rahsia part time

Click here to load reader

Post on 19-Dec-2015

54 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rahsia Part Time

TRANSCRIPT

  • RAHSIA PART TIME 1

    WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

    Terima kasih saya ucapkan kerana anda telah mendapatkan ebook Rahsia Part Time.

    Sebelum anda teruskan pembacaan, saya ingin mengajak anda untuk berlapang dada.

    Melalui ebook ini, saya ingin kongsikan pada anda satu informasi Premium yang mungkin tak

    terdapat di mana-mana.

    Bukanlah niat saya untuk mempengaruhi atau untuk mempromosikan apa-apa produk kepada

    anda.

    Anggaplah ebook ini sebagai buah tangan dari saya kepada anda, kerana saya percaya, anda

    LAYAK dan patut tahu informasi didalam ini.

    Ia tak seharusnya disembunyikan, atau hanya dikongsikan untuk golongan-golongan tertentu

    sahaja.

  • RAHSIA PART TIME 2

    WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

    ISI KANDUNGAN

    TOPIK MUKA SURAT

    Bab 1 : Model Perniagaan Yang Ideal 4

    Pendapatan Aktif 6

    Pendapatan Pasif 6

    Bab 2 : Definisi Referral Program 8

    Bab 3 : Referral Program Antarabangsa 9

    Bab 4 : Referral Program Tune Talk Tone Excel 10

    Bab 5 : Step By Step Cara Nak Sertai Referral Program TuneTalk ToneExcel

    16

    Bab 6 : Empat Jenis Pendapatan Dalam Referral Program TuneTalk ToneExcel

    19

    Bab 7 : Kelebihan Sebagai Ahli 25

    Bab 8 : Kaedah Promosi Berkesan 29

    Bab 9 : Fikirkan Sejenak 32

    Bab 10 : Apa Pendapat Anda? 33

    Penutup 34

  • RAHSIA PART TIME 3

    WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

    Ebook ini dihasilkan bagi membantu anda dan sesiapa sahaja untuk hasilkan lebih

    banyak duit secara part time melalui referral program.

    Macam mana? Jawapannya ada disetiap helaian mukasurat ebook ini.

    Adakah anda dah penat kerana terpaksa menjalani hidup atas muka bumi ini yang segalanya

    ditentukan oleh berapa banyak duit yang anda ada?

    Apa yang anda boleh buat kemana anda boleh pergi apa yang anda boleh dan tak boleh

    miliki dan siapa anda sekarang ini segala-galanya ditentukan oleh saiz pendapatan anda.

    Macam mana kalau saya katakan, semua ini boleh berubah sedikit masa lagi, dengan syarat

    anda sudi untuk luangkan masa anda untuk baca dari mula sampai habis ebook ini.

    8 daripada 10 pembaca ebook ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka

    sebanyak 30% walaupun mereka langsung tak mengikuti segala saranan yang saya

    gariskan dalam ebook ini.

    Setelah mereka baca ebook ini, satu perubahan telah berlaku dalam diri mereka. Mereka kini

    lebih bersikap terbuka, dan mampu melihat sesuatu perkara dengan lebih positif. Sekarang

    giliran anda.

    Tidak kiralah sama ada anda bujang atau dah berumahtangga, seorang ibu, ayah, pelajar,

    surirumah, nenek kepada tiga orang cucu, seorang kakitangan kerajaan mahupun swasta yang

    sibuk, seorang bisnesman, seorang eksekutif yang dibayar gaji yang mahal, atlet sukan,

    selebriti atau sesiapa sahaja

    Ebook ini ditulis untuk membantu individu-individu seperti anda membina pendapatan

    sampingan, secara part time.

    Seterusnya, anda yang tentukan, berapa banyak yang anda ingin hasilkan. Semuanya terpulang

    pada anda. Kuasa untuk buat keputusan, seratus peratus terletak di tangan anda.

    Janji saya. Ebook ini pasti akan merubah perspektif dan cara anda berfikir tentang kekayaan,

    dan kaedah penjanaan pendapatan.

  • RAHSIA PART TIME 4

    WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

    Bab 1 : Model Perniagaan Yang Ideal

    Perkara pertama yang perlu anda beri penekanan ialah, untuk mendapatkan pendapatan yang

    lumayan, dan untuk bebaskan diri daripada terpaksa bekerja keras serta terperangkap dengan

    aktiviti menukarkan masa kepada wang ringgit, anda perlu mempunyai bisnes anda

    sendiri.

    Tetapi, bisnes yang macam mana yang anda boleh ceburi?

    Bisnes ini mestilah cukup simple supaya orang-orang biasa tak rasa terbeban untuk sertai dan

    mulakan perniagaan mereka sendiri.

    Bukan itu sahaja, kita mahukan mereka-mereka yang memang busy dan selalu rasa tak cukup

    masa supaya dapat buat bisnes ini dan ia tak akan menggangu kerja-kerja dan tugasan hakiki

    mereka.

    Kita bukan sahaja mahukan supaya bisnes ini boleh dilakukan hanya dari rumah, malah kita nak

    bisnes ini boleh dilakukan tak kira walau dimana kita berada.

    Yang paling penting, bisnes ini mestilah nampak PROFESIONAL dan tak menjejaskan kredibiliti

    mahupun imej seseorang.

    Sebagai tambahan, kita juga mahukan bisnes yang bakal kita bina ini tidak begitu rumit,

    straight to the point, dan tak menyusahkan kita kembali.

