syarat-syarat dan peraturan kejohanan futsal … · syarat-syarat dan peraturan kejohanan futsal...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN FUTSAL
PIALA KSN TAHUN 2019
1. PENGENALAN
• Kejohanan ini dikenali sebagai Kejohanan Futsal Piala KSN TAHUN 2019.
• Keseluruhan pertandingan ini akan dianjurkan oleh PUSPANITA KEBANGSAAN.
• Pertandingan ini akan diadili oleh pengadil bertauliah yang akan dilantik oleh
pihak penganjur.
• Pertandingan ini akan diadakan pada 24 Mac 2019 ( Ahad ) bertempat di
Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari 1 Malaysia, Presint 18 PUTRAJAYA
2. PERATURAN PERTANDINGAN
• Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang
berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA dan Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM).
• Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut :
Semua perkara–perkara bukan teknikal akan diputuskan berasaskan
kepada PERATURAN AM KEJOHANAN .
Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal Pertandingan Kejohanan Futsal Piala KSN TAHUN 2019
berasaskan kepada peraturan-peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) dan Undang-Undang Permainan Futsal Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA) dan keputusan adalah muktamad.
Selain daripada peraturan di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah
BERHAK MEMINDA PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN, selaras
dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.

3. PENYERTAAN
Penyertaan akan diterima untuk 32 pasukan (Lelaki & Wanita) terawal
sahaja atau seperti mana yang diputuskan oleh Penganjur.
Terbuka kepada semua Cawangan PUSPANITA.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200.00 sahaja bagi setiap pasukan
dan hendaklah dikemukakan bersama-sama borang pendaftaran
penyertaan.
Bayaran pendaftaran boleh dibuat secara Bank-in melalui
sukan.puspanita.org.my
4. PENDAFTARAN PEMAIN
Pertandingan ini terbuka kepada semua penjawat awam berstatus Lantikan
Tetap.
Pasukan perlu didaftarkan atas nama Cawangan PUSPANITA.
Semua pemain dikehendaki membawa pas kerja pada hari pertandingan.
Setiap pasukan mestilah terdiri daripada seorang Pengurus Pasukan,
seorang Jurulatih, minimum 5 pemain, maksimum 10 pemain.
Pemain yang didaftarkan namanya di dalam borang pendaftaran sahaja
yang dibenarkan mengambil bahagian.
Senarai pemain yang disahkan semasa pendaftaran pasukan adalah
muktamad. Pemain yang didaftarkan untuk kejohanan ini hanya layak
bermain untuk satu (1) pasukan sahaja. Jika pemain tersebut mewakili
pasukan lain dan didapati bersalah, maka pasukan kedua yang diwakili
pemain tersebut akan disingkirkan terus daripada kejohanan.
Hanya 3 Orang sahaja khidmat pemain dari Kementerian/ Jabatan/
Agensi/ Cawangan luar yang dibenarkan untuk bermain/ mewakili
dengan pasukan Kementerian/Jabatan/Agensi/Cawangan yang lain.

5. FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN
32 pasukan akan diundi ke dalam lapan (8) kumpulan dengan maksimum
empat (4) pasukan dalam setiap kumpulan.
Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara liga satu pusingan.
Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat kalah keluar
(knock-out stage) sehingga ke peringkat akhir.
6. PERATURAN PERTANDINGAN
Memulakan Perlawanan
Setiap pasukan mestilah mempunyai lima (5) pemain termasuk
seorang Penjaga Gol. Sekiranya kurang dari lima (5) pemain bagi
salah satu pasukan berada di gelanggang apabila pengadil
memerintahkan perlawanan dimulakan pada masa yang
dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai lima (5) pemain yang
berada di dalam gelanggang akan diberi kemenangan percuma
dengan jaringan 3-0 dan diberikan tiga (3) mata.
Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan
Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di
dalam jadual pertandingan rasmi. Waktu tersebut adalah untuk
panduan sahaja dan perlawanan akan mengikut Bilangan
Perlawanan (Match Number).
Penggantian Pemain
Tiada had penggantian pemain semasa perlawanan (Rolling
Substitution). Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk
semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat
semasa bola dalam permainan :
Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar
melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.
Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki
berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi
hendaklah menunggu sehingga pemain yang diarahkan
keluar telah melintasi garisan tepi.
Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana
pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang
pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.
Tempoh Masa Perlawanan
Peringkat Kumpulan dan Kalah Mati Masa perlawanan adalah 5 minit
x 1 minit (rehat) x 5 minit (Running Time)
Kelewatan
Pasukan akan dikira kalah (walkover) secara automatic jika gagal
menghadirkan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain selepas 2
minit daripada masa perlawanan.
Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya
dengan tiga (3) mata dan jaringan tiga (3) – kosong (0).

Saiz Gelanggang untuk Peringkat Kumpulan dan Kalah Mati
Perlawanan di peringkat Kumpulan dan kalah mati akan dimainkan di
gelanggang Futsal saiz biasa. Masa perlawanan adalah 5 minit x 1
minit (rehat) x 5 minit (Running Time)
Saiz Gelanggang untuk Akhir
Perlawanan akhir akan dimainkan di Gelanggang Futsal saiz FIFA.
Masa perlawanan adalah 7 minit x 1 minit (rehat) x 7 minit (Running
Time)
7. KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN
Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar gelanggang dan
salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga (3) pemain, maka permainan
hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan
lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya yang terbesar.
Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang
diperintah keluar padang kerana pergaduhan akan digantung bermain
sepanjang tempoh kejohanan ini dan akan diserahkan kepada pihak
berkuasa Polis serta merta.
Pemain yang telah menerima kad merah tidak boleh bermain untuk dua (2)
perlawanan seterusnya. Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning
pada perlawanan yang sama dan seterusnya mendapat kad merah, tidak
boleh bermain untuk satu (1) perlawanan seterusnya.
Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan-
perlawanan yang berlainan tidak boleh bermain untuk satu (1) perlawanan
yang berikutnya.

