esei sosiologi

Upload: sharif-zulkarnain-sh-ahmad

Post on 19-Oct-2015

173 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Norzita Bt. Abdulla 670628025178

PendahuluanKita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita........ Begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang.

Air adalah tunggak kepada kehidupan di muka bumi ini, tetapi air juga tidak dapat dielakkan daripada turut sama menerima impak pembangunan dan seterusnya tercemar. Menurut Jabatan Alam Sekitar, sumber ini dikatakan mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang perubahan secara langsung atau sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia dan sumber ini kurang sesuai untuk kegunaan sesuatu tujuan tertentu dalam keadaan asalnya (Surtahman Kastin Hasan & Abd. Ghafar Ismail 1997).Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan pencemaran. Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat.

Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada faktor budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai.

Sikap dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai kualiti sungai.a)Anda dikehendaki mengenal pasti satu lokasi kawasan yang pernah atau sedang mengalami pencemaran. Dapatkan maklumat secara terperinci seperti data, sejarah kawasan tersebut, gambar-gambar dan maklumat yang sesuai.

(10 markah )

Daerah Sungai Petani mempunyai dua sungai utama yang mengaliri kawasan ini iaitu Sungai Merbok dan Sungai Muda. Sistem saliran Bandar Sungai Petani bergantung kepada saliran semulajadi iaitu Sungai Petani serta anak-anak sungainya seperti Sungai Bakar, Sungai Gelugor, Sungai Pasir, Sungai Air Mendideh serta alur-alur semulajadinya. Keluasaan Lembangan Sungai Pasir yang merangkumi kira-kira 22 kilometer persegi adalah merupakan antara kawasan tadahan yang penting bagi Daerah Sungai Petani. Lembangan ini juga menjadi nadi kepada penduduk di sekitarnya kerana ia membekalkan sumber air kepada penduduk bagi aktiviti perindustrian, perniagaan dan lain-lain.

Sungai Pasir yang melalui pinggir Bandar Sungai Petani, kawasan perindustrian, taman perumahan dan kawasan kampung tradisi. Ia bermula daripada Kawasan Perindustrian Bakar Arang dan berakhir masuk ke Sungai Merbok dan membawa efluen yang dihasilkan oleh penduduk di sekitar lembangannya. Sungai Pasir merupakan cawangan kepada Sungai Merbok yang menjadi sumber perbekalan air domestik, perniagaan dan perindustrian.

Empangan Merbok membekalkan sebanyak 1.1 juta liter air sehari bagi menampung sumber bekalan air oleh empangan-empangan lain seperti Empangan Pinang Tunggal (113.8 juta liter sehari), Empangan Gurun (3.0 juta liter sehari) dan Empangan Tupah (4.6 juta liter sehari). Bekalan air yang diperolehi oleh MPSP berpunca dari Loji Pembersihan Air Teloi Kanan. Malahan, Sungai Merbok ini berpotensi dijadikan pusat akuakultur (MPSP 1996) yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada nelayan dan penduduk setempat. Berdasarkan laporan yang dibuat oleh MPSP (1996), Sungai Pasir dikatakan mengalami pencemaran yang agak kritikal. Antara punca-punca yang menyebabkan kemerosotan kualiti air di sungai tersebut ialah kumbahan domestik, efluen daripada kilang dan perniagaan serta pembuangan sampah sarap yang terdiri daripada bahan organik dan bukan organik. Kesemua bahan pencemar ini dibuang atau dialirkan secara terus ke dalam Sungai Pasir tanpa menerima rawatan terlebih dahulu.Satu penilaian awal terhadap kualiti air sungai telah dijalankan oleh Bahagian Alam Sekitar pada 1976 menunjukkan bahawa 42 buah lembangan sungai di Semenanjung Malaysia dapat dikategorikan sebagai sangat tercemar, 16 lagi berada di peringkat sederhana dan tujuh lembangan sungai didapati terancam (Jadual 1.1). Antara sungai-sungai tersebut termasuklah Sungai Kelang, Sungai Selangor, Sungai Linggi, Sungai Langat, Sungai Melaka, Sungai Muda, Sungai Juru, Sungai Muar, Sungai Segamat, Sungai Johor, Sungai Terengganu dan Sungai Kelantan.Jadual 1.1:Indeks Kualiti Air Sungai di Malaysia 1987-1995

