soalan kkp hubungan etnik sem 3

Upload: cp-wong

Post on 01-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mkjkk

TRANSCRIPT

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

TAJUK PROGRAM : PISMP MTK, PML DAN BKDNAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : HUBUNGAN ETNIKKOD KURSUS : WAJ3062

SEMESTER : 3

TARIKH MULA27/7/2015TARIKH HANTAR27/8/2015

Hasil Pembelajaran Kursus1. Menjelaskan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik berasaskan konsep-konsep asas hubungan etnik.2. Membincangkan secara kumpulan aspek kerjasama politik & ekonomi dalam hubungan etnik menggunakan ICT.3. Menghuraikan konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa.4. Memahami cabaran globalisasi dalam memupuk entiti perpaduan etnik di Malaysia.5. Menilaikan peranan masyarakat dan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik.

Hasil kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus PendekI. Menjelaskan peranan kerajaan dan rakyat dalam memelihara hubungan etnik yang harmonis.II. Menjelaskan aspek sejarah budaya adat perkahwinan dan keistimewaan etnik yang dipilih.III. Menilai kefahaman topik-topik dalam hubungan etnik.

Tajuk Projek / Kerja Kursus Pendek (100%)

Tugasan 1 (Esei Pendek) 30%Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa fasa sehingga membawa perubahan hasil laporan dan kajian yang dilaksanakan untuk menambahbaik sistem pendidikan di negara ini Jelaskan mengapa perubahan-perubahan ini perlu dilakukan sehingga membentuk Dasar Pendidikan Negara. Bincangkan sejauhmanakah sistem persekolahan yang sama diamalkan di negara ini boleh membentuk perpaduan antara kaum dan mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia.

Tugasan 2 (Video Klip ) 20%Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Memahami dan menghormati kepelbagaian etnik, budaya dan agama etnik lain adalah salah satu asas bagi mengekalkan keharmonian etnik di Malaysia.Berdasarkan kenyataan di atas, sediakan satu video klip berkaitan dengan adat perkahwinan etnik yang yang anda pilih dengan memberi penekanan kepada aspek berikut; a) Penjelasan tentang proses perkahwinan etnik yang dipilih. Proses perkahwinan merangkumi upacara merisik, meminang, hantaran, bernikah, berinai, bersanding serta upacara lain yang berkaitan mengikut etnik.b) Keistimewaan etnik

Tugasan 3 (Kuiz) 50%20 Soalan Aneka Pilihan (20%)2 Soalan Struktur (10%)2 Soalan Esei (20%)

Dilaksanakan di dalam kelas. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus1. Tugasan (1 dan 3) adalah tugasan individu2. Tugasan 2 adalah tugasan berkumpulan3. Format penulisan adalah seperti berikut:i. Fon Arialii. Saiz huruf ialah 11iii. Langkau satu setengah barisiv. Rujukan mengikut format APA ( sekurang-kurangnya 3 sumber buku/jurnal dan 3 sumber rujukan internet)v. Lampiran4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.5. Panjang tugasan (1) esei pendek adalah 1500 patah perkataan dan tidak melebihi 7 muka surat. Ini tidak termasuk muka depan dan rujukan.6. Paparan Video Klip tidak melebihi 4-6 minit7. Tugasan ini membawa markah dan wajaran 100%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:1. Ulasan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci terhadap isu.2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:a. Pelajar dikehendaki memberikan hujah bernas dan menyatakan pendapat dan pendirian terhadap isu inib. Rumusan/cadangan3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.5. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Kriteria PentaksiranTugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan olehDisemak oleh

___________________________ ___________________________(JAIS BIN ABDUL HAMID)(SAUZANAH BINTI SULAIMAN)Pensyarah Pakar SMEJabatan Pengajian Sains Sosial, Jabatan Pengajian Sains SosialIPG Kampus Kent Tuaran.IPG Kampus Kent Tuaran.

Disahkan oleh

_________________( SUZANA FADZIL )Ketua Jabatan,Jabatan Pengajian Sains Sosial,IPG Kampus Kent Tuaran.