spsk minit mesyuarat teknikal 4 09

5
SEKOLAH : SMK TAMAN PUTRI MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNIKAL BIL 4 TAHUN 2009 Tarikh : 02 November 2009 Masa : 2.30 Petang Tempat : Salun Putri Anggun, SMK Taman Putri Pengerusi : Pn Rosnah binti Othman Kehadiran (Bilangan) : 3 orang Nama yang Hadir : -Pn Rosnah binti Othman -En Ng Hwa Teik -Pn Zatulnataain binti Zainal Abidin Nama Yang Tidak hadir : -Pn Nor Marzlinda binti Mohamad (Cuti Bersalin) Turut hadir (Jika Ada) : Tiada 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1. 1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kesudian semua guru- guru Panitia Teknikal menghadiri mesyuarat kali ke- 4 yang merupakan mesyuarat kali terakhir bagi tahun 2009. Tindakan : Makluman 1. 2 Pengerusi mengharapkan agar semua guru-guru di bawah Panitia Teknikal dapat terus memberikan daya usaha dan daya saing yang optimum ketika melaksanakan segala tugas sebagai pendidik. Ini No. Keluaran Tarikh Keluaran No Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa 01 06 JANUARI 2009 00 00 28 APRIL 2009 PK 07/3

Upload: monis-diana-abu-bakar

Post on 06-Nov-2015

246 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

spsk

TRANSCRIPT

SEKOLAH : SMK TAMAN PUTRI

SEKOLAH : SMK TAMAN PUTRIMINIT MESYUARAT PANITIA TEKNIKAL BIL 4 TAHUN 2009Tarikh:02 November 2009

Masa:2.30 Petang

Tempat:Salun Putri Anggun, SMK Taman Putri

Pengerusi:Pn Rosnah binti Othman

Kehadiran (Bilangan):3 orang

Nama yang Hadir:-Pn Rosnah binti Othman

-En Ng Hwa Teik

-Pn Zatulnataain binti Zainal Abidin

Nama Yang Tidak hadir:-Pn Nor Marzlinda binti Mohamad (Cuti Bersalin)

Turut hadir (Jika Ada):Tiada

1.0KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kesudian semua guru-guru Panitia Teknikal menghadiri mesyuarat kali ke-4 yang merupakan mesyuarat kali terakhir bagi tahun 2009.

Tindakan : Makluman

1.2Pengerusi mengharapkan agar semua guru-guru di bawah Panitia Teknikal dapat terus memberikan daya usaha dan daya saing yang optimum ketika melaksanakan segala tugas sebagai pendidik. Ini penting kerana secara sedar atau tidak, guru yang sentiasa bersemangat dan bermotivasi akan memberikan inspirasi kepada murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sunggguh lagi.

Tindakan : Semua Guru Teknikal

2.0MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1Pn Zatulnataain sebagai setiausaha sementara, telah membentangkan minit mesyuarat panitia ke-3 yang telah diadakan pada 22 Jun 2009 di Salon Putri Anggun, SMK Taman Putri.

Tindakan : Makluman

2.2Minit Mesyuaat Panitia Teknikal ke-3 2009 dicadangkan diterima oleh En Ng Hwa Teik dan disokong oleh Pn Zatulnataain.

Tindakan : Makluman

3.0PERKARA BERBANGKIT

3.1Berhubung dengan perancangan setiap mata pelajaran yang telah pun menghabiskan silibus, Pengerusi mengharapkan agar fokus lebih diberikan terhadap latih-tubi mengikut kumpulan murid. Analisis item amat digalakkan kerana ianya dapat membolehkan aktiviti pengukuhan dan pengkayaan dapat dilaksanakan.

Tindakan : Semua Guru Teknikal

3.2Pengerusi memaklumkan atas permintaan pelajar, Tutorial Berfokus Lukisan Kejuruteraan akan dilaksanakan pada hari Sabtu minggu 2 dan 4 bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi sehingga menjelangnya SPM.

Tindakan : Pn Rosnah

3.3Pn Zatulnataain memaklumkan berikutan Pn Nor Mazlinda yang cuti bersalin, P&P bagi tingkatan 4 dan 5 masih terus dilaksanakan di mana beliau mengambilalih tugas tersebut.

Tindakan : Pn Zatulnataain

4.0LAPORAN UNIT

4.1Pengerusi memaklumkan Panitia Teknikal (Lukisan Kejuruteraan) akan melaksanakan P&P seperti biasa apabila tamat peperiksaan tingkatan 4. Dua tajuk tingkatan 5 akan diajar iaitu Lukisan Perspektif dan Lukisan Pengorakkan. Ini dilaksanakan bagi membantu murid bersedia lebih awal bagi meghadapi SPM 2010.

Tindakan : Pn Rosnah

4.2Bagi Panitia Teknikal (Teknologi Kejuruteraan) pula, En Ng menyatakan pelajar tingkatan 4 2009 lebih berkualiti dan bersemangat untuk belajar. Oleh itu, ianya boleh dijadikan peluang untuk meningkatkan peratus pencapaian dengan menjadikan kualiti sebagai matlamat utama.

Tindakan : En Ng Hwa Teik dan Pn Rosnah

4.3Pn Zatulnatain memaklumkan, Salon Putri Anggun tidak mempunyai pembantu bagi mengantikan Pn Suriani bte Buang. Sedikit sebanyak perkara tersebut telah menyukarkannya tambahan pula Pn Nor Mazlinda sedang cuti bersalin.

Tindakan : Pn Zatulnataain

5.0ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

5.1Bagi Lukisan Kejuruteraan, hanya seorang yang gagal iaitu Ravindran yang hanya memperolehi markah 31%. Dengan menggunakan Modul Aras 1, Pn Rosnah akan membantunya supaya lulus. Terdapat 5 orang murid sedang dibimbing menggunakan Modul Aras 3 dengan harapan mereka boleh mencapai gred A.

Tindakan : Pn Rosnah

5.2

En Ng Hwa Teik memaklumkan, terdapat 5 orang murid masih gagal. Walaubagaimanapun markah terendah adalah 27. ini memberikan gambaran, semua murid berpotensi untuk lulus sekiranya mereka bersedia menerima program yang bakal dilaksanakan.

Tindakan : En Ng Hwa Teik

5.3Pn Zatulnataain menyatakan terdapat 5 orang murid PMDR yang masih gagal dan seorang murid iaitu Nurul Adha tidak hadir. Latihan berfokus diberikan bagi membantu murid . Walaubagaimanapun, markan terendah adalah 33. Bimbingan akan diberikan kepada setiap murid sehingga kesemuanya dapat lulus dalam SPM dan mengekalkan prestasi 100% kelulusan.

Tindakan : Pn Nor Mazlinda dan Pn Zatulnataain

6.0HAL-HAL LAIN

6.1Pengerusi mengingatkan agar semua guru menyiapkan perancangan strategik bagi tahun 2010 mengikut format yang disediakan. Selain itu Anggaran Belanja Mengurus bagi tahun 2010 perlu disediakan bagi setiap mata pelajaran mengikut format SPSK yang disediakan

Tindakan : Semua Guru Teknikal

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

(PN ZATULNATAAIN BTE ZAINAL ABIDIN)Setiausaha

Panitia Teknikal SMK Taman Putri

Disemak oleh,

(PN ROSNAH BINTI OTHMAN)

Pengerusi

Panitia Teknikal SMK Taman Putri

PK 07/3

No. KeluaranTarikh KeluaranNo PindaanTarikh PindaanTarikh Berkuatkuasa

0106 JANUARI 2009000028 APRIL 2009