penyusuan susu ibu_bm

Upload: puan-tg-noorhidayati

Post on 09-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    1/23

    Penyusuan Susu Ibu

    Pengenalan

    Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yangsungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilihnama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barangkeperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya. Satu perkarayang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu sendiri. Ia banyaksekali mendatangkan faedah kepada anda dan bayi.

    Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlahsesuatu yang datang dari naluri. Sama ada anda baru mula berfikir tentangpenyusuan itu atau pernah menyusukan bayi anda sebelum ini, kami bolehmembantu membimbing anda. Kami akan memandu anda, bermula dari

    kehamilan, ketika penyususan sehinggalah kepada menghentikan penyusuan.

    Penyusuan susu ibu: Pemberian semula jadi.

    Bagi sesetengah ibu dan bayi, penyusuan dengan susu ibu berjalan denganlancar sejak dari awal lagi. Tetapi bagi yang lain, ia mungkin mengambil sedikitmasa dan terpaksa mencubanya beberapa kali untuk memperolehi kejayaan.Sesuatu yang baru itu biasanya memerlukan masa dan latihan.

    Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda bolehlah mendapatkan nasihatdari jururawat semasa berada di hospital, berjumpa pakar pediatrik, penasihat

    penyusuan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Mereka bolehmembantu anda.

    Anda harus ingat bahawa asas paling penting kepada kejayaan sesuatupenyusuan itu ialah teknik dan kedudukan semasa penyusuan. Anda perlubanyak bersabar dan berfikiran positif kerana penyesuaian antara anda dan bayiakan mengambil masa. Ingatlah bahawa susu ibu bukan sekadar makanan, ialebih dari itu. Susu ibu mengandungi antibodi penting untuk melawan jangkitandan mempunyai kesan psikologi dan perubatan yang penting kepada kedua-duaibu dan bayi. Penyusuan susu ibu adalah pemberian semula jadi anda kepadabayi.

    Persediaan semasa hamil

    Sesuatu yang paling penting boleh dilakukan untuk memastikan kejayaanmenyusukan bayi ialah membuat persediaan awal semasa kehamilan. Walaupunpenyusuan ini sesuatu yang semula jadi, tetapi ia bukanlah sesuatu yang lahirdari naluri. Dengan menghadiri kelas penyusuan bayi, anda boleh mulamempelajari tentang penyusuan dan hubungan mesra antara anda dan bayi

    1

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    2/23

    ketika melakukan penyusuan itu. Sokongan dari ibu ke ibu yang diberikan olehkumpulan sokongan ibu di kawasan anda atau kaunselor penyusuan ini amatberguna dan berfaedah buat anda. Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, andadapat berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain dan mempelajari lebih lanjutteknik menyusukan bayi dengan betul.

    Adakah saya memerlukan persediaan sebelum menyusukan bayi?

    Semasa kehamilan, anda tidak perlu menjaga puting atau payu dara andasecara khusus. Pastikan coli anda dapat menyokong payu dara dengansempurna. Oleh kerana payu dara anda semakin membesar, anda perlumembeli coli khusus untuk penyusuan yang dapat menyediakan ruang untukpayu dara membesar. Basuh payu dara anda dengan air suam sahaja. Jangangunakan sebarang sabun, losyen atau alkohol kerana ia mungkin mendatangkankerengsaan dan menyebabkan gatal-gatal. Dapatkan pemeriksaan payu daradan puting dari pakar obstetrik atau doktor semasa kehamilan.

    Bagaimana persediaan tubuh badan anda semasa kehamilan?

    Jika anda hamil, secara semula jadi tubuh anda mula bersiap sedia untuk prosespenyusuan. Semasa 4 atau 5 bulan hamil, badan anda sudah berupayamenghasilkan susu. Susu yang pertama dikenali sebagai kolostrum yangmengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Ia juga mengandungibahan yang dapat melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.

    Kolostrum adalah pekat dan berwarna kekuningan atau keperangan. Badananda akan menghasilkan kolostrum selama beberapa hari selepas bersalin

    sehinggalah susu yang telah matang dikeluarkan. Susu ini lebih cair, berwarnaseperti susu dan mula menyesuaikan dengan keperluan bayi sepanjang masapenyusuan. Satu dari sifat-sifat istimewa susu ibu adalah, ia berubah semasaanda menyusukan bayi untuk disesuaikan dengan keperluan bayi yangmembesar.

    Bagaimana susu ibu dihasilkan?

    Semasa hamil, badan akan meningkatkan penghasilan hormon yang dipanggilprolaktin. Hormon ini akan merangsang sel dalam payu dara untuk menghasilkansusu. Jumlah prolaktin ini akan meningkat semasa anda menyusukan bayi. Saiz

    payu dara bukanlah merupakan faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu.Bayi yang sedang menyusu itulah yang mengawal pengeluaran susu. Dengankata lain, semakin kerap anda menyusukan bayi semakin banyak susu akandihasilkan.

    Oksitosin merupakan sejenis hormon lagi yang meningkat ketika kehamilan.Hormon ini menyebabkan sel otot kecil payu dara mengecut dan memerah susu

    2

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    3/23

    keluar dari saluran susu ke puting. Proses ini dikenali sebagai refleks pengaliranturun yang berlaku setiap kali anda menyusukan bayi.

    Soalan Kegemaran

    1. Mengapa susu badan dianggap terbaik?2. Siapakah yang dapat membantu saya?

    3. Adakah saiz penting?

    4. Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan?

    5. Menyusu untuk sebulan sahaja, apakah ini memadai?

    6. Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?

    Mengapa susu badan dianggap terbaik?

    Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahajamenyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan olehbayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat didalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengahpenyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat didalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekalidiserang penyakit/masalah berikut:

    Jangkitan dalam telinga (otitis media)

    Alahan

    Muntah

    Cirit-birit

    Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis

    Meningitis

    Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat

    melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

    Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:

    Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.

    Tidak perlu disediakan.

    3

    http://one/#onehttp://two/#twohttp://three/#threehttp://four/#fourhttp://five/#fivehttp://six/#sixhttp://six/#sixhttp://five/#fivehttp://four/#fourhttp://three/#threehttp://two/#twohttp://one/#one
  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    4/23

    Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yangmencukupi.

    Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotakyang perlu dibuang ke dalam tong sampah.

    Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalinkemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.

    Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:

    Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semulaberat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.

    Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara dikalangan wanita yang belum putus haid.

    Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usialanjut.

    Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapatmenjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayisahaja tidak dapat mencegah kehamilan).

    Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.

    Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyakkebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan

    itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakarkesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lamayang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakananyang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau

    jangkitan.

    Siapakah yang dapat membantu saya?

    Selepas membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri,adalah baik jika anda memperolehi sokongan sosial dari keluarga dan rakan-rakan. Walaupun si bapa tidak dapat merasakan kemesraan yang wujud ketika

    penyusuan, mereka juga berpeluang berkongsi saat-saat indah dan istimewayang lain bersama bayi mereka. Adik beradiknya yang lebih tua boleh membantudengan memegang bayi, menukarkan lampin dan bermain -main dengannya.

