teacher time management

Upload: mohd-ellif-sarian

Post on 12-Feb-2018

328 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Teacher time management

    1/29

    PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TEKNIK

    DAN VOKASIONAL (ELEKTIF SAINS PERTANIAN)

    DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

    HUSAIRI BIN JIKAN

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • 7/23/2019 Teacher time management

    2/29

  • 7/23/2019 Teacher time management

    3/29

  • 7/23/2019 Teacher time management

    4/29

    PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

    (ELEKTIF SAINS PERTANIAN) DI SEKOLAH-SEKOLAH

    MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

    HUSAIRI BIN JIKAN

    Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

    Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    MAC 2004

  • 7/23/2019 Teacher time management

    5/29

  • 7/23/2019 Teacher time management

    6/29

    iii

    DEDIKASI

    Untuk

    Ibuku tercinta, Hjh. Rubeah Bt. Ngaripin,

    Arwah bapaku, Hj. Jikan B Sihap,

    terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat kalian berdua.

    Isteriku tercinta, Sanisah Bt. Safuan

    terima kasih atas pengorbananmu, galakan, kesabaran dan kepercayaan

    yang diberikan selama ini.

    Anak-anak tersayang, Siti Nur Atikah, Muhammad Amirul Ashraff,

    Muhammad Arif Arsyad dan Muhammad Amir Aiman

    Terima kasih atas doa, galakan dan pengorbanan kalian.

    Jutaan terima kasih juga kepada penyelia, En. Zainudin Bin Hassan,

    atas nasihat dan dorongan.

    Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kalian, Amin...

    Sekian, Terima Kasih.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    7/29

    iv

    PENGHARGAAN

    Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah S.W.T yang memberikan

    kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda Nabi Muhamad s.a.w

    yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus,

    maka dengan rahmatNya, projek ini siap bagi memenuhi penganugerahan Ijazah

    Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik

    dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

    memberi peluang dan kesempatan untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini

    sehingga berjaya.

    Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini, khas kepada penyelia

    projek sarjana muda, Encik Zainudin Bin Hassan atas nasihat, bimbingan dan

    sokongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan laporan projek ini.

    Tidak lupa juga kepada individu atau pihak tertentu yang terlibat sama ada secara

    langsung atau pun tidak langsung dalam membantu menyediakan laporan

    penyelidikan ini.

    Akhir sekali buat ibu, isteri dan anak-anak tersayang, segala doa restu dan

    dorongan kalian amat dihargai. Saya harap usaha ini sentiasa diberkati Allah

    S.W.T. dan dapat dimanfaatkan. Sekian , terima kasih.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    8/29

    v

    ABSTRAK

    Pengurusan masa yang berkesan merupakan satu faktor yang menentukan

    kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah untuk

    meninjau pengurusan masa guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    Tingkatan Empat dan Lima di sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

    Instrumen kajian terdiri daripada set soal selidik yang dibahagikan kepada dua

    bahagian. Bahagian A mengandungi 7 item yang berkaitan dengan latar belakang

    responden. Bahagian B pula terdiri daripada 42 item berbentuk skala Likert

    digunakan untuk meninjau pengetahuan guru tentang kepentingan pengurusan

    masa, perlaksanaan perancangan, penyediaan pengajaran dan faktor-faktor yang

    menghalang guru dari mengikut masa yang telah dirancang. Seramai 18 orang

    guru Sains Pertanian Tingkatan Empat dan Lima telah dipilih sebagai responden

    daripada jumlah 18 orang populasi. Data yang dianalisis secara statistik diskriptif

    iaitu mencari kekerapan, peratusan min dengan menggunakan perisian SPSS

    v11.0 (Statistical Package For Social Sciences). Hasil kajian mendapati

    pengetahuan guru tentang kepentingan masa ini adalah amat tinggi iaitu 85.0% .

