua pengadil tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola.

7.12.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.

7.13 BANTAHAN7.13.1 Sebarang bantahan yang boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat secara lisan kepada pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus pasukan dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM200.00 tunai. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan gagal atau ditolak.

7.13.2 Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib adalah muktamad.

8.0 JAWATANKUASA BANTAHAN DAN TATATERTIB

PENGERUSI:Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/WakilAHLI-AHLI:Pengelola Pertandingan/Wakil:Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pertandingan/Wakil:Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil

9.0 HADIAHHadiah-hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur iaitu Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

10.0 HAK JAWATANKUASA PENGANJURJawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

11.0 PERINTAH AMSepanjang kejohanan diadakan pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada Perintah Am kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Jawatankuasa Pengelola atau Urusetia kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.

BORANG SENARAI PENDAFTARAN PEMAINPASUKANDAERAHWARNA JERSIBAJUSELUARSTOKINBIL.NAMA PEGAWAI/GURU1.2.BIL.NAMA PEMAINNO. KP / SIJIL LAHIR.NO.JERSI1.2.3.4.5.6.7.8.Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.Tandatangan dan CopTarikh:

KUMPULAN PERTANDINGAN FUTSAL 5 SEBELAH(ASAT)SEKOLAH RENDAH SEKOLAH RENDAHR1R2R3R4JBMATAKED.R1R1R2R2R3R3R4R4JOHAN : __________________N/JOHAN :__________________Tempat ke 3 :__________________

JADUAL PERTANDINGANPERMAINANTARIKHMASAPERLAWANAN

17/10/15R1 VS R2VS27/10/15R3 VS R4VS37/10/15R1 VS R3VS47/10/15R2 VS R4VS57/10/15R1 VS R4VS67/10/15R2 VS R3VS