    Sebelum bersalin, pelajari seberapa banyak yang boleh mengenai penyusuansusu ibu. Membaca, menonton televisyen atau video mengenai penyusuan danberbincang sesama rakan lain yang pernah menyusukan bayi boleh membantuanda dalam perkara ini. Anda boleh menghadiri kelas mengenai penyusuan susu

    4

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    5/23

    ibu. Kebanyakan hospital, klinik kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan sukarelakesihatan mengadakan khidmat ini. Sumber-sumber seperti yang tercatat dibawah ini boleh juga membantu anda:

    Pakar Obstetrik dan Pediatrik.

    Jururawat/Bidan.

    Kaunselor Penyusuan di hospital yang berhampiran.

    Anggota kesihatan di klinik yang berdekatan boleh membantu andasekeluarga mengenai teknik-teknik penyusuan susu ibu dengan betul.

    Sebelum bayi anda dilahirkan, anda perlu memberitahu doktor bahawa andatelah membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri.Cara yang terbaik untuk memulakan penyusuan bayi adalah selepas 1 jam bayidilahirkan. Semasa anda berada di hospital, anda perlu berada di sisi bayi

    sepanjang masa. Mendampingi bayi setiap ketika dapat membantu menjayakanpenyusuan anda.

    Berbincanglah dengan pakar Obstetrik dan Pediatrik untuk memastikan ubat-ubat yang anda ambil tidak membahayakan bayi anda melalui penyusuan. Walaubagaimanapun, kebanyakan ubat tidak memudaratkan, oleh itu anda tidak perlumerasa risau.

    Antara susu ibu dengan susu formula Adakah saiz penting?

    Saiz payu dara bukanlah suatu masalah. Payu dara yang lebih besar bermakna

    ia mengandungi lebih banyak tisu lemak. Ini tiada kaitannya dengan penghasilansusu. Jarang sekali seseorang wanita itu dilahirkan dengan kekurangan tisuglandular sehingga boleh menjejaskan usahanya untuk menyusukan bayisecukupnya. (Sebenarnya, wanita yang mempunyai payu dara kecil lebih mudahmengaturkan kedudukannya ketika menyusu berbanding mereka yangmempunyai payu dara yang besar).

    Apabila bayi anda dilahirkan, ia pasti akan mendapat susu yang cukup, jika:

    Ia disusukan sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.

    Menjelang hari ketiga, bayi akan membuang air kecil sekurang-kurangnya3 - 4 kali sehari dan air besar sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Padahari ke 6 bayi akan membuang air kecil 6 - 8 kali sehari dan air besar 2-3kali sehari.

    Air kencing berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekatatau berwarna oren.

    5

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    6/23

    Bayi akan kehilangan tidak lebih 10% dari berat badannya semasa lahir,dan memperolehinya semula semasa melakukan pemeriksaan di minggukedua . Selepas itu berat badannya akan stabil.

    Bayi akan tidur lena selepas menyusu dan kelihatan sihat dan ceria.

    Jangan merasa risau semasa menyusukan bayi. Bayangkan yang anda sedangmenyusukan bayi anda dan susu anda mengalir dengan begitu baik. Semuanyaakan berjalan dengan baik.

    Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan?

    Saya sedang mengandung anak yang pertama dan akan bersalin pada bila-bilamasa sahaja. Bagi saya penyusuan susu ibu sangat penting. Saya akanmenyusu bayi saya sepenuhnya dengan susu sendiri dan melakukan yangterbaik untuknya. Dulu ibu saya mencuba penyusuan dengan susunya sendiritetapi beliau tidak mempunyai susu. Apakah saya akan mewarisi masalah yangsama seperti itu?

    Adalah sesuatu yang merisaukan jika kita mendengar cerita yang demikian rupa.Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau beberapa lama bilamengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalindan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikalyang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil.

    Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya.Kebanyakan masalah yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalahsementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susuyang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.

    Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalamkeadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurangdisusukan, menghadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidakbetul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayimenyusu semakin cepat payu dara anda "kosong" dan semakin banyaklah susudihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30-40 minit untuksetiap penyusuan. Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga iasendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

    Beberapa faktor dari ibu yang menyebabkan susu tidak mencukupi ialah sepertimerokok, megambil kafein berlebihan (mengambil lebih dari 5 cawan kopi sehari),penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga.Pendarahan atau turun darah yang serius selepas bersalin, anemia dan begukatau hipotiroidisme (tiroid yang kurang aktif), di samping pembedahan payu dara

    6

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    7/23

    juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu. Jarang sekali terjadi dimana seseorang wanita itu kekurangan tisu glandular.

    Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu.Masalah kesihatan bayi yang menyebabkan keadaan ini perlu dikenal pasti oleh

    doktor. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap (biasanya ia bersifatsementara). Bayi yang dilahirkan dengan frenulum (lipatan membran mukus dibawah lidah) yang pendek atau keras akan menghadapi kesukaran menyususehinggalah keadaan ini diperbetulkan atau kadangkala ia pulih dengansendirinya.

    Menyusu untuk sebulan sahaja, apakah ini memadai?

    Anda tidak perlu merasa terikat untuk menyusukan bayi anda sendiri bagi suatutempoh yang lama, jika itu yang menggusarkan anda. Sebanyak manapun susuibu yang bayi anda perolehi akan memberi faedah kepadanya. Tetapkan satu

    matlamat, contohnya anda ingin menyusu untuk 6 minggu pertama sahaja (jikaini boleh membuatkan anda berasa selesa). Lakukan segala yang mungkindalam tempoh itu untuk memastikan bayi anda memulakan kehidupannya sebaikmungkin.

    Untuk 6 minggu yang pertama itu, elak dari menggunakan susu botol atau putingtiruan. Luangkanlah lebih banyak masa untuk menyusukan dan mendampingibayi anda. Anda mungkin terkejut kerana selepas 6 minggu tersebut anda masihbelum bersedia untuk berpisah dan menghentikan penyusuan susu badan.Nikmati hubungan yang terjalin pada hari ini dan jangan terlalu memikirkan hari-hari seterusnya.

    Hubungilah anggota kesihatan atau kumpulan sokongan ibu yang mungkin dapatmembantu anda.

    Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?

    Puting yang tenggelam bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Sebenarnyaterdapat antara 28-35% dari wanita yang hamil kali pertama mempunyai putingyang tidak timbul dengan sempurna (Hyttch & Baird, 1958; Blaikeley, 1953;Waller, 1946). Kehamilan merupakan tempoh penting perkembangan dantumbesaran payu dara. Bakal-bakal ibu yang dahulunya memiliki puting

    tenggelam atau mendatar kini mungkin mendapati puting mereka mula menonjolapabila menghampiri masa untuk bersalin. Penonjolan dan pembentukan putingakan bertambah baik setiap kali kehamilan dan setiap kali anda melaluipengalaman menyusu anak.

