modul pra 3101

81
PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SINOPSIS Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1. This course covers the introduction to early childhood education, growth and child development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of Primary School HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat: 1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak 2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak 3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak 4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam pelaksanaan pembelajaran RINGKASAN UNIT 1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak 3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak 4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak 5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak 1

Upload: yuan-shuang-tan

Post on 15-Jul-2016

88 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Education

TRANSCRIPT

Page 1: Modul PRA 3101

PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS

Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan

dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-

kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta

550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/

prasekolah ke tahun 1.

This course covers the introduction to early childhood education, growth and child

development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars

of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition

process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to

Year 1 of Primary School

HASIL PEMBELAJARAN:Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak

2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak

3. Menjelaskan matlamat dan falsafah

pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak

4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam pelaksanaan pembelajaran

RINGKASAN UNIT

1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak

4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989.

6.0 Akta 308 dan Akta 550

7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

1

Page 2: Modul PRA 3101

Rangka Isi Pelajaran

PRA 3101 ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2

Pengenalan Pendidikan AwalKanak-Kanak

Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanak- kanak

Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak

Kanak-kanak 1989

Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika/ Prasekolah dan ke

Tahun Satu.

Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal

Kanak-kanak

Akta 308 dan Akta 550

Page 3: Modul PRA 3101

Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari

masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The

Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan

Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program

pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari

lahir hingga ke umur lapan tahun:

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di luar negara

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika

pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich

Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama

mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu

Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”.Prasekolah pertama di dirikan di

United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi

nama “The Infant School”.

Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama

didirikan pada tahun 1850 oleh Carl

Schruz. Seterusnya pada tahun 1860,

Elizabert Peabody membuka tadika di

Boston. Penubuhan prasekolah di

Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu

kepada kanak-kanak dari golongan yang

berada sahaja. Manakala kanak-kanak

yang miskin terbiar dan tidak mendapat

pendidikan awal.

3

Page 4: Modul PRA 3101

Program Headstart telah dirancang dan

dikelolakan untuk membantu kanak-

kanak yang datang dari kawasan mundur

dan keluarga miskin. Mereka ditempat

kan di satu kawasan dan diberi

kemudahan pembelajaran.

Ciri-ciri Program Headstart

a) Penglibatan Ibu bapa

Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan

pengurusan prasekolah.

b) Kesihatan

Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan,

pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

c) Pemakanan

Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga

kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi

sendiri.

d) Pendidikan

Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk

perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

4

Page 5: Modul PRA 3101

e) Perkhidmatan Sosial

Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan

kualiti kehidupan.

f) Ketidakupayaan

Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-

kanak kurang upaya atau keperluan khas.

g) Kesihatan Mental

Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa

untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada

tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand.

Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940

an. 

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat

berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan

Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah

Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika

adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan

Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan

program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika

secara ringkas.

Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu

tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

5

Aktiviti 1.

Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?

Page 6: Modul PRA 3101

Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

Konsep Pertumbuhan:

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu

peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya

adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari

segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan

kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa

berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang

contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu

membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat

perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan

seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur

tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).

Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi

putih pada peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the orderly,

durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and

maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah

perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan,

pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

6

Aktiviti 2.Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ?

Page 7: Modul PRA 3101

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan

bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan

bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah

“ Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.” (Ramlan

Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara

kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral

seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah

laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.

2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.

3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.

4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza

pada setiap individu.

5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara

berterusan hingga akhir hayat.

6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang

kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.

7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat

tertentu.

8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak

9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.

(Mok Soon Sang, 2001)

7

Aktiviti 3.

Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.

Page 8: Modul PRA 3101

Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)

Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi

pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada

kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.

Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia

dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih

kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi

ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh

dipengaruhi oleh pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang

lain. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh

perwarisan.

Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah

memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu

itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak

faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak

termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan

keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat

dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan

faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan

perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia

seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)

8

Aktiviti 5:

Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nurture”

Aktiviti 4.Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?

Page 9: Modul PRA 3101

Unit 3.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada

abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi,

Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di

dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang

bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan

oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.

Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan

seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.

Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari

golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat

pendidikan awal.

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun

1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di

Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an. 

Sistem pendidikan di luar negara boleh dijadikan panduan untuk kita memahami kepentingan

pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan pendidikan kanakkanak di luar negara dilihat

saling mempengaruhi di antara benua seperti Eropah, Amerika dan Asia.

EropahEropah secara tidak langsung telah merintis sistem pembelajaran kanak-kanak. Bermula dari

zaman Rome, Greek dan negara-negara di sekitar Eropah pada abad-abad berikutnya setelah

kejatuhan kerajaan Rome dan Greek. Setiap abad tertentu telah memperlihatkan kepentingan

hak kanak-kanak dan kemajuan dalam pendidikan mereka.

9

Page 10: Modul PRA 3101

Zaman Rom dan GreekKebanyakan sistem pendidikan Eropah hari ini merujuk kepada sistem pendidikan Greek dan

Rome. Beberapa pandangan dan pendapat mereka diguna pakai sebagai asas pendidikan awal

kanak-kanak.

Tanggapan mereka terhadap kanak-kanak Kanak-kanak yang berumur lapan tahun di anggap dewasa

Pendidikan perlu bermula dari rumah

Apabila kanak-kanak sudah mula bercakap hendaklah diberi pendidikan

Mereka mengamalkan penggunaan ganjaran dalam pendidikan Deraan dianggap tidak berkesan dalam pendidikan

Pandangan Plato dan Aristotle Menekankan keperluan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal lagi Mengasaskan sekolah dengan menggunakan model bimbingan kumpulan

kecil Mengajar kanak-kanak lelaki daripada golongan bangsawan kemahiran

berfikir, mentadbir, strategi ketenteraan dan pengurusan perniagaan.

Selepas kejatuhan kerajaan Rome Pendidikan kanak-kanak terletak dibawah tanggungjawab ibu bapa Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sempurna disebabkan ibu

bapa bekerja. Kanak-kanak perlu membantu kerja-kerja yang dijalankan oleh orang dewasa Pada waktu yang sama anak-anak golongan istana mendapat keistimewaan

untuk bersekolah Mereka diajar membaca, menulis, mengira dan buku simpankira.

Abad ke 15

Pada abad ke 15 institusi kerajaan tidak memainkan peranan dalam pendidikankanak-kanak. Institusi bukan kerajaan telah mengambil inisiatif mendidik kanakkanak.Kedudukan kanak-kanak

Tidak memndapat tempat dan pengiktirafkan hak perlindungan yang khusus sehingga

penghujung abad ke 15.

Kanak-kanak daripada kelas golongan atasan disediakan peluang pendidikan belajar

menerusi tutor atau sekolah di rumah keluarga yang ternama

10

Page 11: Modul PRA 3101

Kanak-kanak daripada kelas golongan pertengahan mendapat latihan pendidikan

vokasional

Kanak-kanak daripada kelas gplongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu

bapa.

Perubahan di Zaman Pembaharuan Pendidikan kanak mula diberi perhatian Pendidikan tidak lagi diberi keutamaan kepada golongan bangsawan sahaja Member peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak termasuk daripada

kelas golongan bawahan dan miskin.

Abad ke 16

Pada abad ini kemajuan dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan saintifik mempengaruhi penentuan corak pendidikan kanak-kanak. Perubahan kerajaan dan

penentangan tokoh-tokoh membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak.

