edu 3104 stealing time (lampiran 10)

Upload: shiu-loong-

Post on 06-Jul-2015

694 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Robert Carter

SINOPSIS

Robert, seorang guru yang berpengalaman telah menetapkan satu standard pada setiap awal tahun agar memastikan semua pelajar mengetahui had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku. Kelas yang Robert mengajar mempunyai empat murid yang bermasalah. Selepas penetapan piawai di dalam kelas, Robert mendapati murid-murid yang bermasalah di dalam kelas telah berubah semakin baik.

Salah seorang daripada empat murid yang bermasalah, David telah disahkan dan layak untuk ditempatkan di dalam kelas biasa. Robert merupakan guru Matematik bagi David. Tetapi, David tidak menunjukkan keadaan baiknya, malah sering tidak menyempurnakan kerja rumah yang diberi oleh Robert dan menggangu kelas. Termasuk mencuri jam tangan Bob dan disedari oleh Robert.

KONSEP/ MODEL/ TEORI

Modifikasi Tingkah Laku Skinner

Model Pembelaj aran Koperatif

Modelmodel

Model Disiplin Asertif Canter

Model Akibat Logikal Dreikurs6

MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNERSuatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman (Skinner).

Prinsip modifikasi tingkah laku yang diutarakan oleh Skinner ialah pengukuhan (pengukuhan positif dan pengukuhan negatif)

7

DALAM SITUASI YANG DALAM STEALING TIME:

DIKEMUKAKAN

Contohnya, Robert boleh menggunakan kaedah Token Ekonomi untuk memajukan prestasi David. Selain itu, Robert perlu mencari jalan penyelesaian yang betul bagi mengatasi tingkah laku David yang tidak diingini. Tetapi, Robert tidak mempedulikan sikap David pada awal dan hanya suruh dia duduk di belakang kelas semasa dia buat bising.

8

Untuk mengubah tingkah laku seseorang

D E N D A A N

Mungkin menyebabkan tingkah laku bermasalah dihentikan atau diturunkan kekerapannya

Pendapat Skinner : Denda membawa kesan kepada tempoh yang singkat sahaja. Tingkah laku tak diingini biasanya diulangi lagi.

CONTOH : -Dimarahi guru. -Hukuman kerja

-Diberikan amaran. -Dihantar ke bilik Guru Besar.

TIME-OUT

Murid dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru kerana tidak menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki guru. Contoh : satu sudut bilik darjah (murid menghadap dinding), bilik kecil di luar kelas. Masa diperuntukkan ialah antara 1 hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan masalah tingkah laku tersebut Selepas masa time-out , guru perlu menerangkan kepada murid mengapa dia telah memberikan hukuman sedemikian. Arahan asal diberikan kepada murid tersebut. Jika masih ingkar, masa time-out ditambah.

Modifikasi Tingkah Laku Skinner memberi kesimpulan bahawa sesetengah tingkah laku memerlukan pengukuhan secara berperingkatperingkat, manakala ada yang berjaya membentuk tingkah laku sama ada baik atau buruk, wajar atau tidak wajar boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Modifikasi Tingkah Laku Skinner dapat membantu Masalah David sekiranya Cikgu Robert mengaplikasinya dalam cara-cara berikut:11

Cikgu Robert perlu mengenal pasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh David dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Cikgu Robert juga perlu menjelaskan tentang akibat yang akan dia terima atas sikap yang tidak diingininya pada David. Selain itu, Cikgu Robert tidak harus selalu mendenda David malah mendorong dia dan memberi peneguhan positif atau peneguhan negatif.12

Dipelopori oleh Lee Canter.

Membentuk satu hubungan dan persekitaran yang positif antara guru dan murid.

Guru menyatakan dengan jelas tentang kehendak dan perasaannya kepada pelajar.

MODEL ASERTIF CANTER

Satu set peraturan digubal oleh guru

Sesiapa yang mengikut peraturan akan menerima penghargaan positif

Sesiapa yang ingkar, akan menerima akibatnya

Perkara inilah berlaku pada David. Cikgu Robert juga bersifat asertif kerana menganggap David sebagai pesalah; perbuatan beliau ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pada David. Mengikut Disiplin Asertif Canter, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah. Cikgu Robert telah mengikut ciri disiplin asertif ini apabila beliau menetapkan peraturan dalam kelas beliau, tetapi David menganggap perbuatan cikgu Robert ini sebagai merebut kuasa dengan diri dia.14

Di sini jelas terbukti bahawa Cikgu Robert mengamalkan Disiplin Asertif Canter.

Masalah hanya muncul apabila David salah anggap perbuatan Cikgu Robert yang menetapkan peraturan kelas dengan sistematik.

15

Cuba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif.

