soalan ulangkaji rbt 3101

9
soalan ulangkaji: rbt3101 1. Falsafah adalah penting kepada setiap individu yang terlibat dengan Pendidikan Teknik dan Vokasional.Falsafah turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam membuat keputusan mengenai perkembangan program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum, matlamat dan penggunaan sumber. (a) Huraikan empat elemen penting dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mempunyai implikasi terhadap Falsafah pragmatisme. (i) Guru - merupakan ketua projek penyelidikan - penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu - akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian kepada masalah - menggalakan pelajar menyelesaikan masalah. ii) Sekolah - Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk membolehkan pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji. iii) Pelajar - Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja - Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaan akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. - Pelajar akan mendapat pendedahan bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak iv) Kurikulum - kurikulum turut memberi impak daripada falsafah pragmatisme kerana pendidikan

Upload: mohamad-ridzuan-malik

Post on 22-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rbt3101

TRANSCRIPT

soalan ulangkaji:rbt3101

1. Falsafah adalah penting kepada setiap individu yang terlibat dengan Pendidikan Teknik dan Vokasional.Falsafah turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam membuat keputusan mengenai perkembangan program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum, matlamat dan penggunaan sumber.

(a) Huraikan empat elemen penting dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mempunyai implikasi terhadap Falsafah pragmatisme. (i) Guru

- merupakan ketua projek penyelidikan

- penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu

- akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian kepada masalah

- menggalakan pelajar menyelesaikan masalah.

ii) Sekolah

- Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk membolehkan pelajar

menjalankan amali ataupun ujikaji.

iii) Pelajar

- Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja

- Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaan akan

memberi kesan kepada kehidupan mereka.

- Pelajar akan mendapat pendedahan bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak

iv) Kurikulum

- kurikulum turut memberi impak daripada falsafah pragmatisme kerana pendidikan

merupakan satu kehidupan.

- kurikulum perlu dikaitan dengan masalah semasa yang perlu diselesaikan oleh pelajar.

- kurikulum mestilah mengandungi pelbagai pengalaman, mesti mengikut perkembangan

semasa.

- terdapat pelbagai matapelajaran yang berkaitan dengan kehidupan sebenar pelajar.

(b) Jelaskan implikasi aliran Falsafah Rekonstruktivisme dalam Pendidikan Teknik dan Vokasinal.

i) Sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat

ii) Memberi penekanan terhadap penwujudan masyarakat demokratik dan berfikiran kritis.

iii) Guru bertindak sebagai penyampaipengetahuan dan mencadangkan kepada pelajar untuk

membentuk masyarakat

iv) Guru sebagai pemangkin kepada pelajar untuk berfikiran kehadapan, mampu mengurus diri dan

mampu membimbing pelajar lain.

v) Berfokus kearah pembelajaran yang aktif dalam penyelesaian masalah

vi) Guru merupakan agen perubahan dan pembaharuan sosial serta kebudayaan dalam

masyarakat.

vii) Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi secara sistematik dan terancang

Viii) Melibatkan kaedah, matlamat,outcome dalam menghadapi cabaran saing dan teknologi secara

global

ix) Wujudnya IKM, Pusat Giat Mara, IL Petronas, IKBN

2. Ketua panitia mata pelajaran teknik vokasional perlulah memainkan peranan yang proaktif bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bawah seliaannya berjalan lancar dan berkesan. Ketua panitia mata pelajaran teknik dan vokasional juga perlu mengambil kira beberapa faktor yang wajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut.

(a) Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KP.(BS)8591/Lld. 11/(44) Bil. 4/1986, nyatakan dengan jelas apakah peranan ketua panitia mata pelajaran teknik dan vokasional bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pengajaran di bawah seliaannya berjalan dengan lancar dan berkesan.i) Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pihak sekolah untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian sukatan pelajaran.

ii) Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi setiap tingkatan/darjah dan jika perlu

menubuhkan bank soalan.

iii) Menganalisis keputusan peperiksaan dalam setiap peperiksaan dan mengambil langkah-langkah

untuk mengatasi kelemahan yang wujud.

iv) Mengadakan mesyuarat secara formal atau ad-hoc bagi membincangkan masalah-masalah

berkaitan panitia: terutama masalah pengajaran dan pembelajaran.

v) Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah menghadiri kursus

atau seminar.

vi) Menunjukkan semangat kerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan

kerja yang boleh membantu mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

vii) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh

mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran.

viii) Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru dan terkini untuk rujukkan ahli-ahli dalam panitia.

