ipoh - superb.perak.mysuperb.perak.my/docs/peraturan_am_superb_210417.pdf · karom - campuran...
TRANSCRIPT
PERATURAN AM
SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN
PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB)
KALI KE XIV
IPOH 24-29 JULAI 2017
2 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
PERATURAN AM
SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN
PERBENDAHARAAN SEMALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV 2017 IPOH PERAK
DARUL RIDZUAN
Penganjuran
1. Sukan Perbendaharaan (SUPERB) Kali ke XIV, 2017 Ipoh ini akan dianjurkan
sepenuhnya oleh Pejabat Kewangan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan
Negeri Perak dan Persatuan-persatuan Sukan Negeri Perak.
2. Bagi maksud penganjuran, Pejabat Kewangan Negeri Perak akan menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:-
i. Sebuah Jawatankuasa Induk SUPERB yang dipengerusikan oleh
YB. Dato Pegawai Kewangan Negeri Perak dan dianggotai oleh YB. Pegawai-
Pegawai Kewangan Negeri atau wakil yang bertanggungjawab memutuskan
soal-soal dasar berkaitan penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH ini.
ii. Sebuah Jawatankuasa Kerja Penganjuran yang akan dipengerusikan oleh
Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak. Jawatankuasa ini akan
merancang dan melaksana semua program-program dan aktiviti SUPERB
XIV 2017, IPOH dan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang
bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kerja Penganjuran.
iii. Sebuah Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan. Jawatankuasa ini akan
dipengerusikan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri/wakil/Pengarah
Majlis Sukan Negeri Perak/Wakil dan dianggotai oleh ahlinya seramai
seramai (5) orang yang terdiri daripada wakil Jawatankuasa Kecil Teknikal
dan Pertandingan, Majlis Sukan Negeri Perak, Persatuan Sukan berkenaan
dan dua (2) wakil dari Pejabat Kewangan Negeri yang berkecuali sebagai Juri
Rayuan
3. Pejabat Kewangan Negeri Perak selaku tuan rumah SUPERB XIV 2017, IPOH adalah
bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan segala dasar yang telah diputuskan
oleh Jawatankuasa Induk dilaksanakan dengan sebaik-baiknya melalui gerak kerja dan
kerjasama yang jitu oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran serta Jawatankuasa-
Jawatankuasa Kecil yang berkaitan.
3 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
Tarikh Kejohanan
1. Temasya SUPERB XIV 2017, IPOH ini akan diadakan pada :
24 Julai - 29 Julai 2017
Jenis Sukan
1. Sukan-sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:-
Badminton - Campuran Lelaki/Wanita (Tiada acara terbuka beregu
lelaki yang dipertandingkan)
Ping Pong - Campuran Lelaki/Wanita (Tiada acara terbuka beregu
lelaki yang dipertandingkan)
Tenpin Bowling - Lelaki/Wanita MASTER dan VIP
Futsal - Lelaki
Golf - Jemputan
Dart - Campuran Lelaki/Wanita
Karom - Campuran Lelaki/Wanita
Bilangan Pemain
SUKAN
PEG GRED
29 KE ATAS TERBUKA VETERAN SIMPANAN
PEGAWAI
PASUKAN JUMLAH
L W L W L W L / W L / W
BADMINTON 2
3 3 2
5 2 17
GOLF
4
2 6
PING PONG 2
3 3 2
5 2 17
T.BOWLING 2 4 4
2 12
DART 1 7 2
2 2 14
KAROM 2 4 4
2 2 14
FUTSAL 1 3
1
5 2 12
*sebarang perubahan jumlah pemain akan dimaklumkan di dalam syarat-pertandingan mengikut sukan.
4 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
Penyertaan
1. Penyertaan di dalam SUPERB XIV 2017, IPOH ini terbuka kepada semua Pejabat -
Pejabat Kewangan Negeri-negeri di Malaysia.
2. Pejabat Kewangan Negeri Perak akan mengeluarkan surat jemputan penyertaan
kepada semua Pejabat-pejabat Kewangan Negeri di seluruh Malaysia.