    Walau bagaimanapun, tahap pengurusan masa dari segi perlaksanaan pengajaran

    mengikut perancangan ialah 78.5%, aspek penyediaan pengajaran ialah 70.13%

    dan aspek faktor-faktor yang menghalang pengurusan masa guru ialah 79.9%.

    Pada keseluruhannya, tahap pengurusan masa guru-guru Sains Pertanian dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi. Walau

    bagaimanapun ia perlu dipertingkatkan lagi untuk menjadikan proses pengajaran

    dan pembelajaran Sains Pertanian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    9/29

    vi

    ABSTRACT

    Effective time management is one of the most important factors that

    determine the success of teaching process. This research tried to identify time

    management practice in teaching among from four and five secondary school

    teachers of Johor Bahru, Johor. The research instruments consists seven item

    related to the background of the respondent. Mean while, Section B consists of

    forty two item which seek to identify respondents knowledge about the

    importance of time management, the implementation of plans, the preparation of

    teaching and the factors that hinder the teacher from being punctual according to

    the schedule prepared. A total of 18 Agriculture Science teachers were selected as

    respondents from the total populations of 18. Data collected was analyzed

    descriptively by calculating the frenquencies, percentage and means using SPSS v

    11.0 statistical package. The findings of this study revealed that 85.0% of the

    teachers have high knowlwdge about the importance of time management.

    However, the level of time management as regard to the implementation of

    teaching is 78.5% , the percentage from the aspect of the preparation of teaching

    is 70.13% and the factor that obstructive of teachers time manegement teaching is

    79.98%. The level of time management in the teaching and learning process

    among Agriculture Science teachers are identified as on the high level and time

    management should be upgraded in order to ascertain the teaching and learning

    process of Agriculture Science would be implemented effectively.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    10/29

    vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA

    SURAT

    HALAMAN JUDUL i

    HALAMAN PENGAKUAN ii

    HALAMAN DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    SENARAI ISI KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI RAJAH xiii

