assignment moral elm 3101

Upload: claire-bl

Post on 31-Oct-2015

5.818 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pengenalan Kepada Konsep Asas Moral

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUANPendidikan Moral sentiasa dikaitkan dengan Pendidikan Sivik, khususnya di sekolah. Secara munasabahnya, pendidikan moral dapat diterangkan melalui tiga aspek; mencari sebab-sebab pendidikan moral ditekankan,mengajar pelajar bagaimana hendak berfikir, bukan apa yang hendak difikir mengenai isu-isu moral serta yang ketiga ialah menanamkan keyakinan terhadap tingkah laku moral,supaya pelajar mempunyai rasa tanggungjawab moral.Bagi kursus Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM 3101) ini, kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang konsep asas moral, konsep asas nilai, teori-teori etika, insan bermoral, nilai-nilai agama dan masyarakat dan teori-teori perkembangan moral. Pelbagai objektif kursus ini yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah menjelaskan kosep asas moral dan konsep asas nilai, menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan, membezakan teori-teori perkembangan moral dan menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral, dan menghayati dan mengamalkan nilai murni agama dalam kehidupan seharian.Satu tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi syarat kursus ini. kehendak soalan tugasan adalah seperti berikut;i)Membuat banding beza antara konsep moral, etika dan akhlak.ii)Bincangkan mengenai teori etika iaitu Teori Teleologi, Teori Deontologi Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia dengan memberikan contoh yang sesuai jelas dalam konteks masyarakat Malaysia.iii)Analisis teori perkembangan moral kanak-kanak menurut Piaget, Kohlberg dan Bandura dengan pembentukan insan bermoral.

2.1KONSEP MORAL2.1.1Definisi/PengertianMenurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai atau pun tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dan lain-lain.Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan masyarakat sejagat dan budaya sesuatu masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza.Peter Baeiz dalam bukunya Ethics and Belief menyatakan bahawa moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara keduanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya. Berdasarkan kenyataan Peter Baeiz, moral dan etika mempunyai persamaan. Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoritikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika, manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.Istilah moral meliputi sifat-sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan, tolong-menolong, bersih, berani, adil, kasih-sayang, toleransi, bersosial dan rajin. Keadaan berikut dapat menunjukkan dengan lebih jelas lagi pengertian moral; Ia bermaksud kawalan tingkah laku yang berlandaskan kriteria-krteria yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang itu. Larangan atau sekatan dari luar yang diterima dengan fahaman (iaitu mengapa sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan) adalah sesuatu yang dianggap bermoral. Seseorang individu juga dikatakan bermoral jika dia berupaya menentang keinginan untuk melakukan sesuatu yang dianggap salah. Sebaliknya, seseorang yang tidak boleh menahan keinginan itu tetapi terus bertindak untuk mencapai niatnya yang menentang norma-norma masyarakat dikatakan tidak bermoral. Istilah moral akan merujuk kepada peraturan yang diterima secara rasional. Dalam keadaan ini, tingkah laku bermoral adalah berdasarkan suatu keputusan moral yang melibatkan Pertimbangan tentang apa yang dikenali sebagai tindakan yang betul. 2.1.2Prinsip-prinsip Dasar MoralPrinsip Sikap BaikSikap yang dituntut dari kita sebagai asas dalam hubungan dengan siapa saja adalah sikap positif dan baik. Seperti halnya dalam prinsip Utilitarisme, bahawa kita harus mengusahakan akibat-akibat baik sebanyak mungkin dan mengusahakan untuk sedapat-dapatnya mencegah akibat-akibat buruk dari tindakan kita, kecuali ada alasan khusus, tentunya kita harus bersikap baik terhadap orang lain. Prinsip moral asas pertama disebut prinsip sikap baik. prinsip ini mendahului dan mendasari semua prinsip moral lain. Prinsip ini mempunyai erti yang amat besar bagi kehidupan manusia. Sebagai prinsip asas etika, prinsip sikap baik berkaitan sikap dasar manusia yang harus memahami segala sifat konkrit, tindakan dan kelakuannya. Prinsip ini mengatakan bahawa pada dasarnya, kecuali ada alasan khusus, kita harus mendekati siapa sahaja dan apa sahaja dengan positif, dengan menghendaki yang baik bagi dia. Ertinya, bukan semata-mata perbuatan baik dalam erti sempit, melainkan sikap hati positif terhadap orang lain, kemahuan baik terhadapnya. Bersikap baik bererti, memandang seseorang dan sesuatu tidak hanya sejauh berguna bagi dirinya, melainkan menghendaki, bersetuju, membenarkan, menyokong, membela, membiarkan, dan menyokong perkembangannya. Bagaimana sifat baik itu harus dinyatakan secara konkrit, bergantung pada apa yang baik dalam situasi konkrit itu. Maka prinsip ini menuntut suatu pengetahuan tepat tentang realiti, supaya dapat diketahui apa yang masing-masing baik bagi yang bersangkutan. Prinsip sikap baik mendasari semua norma moral, kerana hanya atas dasar prinsip itu, maka akan masuk akal bahawa kita harus bersikap adil, atau jujur, atau setia kepada orang lain.Prinsip KeadilanPrinsip kebaikan hanya menegaskan agar kita bersikap baik terhadap sesiapa saja. Tetapi kemampuan manusia untuk bersikap baik secara hakiki terhad, tidak hanya berlaku bagi benda-benda material, melainkan juga dalam hal perhatian dan kasih sayang. Kemampuan untuk memberi hati kita juga terhad. Maka secara logik diperlukan prinsip tambahan yang menentukan bagaimana kebaikan itu harus dibahagikan. Prinsip itu adalah prinsip keadilan. Adil pada hakikinya bererti bahawa kita memberikan kepada siapa saja apa yang menjadi haknya. Kerana pada hakikatnya semua orang sama nilainya sebagai manusia, maka tuntutan yang paling dasariah keadilan adalah perlakuan yang sama terhadap semua orang, tentu dalam situasi yang sama. Jadi prinsip keadilan mendedahkan kewajipan untuk memberikan perlakuan yang sama terhadap semua orang lain yang berada dalam situasi yang sama dan untuk menghormati hak semua pihak yang berkenaan. Secara ringkas, keadilan menuntut agar kita jangan mahu mencapai tujuantujuan, termasuk hal yang baik, dengan melanggar hak seseorang.Prinsip Hormat Terhadap Diri SendiriPrinsip ini menyatakan bahawa manusia wajib untuk selalu memperlakukan diri sebagai sesuatu yang bernilai pada dirinya sendiri. Prinsip ini berdasarkan fahaman bahawa manusia adalah person, pusat berpengertian dan berkehendak, yang mempunyai kebebasan dan suara hati, makhluk yang berakal budi. Prinsip ini mempunyai dua arah. Pertama, dituntut agar kita tidak membiarkan diri diperas, diperalat, atau diperbudak. Perlakuan tersebut tidak wajar bagi kedua-dua belah pihak, maka yang diperlakukan demikian jangan membiarkannya berlaku begitu sahaja apabila ia boleh melawan, sebab kita mempunyai harga diri. Dipaksa untuk melakukan atau menyerahkan sesuatu tidak pernah wajar. Kedua, kita jangan sampai membiarkan diri terlantar. Manusia juga mempunyai kewajipan terhadap dirinya sendiri, bererti bahawa kewajipan terhadap orang lain diimbangi oleh perhatian yang wajar terhadap dirinya sendiri.Sebagai kesimpulan, kebaikan dan keadilan yang kita tunjukkan kepadaorang lain, perlu diimbangi dengan sikap yang menghormati diri kita sendiri sebagai makhluk yang bernilai pada dirinya sendiri. Kita mahu berbaik kepada orang lain dan bertekad untuk bersikap adil, tetapi tidak dengan membuang diri.

