undang-undang & peraturan am kejohanan sukan staf … · 7 bola sepak lelaki 18 1 8 woodball...

26
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP 1 UNDANG-UNDANG & PERATURAN AM Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2018 (SUKAS) 1. NAMA Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2018. 2. PENGELOLA Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Kelab Kakitangan UniMAP. 3. TARIKH April hingga Mei 2018 secara karnival 4. JAWATANKUASA PENGELOLA Ahli Jawatankuasa Pengelola terdiri daripada: 4.1 Pengarah Pusat Sukan sebagai Pengerusi 5. KELAYAKAN 5.1 Semua kakitangan UniMAP berjawatan TETAP, Kontrak dan Sambilan layak menyertai kejohanan ini. 5.2 Pemain import tidak dibenarkan sama sekali dalam kejohanan ini. 5.3 Seorang pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja. 5.4 Mana-mana pemain yang didapati didaftarkan mewakili lebih dari satu pasukan, pemain tersebut akan hilang kelayakan sebagai seorang pemain. Beliau tidak layak mewakili mana-mana pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung. 5.5 Setiap peserta diwajibkan membawa Kad Matrik (Staf) semasa pertandingan. Penyelaras Permainan berhak untuk memeriksa kad tersebut sekiranya diperlukan. Para peserta yang gagal menunjukkan kad Matrik staf boleh dihalang dari menyertai pertandingan. 6. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Undang-undang dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada: 6.1 Undang-undang Pertandingan Persatuan Kebangsaan dan Badan Induk Dunia bagi tiap- tiap permainan. 6.2 Peraturan Am dan undang-undang permainan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 7. BORANG PERTANDINGAN 7.2.1. Semua pasukan dimestikan mendaftar semua pemain pasukannya dalam Borang Pendaftaran Pasukan yang disediakan dan mestilah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola pada tarikh yang ditetapkan. 7.2.2. Semua Borang Pendaftaran Pasukan yang telah dilengkapkan hendaklah ditandatangani oleh Ketua Kontinjen Pasukan Yang Berkenaan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

Upload: trinhnhi

Post on 10-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

1

UNDANG-UNDANG & PERATURAN AM

Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2018 (SUKAS)

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2018.

2. PENGELOLA

Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Kelab Kakitangan UniMAP.

3. TARIKH

April hingga Mei 2018 secara karnival

4. JAWATANKUASA PENGELOLA

Ahli Jawatankuasa Pengelola terdiri daripada:

4.1 Pengarah Pusat Sukan sebagai Pengerusi

5. KELAYAKAN

5.1 Semua kakitangan UniMAP berjawatan TETAP, Kontrak dan Sambilan layak menyertai

kejohanan ini. 5.2 Pemain import tidak dibenarkan sama sekali dalam kejohanan ini.

5.3 Seorang pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

5.4 Mana-mana pemain yang didapati didaftarkan mewakili lebih dari satu pasukan, pemain tersebut akan hilang kelayakan sebagai seorang pemain. Beliau tidak

layak mewakili mana-mana pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

5.5 Setiap peserta diwajibkan membawa Kad Matrik (Staf) semasa pertandingan. Penyelaras Permainan berhak untuk memeriksa kad tersebut sekiranya diperlukan. Para peserta yang

gagal menunjukkan kad Matrik staf boleh dihalang dari menyertai pertandingan.

6. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada:

6.1 Undang-undang Pertandingan Persatuan Kebangsaan dan Badan Induk Dunia bagi tiap-

tiap permainan.

6.2 Peraturan Am dan undang-undang permainan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pengelola.

7. BORANG PERTANDINGAN

7.2.1. Semua pasukan dimestikan mendaftar semua pemain pasukannya dalam Borang

Pendaftaran Pasukan yang disediakan dan mestilah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola pada tarikh yang ditetapkan.

7.2.2. Semua Borang Pendaftaran Pasukan yang telah dilengkapkan hendaklah ditandatangani oleh Ketua Kontinjen Pasukan Yang Berkenaan dan diserahkan kepada Jawatankuasa

Pengelola pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

2

7.2.3. Borang Pendaftaran Perlawanan mesti diserahkan kepada Penyelaras Permainan 15

minit sebelum setiap perlawanan dimulakan atau merujuk kepada Peraturan Permainan bagi

setiap acara.