    Apabila anda berada dalam trimester terakhir kehamilan, anda bolehlahmemeriksa puting anda. Tekan areola di bahagian pangkal puting. Denganmenggunakan ibu jari dan jari telunjuk, tekankannya ke dalam dada. Jika puting

    7

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    8/23

    kekal pada kedudukan yang sama dan tidak terjojol, ini bermakna anda memilikiputing yang leper. Tetapi jika tekanan ini menyebabkan puting anda masuk kedalam, ini menandakan puting anda tenggelam. Sebenarnya , kes puting yangbenar-benar tenggelam jarang berlaku.

    Anda boleh terus menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam. Tidaksemestinya anda mesti mempunyai puting yang terjojol baru boleh berjayamenyusukan anak. Bentuk puting ketika rehat tidak menunjukkan setakat manaia akan menonjol ketika bayi menghisapnya.

    Kedudukan yang betul ketika menyusu adalah sangat penting. Sentuhkan bibirbayi dengan puting anda berkali-kali dan tunggu sehingga bayi membukamulutnya dengan luas seperti menguap. Tarik sedikit payu dara anda kebelakang dengan memastikan ibu jari dan jari-jari anda jauh dari areola apabilamulut bayi mula melekap pada payu dara anda. Ini memberi ruang kepada bayimemasukkan seberapa banyak yang boleh bahagian areola ke dalam mulutnya.

    Apabila bayi diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu payu dara dapat dihisapdengan sempurna seolah-olah seperti puting.

    Menyusu bayi dengan puting yang tenggelam kadangkala merupakan satucabaran. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai puting yang tenggelamatau leper lebih mudah terkeliru apabila menghisap. Keadaan ini berlaku apabilaia diberi puting tiruan di awal-awal minggu penyusuannya. Kenapa ini terjadi,penjelasannya adalah mudah. Meletakkan bayi ke payu dara anda selepassahaja ia dilahirkan adalah sangat penting untuk 'mengingatkannya' bentukputing ibunya. Bayi akan menjadi biasa dengan bentuk puting dan payu daraanda. Dalam kebanyakan kes, bayi boleh diletakkan terus ke atas dada anda.

    Biarkan ia menjilat dan menghisap puting anda.

    Bayi yang dibiarkan berbuat demikian sejurus selepas dilahirkan lebih berjayamenghisap susu dari ibunya, walaupun ibu tersebut mempunyai puting susuyang tidak terjojol. Elakkan dari mengguna puting tiruan sehingga penyusuandengan susu ibu telah benar-benar mantap. Jika terpaksa memberi tambahansusu formula, picagari atau cawan boleh digunakan dari awal sementaraberusaha membina hubungan penyusuan antara anda dan bayi. Pastikan andamendapat bantuan dan sokongan dari pihak hospital atau kaunselor penyusuanberkaitan dengan teknik dan kedudukan semasa menyusu sejak dari mula lagi.Dapatkan latihan yang cukup sehingga anda benar-benar mahir tentang teknikpenyusuan ini ketika payu dara anda masih lembut dan mudah dipegang.Amatlah berguna jika anda dapat memerah atau mengepam susu untukbeberapa minit sebelum memasukkan puting anda ke dalam mulut bayi. Ini akanmembantu pengaliran susu yang baik. Memerah susu ke bibir bayi juga dapatmenarik minat bayi anda.

    Pemakanan semasa hamil

    8

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    9/23

    Satu ketika dahulu dipercayai bahawa ibu yang menyusukan bayi memerlukandiet yang berkhasiat dan berkalori tinggi berbanding dengan wanita yang tidakmenyusu bayi. Maka disyorkan setiap wanita yang menyusukan bayi perlumengambil 700-1000 kalori tambahan setiap hari. Hari ini pendapat itu tidak lagiditerima pakai. Seseorang ibu yang menyusu hanya perlu mengambil 200-500

    kalori sahaja setiap hari. Buku Panduan Diet Malaysia menganggarkan 2,550kalori sehari bagi ibu yang menyusu anak sudah mencukupi.

    Selain dari tenaga, ibu yang menyusu juga memerlukan lebih protein, kalsium,asid folik dan vitamin terutama vitamin A, C dan B. Seseorang ibu yang menyusubayi perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Pilihlah makanandari bahan semula jadi dan dalam keadaan yang baik dan pastikan sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran diambil setiap hari.Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses atau makanan dalam tin.Adalah penting bagi ibu-ibu baru mempunyai snek yang berkhasiat dan bolehterus dimakan kerana mereka sering letih dan tidak berupaya untuk

    menyediakan sesuatu khusus buat mereka. Makanan yang baik untuk sajianharian adalah juga baik dimakan ketika menyusu bayi.

    Untuk mendapatkan semua zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan, dibawah ini disenaraikan semua makanan yang perlu diambil setiap hari:

    Jenis makanan Sajian/sehari

    Makanan untuk tenaga1 saiz sajian: 1 cawan nasi/bihun/mi 2 keping roti, 6 kepingbiskut 2 biji kentang

    6

    Makanan protein1 saiz sajian: 1 ketul ayam, 1ekor ikan kembung bersaizsederhana, 2 keping tempe/tauhu 2 biji telur, 1 cawankekacang kering/lentil

    5

    Susu dan hasil tenusu1 saiz sajian: 1 gelas susu = cawan dadih 1 keping keju

    2-3

    Sayur-sayuran1 saiz sajian: = cawan sayur yang dimasak 2-3 atau lebih

    Buah-buahan1 saiz sajian: 1 biji pisang/oren = biji buah jambu batu, 1keping betik/nenas/tembikai

    2-3 atau lebih

    9

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    10/23

    Cecair Air, jusSekurang-kurangnya 8 gelas

    Bagaimana diet yang diambil mempengaruhi kualiti susu anda?

    Kualiti pemakanan yang terkandung di dalam susu ibu pada amnya sentiasamencukupi, dan jarang dipengaruhi oleh keadaan ibu, walaupun kalori danpengambilan pemakanan ibu tidak mencukupi. Jawatankuasa Taraf PemakananSemasa Mengandung dan Laktasi dari The Institute of Medicine, " tersangatkagum dengan bukti bahawa ibu masih mampu menghasilkan susu yangmencukupi dari segi jumlah dan kualitinya untuk menyokong dan menggalakkantumbesaran dan kesihatan bayi, walaupun bekalan nutrien dan tenaga untuk ibuitu terhad." (1991)

    Ini tidak bermakna kita tidak perlu menggalakkan ibu-ibu mengambil makananmengikut selera mereka dan mendapatkan sekurang-kurangnya 1800 kalorisehari. Pada dasarnya, seseorang ibu yang menyusu bayi perlu mengambilmakanan yang seimbang dan berkhasiat. Sebenarnya, kebanyakan ibu telahlama bersedia sejak mereka hamil lagi untuk menyusukan bayi. Kita perlu ingatbahawa seseorang ibu itu tidak perlu terlalu sempurna pemakanannya semata-mata untuk membolehkannya menyusu.

    Adakah anda perlu pantang mengambil makanan tertentu?

