stealing time by robert carter

5
STEALING TIME by ROBERT CARTER Tahun ke 7 Robert sebagai guru bermula seperti orang lain. Sebagai seorang guru tahun 4, Robert telah belajar untuk menetapkan satu standard pada awal tahun, iaitu dengan memastikan semua pelajar tahu akan had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjahnya. Robert sangat yakin kepada ketegasan yang disertakan dengan penguatkuasaan yang adil, dan dia dapati yang murid-muridnya akan segera dapat memenuhi standard yang dia tetapkan. Dia percaya, jika dia berlaku adil dengan murid- muridnya, maka mereka juga akan berlaku adil dengannya. Kesannya, bilik darjah tersebut menjadi seperti sebuah komuniti kecil di mana setiap ahlinya tahu apa yang perlu diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik pada setiap masa. Robert dapati, murid-murid yang paling bermasalah juga akan turut mematuhi garisan yang telah ditetapkan, dan dia percaya pengurusan bilik darjah ini akan memberi faedah kepada pelajar-pelajar yang bermasalah, kemungkinan mereka akan mendapat lebih lagi, daripada pelajar yang lain. Di dalam kelas beliau, terdapat keselesaan yang dapat dijangkakan berdasarkan persefahaman, kepatuhan, terhadap peraturan. Semester musim luruh berjalan seperti yang Robert jangkakan. Beliau telah bekerja keras untuk menetapkan perkara yg didahulukan . Dia gembira apabila pelajar seperti Andy dan Matin, kedua-duanya adalah kanak-kanak yang serba kekurangan, mempunyai latar balakang yang susah, dan tingkah laku yang kurang baik serta bermasalah dalam akademik, telah menunjukkan banyak peningkatan terhadap kebolehan mereka. Kara, seorang murid yang mempunyai gangguan tingkah laku, turut menunjukkan kemajuan yang baik dengan bantuan guru pendidikan khas. Begitu juga David, seorang murid daripada kelas yang mempunyai masalah pembelajaran telah disahkan normal bagi mata pelajaran harian pendek yang bukan akademik. David datang ke kelas Robert pada waktu pagi untuk menghadiri perhimpunan pagi, dimana kehadiran akan di ambil, kutipan wang makan tengah hari, ikrar taat setia dan sebagainya. David juga pergi ke kelas seni, muzik dan pendidikan jasmani bersama murid kelas Robert. Dengan tidak mengambil endah mengenai masalah kecil pelajar yang jarang berlaku, semuanya berada dalam keadaan baik. Tidak lama kemudian, selepas cuti Krismas, David dihantar ke penilaian semula selama 3 tahun. Ahli jawatankuasa yang berkelayakan telah membuat keputusan, berdasarkan keputusan beliau yang terkini, David seharusnya telah layak untuk ditempatkan di dalam bilik darjah biasa sekurang-kurangnya 51 peratus setiap hari. Dalam kata lain, dia akan menerima perkhidmatan pendidikan khas di kelas pembelajaran bermasalah, namun lebih daripada separuh pembelajarannya akan berlaku di bilik darjah biasa. Robert kini menjadi guru matematik David, subjek dimana David memiliki kekuatan relatif, begitu juga dengan subjek sains dan kesihatan. Tambahan lagi, David makan tengah hari bersama murid-murid kelas Robert dan menghadiri kelas pengajian sosial bersama Cik Gleason. Oleh kerana penglibatan David di dalam kelas tidak pernah menimbulkan masalah, Robert tidak mempunyai sebab yang jelas untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Upload: linarais

Post on 13-Aug-2015

108 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Stealing Time by Robert Carter

STEALING TIME by ROBERT CARTER

Tahun ke 7 Robert sebagai guru bermula seperti orang lain. Sebagai seorang guru tahun 4,