___________________________________________________________________________Kualiti Air

Tahun

1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995

Bersih 43 46 46 43 35 25 31 38 52

Sedikit tercemar41 39 37 38 46 56 72 64 53

Sangat tercemar32 4 6 6 6 11 14 14

Jumlah diawasi 87 87 87 87 87 87 114 116 119

Sumber: Malaysia (1996); Bahagian Alam Sekitar (1980)Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar (1991; 1995) dan Nik Zainal Abidin (1979) mendapati tahap pencemaran air sungai kini berada dalam keadaan yang membimbangkan kesan dari aktiviti pembangunan yang pesat, pelepasan efluen industri, sisa-sisa domestik, perternakan, sampah sarap dan aktiviti perlombongan (Jadual 1.2).Jadual 1.2:Punca Pencemaran Air di Malaysia (1989)

Industri

Jumlah

Peratus (%)

Makanan dan minuman

911

41.2

Industri getah

323

14.2

Bahan kimia

260

11.8

Kelapa sawit

205

11.5

Pemprosesan getah asli

183

9.3

Tekstil dan kulit

108

8.3

Kertas

73

3.3

JUMLAH

2209

100Sumber: Jabatan Alam Sekitar 1989

Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai

Pencemaran akibat daripada pembalakan

Pembuangan sampah yang keterlaluan menyebabkan pengaliran air sungai tersekat Gambar menunjukkan pembuangan sampah dan sisa daripada kilang di sungai berhampiran kawasan pembangunan industrib)Bincangkan dan huraikan punca-punca berlakunya pencemaran di kawasan tersebut.

(10 markah)Dalam keghairahan manusia untuk mengaut keuntungan yang tinggi dari proses pembangunan ini, secara sengaja atau tidak sengaja telah menyebabkan kebersihan alam sekitar tergugat. Keadaan ini sebenarnya menggambarkan bahawa kurangnya kesedaran dan keperihatinan manusia untuk menghargai alam sekitar. Tetapi sebaliknya mereka hanya mementingkan keselesaan hidup dan alpa pada hakikat sebenarnya, iaitu hubungan antara pembangunan ekonomi dengan perubahan persekitaran bersifat sangat kompleks.

Akibat daripada ketidakseimbangan pelaksanaan pembangunan dalam pengurusan alam sekitar yang sewajarnya maka, pelbagai masalah persekitaran telah wujud. Antaranya pencemaran air, udara, bunyi, banjir kilat dan sebagainya. Kejadian malapetaka ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan peri pentingnya perancangan pembangunan bersama alam sekitar.

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.

Punca utama yang menyumbang kepada pencemaran sungai ini ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Hal seperti ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar. Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh daripada tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.

Begitu juga halnya dengan aktiviti pembuangan sampah sarap secara terus ke dalam sungai oleh para peniaga yang juga menyebabkan wujudnya pencemaran air di Sungai Pasir. Selain itu, pelepasan air domestik dari restoren dan hotel yang dialirkan ke anak-anak sungai Merbok tanpa melalui proses rawatan juga antara punca utama pencemaran sungai ini (MPSP 1996).Keperluan pembangunan menjadi semakin penting ekoran daripada pertumbuhan

pesat penduduk sejak akir-akhir ini. Walau bagaimanapun, pembangunan yang dilaksanakan khasnya pembangunan ekonomi telah mengakibatkan kesan sampingan ke atas alam sekitar khususnya di pinggir sungai. Antara pencemaran alam sekitar yang teruk menerima impak pembagunan ialah kualiti air. Situasi ini berlaku ekoran daripada ketiadaan sistem pengawalan yang berkesan terhadap pencemaran kualiti air sungai. Sungai Pasir iaitu salah satu daripada cawangan Sungai Merbok digunakan sebagai tempat pembuangan cecair dan pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian dan domestik. Sungai Pasir merupakan antara sungai yang tercemar dan aliran airnya tersekat-sekat dengan dasarnya semakin cetek. Selain itu, pembuangan kumbahan dan efluen daripada kilang yang berasaskan pertanian seperti getah dan pelepasan minyak gris dari bengkel-bengkel di pusat bandar juga menyebabkan kualiti air sungai ini turut terjejas. Begitu juga dengan pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang yang akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan kehidupan akuatik. Oleh itu, jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Bilangan kehidupan akuatik seperti ikan akan berkurangan kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut.c)Nyatakan implikasi yang akan berlaku, sekiranya tindakan segera tidak dilakukan. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, apakah tanggungjawab sosial yang boleh anda lakukan untuk membendung pencemaran daripada terus memusnahkan alam sekitar.( 15 markah )

Air adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di muka bumi ini. Air adalah satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa selama beberapa hari tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja tetapi tidak tanpa air. Krisis air di Lembah Kelang dua tahun lalu adalah bukti jelas bahawa betapa pentingnya air di dalam kehidupan kita. Krisis ini banyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan air.