2.2KONSEP ETIKA2.2.1Definisi/PengertianMaksud etimologi bagi perkataan etika (ethics) yang berasal daripada perkataan Yunani ethos ialah adat (customs) atau kegunaan (usages). Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan cirri-ciri kehidupan yang baik.Etika juga diertikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku manusia di dalam masyarakat. Ia merupakan satu bidang yang mentafsirkan tingkah laku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk. Etika adalah berbeza dengan logik, di mana logik mengkaji standard-standard yang digunakan untuk menentukan sama ada satu-satu kenyataan itu benar atau salah, tetapi etika mengkaji standard-standard yang digunakan untuk menentukan sama ada tingkah laku manusia itu betul atau salah. Tingkah laku manusia merangkumi tindakan sengaja atau tindakan yang boleh dikawal.Tindakan sengaja termasuk tindakan yang dilakukan dengan satu niat seperti guru pelatih yang belajar bersungguh-sungguh kerana niat hendak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Tindakan sengaja juga termasuk tindakan yang dilakukan secara tidak disedari oleh pelaku tersebut. Dalam bidang etika, tingkah laku itu boleh juga merangkumi aktiviti-aktiviti dalaman seperti motif dan keinginan seseorang itu serta aktiviti-aktiviti luaran seperti kata-kata atau pergerakan individu itu. Tingkah laku yang dikaji meliputi tingkah laku di dalam masyarakat serta tingkah laku yang mempengaruhi ahli-ahli di dalam masyarkat itu. Perkataan etika sebenarnya berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Etika juga bermaksud satu set peraturan tingkah laku seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan sebagainya.

