robert m.gagne dalam perisian media pengajaran kajian tempatan

Upload: rawwan-sina

Post on 08-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    1/25

    1.0 Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian

    Sosial

    Rajah 1 : Kepentingan Sumber Pengajaran & Pembelajaran dalam

    Pengajian Sosial

    1

    Kepentingan Sumber

    Pengajaran & Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

    Penjelas makna

    Rangsangan

    Penggerak

    pelbagai deria

    Unsur pelbagaikan

    kaedah & teknik

    pengajaran

    Media

    komunikasiSumber

    pengalaman

    Pendorong

    kepada

    pengajaran

    terancang

    Membantu guru

    menjelaskan isi

    pelajaran & membantu

    murid memahami

    pengajaran guru

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    2/25

    i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran

    dan pembelajaran Pengajian Sosial.

    Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Dalam

    pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak

    sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid.

    Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang

    disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk

    menyampaikan maklumat tersebut.

    ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan

    pembelajaran Pengajian Sosial.

    Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia

    dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi isi pelajaran.

    Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu

    perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea

    dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi

    mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuanmereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam

    pembelajaran.

    iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep

    dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

    Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang

    maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih

    jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan

    audio visual atau kedua-duanya sekali. Penerangan guru yang diiringi dengan

    bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak

    pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas.

    2

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    3/25

    iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai

    deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

    Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa,

    dengar, lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik

    darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan

    supaya deria-deria ini boleh digunakan.

    Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa

    yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan

    65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat1.

    Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam

    aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa

    yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut

    mempelbagaikan bahan pengajaran.

    v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam

    pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

    Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan

    tidak langsung kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman

    langsung. Contohnya, apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia

    akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di

    samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut.

    Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses

    pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui

    1http://notapismp.blogspot.com/2011/02/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html

    3

    http://notapismp.blogspot.com/2011/02/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2011/02/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html
  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    4/25

    pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid

    juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya

    mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang

    digunakan.

    Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang

    murid. Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan

    perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang

    berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan

    meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan

    musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung.

    vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam

    pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

    Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini

    memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan

    berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh

    dipelbagaikan misalnya oral-aural ataupun bercerita. Kemahiran yang samaboleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat

    dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang fungsi dan

    kepentingan rumah boleh disampaikan melalui tayangan video, teks bacaan atau

    pengalaman langsung murid.

    vii. Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang

    dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

    4

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    5/25

    Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa

    dan cara menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran

    dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran

    dengan lebih sempurna.

    Secara tuntasnya, pembinaan perisian media pengajaran ini adalah

    selaras dengan kehendak pentingnya sumber pengajaran dan pembelajaran

    dalam Pengajian Sosial melalui mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah

    rendah agar seiring dengan dokumen baharu Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah (KSSR)2 yang ingin membentuk satu transformasi kurikulum melalui

    pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dan elemen nilai tambah Teknologi Maklumat

    dan Komunikasi (TMK).

    2 http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/mula.htm

    5

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    6/25

    2. Fasa Kefahaman

    1. Fasa Motivasi

    3. Fasa Pemerolehan

    4. Fasa Penahanan

    8. Fasa Maklum Balas7. Fasa Perlakuan

    5. Fasa Mengingat Kembali

    6. Fasa Generalisasi

    8 Fasa Teori

    Pemprosesan Maklumat

    Robert M. Gagne

    Dorongan semula jadi dalam diri yang wuj

    jangkaan dan harapan untuk maju dan

    berkembang serta dapat memberi kepuas

    Memberi perhatian kepada apa yang dialami

    dapat memberi tumpuan serta boleh

    mendiskriminasikan persepsi

    Segmen yang menyimpan segala rangsanga

    yang telah dikodkan dalam stor ingatan jang

    pendek dan boleh dipanjangkan ke stor ingat

    jangka panjang

    Keupayaan mencari dan mengingat semula

    ata yang telah tersimpan dalam stor ingatan

    jangka panjang

    Bahagian yang berupaya menerima

    dan menyimpan sebanyak mana

    maklumat atau data yang diperoleh

    tanpa had

    Keupayaan menggunakan pembelajaran

    ang tersimpan dalam stor ingatan jangka

    anjang untuk keadaan yang seakan-akan

    serupa

    Kadar keupayaan belajar dan tahap

    pembelajaran dapat diketahui melalui tingkah

    laku yang dicerminkan

    Pengukur, peneguh kepada

    prestasi dan darjah kepuasan

    belajar seseorang individu

    setelah melalui proses

    pembelajaran

    Rajah 2 : 8 Fasa dalam proses pembelajaran menurut Teori Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne6