Bagi mengelakkan masalah ini daripada berterusan Cikgu Robert boleh

Alihkan fokus David ke tempat lain. Penyediaan ABM yang menarik. Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari tingkah lakunya. Bertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin16

Dipelopori oleh Dreikurs (1968) yang mengatakan tingkah laku bermasalah adalah kerana : Inginkan perhatian Inginkan kuasa Balas dendam Tonjolkan kekurangan

MODELInginkan perhatian :

LOGICAL CONSEQUENCES

Murid menunjukkan perlakuan tak diingini untuk mendapatkan perhatian guru dan rakan. Contoh : bercakap, mengetuk pensel di meja, ganggu rakan, tidak fokus semasa P&P, buat malas & tidur.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi guru membantu murid-murid memahami motif masing-masing dalam usaha membasmikan tingkah laku bermasalah. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, mereka perlu mengetahui pengurusan tingkah laku bermasalah berkesan apabila mereka menerima akibat logikal yang setimpal dengan tingkah laku tersebut.18

Individu yang bertingkah laku buruk adalah akibat kekurangan keperluan kepunyaan dalaman dan memberi sumbangan kepada sesuatu kumpulan sosial yang berinteraksi dengannya. Untuk memenuhi kekurangan keperluanya, individu itu akan berusaha untuk menggunakan tingkah laku yang tidak diingni untuk mencapai matlamatnya. Sebab pertama individu bertingkah laku buruk ialah keperluan perhatian. Guru boleh menyelesaikan masalah dengan Teori Akibat Logikal Dreikurs.19

Pelajar-pelajar berinteraksi dan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar mengajar dan berbincang sesama sendiri untuk mencapai satu tahap yang sama tinggi.

MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF

Setiap individu bertanggungjawab dalam kumpulan masing-masing. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.

Teori Psikososial Erik Erikson

Teori Perkembangan Moral Piaget

21

Teori Psikososial Erik Erikson Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu Personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembagan psikososial ini. Kejayaan atau kegagalan menyelesaian krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. Murid yang bermasalah dalam kes ini ialah David.22

Pada tahap 4th Standard David berada dalam peringkat Industri lawan rasa rendah diri. Kegagalan David untuk menyiapkan kerja rumah dan menyusahkan pelajar lain menyebabkan David tidak disenangi oleh rakan sekelas dan gurunya Cikgu Robert. Walaupun masalah rendah diri tidak begitu menonjol dalam situasi ini namun kita boleh lihat bahawa ketidakupayaann David dalam membentuk hubungan psikososial yang baik dengan rakan sekelas. Ini sekaligus membawa kepada masalah tingkah laku dalam diri David.23

Teori Perkembangan Moral Piaget Teori Perkembangan mengkaji pemikiran kanak-kanak dalam menaakul dan memberi hujah terhadap persoalan yang terlibat dengan moral. Kanak-kanak melalui pemikiran moral: 3 peringkat dalam

24

i) Umur 4-7 tahun heteronomus)

(Peringkat

moral

Tahap ini merupakan peringkat perkembangan moral. Masalah masalah yang dihadapi oleh David pada tahap ini tidak dinyatakan dalam petikan. Namun, tindakan negatif David mungkin berpunca daripada peringkat moral heteronomus. Peringkat ini boleh dinilai melalui akibat sesuatu tindakan.25

ii) Umur 7-10 tahun (Peringkat transisi) Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.

26

iii) 10 tahun ke atas Mula menyedari peraturan dan undang-undang dicipta oleh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkah laku. David berada peringkat ini. Dia sudah mula memberi masalah kepada rakan sekelas dan Cikgu Robert hanya untuk menarik perhatian mereka.

27

3. Apakah Strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dianalisis?

Pengurusan emosi Peneguhan

Pengurusan Tingkah Laku

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAHDisiplin Bilik Darjah Kontrak Sosial

Motivasi

Gaya kepimpinan Token Ekonomi

PENEGUHAN POSITIF

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tindakan yang dikehendaki. Tingkah laku berlaku rangsangan /peneguhan. kesan daripada

Jenis ganjaran iaitu bentuk material seperti pemberian hadiah, wang tunai atau sosial seperti puji-pujian.

Peristiwa : Robert tidak membenarkan David rehat sehingga menyiapkan tugasannya, namun ia tidak berkesan. Penyelesaian : Memberikan ganjaran jika David dapat menyiapkan tugasan. Namun, Robert harus mengelakkan peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti keberkesananya.

MOTIVASI Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Robert harus menggunakan motivasi ekstrinsik bagi meningkatkan kesediaan David untuk belajar. Bentuk rangsangan contohnya memberi sokongan, peneguhan positif seperi pujian, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif.