    Kebanyakan ibu tidak perlu mengubah makanan berkhasiat yang mereka ambilketika menyusu. Makanan yang 'baik' dan 'tidak baik' ketika menyusukan bayiselalunya lebih berasaskan kepada sesuatu budaya daripada keperluan fisiologiitu sendiri. Contohnya, di kalangan kaum Red Indian bawang putih dikatakansangat baik untuk penyusuan tetapi di kalangan ibu-ibu berbangsa Amerikamenganggap bawang putih tidak baik dan akan mengelak dari mengambilnyaketika menyusu.

    Sensitif terhadap makanan

    Kadangkala bayi yang menyusui susu ibu bertindak balas terhadap sesetengahmakanan yang dimakan oleh ibunya. Anda boleh perhatikan bahawa selepasmengambil makanan yang berempah atau makanan yang bergas, bayi andaakan menangis atau meragam. Oleh kerana bayi yang mengalami kolik atausakit dalam perut juga menunjukkan gejala yang sama, cara yang terbaik untukmembezakannya ialah dengan memerhatikan berapa lama gejala itu berlanjutan.Jika ia disebabkan oleh makanan, gejala selalunya lebih singkat, berakhir dalammasa kurang dari 24 jam. Tetapi jika ia disebabkan oleh kolik ia akan berlakusetiap hari dan selalunya berlanjutan sehingga beberapa hari atau beberapaminggu.

    10

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    11/23

    Jika bayi anda mendapat gejala tersebut setiap kali anda mengambil makanantertentu, lebih baik sahaja anda berhenti mengambil makanan tersebut. Jikaanda mempunyai sejarah keluarga menghidapi alahan, termasuklah asma danpenyakit kulit tertentu, anda perlulah elakkan dari mengambil hasil tenusuataupun makanan lain yang menimbulkan alahan ketika anda menyusu bayi.

    Anda haruslah berbincang dengan petugas kesihatan jika ingin menukar dietanda, supaya mereka dapat memastikan semua keperluan nutrien andadiperolehi. Sesetengah bayi tersangat sensitif terhadap makanan tertentu didalam diet ibunya. Anda tidak harus mengambil tindakan sewenang-wenangnyauntuk menghadkan diet anda melainkan ada sebab-sebab tertentu yangmengganggu bayi anda. Jika bayi anda terlalu sensitif terhadap penyusuan yanganda berikan, ini mungkin disebabkan protein asing yang terdapat dalam susuibu. Dalam kes ini, cuba elakkan dari makanan tertentu yang anda syakibertanggung jawab terhadap masalah ini, sekurang-kurangnya selama seminggu(jangan lupa untuk membaca semua label makanan). Jika anda dapati tiadasebarang perubahan, anda boleh mengambil semula makanan itu. Cuba ambil

    makanan lain sekiranya ia merupakan penyebabnya. Mungkin berguna jika andamenyimpan rekod makanan yang anda ambil dan tindak balas bayi terhadapmakanan ini. Ia akan membantu menyelesaikan masalah ini.

    Hasil tenusu: Dalam beberapa kes kecil, ada ketikanya bayi mendapat alahanakibat susu lembu yang terdapat dalam diet anda. Gejala yang mungkin timbuluntuk beberapa minit atau beberapa jam selepas menyusu ialah cirit-birit, ruam,meragam dan kembung.

    Untuk mengetahui sama ada bayi anda mengalami alahan atau pun tidakterhadap hasilan ini, hentikan semua produk tenusu dalam diet anda untuk

    selama 2 minggu. Kemudian ambilnya semula satu persatu setiap hari ke dalamdiet anda. Saksikan tindak balas bayi terhadapa bahan-bahan ini. Anda pastimendapat jawapannya.

    Makanan lain yang diambil yang boleh menyebabkan bayi mengalami alahantermasuklah telur, kacang tanah dan kekacang, gandum, soya, jagung, tomato,bawang, kubis, rempah, makanan laut, buah oren dan jusnya serta coklat.

    Kopi: Cuba elakkan kafein atau kurangkan pengambilannya ketika andamenyusukan bayi. Kafein akan terkumpul dalam sistem tubuh bayi kerana bukanmudah untuk menyingkirkannya.. Jika meminum secawan kopi di waktu pagitidaklah begitu memudaratkan bayi anda, tetapi terlalu banyak kafein bolehmenimbulkan masalah seperti sukar tidur, gementar, kerengsaan dan kurangmenyusu. Anda bolehlah mengambil kopi tanpa-kafein dan juga teh. Elak darimengambil minuman kola serta lain-lain minuman berkarbonat yangmengandungi kafein tambahan.

    11

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    12/23

    Alkohol: Elak dari mengambil alkohol semasa menyusu anak anda kerana iaboleh menyerap ke dalam susu ibu. Jika anda memilih untuk mengambil alkohol,minumlah selepas anda menyusukan bayi.

    Merokok: Jangan merokok semasa sedang menyusu bayi atau merokok

    berdekatan dengan anak-anak anda. Perokok pasif di kalangan kanak-kanakadalah merbahaya, terutamanya di kalangan bayi. Ia boleh meningkatkan risikosindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

    Pada dasarnya, ambillah makanan yang terbaik dan berkhasiat setiap hari ketikaanda menyusukan bayi.

    Ubat-ubatan

    Kebanyakan ubat adalah selamat diambil semasa menyusu bayi, tetapi terdapatbeberapa jenis ubat yang boleh memudaratkan bayi. Untuk mendapatkan

    kepastian ini, beritahu doktor atau pakar pediatrik yang anda menyusu bayidengan susu badan. Dapatkan pengesahan untuk semua jenis ubat termasuklahubat yang dibeli sendiri. Anda boleh mengambil ubat anda sebaik sahaja selesaimenyusukan bayi. Sesetengah pil perancang keluarga juga boleh mendatangkankesan terhadap penghasilan susu, tetapi kesan yang dialami berbeza dariseorang wanita ke seorang yang lain. Ia juga bergantung kepada jenis pil yangdiambil. Berbincanglah dengan doktor anda.

    Teknik penyusuan susu ibu

    Permulaan awal

    Menyusu bayi perlu dimulakan secepat mungkin sejurus selepas bayi dilahirkan.Kajian telah menunjukkan bahawa dalam masa 2 jam selepas kelahiran, bayiberada dalam keadaan peka yang disertai dengan refleks hisapan yang kuat.Pada masa inilah bayi tidak sabar untuk berada dalam pelukan anda di sampingmenggesel dan menjilat puting anda. Dia mungkin ingin terus menyusu dan akanmelekap pada payu dara anda untuk merasakan kenikmatan susu yang pertama(kolostrum).

    Penyusuan awal ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dan ia membantuke arah satu permulaan yang baik. Memulakan penyusuan lebih awalmemanglah baik tetapi dalam keadaan tertentu ianya tidak dapat dilakukan dananda tidak boleh memaksa bayi anda untuk menghisap susu anda. Jika ini terjadianda tidak perlu merasa kecewa. Terdapat ramai ibu yang lewat memulakanpenyusuan susu badan tetapi akhirnya berjaya menjalin hubungan yang baikdengan bayi mereka. Teruskan memberi bayi anda peluang untuk menyesuaikandiri dengan kemahiran baru ini.