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    7/25

    Jangkaan

    Pemerhatian - Simpanan Persepsi

    Pengekodan - Simpanan Awal

    Penyimpanan - Stor Ingatan

    Mengingat Kembali - Mencari

    Pindahan

    Gerak Balas

    Peneguhan

    1

    5

    2

    6

    3

    7

    8

    4

    Fasa Motivasi

    Fasa Perolehan

    Fasa Maklum Balas

    Fasa Generalisasi

    Fasa Kefahaman

    Fasa Ingatan Kembali

    Fasa Penahanan

    Fasa Prestasi

    Guru menayangkan kartun keluar masuk rumah

    sebagai menimbulkan rangsangan murid untuk

    belajar dan naluri ingin tahu tentang apa yang

    bakal dipelajari.

    Guru juga menayangkan keratan rentas rumahsambil penggabungjalinan berlaku dengan guru

    mengajak murid menyebut bersama-sama

    ruang-ruang rumah di dalam bahasa Inggeris.

    Guru meminta murid mengingat kemba

    pelajaran lepas dan murid perlu menyebut dan

    menyenaraikan ruang-ruang yang ada di dalam

    rumah menggunakan borang pengurusan grafik

    (GO).

    Murid tahu dan jelas bahawa ruang-ruang

    dalam rumah dibina mengikut fungsi dan

    ada kepentingannya.

    Murid respons pengajaran guru dengan

    menjawab soalan berbentuk perbincangan

    dan membentangnya di hadapan kelas.

    Peneguhan positif dan negati

    berlaku apabila murid menjawab

    pantun teka-teki berkaitan fungs

    dan ke entin an rumah.

    Cadangan Aktiviti

    Fasa Ingatan Kembali

    Fasa Generalisasi

    Fasa Ingatan Kembali

    Rajah 3 : Kaitan Teori Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne dengan Media

    Pengajaran Kajian Tempatan SK Tahun 4

    Murid bersoal jawab dalam diri tentang

    pengalaman sedia ada mereka seperti Adakah

    rumah saya mempunyai bentuk dan ruang sepert

    rumah tadi?

    7

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    8/25

    2.0 Relevan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan Media Pengajaran

    Dalam memastikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran atau

    Alat Bantu Mengajar (ABM) yang disediakan oleh guru benar-benar berkesan

    dan bermanfaat untuk pelajar, lebih-lebih lagi bagi penyediaan ABM yang

    menggunakan perisian media pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    (TMK), guru seharusnya perlu tahu akan reka bentuk pengajaran bilik darjah

    yang melibatkan tugas guru untuk merancang, memilih dan menilai media

    pengajaran tersebut.

    Selaras dengan pandangan Gagne (1985) menurut Noriati A. Rashid,

    et.al (45:2009) dalam Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran3, pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang

    secara berperingkat yang mana penyampaian pengajaran perlu disusun secara

    berperingkat-peringkat. Gagne telah membahagikan proses penyampaian

    pengajaran kepada sembilan peringkat yang dikenali sebagai Events of

    Instruction. Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana yang berikut:

    1 Tarik perhatian pelajar2 Beritahu pelajar objektif pembelajaran

    3 Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar

    4 Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran-pembelajaran

    5 Bimbing pembelajaran pelajar

    6 Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti

    7 Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar

    8 Taksir pencapaian pembelajaran

    9 Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

    3Noriati A. Rashid et.al. (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

    Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    8

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    9/25

    Reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah yang akan diaplikasikan

    menggunakan media pengajaran perlu mengambil kira proses penyampaian

    pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne. Model ASSURE dapat membantu

    guru merancang pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media.

    Proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganalisis

    keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh membawa kepada

    pencapaian matlamat.

    Model ASSURE telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell

    (1989) dalam Chin Yoon Poh (2009). ASSURE bermaksud memastikan

    sesuatu berlaku. Singkatan akronim ASSURE bermaksud:

    A - Analyse learner (analisis pelajar)

    S - State objective (nyatakan objektif)

    S - Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)

    U - Use media (gunakan media)

    R - Require learner response (keperluan tindakan)

    E - Evaluate materials (menilai)

    Analyse learner (analisis pelajar)

    Mengenalpasti kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk

    membantu guru merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai buat mereka.

    Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek seperti ciri-ciri umum pelajar,

    pengalaman sedia ada dan gaya belajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah

    umur, tahun/tingkatan, kelas, aliran, jantina, taraf sosioekonomi,

    petempatan,budaya dan seumpamanya. Melalui ciri-ciri umum, contohnya

    pelajar yang kurang meminati mata pelajaran tertentu dapat dirangsang

    pembelajaran melalui aktiviti kinestetik termasuk drama, simulasi dan teater

    pembaca.

    9

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    10/25

    Bagi aspek pengalaman sedia ada, setiap pelajar membawa entry point

    tertentu ke dalam bilik darjah. Guru boleh mengenalpasti pengetahua sedia ada

    pelajar dengan cara memberi ujian praunit, mengkaji pencapaian pembelajaran

    unit terdahulu, sesi soal jawab dalam kelas dan pelbagai lagi.

    Aspek gaya belajar pula, memperlihatkan setiap pelajar mempunyai gaya

    pembelajaran tersendiri. Gaya pembelajaran adalah trait psikologi berkaitan

    dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas

    secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Oleh itu, gaya pembelajaran

    murid merupakan cara yang paling sesuai dan berkesan untuk murid itu

    menguasai pembelajaran manakala pengetahuan tentangnya memudahkan guru

    merancang pengajaran-pembelajaran efektif.

    State objective (nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

    Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang

    dirancangkan, iaitu pelajar mesti boleh buat selepas menjalani proses

    pembelajaran. Objektif mesti spesifik, contohnya Murid dapat menyenaraikan

    fungsi rumah dalam mewujudkan kemesraan keluarga.

    Guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran agar boleh

    membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan

    demikian, guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran

    serta boleh menyediakan suasana persekitaran yang kondusif dan

    memberangsangkan semasa belajar.

    10

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    11/25

    Select, modify or make media (pemilihan kaedah, baiki atau bina media)

    Pemilihan kaedah hendaklah sesuai dengan objektif pengajaran yang

    hendak dicapai. Kaedah selalunya tidak ada yang paling baik melainkan

    sekiranya guru menggabungkan gabungan pelbagai kaedah pengajaran disertai

    dengan teknik-teknik tertentu dan berasaskan kepada ciri-ciri umum pelajar,

    pengetahuan sedia ada dan gaya belajar mereka.

    Pemilihan format media pula merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu

    maklumat yang dipaparkan. Format media termasuklah kertas sebak, video,

    grafik, audio, petikan dan slaid. Untuk memilih format media, guru perlulah

    mengambil kira beberapa kriteria seperti bentuk audiens, keupayaan pelajar

    domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

    Kemudian, guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan

    dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai

    hendaklah dibaiki dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian

    dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru

    bersesuaian dengan tajuk dan objektif pengajaran.

    Use media (penggunaan media dan bahan)

    Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat

    kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat

    murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid berasa seronok.

    Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

    Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber,

    tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru:

    11

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    12/25

    1 Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum menggunakannya di

    dalam kelas

    2 Sediakan bahan untuk peggunaan dalam kelas misalnya pelan alternatif

    sekiranya masalah tidak terjangka berlaku

    3 Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber

    seperti mudah alih atau mudah dicapai.

