sosiologi asgnmt

5
1. Demografi atau masyarakat yang terlibat a. Bangsa, Agama dan Budaya Kajian bersama rakan terhadap beberapa orang remaja, mendapati masyarakat kampung Kiulu yang menjalankan aktiviti seperti berenang di sungai ini adalah terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Hasil perkahwinan campur merupakan salah satu sebab kampung ini didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat yang datang daripada daerah, bangsa, agama dan budaya lain. Walau bagaimanapun, bangsa Kadazan Dusan adalah antara masyarakat yang paling ramai menduduki kampung ini dan antara pengguna sungai yang paling ramai berbanding dengan bangsa-bangsa seperti Cina, Bajau dan lain-lain. Mereka terdiri daripada agama Kristian, Islam dan lain-lain. Sungai ini juga menjadi pilihan masyarakat luar untuk menjalankan aktiviti berenang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang daripada daerah Inanam, Tambunan dan daerah lain. b. Umur dan Jantina Kajian mendapati, aktiviti berenang yang dijalankan di kampung ini melibatkan semua golongan masyarakat lelaki dan wanita. Golongan remaja lelaki berusia 15 hingga 25 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia antara 7 hingga 12 tahun adalah antara golongan yang paling ramai menjalankan aktiviti berenang di sungai ini. Manakala golongan kanak- kanak dan remaja wanita pula hanya sebahagian daripada remaja dan kanak-kanak lelaki. Pergerakan golongan remaja

Upload: mutang20

Post on 13-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

1. Demografi atau masyarakat yang terlibata. Bangsa, Agama dan Budaya Kajian bersama rakan terhadap beberapa orang remaja, mendapati masyarakat kampung Kiulu yang menjalankan aktiviti seperti berenang di sungai ini adalah terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Hasil perkahwinan campur merupakan salah satu sebab kampung ini didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat yang datang daripada daerah, bangsa, agama dan budaya lain. Walau bagaimanapun, bangsa Kadazan Dusan adalah antara masyarakat yang paling ramai menduduki kampung ini dan antara pengguna sungai yang paling ramai berbanding dengan bangsa-bangsa seperti Cina, Bajau dan lain-lain. Mereka terdiri daripada agama Kristian, Islam dan lain-lain. Sungai ini juga menjadi pilihan masyarakat luar untuk menjalankan aktiviti berenang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang daripada daerah Inanam, Tambunan dan daerah lain. b. Umur dan JantinaKajian mendapati, aktiviti berenang yang dijalankan di kampung ini melibatkan semua golongan masyarakat lelaki dan wanita. Golongan remaja lelaki berusia 15 hingga 25 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia antara 7 hingga 12 tahun adalah antara golongan yang paling ramai menjalankan aktiviti berenang di sungai ini. Manakala golongan kanak-kanak dan remaja wanita pula hanya sebahagian daripada remaja dan kanak-kanak lelaki. Pergerakan golongan remaja dan kanak-kanak wanita pula adalah terbatas semasa menjalankan aktiviti berenang di sungai ini. Mereka tidak berani mengambil risiko berenang ke tengah-tengah sungai kerana takut di bawah arus air sungai yang deras. Golongan masyarakat dewasa lelaki dan wanita berusia 28 hingga 45 tahun pula adalah antara golongan yang palang sedikit menggunakan sungai ini untuk menjalankan aktiviti berenang. Mereka ke sungai ini untuk mandi dan membasuh kain sahaja bagi golongan perempuan dewasa.