(b) Sebagai ketua panitia, bincangkan bagaimana pandangan serta input daripada pihak masyarakat dan industri boleh di manafaatkan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. i) Mewujudkan kolaborasi antara sekolah dengan komuniti dan industri.ii) Masyarakat memberikan input berkaitan jenis kemahiran, sikap dan nilai yang perlu sebagai ahli masyarakat yg berkesan.

iii) Industri memberikan input berkaitan jenis kemahiran, sikap dan nilai yang perlu sebagai pekerja

yang berkesan.iv) Aktiviti di sekolah ( contoh : P&P dan kokurikulum diubahsuai agar mengambil kira pandangan

komuniti dan industri.v) Mendapat sumbangan berbentuk fizikal daripada komuniti dan industri ; dengan mengeratkan

lagi kolaborasi.

vi) Kolaborasi yang terbina dapat dimanafaatkan oleh warga sekolah secara umumnya kelakbhg B contoh soalan:

1. Ciri-ciri kualiti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu dalam Mata Pelajaran KHSR bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mampu berdikari dan berfikiran kreatif serta kritis. Kemahiran-kemahiran yang diperoleh juga membolehkan mereka mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, setidak-tidaknya mampu membaik pulih kerosakan kecil peralatan di rumah.

a) Secara ringkas, nyatakan tiga ciri kualiti pengajaran dan pembelajaran KHSR sehingga dapat melahirkan pelajar seperti dinyatakan di atas.

b) Apakah kemahiran interpersonal yang boleh diterapkan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran KHSR bagi melahirkan pelajar yang mempunyai nilai dan sikap yang positif terhadap sesuatu tanggungjawab?

2. Bermula tahun 1965, sistem pendidikan aneka jurusan telah diperkenalkan di mana semua pelajar di peringkat sekolah menengah rendah dikehendaki mengambil salah satu daripada empat elektif mata pelajaran kemahiran yang telah ditawarkan.

a) Senaraikan empat mata pelajaran tersebut?

i) Seni Perusahaan ii) Sains Pertanian iii) Sains Rumah Tangga iv) Perdagangan dan Keusahawanan (Pengajian Perdagangan)

b) Nyatakan institusi-institusi yang menjalankan kursus-kursus kemahiran di peringkat sijil dan diploma kelolaan kementerian berikut:

1. Kementerian Pengajian Tinggi

i) Politeknik

ii) Kolej Komuniti

iii) IPTA

iv) IPTS

2. Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.

i) IKM

ii) Pusat Giat MARA

iii) Kolej Profesional MARA

iv) POLYMARA

3. Aspek pengurusan merupakan suatu perkara yang perlu diberi penekanan dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan perjalanan sesuatu organisasi PTV. Maju atau mundur sesuatu organisasi PTV itu terletak di tangan pengurus yang mengurus organisasi tersebut. Sehubungan dengan itu seorang pengurus itu mestilah mempunyai sifat yang dinamik dan kreatif serta tahu peranan dan tanggungjawabnya. Oleh itu:

a) Apakah maksud pengurusan dari aspek PTV?

Satu proses sosial yang dibentuk dan disusun untuk menwujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli- ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat

b) Nyatakan empat elemen yang terlibat dalam pengurusan PTV?

i) Membuat keputusan.

ii) Menyelesaikan masalah.

iii) Hubungan manusia.

iv) Komunikasi.

c) Nyatakan empat proses yang terlibat dalam pengurusan PTV?

i) Merancang

ii) Mengelola

iii) Mengarah

iv) Mengawal

4. Perancangan yang teliti dan penilaian yang berkesan akan membawa kejayaan yang cemerlang kepada sesebuah organisasi khususnya dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

a) Terangkan definisi dan tujuan penilaian dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. DEFINISI PENILAIAN

i) Suatu proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna

untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan lanjutan.

ii) Aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti P & Pii) Membuat analisis keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya

seperti merancang aktiviti P & P selanjutnya TUJUAN PENILAIAN

i) Sebagai penggerak untuk mendorongkan murid berusaha belajar ii) Menggerakkan murid membuat ulangkaji sebelum ujian dijalankan

iii) Sebagai satu latihan yang formal untuk membantu murid mengukuhkan konsep

atau kemahiran yang dipelajari

iv) Keputusan ujian digunakan sebagai kriteria untuk menempatkan murid dalam

kumpulan yang sesuai

v) Keputusan ujian digunakan sebagai rekod prestasi dan profil vi) Keputusan ujian digunakan untuk membuat penilaian vii) Mengumpul maklumat pencapaian pelajar selepas aktiviti pnp supaya dapat dibuat

pentaksiran dan mengambil tindakan

b. Nyatakan dan jelaskan dua jenis penilaian secara bertulis yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran kemahiran hidup bagi menilai tahap pengetahuan tentang mata pelajaran yang telah diajarnya.

i. Penilaian Formatif

Bertujuan melihat kemajuan sesuatu program supaya pembaikan (Improvement) dapat

dibuat.

Biasanya dilakukan dipertengahan semester.

ii. Penilaian Sumatif

Penilaian menyeluruh diakhir program.

Bertujuan membuat keputusan samada program atau kurikulum perlu diteruskan atau

diberhentikan