7.2.4. Hanya pemain yang berdaftar di dalam Borang Pendaftaran Pasukan sahaja yang

layak mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini. Pemain yang namanya tidak

didaftarkan semasa menghantar Borang Pendaftaran Pasukan adalah tidak layak bertanding. Nama pemain yang disenaraikan dalam Borang Pendaftaran Perlawanan mestilah turut tersenarai dalam Borang Pendaftaran Pasukan yang telah dihantar lebih awal.

7.2.5 Jurulatih/Pengurus Pasukan yang layak (mengikut peraturan) bermain dan ingin terlibat

sebagai pemain perlu mendaftar sebagai atlit dalam Borang Pendaftaran Pasukan. Jurulatih/Pengurus Pasukan (yang layak mengikut peraturan) tetapi tidak mendaftar sebagai

atlit adalah tidak layak menyertai kejohanan ini.

8. PENGADIL KEHORMAT / PENGADIL

8.1 Pengadil bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.2 Referi Kehormat akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sepanjang pertandingan dijalankan bagi permainan Ping Pong, Tenis dan Badminton di peringkat separuh akhir dan

akhir. Manakala Sepak Takraw akan disediakan dari peringkat awal hingga akhir.

9. PAKAIAN

9.1 Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan dalam undang–undang permainan berkenaan (rujuk Peraturan Permainan).

9.2 Jika kedua–dua pasukan memakai pakaian yang sama warna, pasukan yang namanya mula–

mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar kepada pakaian yang berlainan

warna.

9.3 Pemakaian jersi bagi permainan yang memerlukannya adalah diwajibkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

3

10. BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA

10.1 Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut :

PERMAINAN BERPASUKAN

BIl PERMAINAN KATEGORI BILANGAN PESERTA BILANGAN PEGAWAI

1 Badminton Berpasukan Lelaki 8(L) /4 (W) 1

2 Bola Jaring Wanita 12 1

3 Bola Tampar Lelaki 12 1

4 Bola Tampar Wanita 12 1

5 Tenis Campuran 6 (L) / 3(W) 1

6 Sepaktakraw Lelaki 12 1

7 Bola Sepak Lelaki 18 1

8 Woodball Lelaki 3 1

9 Woodball Wanita 3 1

10 Petanque Lelaki 6 1

11 Petanque Wanita 6 1

12 Ping Pong Lelaki 3 1

13 Ping Pong Wanita 3 1

14 Tenpin Boling Lelaki 4 1

15 Tenpin Boling Wanita 4 1

Jumlah keseluruhan 15

* Bilangan peserta bergantung kepada jenis acara yang disertai dan dipertandingkan. 11. PERALATAN

11.1 Semua jenis peralatan permainan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

11.2 Semua peralatan dan padang/gelanggang akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola serta mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

12. SISTEM PERTANDINGAN

Sesuatu pertandingan hanya dapat dijalankan atau diadakan sekiranya terdapat 4 pasukan mengambil bahagian. Pertandingan akan dijalankan secara Liga dan/atau Kalah Mati. Berikut

adalah penerangan mengenai sistem yang dimaksudkan :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

4

12.1 Cara Satu Kumpulan

12.1.1 Sekiranya empat (4) atau lima (5) pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara Liga Satu Kumpulan.

12.1.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai Johan, kedua

terbanyak menjadi Naib Johan dan seterusnya.

12.2 Jadual Pertandingan.

Susunan jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

12.3 Pemberian Mata

Menang - 3

Seri - 1 (sekiranya berkenaan) Kalah - 0

12.6 Mata juga akan diberi pada kedudukan kontingen setelah selesai tiap-tiap permainan

seperti berikut :

KEDUDUKAN PASUKAN MATA

Johan 5

Naib Johan 3

Ketiga 2

Keempat 1

12.7 Kedudukan Keseluruhan

Penentuan Johan Keseluruhan akan dibuat berdasarkan pungutan mata bagi semua

jenis permaianan menggunakan format dalam peraturan 12.6.

13. KELEWATAN

13.1 Sila rujuk Peraturan Permainan.

13.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa telah yang ditetapkan.

14. PENANGGUHAN

14.1 Permintaan untuk mengubah atau menangguh tarikh, masa dan tempat perlawanan yang

telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak dibenarkan oleh mana-mana pasukan yang

mengambil bahagian.

14.2 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan

serta-merta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

5

14.3 Mana–mana perlawanan yang ditangguhkan, pihak Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu.

15. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

15.1 Setiap pasukan mesti menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja atau tidak sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk perlawanan

yang akan datang atau yang sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki meneruskan permainan walaupun telah layak untuk ke pusingan seterusnya.