Robert telah belajar untuk menetapkan satu standard pada awal tahun, iaitu dengan

memastikan semua pelajar tahu akan had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku yang

boleh diterima di dalam bilik darjahnya. Robert sangat yakin kepada ketegasan yang

disertakan dengan penguatkuasaan yang adil, dan dia dapati yang murid-muridnya akan

segera dapat memenuhi standard yang dia tetapkan. Dia percaya, jika dia berlaku adil

dengan murid- muridnya, maka mereka juga akan berlaku adil dengannya. Kesannya, bilik

darjah tersebut menjadi seperti sebuah komuniti kecil di mana setiap ahlinya tahu apa

yang perlu diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik pada setiap masa. Robert

dapati, murid-murid yang paling bermasalah juga akan turut mematuhi garisan yang telah

ditetapkan, dan dia percaya pengurusan bilik darjah ini akan memberi faedah kepada

pelajar-pelajar yang bermasalah, kemungkinan mereka akan mendapat lebih lagi, daripada

pelajar yang lain. Di dalam kelas beliau, terdapat keselesaan yang dapat dijangkakan

berdasarkan persefahaman, kepatuhan, terhadap peraturan.

Semester musim luruh berjalan seperti yang Robert jangkakan. Beliau telah bekerja

keras untuk menetapkan “perkara yg didahulukan” . Dia gembira apabila pelajar seperti

Andy dan Matin, kedua-duanya adalah kanak-kanak yang serba kekurangan, mempunyai

latar balakang yang susah, dan tingkah laku yang kurang baik serta bermasalah dalam

akademik, telah menunjukkan banyak peningkatan terhadap kebolehan mereka. Kara,

seorang murid yang mempunyai gangguan tingkah laku, turut menunjukkan kemajuan

yang baik dengan bantuan guru pendidikan khas. Begitu juga David, seorang murid

daripada kelas yang mempunyai masalah pembelajaran telah disahkan normal bagi mata

pelajaran harian pendek yang bukan akademik. David datang ke kelas Robert pada waktu

pagi untuk menghadiri perhimpunan pagi, dimana kehadiran akan di ambil, kutipan wang

makan tengah hari, ikrar taat setia dan sebagainya. David juga pergi ke kelas seni, muzik

dan pendidikan jasmani bersama murid kelas Robert. Dengan tidak mengambil endah

mengenai masalah kecil pelajar yang jarang berlaku, semuanya berada dalam keadaan

baik.

Tidak lama kemudian, selepas cuti Krismas, David dihantar ke penilaian semula

selama 3 tahun. Ahli jawatankuasa yang berkelayakan telah membuat keputusan,

berdasarkan keputusan beliau yang terkini, David seharusnya telah layak untuk

ditempatkan di dalam bilik darjah biasa sekurang-kurangnya 51 peratus setiap hari. Dalam

kata lain, dia akan menerima perkhidmatan pendidikan khas di kelas pembelajaran

bermasalah, namun lebih daripada separuh pembelajarannya akan berlaku di bilik darjah

Page 2: Stealing Time by Robert Carter

biasa. Robert kini menjadi guru matematik David, subjek dimana David memiliki kekuatan

relatif, begitu juga dengan subjek sains dan kesihatan. Tambahan lagi, David makan tengah

hari bersama murid-murid kelas Robert dan menghadiri kelas pengajian sosial bersama Cik

Gleason. Oleh kerana penglibatan David di dalam kelas tidak pernah menimbulkan

masalah, Robert tidak mempunyai sebab yang jelas untuk menjangka apa yang akan

berlaku pada masa akan datang.

Dalam beberapa hari, Robert dapat menghidu permulaan kepada pengakhiran apa

yang dirasakan tahun persekolahan yang menarik. Dalam subjek matematik, David tidak

menghantar tugasan dan tidak menyiapkan kerja yang Robert berikan. Ketika Robert

mengajar, David membuat bunyi pelik dan mengganggu Robert dan pelajar lain dengan

berkata “saya tahu itu,” atau “Biar saya yang buat itu”.