Tanggal 22 April setiap tahun, masyarakat dunia menyambut Hari Bumi Sedunia. Hari ini disambut bagi memupuk kesedaran akan kepentingan peranan bumi kepada kita. Selain itu, ia bertujuan melahirkan kebimbangan rakyat terhadap alam sekitar. Pada bulan April lalu, Persatuan Air Malaysia telah menganjurkan Forum Serantau Air 2000. Forum ini membincangkan tentang isi kepentingan memulihara bekalan air, mahalnya proses merawat air dan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menghargai air.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa air pincanglah kehidupan manusia dan hidupan lain. Di dalam aktiviti seharian, air menjadi sumber minuman yang utama bagi membekalkan tenaga. Air yang bersih perlu bagi memantapkan lagi sistem pertahanan badan. Selain itu, air penting untuk kehidupan seharian seperti membasuh, mandi, menyiram tumbuhan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita perlu mendapat bekalan air yang secukupnya.

Di dalam sektor perindustrian, penggunaan air semakin kompleks. Dalam usaha menuju negara maju, keperluan air perlu sejajar dengan kepesatan industri moden. Begitu juga jika dilihat keperluan air di bidang pertanian. Secara amnya, tumbuh-tumbuhan memerlukan kuantiti air yang mencukupi. Contohnya sawah padi, memerlukan sistem pengairan yang sistematik. Kawasan ladang, kebun sayur, hutan-hutan dan lain-lain bergantungpenuhkepadaairuntukhidupsubur.

Selain itu, air begitu sinonim dengan kaum nelayan. Kepada airlah tempat mereka mencari rezeki bagi memenuhi tuntutan kehidupan. Kadang-kala, mereka sanggup menyambung nyawa meredahi laut yang bergelora dan ombak yang ganas demi mencari rezeki sesuap nasi. Begitu juga dengan penduduk di negara Thai yang menggunakan sungai sebagai punca rezeki. Dengan sebuah sampan beserta barang jualan mereka berniaga di tepi sungai. Kadangkala, mereka mendirikan rumah di gigi sungai. Inilah buktipentingnyaairkepadamanusia.

Disamping itu, air berfungsi sebagai penyelamat. Ini nyata kerana ia digunakan untuk memadamkan kebakaran oleh pihak bomba. Tanpa air, sudah tentu nyawa manusia dan harta benda tidak dapat diselamatkan. Kebakaran hutan dan masalah jerebu pada suatu masa dahulu jelas membuktikan bahawa air sangat-sangat diperlukan. Masalah kekurangan air yang wujud ketika itu menyulitkan kehidupan masyarakat sehingga pihak kerajaan terpaksa mencari alternatif lain iaitu menggunakan hujan tiruan.

Implikasi Kesihatan semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-biritdankeadaantidaknormalyangbahaya.

Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yangmencemarikawasanitu.

Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah. Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air.

Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat. Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain. Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.

Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal.

Implikasi seterusnya ialah keadaan sungai yang berminyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan.

Seterusnya, sungai amat penting kerana ia akan membekalkan sumber air dan protein kepada manusia. Air yang diminum oleh kita kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses

yangmerumitkandanmemakankosyangtinggi.

Justeru itu, kita sebagai penghuni bumi boleh mengambil inisiatif bagi mengurangkan masalah pencemaran air. Diantaranya ialah mewujudkan kesedaran terhadap masyarakat. Kita harus lebih prihatin terhadap bumi agar kesedaran dapat bertapak di hati serta dapat menjadi penjaja kepada bumi kita sendiri. Contohnya, tidak membuang sampah di kawasan sungai, laut dan sebagainya. Melalui cara ini, air bukan sahaja tidak tercemar, malahan hidupan di dasar laut juga tidak terancam.