    12

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    13/23

    Penyusuan pertama selepas kelahiran

    Selepas sahaja bersalin, letakkan bayi anda ke dada atau di atas perut anda,bersentuhan kulit ke kulit. Bayi sebenarnya sangat peka terhadappersekitarannya selepas dilahirkan, dan mereka juga selalunya lapar. Penyusuan

    pertamanya boleh diberi dalam masa 30 minit hingga sejam selepas dilahirkan.Susu manusia yang awal memberi perlindungan yang baik terhadap sebarang jangkitan. Susu ibu dapat membekalkan zat-zat makanan atau nutrien kepadabayi untuk mencegah paras gula yang rendah di dalam darah. Rasa awal susuyang dihisap itu akan merangsang bayi untuk menyusu dengan lebih baik padamasa akan datang.

    Jika anda bersalin dengan normal, anda boleh menyusukan bayi di katil atau diatas kerusi dengan cara seperti berikut:

    Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.

    Dukung bayi dengan kepalanya berada di atas lengan anda. Sokongdengan lembut belakang badan dan punggung bayi.

    Ketika menyusukan bayi dengan cara ini, pastikan keseluruhan tubuh bayimenghala ke badan anda dan bukan ke arah siling.

    Jika anda melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean, anda bolehlahmenyusu seperti berikut:

    Duduk dan letakkan satu atau dua biji bantal tambahan untuk menyokongbayi dan melindungi luka pembedahan anda.

    Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.

    Gunakan teknik kedudukan mengiring dan pastikan anda sentiasa dalamkeadaan selesa.

    Jangan merasa malu untuk mendapatkan pertolongan semasa mula menyusukali pertama. Anda perlu melalui beberapa sesi penyusuan sebelum dapatmenguasai kemahiran ini.

    Tinggal sebilik dengan bayi anda (Rooming-in)

    Apabila bayi diletakkan bersama-sama anda dalam satu bilik selepas bersalin, iamemberikan banyak masa dan peluang untuk anda berlatih menyusukannya.Amalan tinggal bersama bayi ini telah terbukti boleh menyumbang kepadakejayaan sesuatu penyusuan. Jika anda menghadapi kesukaran, berjumpalahpenasihat penyusuan atau jururawat. Semasa berada di hospital, anda perlumemaklumkan jururawat atau bidan supaya tidak memberi makanan lain (susuformula atau air) atau puting sedut kepada bayi anda. Susu formula dan air tidak

    13

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    14/23

    perlu diberi. Ia boleh mengelirukan bayi kerana bayi sedang belajar menyusususu ibunya.

    Menyusu bayi lebih awal dan kerap

    Bayi anda perlu disusukan sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam. Menyusubayi lebih awal dan kerap dapat menbantu melembutkan payu dara danmemudahkannya untuk dipegang. Ia juga membantu mengurang atau mencegahpayu dara dari membengkak. Awasi tanda-tanda bayi lapar seperti bunyimenghisap atau pergerakan bibir, pergerakan mata yang cepat ketika tidur danperubahan riak wajahnya. Cuba ramalkan rasa lapar bayi anda melalui tanda-tanda ini. Menyusu berpandukan isyarat ini membantu menghasilkan lebihbanyak susu. Lebih kerap bayi anda menetek lebih banyak susu akan dihasilkan.

    Bagaimana saya perlu menjaga payu dara saya semasa menyusukan bayi?

    Menjelang hari ketiga atau keempat penyusuan , susu anda akan bertukar darikolostrum kepada susu yang kelihatan seperti susu skim. Payu dara akanbertukar dari lembut kepada pejal. Jika puting meleleh, gunakan pad atau saputangan yang bersih, masukkan ke dalam coli untuk menyerap susu yang meleleh.Pastikan ia ditukar selalu. Jangan menggunakan pad plastik kerana iamenghalang peredaran udara di sekeliling puting. Semasa menyusu, lapkanputing. Ini akan mengurangkan rasa gatal dan kerengsaan. Anda boleh perahsedikit kolostrum dan sapukannya ke puting atau gunakan susu atau lanolinuntuk mengelaknya dari kekeringan.

    Melekap

    Menyentuh puting anda ke tengah bibir bayi akan merangsang bayi untukmembuka mulutnya dengan luas. Apabila keadaan ini berlaku, cepat-cepat tarikbayi terus ke puting dan areola anda. Ingat bahawa apabila bayi telah melekappada payu dara anda, putting dan sebahagian besar kawasan areola sepatutnyaberada di dalam mulutnya. Bibir dan gusi bayi seharusnya berada di sekelilingareola dan bukannya di atas puting. Ini menunjukkan betapa pentingnya bayimembuka mulut dengan luas. Anda boleh membantu bayi untuk melekapbibirnya ke payu dara anda. Letakkan jari penunjuk di bawah payu dara dan ibu

    jari di bahagian atas (di belakang areola). Pastikan kedudukan bayi anda betul-

    betul di paras payu dara anda. Pastikan juga jari anda jauh dari areola supaya iatidak menghalang bayi melekapkan mulutnya ke payu dara. Kali pertama bayimenghisap anda akan terasa tarikan/sentakan pada payu dara. Jika anda terasasakit, seperti dicubit kemungkinan bayi salah melekap. Masukkan jari anda dipenjuru mulut bayi untuk membuka lekapan, betulkan kedudukan bayi dan cubasekali lagi. Ia mungkin memerlukan beberapa percubaan. Jika puting anda tidakluka atau bermasalah, penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan. Jika sakit,

    14

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    15/23

    pelekapan mulut bayi mungkin tidak betul dan anda perlu memperbetulkannyasemula.

    Kedudukan lekapan adalah sangat penting kerana ia:

    Memudahkan pengaliran susu

    Mengelak puting dari membengkak.

    Memuaskan kehendak bayi anda.

    Merangsang bekalan susu yang banyak.

    Menolong mencegah payu dara dari terlalu penuh (menjadi bengkak).

    Bayi menggunakan bibir, gusi dan lidah untuk menghisap susu keluar dari payudara. Proses ini dikenali sebagai penyusuan. Dengan hanya menghisap putting,

    susu tidak akan keluar sebaliknya ia boleh menyebabkan puting terasa sakit.Kebanyakan bayi akan menghisap dengan aktif sekali jika mereka lapar danberada pada kedudukan yang betul.

    Untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran sehingga mencapai umur 4bulan, bayi yang diberi susu ibu tidak sepatutnya diberikan makanan lain (air, airgula, susu formula dan sebagainya) melainkan atas sebab-sebab perubatan.Bayi yang disusukan secara berkala dan dengan berkesan akan mendapatsegala bekalan zat-zat makanan atau nutrien dan air dari susu ibunya.Sesetengah pengkaji mendakwa jika botol dan puting sedut diberikan kepadabayi ia boleh menyebabkan bayi kekeliruan puting dan ini mengganggu proses

    penyusuan susu ibu.

    Apakah yang dimaksudkan dengan proses pengaliran susu (let-down )?

