edu 3104 kajian kes stealing time

27
Disediakan oleh:Irene Bunsie anak Bandang Lousia Sindeng Nor Zaheera bt Abdul Razak PISMP AMB JAN 2012

Upload: ei-reen

Post on 21-Jul-2015

1.214 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

Disediakan oleh:Irene Bunsie anak Bandang

Lousia Sindeng

Nor Zaheera bt Abdul Razak

PISMP AMB JAN 2012

Page 2: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

Sinopsis• Kajian kes ini mengisahkan tentang Robert merupakan seorang guru yang

telah mengajar hampir 7 tahun dan mengajar kelas Gred 4.

• Dia percaya jika dia bersikap adil dan baik terhadap pelajar, pelajar pun akan

berbuat sedemikian rupa kepada beliau.

• Robert mendapati pelajarnya yang selama ini bermasalah akan berubah

sikap hasil daripada pengurusan bilik darjahnya yang berkesan.

• Dia bangga dengan pelajar seperti Andy dan Martin yang mempunyai latar

belakang keluarga yang bermasalah dan mempunyai masalah pembelajaran.

• Tetapi mereka mampu berubah. Begitu juga dengan David yang bermula

dari kelas bermasalah pembelajaran.

• David bersikap baik dan menyertai semua aktiviti dan pelajar lain mampu

menerimanya seperti pelajar biasa.

Page 3: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

• Beberapa hari seterusnya, David tidak menghantar tugasan dan jauh

ketinggalan dalam tugasan dan mengganggu perhatian pelajar lain

semasa di dalam kelas.

• Robert beranggapan bahawa David sengaja bertingkah laku buruk

dan menimbulkan masalah kerana cuba untuk mendapatkan

perhatian seperti dalam kelas pemulihan khas.

• Rakan sekelasnya mula mengadu tentang sikap David kepada

Robert. David mahu kembali ke kelas asalnya kerana dia tidak suka

cara pelajar lain memandangnya.

• Apabila semua pelajar lain menghadiri kelas Pendidikan Jasmani,

Robert telah berbincang dengan David dan David telah meminta

maaf dengan Robert atas tindakannya selama ini.

Page 4: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

• Selepas perbincangan tersebut, sikap David bertambah baik dan

prestasi kerja sekolah meningkat selama beberapa hari. Pada minggu

yang seterusnya, keadaan dan sikap lama David kembali seperti

sebelumnya.

• Pada suatu petang, ketika David menyiapkan tugasan dalam kelas

yang kosong, Robert keluar seketika untuk membuat salinan lembaran

kerja yang harus disiapkan oleh David.

• Apabila Robert kembali semula ke dalam kelas, Bob, melaporkan

bahawa jam tangannya hilang.

• Pada keesokan pagi, David bergegas ke meja Robert dan memberitahu

bahawa ayahnya telah memberikannya seutas jam tangan yang baru.

Setelah Robert meneliti jam tangan tersebut, dia berasa marah kerana

itu merupakan jam tangan Bob yang hilang.

Page 6: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME
Page 7: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

a) Huraikan apakah yang anda faham

tentang kes yang dikaji.

Masalah yang dihadapi

• David, iaitu pelajar kepada Robert merupakan pelajar

berkeperluan khas yang mempunyai masalah emosi

dan tingkah laku. Setelah sikapnya bertambah baik, dia

diserap masuk ke kelas biasa sama seperti pelajar yang

lain.

• David mempunyai masalah kelakuan seperti disruptif dan

bersikap ingkar terhadap arahan.

• Dia juga melanggar peraturan sebagai salah satu cara

untuk mendapatkan perhatian daripada rakan dan guru.

• David memiliki pola persahabatan pencilan, iaitu tidak

memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga

tidak memilih dia sebagai sahabat.

Page 8: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

• Walaupun pada mulanya David bersikap normal seperti

kanak-kanak lain di dalam kelas, namun dia juga

menghadapi masalah emosi. Masalah ini bersifat

dalaman dan mungkin tidak jelas kepada guru.

• Ini telah menyebabkan David bertindak agresif, tidak

mengendahkan amaran guru, tidak menyiapkan

tugasan yang diberikan oleh guru dan mudah marah.

• Hal ini adalah sebab dia merasakan dirinya tidak lagi

diberikan perhatian seperti di dalam kelas pemulihan

khas dahulu, di mana seorang guru hanya akan

mengajar 4 orang pelajar sahaja.

• Tindakan David juga diklasifikasikan sebagai masalah

disiplin iaitu, keadaan yang tidak terkawal misalnya

keadaan bising dan tidak terurus di dalam kelas.