    SENARAI LAMPIRAN xv

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 7

    1.4 Persoalan Kajian 9

  • 7/23/2019 Teacher time management

    11/29

    viii

    1.5 Objektif Kajian 9

    1.6 Kepentingan Kajian 10

    1.7 Batasan Kajian 11

    1.8 Istilah Dan Definisi 11

    1.8.1 Pengurusan Masa 11

    1.8.2 Pengurusan Masa Guru 12

    1.8.3 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 14

    1.8.4 Pendidikan Teknik Dan Vokasional 16

    1.8.5 Sains Pertanian 18

    BAB II KAJIAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan 20

    2.2 Model / Teori Berkaitan Dengan Kajian 21

    2.2.1 Model Pengurusan Masa 22

    2.2.2 Model Pengajaran Dan Pembelajaran 26

    2.3 Kajian-kajian Terdahulu 31

    2.3.1 Kajian Pengurusan Masa Guru 31

    2.3.2 Kajian Pengurusan Masa Pelajar 33

    2.4 Rumusan Kajian Lepas 35

    BAB III METHODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 38

    3.2 Rekabentuk Kajian 38

    3.3 Persampelan 39

    3.4 Instrumentasi 41

    3.5 Kajian Rintis 44

    3.6 Prosedur Pengumpulan Data 46

  • 7/23/2019 Teacher time management

    12/29

    ix

    3.6.1 Pengedaran Soal Selidik 46

    3.6.2 Pengumpulan data 46

    3.7 Analisa Data 47

    3.7.1 Kaedah Infrensi 47

    3.7.2 Kaedah Deskriptif 47

    BAB IV ANALISA DATA

    4.1 Pengenalan 50

    4.2 Analisa Data Bahagian A 51

    4.2.1 Jantina 51

    4.2.2 Bangsa 52

    4.2.3 Umur 52

    4.2.4 Lokasi Sekolah 53

    4.2.5 Pengalaman Mengajar Sains Pertanian 54

    4.2.6 Kursus Sains Pertanian Yang Dihadiri 55

    4.2.7 Bidang Pengkhususan Di Maktab 56

    4.3 Analisa Data Bahagian B 57

    4.3.1 Pengetahuan Tentang Pengurusan

    Masa 58

    4.3.2 Perlaksanaan RancanganPengajaran

    Guru 63

    4.3.3 Persediaan Guru Dalam Proses

    Pengajaran 69

    4.3.4 Faktor-faktor Yang Menghalang

    Perancangan Masa Dalam Proses

    Pengajaran Dan pembelajaran 74

  • 7/23/2019 Teacher time management

    13/29

    x

    4.3.5 Perhubungan Pengurusan Masa Guru

    Dalam Proses Pengajaran Dan

    Pembelajaran Mengikut Latar Belakang 80

    4.3.5.1Perhubungan Bagi Pengetahuan

    Tentang Pengurusan Masa Guru

    Dengan Jantina 81

    4.3.5.2 Perhubungan Bagi Perlaksanaan

    Rancangan Pengajaran Guru

    Dengan Jantina 83

    4.3.5.3Perhubungan Bagi Persediaan

    Pengajaran Guru Dengan

    Pengalaman Mengajar 85

    4.3.5.4Perhubungan Bagi Faktor-faktor

    Yang Menghalang Perancangan

    Masa Guru Dengan Pengalaman

    Mengajar 86

    BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 88

    5.2 Perbincangan Hasil Dapatan 89

    5.2.1 Pengetahuan guru tentang pengurusan

    masa dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran mata pelajaran Sains

    Pertanian 89

    5.2.2 Perlaksanakan perancangan pengajaran

    mengikut masa yang ditetapkan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran

    mata pelajaran Sains Pertanian 91

  • 7/23/2019 Teacher time management

    14/29

    xi

    5.2.3 Persediaan guru mengurus masa dalam

    pengajaran mata pelajaran Sains

    Pertanian 94

    5.2.4 Faktor-faktor yang menghalang

    perancangan masa dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran mata

    pelajaran Sains Pertanian 96

    5.2.5 Perhubungan pengurusan masa guru

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    dengan latar belakang guru 98