Pengurus Pasukan/Jurulatih bertanggungjawab ke atas disiplin dan
keselamatan pasukan masing-masing termasuk sebelum, semasa dan
selepas pertandingan di arena futsal dan kawasannya.
8. PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS
Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata
bagi seri dan tiada (0) mata bagi pasukan yang kalah.
Dalam pertandingan liga satu pusingan atau peringkat kumpulan,
penentuan pasukan teratas atau pemenang iaitu setelah tamat semua
perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan seperti berikut:
Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira sebagai
pemenang, jika sama Pasukan yang mempunyai jumlah
perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama
Pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya akan
dikira sebagai pemenang.
Jika masih seri juga, tendangan penalti akan dijalankan untuk
menentukan pemenang secara SUDDEN DEATH secara bergilir-
gilir sehingga bertemu dengan pemenangnya.
Bagi perlawanan kalah mati atau perlawanan akhir atau,
penentu pemenang adalah seperti berikut
Jika kedudukan masih seri sehingga tamat perlawanan
sepenuh masa, tiga (3) sepakan penalti akan diberikan kepada
setiap pasukan untuk menentukan pemenang.

Jika masih seri, satu sepakan penalti secara SUDDEN DEATH
akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan
pemenang.
9. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI MENYERAH
KALAH/MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA
Semua pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak
boleh memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawannya
untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung.
Setiap pasukan dimestikan meneruskan permainan dalam semua
perlawanan walaupun telah layak ke pusingan kalah mati.
Sekiranya pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh dimainkan
atau ditangguhkan kerana sebab-sebab luar jangka atau bencana alam,
kekangan kawalan keselamatan perlawanan atau sebab-sebab teknikal
maka Jawatankuasa Teknikal hendaklah memutuskan yang mana
keputusannya adalah muktamad.
Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton,
pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka
kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata
dan jaringan gol 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan.
Menarik diri / Memberi kemenangan percuma :
Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu (1) perlawanan atau
gagal menurunkan minimum lima (5) orang pemain pada masa
permulaan perlawanan atau;
Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau
meninggalkan gelanggang sebelum tamatnya perlawanan, atau;

Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau;
Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam
pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa
Teknikal/Penganjur, Pasukan tersebut terkeluar daripada
pertandingan dan semua keputusan mata atau jaringan
perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira.
10. RAYUAN DAN BANTAHAN
Bantahan bertulis terhadap mana-mana pasukan yang lain mestilah
diserahkan kepada pihak urus setia selepas 15 minit pada sesuatu
perlawanan.
Wang pertaruhan RM500.00 mestilah dikemukakan bersama surat
bantahan tersebut.
Jawatankuasa Teknikal akan melakukan siasatan dan membuat
keputusan terhadap bantahan.
Keputusan Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad.
Wang pertaruhan akan dipulangkan sekiranya bantahan berjaya.
11. LAIN-LAIN HAL
Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang
tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal
perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknikal/Penganjur dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.

Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh mana-mana
undang-undang atau syarat atau peraturan penyertaan dan
pertandingan di dalam ini, maka ianya akan diputuskan berasaskan
prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum tertakluk
kepada keputusan pihak Jawatankuasa Teknikal/Penganjur.
Jawatankuasa Teknikal/Penganjur berhak mengubah mana-mana
jadual, peraturan, syarat dan undang-undang perlawanan secara serta
merta.
12. HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN
Kategori Lelaki
Johan - Wang Tunai RM2,000.00
- Medal
Naib Johan - Wang Tunai RM1,500.00
- Medal
Tempat Ketiga - Wang Tunai RM1,000.00
- Medal
Kategori Wanita
Johan - Wang Tunai RM2,000.00
- Medal
Naib Johan - Wang Tunai RM1,500.00
- Medal
Tempat Ketiga - Wang Tunai RM1,000.00
- Medal

13. PENDAFTARAN
Borang pendaftaran boleh didapati di laman web Puspanita Kebangsaan.
(www.puspanita.org.my)
Tarikh tutup pendaftaran pada 18 Mac 2019 (ISNIN) jam 4.00 petang.
Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Pegawai berikut :-
Encik Azril : 012-4734567
Encik syahfiq : 017-5581470
Encik Shah : 0173048377
Tel (P) : 03-88840300
Fax : 03-88886475
16. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
• Undian dan taklimat pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada :-
Tarikh : 22 Mac 2019 ( JUMAAT )
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PUSPANITAPURI Presint 10
62000 PUTRAJAYA
Setiap pasukan perlu menghantar wakil bagi sesi taklimat dan undian.
17. TARIKH PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dimulakan pada 24 Mac 2019 ( Ahad ) bermula jam
8.00 pagi hingga 5.00 Petang.
18. PENGANJUR
PUSPANITA KEBANGSAAN , “ SELAMAT BERTANDING ”

BORANG PENDAFTARAN PEMAIN
KEJOHANAN FUTSAL
PIALA KSN TAHUN 2019
NAMA PASUKAN/CAWANGAN: ____________________________________________________
NAMA PENGURUS : _____________________________________________________________
NO.HP/TEL : ___________________________________________________________________
BIL NAMA NO.KP KEMENTERIAN/
JABATAN NO.PAS KERJA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Tandatangan Pengurus Pasukan
__________________________
( )
Tarikh:
