soalan 1 · web view1. ’’ seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yang pentingsebagai lambang...

46
Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc TEMA 8 (KESENIAN) 1. ’’ Seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yang pentingsebagai lambang sesuatu bangsa atau negara.’’ Bincangkan penyataan ini berdasarkan pencapaian seni bina Islam di Nusantara. PENDAHULUAN 1. Seni bina terawal di Nusantara telah dipengaruhi oleh animisme dan Hindu/ Buddha. Manakala seni bina Islam Nusantara pula lahir setelah datangnya pengaruh agama Islam. 2. Namun begitu Pengaruh Hindu-Buddha tidak dapat dihapuskan terus kerana ia lebih awal dari kedatangan Islam di Nusantara. 3. Selain itu seni bina Islam di Nusantara juga turut dipengaruhi oleh unsure- unsur dari China dan Barat. 4. Antara seni bina dunia Nusantara ialah masjid, rumah, pintu gerbang, kota dan kubu, pusara dan makam serta rumah wakaf. Isi Masjid 1.1 Bangunan masjid yang terawal mempunyai bumbung yang bertingkat dan bumbung berbentuk limas. 1.2 Binaan masjid juga dipengaruhi oleh seni bina Arab, Turki, Iran, danIndia dengan memperkenalkan masjid berbentuk kubah potong bawang. Contoh. Masjid Tuban dan Masjid Raya Aceh di Indonesia. 1.3 Seni binaan masjid juga turut dipengaruhi oleh unsure-unsur seni bina China. Ini dapat dilihat pada Masjid Lama Melaka yang mempunyai menara dan bumbung bergelombang. Ia mirip dengan bentuk rumah ibadat orang Cina. 1.4 Ciri utama masjid di Nusantara ialah bumbung berbentuk atap tumpang, rumah kampung limas, potong bawang dan berbentuk payung. 1.5 Masjid bumbung berbentuk atap tumpang dibina dengan bahan konkrit kecuali struktur kayu bumbung dan tiang serinya yang menggunakan tiang kayu. Contoh. Masjid Demak di Melaka. 1.6 Masjid berbentuk rumah kampong memakai bumbung panjang dan lurus yang berbentuk dua lapis bumbung berbentuk V. Contoh. Masjid Hj Kadir di Bukit Besar, Terengganu. 1.7 Masjid berbentuk limas merangkumi perabung lima, limas pemotong perak dan limas bumbung berlapis. 1.8 Masjid berbentuk payung pula memperlihatkan adunan seni bina tradisi dan idea baru. Masjid jenis ini banyak dilihat pada masjid-masjid di Malaysia. 2. Rumah. 1

Upload: dinhtruc

Post on 16-May-2019

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

TEMA 8 (KESENIAN)

1. ’’ Seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yang pentingsebagai lambang sesuatu bangsa atau negara.’’ Bincangkan penyataan ini berdasarkan pencapaian seni bina Islam di Nusantara.

PENDAHULUAN

1. Seni bina terawal di Nusantara telah dipengaruhi oleh animisme dan Hindu/ Buddha. Manakala seni bina Islam Nusantara pula lahir setelah datangnya pengaruh agama Islam.

2. Namun begitu Pengaruh Hindu-Buddha tidak dapat dihapuskan terus kerana ia lebih awal dari kedatangan Islam di Nusantara.

3. Selain itu seni bina Islam di Nusantara juga turut dipengaruhi oleh unsure-unsur dari China dan Barat.

4. Antara seni bina dunia Nusantara ialah masjid, rumah, pintu gerbang, kota dan kubu, pusara dan makam serta rumah wakaf.

Isi Masjid

1.1 Bangunan masjid yang terawal mempunyai bumbung yang bertingkat dan bumbung berbentuk limas.

1.2 Binaan masjid juga dipengaruhi oleh seni bina Arab, Turki, Iran, danIndia dengan memperkenalkan masjid berbentuk kubah potong bawang. Contoh. Masjid Tuban dan Masjid Raya Aceh di Indonesia.

1.3 Seni binaan masjid juga turut dipengaruhi oleh unsure-unsur seni bina China. Ini dapat dilihat pada Masjid Lama Melaka yang mempunyai menara dan bumbung bergelombang. Ia mirip dengan bentuk rumah ibadat orang Cina.

1.4 Ciri utama masjid di Nusantara ialah bumbung berbentuk atap tumpang, rumah kampung limas, potong bawang dan berbentuk payung.