    4 Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber

    seperti memberi gambaran menyeluruh tentang isi pelajaran yang akan

    dipelajari

    5 Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar dengan melibatkan

    pelajar secara aktif dan langsung

    Require learner response (memerlukan penglibatan pelajar dan keperluan

    tindak balas)

    Tindak balas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran

    yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindak balas yang betul

    diperolehi. Selain itu, menurut Noriati A. Rashid et.al (2009), libatkan murid

    dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapatmemotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar. Peneguhan

    positif dan negatif juga perlu diselitkan agar pelajar belajar untuk meningkatkan

    keyakinan dan membaiki kesilapan.

    Evaluate materials (penilaian dan semakan)

    Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan. Adakah

    objektif tercapai?, Bahan yang digunakan membantu P&P?, Adakah semua

    pelajar gunakan cara yang betul?, Adakah suasana P&P selesa?, Adakah

    peluang-peluang pemerhati individu diberi? Atau soalan yang dikemukakan

    dapat dijawab?

    12

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    13/25

    Kesimpulannya di sini, model ASSURE memberikan fokus kepada

    perancangan pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini

    juga dijadikan penanda aras bagi guru merancang pengajaran berasaskan media

    dalam bilik darjah mahupun untuk kegunaan pelajar sendiri. Dengan erti kata

    lain, model ASSURE amat berguna untuk guru menyediakan Rancangan

    Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran yang diajar.

    13

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    14/25

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI RAMPAI,

    53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR

    Tarikh : 20 SEPTEMBER 2010 (Isnin)

    Masa : 60 minit

    Tema : Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia

    Topik : 1.4 Kepentingan Rumah

    Subtopik : a. Fungsi

    Tahun : 4 Aydan

    Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

    1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 kepentingan rumah kepada manusia.

    2. Menjelaskan kepentingan fungsi rumah sebagai tempat perlindungan.

    3. Menghuraikan fungsi rumah sebagai tempat yang dapat mewujudkan kemesraan ahli keluarga.

    14

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    15/25

    Isi pelajaran :

    Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia

    1.4 Kepentingan Rumah

    a. Fungsi

    i. Memberikan perlindungan

    ii. Menyediakan keselesaan

    iii. Mewujudkan kemesraan anggota keluarga

    Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengenali pelan dan ruang rumah melalui subtopik yang telah dipelajari, iaitu

    pembinaan rumah.

    Penerapan Nilai Murni : Menjaga kebersihan dan keceriaan rumah.

    Bekerjasama semasa membuat kerja kumpulan.

    Unsur-unsur Patriotisme : Bersyukur dan berbangga kerana mempunyai rumah untuk didiami.

    Hormat-menghormati antara satu sama lain.

    15

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    16/25

    Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):

    Bil. Sumber Kuantiti

    1. Video Keluarga Santai, Video Lagu Rumah dan Tayangan Gambar

    Rumah

    2 video dan seunit tayangan gambar rumah

    2. Majalah, risalah, gambar, kertas sebak 6 unit3. Laptop dan LCD (Sekiranya tidak menggunakan makmal komputer) Seunit

    4. Marker pen 6 unit5. Kertas Sebak 10 unit

    6. Carta lagu 1 unit7. Gam, selofon tape,gunting 6 unit8. Tamborin 1 unit

    9. Lagu Rumah Cantik Saya 1 unit10. Buku Latihan 1 unit setiap murid

    Prosedur Pelaksanaan Elemen Pengurusan PembelajaranBestari/Kemahiran Generik

    Catatan (Penerapan Nilai Murni/NilaiAlam Sekitar/Unsur

    Patriotisme/Sumber PengajaranPembelajaran

    16

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    17/25

    Set Induksi/Masa 5 minit

    1. Murid diminta melihat tayangangambar rumah dan video lagurumah serta memerhatikemudahan yang terdapat didalam tayangan rumah

    tersebut.2. Murid diminta menyebut

    kemudahan tersebut danmenerangkan kepentingannya.Jawapan murid dikaitkandengan pembelajaran lepas dantajuk hari ini.

