susu sekolah

Upload: danial-aiman

Post on 03-Jun-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Susu Sekolah

    1/3

    Program Susu Sekolah ( PSS ) 1

    Razali MokhtarPPG/PJK/2011/06/179

    PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)

    PENGENALAN

    Program Susu Sekolah ( PSS ) adalah satu lagi usaha Kementerian Pendidikan untukmeningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah. Selain

    daripada memastikan murid-murid menerima makanan berzat, program ini juga bertujuan

    menggalakkan tabiat minum susu dalam kalangan murid-murid dari peringkat awal.

    Selaras dengan konsep pensyarikatan Malaysia, program ini dijalankan dengan

    kerjasama enam buah syarikat pengeluar susu tempatan . Satu lagi aspek penting dalam

    program ini ialah komponen pendidikan yang menggalakkan daya kreativiti guru-guru dan juga

    murid-murid dalam penggunaan bahan-bahan terbuang seperti pek, straw dan dulang PSS .

    Berhubung dengan liputan program ini mulai tahun 1989, semua sekolah rendah adalah terlibat

    dengan PSS Oleh itu ia tidak lagi terhad kepada sekolah-sekolah yang bilangan muridnya

    melebihi 200 orang seperti tahun-tahun sebelumnya. PSS ini diusahakan secara berperingkat

    oleh Kementerian Pendidikan yang pada dasarnya pemberian susu dalam program ini adalah

    secara sukarela.

    Program Susu Sekolah ini mengandungi dua skim iaitu :

    a) Skim Susu Percuma yang melibatkan bekalan susu percuma kepada beberapa orang

    murid sekolah yang terpilih.

    b) Skim Susu Bayaran yang melibatkan penyertaan murid-murid sekolah secara sukarela,

    sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.

    Objektif Program Susu Sekolah

    i. Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan

    tabiat sentiasa minum susu.ii. Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf sosioekonomi yang

    rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui skim percuma.

    iii. Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan

    bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah konsep pensyarikatan

    Malaysia.

  • 8/12/2019 Susu Sekolah

    2/3

    Program Susu Sekolah ( PSS ) 2

    Razali MokhtarPPG/PJK/2011/06/179

    Isu-isu Program Susu Sekolah

    Program Susu Sekolah ( PSS ) adalah salah satu Rancangan Makanan Tambahan (

    RMT ) untuk murid-murid sekolah. Murid-murid miskin diberikan susu secara percuma dan

    murid-murid yang mampu membelinya dengan harga subsidi.

    Pada tahun 1995 , seramai 187 murid daripada 4 buah sekolah telah mendapat

    keracunan makanan berpunca dari susu yang dibekalkan . Kes keracunan makanan dalam

    kalangan murid sekolah sering menjadi laporan berita dan dipaparkan dalam akhbar-akkbar

    tempatan. Kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah sama ada melibatkan kantin, dapur

    asrama atau RMT , menyumbang kepada peratusan yang paling tinggi daripada jumlah kes-kes

    keracunan makanan yang berlaku setiap tahun di Negara kita.

    Sepanjang tahun ini sahaja, lebih daripada 10 kes keracunan serius yang membabitkan

    murid-murid sekolah. Majoriti kes-kes yang dilaporkan adalah mengnai kualiti kebersihan susu

    yang tidak dititikberatkan oleh bekalan PSS kelolaan Kementerian Pendidikan .

    Kementerian Pendidikan mengantung serta merta pelaksanaan PSS di sekolah-sekolah

    selepas kes-kes keracunan susu dilaporkan berlaku. Tindakan itu dibuat ekoran berulangnya

    kes-kes keracunan dalam kalangan murid selepas minum susu yang dibekalkan di sekolah

    masing-masing. Selepas di gantung sekali lagi , PSS hanya akan disambung kembali setelah

    para pembekal susu yang dilantik menyediakan surat jaminan bahawa susu yang merekabekalkan ke sekolah-sekolah selamat untuk diminum. Kemungkinan pencemaran itu berlaku

    akibat kaedah penyimpanan susu yang tidak betul oleh pihak sekolah.

    Program PSS membabitkan 560,169 murid di lebih 6000 buah sekolah di seluruh

    Negara dengan peruntukkan ang disediakan oleh Kementerian Pendidikan berjumlah RM23.9

    juta setahun. Setakat ini, terdapat enam pembekal dan tiga pengilang terbabit dalam program

    ini. Stok susu bantuan yang dihantar ke sekolah-sekolah masih di bawah jagaan dan

    tanggungjawab pembekal sehinggalah susu terbabit diagihkan kepada murid-murid. Faktor

    yang dikenalpasti penyebab keracunan makanan adalah tiadanya tempat penyimpanan susu

    yang sesuai di kantin sekolah.

    Langkah Pencegahan

  • 8/12/2019 Susu Sekolah

    3/3

    Program Susu Sekolah ( PSS ) 3

    Razali MokhtarPPG/PJK/2011/06/179

    Berpandukan kepada kurikulum yang sedia ada , didapati bahawa penekanan kepada

    aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan adalah tidak mencukupi dan perlu

    dipertingkatkan dan diberi pendedahan yang lebih dari aspek-aspek :