1.5 Masjid bumbung berbentuk atap tumpang dibina dengan bahan konkrit kecuali struktur kayu bumbung dan tiang serinya yang menggunakan tiang kayu. Contoh. Masjid Demak di Melaka.

1.6 Masjid berbentuk rumah kampong memakai bumbung panjang dan lurus yang berbentuk dua lapis bumbung berbentuk V. Contoh. Masjid Hj Kadir di Bukit Besar, Terengganu.

1.7 Masjid berbentuk limas merangkumi perabung lima, limas pemotong perak dan limas bumbung berlapis.

1.8 Masjid berbentuk payung pula memperlihatkan adunan seni bina tradisi dan idea baru. Masjid jenis ini banyak dilihat pada masjid-masjid di Malaysia.

2. Rumah.

2.1 Seni bina rumah di Nusantara banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor agama, social dan iklim. Terdapat lapan (8) jenis rmah di Nusantara. Rumah-rumah ini setiap satunya berbeza dan mempunyai keistemewaan tersendiri.

2.2 Rumah Melayu Melaka – Rumah yang mempunyai bumbung tinggi, ibu rumah, dapur, anjung, serambi yang berdinding dan bertutup.

2.3 Rumah Panjang – Ia di kenali juga sebagai rumah perabung panjang dan ianya adalah rekaan bentuk rumah terawal. Rumah yang mempunyai bumbung tinggi dan curam ke atas, satu perabung, beratap nipah atau genting.

2.4 Rumah Tiang Dua Belas – Rumah yang mempunyai 12 tiang, bumbung bergenting dan sepasang tiang layer diatasnya. Terdapat banyak kerawang yang berukir dengan ukiran tebuk sebagai perhiasan dan ruang udara.

1

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

2.5 Rumah Perabung Lima – Rumah yang mempunyai perabung sebagai bumbung utama kepada serambi. Mempunyai pengaruh Belanda dimana seni binanya mula diperkenalkan oleh pihak Belanda di Melaka dan Johor. Pembinaan rumah ini semakin pesat semasa pemerintahan Inggeris dan Belanda. Rumah ini juga popular di Jawa dan Pattani.

2.6 Rumah Limas – Rumah yang hampir sama dengan masjid berbentuk limas. Rumah yang kecil dan rendah, dan tidak mempunyai pangkal serambi. Rumah ini kebiasaannya dipunyai oleh golongan berada. Contoh. Rumah Limas Ceblokan merupakan rumah tradisional Jawa dan rumah di Kampung Raja (Malaysia).

2.7 Rumah Bumbung Perak – Rumah ini juga dikenali sebagai Rumah Potong Perak. Rumah yang mempunyai dua bumbung selari memanjang dan terdapat bukaan atap kecil. Rumah ini merupakan rumah limas yang telah diubah suai.

2.8 Rumah Minangkabau – Rumah yang mempunyai bumbung seperti tanduk kerbau. Rumah ini banyak terdapat di Negeri Sembilan.

2.9 Rumah Bujang – Rumah yang mempunyai enam tiang, empat tingkap dan dua pintu. Rumah bentuk ini banyak terdapat di Terengganu.

3. Pintu Gerbang.

3.1 Kebiasaan pintu gerbang ini dapat dilihat semasa memasuki sesebuah bangunan tertentu. Tujuan pembinaannya untuk mengindahkan atau memperlihatkan identiti sesuatu tempat. Pintu gerbang biasanya dibina daripada kayu atau buluh dan ia menyerupai pintu pagar.

3.2 Pintu gerbang dibina bertitik tolak daripada faktor keagamaan dan kebudayaan. Di Malaysia seni binanya lebih berunsurkan keislaman, namun begitu terdapat juga pengaruh dari luar. Contoh pintu gerbang di Masjid Tengkera Melaka.

3.3 Masjid lama di Jawa ( Tengah dan Timur ) mempunyai tembok dan pintu gerbang (gapura) di bahagian hadapannya. Contoh Masjid Menara Kudus dibina sebuah pelantar beratap dan ditempatkan sebuah beduk.

3.4 Di Singapura, terdapat pintu gerbang utama ketika seseorang ingin memasuki Negara tersebut yang dikenali sebagai Kota Singa.