    Pendekatan: Deduktif

    Kaedah: Oral-Aural

    TKP: Verbal- Linguistik, Naturalis,Interpersonal, Intrapersonal

    TMK

    KBKK: Menghubungkaitkan,Membandingbeza

    Alat Pandang Dengar : video

    Bersyukur

    CD Pembelajaran Interaktif

    Langkah 1/Masa 15 minitAktiviti 1

    1. Guru mendedahkan sepintaslalu tentang fungsi dankepentingan rumah kepada

    murid.2. Murid boleh menonton videoKeluarga Santai untukmenambah input.

    3. Selesai menonton, muriddikehendaki mengisi borangpengurusan grafik lima fungsidan kepentingan rumah.

    4. Murid dipilih secara rawak untukmengisi borang pengurusan

    Pendekatan: Induktif, Deduktif

    Kaedah: Oral-Aural

    TMK

    Strategi: Penggabungjalinan,Pemusatan Bahan

    Alat Pandang Dengar : video

    Bekerjasama, hormat-menghormati

    Borang Pengurusan Grafik

    17

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    18/25

    grafik lima fungsi dankepentingan rumah di laptopguru kemudian ditayangkanpada skrin.

    Aktiviti 21. Murid menjawab soalan di peta

    minda interaktif menggunakanbuku latihan.

    2. Pilihan jawapan untuk petaminda disediakan untukmembantu pembelajaran murid.

    KBKK: MencirikanBCB: Menyenaraikan

    TKP: Kinestetik, Verbal-Linguistik,Interpersonal, Intrapersonal

    TMK

    Pembelajaran Individu

    Kaedah: Terus

    Teknik: Permainan Bahasa

    CD Pembelajaran Interaktif

    Langkah 2/Masa 20 minitAktiviti 1

    1. Murid menonton sedutan videoKeluarga Santai. Murid ditanyaapakah kemudahan yang ada di

    dalam video tersebut.2. Murid dibahagikan kepada limakumpulan.

    3. Murid berbincang tentangkemudahan yang ada di dalamrumah serta kepentingannyadan bagaimana rumah dapatmeningkatkan nilai kemesraankeluarga. Murid boleh merujukkepada video..

    Pembelajaran Koperatif

    Pendekatan: Deduktif

    TMK

    Teknik: Perbincangan

    Strategi: Pemusatan Bahan danPemusatan Murid

    Bekerjasama, hormat-menghormati

    CD Pembelajaran Interaktif

    18

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    19/25

    4. Wakil kumpulan akanmembentangkan hasilperbincangan kumpulan yangdicatat pada kertas sebak.

    5. Guru bertindak sebagaifasilitator.

    Aktiviti 2

    1. Murid menjawab 5 soalan kuizberbentuk pantun dan lagu yangberkaitan dengan fungsi,kepentingan dan ruang di dalamrumah.

    KBKK: Mencirikan,menghubungkaitkan, membuatgambaran mental

    TKP: Verbal-Linguistik,Interpersonal,Intrapersonal

    TMK

    Kaedah: Terus

    Teknik: Kuiz

    Langkah 3/Masa 15 minit

    1. Murid diminta menyediakan

    gambar rumah dari majalah,risalah, poster dan pelbagaisumber yang sesuai untukmenunjukkan fungsi setiaprumah.

    2. Hasil tugasan kumpulandipamerkan di dinding bilikdarjah.

    3. Murid diarah bergerak secarakumpulan berbaris secara one

    KBKK: Mereka cipta, menjana idea

    Pembelajaran koperatif

    TKP: Visual-Ruang, Kinestetik,Interpersonal, Verbal-linguistikStrategi: Pemusatan Bahan

    Gambar dari pelbagai sumber, gam,

    gunting, kertas sebak dan selofon tape

    Bekerjasama,hormat-menghormati

    19

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    20/25

    stray three stay sambilmelambai tangan di hadapandan menyebut Kami DatangNak Melawat.