    5.4 Cadangan 99

    5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 99

    5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Jabatan

    Pendidikan 100

    5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian

    Pendidikan Malaysia 100

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 101

    5.6 Penutup 101

    BIBLIOGRAFI 102

    LAMPIRAN

  • 7/23/2019 Teacher time management

    15/29

    xii

    SENARAI JADUAL

    N0. JADUAL TAJUK MUKA

    SURAT

    3.1 Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru dan Bilangan

    Guru SP 40

    3.2 Susunan Item Dalam Set Soal Selidik 43

    3.3 Skala Likert 44

    3.4 Skala Pemeringkatan 48

    3.5 Julat Min Bagi Pengurusan Masa Guru 49

    4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

    Jantina 51

    4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

    Bangsa 52

    4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

    Umur 52

    4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Lokasi

    Sekolah 53

    4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

    Pengalaman Mengajar 54

    4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Yang mengikuti

    Kursus Sains Pertanian Yang Dihadiri 55

    4.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

    Bidang Pengkhususan Di Maktab / Universiti 56

  • 7/23/2019 Teacher time management

    16/29

    xiii

    4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

    Pengetahuan Tentang Pengurusan Masa Dalam Proses

    Pengajaran Dan Pembelajaran 58

    4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

    Perlaksanaan Pengajaran Guru Dalam Proses pengajaran

    Dan Pembelajaran 63

    4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

    Persediaan Pengajaran Guru Dalam Proses Pengajaran

    Dan Pembelajaran 69

    4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

    Faktor-faktor Yang Menghalang Perancangan Masa Dalam

    Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

    74

    4.12 Pengetahuan Tentang Pengurusan Masa Guru Dengan Jantina 81

    4.13 Perlaksanaan Rancangan Pengajaran Guru Dengan Jantina 83

    4.14 Perancangan Persediaan Guru Dengan Pengalaman Mengajar

    Sains Pertanian 85

    4.15 Faktor-faktor Yang Menghalang Perancangan Masa Guru

    Dengan Pengalaman Mengajar Sains Pertanian 86

  • 7/23/2019 Teacher time management

    17/29

    xiv

    SENARAI RAJAH

    N0. RAJAH TAJUK MUKASURAT

    1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

    2.1 Bagaimana Mengawal Penggunaan Masa 23

    2.2

    Aliran Tenaga Masa 26

    2.3 Proses Pengajaran Berdasarkan Model Glaser 27

    2.4 Pengajaran Satu Pendekatan Sistematik 28

    2.5 Proses Pengajaran 29

    2.6 Hubungan Objektif Mata Pelajaran Dengan Objektif Topik 30

    4.1 Peratusan Responden Berdasarkan Pengetahuan Tentang

    Pengurusan Masa 59

    4.2 Peratusan Responden Berdasarkan Item 3 60

    4.3 Peratusan Responden Berdasarkan Item 5 61

    4.4 Peratusan Responden Berdasarkan Perlaksanaan

    Pengajaran Guru 64

    4.5 Peratusan Responden Berdasarkan Item 18 66

    4.6 Peratusan Responden Berdasarkan Item 19 67

    4.7 Peratusan responden Berdasarkan Persediaan Pengajaran Guru 70

    4.8 Peratusan Responden Berdasarkan Item 25 71

    4.9

    Peratusan Responden Berdasarkan Item 32 72

    4.10 Peratusan Responden Berdasarkan Faktor-faktor Yang

    Menghalang Perancangan Masa Dalam Proses Pengajaran Dan

    Pembelajaran 75

    4.11 Peratusan Responden Berdasarkan Item 33 76

  • 7/23/2019 Teacher time management

    18/29

    xv

    4.12 Peratusan Responden Berdasarkan Item 41 78

    4.13 Peratusan Responden Berdasarkan Pengetahuan Tentang

    Pengurusan Masa Guru Dengan Jantina 82

    4.14 Peratusan Responden Berdasarkan Pelaksanaan Rancangan

    Pengajaran Guru Dengan Jantina 84

    4.15 Peratusan Responden Bagi Persediaan Pengajaran Guru

    Dengan Pengalaman Mengajar 85

    4.16 Peratusan Responden Bagi Faktor-faktor Yang Menghalang

    Perancangan Masa Guru Dengan Pengalaman Mengajar 86

  • 7/23/2019 Teacher time management

    19/29

    xvi

    SENARAI SIMBOL

    ATS - Amat Tidak Setuju

    AS - Amat Setuju

    ERT - Ekonomi Rumah Tangga

    f - Frekuensi

    JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

    KH - Kemahiran Hidup

    KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    KDPK - Kursus Dalam Perkhidmatan

    KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan

    P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

    PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

    PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

    PKG - Pusat Kegiatan Guru

    POLIMAS - Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

    PSM - Pendidikan Sekolah Menengah

    S - Setuju

    SS - Sangat Setuju

    STS - Sangat Tidak Setuju

    SP/SPT - Sains Pertanian

    SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

    SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

    SPSS - Statistical Package For The Social Science

    TP - Tidak Pasti

    TS - Tidak Setuju

    % - Peratus

  • 7/23/2019 Teacher time management

    20/29

    xvii

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK

    A Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie & Morgan

    B Borang Soal Selidik Responden

    C Jadual Perancangan Persediaan Guru Dalam Proses Pengajaran Dan

    Pembelajaran Dengan Pengalaman Mengajar

    D Jadual Faktor-faktor Yang Menghalang Pengurusan Masa Dengan

    Pengalaman Mengajar

    E Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

    Pendidikan (BPPDP/EPRD)