Marin Luther Menentang fahaman Gereja Kahtolik

Mendapat sokongan golongan bawahan menubuhkan Gereja Protestant

Mengubah struktur social dan pendidikan masyarakat umum

Di German Berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikan kepada golongan biasa

Sekolah yang dahulunya dikuasai gereja diserahkan kepada golongan biasa.

Di Belanda System pengendalikan kelas diperkenalkan dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh

orang kanak-kanak

John Comenius Menulis buku bertajuk “The school of Infancy”

Menulis buku bergambar yang pertama untuk kanak-klanak bertajuk “Orbis Pictus”

11

Page 12: Modul PRA 3101

Mempercayai bahawa perancangan pengalaman yang teliti adalah diperlukan untuk

mencetus minda yang terbendung dan kanak-kanak belajar menerusi perlaku pada

objek.

Rajah 1; Orbis Pictus

Abad ke 17

Pada abad ke 17 penulisan tentang keperluan perlindungan kanak-kanak telah membawa

perubahan di kalangan masyarakat. Sebelum ini kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak

dibezakan cara pendidikannya dengan kanak-kanak yang lebih tua umurnya.

Johann Pestalozi

Menulis “How Gertrude Teachers Her Children”

Memberi penekanan pendidikan di rumah

Menekankan pembelajaran secara penemuan

Abad ke 18

Pada abad ke 18 memperlihatkan penekanan sistem pendidikan kanak-kanak. Berlaku

pengenalan terhadap pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini.

Robert Owen

12

Page 13: Modul PRA 3101

Menubuhkan “nursery school” di New Lanark Cotton Mills, Britain. Mempercayai sekolah dapat

membendung pengaruh negative yang terdapat di rumah.

Freidreich Froebel

Menubuhkan Kindergarten “childs garden” yang pertama di Blandenburgh, Jerman.

Mempercayai kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk memilih akativiti yang diminati.

Abad ke 19

Pada abad ke 19 perkembangan pendidikan awal kanak-kanak menjadi keperluan masyarakat

untuk mendidik kanak-kanak dengan lebih sempurna. Beberapa tokoh pendidik telah

mengasaskan pendekatan pendidikan awal kanak-kanak.

Maria Montessori

Membuat pembaharuan dalam pendidikan kepada kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan

stinggan sekitar Bandar Rome, Itali.

Lori MalaguzziBerjaya mengamalkan satu konsep pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan awal kanak-

kanak yang diberi nama Reggio Emilia sempena nama sebuah Bandar di Utara Itali.

13

Page 14: Modul PRA 3101

Rajah 2 : Urutan Peristiwa di Eropah

Amerika

Amerika merupakan sebuah negara yang pada peringkat awalnya mengambil idea dan konsep

pendidikan awal kanak-kanak dari Eropah. Mereka memperkembangkan dan mengubahsuaikan

idea dan konsep mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat setempat. Banyak kajian

dijalankan di peringkat universiti bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan yang memberi

kesan positif kepada kanak-kanak. Latihan perguruan yang bersistematik hingga ke peringkat

tinggi diberi keutamaan dengan tujuan menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Abad 18Pada peringkat awal penghijrahan pendatang awal dari Eropah ke Amerika. Mereka

lebih mementingkan penerokaan dan mencari tempat tinggal di negara baru.

14

Page 15: Modul PRA 3101

Jadual 3 : Urutan Peristiwa di Amerika Syarikat

Asia

Perkembangan pendidikan kanak-kanak di Asia bermula di negara-negara Asia Barat dan

Timur Tengah. Kemajuan perkembangannya selari dengan Eropah. Pendidikan yang diterima

oleh orang-orang di Asia kebanyakkannya dipengaruhi unsur-unsur keagamaan, kepercayaan,

falsafah dan budaya. Ramai tokoh-tokoh agama dan pemikir telah memberi sumbangan

terhadap bimbingan kanak-kanak.

Di Timur TengahPendidikan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada agama Islam dan aianya

mengambilkira beberapa pandangan tokoh-tokoh agama seperti Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina

dan Ibnu Khaldun

Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia Zaman Sebelum Merdeka

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan

berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang

15

Page 16: Modul PRA 3101

berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru

sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-

Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika

Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg.

Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang

beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

Pada tahun 1970,

KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika

untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh

FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat

Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah

membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan

Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru

KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan

Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada

masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan

miskin.

Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat

Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya.

Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai

program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan

daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai

pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan

prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program

peluasan prasekolah.

16

Page 17: Modul PRA 3101

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan

prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari

setahun ke setahun.

Status Masa kiniProgram pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah diusahakan oleh pelbagai badan

agensi sama ada kerajaan, swasta, persendirian dan sukarela. Setiap agensi memainkan

peranan penting untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak dan dapat

menjamin perlindungan kanak-kanak

Agensi Kerajaan

Agensi kerajaan telah memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Antara

agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara &

Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kementerian Pelajaran

Kepentingan pendidikan prasekolah mula diambil perhatian yang serius oleh pihak

Kementerian Pendidikan bertujuan untuk menyeragamkan kurikulum dengan

menyediakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah.

Langkah seterunya Kementerian Pendidikan menjalankan satu percubaan di beberapa

buah sekolah rendah yang dipilih untuk tujuan melakasanakan program prasekolah yang

berkesan.

Program rintis itu dikenali sebagai ‘Prasekolah Annex’.

Program Sekolah Annex ini melibatkan sebanyak 1105 kelas di sekolah rendah dan 26

buah kelas di Maktab Perguruan Malaysia

Guru besar sekolah rendah merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap

pentabiran sekolah dan prasekolah.

Guru prasekolah dibantu oleh pembantu guru untuk mengendalikan kelas prasekolah

Selepas penggubalan Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran meneruskan

17

Page 18: Modul PRA 3101

dan membuat pengunjuran supaya semua sekolah rendah bantuan kerajaan

mengadakan kelas prasekolah.

Memandangkan tidak semua kanak-kanak menghadiri kelas tadika, pihak Pusat

Perkembangan Kurikulum Menyediakan program transisi bagi kanak-kanak

yang memasuki darjah satu yang dimulakan pada tahun 2000.

Pada tahun 2002 perluasan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran sebanyak

100 buah kelas.

Perluasan pada tahun 2003 meningkat sebanyak 1500 buah kelas prasekolah

Kementerian Pelajaran.

Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diwajibkan kepada semua

tadika sama kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Pada tahun 2004 perluasan sebanyak 400 buah kelas prasekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2005 perluasan sebanyak 700 buah prasekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Pada tahun 2006 perluasan sebanyak 493 buah prasekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Jumlah keseluruhan prasekolah sehingga Januari 2006 iaitu 4424 buah

prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mengikut prancangan Kementerian Pelajaran pada akhir Rancangan Malaysia

ke 9 (2010) semua sekolah rendah bantuan kerajaan mempunyai kelas

prasekolah.

Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah menawarkan mata pelajaran

yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak mulai tahun 1987 di

18

Page 19: Modul PRA 3101

sekolah menengah vokasional dan tahun 2004 di sekolah menengah akademik

untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak berumur antara 4

hingga 6 tahun

Kelas tadika biasanya terletak di kawasan Bandar yang dihadiri oleh kanak-kanak

berbagai kaum.

Matlamatnya untuk memupuk perpaduan nasional di peringkat kanak-kanak.

Tadika di jabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010)

Pertambahan kelas tadika meningkatkan berdasarkan keperluan.