Peristiwa : David tidak menghantar Matematik.

tugasan

Penyelesaian : Robert boleh mengadakan bimbingan kaunseling kepada David secara individu. Peristiwa : David menganggu pembelajaran dengan berkata, saya tahu itu dan biar saya buat . Penyelesaian : Robert harus memberi peluang kepada David.

DISIPLIN BILIK DARJAH Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), displin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi peraturan sama ada displin itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri. Turney dan Cairns (1976) meletakkan guru sebagai pusat tumpuan bilik darjah sekaligus bertanggungjawab dalam melaksanakan disiplin.

Peristiwa : Robert menyuruh David berada di belakang kelas supaya tidak mengganggu murid yang lain tetapi dia tetap membuat bising. Penyelesaian : Robert harus bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan. Elakkan amalan ugutan tetapi menggunakan kaunseling. Menyediakan aktiviti mengikut kebolehan murid.

KONTRAK (LISAN & BERTULIS) Memastikan setiap anggota yang terlibat diperlakukan dengan adil. Kontrak bertulis lebih sesuai kerana setiap perkara dispesifikasikan dengan teliti. Komponen yang ada dalam kontrak : Sasaran tingkah laku Peneguhan yang akan diterima Syarat-syarat yang diketengahkan harus jelas.

Peristiwa : Selepas waktu rehat, perangai David semakin menjadi-jadi dengan membuat bising dan marah kepada kawankawannya. Penyelesaian : Robert perlu menggunakan kontrak bertulis bagi mengurangkan tingkah laku David ini. Walaupun pembinaan kontrak ini memakan masa tetapi sekiranya ia dibina dengan teliti, ia akan mendatangkan hasil yang positif.

TOKEN EKONOMI Token ekonomi merupakan cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Pelajar akan diberikan token yang boleh ditukarkan kepada pelbagai aktiviti peneguhan. Peristiwa : David sering melakukan masalah tingkah laku yang mendatangkan masalah kepada Robert dan murid-murid lain.

Penyelesaian : Robert harus merancang token ekonomi ini sejak awal tahun lagi kerana ia memerlukan masa dan usaha yang gigih daripada pihak guru. Token ekonomi yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti bintang, setem, butang wang mainan, kad dan lain-lain boleh digunakan. Token diberikan selepas sahaja tingkah laku positif tercapai.

GAYA KEPIMPINAN Tiga jenis gaya kepimpinan iaitu demokraksi, autokratik, dan laissez faire. Peristiwa : Robert berkata, saya adalah paling dewasa di dalam kelas ini, jadi semuanya akan mengikut cara saya, untuk kebaikan semua . . Penyelesaian: Robert harus mengamalkan corak kepimpinan demokraksi dengan menerima pelajarnya tanpa adanya emosi.

Di dalam kes ini, Robert perlu adil supaya tidak ada pelajar yang berasa tersisih apabila pelajar-pelajar lain mahu menyisihkan David. Oleh itu, Robert perlu bertindak dengan bijak sebagai seorang pemimpin.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU Tingkah laku ialah perlakuan individu yang boleh dilihat. Tingkah laku boleh berbentuk lisan dan bukan lisan. Jenis tingkah laku terbahagi kepada disruptif, bergantung dan distruktif. David mempunyai tingkah laku disruptif seperti bercakap tidak sesuai pada masanya dan bising serta tingkah laku distruktif seperti melempar buku.

Peristiwa : Robert menganggu pembelajaran dengan berkata, saya tahu itu dan biar saya buat . Penyelesaian mempunyai tiga peringkat iaitu mencegah, memupuk, memulih. Aspek mencegah : Penyediakan RPH yang melibatkan semua murid. Peka terhadap keperluan murid. Menjelaskan peraturan dengan tegas tetapi adil.

Aspek memupuk : Memberi motivasi yang mana dapat menjejaskan tingkah laku pelajar yang tidak baik. Memberikan ganjaran Mengambil berat tentang murid Mendidik mereka tentang akibat perbuatan mereka.

Aspek memulih : Pelajar perlu mengenalpasti kesilapan yang dilakukan. Berdamai dan bersedia meminta maaf. Fokus kepada penyelesaian masalah daripada mempersalahkan murid atas tindakan yang dilakukan.

PENGURUSAN EMOSI Amalkan sikap demokratik Menggunakan banyak aktiviti menyoal. Untuk mendapatkan tindak balas secara langsung Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif Percakapan yang sesuai. Menggunakan nada yang sesuai.

Membantu murid bermasalah. Peristiwa : David menyatakan dia tidak suka murid lain memandangnya. Penyelesaian : Guru mengadakan sesi kaunseling. Menggalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti. Mendorong murid normal menerima David.

Mewujudkan suasana yang kondusif Menyusun keadaan fizikal. Kedudukan pelajar secara kumpulan. Mengajar dengan sikap penyayang Merapatkan hubungan.