15.2 Mana-mana pasukan yang memberi kemenangan percuma sebelum memulakan perlawanan dengan sengaja atau tidak, dianggap terkeluar dari pertandingan untuk sukan tersebut dan

tidak layak untuk bertanding dalam perlawanan-perlawanan berikutnya. Semua keputusan pertandingan berikutnya akan dikira sebagai kemenangan percuma mengikut Peraturan

Permainan.

16. BANTAHAN

16.1 Sebarang bantahan atau rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dalam Bahasa Melayu oleh Pengurus Pasukan dan disahkan oleh Ketua Kontigen dan hendaklah diserahkan kepada

Setiausaha Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan atau wakilnya dalam tempoh tidak lebih dari satu (30 minit) selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang tunai sebanyak

RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sebagai cagaran. Sebarang bayaran selain wang tunai tidak akan dilayan.

16.2 Bantahan daripada pasukan lain selain daripada pasukan yang bertanding tidak dibenarkan sama sekali.

16.3 Wang cagaran akan hilang dan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Sukan sekiranya

bantahan atau rayuan tidak diterima.

16.4 Sekiranya bantahan atau rayuan diterima oleh Juri Rayuan maka wang cagaran akan dikembalikan.

16.5 Panel Bantahan terdiri daripada:

a. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

b. Setiausaha Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan c. Tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan yang terdiri daripada

Penyelia JKP Sukan & Rekreasi Kolej Kediaman yang tidak terlibat dengan bantahan

yang dibuat.

17. JURI RAYUAN

17.1 Panel Juri Rayuan terdiri daripada:

a. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Wakil yang dilantik b. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

c. Setiausaha Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan d. Dua (2) orang Dekan PKK yang tidak terlibat

18. HADIAH

Hadiah akan disediakan untuk pemenang tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat dalam acara berpasukan dan pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga dalam acara perseorangan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

6

19. PIALA PUSINGAN

19.1. Pasukan yang menang adalah bertanggungjawab ke atas penjagaan Piala Pusingan.

19.2. Pasukan yang menang adalah bertanggungjawab untuk memulang dan menyerahkan Piala Pusingan dalam keadaan yang baik kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum kejohanan

dimulakan.

19.3. Sekiranya Piala Pusingan didapati rosak atau hilang semasa dalam simpanan pasukan yang menang, pasukan berkenaan hendaklah membaiki atau menggantikannya.

19.4. Pasukan yang telah menjadi johan tiga (3) tahun berturut-turut boleh terus menyimpan

Piala Pusingan tersebut.

20. PERUBATAN

Pihak pengelola akan menyediakan kemudahan perubatan semasa pertandingan sahaja untuk tujuan

kecemasan sahaja. Ubat-ubatan bagi kegunaan pasukan semasa pertandingan adalah

tanggungjawab pasukan sendiri.

21. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

21.1. Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.

21.2. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

21.3. Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang ditetapkan TIDAK DIBENARKAN semasa taklimat Pengurus Pasukan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