Jabatan Kemajuan Masyarakat Jabatan ini menyediakan perkhidmatan taska dan tabika untuk kanak-kanak di luar

Bandar

Matlamat tabika adalah untuk menyediakan pendidikan awal sebelum mendapat

pendidikan formal di sekolah rendah.

Tabika/ Tadika dijabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.

Manakala taska bertujuan untuk membantu pengasuhan anak-anak semasa ibu bekerja.

Pertambahan bilangan taska dan tadika meningkat mengikut keperluan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan ini mengawal pengusaha taman asuhan kanak-kanak dari penubuhann dan

pemantauan kepatuhan Akta 308.

Jabatan ini menyediakan garis panduan latihan pengasuh taska.

19

Page 20: Modul PRA 3101

Penubuhan taska di tempat kerja adalah di bawah pengawasan jabatan ini.

Jadual Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia

Tahun Malaysia Masa Kini

1969 Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur melatih 10 orang guru untuk

projek rintis kelas tadika

Jabatan Perpaduan Negara melatih guru tadika

1987 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokesional Kementerian Pelajaran

Malaysia-menawarkan mata pelajaran Asuhan Kanak-kanak dan mengasuh

dan membimbing kanak-kanak taingkatan 4 & 5

2004 Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia – Pusat Perkembangan

Kurikulum menawarkan mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-

kanak untuk Tingkatan 4 & 5

2006 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia

– Pemurnian mata pelajaran Perkhidmatan Awal Kanak-kanak dan Pengajian

Perkembangan Awal Kanak-kanak.

Agensi Swasta

Agensi swasta turut memberi perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak. Berbagai agensi

swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan Kanak-kanak terdiri

daripada badan korporat (contohnya Telekom, Petronas) perkilangan, bank dan pengusaha

persendirian.

Penubuhan taska dan tadika di tempat kerja bertujuan untuk memberi kemudahan

penjagaan anak kepada kakitangan yang bekerja.

Manakala pengusaha persendirian menawarkan perkhidmatan kepada komuniti di

persekitaran kawasan perumahan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.

Semua tadika anjuran agensi swasta diwajibkan menggunakan kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (2010)

20

Page 21: Modul PRA 3101

Badan Sukarela

Persatuan wanita banyak member sumbangan kea rah pendidikan kanak-kanak

contohnya PERTIWI

Sumbangan badan sukarela meliputi pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, kanak-

kanak istimewa rumah kebajikan kanak-kanak.

Matlamat penubuhan ini adalah untuk berkongsi kepakaran kepada masyarakat melalui kerja-kerja amal.

Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah

pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada

peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;

1. Imam Al-Ghazali

2. Ibnu Khaldun

3. Jean Jacques Rousseau

4. Johann Heinrich Pestalozzi

5. Friedrich Froebel

21

Aktiviti 6: 1. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.

2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia

secara umum.

Page 22: Modul PRA 3101

6. Maria Montessori

4.1 IMAM Al-GHAZALI

.

Pandangan / Idea-idea beliau

Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada

orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci

badan, berwuduk dan bersembahyang.

Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak

berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan

tidak berbangga.

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,

jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan

menimbulkan kebencian mereka.

Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:

- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.

- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.

- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.

Nasihat beliau kepada guru supaya:

- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.

- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.

22

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin

Page 23: Modul PRA 3101

- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model

tingkah laku yang baik.

4.2 IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada

zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan

pendidik.

Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar,

pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu

dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:

Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.

Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:

- Berperingkat-peringkat

- Mengadakan latih tubi

- Menggunakan benda-benda maujud

- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan

mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:

- Tidak mahu belajar

- Mencerca pengajaran yang diberi

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-

contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.

Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum

menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran

barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

23

Page 24: Modul PRA 3101

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami

apa yang disampaikan.

Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang

rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi

pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu

helah dan tidak berperikemanusiaan.

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam

waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.

Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah

dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.

Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk

peribadi kanak-kanak.

4.3 JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1772-1778)

Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan pembina teori sosial.

24

Page 25: Modul PRA 3101

BiodataBelaiu telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28hb. Jun 1712 dan meninggal dunia di

Paris, Perancis pada tahun 2hb Julai 1778.

.

Sifat Peribadi

Ketika kanak-kanakyang cerdik, penting kepada diri sendiri, tidak berdisiplin dan

neurotik.

Sikap buruknya kesan daripada kematian ibunya selepas beliau dilahirkan..

Zaman kanak-kanaknaya amat menyedihkan kerana berada dibawah jagaan ibu tiri dan

bapa sehingga berumur 10 tahun

Mengabaikan 5 orang anaknya dengan meletakannya di rumah kebajikan.

Pandangan Terhadap Pendidikan Menggap kanak-kanak dilahirkan baik tetapi manusia yang mempengaruhi kebaikan

tersebut.

Pendidikan akan terhasil dan berkembang jika seseorang itu diberikan kebebasan

belajar secara langsung dengan al;am sekitar.

Berkonsep pada naturalisme dimana kanak-kanak perlu dibiarkan membesar mengikut

kebolehan semula jadi mereka.

Kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya dapat menyuburkan minat

mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka.

Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia.

Kanak-kanak dengan sendiri suka mencari ilmu.

Peranan guru menasihat dan memerhati perkembangan kanak-kanak ketika mengajar.

Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihargai.

Memastikan bahan pengajaran yang konkrit pada kanak-kanak.

Pendangannya berdasarkan persepsi deria yang diteruskan oleh Pestalozzi, Froebel

dan Montessori.

4.4 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)

25

Page 26: Modul PRA 3101

Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali

dengan nama “Neohof”

pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional

dan pendidikan untuk bacaan

dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan

Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada

padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang

abstrak.

Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria.

Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.

Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran

konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa

dan menyentuh.

Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.

Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).

Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

4.5 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)

Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai

“Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman

kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah

seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara

semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan

manifestasi terhadap Tuhan.

Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun,

kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam

persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”

26

Page 27: Modul PRA 3101

Antara idea-idea Froebel ialah:

1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian

kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik

yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-

gambar.

2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah

sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.

3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek

untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.

4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada

pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial

kanak-kanak.

6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.

7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah

berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.

8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi

kebebasan.

9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.

10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya

menimbulkan minat dalam pembelajarannya.

11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah

penting bagi kanak-kanak.

12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama

lain.

4.6 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)

Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik

kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau

menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori

menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak

belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya

27

Page 28: Modul PRA 3101

penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak

mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat

dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu,

persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting

dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-

kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak

pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima

melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang

kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman

ini daripada saat kelahiran lagi.

B. Persekitaran yang tersediaPersekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang

lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan

kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara

menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

C. Didikan diriKanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti

yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan

pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka

apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-

kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal.

Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran

28

Page 29: Modul PRA 3101

Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas

kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut

Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak

daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan

susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran

praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan

dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman

berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui

pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e.Tempoh sensitifTempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu

kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan

minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa

tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan

pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.

2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak

menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar

perkembangan seseorang kanak-kanak.

3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada

orang dewasa.

4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara

demikian apabila dewasa kelak.

5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis

pembelajaran.

6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak

berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan

kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.

7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.

29

Page 30: Modul PRA 3101

8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan

bersaiz kanak-kanak.

9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak

belajar secara bebas.