c. Masyarakat Miskin dan SederhanaKajian mendapati masyarakat kampung yang menggunakan sungai kiulu untuk menjalankan aktiviti berenang adalah terdiri daripada masyarakat miskin dan sederhana. Masyarakat kampung kiulu bebas menggunakan sungai ini pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang bayaran. Hal ini kerana, mereka tidak mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk ke kolam renang yang bertaraf tinggi. Kemudahan seperti pakaian berenang yang boleh mencapai harga sebanyak 50 ringgit juga tidak diperlukan di sungai. Masyarakat bebas menggunakan pakaian untuk menjalankan aktiviti berenang jika dibandingkan dengan penggunaan kolam renang yang bertaraf.d. Lokasi dan Jarakkajian mendapati lokasi Kampung Kiulu terletak di kawasan pendalaman daerah Tamparuli. Bentuk muka bumi kampung kiulu adalah berbukit, tanah landai dan tanah rata di sebahagian kawasan perumahan. Manakala jalan ke kampung kiulu juga adalah berbukit. Lokasi sungai yang berdekatan dengan rumah masyarakat kampung kiulu memudahkan mereka untuk ke sungai tersebut. Jarak perjalanan dari bandar Kota Kinabalu ke kampung kiulu adalah sejauh 80 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Manakala dari simpang jalan tamparuli ke kampung kiulu sejauh 32 kilometer yang mengambil masa 30 minit.e. Taraf Pendidikankajian mendapati masyarakat yang menjalankan aktiviti berenang di sungai kiulu ini adalah terdiri daripada pelbagai taraf pendidikan. Ada beberapa remaja masyarakat kampung ini yang sedang belajar di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti di Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta ramai yang masih belajar di peringkat sekolah menengah dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Selain itu, terdapat juga masyarakat kampung Kiulu yang sudah bekerja seperti guru, polis, doktor dan sebagainya menjalankan aktiviti berenang dan mandi bersama ahli keluarga. 2. Masalah Yang berkaitan Dengan Sukan Renanga. KeselamatanKajian mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh masyarakat berkaitan aktiviti berenang yang dijalankan di sungai ini. Air sungai yang mengalir deras boleh mendatangkan masalah terhadap masyarakat terutama kepada golongan kanak-kanak dan wanita. Ini kerana, golongan kanak-kanak dan wanita yang bersaiz kecil tidak cukup kuat untuk mengawal diri terhadap aliran arus air tersebut. Selain itu, kawasan sungai yang berbatu juga menjadi masalah terhadap masyarakat atau pengguna yang menjalankan aktiviti berenang di sungai ini. Mereka haruslah berhati-hati semasa berjalan dan berenang di kawasan berbatu. Hasil pemerhatian ada beberapa golongan kanak-kanak berusia antara 9 sehingga 12 tahun yang berani mengambil risiko terjun daripada batu setinggi 2 hingga 4 meter ke dalam sungai. Hal ini boleh menyebabkan risiko kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut.b. persekitarankajian mendapati masyarakat kampung Kiulu tidak menitik beratkan tentang kebersihan persekitaran terutama di kawasan sungai. Masyarakat kampung ini menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah. Mereka kerap sekali membuang sampah ke tepi sungai seperti botol, plastik, sisa makanan dan kain. Hal ini menyebabkan masyarakat yang sering kali menggunakan sungai ini merasa kurang selesa dan merasa takut dijangkiti penyakit kulit.c. kemudahankajian mendapati bahawa kemudahan seperti tandas dan bilik persalinan pakaian yang disediakan di kawasan lapang sungai kampung Kiulu tidak baik kerana mengalami kerosakan akibat gejala vandalisme oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Bilik persalinan pakaian yang tidak mempunyai pintu menyebabkan pengguna tidak selesa dan merasa kurang selamat terutama kepada golongan wanita. Tandas yang terdapat di kawasan lapang sungai kampung ini tidak dapat digunakan akibat rosak. Hal ini menyebabkan pengguna sungai terpaksa meminjam tandas rumah masyarakat kampung yang berdekatan dengan sungai. Selain itu, ketiadaan papan tanda juga menyebabkan masyarakat atau pengguna dari luar dan dalam kampung tidak mengetahui langkah-langkah keselamatan penggunaan sungai. Hal ini kerana, ada masa-masa tertentu air sungai di kampung Kiulu tidak boleh digunakan kerana aliran air deras dan agak bahaya untuk mandi pada waktu hujan.