    Refleks pengaliran susu berlaku setiap kali anda menyusu bayi. Kali pertamaanda menyusukan bayi, refleks ini akan mengambil masa beberapa minit.Selepas itu refleks ini akan berlaku lebih cepat, selalunya dalam masa beberapasaat sahaja. Tanda-tanda pengaliran susu adalah berbeza-beza dari seorang ibuke ibu yang lain. Kadangkala, apabila bayi anda mula menghisap, anda mungkinakan terasa seperti tercucuk, berdenyut atau kesakitan dalam payu dara.

    Ataupun susu mula menitis dari payu dara yang sebelah lagi. Perasaan ini danlelehan susu yang berlaku merupakan refleks pengaliran susu. Ini bermaknabadan sedang memudahkan bayi untuk menghisap susu. Anda mungkin terasakekejangan yang kuat dalam rahim ketika susu mengalir turun. Hormon oksitosinyang merangsang penghasilan susu akan menyebabkan otot-otot pada rahimmengecut. Proses penyusuan membantu mengembalikan rahim ke saiz asalnya.Kekejangan ini merupakan satu proses yang normal dan ia sebenarnya

    15

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    16/23

    menandakan satu penyusuan yang berjaya. Kekejangan ini akan hilang dalammasa seminggu atau lebih.

    Untuk membantu proses pengaliran susu berjalan lancar, ikuti petua-petua ini:

    Duduk di kerusi dengan selesa di samping menyokong tangan danbelakang anda dengan baik. Kebanyakan ibu mendapati kerusi berayunsangat sesuai.

    Pastikan kedudukan bayi selaras dengan payu dara anda. Kedudukanyang betul merupakan satu dari faktor-faktor penting yang menentukankejayaan sesuatu penyusuan itu.

    Mendengar muzik yang menenangkan fikiran dan meminum minumanyang berkhasiat menjadikan penyusuan sesuatu yang menyeronokkan.

    Jangan merokok, meminum alkohol atau mengambil dadah terlarang.

    Kesemua ini mengandungi bahan yang boleh mengganggu pengaliransusu dan mempengaruhi kandungan susu ibu. Ianya memudaratkan andadan bayi.

    Pakai coli untuk penyusuan dan pakaian yang memudahkan penyusuan.Coli untuk menyusu boleh dibuka di bahagian depan untuk mendedahkanputing dan sebahagian dari payu dara anda.

    Jika keadaan di rumah terlalu sibuk, cari satu ruang atau tempat yangsunyi terlebih dahulu sebelum memulakan penyusuan supaya anda tidakdiganggu. Kadangkala hanya dengan memikirkan bayi anda akan

    memulakan pengaliran susu.

    Kesakitan semasa pengaliran susu

    Selalunya, di peringkat permulaan penyusuan sesetengah ibu mengalamipengaliran susu atau refleks pancutan susu (milk ejection reflex - MER) ataurefleks pengaliran susu yang kuat. Oleh kerana kebanyakan ibu mengalamirefleks ini semasa penyusuan, ia boleh menjadikan penyusuan sebagai sesuatuyang tidak selesa.

    Refleks pengaliran susu yang kuat ini berlaku disebab oleh bekalan susu yang

    terlalu banyak. Jika bekalan yang banyak ini menimbulkan masalah penyusuanyang lain seperti bayi enggan menyusu, atau tersedak dan tercekik semasamenyusu, anda boleh berusaha mengurangkan bekalan susu selaras dengankeperluan bayi. Contohnya, seperti menyusukan bayi dengan sebelah payu darasahaja bagi setiap kali penyusuan dan memerah susu dari payu dara yangsebelah lagi, akan dapat mengurangkan masalah ini.

    16

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    17/23

    Susui bayi lebih kerap. Apabila payu dara telah sarat dengan susu, ibu mungkinmengalami lebih banyak refleks pengaliran susu yang menyakitkan. Gunakanpenuam panas dan lembap untuk meredakan kesakitan. Ini boleh dilakukansebelum atau semasa penyusuan.

    Seriawan kelenjar duktus boleh menjadi salah satu dari punca kesakitan yangmendalam pada payu dara. Walau bagaimanapun anda tidak boleh menentukanmasalah ini secara sendirian. Jika langkah-langkah yang disebutkan di atas tidakmelegakan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.Adalah penting untuk mengetahui penyebab kesakitan pada payu dara ini dan iaperlu diatasi. Penyusuan seharusnya memberikan anda keselesaan.

    Kedudukan Penyusuan

    Langkah berikut ini menerangkan cara memegang bayi dengan betul supaya ia

    dapat menghisap susu dengan banyak dan mengelakkan puting dari kesakitan.

    1. Betulkan kedudukan anda. Adalah lebih mudah jika anda dapat dudukuntuk memulakan penyusuan. Duduklah di atas katil, kerusi menyandaryang selesa atau kerusi goyang. Gunakan bantal untuk mengampubelakang anda, di bawah siku dan di atas peha untuk menyokong bayi.Lapikkan dengan bantal atau kusyen yang lembut untuk meninggikansedikit lutut anda. Anda perlu bertenang dan relaks tanpa menegangkanmana-mana otot.

    2. Betulkan kedudukan bayi. Bayi seharusnya baring mengiring menghalake badan anda. Kepalanya hendaklah diletak dalam pelukan andamanakala belakangnya diampu dengan lengan dan pegang punggungatau paha atasnya dengan tangan anda. Kepala, bahu dan pingganghendaklah diluruskan. Bayi harus dipegang di paras payu dara untukmembolehkan anda membongkok sedikit dan tidak menyukarkan bayiuntuk mencapai puting anda. Meletakkan bantal di atas riba anda akanmengurangkan masalah ini.

    3. Hulurkan payu dara anda kepada bayi. Genggam payu dara andadengan tangan dan diampu oleh jari-jari anda di bahagian bawahnya danibu jari di atas. Ibu jari dan jari telunjuk anda sepatutnya membentukseperti huruf 'C'. Pastikan jari-jari anda jauh dari areola.

    4. Galakkan bayi anda melekap dengan betul. Sentuhkan puting ke bibirbayi beberapa kali. Jika bayi berpaling ke arah lain, cuitkan pipinya yangdekat dengan anda perlahan-lahan. Bila ia memandang ke arah anda,sentuhkan bibirnya semula dengan puting sambil bercakap-cakap danmenggalakkan bayi membuka mulutnya. Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat ajukan puting ke tengah mulutnya dan rapatkan badannya ke badananda. Adalah penting untuk anda menarik bayi rapat kepada anda dan

    17

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    18/23

    bukan sebaliknya. Anda perlu melakukan percubaan ini beberapa kalisehinggalah reaksi bayi bersesuaian dengan tindakan anda untukmemastikan proses pelekapan ini berjalan lancar. Jika bayi gagalmenyusu dengan betul, anda mungkin terpaksa berhenti dan memujuknyasebelum mencuba sekali lagi.

    5. Teknik hisapan yang berkesan. Untuk menghisap dengan berkesan,bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting kedalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untukmengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnyamelepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan putingterletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklahdirapatkan ke badan anda sehingga hujung hidungnya menyentuh payudara anda. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas,perbetulkannya dengan mengangkat payu dara anda sedikit atau menarikbayi lebih rapat ke badan anda.