10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah

pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu

berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah:

- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.

- Konsep kebebasan

- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.

- Pentingnya disiplin diri

- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak

- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak

mengajar diri mereka sendiri.

- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan

hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

30

Aktiviti 7:

Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam

iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal

kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang

dinyatakan oleh Friedrich Froebel?

Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak

oleh Maria Montessori.

Page 31: Modul PRA 3101

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Hak Asasi Kanak-Kanak

Konvensyen ini telah diterima pada tahun 1989, menandakan kemuncak kerja advokasi selama

lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu dan konsensus kerajaan-kerajaan dunia.

Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika

dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak adalah lahir

dengan hak asasi semua manusia.

Pengharapan

Setiap generasi baru memberi harapan kepada umat manusia. Jika kelangsungan hidup dan

perkembangan kanak-kanak dapat dipastikan, jika kanak-kanak dilindungi daripada bahaya

dan exploitasi dan mereka berkemampuan ikut serta mengambil keputusan dalam segala hal

yang mengaitkan mereka, tertubuhlah asas bagi satu masyarakat yang adil yang kita

kehendaki dan yang patut diterima oleh kanak-kanak.

PRINSIP-PRINSIP YANG DIGARISKAN

Tidak ada diskriminasiSemua hak dikenakan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, warna, jantina,

bahasa, agama, pendapat politik, asal negara, etnik atau masyarakat, harta, ketidakupayaan,

kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya.

31

Page 32: Modul PRA 3101

Kepentingan terbaik kanak-kanakPertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak.

Hak untuk hidup dan berkembangKanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan

mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.

Ikut sertaKanak-kanak hendaklah dibolehkan ikut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan

kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat. Mereka mempunyai hak untuk

didengar dan diambil peduli secara serius.

DEFINISI

Siapa dia kanak-kanak?Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun, nelainkan jika undang-undang menyatakan

usia dewasa kurang daripada 18 tahun.

KATEGORI HAK

Hak kepada kesihatan dan kebajikan asas

Hidup dan berkembang

Taraf kehidupan yang memadai

Taraf kesihatan yang paling tinggi yang dapat dicapai dan perkhidmatan kesihatan yang

berkesan

Hak kepada pembelajaran, aktiviti masa lapang dan kebudayaan

Pembelajaran yang dapat mengembangkan sahsiah, kebolehan bakat, mental dan fizikal ke

tahap yang paling tinggi, yang menggalakkan rasa hormat kepada keluarga, identiti

kebudayaan dan bahasa. Pembelajaraan yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk

menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap dan aktif.

32

Page 33: Modul PRA 3101

Hak kepada perlindungan khusus

Hak untuk dilindungi dalam keadaan darurat seperti pertempuran bersenjata

Apabila kanak-kanak dalam keadaan berkonflik dengan undang-undang.

Dalam situasi kanak-kanak dieksploitasi seperti dijadikan buruh, penyalahgunaan

dadah, eksploitasi atau penderaan seksual, penjualan, perdagangan dan penculikan.

Hak untuk dilindungi dari diskriminasi dalam apa jua bentuk

Hak sivil dan kebebasan

Hak untuk memilki nama dan kewarganegaraan

Kebebasan memberi pandangan, pendapat, suara hati dan agama (dengan

menghormati hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa dan penjaga).

Hak untuk bergabung dan berkumpul secara aman (dengan menghormati hak-hak dan

reputasi orang-orang lain atau bagi perlindungan keamanan kebangsaan atau

ketenteraman awam atau kesihatan awam atau moral).

Perlindungan daripada penyeksaan atau perlakuan atau hukuman yang kejam dan tidak

berperikemanusiaan

RINGKASAN HAK UTAMA

Hak untuk hidup.

Hak kepada permakanan yang cukup, badan yang sihat dan aktif.

Hak untuk memiliki nama dan kewarganegaraan.

Hak untuk diberi perlindungan terhadap penganiayaan, eksploitasi, pengabaian,

keganasan dan bahaya.

Hak untuk melahirkan pandangan dan diberikan pertimbangan sewajarnya menurut

umur dan kedewasaan.

33

Page 34: Modul PRA 3101

Hak menerima maklumat (lisan, bertulis atau bercetak) terutamanya yang bermaksud

untuk menggalakkan kesejahteraan sosial, keagamaan dan moral dan kesihatan

jasmani dan mental kanak-kanak.

Hak kanak-kanak yang kehilangan upaya kepada perubatan, penjagaan dan

pembelajaraan yang khusus untuk memastikan maruah diri, menggalakkan

kepercayaan diri dan memudahkan kanak-kanak ikut serta secara aktif dalam

masyarakat.

Hak untuk tidak dipisahkan daripada ibu bapa (melainkan difikirkan mustahak demi

kesejahteraan kanak-kanak itu).

Hak untuk dijaga (ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan keadaan hidup yang

perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu, mengikut kemampuan dan keupayaan

mereka).

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang utama dalam mengasuh kanak-kanak tetapi

pihak Kerajaan hendaklah memberikan bantuan yang bersesuaian dalam hal

pelaksanaan tanggungjawab ini dan memastikan perkembangan institusi-institusi yang

bersesuaian.

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga

meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh

keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan

perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir,

kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu

peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-

kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai

untuk kanak-kanak?

34

Page 35: Modul PRA 3101

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan

Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1

hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan

kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak

sedia ada untuk hidup.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh

kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi

untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk

memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai

tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa

atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang,

mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.

Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara

hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang

sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

35

Page 36: Modul PRA 3101

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini,

Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa

dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran

anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan

perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk

memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat

faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

PERKARA 27

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang

mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-

kanak itu.

Taraf hidup

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan

fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai

tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang

mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh

dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan

anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak

itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan

keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-

kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka,

hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan

orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini

dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program

sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

36

Page 37: Modul PRA 3101

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk

menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau

orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik

dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang

mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara

yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah

menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian

sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan

tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang

yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada

semua;

(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk,

termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan

terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya

seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan

kewangan jika diperlukan;

(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-

tiap cara yang sewajarnya;

(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan

terbuka kepada semua kanak-kanak;

(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di

sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan

Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan

bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam

berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan

37

Page 38: Modul PRA 3101

pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah

selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam

kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk

memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan

kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama

antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan

tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh

dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah

pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan

kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah

dihalatujukan kepada:

Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada

tahap potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi

prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa

dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu,

negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada

tamadunnya sendiri;

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang

bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan

persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan

orang yang asal usulnya penduduk asli;

38

Page 39: Modul PRA 3101

Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550

Akta 308Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) merupakan satu Akta untuk mengadakan

peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-

kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Akta Taman Asuhan kanak-kanak adalah termaktub di dalam undang-undang Malaysia

Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada untuk pendaftaran,

pengawalan dan pemantauan.

Semua taman asuhan kanak-kanak sama ada di tempat kerja, persendirian, institusi

adalah tertakluk kepada akta

Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-kanak.

Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan boleh akan didawka

di mahkamah.

Berikut dijelaskan beberapa seksyen yang secara umum perlu diketahui

Seksyen 2 Taman asuhan kanak-kanak’ sekurang-kurang terdapat 4 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan orang yang menjaga kanakkanakdibayar upah

Seksyen 3 Akta ini dikecualikan untuk hospital, tadika dan rumah kanakkanak yang dikendalikan oleh kerajaan

Seksyen 4 Semua taman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah Kebajikan Masyarakat

Seksyen 5 Terdapat dua kategori taman asuhan kanak-kanak: (a) Taman asuhan kanak-kanak di rumah jumlah kanak-kanak kurang daripada 10 orang; (b) Taman asuhan kanak-kanak di institusi bilangan 10 orang atau lebih.