4. Kota dan Kubu

4.1 Kota-kota Nusantara berkait rapat dengan raja-raja Melayu kerana kebiasaannya ia dipunyai oleh sultan dan dinamakan Istana Kota.

4.2 Kota ini mempunyai parit di sekelilingnya. Sepanjang ranjau dimasukkan air untuk menghalang kemasukan musuh serta benteng pertahanan yang dilengkapi oleh pengawal bersenjata.

4.3 Kota ini penting untukmenjaga keselamatan raja dan kaum keluarga dari ancaman musuh. Contoh tinggalan kota ialah Kota Melawati (Selangor) dan Kota Kuala Kedah (Kedah)

4.4 Kubu pula ialah pusat pertahanan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Kubu akan dilengkapi dengan tanah yang ditambak danpancangan pagar kayu resak. Contohnya ialah kubu di Aceh dan di Jawa.

4.5 Kota dan kubu adalah sering berkait rapat dengan sejarah istana. Contoh kota dan kubu ialah Kota A Famosa (Melaka)

5. Pusara dan Makam

5.1 Sejarah pembinaan pusara bermula sejak penemuan batu-batu nisan di pusara.5.2 Pusara yang besar dan indah adalah kepunyaan keluarga diraja, pembesar istana dan

hartawan. Binaan pusara yang kecil dan sederhana adalah kepunnyaan rakyat biasa.5.3 Bumbung pusara dihiasi dengan corak seni bina Melayu yang berunsur keagamaan.

Biasanya pusara terletak di kawasan masjid. Contoh ialah makam Hang Tuah dan kompleks Makam Diraja Johor.

2

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

5.4 Di Jawa banyak pusara terdapat di kawasan masjid seperti makam Wali Songo dan Makam Sunan Kalijaga.

6. Rumah Wakaf.

6.1 Rumah wakaf merupakan rumah kecil yang dibina sebagai tempat berehat atau hiasan dan bukan tempat untuk kediaman. Lazimnya dibina di istana-istana dan tanah perkuburan.

6.2 Rumah wakaf tidak dibina secara meluas kerana kepentingannya amat terhad. Seni bina ini hanya terdapat di Malaysia dan Jawa.

PENUTUP

Apa sahaja yang berkaitan.

2. Bandingkan perbezaan antara kesenian Islam dengan kesenian China tradisional

Pendahuluan

1. Konsep kesenian2. Latar belakang kesenian China bermula pada zaman dinasti Shang dan corak

perkembangannya membayangkan keadaan dan keperluan sebuah dinasti.3. Latar belakang kesenian Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dan semakin

berkembang pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin , Bani Umayyah , Bani Abbasiyyah dan zaman seterusnya.

4. Perkembangan kesenian Islam seiring dengan ajaran islam yang menggariskan sempadan dalam hal-hal meluahkan perasaan.

Isi

1. ObjektifIslam

3

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Hubungan agama dengan kesenian saling berhubung rapat untuk mengagungkan keindahan ciptaan Allah.

berlatarbelakangkan kesatuan akidah seperti yang diamalkan pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah

merupakan usaha umat islam menghasilkan sesuatu yang indah selaras dengan fitrah manusia suka kepada keindahan dan kecantikan.

Konsep keindahan yang lahir akan menmbulkan rasa gembira , menyenangkan , memuaskan dan dihargai.

China Kesenian mencerminkan pemahaman terhadap dunia semulajadi melalui seni lukis mengenai pemandangan alam (landscape painting ) ,

buluh , burung dan bunga. Unsur ini merupakan aspek Taoime-metafizika dalam seni lukis China

2. Agama

Islam dapat memperkuatkan semangat tauhid dan takwa kepada Allah s.w.t. bertujuan mengagungkan Maha Pencipta menerusi keindahan hasil-hasil

kesenian spt seni kaligrafi yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran. Pencapaian dan pembangunan seni bina zaman Nabi dan Khalfah al-

Rasyidin membangkitkan keimanan dan merendah diri kepada Allah s.w.t. sebagai pencipta.

China

bertujuan mencapai keharmonian dengan Syurga. kesenian China berkait rapat dengan upucara keagamaan dan konsep

pengorbanan. Orang China menyembah dewa dewi dan roh nenek moyang yang

dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka. Contoh penggunaan pinggan mangkuk dan tembikar berwarna putih yang direka khas dalam upucara agama dan mempunyai ukiran patung.