    F Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor

    G Surat Pengesahan Status Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

  • 7/23/2019 Teacher time management

    21/29

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Kehidupan manusia dilingkungi, dikongkongi dan diliputi oleh masa. Masa

    merupakan satu sumber yang unik. Setiap manusia yang hidup di dunia ini

    memerlukan masa. Mereka mempunyai masa yang sama. Masa sentiasa berada di

    sekitar kita. Seperti pepatah Melayu mengatakan bahawa masa itu emas. Ia sentiasa

    ada dan diperlukan oleh setiap makhluk di muka bumi ini. Manusia yang berjaya

    menguasai masa adalah mereka yang dapat menguruskan masa dengan baik,

    sehingga masa itu memberi manfaat kepada dirinya dan juga kepada orang lain.

    Pengurusan masa adalah proses peribadi dan mestilah sesuai dengan gaya dan

    keadaan diri sendiri. Untuk menguruskan masa secara berkesan seseorang itu harus

    mempunyai diri yang teguh. Dengan kaedah itu sahaja akan membolehkan seseorang

    itu mencapai hasrat yang diingininya. Menurut Webber (1972), masa ialah sesuatu

    yang tidak berbalik, sentiasa bergerak dengan cara yang tertib, tertentu serta

  • 7/23/2019 Teacher time management

    22/29

    2

    berperingkat-peringkat. Pergerakannya tidak boleh diubah dan diberhentikan. Masa,

    jika diuruskan dengan baik akan menghasilkan sesuatu yang efektif dan berfaedah.

    Tifla (1989), dalam kertas kerjanya tentang pengurusan masa mengatakan

    bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran atau sebarang kerja yang

    dihadapi, seseorang itu selain dari mempunyai azam dan motivasi yang tinggi perlu

    juga tahu mengurus masa dengan berkesan. Pengurusan masa yang baik bermaksud

    kemampuan mendisiplinkan diri dalam menentukan keutamaan serta melaksanakan

    keputusan yang dibuat.

    Pengurusan masa adalah perancangan penggunaan masa yang berkesan sama

    ada secara harian, mingguan atau jangka panjang untuk membenarkan masa bagi

    aktiviti kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat (Good, 1973).

    Begitu pentingnya masa, sehingga Allah s.w.t mengingatkan kepada manusia

    supaya menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah yang

    bermaksud :

    Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman

    dan beramal soleh. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran. Dan

    berwasiat (nasihat menasihati) dengan kesabaran

    (Surah Al-Asr: Ayat 1-3)

    Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr, Allah s.w.t mengingatkan,

    sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kerana tidak pandai menggunakan

    masa dengan sebaiknya. Sehingga ramai manusia yang membuang masa dengan

    aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    23/29

    3

    Menurut Korweit (1989), pengurusan masa guru adalah pengurusan masa

    dalam kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Beliau

    juga, menyatakan jika terlalu sedikit masa yang digunakan dalam pengajaran subjek

    tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa digunakan dalam

    pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian pelajar.

    Menurut Gordon (1982), pengurusan masa yang cekap sahaja akan dapat

    membantunya menyesuaikan diri dengan pelbagai tuntutan dan kebuntuan kerja yang

    dihadapi sewaktu melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran dan

    pembelajaran.

    Pengurusan masa guru dapat digunakan melalui analisis dan perancangan.

    Perancangan ini adalah penting untuk memastikan masa yang ada dapat digunakan

    dengan tepat dan berkesan. Perancangan masa yang baik dapat mengelakkan dari

    berlakunya perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang tidak bersistem.

    Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pengurusan masa guru adalah

    salah satu faktor yang sangat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran

    dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Perancangan yang sistematik amat perlu

    bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai dan proses pengajaran dapat berjalan

    dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.