    Penutup/masa 5 minit

    1. Murid-murid menyanyikan lagu

    Rumah Cantik Saya dalamversi Can Ma Li Can

    2. Murid-murid membuat rumusantentang topik pelajaran yangdialami dengan bantuan guru.

    Strategi: Penggabungjalinan

    Pemusatan Bahan

    Pembelajaran Koperatif danPembelajaran Kolaboratif

    TMK

    TKP: Muzik

    Berbangga, bersyukur dan menghargai

    Carta lagu berserta rakaman nyanyian

    Tamborin

    CD Pembelajaran Interaktif

    20

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    21/25

    3.0 Penghasilan Perisian Media Pengajaran TMK yang Berkesan

    Menggunakan Prinsip Reka Letak Casper (CASPER).

    Reka letak dalam perisian persembahan elektronik merupakan ilmu atau

    kemahiran yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan

    bagi membentuk persembahan yang menarik. Keupayaan meletak dan

    menyusun elemen media yang baik dalam media pengajaran Teknologi

    Maklumat dan Komunikasi (TMK) mampu memberi impak yang positif terhadap

    persembahan serta menjadikan persembahan perisian lebih efektif kepada

    pengguna terutamanya murid-murid sekolah. Oleh itu, berikut merupakan

    ringkasan kepada prinsip reka letak CASPER :

    21

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    22/25

    C

    A

    P

    S

    R

    E

    Contrast Perbezaan yang ketara : warna gelap

    dengan warna terang, unsur dengan latar belakang paparan &

    menambah tarikan terhadap sesuatu reka bentuk. Selain itu, fon, objek

    kecil dengan besar, garis halus dengan kasar, unsur datar dengan tega

    @ grafik kecil dengan besar.

    Repitition Pengulangan : membantu pemahaman

    pengguna kerana mereka cenderung terhadap media pembangunan

    perisian boleh menggunakan pengulangan media teks, audio, grafik &

    video untuk menyampaikan mesej sama.

    Emphasis Penekanan : item yang penting perlulah

    diberikan penekanan seperti visual yang penting diuang-ulang @ ayat-

    ayat yang penting di bold@ italic@ underline. Namun demikian,

    pembangunan perisian tidaklah terlalu banyak menggunakannya agar

    pengguna tidak melebihkan tumpuannya kepada elemen sampingan.

    Proximity Berhampiran : item yang digunakan perlulah dikumpulkan

    dalam satu kawasan agar pengguna dapat melihat ia sebagai item

    yang berkaitan & berkesinambungan dan tidak terpisah-pisah .

    Simplicity Mudah : grafik & animasi perlu ringkas & pengguna dapat

    memahami maksud persembahan. Ia mesti mudah diteroka dan dapat

    merangsang pemikiran. Visual juga perlu bersesuaian & sekeping

    gambar misalnya lebih bermakna daripada teks yang panjang lebar.

    Alignment Susunan lurus : item dalam muka perisian

    perlulah seimbang dengan muka perisian agar menarik & kepandaian

    menyusun item yang ingin dipersembah agar menarik & item perlu

    disusun agar tidak kelihatan janggal & item perlu ada kaitan secara visu

    antara satu sama lain.

    ajah 4 :Penghasilan Perisian Media Pengajaran TMK yang Berkesan Menggunakan Prinsip

    Reka Letak Casper (CASPER)

    22

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    23/25

    4.0 Refleksi

    Tugasan KKBI mula diedarkan oleh pensyarah pembimbing, Cik Norsidah

    Binti T Mohamed pada tarikh 14 Februari 2011, dan penerangan dilakukan

    serentak di bilik kuliah PISMP Pengajian Sosial C-2-14. Tugasan KKBI yang

    diberikan adalah berkisarkan tentang projek yang perlu disediakan oleh murid

    pendidikan guru, iaitu satu perisian media pengajaran TMK berkesan untuk

    langkah-langkah dalam RPH bagi mata pelajaran Pengajian Sosial (Kajian

    Tempatan dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan).

    Pelbagai pertanyaan berkenaan dengan KKBI diajukan dan pensyarah

    pembimbing memberi kelonggaran untuk memilih mana-mana langkah dalam

    RPH disediakan perisian media pengajaran TMK. Namun, sebagai murid

    pendidikan guru yang masih bertatih dan mendapat latihan keguruan di

    IPGKTAA, saya memilih untuk merelevankan keseluruhan RPH saya bermula

    daripada set induksi sehingga penutup menggunakan perisian media pengajaran

    TMK.