Status Pemain/Anggota Perkhidmatan
i. Hanya anggota Pejabat Kewangan Negeri LAYAK menyertai Sukan SUPERB XIV
2017, IPOH.
ii. Anggota dari Jabatan & agensi di bawah Kerajaan Negeri yang lain adalah TIDAK
LAYAK menyertai Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH ini.
iii. Anggota-anggota yang berkhidmat secara tetap dan kontrak sahaja layak untuk
menyertai Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH ini. Bagaimanapun tarikh lantikan
kontrak hendaklah melebihi 6 bulan dari tarikh kejohanan.
iv. Had umur bagi kategori veteran ialah 45 tahun ke atas bagi lelaki
v. Had gred bagi peserta pegawai adalah juga tertakluk kepada jenis sukan yang
dipertandingkan tetapi tidak kurang dari Gred 29 dan ke atas.
vi. Mana-mana pemain yang sedang atau telah mewakili Negara pada tahun 2010 dan
selepasnya tidak layak bermain dalam sukan yang diwakilinya. Walau bagaimanapun
mereka dibenarkan untuk bermain di dalam lain-lain jenis sukan.
Yuran Penyertaan
i. Setiap kontingen Negeri yang mendaftar untuk menyertai SUPERB XIV 2017, IPOH
akan dikenakan bayaran Yuran Penyertaan berjumlah RM 3,000.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Ribu sahaja). Yuran penyertaan ini hendaklah dibayar atas nama
Kelab Pejabat Kewangan Negeri Perak sebelum atau pada 30 Januari 2017.
ii. Yuran penyertaan ini akan dikenakan kepada semua kontinjen sama ada mereka
mengambil bahagian dalam semua jenis sukan atau sebahagian.
5 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
Pendaftaran
1. Setiap kontinjen hendaklah mendaftarkan nama pegawai dan pemain secara
online oleh Pejabat Kewangan Negeri masing-masing. Tarikh pendaftaran
secara online akan dibuka seperti ketetapan berikut:
BIL PERIHAL TARIKH BUKA TARIKH TUTUP
1
PENGESAHAN JENIS SUKAN
*1 FEBRUARI 2017 30 MAC 2017
2
PENDAFTARAN NAMA PEMAIN
*19 APRIL 2017 30 MEI 2017
*sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan.
2. Semua borang penyertaan yang lengkap dengan senarai nama pemain mestilah
disahkan dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari
sebelum Kejohanan dimulakan.
Peraturan Teknikal/Format Pertandingan
1. Pejabat Kewangan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan
Persatuan Sukan Negeri akan menetapkan format-format pertandingan bagi setiap
jenis sukan yang dipertandingkan di temasya Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH ini.
Semua jenis sukan hendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempoh
sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk, Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH
ini.
2. Semua jenis sukan kecuali sukan Golf dan Tenpin Bowling akan diadakan secara liga
satu pusingan di peringkat awal. Pasukan akan diagihkan mengikut kumpulan
bergantung kepada jumlah pasukan yang bertanding. Pusingan Suku Akhir, Separuh
Akhir dan Akhir akan dilaksanakan secara kalah mati. Tiada pertandingan akan
diadakan bagi tempat ketiga dan keempat. Mana-mana pasukan yang tewas di
peringkat separuh akhir akan diberikan pingat Gangsa (Kecuali bagi acara Golf
dan Tenpin Bowling). Penentuan kumpulan akan di tentukan mengikut amalan
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkaitan.
3. Jawatankuasa Induk berhak untuk mengubahsuai format pertandingan dalam tujuan
melicinkan lagi perjalanan pertandingan serta mencakupi tempoh dan masa yang
telah ditetapkan.
6 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
4. Sistem Ranking atau “Seeded” (Pasukan Pilihan) akan digunakan bagi menentukan
pembahagian kumpulan.
5. Pasukan tuan rumah berhak untuk menentukan pilihan kumpulan.
6. Pemberian mata akan diberikan bagi perlawanan peringkat kumpulan seperti berikut:
Badminton, Ping- Pong,Futsal,Karom, Dart : Menang 3 mata, Seri 1 mata dan
Kalah 0 mata
7. Sekiranya 2 atau lebih pasukan terikat dengan mata yang sama maka kiraan
penentuan mata dilaksanakan sebagaimana ketetapan di dalam Peraturan
pertandingan bagi setiap jenis sukan.
Jadual Perlawanan
1. Jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan tempat
pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran, SUPERB XIV
2017, IPOH.
2. Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada setiap kontinjen setelah
disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran ini.
Penangguhan
1. Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan / dijadualkan sama sekali
tidak boleh ditangguhkan atau diubah oleh mana-mana pasukan yang mengambil
bahagian.