Selain itu, kita harus mengelakkan pembaziran air. Segala kebocoran paip harus dibaiki segera. Pengumpulan air hujan juga boleh dilakukan untuk kegunaan di luar rumah. Kita juga harus menggunakan bahan pencuci yang mempunyai kandungan fosfat yang rendah. Di sektor pertanian, penggunaan baja dan racun serangga mengikut sukatan dapat mengelakkan bahan berlebihan mengalir ke kawasan pengairan air. Ini boleh menyumbangkepadakuantitiairyanglebihbaik.

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, kita perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran diri, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, kita akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana kita sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawabyangmencemarkanalamsekitar.

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patut memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah mematuhi undang-undang yang termaktub agar segalanya terpelihara. Selain itu kita perlu bijak memilih barangan yang bolehmendatangkanpencemaranterhadapairsungai.

Kita juga boleh menyertai sesuatu kempen untuk melindungi sungai. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalamterhadapdirisendiri. Dalam kempen-kempen ini, kita diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula dan tidak hanya mencampakkan sahaja sisa buangan ke dalam sungai. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat untuk menggunakanair.KESIMPULAN

Sungai merupakan sumber air yang penting kepada manusia. Permintaan air yang kian meningkat dan kemusnahan kualiti air sungai yang semakin serius merupakan dua isu utama pada masa ini. Secara umum, sistem semulajadi mampu membersih air sungai yang tercemar, namun, kadar pencemaran yang kian meningkat akibat aktiviti manusia telah membuatkan proses pembersihan semula jadi ini tidak lagi mampu untuk membersihkan air. Justeru, isu pencemaran alam sekitar umumnya dan pencemaran sungai khususnya mesti diberi perhatian yang serius dan dikawal ke tahap yang paling minimum. Ini kerana air adalah sumber hidup dan sekiranya sumber ini dicemari sehingga ke tahap yang tidak dapat lagi digunakan oleh manusia; ini secara tidak langsung telah mengurangkan sumber kehidupan manusia sendiri. Hari demi hari jika keadaan pencemaran sungai ini bertambah buruk, maka manusia secara sedar atau tidak telah meracuni diri mereka sendiri.

Punca pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada faktor budaya

campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa

rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya

menilai kualiti sungai.

Selain itu, walaupun terdapat pelbagai peruntukan bagi mengawal pencemaran sungai tetapi perlaksanaannya kurang berkesan kerana undang-undang ini berdasarkan sektoral, mempunyai skop yang terhad dan tidak holistik. Oleh itu, undang-undang yang lebih berkesan perlu diperkenalkan diikuti oleh penguatkuasaan yang ketat oleh agensi yang terlibat bagi mengekang masalah pencemaran sungai yang dijangka semakin meruncing pada masa hadapan. Undang-undang yang digubal juga mestilah mengambilkira kepentingan ekonomi kerana sebahagian besar daripada masalah pencemaran sungai adalah akibat daripada aktiviti perindustrian, pembangunan infrastruktur dan projek lain yang ada kaitan dengan perkembangan ekonomi.Natijahnya, air memainkan peranan penting kepada manusia dan hidupan di muka bumi ini. Oleh itu, kita harus memelihara alam sekitar agar masalah pencemaran sumber air dapat diatasi. Sesungguhnya air, nadi kehidupan kita. Hargailah dan lindungilah air demi masa depan kita.

RujukanAzizi Ahmad. (2007). Keselamatan dan kesihatan industri. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Haliza Abdul Rahman. (2007). Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8- 9 September 2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI.

Maheswaran, A. (1982). Water Pollution in Malaysia : Problems, Perpective and Control.Dlm Consumer Association of Penang (CAP). Development and Environmental Crisis. Pulau Pinang : CAP.

Sulong Mohamad, Mohd Ekhwan Toriman, Kadaruddin Aiyub dan Mokhtar Jaafar.

(2005). Sungai dan Pembangunan Tebingan Sungai Bandar Malaysia. Bangi : Penerbit UKM.

Mingguan Malaysia, 16 April 2006.OUM (2007). HBHE 3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Nov. (1994). Garis Panduan Rancangan Kesihatan: Bahagian Penjagaan Kesihatan Asas dan Pembangunan Keluarga Malaysia.

OUM (2007). HBHE 3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Sep. (1997). Program Kesihatan sekolah Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Utusan Malaysia. 4 Februari 2007.

Utusan Malaysia. 7 Februari 2007.

PAGE 1