2.2.2Pernyataan Normatif Dan DeskriptifDalam konteks konsep asas etika, terdapat dua jenis pernyataan yang difokuskan untuk memberikan pertimbangan nilai tentang bagaimana seseorang itu patut atau tidak patut bertingkah laku, iaitu pernyataan normatif dan deksriptif. Pernyataan normatif dijelmakan dalam bentuk atau sebagai Pertimbangan nilai. Bagi memahami dengan lebih jelas tentang kedua-dua pernyataan ini, beberapa contoh ayat berikut menggambarkan pengertian kepada pernyataan-pernyataan tersebut;1) Ini sebuah rumah teres. (Ayat ini satu pernyataan deskriptif yang merujuk fakta dan tidak melibatkan Pertimbangan nilai.)2) Ini sebuah rumah yang baik. (Ayat ini satu Pertimbangan nilai tentang rumah yang mempunyai beberapa cirri yang dianggap baik.)3) Dia sentiasa menggunakan internet. (Ayat ini satu deskriptif yang merujuk fakta tanpa Pertimbangan nilai.)4) Dia tidak patut menggunakan internet sehingga mengabaikan kerja lain. (Ayat ini satu pernyataan yang melibatkan pertimbangan nilai tentang perkara yang patut atau tidak patut dilakukan.)Ayat (1) dan (3) yang berbentuk deskriptif atau fakta adalah bukan pernyataan normatif, manakala ayat (2) dan (4) yang melibatkan pertimbangan nilai adalah pernyataan normatif. Namun, ayat (2) tidak melitbatkan soal moral berbanding dengan ayat (4). Kesimpulannya, bukan semua pertimbangan nilai adalah normatif dan bukan semua pernyataan normatif melibatkan moral. Pernyataan NormatifIa adalah penegasan atau pernyataan yang melahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai kita tentang sesuatu sama ada baik atau jahat, benar atau salah, diterima atau ditolak. Pernyataan normatif juga adalah berhubung dengan nilai estetika, iaitu nilai yang berkaitan dengan kecantikan. Dalam domain moral, terdapat dua cara untuk menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak dan sebagainya :Apabila kita menilai sesuatu perbuatan individu atau perlakuannya, ini dikenali sebagai pertimbangan moral obligasi dan tidak mengambil kira kesan sesuatu perbuatan itu. Contoh pernyataan ialah;Saya tidak patut memaksa kawan saya meminum arak.Apabila kita menilai ciri perwatakan, motif atau peribadi perseorangan, ia dikenali sebagai pertimbangan moral aretaic.Contoh pernyataan ialah;Seseorang yang baik tidak akan terlibat dalam rasuah.Dalam domain bukan moral, istilah baik atau buruk tidak digunakan untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang, tetapi untuk menilai sesuatu benda lain atau perkara yang harus atau tidak dilakukan, tetapi tiada kaitan dengan soal moral. Contohnya;1) Ini sebuah kasut yang baik.2) Anda tidak perlu membeli kasut itu.Sesetengah pernyataan normatif mempunyai implikasi atau kean langsung dengan segera terhadap tingkah laku. Contoh;Kecuaian memandu kereta di jalan raya akan membahayakan nyawa pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya lain. Justeru, kita harus berhati-hati di jalan raya.Terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk arahan atau perintah melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi individu dalam masyarakat. Contohnya;Dilarang membuang sampah di kawasan ini. Denda RM500.2.3KONSEP AKHLAK2.3.1Definisi/PengertianMengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akhlak ditakrifkan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan dan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat.Dari aspek bahasa, perkataan akhlak berasal daripada perkataan Bahasa Arab (al-akhlaaku) iaitu kata jamak daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Dalam Lisan al-arab ia bermakna tabiat atau watak. Ia juga bermakna maruah, Ad Din atau Fitrah menurut Qamus al-Muhit Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah. Menurut istilah, akhlak ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitiandanpaksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.Dalam erti kata mudah, akhlak merujuk kepada kelakuan atau watak orang itu. Sekiranya seseorang anak itu sudah rosak akhlaknya, ini bermakna kelakuannya amat buruk. Contoh perbuatannya ialah melanggar peraturan sekolah, tidak mematuhi arahan guru, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. Sebaliknya, seorang individu yang berakhlak tinggi merupakan seorang yang bersopan santun, bertoleransi, bekerjasama dan bersedia untuk tolong-menolong. Individu yang berakhlak tinggi menghormati ibu bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan.Dengan merujuk pernyataan-pernyataan di atas, maka dapat disimpulkan bahawa akhlak tidak membawa maksud kelakuan yang baik atau buruk, tetapi ia hanya membawa maksud kelakuan.

2.3.2Kepentingan Etika Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan.Justeru,kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui individu,keluarga,organisasidanmasyarakat.

IndividuIndividu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan. Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji.Masyarakat mengiktirafnya sebagai orangyangberbuditinggi.

KeluargaEtika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang beretika. Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang sedemikian dapat mewujudkan keharmonian.Oleh yang demikian,keamanan dan keakraban rumah tangga dapat menjamin keutuhankeluarga.

OrganisasiEtika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembanganyangberterusan.

MasyarakatKepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan. Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.

3.0TEORI ETIKA3.1TEORI TELEOLOGIDefinisiTeori teleologi wujud apabila terdapat golongan yang berpendapat bahawa tiada pertalian antara peraturan masyarakat atau keperibadian mulia dengan etika. Teori ini menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu yang benar, baik, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Nilai betul dan salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Hal ini bermaksud sesuatu tindakan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banayk atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan, yang dipanggil konsekuensialisme. Namun, terdapat juga teleologis mempunyai pandangan yang berbeza tentang siapa yang menerima kebaikan atau keburukan, iaitu sama ada kebaikan atau keburukan itu ditujukan kepada orang lain atau diri sendiri. Maka, wujud lah utilitarianisme dan egoisme.UtilitarianismeEtika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang lebih banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan (iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral). Menurut Jeremy Bentham (1748-1832), manusia dikuasai dan dipengaruhi oleh keseronokan serta kesakitan, Manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan. BagiJohn Stuart Mill (1806-1873)pula, beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif, dan faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.Beliaumemperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan Terbanyakyang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan. Teori ini disokong oleh Quinton (1973), keadaan di mana beliau menyatakan bahawa individu yang mendokong utilitarianisme sebagai mereka yang bersetuju bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh natijah daripada tindakan itu sendiri. Dengan merujuk kepada pendapat Bentham dan Mill itu tadi, dapatlah dinyatakan bahawa pengalaman keseronokan mestilah dimaksimumkan dand keseronokan diminimumkan.