Page 9: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

Faktor-faktor1. Diri murid

• David yang berasal dari kelas pemulihan khas

merasakan dirinya tidak lagi diberikan perhatian seperti

sebelumnya setelah dia mengikuti kelas biasa seperti

pelajar lain.

• Oleh itu, dia menunjukkan sikap disruptif semata-mata

untuk mendapatkan perhatian guru.

2. Guru

• Guru juga perlu menunjukkan minat dan mengambil

berat tentang muridnya.

• Jika guru menunjukkan sikap tidak peduli, murid akan

merasakan diri mereka tidak penting dan kehadiran

mereka di dalam kelas tidak bermakna kepada guru

tersebut.

Page 10: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

b) Apakah konsep/model/teori yang

anda perlu tahu untuk memahami

dengan mendalam kes yang

dianalisis?

Page 11: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

1. Model Modifikasi

TingkahLaku B.F Skinner

Menggunakan prinsip peneguhan yang

menggunakan elemen-elemen luaran untuk

meningkatkan tingkah laku yang diingini.

Dendaan

Time outPeneguhan

Modeling

Page 12: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

2. Model Disiplin Asertif Canter

Satu set peraturan

yang digubaloleh guru.

Membentuksatu

perhubunganyang positif

antara guru danmurid.

Guru menyatakandengan jelas

tentang kehendakdan perasaannyakepada pelajar.

Sesiapa yang mengikut

peraturan akanmenerimapeneguhan

positif.

Sesiapa yang ingkar akanmenerimaakibatnya.

Page 13: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

3. KonsepPembelajaran

Koperatif

Pelajar-pelajarberinteraksi dan

bekerjasamadalam aktivitipembelajaran.

Pelajar mengajardan berbincangsesama sendiri

untuk mencapaisatu tahap yang

sama tinggi.

Setiap individubertanggungjawabdalam kumpulanmasing-masing.

Murid-muridmelibatkan dirisecara aktif dankoperatif dalampembelajaran

kumpulan.

Page 14: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

4. Model Akibat Logikal

Dreikurs

Dreikursmenekankan guru

perlu mengenalpasti punca salahlaku. Murid perludibimbing untuk

memahamiperaturan dalam

bilik darjah.

Tingkah lakubermasalah adalah

kerana muridinginkan perhatian,

inginkan kuasa, membalas dendam,

dan inginmenonjolkankekurangan.

Muridmenunjukkanperlakuan takdiingini untukmendapatkan

perhatian rakandan guru.

Page 15: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

Murid yang bermasalah dalam kes ini ialahDavid.

Teori ini menekankan kepentingan hubungansosial dengan individu

5. Teori Psikososial Erik Erikson

Kejayaan atau kegagalan menyelesaian krisisperkembangan akan membawa akibat kepadaimej kendiri seseorang individu.

Personaliti seseorang kanak-kanak dibentukhasil daripada perkembagan psikososial ini.

Page 16: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

Pada tahap 4th Standard David berada dalamperingkat Industri lawan rasa rendah diri.

Kegagalan David untuk menyiapkan kerja rumah danmenyusahkan pelajar lain menyebabkan David tidakdisenangi oleh rakan sekelas dan gurunya CikguRobert.

Walaupun masalah rendah diri tidak begitu menonjoldalam situasi ini namun kita boleh lihat bahawaketidakupayaann David dalam membentuk hubunganpsikososial yang baik dengan rakan sekelas.

Ini sekaligus membawa kepada masalah tingkah lakudalam diri David.

Page 17: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

6. Model Terapi Realiti William Glasser

• Keperluan-keperluan psikologi asas murid termasuklah

rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan

kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersuka ria.

Kurikulum dan pengajaran mesti berfokuskan keperluan

asas ini.

7. Konsep Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah

• Sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arahmendatangkan manfaat kepada murid.

Page 18: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

c) Apakah strategi yang mungkin boleh

diambil untuk membantu menyelesaikan

kes yang dianalisis?

1. Peneguhan positif

• Berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong

individu mengulangi tindakan yang dikehendaki.

• Tingkah laku berlaku hasil daripada rangsangan

atau peneguhan.

• Jenis ganjaran yang sesuai diberikan ialah

dalam bentuk material atau pujian.

Page 19: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

Contoh masalah Penyelesaian

• Robert tidak membenarkan

David rehat sehingga

menyiapkan tugasannya,

namun tidak berkesan.

(P6, B68)

• Memberikan ganjaran sekiranya

David menyiapkan tugasan.

• Namun, Robert harus

mengelakkan memberi

peneguhan secara berterusan

kerana ia akan mengurangkan

kualiti keberkesanannya.