Seksyen 6 (2) Denda kali pertama tidak melebihi RM1000.00. Kesalahan bagi kali kedua dan sterusnya dikenakan denda tidak melebihi RM2000.00.

Seksyen 11 (3) Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah

39

Page 40: Modul PRA 3101

peruntukan seksyen ini adalah sah selama dua belas bulan kalendar.

Seksyen 12 Pendaftaran taska boleh dibatalkan jika tidak mematuhi peraturan, tidak memaklumkan perubahan terkini, dan pemilik taska yang melibatkan keburukan akhlak

Seksyen 14 Pegawai yang diberi kuasa berhak memeriksa taska dari segi kesihatan, pengurusan, peralatan, persekitaran dan kecemasan

Seksyen 15 dan 16

: Pihak berkuasa boleh memberi arahan secara bertulis untuk menutup sementara taman asuhan jika didapati membahayakan kanak-kanak

Seksyen 24: Permohonan boleh dibuat untuk menerima kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa

.Peraturan Taman asuhan kanak-kanak di Institusi (1985) merupakan lanjutan daripada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Penerangan peraturan secara umum adalah seperti berikut:

Peraturan 1 : Peraturan taman asuhan kanak-kanak 1985 mula berkuatkuasa mengikut tarikh akta

Peraturan 5(1): Rujuk jadual nisbah kanak-kanak dan pengasuh seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah;

.

Bilangankanak-kanak

Kumpulanumur

Bilangan penjagakanak-kanak

Bagi tiap-tiap lima orang kanak-kanak atau kurang

Di bawah tiga tahun Seorang

Bagi tiap-tiap sepuluh orang kanak-kanak atau kurang

Di antara tiga denganempat tahun

Seorang

Bagi tiap-tiap empat orang kanak-kanak tak upaya atau kurang

Di bawah empattahun

Seorang

40

Page 41: Modul PRA 3101

Peraturan 6(1) Umur dan kelayakan penjaga kanak-kanak (pengasuh) ialah 18 tahun ke atas. Mereka hendaklah mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak

Peraturan 7(1) Rekod peribadi kanak-kanak perlu dikemaskini contohnya rekod kesihatan, kemajuan, kedatangan dan kecemasan.

Peraturan 8 Menegaskan perlu ada program aktiviti harian di taska.Peraturan 12 Tiap-tiap taska hendaklah mempamerkan nama taska

denganmenggunakan Bahasa Kebangsaan

Peraturan 13 Perakuan pendaftaran hendaklah ditunjukkan di tempatyang jelas.

Peraturan 14 Dilarang mendera kanak-kanak.Peraturan 19: Keadaan bangunan taska hendaklah mematuhi syarat

rekabentuk, pembinaan, ketahanan api bertujuan untuk kesihatan dan keselamatan kanak-kanak

Peraturan 23 Setiap taska hendaklah menjalankan latihan kebakaran sertamemastikan pintu keluar masuk bangunan bebas daripada halangan pada setiap masa.

Peraturan 24: Keluasan ruang lantai bagi setiap kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi.

Peraturan 25 Kemudahan tandas perlu disediakan dengan nisbah 1 tandas untuk 10 orang kanak-kanak

Peraturan 26 Bekalan air yang mencukupi dan bersih.Peraturan 28 Menyediakan makanan yang sempurna berkhasiat dan

seimbang.Peraturan 29 (3): Pemerhatian ke atas rupa, kebersihan, kesihatan diri,suhu,

masalah kulit dan apa-apa keadaan yang luar biasa hendaklah dikesan setiap kali datang di waktu pagi.

Peraturan 30(1): Taska hendaklah menyediakan peralatan permainan yangmencukupi dan sesuai

Peraturan 31 Merokok dan meludah adalah dilarang di taskaPeraturan 33 (2): Jika terdapat kes penyakit berjangkit laporkan segera kepada

pegawai perubatan.Peraturan 35(1) Menyediakan kotak pertolongan cemas yang diletakkan di

tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanakPeraturan 36 Mendapatkan persefahaman dan kerjasama dari ibubapa

berhubung dengan pengurusan, kesihatan, pemakanan dan kelakuan kanak-kanak

Peraturan 39 Jika melanggar peraturan dan bersabit kesalahan akan dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya

Peraturan 40(1): Bayaran perakuan pendaftaran dikenakan sebanyak lima puluh ringgit.

Peraturan 40(2): Bayaran pemeriksaan daftar dikenakan sebanyak tiga ringgit..

Kemudahan• Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang

41

Page 42: Modul PRA 3101

memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka

di tempat kerja.

• Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak

dibawah usia 4 tahun.

• Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan

keselamatan.

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak BerdaftarMereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan

kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat

• Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.

• Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah

untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan

kelulusan.

• Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa

premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan

menjamin bahawa:

1. Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah

memuaskan;

2. Buku daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan

sempurna;

3. Peralatan didalam bilik yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;

4. Struktur, kesihatan dan kebersihan hendaklah diselengarakan dengan baik;

5. Pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa

bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang

diasuh dalamnya". Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Latar

Belakang Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana

empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan

upah

42

Page 43: Modul PRA 3101

Permohonan• Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan ProsedurMemproses Permohonan

Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat

Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat

Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan

Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan

Jabatan Kesihatan.

• Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang

disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir

mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat.

• Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan

atau Pertubuhan.

• Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan

kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen

sokongan yang lengkap.

• Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian,

senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan

Borang Permohonan (Jadual 2).

• Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan

iaitu:

1. Jadual 2 yang telah dilengkapi

2. Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan

Penyelamat serta Jabatan Kesihatan)

3 .Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang)

beserta pengiraannya

4. Senarai aktiviti harian

5. Senarai menu

6. Senarai aktiviti bersama ibubapa

7. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan 8. Senarai kakitangan (nama, no.k/p,

jawatan dan sijil)

43

Page 44: Modul PRA 3101

8.Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di

bawah 2 tahun dan 2-4 tahun

• Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan

diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau

mengemukakan maklumat tambahan.

• Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan

akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan

Masyarakat Negeri.

• Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum

dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

• Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan

Peraturan TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah

setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat

Malaysia akan dikeluarkan.

• Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang

Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan

permohonan itu beserta dokumendokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i)

kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.

• Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah

permohonannya lengkap.

CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA(BARU/PENDAFTARAN SEMULA)

Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada

harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran

Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM

44

Page 45: Modul PRA 3101

Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan

Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu

Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta

Jabatan Kesihatan

Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD

yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas

nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD

Permohonan dikemukakan ke JKMN

Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di

JKMN

Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)

Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah

Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan

Kelulusannya

Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama

setahun dikeluarkan

Akta 550Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan

peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta

Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat

hingga enam tahun.

45

Page 46: Modul PRA 3101

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya.

Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.

Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.

Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia.

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan )

Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.