Jenis-jenis Utilitarianisme

Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnyadisukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil act utilitarinism. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul. 1) Act utilitarianism

Jenis ini merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Misalnya dalam konteks masyarakat malaysia, khususnya, aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan.2) Hedonistic utilitarianismJenis ini mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

Pertikaian Prinsip UtilitiPrinsip memaksimumkan keseronokan, sebenarnya tidak adil dan berat sebelah, dan ini menyebabkan konflik antara konsep untiliti dan keadilan. Antara aspek yang dipertikaikan ialah;i) Keseronokan dan kesakitan ialah perasaan. Perasaan ialah subjektif, atau pengalaman yang setiap orang mengalaminya mengikut kehendak sendiri. ii) Keseronokan dan kesakitan bukan sahaja subjektif, malahann sesuatu yang disangsikan atau kabur. iii) Prinsip utiliti menggambarkan manusia hanyalah sebagai pemburu keseronokan atau manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan. Menurut Masochists, mereka merasai, mengalami atau menanggung kesakitan kerana menghadapi keseronokan daripada kesakitan itu. Nietzsche (1968) turut menentang idea ini, dengan mengatakan bahawa untuk berusaha mendapatkan kuasa, manusia mesti mengatasi rintangan dan menempuh halangan. Istilah yang selalunya dikaitkan dengan ini adalah seperti berikut:

(a.)Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.

(b.)Istilah kebahagiaan:Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.

Contoh yang Berkaitan(a.)Pandangan peperangan dalam konsep utilitarianismePeperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.

(b.)Pandangan tentang peraturan yang bermoralSesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi semuayang terlibat. Misalnya, dalam konteks negara Malasyia sendiri, peraturan memakai seluar pendek tidak dibenarkan di dalam kampusperguruan.

(c.)Tindakan mencuri Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.

d) Sistem Demokrasi di MalaysiaSemasa keputusan pilihan raya umum dibuat, calon yang bertanding dan diisytiharkan sebagai pemenang apabila jumlah undian adalah majoriti.

Egoisme

Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Pengasas etika egoisme ialah Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 1900). Beliau kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat. Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan. Usaha rakyat biasa memutlakkan peraturan moral mereka dengan mengaitkan autoriti agama atau Tuhan telah ditentang oleh Nietzsche kerana menurutnya, perkara ini merupakan perkembangan ke arah kemoralan hamba abdi yang merendahkan martabat manusia seperti binatang gembala. Menurut beliau lagi, mengeksploitasi rakyat biasa dan bukannya pengorbanan diri ialah inti atau hakikat kehidupan.

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.

Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.

Contoh yang Berkaitan

a)Tindakan membantu orang lainContohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.

b)Tindakan peperanganKajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu adalah bermoral.

c)Tindakan kegiatan pertubuhanKegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik.

Pertikaian Terhadap Etika EgoismePendapat NietzschePertikaian/Kritikan

Egois mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, dan menindas orang lain.Menurut Ross (1998), egosime tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, sebaliknya dalam banyak kes, mungkin memudaratkan orang lain.

Untuk memperoleh kecekapan dan kemajuan, mereka yang lemah mesti dieksploitasikan.Tetapi, sejarah menunjukkan perlindungan kepada mereka yang lemah dan menderita tidak menjejaskan kemajuan, kekuatan dan kecekapan umat manusia keseluruhannya.

Beliau menentang pengorbanan diri kerana menurut beliau, unsure ini boleh menyebabkan manusia reput dan mundur.Manusia seperti binatang liar dan buas akan berbunuhan sesama sendiri jika pengorbanan diri tidak dpraktikkan. Gerak hati untuk melakukan pengorbanan diri ialah pembawaan atau sifat semula jadi jiwa manusia, oleh itu, tidak patut dimusnahkan.

Setiap individu bertanggungawab untuk bertindak dan menghakimi sesuatu dengan ukuran atau piawai yang memajukan kebajikannya sendiri, iaitu menguntungkan dirinya dari segi perkara yang benar dan salah.Menurut Immanuel Kant dan Richard Hare, sesuatu peraturan atau prinsip moral mesti diambil tindakan oleh setiap individu, iaitu peraturan atau prinsip itu mestilah sejagat.

3.2ETIKA DEONTOLOGIDefinisiDeontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori deontologi menegaskan bahawa ada pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang menyebabkan seseuatu perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan. Teori deontologi mementingkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri. Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis teori deontologi iatu teori deontologi-lakuan (eksistensialisme) dan teori deontolofi-peraturan (prinsip kewajiban).

Deontologi selalu dikaitkan denganImmanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya keranaakibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapimotif (niat) tindakankita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. Deontologi menafikan apa yang ditetapkan oleh teori teleologi, kerana menurut deontologis, ada pertimbangan-pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik, betul atau wajib selain kebaikan dan keburukan dalam akibatnya. Berbalik kepada dua jenis teori deontologi tadi, teori deontologi tindakan (act deontology) menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral adalh bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi yang tertentu. Teori deontologi peraturan (rule deontolgy) pula berpendapat bahawa piawai tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan.