Dia dengan sengaja menghempas buku dengan kuat di atas lantai, mengetuk-ngetuk

pensil dengan rentak di atas meja, mencari benda yang hilang dengan bising di mejanya.

Apabila Robert meminta supaya dia berhenti dengan semua gangguan dan tingkah-laku

yang menjengkelkan itu, David tidak menghiraukan teguran Robert. Robert menganggap

tingkah laku David itu sebagai satu gangguan serangan yang kejam dan tidak sopan

kepadanya dan juga kepada pelajar lain. Dia pasti bahawa David berusaha untuk mencari

perhatian yang selalu dia perolehi di dalam kelas pendidikan khas. Lagi pula, dia adalah

salah seorang daripada lima orang murid dengan seorang guru dan seorang guru

pembantu; dia telah dimanjakan dengan mendapat banyak perhatian yang diberikan

secara individu. Robert tahu yang David boleh menyiapkan tugasannya dengan baik dan

dia sewenang-wenangnya memilih untuk tidak membuat tugasan tersebut, sama seperti

dia memilih untuk berkelakuan tidak baik. Sama ada David telah mengambil ubat Ritalin,

ataupun telah mengambilnya pada masa yang sesuai, nampaknya tidak memberi kesan

yang ketara. Robert merasakan David akan buat apa yang dia ingin buat; dan selalunya,

dia ingin menunjuk-nunjuk dan menganggu kelas.

Apabila tugasan dan tingkah-laku David semakin teruk, kebencian dan kemarahan

Robert juga semakin meningkat. Pelajar ini telah merosakkan kesemua usaha yang ingin

dia capai. Tingkah laku David menjadi bertambah teruk. dia selalu menjerit bahawa dia

mahu kembali ke kelas “sebenar” bersama guru yang “sebenar”. Dia lansung tidak

memberi Robert peluang untuk menjadi gurunya. Dia tidak suka kepada Robert, dan dia

tidak suka kepada pelajar yang lain. Robert walaubagaimanpun merasakan yang dia telah

gagal untuk mendapat kehormatan daripada David, tetapi dia juga di dalam kekeliruan

untuk menjelaskan mengapa. Dalam masa yang sama, hubungan David dengan murid-

murid lain semakin merosot.

Page 3: Stealing Time by Robert Carter

Oleh kerana kelas matematik Robert menggunakan kaedah pengajaran korperatif,

para pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil, kejayaan bergantung

kepada sumbangan produktif dan kerja keras setiap ahli. Keengganan David untuk

menyiapkan tugasan menyebabkan markah kumpulannya merosot. Apabila ada rakan yang

mahu membantunya, dia akan menolak dengan kasar. Hal ini menyebabkan rakan-rakan

sekelasnya mula mengadu. Robert mula menahan David ketika waktu rehat apabila dia

enggan menyiapkan tugasannya; tetapi dia tetap tidak mengendahkan tugasannya.

Pada hari David mengambil tugasan yang diberikan oleh Robert, dia telah

mencampakkannya di atas meja, bermaksud dia tidak mempunyai apa-apa minat untuk

menyiapkan tugasan tersebut, Robert pergi ke mejanya dan menyatakan “Itu bukan apa

yang kita buat di sini, itu bukan apa yang diharapkan ketika kamu berada di sini.” David

menjawab bahawa dia ingin kembali ke kelas asalnya dan dia tidak suka dengan cara

pelajar lain memandangnya. Robert mengatakan yang pelajar lain memandangnya

sedemikian oleh kerana cara dia bertindak. Robert menjelaskan bahawa pelajar lain tidak

pernah melihat sesiapa yang berkelakuan sebegitu sebelum ini, dan jika dia tidak ingin

pelajar lain memandangnya sedemikian, dia seharusnya mengubah sikap dan ubah apa

yang dia telah buat di dalam kelas. Pada ketika itu, Robert memberhentikan kelasnya untuk

pergi makan tengah hari.