7

KEJOHANAN SUKAN STAF UniMAP 2018

````````````````````````````````````````````````

SENARAI PERALATAN/JENAMA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BIL

ACARA/PERMAINAN

PERALATAN

1. BOLA SEPAK

Adidas Competition Size 5

2. BOLA JARING

Molten Leather (Match Ball)

3. BOLA TAMPAR

Molten Soft Touch V58SLC1 ( COLOURED)

4. SEPAK TAKRAW

Gajah Emas 511 Tour

5. BADMINTON

Ashway Gold

6. TENIS

Dunlop Ford

BADMINTON

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF)

dan Persatuan Badminton Amatur Malaysia (BAM).

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017 yang

dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

3. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan Antara Pasukan-Pasukan.

4. PENDAFTARAN PEMAIN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

8

a. Pertandingan Berpasukan

i. Tiap-tiap pasukan mengandungi 6 orang pemain lelaki senior dan 3 orang pemain lelaki veteran, 3 orang pemain wanita senior.

ii. Seorang pemain dibenarkan hanya bermain dalam satu acara sahaja. iii. Susunan perlawanan sesuatu pertandingan (tie) adalah seperti berikut:

1. Perseorangan Lelaki Senior

2. Beregu Lelaki Senior Pertama 3. Beregu Lelaki Senior Kedua

4. Beregu Wanita Senior 5. Beregu Lelaki Veteran

6. Beregu Lelaki Senior &Lelaki Veteran

7. Beregu Campuran

iv. Senarai nama mengikut susunan perlawanan hendaklah diserahkan kepada Referi

Kehormat/Penyelaras Permainan 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Sebarang gantian tidak dibenarkan selepas perlawanan dimulakan.

5. SISTEM PERTANDINGAN

a). Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017 Perkara 12.

b). Menggunakan format 30mata (sistem kiraan mata pingpong) untuk 1 perlawanan. Pertukaran gelanggang pada mata 15.

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

a. Cara Pemberian Mata – sila rujuk Peraturan Am Sukan Kejohanan Sukan Staf 2017Perkara 12 (perenggan 12.6).

b. Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang

akan ditentukan seperti berikut:

i. Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dikira

menang (game difference).

ii. Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira menang (set difference).

iii. Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan mata yang

terbanyak dikira menang (point difference).

iv. Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

v. Jika 3 atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat jumlah

mata permainan yang terbanyak dikira menang.

7. PAKAIAN

7.1 Pakaian yang sesuai dengan permainan badminton.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

9

7.2 Bagi acara beregu, baju pemain (sekurang-kurangnya dari segiwarna) hendaklah sama

dengan pasangannya di dalam setiap perlawanan.

7.3 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017 Perkara 9.

8. KELEWATAN

Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada seseorang pemain yang lewat dan selepas itu lawannya

akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 30 - 0

9. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Kejohanan Sukan StafUniMAP 2017 Perkara 16.

10. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017 Perkara 17.

11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017 Perkara 21.

9. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

10. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

BOLA JARING WANITA

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang–Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring

Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang–Undang dan Peraturan Am Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017

yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan-pasukan

4. PENDAFTARAN PEMAIN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

10

4.1 Tiap–tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain.

4.2 Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah dihantar kepada Penyelaras Permainan 15 minit

sebelum perlawanan bermula.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1. Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

5.2. Masa permainan ialah :

10 minit (masa pertama) x 1 minit (rehat) x 10 minit (masa kedua).

Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

6.1. Secara Liga

6.1.1. Cara memberi mata sila rujuk Peraturan Am Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

6.1.2. Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka

pemenang akan ditentukan seperti berikut:

6.1.2.1. Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.

6.1.2.2. Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol yang terbanyak dikira menang.

6.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat awal dikira menang.

6.1.2.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

6.2. Secara kalah mati:

Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan

akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :

6.2.1. Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.

6.2.2. Kedua-dua pasukan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah dan gol.

6.2.3. Permainan diteruskan dengan 5 hantaran tengah dibuat secara bergilir-gilir.

6.2.4 Keputusan muktamad ditentukan selepas hantaran tengah yang kelima diakhiri

dengan jaringan gol.

7. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca, atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak dapat dimainkan, atau

sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, maka

perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungkan pada tarikh, tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

8. PAKAIAN

8.1. Rujuk Undang-Undang Antarabangsa.