    Ringkasnya kita mahukan supaya bisnes ini mempunyai karekteristik seperti berikut :

    Tiada risiko

    Tak perlu simpan stok

    Tak memerlukan modal yang besar

    Tak perlukan kemahiran komputer

    Tak perlukan peralatan

    Tak perlu upah pekerja

    Tidak menelan belanja yang besar

  • RAHSIA PART TIME 5

    WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

    Dan bila saya sebutkan bisnes ini tak memerlukan modal yang besar, maksud saya ialah sesiapa

    yang berminat untuk buat bisnes ini, dia tak perlu sediakan modal melebihi daripada gaji yang

    dia perolehi untuk dua atau tiga hari bekerja.

    Jadi, mereka tak perlulah bersusah payah untuk buat pinjaman bank dalam nilai yang besar,

    sebabnya, hanya gunakan duit simpanan mereka sahaja pun dah mencukupi.

    Dalam bab ini kita akan membincangkan konsep atau model perniagaan yang ideal.

    Oleh itu, kita akan senaraikan segala ciri-ciri perniagaan yang menepati ciri-ciri perniagaan yang

    ideal. Antaranya ialah :

    Kita akan jadi bos untuk perniagaan kita (sudah tentu)

    Boleh buat secara part time

    Boleh dijalankan tanpa perlu ada ofis

    Bisnes boleh dikembangkan tanpa perlu upah pekerja

    Boleh dapat pendapatan sekurang-kurangnya sekitar RM1,000 RM4,000 setiap bulan

    Berpotensi untuk menggantikan pendapatan sedia ada

    Mampu mencapai kebebasan kewangan

    Boleh bantu kita untuk bersara awal

    Bisnes boleh berkembang sehingga ke satu tahap yang membanggakan

    Dan yang paling penting, tak perlu jual barang

    Ada lagi yang tertinggal?

    Anda boleh tambah sendiri ciri-ciri perniagaan yang ideal mengikut citarasa anda.

    Bukan semua orang ada kemahiran nak jual barang. Macam-macam sebab yang buatkan orang

    kurang berjaya dalam bisnes, dan salah satunya disebabkan oleh tak pandai jual barang.

    Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai bisnes yang ideal ini, terlebih dahulu

    saya ingin perkenalkan kepada anda dua jenis pendapatan, iaitu :

    1. Pendapatan Aktif

    2. Pendapatan Pasif

  • RAHSIA PART TIME 6

    WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

    PENDAPATAN AKTIF

    Pendapatan jenis ini akan terhenti apabila anda berhenti bekerja.

    Contohnya seperti pekerjaan biasa yang kita lakukan saban hari. Kita dibayar gaji selagi mana

    kita masih lagi mampu bekerja.

    Namun, satu masa nanti, apabila kita dah tak lagi mampu bekerja, syarikat tempat kita bekerja

    pasti akan berhenti membayar kita gaji, walaupun jasa kita terhadap syarikat sangat besar.

    Begitu juga halnya apabila kita berhenti kerja. Kita dah tak akan menerima sebarang upah dari

    syarikat tempat kita bekerja sebelum ini.

    Dalam konteks pemilik perniagaan pula, pendapatan mereka akan berhenti apabila mereka

    tutup kedai.

    Dalam konsep pendapatan aktif, anda buat duit selagi mana anda masih bekerja. Setelah anda

    berhenti bekerja, maka pendapatan anda juga akan turut berhenti.

    Untuk dapat duit selama-lamanya, bermakna anda juga perlu bekerja selama-lamanya, yang

    mana kita tahu, adalah mustahil untuk seseorang itu bekerja selama-lamanya.

    Setiap orang yang bekerja dan juga pemilik perniagaan memiliki sumber pendapatan seperti ini,

    dan jenis pendapatan seperti ini adalah jenis yang biasa dimiliki oleh setiap manusia.

    PENDAPATAN PASIF

    Pendapatan pasif adalah jenis pendapatan yang tetap memberi hasil walaupun kita dah

    berhenti lakukan kerja tersebut.

    Kita hanya perlu buat sesuatu kerja tu sekali sahaja, dan kita masih lagi boleh mendapat

    imbuhan daripada kerja-kerja yang kita pernah buat sebelum ini.

    Sebagai contoh adalah pendapatan dalam bentuk royalti yang biasanya diperolehi oleh

    golongan seni.

  • RAHSIA PART TIME 7

    WWW.RAHSIAPARTTIME.COM

    Mereka hanya perlu merekod album mereka sekali sahaja. Setiap kali album mereka terjual,

    mereka akan memperolehi sedikit royalti daripada hasil jualan album tersebut.

    Walaubagaimanapun, untuk memperolehi pendapatan seperti ini, kita memerlukan kemahiran

    dan pengetahuan tertentu, dan bukan itu sahaja malah kita juga perlu membuat pelaburan

    yang besar di peringkat permulaan.

    Selain daripada itu, kita juga memerlukan seseorang bekerja untuk kita bagi menjual produk

    kita dan juga mencari pelanggan baru.

    Dalam konteks penyanyi yang merakamkan album, penulis buku, dan sebagainya, lazimnya,

    seorang pelanggan hanya membeli produk mereka sekali sahaja.

    Justeru, untuk memastikan pendapatan mereka sentiasa berterusan, maka mereka perlu

    sentiasa mencari pelanggan yang baru.

    Model pendapatan pasif yang terbaik ialah apabila kita dapat buat duit dari pelanggan yang

    sama secara berulang-ulang.

    Sebagai contoh, apabila kita ada rumah sewa.

    Penyewa kita akan bayar sewa kepada kita dalam jumlah yang sama setiap bulan selagi mana

    kita belum naikkan harga. Selain daripada itu, contoh lain ialah dalam bisnes telekomunikasi.

    Pihak telco hanya perlu menjual simkad kepada pelanggan merek