Prinsip KewajipanPrinsip kewajipan menegaskan duty for the sake of duty, iaitu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Pengasas prinsip kemoralan ini iala Immanuel kant (1724-1804). Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat.

Tumpuan diberi dan diletak atasniat, tujuan dan motifseseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baikbukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi. Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengankerelaandan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui. Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.

Ciri-ciri Kewajipana)Konsep tekad baik (Goodwill)Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral. Kant menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau menghormati undang-undang.

b)Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan persoalan. Kant menjelaskan bahawa individu yang baik dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang. Individu ini akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-undang dan tidak akan memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat sesuatu pilihan.Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku dan digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih dikenali sebagai categorical imperativeatau perintah mutlak atau tanpa syarat). Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak cakap bohong) mesti dipatuhi oleh orang lain. Dengan kata lain, individu itu mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak. Secara rumusnya, prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang yang objektif dan sejagat. Dengan ini menjelaskan bahawa Kant meletakkan konsep pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang sejagat adalah formula asas prinsip kemoralan.

Contoh yang Berkaitana)Bertekad Baikcontoh 1:Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM atas kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu perbuatan yang beretika, manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika.contoh 2:Seseorang pelajar belajar bersungguh-sungguh atau tekun untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaaan atas kesedaran diri sendiri kerana dia memikirkannya ialah satu tanggungjawab. Dengan ini, ia merupakan satu perbuatan yang beretika.

b) Kategori Perintah Mutlak Tanpa Syaratcontoh 1 :Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya adalah walaupun menipu boleh membantu anda mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, ia tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil.contoh 2:Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri boleh membantu kita mendapatkan bahan yang diinginkan atau wang, tetapi kita akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undang-undang.contoh 3:Membohong merupakan satu amalan atau tingkah laku yang salah secara rasionalnya. Ia adalah satu kesalahan kerana ia mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang yang kita bohong dan kehilangan kepercayaan orang lain terhadap kita. Oleh itu, sejak kecil lagi kita dididik supaya tidak cakap bohong.contoh 4:Ramai yang mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan yang salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin mencapai kejayaan dengan mudah masih ramai yang berani meniru atau menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan ini akan sentiasa dihina kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Pertikaian/Kritikan Terhadap Prinsip Kewajipan

Rajah 1Walaupun telah ditegaskan dari awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu ialah tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan di mana dua kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih mana yang perlu diutamakan. Ini merupakan satu kelemahan dalam krinsip kewajipan. Dalam situasi dalam Rajah 1 di atas, pelajar tersebut mempunyai dua kewajipan iaitu sebagai pelajar dia perlu menyiapkan tugasnya dan sebagai anak, dia perlu membantu ibu dengan kerja rumah kerana ibunya tidak sihat. Apabila terdapat konflik di antara dua tanggungjawab, prinsip kewajipan kurang jelas dan tanggungjawab diutamakan mengikut prinsip etika yang lain.

Prinsip EksistensialismeDefinisi

Prinsip ini menegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana dipaksa.Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi apa yang menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dia aliran eksistensialisme yang berlainan pandangan iaitu:a)Eksistensialisme yang beragama Kristian, termasuk Karl Jaspers dan Gabriel Marcell, kedua-duanya katolik;b)Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan), termasuk Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis Perancis serta Sarte sendiri.Pelopor prinsip ini ialah Jean-Paul Sartre (1905-1980), yang merupakan ahli falsafah eksistensialisme Perancis yang percaya bahawa existence precedes essence, iaitu kewujudan mendahului intipati. Menurut Sarte, manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi manusia sudah ditentukan. Bagaimana manusia itu menjadi bermoral atau tidak bermoral bergantung kepada pilihan yang dibuatnya dalam pelbagai peringat kehidapannya.Ciri-ciri Prinsip Eksistensialisme

Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya.Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:i) Kebebasan jasmaniii) Kebebasan kehendakiii) Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan.

Menurut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).

Contoh yang Berkaitan1.Menderma kepada institusi agama adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa.2.Seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang guru. Sebaliknya, dia memilih untuk menjadi guru. Ia adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa. Oleh itu, setiap individu bebas memilih atau menentukan apa yang disukainya.3.Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau orang tua adalah nilai baik jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan atas paksaan.

Pertikaian/Kritikan Terhadap Prinsip EksistensialismeOleh kerana prinsip eksistensialisme berpegang kepada prinsip bahawa nilai buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas, isu tentang relativisme akan timbul. Menurut Satre, peraturan dan prinsip adalah terlalu abstrak dan tidak ada peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan apa tindakan yang akan diambil atau apa yang betul. Dalam keadaan ini, relativisme individu dianggap sebagai mutlak.