    6. Kesakitan puting. Jika bayi melekap dan menghisap dengan betul andatidak sepatutnya terasa sakit. Jika bayi tidak menghisap dengan betul atauanda terasa sakit, penyusuan perlu dihentikan sekejap. Kemudianmulakannya semula. Masukkan jari anda ke dalam mulut bayi (di sisi yangmenekan payu dara) untuk menghentikan hisapan atau menarik pipi bayidengan lembut. Jangan biarkan bayi terus menghisap dengan cara yangsalah kerana ini akan menyebabkan puting anda membengkak dan corakhisapan yang tidak betul ini menjadi sukar untuk diperbetulkan kemudiannanti. Jika puting masih terus membengkak dan sakit, kemungkinan iadisebabkan oleh hal-hal berikut:

    o Jangan biarkan bayi menghisap puting anda, ini bukan cara yangbetul. Pastikan bayi membuka mulutnya dengan luas supaya putingdapat masuk ke dalam mulutnya. Apabila bayi mencengkam terlalukuat ketika hendak mula menghisap, tekan rahang bawahnyadengan jari sambil menolak turun dagunya. Minta bayi andamembuka mulutnya dengan suara yang jelas dan tegas.

    o Jika puting anda masih sakit, tarikkan bibir bawah bayi semasa iamasih menghisap dan periksa sama ada lidahnya terletak di antarabibir bawah dengan payu dara anda ataupun tidak. Jika tidak dapatmelihat lidahnya, bayi mungkin sedang menghisapnya bersama-

    sama puting anda. Lepaskan bayi dari penyusuan dan mulakanprosedur ini semula. Pastikan mulut bayi dibuka dengan luas danlidahnya berada di bawah puting ketika melekap.

    7. Cara menghisap dengan berkesan. Kebanyakan bayi mengetahui caramenghisap dengan betul sejak mereka dilahirkan. Sesetengah darimereka yang lain mengambil masa untuk belajar dan memerlukanpanduan tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Ia memerlukan

    18

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    19/23

    keselesaan dan kesabaran yang tinggi. Tetapi apabila bayi mulamenghisap dengan penuh bertenaga, anda akan terasa puas apabilamerenungnya. Ketika ini, otot-otot di mukanya akan bekerja lebih kerassehingga telinganya kelihatan bergerak-gerak. Anda dapat melihatkekuatan otot rahangnya dan dapat mendengar bunyi ia menelan. Apabila

    bayi telah kenyang, ia kembali tenang, dan hisapan diperlahankan, danhanya menelan sedikit demi sedikit. Dia kelihatan sedang dilamunkenikmatan berada dalam pangkuan ibunya.

    Isu-isu penyusuan yang lain

    Masa

    Biarkan bayi anda menghabiskan hisapan dari sebelah payu dara dahulusebelum menukarkan kepada payu dara sebelah lagi. Ini memberinya peluanguntuk menikmati susu akhir yang penting untuk tumbesaran. Biarkan penyusuan

    itu berakhir apabila bayi melepaskan payu dara anda dengan tenang dan puas.Pastikan anda menyusukan bayi sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalammasa 24 jam. Susu ibu mudah dihadam dan bukanlah mustahil jika bayi andaterasa lapar semula dalam masa satu atau satu setengah jam kemudian.

    Berapa banyakkah yang dikatakan cukup?

    Kebanyakan ibu merasa risau sama ada bayinya telah menyusu dengan cukupataupun tidak. Terdapat beberapa cara untuk mengetahuinya. Salah satudaripadanya ialah jumlah lampin yang basah dalam sehari.

    Pastikan ia telah membasahi sekurang-kurangnya 6 lampin sehari dengan airkencingnya berwarna kuning pucat, bermula sekitar hari ke 3 atau ke 4 selepaskelahiran. Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari(mungkin sekali selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu yangpertama). Pada minggu pertama selepas kelahiran, bayi anda sekurang-kurangnya membuang air besar sebanyak 2 kali sehari. Kemudian meningkatkepada sekurang-kurangnya 5 kali sehari apabila berusia 1- 4 minggu. Semakinmeningkat usia bayi semakin kurang ia membuang air besar dan kadangkalatidak membuang langsung untuk beberapa hari. Najis bayi yang menyusudengan susu ibu kurang berbau berbanding bayi yang menyusu dengan susuformula.

    Pola atau corak penyusuan bayi juga sangat penting sebagi tanda ia menetekdengan secukupnya. Bayi yang baru lahir akan menyusu setiap 11/2 hingga 3

    jam dalam masa 24 jam. Jika bayi tidur dengan nyenyak untuk selama lebih 4 jam dalam dua minggu yang pertama selepas kelahiran, kejutkannya untukdisusui. Adalah penting bayi melekap dengan betul semasa menyusu (LihatMelekap). Dengarkan bunyi tegukan untuk mengetahui yang bayi anda menelan

    19

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    20/23

    susu dan bukan hanya menghisap. Juga perhatikan gerakan rahang yangperlahan dan mantap semasa menghisap susu.

    Bayi anda sepatutnya memperolehi berat badan yang stabil selepas minggupertama kelahiran. Pada minggu pertama, sesetengah bayi kehilangan berat

    badan beberapa auns tetapi memperolehinya semula di akhir minggu kedua.Doktor atau jururawat akan mengambil ukuran berat badan bayi anda setiap kalilawatan. Ingat bahawa bayi anda mungkin lebih kerap menyusu semasapertumbuhannya memuncak.

    Tanda-tanda bayi mendapat susu yang mencukupi:

    Sekurang-kurangnya 6 lampin basah setiap hari dan membuang air besaryang cair berwarna kekuningan 2- 5 kali sehari. Ini bergantung kepadaumur bayi.

    Pastikan najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.

    Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.

    Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuningpekat atau jingga.

    Tidurnya nyenyak, bayi kelihatan cergas ketika bangun tidur.

    Adakah saya perlu memberi air?

    Kebanyakan bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air, vitamin, atau

    ferum selama 6 bulan yang pertama. Susu ibu menyediakan semua cecair danzat-zat makanan yang diperlukan oleh bayi untuk terus sihat. Apabila umur bayimencapai 6 bulan, anda boleh mula memperkenalkan makanan yang kayadengan ferum.

    The American Academy of Pediatrics dan The American Academy of PediatricDentistry telah mengesyorkan, bayi yang menyusu susu ibu (mahupun bayi yangmenyusu dengan susu botol) tidak perlu diberi florida tambahan untuk 6 bulanpertamanya. Selepas berumur 6 bulan, berjumpalah pakar pediatrik untukmengetahui sama ada anda perlu memberinya florida tambahan. Jika bayi andatidak boleh atau enggan menyusu atau anda menghadapi masalah menyusukan

    bayi, adalah penting berjumpa doktor atau pakar pediatrik secepat mungkin.Keengganan menyusu mungkin disebabkan penyakit yang memerlukanperhatian segera.

    20

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    21/23

    Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyusukan bayi?