Selepas waktu makan tengah hari, tingkah laku David mencapai kadar yang

melampau. Apabila dia kembali memasuki kelas, perangai David menjadi-jadi. Dia mula

membuat bising, menarik bidai, dan mengarahkan rakan sekelasnya untuk “diam”. Robert

telah merancang untuk menyediakan lembaran jawapan bagi ujian akan datang. Oleh

kerana David tidak akan mengambil ujian bersama pelajar lain, Robert memberitahu David

untuk duduk diam supaya tidak ada gangguan berlaku di dalam kelas. David mengambil

barang-barangnya dan pergi ke tempat duduk yang diarahkan oleh Robert;

walaubagaimanapun, setelah tiba di tempat yang David perlu duduk, dia telah

menghempaskan barang-barangnya dengan kuat sehinggakan pensilnya melantun ke

dinding. Robert memberitahunya, “Kamu tidak sepatutnya melontarkan benda di dalam

bilik darjah ini”. David membalas, “Ianya tidak terkena kepada sesiapa.” Dia dengan cemas

mengulang penyataannya untuk ketiga kali apabila Robert menyentaknya dengan

menggunakan tangan, menarik dan membawa dia secara paksaan ke meja pelajar di dalam

pejabat pengetua.

Setelah mengarahkan David untuk tidak kembali sehingga dia menyelesaikan

tugasannya, Robert kembali ke bilik darjah. David terus berada di pejabat tersebut

sehingga lewat petang. Oleh kerana peraturan sekolah telah menetapkan bahawa para

Page 4: Stealing Time by Robert Carter

pelajar tidak boleh terkecuali daripada pendidikan jasmani, ketika pendidikan jasmani,

David perlu menghadirinya. Sebelum meninggalkan kelas untuk pendidikan jasmani, David

meminta seorang rakan kelasnya untuk memberitahu Robert bahawa dia ingin bercakap

sesuatu kepada Robert. Apabila Robert menerima mesej itu, dia memberitahu kelas yang

David hanya perlu tunggu sehingga kesemua pelajar pergi untuk menghadiri kelas

pendidikan jasmani.

Apabila semua pelajar telah keluar, Robert pergi berjumpa dengan David. David

berkata “Saya dengar awak ingin berkata sesuatu dengan saya.” Robert membalas bahawa

dia faham yang David hendak bercakap dengannya dan dia bersedia mendengar apa yang

David ingin perkatakan. David memberi respon “Lupakan saja.” Namun setelah sekian lama

berdiam diri di belakang kelas yang kosong, David mendekati meja Robert dan menjelaskan

yang dia meminta maaf atas segala perbuatannya tetapi dia tidak suka rakan dalam

kelasnya merenungnya. Robert menjelaskan kembali kepada David mengapa rakan-

rakannya merenungnya. Dia bertanya kepada David adakah kemungkinan dia akan

melakukan kerja dengan lebih baik jika pelajar lain diberitahu untuk tidak merenung

kepadanya. David berkata, itu mungkin membantu jika Kevin tidak membuat kecoh ketika

dia di dalam kumpulan matematik. Robert menjelaskan bahawa Kevin menginginkan

kumpulannya melakukan yang terbaik dan oleh itu Kevin bertindak sedemikian kerana

David melemahkan prestasi kumpulan. Akhirnya, David bersetuju bahawa kemungkinan

Kevin bertindak dengan betul, tetapi mungkin lebih baik lagi sekiranya dia membuat

kekecohan dengan senyap. Ketika perbualan ini, David bersetuju membawa barang-

barangnya ke bilik darjah, untuk melayan Robert dan pelajar lain dengan hormat, dan

menyiapkan tugasannya. Setelah perbincangan itu, tingkah-laku David semakin baik untuk

beberapa hari kemudian. Minggu berikutnya, walaubagaimanapun, situasi berubah seperti

keadaan sebelumnya.