Rajah 2Dalam situasi dalam Rajah 2 di atas, Jaysha telah membuat keputusan berasaskan keadaan persekitaran dan ingin memilih keputusan hendak menjadi GRO yang pada anggapannya meringankan beban kewangan ibu bapa dan pada masa yang sama memberinya pendapatan yang lumayan. Tetapi keputusan ini mungkin tidak baik dari segi moral sebab ibu bapa Jaysha san masyarakat setempat mungkin mempunyai standard moral yang berbeza dengan Jaysha.3.2TEORI KEMORALAN SOSIALDefinisiTeori Kemoralan Sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat. Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya. Teori ini juga dikenali sebagai kemoralan konvensional dan tradisioalisme atau konsrvatisme dalam kemoralan. ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang mementingkan masyarakat.

Ciri-ciri Teori Kemoralan SosialTeori ini dipengaruhi oleh pegangan agama sesebuah masyarakat. Ia bersifat kemasyarakatan dan wujud di luar diri seseorang individu. Contohnya, di Malaysia, ada peraturan yang diwujudkan supaya masyarakatnya yang berbilang bangsa menghormati agama dan adat resam sesuatu kaum yang lain. Segala peraturan, nilai dan adat yang diwujudkan dalam sesebuah kumpulan masyarakat itu adalah sesuatu yang dipersetujui bersama. Contohnya, peraturan untuk tidak berbohong dan mencuri adalah peraturan kehidupan bermasyarakat yang akan membawa kebaikan kepada semua manusia. Selain itu, peraturan masyarakat tersebut akan memperlihatkan pemerintahan atau pihak berkuasa atau autoriti dalam masyarakat tersebut dalam penetapan sesuatu peraturan masyarakat itu.

Pertikaian/Kritikan Terhadap Teori Kemoralan Sosial1) Ia bersifat authoritarian. Ia menyekat kuasa individu dan membataskan kebebasan individu dalam memilih, menilai dan mengkritik peraturan-peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.2) Jika semua masyarakat mempunyai peraturan moralnya yang tersendiri, maka ini akan membawa kepada perbezaan yang akan menjurus kepada konflik di kemudian hari. Ini boleh terjadi kepada peraturan moral sesebuah masyarakat yang membolehkan ia bertentangan dengan peraturan moral masyarakat lain mengakibatkan pertikaian dan pergaduhan antara satu sama lain.3) Kelemahan ini merujuk kepada peraturan masyarakat itu sendiri. Sesuatu peraturan masyarakat yang ditetapkan itu mungkin tidak betul, tiada nilai moral dan boleh membawa kepada kesan yang buruk. Ini disusuli dengan keadaan manusia dan dunia ini yang semakin kompleks.3.3TEORI KEPERIBADIAN MULIADefinisi/Pengenalan Budi mempunyai pengertian falsafah yang tersendiri iaitu kebaikan, manakala dari sudut epistemologi, budi disingkap daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud asas hikmah. Budi mengandungi rangkaian yang bersiratan iaitu akal budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Keseluruhan rumpun budi dapat dikesan di dalam konteks kehadiran dan kewujudan manusia serta masyarakat dan budaya. Gugusan budi meliputi hubungan sosio-budaya dan spiritual.

Menurut Kamus Dewan, budi membawa maksud sifat dan perlakuan yang baik serta akhlak dan tingkah laku yang terpuji. Manakala budi bahasa pula membawa definisi kepada 'tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia'. Maksudnya setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-lain.

Y.A.B Perdana Menteri semasa pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada 11Januari 2005, di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah menyarankan agar bangsa Malaysia yang maju seperti dicita-citakan menjelang tahun 2020 dapat mempamerkan Kecemerlangan, Kegemilangan dan Keterbilangan berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Budi bahasa dan amalan-amalan murni tidak boleh bercambah dengan hanya membiarkan keadaan yang sedia ada. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang mutu dan keindahan sosialnya. Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan murni yang sudah hilang itu.Sejajar dengan kempen Budi Bahasa Budaya Kita, ia merupakan satu amalan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika dan keperibadian mulia. Teori ini menitikberatkan perwatakan manusia dari segi falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan dan ianya dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 s.m). Bagi Aristotle, virtues atau keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral masa kini.

Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu tujuan. Bagi beliau lagi, keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana sesorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Cara yang terbaik untuk memperolehi keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri.

Ciri-ciri Keperibadian Mulia

1. Semua keperibadian mulia diperolehi oleh seseorang melalui pengajaran dan pembelajaran atau latihan serta dijadikan amalan kehidupan seharian. Contohnya, seorang anak yang diberikan didikan tentang adab memberi salam dan menghormati orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan budaya dan sikap positif itu dalam kehidupanseharianmerekasehinggadewasa.

2. Keperibadian mulia adalah tabiat yang membawa maksud mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan. Apabila tabiat dibentuk, sesuatu kecenderungan yang stabil wujud dalam individu dan ia boleh dipanggil sifatorang itu. Oleh itu, apa yang ditunjukkan oleh tabiat bukan satu kebetulan atau ketidaklaziman, tetapi adalah satu penjelasan tentang jenis manusia bagi seseorang individu.

3. Keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia membolehkan kita menetapkan bagaimana untuk berkelakuan dan bertindak dalam cara tertentu . Operasi ini boleh berlaku secara dalaman seperti aktiviti pemikiran tentang satu masalah matematik,atau secara luaran seperti kita memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.