8.2. Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain.

GS - Penjaring Gol - (Goal Shooter)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

11

GA - Penyerang Gol - (Goal Attack)

WA - Penyerang Sayap - (Wing Attack)

C - Pemain Tengah - (Center) WD - Penangkis Sayap - (Wing Defence)

GD - Penahan Gol - (Goal Defence) GK - Penjaga Gol - (Goal Keeper)

9. KELEWATAN

Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu, pihak

lawannya akan diberi kemenangan percuma kepada pasukan yang berada di gelanggang dengan 2

mata dan jaringan 10-0.

10. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

11. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

SEPAK TAKRAW

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang–Undang Persekutuan Sepak Takraw Asia

(ASTAF) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang–Undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017 yang

dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan Berpasukan Antara pasukan

4. PENDAFTARAN PASUKAN

4.1. Tiap- tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain.

4.2. Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Permainan 15

minit sebelum perlawanan dimulakan.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1. Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf (SUKAS) 2017

5.2. Tiap–tiap pertandingan mengandungi 2 regu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

12

5.2.1 Regu Senior

5.2.2 Regu Veteren

5.3. Dalam satu perlawanan, dua (2) regu boleh bermain serentak (dalam satu masa) jika pihak

penganjur memikirkan perlu.

5.4. Menggunakan Format 30 mata, 3 kali servis.

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

6.1. Secara Liga :

6.1.1. Cara memberi mata sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018. (SUKAS)

6.1.2. Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka

pemenang akan ditentukan seperti berikut:

6.1.2.1. Pasukan yang memenangi bilangan regu yang terbanyak dikira menang.

6.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak

dikira menang.

6.1.2.2. Jika masih seri, perbezaan mata antara yang diperolehi dan yang kena

dalam setiap set keseluruhan pertandingan akan dikira sebagai pemenang.

6.1.2.3. Jika masih seri, pertemuan awal antara pasukan yang berkenaan diambil

kira. Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang.

7. PAKAIAN

7.1. Bersesuaian dengan permainan sepak takraw.

7.2. Semua jersi mestilah bernombor dari 1 hingga 12.

7.3. Semua ketua regu dimestikan memakai lilitan tangan.

8. PENGGANTIAN PEMAIN

8.1. Pemain gantian boleh dibenarkan dengan permintaan Pengurus Pasukan kepada Pengadil

Rasmi.

8.2. Satu (1) regu hanya dibenarkan membuat satu (1) gantian sahaja.

9. KELEWATAN

Hanya 15 minit akan diberi kepada regu yang lewat dan selepas itu, pihak lawannya akan diberi

kemenangan percuma dengan kiraan 21-0, 21-0.

10. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS), Perkara 16.

11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

11.1. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk permainan

disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal–hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

13

tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal–hal di

luar kawalan kedua–dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu

akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

11.2. Jika perlawanan disambung semula selepas 24 jam, maka permainan dikira bermula semula.

12. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018(SUKAS), Perkara 17.

13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am Sukan Kejohanan Sukan Antara Staf 2018(SUKAS), Perkara 21.

BOLA TAMPAR

BOLA TAMPAR

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Staf UniMAP (SUKAS) 2018

1.2 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa hendaklah diikuti.

2. PERATURAN PERTANDINGAN

2.1 Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf UniMAP 2018

yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan berlangsung.

3. NAMA RASMI KEJOHANAN

3.1 Kejohanan Sukan Antara Staf UniMAP 2018

4. PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Bilangan

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari 12 orang pemain dalam Borang Pendaftaran Perlawanan.

4.2 Libero

Setiap pasukan dibenarkan mempunyai “Libero”semasa pertandingan dijalankan.

Sebarang pertukaran untuk posisi pemain “Libero” tidak dibenarkan sehingga kesemua

perlawanan pasukan selesai.

4.3 Kelayakan

Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam boring Pendaftaran perlawanan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

14

4.4 Tiada pertukaran nama pemain dibenarkan sebaik sahaja perlawanan pertama

dimulakan.

4.5 Borang Pendaftaran Perlawanan

Hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Permainan sebelum atau pada 6 April 2018

(Jumaat) sebelum jam 12:00 tengahari.

5. PASUKAN DAN MASA BERMAIN

5.1 Pasukan

Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 6 pemain di padang/

gelanggang sebelum satu-satu perlawanan dimulakan.

5.2 Masa

Masa selama tidak melebihi dari 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat.

Selepas dari itu pasukan tersebut dikira menerima kekalahan

6. PAKAIAN/ ALATAN

6.1 Pakaian

Pakaian yang seragam dengan permainan bola tampar & mempunyai nombor sekurang-kurangnya di belakang baju.

6.2 Alatan

Bola dan peralatan perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur

7. CARA MEMUTUSKAN PERLAWANAN

7.1 Perlawanan akan dipertandingkankan secara liga

7.2 Semua perlawanan berdasarkan 1 set 31 mata

7.3 Mata kemenangan seperti berikut :

Menang - 3

Kalah - 0

Tarik diri/ Tidak hadir - 0 (kemenangan kepada pihak lawan dengan 31-0)