    1.2 Latar belakang masalah

    Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang bergerak menuju

    pembangunan yang pesat menjelang tahun 2020 yang berorientasikan kepada negara

    perindustrian dan perdagangan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan

    Malaysia telah berusaha dan meningkatkan langkah-langkah bagi menyediakan

    sumber manusia dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah-

    sekolah menengah atas (Tingkatan 4 dan 5 ) bagi merealisasikan wawasan negara.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    24/29

    4

    Sains Pertanian ialah salah satu daripada mata pelajaran elektif yang ditawarkan di

    sekolah menengah atas dan disenaraikan dalam KBSM di bawah Kumpulan II

    (Vokasional dan Teknologi). Mata pelajaran ini adalah kesinambungan dari pelajaran

    yang diajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang merupakan mata pelajaran

    teras di peringkat menengah rendah. Ia juga adalah kesinambungan daripada unsur

    mata pelajaran seperti Sains, Matematik, Geografi dan Pendidikan Kesihatan.

    Perubahan kurikulum di Malaysia merupakan satu inovasi dan akan berubah

    mengikut kehendak semasa. Mata pelajaran Sains Pertanian merupakan salah satu

    mata pelajaran elektif KBSM. Mata pelajaran ini adalah satu pengajian saintifik

    mengandungi prinsip amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi dalam

    pertanian seperti mekanisasi ladang, komputer dan bioteknologi serta pengurusan

    ladang. Ini selaras dengan kehendak Dasar Pertanian Negara yang menjurus kepada

    perindustrian pertanian secara komersil dengan tidak mengabaikan keseimbangan

    alam sekitar.

    Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian KBSM ( Pusat

    Perkembangan Kurikulum, 2000), pelajar didedahkan kepada latar belakang sektor

    pertanian di Malaysia, pengetahuan dan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

    tanaman dan ternakan, serta perladangan sebagai suatu perniagaan bagi membolehkan

    pelajar berdikari dan menyumbang kepada kesejahteraan negara selaras dengan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains Pertanian ialah selama 80

    minit dalam satu waktu berkembar dan dua kali seminggu. Masa yang diperuntukkan

    ini sememangnya singkat bagi satu mata pelajaran yang bercorak amali di mana

    terdapat penggunaan alatan bagi menghasilkan sesuatu projek tertentu. Kebolehan dan

    keupayaan pelajar-pelajar adalah berbeza-beza. Terdapat pelajar yang cepat menguasai

    kemahiran dan terdapat juga pelajar yang agak lemah dalam penguasaan kemahiran

    praktis yang hendak disampaikan.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    25/29

    5

    Berdasarkan Panduan Penilaian Kerja Kursus ( Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000) calon-calon SPM yang mengambil mata

    pelajaran Sains Pertanian dikehendaki menjalani kerja kursus sebagai satu daripada

    keperluan pensijilan. Sehubungan dengan itu guru-guru berkenaan dikehendaki

    mengemukakan hasil penilaian kerja kursus bagi tiap-tiap pelajarnya kepada Lembaga

    Peperiksaan.

    Kerja kursus dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pengukuran dalam

    suasana pengajaran dan pembelajaran. Untuk membolehkan guru menjalankan

    penilaian itu, kaedah penilaian berdasarkan elemen diperkenalkan. Elemen merupakan

    perkara yang generik sifatnya seperti kemahiran amali, kemahiran berkomunikasi,

    kemahiran mereka cipta, kemahiran menyiasat, kemahiran mengorganisasi dan

    kemahiran mentaksir. Kemahiran ini boleh dinilai tahap kehadirannya dalam diri

    seseorang menerusi kaedah pengukuran. Kaedah ini mengukur pencapaian pelajar

    dalam sesuatu elemen dan bukan dalam sesuatu mata pelajaran atau topik. Mata

    pelajaran hanya merupakan tempat di mana pengukuran terhadap tahap pencapaian

    pelajar dalam sesuatu elemen itu boleh dilakukan. Pengukuran sesuatu elemen boleh

    berdasarkan kepada aspek tertentu yang merupakan produk proses pengajaran dan

    pembelajaran Sains Pertanian.