4. Keperibadian mulia adalah baik,ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna,dan membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik. Dengan perolehan keperibadian mulia,kita dapat membentuk kendiri insan yang baik, manakala perangai buruk atau jahat mempunyai kesan yang berlawanan, ia adalah destructive dalam kapasiti kita.

Pertikaian/Kritikan Terhadap Teori Keperibadian Mulia

Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia. Manakala Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik tanpa keberanian,kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada keadilan. Kebaikan seterusnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat. Contohnya seseorang itu hanya akan meniru dan mencontohi sesuatu tingkah laku yang apabila difikirkan akan mendatangkan kesan baik kepada dirinya. Sebelum meniru dan mengaplikasikan sesuatu tingkah laku, beliau akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu. Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebaya, namun ketaakulan akan menyebabkan individu itu menilai dengan cara pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik. Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik.

Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan.

4.0TEORI PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAKPerkembangan moral merujuk kepada perolehan nilai dan kesedaran tentang apa yan buruk dan apa yang baik, apa yang betul dan apa yang salah, berdasarkan kod etika masyarakat setempat. Keupayaan kanak-kanak membezakan antara buruk dengan baik sesuatu perbuatan tersebut diukur dari segi kebolehan mereka memahami niat, tatasusila atau peraturan masyarakat serta nilai budaya dan agama. 4.1TEORI PERKEMBANGAN MORAL (JEAN PIAGET)Terdapat dua kajian yang dilakukan oleh Piaget mengenai perkembangan moral kanak-kanak dan remaja:1. Melakukan pemerhatian terhadap beberapa kanak-kanak yang bermain guli, sambil mempelajari bagaimana mereka bermain dan memikirkan peraturan-peraturan permainan.2. Bertanyakan soalan tentang peraturan-peraturan etika, misalnya mencuri, berbohong, hukuman dan keadilan kepada mereka.Dari hasil kajian yang telah dilakukan tersebut, Piaget membuat kesimpulan bahawa anak-anak berfikir dengan 2 cara yang sangat berbeza tentang moral, bergantung pada kedewasaan perkembangan mereka. Menurut Piaget, terdapat 2 peringkat dalam perkembangan moral kanak-kanak;1. Moraliti Heteronomous (6-10 tahun) Kanak-kanak bersifat egosentrik, iaitu mereka hanya dapat melihat dari satu perspektif peraturan sahaja. Keadilan dan peraturan-peraturan dilihat sebagai sifat-sifat dunia yang tidak boleh berubah serta suci. Kanak-kanak pada tahap ini menilai kebenaran atau kebaikan perilaku dengan mempertimbangkan akibat dari perilaku itu, bukan niat si pelaku. Contoh: Sekiranya sepuluh gelas terjatuh dan pecah semasa Abu membantu ibunya menghidangkan makanan malam, Abu tetap bersalah walaupun kejadian tersebut berlaku secara tidak sengaja dan niat Abu untuk meringankan kerja ibu. Pada peringkat ini, kanak-kanak percaya kepada keadilan sejati, iaitu percaya bahawa Tuhan akan menghukumnya jika membuat kesalahan. Ketika Piaget menyarankan agar peraturan diganti dengan peraturan baru (dalam permainan guli), kanak-kanak menolak. Mereka menegaskan bahawa peraturan tidak boleh diubah. Kanak-kanak juga percaya bahawa dendaan itu wajib, sedangkan ada alternatif lain untuk membetulkan kesalahan.2. Moraliti Autonomous atau Kerjasama (10-11 tahun ke atas) Kanak-kanak sudah kurang egosentrik dan lebih terbuka dalam membuat sesuatu pentakrifan moral. Mereka dapat melihat peraturan sebagai satu persetujuan antara individu dan boleh berubah mengikut individu. Kanak-kanak sudah mula menumpukan perhatian kepada niat seseorang. Autoriti atau kuasa orang dewasa yang sebelum ini merupakan satu punca ketaatan utama, tidak lagi dihormati.Menurut Piaget, perkembangan penaakulan moral yang berlaku dalam beberapa tahap yang invarian, iaitu perkembangan setiap satu tahap bergantung kepada pencapaian pada tahap sebelumnya.4.2TEORI PERKEMBANGAN MORAL (LAWRENCE KOHLBERG)Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.

Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat.

Tahap 1: Pra-Konvensional (0-9 tahun)Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman. Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.

Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun)Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.

Peringkat 3: Orientasi perlakuan baikPada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturanPada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.

Tahap 3: Pos Konvensional (>20 tahun)Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat,Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiuPada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.

Peringkat 6: Etika prinsip sejagatPada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.4.3TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL (ALBERT BANDURA)Teori Pembelajaran Sosial Bandura menekankan peniruan dan pemerhatian. Ole itu, bagi pembelajaran nilai-nilai moral, peranan inbu bapa, guru dan rakan sebaya adalah amat penting sekali. Secara teorinya, ia memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning), dan bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity).

Teori Peniruan (Modelling)

Perilaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya.Menurut Bandura, sebahagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan (imitation) maupun penyajian contoh tingkah laku (modelling). Dalam hal ini orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang model atau tokoh bagi kanak-kanak-kkanak-kanak untuk menirukan tingkah laku serta nilai-nilai moral.

Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroodalam video. Setelah menonton video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut,mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).

Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan iaitu meniru secara langsung. Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertasdan pelajar meniru secara langsung. Seterusnya proses peniruanmelalui sekatlakuan dan taksekatlaku. Contohnya kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak merupakan taksekatlakuan di padang. Keadaan sebaliknya jika kanak-kanak bersorak di dalam kelas semasa guru mengajar, semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabila seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang kanan-kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri kanak-kanak tersebut untuk melukis bunga. Oleh itu, peniruan berlaku apabila kanak-kanak tersebut melihat rakanya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).Perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut pandangan pemikir Islam yang terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak-kanak hendaklah diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu mengikut peringkat-peringkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanak-kanak hendaklah diajar atau dibentukdengan lemah lembut dan bukanya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran yang disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam & Nur Hazwani Hamzah 2009).

Unsur Utama Dalam PeniruanUntuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:1) Tumpuan ('Attention')Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.2) Penyimpanan ('Retention')Subjek yang memerhati harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.3) Penghasilan ('Reproduction')Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.4) MotivasiMotivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak individu untuk terus melakukan sesuatu.

Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain-lain.3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.4. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

4.4 Perkaitan Teori Perkembangan Moral Dengan Pembentukan Insan BermoralDengan merujuk kepada analisis teori Piaget, perkembangan moral kanak-kanak bermula dari rumah, atau dalam kata mudahnya, peranan ibu bapa serta keluarga yang membawa kepada kemoralan dalam diri kanak-kanak. Semasa di peringkat moraliti heteronomous, kanak-kanak masih berfikiran egosentrik dan mengganggap peraturan itu mutlak. Maka, dari situ, ibu bapa harus membentuk kanak-kanak dengan sentiasa mengingatkan kanak-kanak dengan apa yang patut dan tidak patut dilakukan dan memberitahu segala kesan sekiranya mereka berbuat sesuatu tingkah laku. Dan apabila mereka sudah besar nanti, moral serta disiplin mereka akan terbentuk dalam diri mereka tanpa disedari. Semasa di sekolah pula, mereka akan dididik dengan subjek Pendidikan Moral. Peranan guru turut penting dalam pembentukan insan bermoral, di mana mereka harus menunjukkan contoh perbuatan serta teladan yang baik untuk dicontohi. Di sini, terselit juga unsur peniruan yang ditekankan oleh Albert Bandura dalam Teori Pembelajaran Sosial. Bandura amat mementingkan unsure pemerhatian dan peniruan dalam membentuk sahsiah serta identiti kanak-kanak. Pembentukan insan bermoral lebih mudah dilakukan terhadap kanak-kanak, kerana mereka lebih cenderung untuk terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di sekeliling mereka.Berdasarkan teori Kohlberg pula, pada tahap 1, kanak-kanak akan berusaha berbuat baik untuk mengelak dendaan. Bagi mereka, sesuatu tingkah laku yang tidak didenda dianggap betul. Selain itu, mereka juga berbuat baik semata-mata inginkan ganjaran. Pada tahap ini, ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk berbuat baik dan berdisiplin dengan sentiasa mengingatkan mereka akibat atau ganjaran yang mereka akan dapat untuk sesuatu tingkah laku. Piaget dan Kohlberg percaya bahawa interaksi dengan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam menerbitkan bentuk-bentuk pemikiran moral yang lebih canggih. Mereka bersetuju bahawa jika kanak-kanak dibiarkan mengalami pelbagai konflik semasa berinteraksi dengan rakan, lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dalam menghadapi dilemma, iaitu mempunyai cara penaakulan yang lebih berkesan dan kompleks. Kanak-kanak popular yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial dan menjadi ketua dalam kumpulan rakan sebaya lebih cenderung membentuk penilaian moral yang lebih matang. Dari sudut teori oleh Bandura, elemen peniruan serta pemerhatian turut diterapkan semasa aktiviti sosial dengan rakan sebaya. Kanak-kanak akan lebih mudah terikut-ikut dengan perangai serta cara pemikiran rakan mereka. Dan apabila wujud kanak-kanak popular dalam kalangan mereka, ia sesuatu yang tidak mustahil bagi seseorang individu itu akan menjadikannya sebagai role model dan sterusnya meniru segala perbuatannya. Menurut Kohlberg juga, satu elemen penting ialah pengalaman. Dengan cara mendapatkan pengalaman sendiri, seseorang individu itu akan dapat mengakui bahawa ia sebahagian daripada susunan social dan dapat memahami bahawa peraturan-peraturan moral terbit daripada pendapat kolektif individu dalam masyarakat. Kohlberg juga mencadangkan agar kanak-kanak tidak dibiarkan berkurung di rumah sahaja. Interaksi dengan rakan sebaya akan membawa pertumbuhan moral seseorang individu. Kanak-kanak yang anti-sosial sejak dari kecil akan memberi impaks kepada kemahiran sosialnya juga, secara tidak langsung. Dan hal ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi introvert.Secara kesimpulannya, perkembangan moral kanak-kanak membawa kepada pembentukan insan bermoral. Bermula dari peranan ibu bapa, guru di sekolah, rakan sebaya, hinggalah masyarakat di sekeliling, semuanya memberi impak serta menentukan perkembangan seseorang individu itu, bukan dari sudut moral sahaja, malahan dari sudut kognitif (cara pemikiran) serta sosial.31