7.4 Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan, maka keputusan perlawanan yang telah diadakan diantara kedua-dua pasukan tersebut akan diambil kira.

Pasukan yang pernah menang di perlawanan tersebut dikira pemenang.

7.5 Pengadil yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan terdiri daripada Pemain (staf/ pelajar) yang mewakili Universiti di kejohanan SUKUM dan MASUM serta mempunyai

pengalaman dalam pengadilan.

8 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

8.1 Sekiranya pengadil mendapati padang/ gelanggang tidak selamat digunakan disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka berlaku, maka perlawanan yang

ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

15

9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Pengelola Kejohanan Sukan Antara Staf UniMAP (SUKAS) 2018 dan keputusannya adalah muktamad.

10. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf UniMAP 2017 Perkara 16.

11. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan AM Kejohanan Sukan Antara Staf UniMAP 2017 Perkara 17.

PING PONG

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa

(ITTF) dan Persatuan Ping Pong Malaysia.

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017 yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan Antara Pasukan Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya.

4. PENDAFTARAN PEMAIN

4.1. Lelaki : Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari 6 orang pemain.

4.2. Wanita : Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari 6 orang pemain.

4.3. Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Permainan 15

minit sebelum perlawanan bermula.

4.4. Susunan perlawanan sesuatu pertandingan adalah seperti berikut :

LELAKI WANITA

1. Perseorangan Pertama 2. Perseorangan Kedua

3. Bergu

1. Perseorangan Pertama 2. Perseorangan Kedua

3. Bergu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

16

4.5. Seorang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja bagi satu perlawanan

yang dimainkan.

4.6. Tidak dibenarkan pertukaran pemain selepas perlawanan dimulakan.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1. Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017. 5.2. Setiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga (3) kemenangan daripada lima (5)

permainan.

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

6.1. Cara memberi mata sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Pelajar Antara Pusat

Pengajian 2013 Perkara 12 (Perenggan 12.9).

6.2. Jika dua (2) pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dikira menang.

6.3. Jika tiga pasukan atau lebih mendapat jumlah mata yang sama, maka keputusan akan

ditentukan seperti berikut :

6.3.1 Pasukan yang memenangi perlawanan terbanyak dikira menang.

6.3.2 Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan permainan (set) terbanyak dikira

menang.

6.3.3 Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan permainan terbanyak dikira

menang.

6.3.4 Jika masih seri juga, pasukan yang mendapat jumlah mata permainan yang terbanyak dikira menang.

6.3.5. Jika masih seri juga, pasukan yang telah mengalahkan lawannya dikira menang.

7. PAKAIAN

7.1 Bersesuaian dengan permainan Ping Pong. T-Shirt bewarna oren atau kuning adalah tidak dibenarkan

7.2 Bagi acara bergu, baju pemain (sekurang-kurangnya dari segi warna) hendaklah sama

dengan pasangannya di dalam setiap perlawanan.

7.3 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Pelajar Antara Pusat Pengajian 2011 Perkara 9.

8. KELEWATAN

Hanya 15 minit sahaja masa yang akan diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat serta 5 minit kepada seseorang pemain yang lewat dan selepas masa itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 11-0, 11-0, 11-0.

9. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

10. JURI RAYUAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

17

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017.

TENIS CAMPURAN

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF)

Undang-Undang dan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Kejohanan Sukan Antara Staf 2018(SUKAS) yang

dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan Antara Pasukan Staf.

4. PENDAFTARAN PEMAIN

4.1. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 8 orang pemain

iaitu 4 pemain lelaki dan 3 pemain wanita.

4.2 Susunan perlawanan :

4.2.1 Bergu lelaki

4.2.2 Bergu wanita 4.2.3 Bergu Veteren Lelaki

4.3 Seorang pemain dibenarkan menyertai hanya satu (1) acara sahaja.

4.3 Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Permainan 15 minit sebelum permainan bermula mengikut jadual yg ditetapkan.

5 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS) Perkara 12.

5.2 Bagi pusingan awal hingga ke peringkat suku akhir, perlawanan akan dilangsungkan

dengan kiraan “First To Reach 9” dengan 8 sama “tie break” manakala bagi perlawanan separuh akhir hingga perlawanan akhir akan menggunakan format yang sama.

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

6.1. Cara memberi mata sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS) Perkara 12 (Perenggan 12.6).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

18

6.2 Jika dua (2) atau lebih mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan

seperti berikut :

6.2.1 Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dikira menang.

6.2.2. Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira menang.

6.2.3. Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan set yang terbanyak dikira

menang.

6.2.4. Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

7. PAKAIAN