2. Jawatankuasa Kerja Penganjuran diberikan kuasa mutlak untuk menangguhkan atau
mengubah sesuatu perlawanan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
3. Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan maka Jawatankuasa Kecil Teknikal &
Pertandingan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu serta
merta.
4. Setiap peserta dikehendaki berada di padang atau gelanggang perlawanan selewat-
lewatnya 20 minit sebelum perlawanan bermula. Kegagalan pasukan hadir dalam
tempoh 20 minit dari masa yang dijadualkan untuk memulakan perlawanan, maka
pasukan tersebut dianggap menarik diri dan kemenangan percuma akan diberikan
kepada pihak lawan dengan pemberian 3 mata.
7 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
Perlawanan yang Ditunda /Dihentikan/Kemenangan Percuma
Perlawanan akan ditunda atau diberhentikan sekiranya:
1. Sekiranya pengadil berpendapat perlawanan tidak boleh diteruskan dan perlu
ditangguhkan atas sebab-sebab di luar jangkaan atau bencana atau atas faktor
keselamatan atau sebab-sebab teknikal maka Jawatankuasa Kecil Teknikal dan
Pertandingan Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH akan membuat keputusan dan
keputusan tersebut adalah muktamad.
2. Sekiranya Pengadil memberhentikan perlawanan atas sikap pegawai atau pemain
sesebuah pasukan yang gagal mengawal emosi, maka kemenangan akan diberikan
kepada pasukan lawan dan ia tidak dikategorikan sebagai perlawanan tertangguh.
Jawatankuasa Kerja Penganjuran akan mengemukakan laporan kepada Pihak
Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Kewangan berkenaan untuk tindakan
tatatertib.
Menarik Diri
Menarik diri dalam mana-mana perlawanan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pasukan-
pasukan akan dianggap menarik diri dari kejohanan di dalam keadaan-keadaan seperti
berikut:
1. Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau gagal menurunkan
bilangan minimum pemain pada permulaan permainan yang telah dijadualkan kecuali
atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Kecil Teknikal dan
Pertandingan Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH
2. Kemenangan percuma akan diberikan jika:
2.1 Pasukan enggan meneruskan permainan atau meninggalkan
padang/gelanggang sebelum tamat masa perlawanan.
2.2 Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanan dalam pertandingan
tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan
Sukan SUPERB XIV 2017, IPOH.
8 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
Kemudahan
1. Jawatankuasa Kerja Penganjuran Sukan ini hanya bertanggungjawab menyediakan
kemudahan asas yang berkaitan dengan penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH.
Keperluan Kontinjen termasuk makan dan minum, penginapan dan pengangkutan
adalah di bawah tanggungjawab kontinjen masing-masing.
2. Kontinjen atau pasukan adalah bertanggungjawab menyediakan pakaian, peralatan
serta kelengkapan para peserta seperti jersi, kasut, raket dan sebagainya.
3. Setiap pasukan kecuali golf dan tenpin bowling hendaklah menyediakan sekurang-
kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna bagi mengelakkan warna jersi yang
serupa semasa perlawanan.
Pegawai Teknikal, Pegawai Pertandingan dan Pengadil
1. Pejabat Kewangan Negeri Perak akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri
Perak dan bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai teknikal, pegawai
pertandingan serta pengadil atau hakim berdasarkan cadangan dari pihak Persatuan
Sukan Negeri.
2. Pihak penganjur acara sukan ini akan memastikan pengadil-pengadil atau hakim
yang bertugas adalah terdiri dari mereka-mereka yang bertauliah, profesional atau
berpengalaman dalam sesuatu acara sukan.
3. Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan akan menyediakan pembantu
pengadil dan penjaga garisan untuk semua acara pertandingan.
4. Pejabat Kewangan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Kecil Teknikal dan
Pertandingan akan melantik dengan rasminya seorang Pengerusi Pertandingan dan
Pengurus Pertandingan daripada kalangan ahli persatuan sukan yang terlibat.
Pengurus Pertandingan adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala
persiapan Teknikal dan Pertandingan dilaksanakan mengikut Peraturan Am dan
Peraturan Pertandingan Sukan berkaitan serta panduan-panduan yang ditetapkan
oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dengan kerjasama
Jawatankuasa Kerja Penganjuran.
5. Pejabat Kewangan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Kecil Teknikal dan
Pertandingan adalah bertanggungjawab melantik seorang atau lebih Pegawai
Teknikal bagi sukan-sukan yang dipertandingkan. Tanggungjawab pegawai teknikal
tersebut adalah sebagaimana berikut:
9 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
Melantik pegawai-pegawai teknikal dan hakim/pengadil kejohanan SUPERB
XIV 2017, IPOH.