Terdapat 16 Bahagian:

Bahagian 1 : PermulaanBahagian 11 : PentadbiranBahagian 111 : Majlis Penasihat Pend. Keb.Bahagian 1V : Sistem Pendidikan Kebangsaan.Bahagian V : Penilaian Dan PeperiksaanBahagian VI : Pendidikan TinggiBahagian VII : Institusi Pendidikan SwastaBahagian VIII : Pendaftaran Institusi PendidikanBahagian IX : Pendaftaran GuruBahagian X : Jemaah Nazir SekolahBahagian XI : KewanganBahagian XII : RayuanBahagian XIII : Peraturan-PeraturanBahagian XIV : Kesalahan dan PenaltiBahagian XV : PelbagaiBahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan

Bahagian II: Pentadbiran1. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan

2. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain

46

Page 47: Modul PRA 3101

3. Ketua Pendaftar dan Guru

4. Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah.

5. Pengarah Peperiksaan

6. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas

Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Fungsi dan Kuasa Majlis

Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan

Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan

1. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:

Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Rendah

Pendidikan Menengah

Pendidikan Lepas menengah dan

Pendidikan Tinggi

Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa

2. Kategori Institusi Penddidikan

Institusi Pendidikan Kerajaan

Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan

Institusi swasta

3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis

kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa

kebangsaan

4. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah

5. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Bab 2- Pend. Prasekolah

1. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika

2. Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika

3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika

4. Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tapi Bahasa

Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran.

5. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak

Bab 3- Pendidikan Rendah

47

Page 48: Modul PRA 3101

1. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah.

2. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. Jenis Kebangsaan.

3. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun)

4. Pendidikan Sekolah rendah wajib

Bab 4- Pendidikan Menengah

1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah

2. Boleh mengadakan Kelas Peralihan

Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah

Menteri boleh mengadakannya di sek. Men. Keb atau maktab atau inst. Pend. Lain

Bab 6- Institusi Pendidikan Lain

Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. Pend. Spt maktab, sekolah khas,

politeknik dan inst. Pend. Lain.

Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Inst. yang tidak ditubuhkan olehnya.

Bab 7- Pend. Teknik & Politeknik

1. Pend. Teknik di sek men. Keb dan institusi pend. yang lain.

Kuasa menteri

Menyediakan kemahiran

2. Politek. boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang

diluluskan oleh Menteri

3. Kerjasama dgn inst. lain dan organisasi perindustrian dlm pend. Teknik & Vokasional

Tertakluk kpd kelulusan Menteri

Tertakluk kpd terma dan syarat Menteri.

4. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh

universiti,

5. Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik

Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulum

dan prog. latihan

Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan

Penganugerahan sijil/dip

Disiplin murid

48

Page 49: Modul PRA 3101

Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana

majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum

Bab 8 – Pendidikan Khas

1. Menteri hendaklah mengadakan pend. Khas di sek khas/mana-mana sek ren/men

yang difikirkan sesuai & manfaat.

2. menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh & kur. pend.khas

Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.

Bab 9- Pendidikan Guru

1. Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pend. guru melainkan dgn kelulusan

Menteri.

2. Semua maktab –didaftarkan

3. Maktab – anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain

4. Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. latihan yang

diluluskan oleh Menteri

Bahagian IX: Pendaftaran Guru

Bab 1 – Pendaftaran Guru

1. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan

2. Daftar Guru( D.G ): Ketua Pendaftar ( K.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru

3. Permohonan – borang & prosedur tetap- kpd K.P

4. K.P boleh enggan daftarkan guru :

Umur < 18 tahun

Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar

Membuat pernyataan palsu

Kecacatan jasmani/mental/penyakit

Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah

Bab 2 – Permit Mengajar

1. K.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kpd yg bukan guru berdaftar:

Memohon didaftarkan sbg guru dan permohonannya belum diputuskan

lagi

Seseorang yg diperlukan sebagai guru sementara

49

Page 50: Modul PRA 3101

2. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya,

membatalkan suatu permit mengajar dgn memberikan notis bertulis

Bahagian XIV

132. Kesalahan dan penalti

(1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi

pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu dipenjara selama

tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru.

….(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar

(didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir

(a) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah

dalam menjalankan tugas.

(b) Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan

pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen ….

(c) Memberi maklumat palsu

Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan kedua-

duanya,

Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk

menubuhkan dan menyenggara tadika. Seksyen ini membolehkan kementerian mengadakan

kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan

berpendapatan rendah.

Pernyataan di atas dapat direalisasikan dengan cara

(A) semua tadika akan diambilalih oleh kementerian

(B) semua tadika akan menggunakan sukatan pelajaran yang sama

50

Page 51: Modul PRA 3101

(C) semua tadika akan mempunyai kemudahan infrastruktur dan sukatan pelajaran yang sama

(D) semua guru tadika akan menjalani kursus perguruan yang sama dengan menggunakan kurikulum yang sama

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAANSistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;

(a) Pendidikan prasekolah

(b) Pendidikan rendah

(c) Pendidikan menengah

(d) Pendidikan lepas menengah

(e) Pendidikan tinggi

Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA

(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan

jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu

kesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.

Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA TADIKA

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam

Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah

menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi

oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum

sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah,

51

Page 52: Modul PRA 3101

sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua

Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu

kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-

duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKAWalau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan

boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan

bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai

mata pelajaran wajib.

FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAHMenteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.

Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Transisi dari rumah ke Taska

Salah satu pilihan perkhidmatan penjagaan anak bagi ibu dan bapa yang bekerja ialah institusi

taska. Institusi taska menawarkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah

empat tahun. Kebanyakkan taska di tempat kerja menerima bayi yang berusia dua bulan, ia itu,

setelah ibunya tamat tempoh cuti bersalin. Ibu bapa menghantar anak ke taska sebelum pergi

52

Aktiviti 8: Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan,

pengendalian atau pengurusan tadika?

Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan

apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.

2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia

secara umum.

Page 53: Modul PRA 3101

ke pejabat dan akan menjemput anak semula selepas waktu bekerja. Situasi menghantar dan

menjemput anak berlaku setiap hari bekerja.

Apakah cabaran dan dugaan yang dilalui oleh ibu bapa? Pernahkah anda terfikir tekanan yang

dirasai oleh anak?

Rumah merupakan tempat tinggal yang disediakan oleh ibu bapa. Persekitaran dan keadaan di

rumah berbeza dari taska.

Di rumah:

(a) Terdapat ahli keluarga seperti ibu, bapa, abang, kakak dan adik sahaja.

(b) Rasa lebih selesa kerana mempunyai:

(i) Ruang atau bilik sendiri,

(ii) Peralatan seperti katil, meja, kerusi sendiri, dan

(iii) Bahan bacaan dan alat permainan seperti basikal kepunyaan sendiri.

(c) Rutin harian dapat dilaksanakan secara bertolak ansur.

(d) Hidangan makanan disediakan ikut cita rasa dan pilihan sendiri.

(e) Rasa selamat kerana:

(i) Ibu bapa sudah memahami kerenah tingkahlaku mereka.

(ii) Ibu bapa dapat menangani masalah kesihatan.

(iii) Mendapat belaian kasih sayang dengan sepenuhnya.

(iv) Masa bermain dan aktiviti lain tanpa mengikut jadual yang ditetapkan.

Manakala, persekitaran dan situasi di institusi taska pula adalah seperti berikut:

(a) Kanak-kanak di taska:

(i) Bilangannya ramai.

(ii) Terdiri dari pelbagai peringkat umur sama ada sebaya atau lebih muda atau tua.

(iii) Berbagai latarbelakang.

(iv) Perbezaan personaliti.

(b) Terdapat hiasan yang menarik di luar dan di dalam bangunan.

(c) Menggunakan kemudahan dan alat permainan yang sama.