7.1 Yang bersesuaian dengan permainan tenis.

7.2 Bagi acara bergu, baju pemain (sekurang-kurangnya dari segi warna) hendaklah sama

dengan pasangannya di dalam setiap perlawanan.

7.3 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS), Perkara 9.

8. KELEWATAN

Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada seseorang pemain yang lewat dan selepas masa itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 6-0, 6-0 pusingan separuh akhir dan

kiraan 9-0 bagi pusingan awal.

9. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan

atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu hendaklah dilangsungkan pada masa yang

akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

10. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS Perkara 16.

11. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS) Perkara 17.

12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS) Perkara 21.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

19

TENPIN BOWLING

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang–Undang Kongres Persekutuan Tenpin Boling Malaysia (MTBC).

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Kejohanan Sukan Antara Staf 2018(SUKAS) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

Tiap–tiap pasukan dibenarkan mendaftar 8 orang iaitu 4 orang bagi pasukan Lelaki dan 4 orang bagi

pasukan Wanita. Hanya SEORANG pemain yang mewakili Universiti pada 2016 dan ke atas sahaja layak berada di dalam satu pasukan.

4. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

Lelaki

Empat (4) sepasukan

Wanita

Empat (4) sepasukan

5. PENYERTAAN DAN SISTEM PERTANDINGAN

Acara Pasukan Berempat

Setiap ahli pasukan akan bermain sebanyak 3 permainan di atas sepasang lorong yang sama.

Jumlah jatuhan pin setiap pemain (16 permainan) diambil kira untuk menentukan pemenang.

Jika terdapat pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang sama

(Grand Total), pemenang akan ditentukan melalui jumlah jatuhan pin pada permainan yang keempat.

Jika masih sama, pemenang akan ditentukan melalui jumlah jatuhan pin

pada permainan yang ketiga dan seterusnya.

6. GANGGUAN PERMAINAN

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal/Penyelaras Permainan mempunyai kuasa muktamad untuk

membuat arahan supaya permainan yang terganggu disambung pada lorong baru sekiranya

lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

20

Permainan (game) yang terganggu itu mesti di sambung dari frame di mana gangguan itu

berlaku.

7. BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

Bila seorang pemain bermain di lorong yang salah dan kesalahan itu ditemui sebelum peserta

lain membuat balingannya, maka balingan itu akan dianggap sebagai “bola mati” (dead ball)

dan pemain tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling bolanya, maka

mata yang diperolehi itu akan diambilkira dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

8. KELEWATAN

Semua peserta mesti melapor diri selewat–lewatnya 15 minit sebelum sesuatu acara bermula. Peserta yang lewat akan hilang kelayakan dalam sesuatu acara itu dan peraturan ini berkuatkuasa

dalam semua acara.

9. KEHILANGAN SKOR SEMASA BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS

Sekiranya berlaku sebarang „black out‟ dalam monitor di mana skor sesuatu permainan yang

sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka peserta–peserta berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut. Akan tetapi, jika skor telah dicatatkan maka ia

akan bersambung dari frame mana ia berhenti sebelum ini.

Game–game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan.

Pasukan dan peserta tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu

permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu „black out‟ seumpama ini.

10. PAKAIAN

Semua peserta dimestikan memakai pakaian yang sesuai.

Peserta–peserta Lelaki dan Wanita haruslah memakai baju dan seluar yang sesuai.

12. YURAN PENYERTAAN

Setiap Fakulti yang menyertai permainan ini akan dikenakan yuran penyertaan yang akan diberitahu.

11. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018 (SUKAS)

12. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018 (SUKAS)

13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018 (SUKAS)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

21

PETANQUE

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang rasmi Permainan Petanque (Official Rules of The Games of Petanque).

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf yang dikuatkuasakan sepanjang

kejohanan ini.

3. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan Sukan antara staf (SUKAS) UniMAP.

4. PENDAFTARAN PEMAIN

4.1. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain (6) lelaki & (6) wanita.

4.2. Setiap peserta dibenarkan menyertai satu kategori sahaja iaitu berpasukan lelaki dan

berpasukan wanita.

5. SISTEM PERTANDINGAN

4.3. Sila rujuk peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf.

4.4. Pertandingan ditentukan dengan secara liga

4.5. Penentuan perlawanan adalah berdasarkan kaedah penentuan Masa (60 minit) atau Mata

13, mana yang terdahulu.

4.6. Sekiranya kaedah penentuan permaianan bersama digunakan dan seandainya mata terikat selepas tempoh permainan tamat, tambahan 1 „end‟ diberikan bagi menentukan pemenang

perlawanan

4.7. Adalah penting bagi peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanan dengan

menurunkan tandatangan di atas boring markah yang disediakan.

4.8. Mata pertandingan akan diberikan seperti berikut:

Menang : 1 mata

Kalah : 0 mata

6. PAKAIAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

22

6.1. Semua pemain dalam satu pasukan hendaklah berpakaian seragam iaitu bau „T‟ berkolar,

