projek susu sekolah

21
LATAR BELAKANG Projek susu sebagai makanan tambahan untuk murid-murid sekolah rendah bermula pada 1983. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat meminum susu. Projek Susu 1Malaysia adalah usaha bersepadu tiga kementerian Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. Program perlaksanaan ini membentuk perkembangan mental, sosial dan jasmani murid- murid sekolah rendah di seluruh negara. Penghargaan harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana bukan sahaja susu dihantar ke sekolah-sekolah di luar bandar, malah murid-murid sekolah di kawasan pendalaman turut tidak ketinggalan kerana bekalan susu masih sampai kepada mereka walaupun hanya terdapat beberapa murid di sekolah tersebut dan bekalan perlu melalui sungai dan hutan. Program bantuan susu sekolah yang dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid -murid sekolah rendah terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Murid-murid sekolah diberi susu Ultra High Temperature (UHT) sebanyak sekali seminggu. Bagi menjamin susu yang diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garis panduan pengendalian bekalan susu sekolah ini diwujudkan. Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah

Upload: aerieattha

Post on 20-Dec-2015

423 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Projek Susu Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Susu Sekolah

LATAR BELAKANG

Projek susu sebagai makanan tambahan untuk murid-

murid sekolah rendah bermula pada 1983. Ia bertujuan

untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan

murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat

meminum susu.

Projek Susu 1Malaysia adalah usaha bersepadu tiga

kementerian – Kementerian Pendidikan Malaysia,

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian

Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

Program perlaksanaan ini membentuk perkembangan

mental, sosial dan jasmani murid-murid sekolah rendah

di seluruh negara.

Penghargaan harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana

bukan sahaja susu dihantar ke sekolah-sekolah di luar bandar, malah murid-murid

sekolah di kawasan pendalaman turut tidak ketinggalan kerana bekalan susu masih

sampai kepada mereka walaupun hanya terdapat beberapa murid di sekolah

tersebut dan bekalan perlu melalui sungai dan hutan.

Program bantuan susu sekolah yang dimulakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid -

murid sekolah rendah terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Murid-murid

sekolah diberi susu Ultra High Temperature (UHT) sebanyak sekali seminggu. Bagi

menjamin susu yang diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garis

panduan pengendalian bekalan susu sekolah ini diwujudkan.

Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu

Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan

amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010

program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu

1Malaysia (PS1M).

Page 2: Projek Susu Sekolah

SKOP

Garis panduan ini meliputi langkah-langkah kawalan di setiap peringkat rantaian

bekalan susu sekolah iaitu di peringkat pengilang, pengedar dan sekolah yang

terlibat dalam pengendalian bekalan susu sekolah melibatkan penyimpanan,

pengangkutan dan pengedaran susu UHT.

KEJAYAAN PS1M

PS1M ternyata merupakan satu program

yang berjaya. Kanak-kanak sekolah,

terutamanya  di kawasan pendalaman,

amat menggemari minum susu yang enak.

Malah, ramai di kalangan mereka yang

menanti-nanti susu yang dihantar dua kali

seminggu.

PSIM berjaya meningkatkan kedatangan

murid me sekolah. Ia selaras dengan aspirasi pertama di bawah Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mencapai 100 peratus kadar

kemasukan ke sekolah merentas semua peringkat pendidikan menjelang 2020.

Oleh itu, matlamat sebenar program PS1M ditepati, iaitu membangunkan sebuah

generasi baru sihat, cerdas serta membantu mengatasi masalah kekurangan zat

makanan.

Kerajaan telah membelanjakan RM103 juta bagi tahun 2013 untuk pemberian susu

dua kali seminggu yang meliputi 1.4 juta murid di seluruh negara.

Program PS1M tertumpu kepada murid sekolah yang menerima Rancangan

Makanan Tambahan (RMT) sahaja layak untuk mendapatkan susu percuma. Ia juga

termasuk murid-murid sekolah di luar bandar dan pendalaman.

PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan

Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin

Page 3: Projek Susu Sekolah

yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar

mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan

murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan

kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan

murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri

daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang

berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan

Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke

seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu

yang tersendiri.

Program ini mengandungi dua skim iaitu:

a. Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela,

sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.

b. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid

sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai

Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain

sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Objektif Program:

 Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui

pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.

i. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam

Skim Susu Bayaran

ii. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio

ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu

Percuma

Page 4: Projek Susu Sekolah

iii. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui

penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan

Malaysia.

iv. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector

swasta.

v. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya

berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek

pelajaran.

vi. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang

melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.

vii. Meningkatkan lagi taraf kesihatan murid dan amalan pemakanan melalui

makanan seimbang dan tabiat minum susu.

viii. Menggalakkan murid suka minum susu.

ix. Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan berkenaan dengan

makanan seimbang dan amalan harian.

Garis panduan ini memberi panduan kepada pengilang, pengedar dan juga

kepada guru-guru dalam mengendalikan bekalan susu sekolah bagi memastikan

susu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid di bawah Program Susu Sekolah

adalah selamat.

Aktiviti Yang Dijalankan

 Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan

menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu

Page 5: Projek Susu Sekolah

JAWATANKUASA PROJEK SUSU 1 MALAYSIA SK TAMAN RIA

PENASIHAT

Pn. Noral Aishah Binti Harun

PENGERUSI

Pn. Norida Sabarina Bt Ahmad

NAIB PENGERUSI

Pn. Rusnani Bt Zakarya

SETIAUSAHA

En. Mohd Najib @ Mohd Hatta B Haji Saad

BENDAHARI

Pn Rodziah Bt Mat

Semua Guru Kelas

Page 6: Projek Susu Sekolah

Tugas Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan

(Rmt) Dan Program Susu Sekolah (Pss)

1. Mengurus dan mengenalpasti murid-murid yang berkelayakan menikmati

program

2. RMT dan PSS melalui kerjasama guru kelas.

3. Menyediakan menu dan memastikan penyedia makanan RMT mematuhinya.

4. Menyelia dan menilai kualiti dan kebersihan makanan.

5. Mengadakan taklimat dan peraturan kepada guru bertugas dan murid

terbabit.

6. Mengadakan jadual waktu bertugas guru mengurus pembahagian RMT.

7. Mengurus rekod, stok dan laporan-laporan yang kemaskini dan teratur.

8. Memastikan peralatan bagi kegunaan RMT sempurna dan bersih bagi

mengelak berlaku keracunan.

9. Arahan-arahan yang diberikan oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan (HEM)

dari semasa ke semasa.

Projek Susu Sekolah

Page 8: Projek Susu Sekolah
Page 9: Projek Susu Sekolah
Page 10: Projek Susu Sekolah
Page 11: Projek Susu Sekolah
Page 12: Projek Susu Sekolah
Page 13: Projek Susu Sekolah
Page 14: Projek Susu Sekolah
Page 15: Projek Susu Sekolah
Page 16: Projek Susu Sekolah
Page 17: Projek Susu Sekolah
Page 18: Projek Susu Sekolah
Page 19: Projek Susu Sekolah
Page 20: Projek Susu Sekolah
Page 21: Projek Susu Sekolah