Page 20: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

2. Motivasi

• Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi

intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

• Robert boleh menggunakan motivasi ekstrinsik

untuk memberikan kesedaran kepada Robert.

• Sebagai contoh, memberi sokongan, memberi

peneguhan positif yang terdiri daripada pujian,

hadiah, gred dan suasana pembelajaran yang

kondusif.

Page 21: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

Contoh masalah Penyelesaian

1. David tidak menghantar tugasan

Matematik.

2. David mengganggu pelajaran

dengan mengatakan”Saya tahu

itu” dan “Biar saya buat”.

Robert boleh memberikan

bimbingan kaunseling kepada

David secara individu.

Robert harus memberikan peluang

kepada David untuk cuba

menjawab soalan.

Page 22: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

3. Disiplin Bilik Darjah

• Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin ialah kesanggupan

seseorang individu menghormati dan mematuhi peraturan sama ada disiplin

itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri.

• Turney dan Cairns (1976) meletakkan guru sebagai pusat tumpuan bilik

darjah sekaligus bertanggungjawab dalam melaksanakan disiplin.

Contoh masalah Penyelesaian

1. Robert menyuruh David berada

di belakang kelas supaya tidak

mengganggu murid yang lain

kerana dia telah berbuat bising.

• Robert harus bersikap adil dan

tegas terhadap hukuman dan

tindakan yang telah dikenakan.

• Elakkan menggunakan ugutan

sebaliknya menggunakan

kaedah kaunseling.

• Robert juga harus menyediakan

aktiviti mengikut kebolehan

murid.

Page 23: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

4. Membuat kontrak lisan dan bertulis• Kontrak bertulis adalah lebih sesuai digunakan kerana setiap perkara dispesifikasikan

dengan betul.

• Antara komponen yang ada dalam kontrak ialah:

Sasaran tingkah laku

Peneguhan yang akan diterima

Syarat-syarat yang harus diketengahkan dengan jelas.

Contoh masalah Penyelesaian

1. Selepas waktu rehat, perangai

David semakin menjadi-jadi

dengan membuat bising dan

marah kepada kawan-kawannya.

• Robert boleh menggunakan

kontrak bertulis untuk

mengawal sikap Robert yang

bertindak agresif.

• Walaupun pembinaan kontrak

ini mungkin mengambil masa

yang banyak, namun jika dibuat

dengan teliti, hasilnya adalah

sangat memuaskan.

Page 24: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

5. Komunikasi

• Komunikasi sesama murid di dalam kelas adalah sangat

penting supaya mereka berasa dihargai dan diterima

dalam sesuatu kumpulan.

Contoh masalah Penyelesaian

1. David menyatakan bahawa dia

mahu kembali ke kelas asalnya

dan tidak suka cara murid lain

memandangnya.

2. Dia berasa tidak selesa dengan

keadaan dan komuniti kelasnya

kerana tiada komunikasi yang

baik berlaku antara dia dan

murid lain.

• Komunikasi dua hala antara ahli

komuniti amat penting.

• Oleh itu, Robert harus bijak

mewujudkan komunikasi antara

murid dengan membuat aktiviti

berkumpulan.

Page 25: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

6. Membuat perbincangan

• Perbincangan terbahagi kepada dua iaituperbincangan keseluruhan kelas dan perbincangankumpulan kecil.

Contoh masalah Penyelesaian

1. Robert membuat perbincangan

dengan murid-murid yang lain

sewaktu David tiada di kelas.

• Robert sepatutnya melibatkan

kesemua murid-murid di dalam

kelas ketika membuat

perbincangan supaya masalah

dapat diselesaikan dan kata

sepakat dapat dicapai.

• Robert juga boleh mengadakan

perbincangan dengan ibu bapa

David mengenai sikapnya

ketika di kelas.

Page 26: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME

7. Pengurusan Tingkah Laku

• Terdapat dua jenis tingkah laku iaitu disruptif dan

destruktif.

Contoh masalah Penyelesaian

1. Robert mengganggu pelajaran

dengan berkata „Saya tahu buat itu”

dan” Biar saya buat”. Ini adalah

tingkah laku disruptif.

• Aspek mencegah

-menyediakan RPH yang melibatkan

semua murid.

-peka terhadap keperluan murid.

-menjelaskan peraturan dengan tegas

dan adil.

• Aspek memupuk

-memberikan motivasi

-memberikan ganjaran

-mengambil berat murid

• Aspek memulih

-pelajar perlu mengenalpasti kesilapan

yang dilakukan.

-berdamai dan sedia meminta maaf

-Fokus kepada penyelesaian masalah.

Page 27: EDU 3104 KAJIAN KES STEALING TIME