    Guru hendaklah merancang masa dan melaksanakan penilaian kerja kursus

    bagi semua calonnya. Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses

    pengajaran dan pembelajaran dan bukan unsur tambahan. Oleh itu, guru-guru yang

    mengajar Sains Pertanian menghadapi masalah kekangan masa untuk menyediakan

    alatan dan bahan serta menyelesaikan setiap tajuk mengikut sukatan pelajaran dan

    menyelia pelajar menyiapkan kerja kursus untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

    Guru-guru bukan sahaja terpaksa membimbing pelajar semasa kerja amali, tetapi juga

    dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian dari semasa ke semasa.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    26/29

    6

    Oleh itu, seseorang guru Sains Pertanian mesti merancang penggunaan masa

    guru dengan teliti agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan

    cekap dan berkesan. Dengan erti kata lain, seseorang guru itu perlu mengurus masa

    yang diberikan itu dengan sebaik mungkin agar matlamat dan objektif pengajarannya

    tercapai.

    Korweit (1989), menyatakan jika terlalu sedikit masa digunakan dalam

    pengajaran, subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian , lebih banyak masa

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam

    pencapaian pelajar. Aspek yang terpenting dalam pengurusan masa ialah masa dalam

    kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Terdapat tiga

    jenis masa pembelajaran:

    i. Engaged time : Masa yang sebenar digunakan oleh individu

    pelajar secara bersungguh-sungguh untuk belajar.

    ii. Time-on-task : Masa yang digunakan secara aktif dalam

    melaksanakan tugasan.

    iii. Allocated time: Masa seluruh kelas berpeluang belajar dalam

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Hanya 60 peratus daripada masa sebenar berlangsungnya pengajaran dan

    pembelajaran dan 40 peratus lagi terbuang begitu sahaja ( Korweit & Slavin, 1981).

    Pengurusan masa guru Sains Pertanian yang berkesan boleh membantu guru

    mencapai matlamat yang dirancangkan. Seseorang guru mestilah tegas dan berupaya

    membahagikan masa mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Guru-guru juga

    sanggup mengubah tabiat suka membazir masa kepada menghargai masa.

    Pembahagian masa perlu dibuat secara bulanan, mingguan, harian dan boleh

    dibahagikan hingga ke peringkat jam. Pengurusan masa dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran yang terancang akan membantu guru menepati objektif pengajarannya.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    27/29

    7

    1.3 Pernyataan Masalah

    Pengurusan masa guru Sains Pertanian adalah satu perkara yang amat penting

    dan perlu diambil perhatian dalam pengajaran seseorang guru di sekolah. Penyelidik

    telah membuat satu pemerhatian mengenai pengurusan masa guru yang mengajar

    mata pelajaran Sains Pertanian di Daerah Johor Bahru. Guru-guru yang mengajar

    Pendidikan Teknik Vokasional (Sains Pertanian) ini, mendapati proses pengajaran

    dan pembelajaran yang dijalankan tidak dapat menepati peruntukan masa yang

    dicadangkan dalam Buku Panduan Sukatan Pelajaran Pendidikan Teknik Vokasional

    Sekolah Menengah. Selain mengajar, guru-guru Pendidikan Teknik Dadan

    Vokasional (PTV) terpaksa menyediakan semua peralatan dan kelengkapan yang

    diperlukan oleh pelajar untuk membuat kerja kursus atau kerja amali. Guru PTV

    perlu menguruskan bengkel Sains Pertanian dan mengawal stok. Selain itu, guru-guru

    PTV juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti mengajar mata pelajaran

    Kemahiran Hidup, menceriakan sekolah dan menjalankan tugas-tugas khas

    terutamanya ketika pihak sekolah mengadakan sesuatu majlis atau pertandingan.