    Sesetengah bayi hanya menyusu selama 10 minit dari setiap payu dara,manakala yang lainnya lebih lama. Sesetengah bayi masih menghisap walaupunmereka kelihatan seperti tertidur. Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau

    anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannyadengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekappada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.

    Menyusu dengan kedua-dua payu dara

    Apabila anda menyusu, selang-selikan antara kedua-dua payu dara anda (andaboleh meletakkan tanda pada coli untuk mengingatkan sebelah mana yang telahdihisap sebelum ini). Sememangnya anda ingin kedua-dua payu dara dihisapsama rata, tetapi sesetengah bayi mungkin hanya lebih suka kepada satu payu

    dara sahaja dan menetek lebih lama di sebelah itu. Jika ini terjadi, payu daraanda akan menyesuaikan keadaan mengikut keperluan bayi. Ingat bahawa bayiandalah yang mengawal berapa banyak susu yang perlu dihasilkan. Oleh yangdemikian, adalah penting anda menyusukan bayi dengan kedua-dua belah payudara supaya kedua-duanya mendapat rangsangan yang cukup untukmenghasilkan susu. Lama-kelamaan anda akan mengetahui pola penyusuanbayi anda yang sebenar. Setiap bayi mempunyai caranya yang tersendiri.Sesetengahnya cepat dan sesetengahnya lambat. Memahami corak atau polapengambilan susunya akan memudahkan anda menentukan sama ada bayianda lapar, kenyang, kekerapannya menyusu dan berapa lama masa yangdiperlukan untuk setiap penyusuan.

    Muntah susu, tersedu dan lain-lain reaksi

    Muntah susu atau jeluak merupakan tindak balas biasa yang terjadi di kalanganbayi semasa atau selepas menyusu. Sesetengahnya lebih mudah muntahberbanding dengan yang lain. Anda tidak perlu risau apabila bayi anda muntah.Tidak seperti bayi yang meminum susu formula, muntah yang dikeluarkan olehbayi yang menyusu dengan susu ibu tidak begitu berbau dan tidak melekat padakain atau linen. Jika bayi anda selalu muntah susu, lakukan perkara berikut:

    Cuba menyusu dalam keadaan yang tenteram, tenang dan

    menyeronokkan. Elakkan dari sebarang gangguan, bunyi bising, cahaya yang terlalu terang

    dan gangguan-gangguan lain.

    Sendawakan bayi sekurang-kurangnya 2 kali semasa menyusu.

    Pegang bayi anda tinggi sedikit semasa menyusu.

    21

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    22/23

    Pegang dan tegakkan selepas menyusu.

    Jangan menggomol atau bermain dengan lasak bersama bayi selepassahaja menyusukannya.

    Jika bayi anda muntah berulang kali, terutama jika muntahnya keluar memancut-mancut, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Kebanyakan bayi akantersedu dari masa ke semasa. Jika ini berlaku, anda masih boleh meneruskanpenyusuan kerana sedu akan berhenti dengan sendirinya.

    Hubungan penyusuan dan penyesuaian selepas bersalin

    Peringkat awal selepas bersalin atau postpartum merupakan saat berlakunyaperubahan besar. Anda mungkin mengambil masa beberapa minggu untukmerasa selesa menjaga dan menyusukan bayi anda sendiri. Mengurangkanaktiviti-aktiviti luar di sepanjang tempoh yang mencabar ini membolehkan andamendapat rehat yang diperlukan. Anda dan bayi akan dapat menjalinkanhubungan penyusuan yang mesra. Berbekalkan persediaan, maklumat sertasokongan yang baik, kebanyakan ibu yang menyusukan bayi akan dapatmenghadapi saat-saat selepas bersalin dengan baik. Jika tidak, dapatkanbantuan dari jururawat atau badan-badan sokongan sosial yang ada di tempatanda.

    Bekalan susu yang terlalu banyak

    Sesetengah ibu menghasilkan susu terlalu banyak dan berlebihan. Bekalan yangberlebihan boleh menimbulkan banyak masalah sampingan ketika menyusu.Bayi mungkin agak cerewet semasa menyusu, melepaskan hisapan terutamasemasa susu memancut keluar. Kadangkala mereka tersedak dan tercekik ketikamenyusu. Mereka kelihatan lapar setiap masa. Sebenarnya sesetengah ibu yangbanyak susunya masih menyangka mereka tidak mempunyai susu yangmencukupi! Bayi mereka kelihatan seperti tidak gemar menyusu. Mereka akanmelepaskan hisapan dan menangis sebaik sahaja mula disusui. Ibu pula akanmerasa tersinggung. Bayi akan menyusu sekejap sahaja, mudah kembung danmuntah. Lazimnya bayi-bayi ini adalah sihat, berat badan meningkat dengan baik,purata 4-8 auns seminggu. Najis mereka mungkin cair dan berwarna hijau. Ibuyang berlebihan susu selalunya mengalami lelehan susu yang banyak di antaramasa penyusuan. Saluran susunya mudah tersumbat dan terdedah kepada

    jangkitan kuman.

    Antara perkara yang disyorkan bagi ibu yang mempunyai susu berlebihan ialahmenyusukan bayi dengan sebelah payu dara untuk jangkamasa 3 - 4 jam. Dalamtempoh itu jika bayi anda ingin menyusu beberapa kali berikan payu dara yangsama. Selepas 3 - 4 jam, tukar ke payu dara sebelah lagi dan terus mengulangicorak ini. Untuk dua hari yang pertama, anda perlu memerah sedikit susu daripayu dara yang tidak dihisap dalam sela masa berkenaan supaya merasa lebihselesa. Dengan cara demikian ia membolehkan bayi mendapat susu akhir yang

    22

  • 8/7/2019 Penyusuan Susu Ibu_BM

    23/23

    kaya dengan zat serta dapat memberi kepuasan yang lebih lama. Ia juga bolehmengurangkan kembung dan ketidakselesaan yang dialami oleh bayi.

    Mengekalkan kedudukan yang betul sepanjang penyusuan adalah mustahak. Ibuyang memiliki bekalan susu berlebihan kerap mengalami kecederaan puting

    disebabkan bayi melongsor turun setelah lama menyusu. Ini adalah salah satucara bayi mengendalikan segala susu yang diterimanya. Susu akan dibiarkansahaja mengalir keluar dari mulutnya. Jika bayi anda melongsor, perlahan-lahanleraikan hisapannya dengan memasukkan jari di antara gusinya. Kemudianbiarkan bayi melekapkan semula keseluruhan mulutnya ke tisu payu dara anda.

    Jika bayi anda muntah dan tercekik semasa menyusu, cuba bersandar untukmenyusukannya. Anda boleh lepaskan bayi dari payu dara anda ketika susumemancut keluar, ini boleh berlaku beberapa kali setiap kali penyusuan. Tadahsusu di dalam lampin atau di dalam cawan. Tenteramkan bayi sebelummembawanya semula ke payu dara anda.

    Adalah penting bagi anda memantau jumlah air kencing bayi apabila membuatperubahan corak penyusuan. (Sila lihat Tanda-Tanda bayi mendapat susu yangmencukupi).