Sekali lagi, David berperangai seperti dia marah kepada semua orang. Robert

menahan dia ketika waktu rehat untuk menyiapkan tugasannya, dan dia menghabiskan

banyak waktu duduk di dalam pejabat pengetua. David menjelaskan, “Dia marah dengan

semua benda, dan pelajar lain juga marah kepadanya, dan saya juga marah kepada David,

dengan apa yang telah dia lakukan kepada kami. Dia membuat saya marah, dan ianya

seperti pergelutan kuasa di antara kami berdua. Dia mahu cara dia, dan sya mahu cara

saya. Selama saya masih yang paling dewasa di dalam bilik darjah, cara saya adalah yang

sepatutnya dipatuhi, kerana ianya akan memberikan kebaikan kepada seluruh kelas. Saya

tidak boleh membiarkan David mengganggu yang lain hanya kerana keistimewaannya. Lagi

pula, selama keperhatinan saya, saya mempunyai 25 kanak-kanak lain yang istimewa,

yang mahu belajar, manakala David menunjukkan yang dia hanya akan belajar apabila dia

Page 5: Stealing Time by Robert Carter

rasa ingin melakukannya; apabila dia tidak berkeinginan untuk buat, dia ingin mengganggu

orang lain.”

Apabila David keluar daripada kelas pada suatu hari, salah seorang pelajar Robert

memulakan perbualan mengenai tingkah-laku David. Beberapa pelajar lain turut menyertai,

bertanyakan soalan-soalan seperti: “Mengapa dia mengganggu bilik darjah kita? Mengapa

dia tidak melakukan tugasannya? Tidakkah dia tahu yang dia akan gagal sekiranya dia

tidak melakukan tugasan?” Mereka memberitahu Robert bahawa pada hari dia memarahi

David, mereka tertawa. Robert membalas dengan mengaku kepada pelajarnya yang

peristiwa itu memang “agak melucukan.” Apabila mereka bertanya, “Mengapa cikgu harus

bertindak sedemikian?” Robert membalas, “ Saya tidak rasa itu adil untuk kamu apabila

David berada di sini dan mengganggu kamu.” Dia meneruskan kenyataannya dengan

bertanyakan, “Adakah kamu rasa itu adil?” Pelajar-pelajar tersebut bersependapat dengan

kenyataan itu. Dia menjelaskan yang dia tidak faham apa yang membuatkan David degil.

Berdasarkan perbincangan tersebut, Robert merasakan yang dia telah berlaku jujur dan

berterus-terang terhadap mereka. Robert menyedari yang kelas tersebut mula melihat

David sebagai seorang pembelot, kerana kebanyakan mereka membuat kenyataan seperti,

“Kami tidak suka David masuk ke sini.”

Pada suatu tengah hari, Robert tidak membenarkan David menghadiri kelas kerana

dia tidak menyiapkan tugasannya. Ketika David sedang menyiapkan satu tugasan di dalam

kelas yang kosong, Robert masuk untuk tiga atau empat kali untuk menyalin helaian kerja

David yang tidak siap. Apabila kelas kembali daripada rehat, Bob, yang mempunyai meja

hampir dengan Robert, melaporkan yang jamnya, yang dia tinggalkan di meja, telah hilang.

Robert mengarahkan Bob untuk memeriksa tempat penyimpanan dan mejanya. Dia juga

menyuruh pelajar lain untuk mencari jam tersebut, tetapi tidak ada sesiapa menjumpainya.

Pada keesokan pagi, David bergegas ke meja Robert dan mengumumkan, “Lihat

kepada jam yang ayah saya bagi in!” Robert meminta David untuk menanggalkan jam

tersebut supaya dia dapat melihatnya. Sedang Robert meneliti kepada jam tersebut, dia

berasa marah, kecewa dan menimbulkan syak wasangka. Dia begitu yakin yang jam itu

milik Bob.