    Hari demi hari yang dilalui sepanjang 14 Februari 2011 sehingga 9 Mac2011 menjayakan KKBI ini secara individu seperti yang termaktub dalam tugasan

    ini, setiap perjumpaan untuk berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing

    diadakan bagi merujukkan rangka jawapan KKBI kepada pensyarah pembimbing

    dan mendapatkan lagi input-input serta nilai tambah yang perlu bagi

    mempertingkatkan dan memperhalusi tugasan KKBI ini. Bukti berkolaborasi pula

    disertakan bersama-sama borang kolaborasi setiap kali kolaborasi diadakan.

    Apa yang dikisarkan adalah penyediaan media pengajaran yang

    menggunakan perisian Power Point dan tugasan yang perlu mengaitkan satu

    teori pembelajaran sebagai relevannya sumber yang disediakan untuk

    pengajaran yang efektif. Alhamdulillah, syukur kerana kerjasama yang diberikan

    oleh pensyarah pembimbing tidaklah bertepuk sebelah tangan kerana saya

    23

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    24/25

    dapat meneruskan pembinaan media pengajaran dengan mendasari Teori

    Pembelajaran Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne.

    Dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan teori yang sesuai

    digunakan dalam penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran, saya

    banyak melayari internet, meminjam buku dari perpustakaan, merujuk buku

    KBSR Teks dan Latihan mata pelajaran Kajian Tempatan SK dan merujuk

    kembali hasilan tugasan-tugasan saya berkaitan dengan teknologi dalam

    pengajaran dan pembelajaran pada semester-semester lepas. Alhamdulillah,

    semua rujukan yang dibuat amat membantu saya dalam menyiapkan perisian

    media pengajaran ini dan diharap mendapat perhatian sewajarnya daripada

    pensyarah pembimbing. InsyaAllah.

    Dalam penyediaan perisian media pengajaran ini, tema Rumah Sebagai

    Keperluan Asas Manusia, topik Kepentingan Rumah memerlukan saya arif

    dalam memilih imej dan audio serta melaksanakan video yang sesuai untuk

    pengajaran topik ini yang mana audiens saya adalah murid-murid sekolah

    kebangsaan Tahun 4. Pelbagai rintangan dan cabaran saya lalui untuk membina

    perisian ini dengan merakamkan suara, memasukkan imej, memasukkan audiodan memautkan pautan ke video-video yang saya lakonkan sendiri. Saya

    menggunakan kesempatan tugasan KKBI ini dengan menggabungkan elemen

    kekreatifan saya sebagai murid pendidikan guru untuk pendidikan di sekolah

    kelak. Alhamdulillah, video saya berjaya ditayangkan setelah saya berjaya

    memautkan pautannya. Di samping itu, sebagai nilai tambah pengayaan untuk

    murid-murid saya, saya masukkan unsur pautan ke alamat URL internet yang

    telah saya sediakan sebagai warm uppembelajaran mereka bermula.

    Selesai sahaja pembinaan perisian, proses burn CD/DVD perisian media

    pengajaran serta folder tugasan KKBI ini pula melalui prosesnya. Saya turut

    memperelokkan CD/DVD saya dengan mencipta cover menggunakan perisian

    NERO. Alhamdulillah, segalanya telah selesai ditambah pula dengan

    24

  • 8/7/2019 Robert M.Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

    25/25

    pencetakan hardcopy tugasan KKBI ini. Saya bangga kerana dapat

    menghabiskan tugasan KKBI PSS 3109 tepat pada masanya dan berharap agar

    saya dapat menggunakannya untuk Praktikum Fasa 1 di SK Kechau 1, Kuala

    Lipis. InsyaAllah, diharapkan agar topik Kepentingan Rumah dalam mata

    pelajaran Kajian Tempatan masih belum dipelajari oleh murid-murid Tahun 4

    sekolah ini supaya saya dapat mempraktikkan perisian media pengajaran TMK

    saya buat hadiah kepada pensyarah JSS yang meninjau latihan praktikum saya.