berseluar slack casual, atau track bottom panjang dan berkasut.

6.2. Pihak penganjur dan jawatankuasa teknikal pertandingan berhak untuk tidak membenarkan

mana-mana peserta bertanding sekiranya tidak mematuhi peraturan pemakaian yang telah dinyatakan.

7. KELEWATAN

Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya akan dikenakan denda 1 mata dan diberikan kepada pihak lawan dan penambahan 1 mata bagi setiap 5 minit berikutnya

8. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

8.1. Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang tidak sesuai permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, permainan itu tidak dapat

dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal diluar kawalan

kedua-dua pasukan, sekiranya tidak melebihi 4 jam keputusan berikut diikuti semula :

8.1.1. Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama, set yang tergendala akan disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama..

8.1.2. Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya.

9. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf.

BOLA SEPAK 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa

(FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAT

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang-Undang dan Peraturam Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018 (SUKAS) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 18 orang pemain untuk setiap

perlawanan.

3.2 Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada pengadil/Penyelaras Permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

23

3.3 Pemain yang pernah mewakili University,Negeri, Kebangasaan dari 2016-2018 dalam

kejohanan Bola Sepak dan Futsal tidak dibenar mengambil bahagian dalam sukan sukas

(Bola Sepak 2018)

4. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

4.1 Untuk meneruskan sesuatu perlawanan, setiap pasukan sekurang-kurangnya

mempunyai 11 orang pemain di atas padang(7 Senior/ 4 veteren) dan 7 orang

simpanan ( 4 Senior & 3 Veteren)

4.2 Sekiranya kurang daripada 9 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang, pasukan yang mempunyai 9 atau lebih pemain di atas padang akan diberi kemenangan

percuma dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 2-0.

4.3 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 9 atau lebih pemain apabila pengadil

memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang ditetapkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara ini kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan yang

akan mengambil tindakan yang difikirkan perlu.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS) Perkara 12.

5.2 Masa bermain bagi pertandingan bola sepak adalah 30 minit x 10 minit x 30 minit

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

6.1 Cara Pemberian Mata sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2017(SUKAS Perkara 12 (perengggan 12.6).

6.2 Jika dua (2) pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka pemenang akan

ditentukan seperti berikut :

6.2.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang.

6.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak dikira pemenang.

6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat awal

dikira pemenang.

6.2.4 Jika masih seri, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang

mengikut Undang-Undang FIFA.

6.3 Dalam pusingan kalah mati, sekiranya keputusan berakhir dengan seri di akhir permainan,

maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :

6.3.1 SISTEM SEPAKAN PENALTI akan dijalankan untuk menentukan pemenang iaitu :

6.3.1.1 Setiap pasukan akan mengambil 5 sepakan penalti.

6.3.1.2 Jika masih seri, sepakan penalti akan diteruskan oleh pemain yang berlainan dengan sistem „Sudden Death‟.

6.3.1.3 Pengadil hendaklah membuat undian, dan pasukan yang menang akan

membuat sepakan penalti dahulu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

24

6.3.1.4 Hanya pemain yang berada di dalam padang permainan di akhir perlawanan dalam masa tambahan dibenarkan membuat sepakan

penalti.

6.3.1.5 Semua pemain hendaklah berada di kawasan bulatan tengah semasa sepakan penalti dijalankan kecuali pemain yang akan mengambil

sepakan dan penjaga gol pasukan lawan.

6.3.1.6 Penjaga gol boleh ditukarkan pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan penalti itu dijalankan oleh mana-mana pemain yang berada di

padang permainan.

6. PERLAWANAN YANG DITUNDA / DIBERHENTIKAN

7.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan

keadaan cuaca atau perkara di luar jangkaan, perlawanan itu tidak dapat dijalankan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat perkara di luar kawalan kedua-dua

pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan ditentukan oleh

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

7.2 Jika perlawanan diberhentikan sebelum separuh masa pertama, permainan akan dimainkan semula.

7.3 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua, permainan akan dimainkan semula dengan kedudukan separuh masa pertama diambilkira.

7.4 Sekiranya perlawanan diberhentikan 5 minit sebelum tamat perlawanan, permainan dikira

tamat dan keputusan dikekalkan.

8. KELEWATAN

Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 2-0.

9. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018(SUKAS) Perkara 16.

10. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018(SUKAS) Perkara 17.

11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf 2018(SUKAS) Perkara 21.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

25

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pusat Sukan UNiMAP

26