    Menurut Ahmad (1993), guru sering dibebankan dengan tugasan lain seperti

    menjadi guru disiplin, guru persatuan, guru kelas guru sukan dan permainan serta

    tugas-tugas perkeranian yang lain. Selain itu, jumlah waktu mengajar dalam seminggu

    agak banyak dan tidak diperuntukkan waktu untuk mengurus bengkel dan tidak

    mempunyai pembantu makmal. Tanggungjawab yang lebih banyak ini mungkin boleh

    menyebabkan tugas guru untuk mengurus dan menyelenggara bengkel akan

    terganggu.

    Menurut Muzak dan Mohd Yaakob (1994) yang menyatakan bahawa guru

    biasanya memegang berbagai tugas khas di sekolah sama ada dalam kurikulum atau

    ko-kurikulum. Malahan ada terdapat seorang guru yang memegang tiga jawatan sama

    ada dalam kurikulum atau ko-kurikulum. Ini menyebabkan guru ini terpaksa

    menangguhkan kerja-kerja peribadinya demi melaksanakan tugas-tugas khas yang

    telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    28/29

    8

    Selain itu, terdapat juga guru-guru yang tidak merancang masa pengajaran dan

    pembelajaran dengan teratur. Ini mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran

    yang dijalankan gagal dan objektifnya tidak tercapai. Menurut Cooper (1977), guru

    yang berkesan ialah guru yang dapat membawa pelajarnya ke hasil pembelajaran

    terakhir yang dikehendaki. Dengan kata lain, keberkesanan pengajaran guru diukur

    berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran

    yang dirancang dan dilaksanakan. Beliau berpendapat keberkesanan pengajaran

    bergantung kepada kebolehan dan sikap mengajar guru sendiri.

    Waktu pengajaran dan pembelajaran Teaching Engaging Lessons :

    Cara terbaik meningkatkan keberkesanan masa pengajaran (time-on-task) ialah :

    i. Mengajar pelajaran secara menarik (gunakan carta, bahan maujud dan

    lain-lain).

    ii. Kaitkan dengan minat pelajar.

    iii. Ini membolehkan mereka berminat membuat tugasan.

    Menurut Anderson (1984), Harris (1992), menyatakan bahawa pengamatan

    atau perhatian pelajar lebih tinggi semasa guru sedang mengajar berbanding semasa

    melakukan tugasan. Menurut Salvin (1990), menyatakan bahawa pembelajaran pelajar

    lebih tinggi dalam sesi pembelajaran koperatif terancang berbanding sesi pembelajaran

    atau kerja bersendirian.

    Berdasarkan masalah ini, pengkaji ingin menyelidik tentang pengurusan masa

    yang diaplikasikan dan dilaksanakan oleh guru-guru PTV (Sains Pertanian) di

    Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.

  • 7/23/2019 Teacher time management

    29/29

    9

    1.4 Persoalan Kajian

    Berdasarkan masalah pengurusan masa guru dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran Sains Pertanian Sekolah Menengah, terdapat empat persoalan kajian.

    Antara persoalan kajian ini ialah :

    1.4.1 Adakah guru-guru mempunyai pengetahuan tentang pengurusan masa

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

    Pertanian?

    1.4.2 Adakah guru-guru dapat melaksanakan perancangan pengajaran mengikut

    masa yang ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

    pelajaran Sains Pertanian?

    1.4.3 Adakah guru-guru dapat mengaplikasikan pengurusan masa dalam proses

    penyediaan pengajaran mata pelajaran Sains Pertanian?

    1.4.4 Apakah faktor-faktor yang menghalang perancangan masa dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian?

    1.4.5 Apakah hubungan pengurusan masa guru dengan latar belakang guru-

    guru Sains Pertanian?

    1.5 Objektif Kajian

    Objektif kajian tentang pengurusan masa dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran Sains Pertanian adalah seperti berikut :

    1.5.1 Untuk mengetahui pengetahuan guru-guru tentang pengurusan masa

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

    Pertanian.

    1.5.2 Untuk mengetahui perancangan pengajaran yang disediakan dapat

    dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Sains Pertanian.