(d) Bilangan alat permainan terhad.

(e) Aktiviti dilaksanakan mengikut jadual yang telah disediakan.

(f) Menu disediakan mengikut perancangan awal.

53

Page 54: Modul PRA 3101

(g) Bilangan pengasuh yang bekerja di taska:

(i) Ramai

(ii) Berbeza latarbelakang

(iii) Berbeza pengalaman

(iv) Kerap bertukar

(h) Keperluan individu mendapat layanan minima.

Kanak-kanakMemandangkan persekitaran dan situasi di rumah dan di taska sangat berbeza, maka kanak-

kanak terpaksa melalui satu proses penyesuaian. Kanak-kanak berada di taska sepanjang hari.

Mereka berada di taska pada siang hari dan ketika itu mereka sungguh aktif. Daya ingin tahu

dan mempelajari sesuatu yang baru ketika usia ini sungguh mengkagumkan. Oleh itu, antara

perkara yang perlu dilakukan dan difahami oleh kanak-kanak apabila berada di taska adalah:

(a) Memahami ibu dan bapa akan datang mengambil selepas bekerja.

(b) Mematuhi peraturan yang diadakan di taska.

(c) Menyesuaikan diri dengan rutin harian.

(d) Mengenali orang dewasa dan pengasuh yang menjaganya.

(e) Memahami cara gaya bimbingan pengasuh.

(f) Bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan:

(i) Latarbelakang sosio-ekonomi

(ii) Umur

(iii) Jantina

(iv) Agama

(v) Budaya

(g) Berkongsi peralatan dan bahan pembelajaran.

(h) Bertolak ansur, bekerjasama dan menunggu giliran ketika menjalankan aktiviti.

(i) Menerima hidangan makanan yang diberi

(j) Mencuba makanan baru yang disediakan.

(k) Mudah dijangkiti penyakit.

(l) Mempelajari daya saing dan pertahankan diri tanpa bantuan dari ibu bapa.

(m) Mengamalkan bacaan doa yang dipelajari di taska ke rumah.

(n) Melakukan amalan dari rumah ke taska.

(o) Menerima bahawa perhatian dan tumpuan terhadap keperluan individu adalah minima.

54

Page 55: Modul PRA 3101

Guru/Pengasuh

Orang dewasa yang bertanggungjawab di taska dipanggil pengasuh. Pengasuh merupakan

orang dewasa yang memainkan peranan ibu kepada kanak-kanak di taska. Kanak-kanak

berdampingan bersama pengasuh sepanjang hari siang, iaitu ketika mereka aktif. Pada

peringkat permulaan perkenalan kanak-kanak perlu menyesuaikan diri mereka dengan

persekitaran dan keadaan yang baru.

Di antara peranan pengasuh adalah seperti berikut:

(a) Mendapatkan maklumat dari ibu bapa dan mengambil berat perkara yang diberikan.

Pengasuh perlu mengetahui:

(i) Latar belakang kanak-kanak seperti nama sebenar dan nama timangan.

(ii) Makanan kegemaran.

(iii) Permainan yang diminati.

(iv) Tingkahlaku dan peribadi kanak-kanak.

(v) Status kesihatan dan alahan jika ada.

(b) Menyambut kedatangan kanak-kanak ke taska. Kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan

gembira apabila kedatangan mereka disambut dengan:

(i) Senyuman.

(ii) Pelukan.

(iii) Bersemangat.

(iv) Mesra.

(v) Kata-kata yang menggalakkan.

(vi) Bersopan santun.

(c) Bersifat mesra dan pandai ambil hati. Pengasuh yang mesra dan pandai mengambil hati

kanak-kanak dapat:

(i) Memikat hati kanak-kanak dengan cepat.

(ii) Mewujudkan suasana yang selesa semasa berada di taska.

(iii) Meningkatkan keyakinan mereka bahawa berada di dalam keadaan yang selamat.

(d) Berkomunikasi dengan kanak-kanak secara efektif. Semasa bercakap dengan kanak-kanak

pengasuh menggunakan:

(i) Bahasa yang mudah.

(ii) Ayat yang ringkas dan jelas.

(iii) Suara yang jelas (tidak menjerit).

(iv) Intonasi yang dapat menarik perhatian.

55

Page 56: Modul PRA 3101

(v) Nada yang baik ketika mendisiplin.

(e) Maklumkan perkembangan anak. Pengasuh berkongsi maklumat dengan:

(i) Ibu bapa segala perubahan pada perkembangan anak mereka.

(ii) Menunjukkan hasil kerja kanak-kanak sebagai bahan bukti.

(iii) Menyerahkan laporan bertulis yang dicatat dari masa kesemasa.

(iv) Membincang aktiviti yang dilaksanakan di taska dan boleh dilakukan bersama anak

dirumah.

Institusi

Institusi taska yang menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk kanak-kanak dikendalikan

oleh berbagai agensi seperti pihak kerajaan, swasta dan persendirian. Pengusaha institusi

taska dapat menjayakan program untuk kanak-kanak ini dengan menggunakan pentadbiran dan

pengurusan yang sistematik.

Berikut adalah perkara yang diberi perhatian untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa

kepada kanak-kanak:

• Menyediakan persekitaran yang banyak mempunyai persamaan seperti di rumah.

• Berkonsepkan mesra kanak-kanak.

• Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak.

• Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa.

Ibu Bapa

Ibu bapa perlu bantu kanak-kanak menangani situasi baru ketika masuk ke taska. Kanak-kanak

perlukan masa untuk menerima dan menyesuaikan diri mereka

kepada persekitaran yang baru, pengasuh baru, rakan-rakan baru dan rutin dan jadual baru. Ibu

bapa boleh membantu kanak-kanak dari aspek berikut:

• Melawat ke taska baru.

• Bercerita mengenai kawan baru.

• Bercakap dengan penuh semangat mengenai apa yang terdapat di taska.

• Bercerita mengenai aktiviti-aktiviti yang menggembirakan yang dilakukan semasa di taska.

• Bercakap mengenai rutin-rutin dan jadual baru yang akan dihadapi oleh kanak-kanak.

56

Page 57: Modul PRA 3101

• Meluangkan masa bersama anak pada hari pertama.

DARI TASKA KE TADIKA

Setelah kanak-kanak menyambut hari jadi yang ke empat, ibu bapa hendaklah menghantar

mereka ke institusi tadika pula. Kanak-kanak ini sudah bersedia diberikan unsur pendidikan

dalam pembelajaran mereka. Terdapat sedikit perbezaan pengalaman dan rutin harian di taska

dengan tadika. Di antaranya ialah;

Keadaan di taska:

• Berada di taska selama ibu dan bapa bekerja iaitu dari pagi hingga petang.

• Menikmati hidangan tengah hari dan minum petang bersama rakan-rakan.

• Tidur selepas makan tengah hari.

• Mandi dan menukar pakaian.

Keadaan di tadika:

• Aktiviti yang dijalankan mengguna Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

• Tempoh pengajian ialah sekurangnya 3 jam sehari.

• Menggunakan jadual persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Menggunakan gelaran guru bagi orang dewasa yang mendidik di tadika.

• Terdapat pembantu guru yang membantu guru.

Kanak-Kanak / MuridKanak-kanak sebenarnya tidak sabar untuk melangkah ke alam tadika. Kanak-kanak tadika

dipanggil murid. Bagi mereka yang telah lama berada ditaska menunjukkan kesediaan untuk

melalui perubahan. Pengalaman yang diterima ketika berada di taska memudahkan proses

penyesuaian. Antara pengalaman yang dilalui dan boleh diaplikasikan ketika berada di tadika

ialah:

• Mematuhi pada rutin harian.

• Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

• Menikmati makanan yang dihidangkan.

• Bergaul dengan rakan sebaya dari pelbagai latar belakang.

• Berkongsi alat permainan.

• Bertolak ansur dan bekerjasama.

• Mengamalkan bacaan doa.

• Menyimpan alat peribadi seperti beg, kasut di tempat yang disediakan.

57

Page 58: Modul PRA 3101

GuruOrang dewasa yang membimbing dan mendidik kanak-kanak di tadika dipanggil guru. Guru

tadika membimbing kanak-kanak sekurang-kurangnya 3 jam sahaja dalam satu hari. Kanak-

kanak taska telah banyak mendapat pengalaman dan pembelajaran ketika berada di taska.

Oleh itu, bagi meneruskan pembelajaran yang bermakna berlaku, guru tadika perlu memberi

perhatian kepada perkara berikut:

(a) Mengetahui program dan kaedah pengajaran yang dijalankan di taska.

(b) Mendapat beberapa maklumat dari ibu dan bapa seperti:

(i) Status pencapaian dan perkembangan yang terkini.

(ii) Latarbelakang keluarga.

(iii) Potensi dan minat anak.

(iv) Agama dan budaya keluarga.

(c) Mendapatkan maklumat kanak-kanak dari pengasuh di taska:

(i) Tingkah laku dan peribadi.

(ii) Pergaulan dengan rakan.

(iii) Rekod kemajuan dan tindakan susulan.

(iv) Laporan perkembangan fizikal dan kesihatan.

(d) Mengamalkan:

(i) Sifat mesra dan profesional.

(ii) Kesopanan dan berbudi bahasa.

(iii) Nilai murni.

Institusi Perkhidmatan yang disediakan oleh institusi tadika adalah untuk kanak-kanak yang berumur di

antara 4 hingga 6 tahun. Istilah murid digunakan untuk kanak-kanak yang menghadiri tadika.

Institusi tadika ini dikendalikan oleh berbagai pihak agensi seperti agensi kerajaan, swasta dan

persendirian. Pentadbiran tadika perlu beri perhatian pada pengalaman kanak-kanak yang telah

menghadiri taska. Berikut adalah beberapa perkara yang wajar dipertimbangkan untuk

mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak:

• Menyediakan persekitaran yang mempunyai persamaan seperti di taska.

• Mempelbagaikan alat permainan yang lebih mencabar dan sesuai dengan peringkat

umur.

58

Page 59: Modul PRA 3101

• Meneruskan konsep mesra kanak-kanak.

• Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak.

• Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa.

Ibu BapaKesungguhan dan kesediaan anak yang telah mencecah umur 4 tahun mahukan pengalaman

baru ke tadika. Oleh itu ibu bapa perlu memberi perhatian aspek seperti berikut:

• Melawat ke tadika baru

• Berkenalan dengan guru tadika.

• Memahami kehendak dan keperluan anak mengikut umur.

• Memaklumkan perkembangan dan kemajuan anak kepada guru.

• Bersedia memberi bimbingan pembelajaran kepada anak.

TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAHKonsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan

kepada satu keadaan yang lain.

Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:

* Transisi rumah ke prasekolah

* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi

perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau

prasekolah.

Tujuan program Transisi: Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru

serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.

Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani

kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran secara formal di Tahun Satu.

Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa

banyak masalah.

Peranan guru prasekolah

59

Page 60: Modul PRA 3101

a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan

merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.

b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-

kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai

model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di

prasekolah seperti di rumah mereka.

c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan

dan persekitaran yang baru di prasekolah.

d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan

pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.

e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan

amalan yang berlaku di rumah mereka.

Peranan pembantu prasekolaha) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak

berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.

b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan,

rehat dan bermain.

c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.

d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.

RUJUKAN

Bergstrom, J.M., Margosian, R.K. & Olson, F.A (1976) Enhancement of growth and for young children, Columbus, O.H: Merill. Pub.

Brewer, J.A. (1995). Introduction to early childhood education. NY: Allyn & Bacon.

Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6th ed.). NY: Thomson Delmar Learning

60

Aktiviti 9: 1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan

pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan.

Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan

program transisi dari rumah ke prasekolah

Page 61: Modul PRA 3101

Essa. L. E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4th ed. NY: Thomson Delmar Learning

Berk, L. E. (2002). Child Development (6th Ed.).MA: Allyn & Bacon.

Chesla, E. & Malic, J. (2002). Early Childhood Education Teacher.NY: Thomson Delmar Learning.

David Whitebread, (2003) Teaching and learning in the early years. Routledge-Falmer- Taylor & Francis Group Pub.

Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood Education. (6 th ed). N.Y : Thomson Delmar Learning

Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc.

Patricia H Miller (1996), Theories of development psychology. W.H. Freeman and Company N.Y.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) Kurikulum pendidikan prasekolah Malaysia. PPK.

Rohaty Mohd. Majzub & abu Bakar Nordin, (1989). Pendidikan prasekolah, Petaling jaya: Fajar Bakti.

Rohaya Hj. Yahya (1996). Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors Sdn.

Seefeldt, C. & Barbour, N. (1990) Early childhood education; An Introduction, Colombus: Merill Publishing.

Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

http://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htm

http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA%20PRASEKOLAH%202007.pdf

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARANPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PENDIDIKAN PRASEKOLAH)

NAMA KELAYAKAN

HJ ZULKIPLY BIN YAAKOB

Pensyarah,

Kelulusan:M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)B.Ed. Hons. (Muzik)

61

Page 62: Modul PRA 3101

NAMA KELAYAKAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein OnnKm 7.75 Jalan Kluang83000 Batu Pahat,Johor.

[email protected]@gmail.com

Sijil Guru Khas (Muzik)Sijil Guru (PPAK)

Pengalaman:Jurulatih Utama Pend. PrasekolahPensyarah Prasekolah IPTHO (11 tahun)Pensyarah Prasekolah MPTAA (10 tahun)Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah (7 tahun)

EN. MUHAMMAD BIN SULAIMAN

Ketua Unit Pendidikan PrasekolahIPGM Kampus Raja Melewar,Jalan Sigamat,70400 Seremban,Negeri Sembilan.

mad46trs@yahoo,com

Kelulusan:B.Ed.(PBMP),UPMSijil Perguruan Asas (PAKK), IPRM

Pengalaman:Pensyarah Prasekolah IPGM- (20 tahun)Ketua Unit Pendidikan Prasekolah- (18 tahun)Guru Sekolah Menengah (4 tahun)Guru Sekolah Rendah (7 tahun)

PN NORMASURA HJ JANI

Pensyarah,Jabatan Prasekolah,Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu75400 Durian DaunMelaka

[email protected]

Kelulusan:M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu)Sijil Guru (PPAK)

Pengalaman:Pensyarah Prasekolah (15 tahun)Guru Sekolah Rendah (3 tahun)

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

62

Page 63: Modul PRA 3101

Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah taska. Anda diminta membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan, hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya.

Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut :

(a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) dengan memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian.

(b) Nyatakan syarat, kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang diperlukan mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik

(c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada didalam bangunan taska serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada.

(d) cadangkan program aktiviti harian di taska

(e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang diberikan itu berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.

[100 markah]

63