Melawat dan mengesahkan lokasi dan tempat pertandingan sesuai untuk
digunakan bagi tujuan pertandingan SUPERB XIV 2017, IPOH.
Menyedia, menyemak dan mengesahkan jadual-jadual perlawanan bagi
SUPERB XIV 2017, IPOH.
Menentukan semua perlawanan diadakan mengikut peraturan/jadual
pertandingan yang telah ditetapkan.
Menentukan jadual tugas, pegawai-pegawai pertandingan seperti hakim,
pengadil, penjaga garisan yang dilantik untuk mengadili perlawanan yang
telah diaturkan sebagaimana jadual pertandingan.
Pegawai, Pemain Simpanan dan Penyokong
1. Hanya pegawai dan pemain simpanan sesebuah pasukan yang bertanding pada
sesuatu masa sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan bangku simpanan.
2. Pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan hendaklah sentiasa mengawal
tingkah laku mereka, bersopan dan bertanggungjawab.
3. Penyokong setiap pasukan hendaklah berada di tempat atau kawasan yang
di tentukan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran melalui Jawatankuasa Kecil
Teknikal dan Pertandingan.
4. Pegawai pasukan dan pemain yang duduk di bangku simpanan serta penyokong
sama sekali dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut:
Memasuki padang permainan tanpa kebenaran pengadil;
Melakukan provokasi sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan,
mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan atau isyarat lucah
kepada pegawai pasukan, pemain atau pegawai perlawanan;
Membantah keputusan pengadil sama ada dengan perkataan, perbuatan atau
niat yang boleh menimbulkan keresahan dan kekacauan penonton;
Merokok di kawasan bangku simpanan atau kawasan teknikal;
Merosakkan peralatan bangku simpanan atau melakukan perkara-perkara
yang boleh merosakkan bangku simpanan dan kawasan teknikal serta
sebarang peralatan penganjuran sukan; dan
Membaling atau melontar sebarang objek ke dalam padang permainan.
10 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
Rayuan dan Bantahan
1. Sebarang rayuan atau bantahan berkaitan dengan sesuatu perkara boleh dibuat
oleh Ketua Kontinjen/Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Jawatankuasa
Rayuan dan Bantahan dalam tempoh tidak lebih 30 minit atau berdasarkan
peruntukan masa mengikut jenis pertandingan, sebagaimana yang ditetapkan oleh
peraturan sukan masing-masing selepas tamat sesuatu perlawanan dengan
disertakan wang tunai sebanyak RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja)
sebagai wang pemprosesan.
2. Wang pemprosesan tersebut tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hasil
kepada Jawatankuasa Kerja Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH tidak kira sama
ada rayuan atau bantahan adalah munasabah atau tidak atau sama ada ia diterima
atau ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan.
3. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan
muktamad.
4. Bantahan berkaitan status pemain hanya boleh dibuat pada mesyuarat
pengurus-pengurus pasukan sahaja dengan memberikan pembuktian yang
kukuh. Sebarang bantahan berkaitan status pemain yang dibuat selepas
mesyuarat tersebut tidak akan dilayan. Pihak yang membantah perlulah
mengemukakan bukti bertulis berkenaan status pemain yang diragui kepada
Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan semasa bantahan dibuat.
5. Bantahan terhadap keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan teknikal yang
diputuskan oleh pengadil atau hakim adalah tidak dibenarkan. Segala keputusan
Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan SUPERB XIV 2017, IPOH adalah muktamad.
6. Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada setiap kontinjen setelah
disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran.
11 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
Juri Rayuan/Bantahan
1. Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan SUPERB XIV 2017, IPOH akan membuat
keputusan muktamad berkaitan masalah-masalah berhubung dengan SUPERB XIV
2017, IPOH terutama bantahan-bantahan yang dikemukakan oleh kontinjen..
2. Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan SUPERB XIV 2017, IPOH boleh melantik
ahlinya seramai (5) orang daripada Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan,
Majlis Sukan Negeri Perak, Persatuan Sukan berkenaan dan dua (2) wakil dari
Pejabat Kewangan Negeri yang berkecuali sebagai Juri Rayuan. Pengerusi Juri
Rayuan hendaklah Pengerusi Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan SUPERB XIV
2017, IPOH atau wakilnya. Ketua Kontinjen atau wakilnya boleh mengemukakan
soalan atau bantahan secara bertulis dengan mengemukakan bukti kepada
Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan ini. Selain daripada itu, Jawatankuasa Juri
Rayuan dan Bantahan boleh mencampuri mana-mana perkara yang bukan teknikal
yang di luar bidang kuasa Jawatankuasa Juri Rayuan dan Bantahan yang ditubuhkan
oleh tiap-tiap sukan.
3. Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan berhak mendapatkan maklumat-maklumat dan
mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang akan dibincangkan untuk
membuat keputusan.
4. Keputusan Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan ini adalah muktamad
Hadiah dan Penentuan Juara
1. Hadiah-hadiah yang akan disediakan oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran
SUPERB XIV 2017, IPOH adalah sebagaimana berikut:-
BIL SUKAN PINGAT
EMAS PERAK GANGSA
1 BADMINTON 1(17) 1(17) 2(17)
2 PING PONG 1(17) 1(17) 2(17)
3 TENPIN BOWLING* 1(12) 1(12) 1(12)
4 GOLF
5 KAROM 1(14) 1(14) 2(14)
6 DART 1(14) 1(14) 2(14)
7 FUTSAL* 1(12) 1(12) 2(12)
* Hadiah sampingan juga akan disediakan bagi acara Tenpin Bowling dan Futsal
12 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
2. Piala pusingan khusus untuk juara keseluruhan akan disediakan. Penentuan juara
keseluruhan akan dibuat berdasarkan pungutan pingat terbanyak. Sekiranya pungutan
pingat emas sama oleh dua (2) atau lebih kontinjen penentuan juara akan dibuat
berdasarkan jumlah Pingat Perak dan pingat-pingat lain yang dimenangi.
3. Pejabat Kewangan Negeri Perak berhak untuk menambah atau mengurangkan
hadiah yang ditawarkan bergantung kepada perubahan format pertandingan bagi setiap
acara yang dipertandingkan.
Ganti Rugi
1. Pejabat Kewangan Negeri Perak, Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Penganjuran
SUPERB XIV 2017, IPOH, pegawai dan petugas tidak akan bertanggungjawab di
atas sebarang kemalangan atau kecelakaan sama ada ia melibatkan jiwa mahupun
fizikal yang mungkin berlaku kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam
SUPERB XIV 2017, IPOH sepanjang temasya ini berlangsung.
2. Semua kontinjen yang mengambil bahagian adalah dinasihatkan untuk mengambil
perlindungan insurans masing-masing bagi menjaga hal-ehwal keselamatan dan
kebajikan peserta masing-masing.
Lain-lain
1. Pejabat Kewangan Negeri hendaklah menentukan warna tema masing-masing dan
berlainan di antara kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.
2. Jawatankuasa Kerja Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH berhak meminda
sebarang peraturan yang tercatat dan mengambil atau membuat keputusan
kepada sebarang perkara yang tidak berbangkit dan yang tidak tercatat dalam
peraturan am.
3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Induk atau Jawatankuasa Kerja
Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH adalah muktamad.
4. Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi setiap
jenis sukan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah selagi ia tidak bercanggah
dengan Peraturan Am SUPERB XIV 2017, IPOH serta keputusan Jawatankuasa
Kerja Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH.
13 | S U P E R B X I V
PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN
PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV
5. Jawatankuasa Kerja Penganjuran SUPERB XIV 2017, IPOH juga mempunyai kuasa
mutlak untuk memeriksa kelayakan peserta-peserta yang didaftarkan pada bila-bila
masa. Sekiranya terdapat peserta yang tidak layak menyertai sukan ini sebagaimana
tercatat di dalam Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan maka penyertaan
peserta terbabit akan dibatalkan. Jika peserta itu mewakili pasukan maka
kemenangan pasukan itu akan dibatalkan. Sekiranya ia bermain dalam acara individu
maka kemenangan dalam acara tersebut akan dibatalkan. Sebarang kemenangan
pingat juga akan dibatalkan.
6. Semua peraturan yang terkandung di dalam peraturan ini adalah terpakai untuk
semua acara sukan yang dipertandingkan kecuali terdapat sebarang penyataan yang
jelas serta terperinci di dalam peraturan pertandingan bagi setiap jenis sukan yang
dipertandingkan.
7. Mana-mana perkara yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan ini akan ditentukan
oleh Jawatankuasa Kerja Penganjuran dan keputusan tersebut