3. Moral

Islam Kebanyakan hasil kesenian islam menggambarkan unsur moral seperti

membentuk akhlak yang baik serta menjauhi sifat-sifat negative. menerapkan unsur keadilan dan kesamarataan sesama manusia berpaksikan akidah , akhlak dan niat mendapat keridhaan Allah

China mempunyai unsur moral dan etika satu saluran untuk menggambarkan sifat sesuatu objek dengan aliran

perasaan manusia dan mempunyai hubungan yang penting dalam mencorakkan seni lukis China yang menggambarkan tema-tema yang tertentu.

Contoh seni lukis China banyak ditemakan dalam cara kehidupan golongan sarjana terutamma daam pelantikan mereka sebagai pegawai kerajaan , perpisahan dan penemuan semula

4. Simbol dan reka bentuk

Islam 4

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

melambangkan kegemilangan tamadun islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. , zaman para sahabat , kerajaan bani umayyah dan Kerajaan Bani Abbasiyah serta Kerajaan Turki Uthmaniyyah ... Kesenian Islam banyak terdapat dalam seni bina bangunan masjid, madrasah , istana , pasar dan rumah.

lambang keagungan Maha Pencipta menerusi keindahan hasil kesenian seperti kaligrafi Islam yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Ukiran juga menonjolkan imej geometri , seni khat , bentuk hiasan alam semulajadi (tidak bernyawa).

Senilukis islam tidak berbentuk sesuatu lembaga yang bernyawa sebaliknya bercorak daun pokok dan bunga dan tidak terlalu abstrak sehngga sukar difahami.

China menggambarkan aspek-aspek peperangan , kekerasan dan kematian. berbentuk simbolik kerana suatu yang dilukis mewakili bahagian

keseluruhan kesenian Contoh : buluh lambang sifat semangat jiwa dan jiwa seorang sarjana tersebut. Jed melambangkan unsur ketulinan (purity) dan keabadian ( eterny) Naga mewakili kewibawaan maharaja Burung jenjang (crane)melambangkan umur panjang (longevity)

5. Status

Islam melambangkan kegemilangan tamadun islam pada zaman Nabi

Muhammad s.a.w. , zaman para sahabat , kerajaan bani umayyah dan Kerajaan Bani Abbasiyah serta Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Kesenian Islam banyak terdapat dalam seni bina bangunan masjid, madrasah , istana , pasar dan rumah.

China melambangkan perbezaan kelas dalam masyarakat (kelas bangsawan.) Semasa dinasti Chou bidang kesenian berkait rapat dengan istana feudal dan

maharaja. Zaman Dinasti Han , bidang kesenian berkembang di bawah naungan kelas tuan-

tuan rumah , saudagar dan sarjana Konfucian dalam bidang kaligrafi , puisi , lukisan dan muzik

Contoh pada zaman dinasti Shang pembinaan rumah di bandar mempunyai tiang besar ditengah-tengah rumah dan dikelilingi tiang kecil

6. Perbandingan lain

Islam Seni muzik dalam islam diizinkan selagi tidak melampaui batasan agama. Muzik yang mengkhayalkan diharamkan.

Seni sastera dibenarkan dalam islam melalui bahasa dan kata-kata indah yang mempunyai unsur pengajaran dalam bentuk prosa dan nasyid.

China Banyak mengabadikan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah seperti

maharaja China memerintahkan supaya mengukir patung menyerupai Ibn Batuttah yang pernah melawat China.

5

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Kesimpulan

Ciri utama yang membezakan kesenian islam dan kesenian China adalah dari segi konsep dan amalannya. Kesenian islam lebih menjurus kepada mentauhidkan Allah s.w.t. sebagai pencipta manakala kesenan Cina mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan bangsawan dan keperluan moral.

6. Bincangkan sejarah kemunculan seni khat serta gaya bentuk yang dapat dilihat pada masjid, istana, dan manuskrip di Sepanyol dan Nusantara

PENDAHULUAN

1. Perkataan khat dalam bahasa Arab bermaksud “garisan indah” dan perkataan kaligrafi berasal daripada bahasa Latin bermaksud “tulisan indah”.

2. Menurut Syeikh Syamsudin al-Akfani, seni khat merupakan ilmu yang memperkenalkan huruf-huruf tunggal dan cara-cara merangkaikannya menjadi tulisan yang tersusun.

3. Seni khat ini lahir serentak dengan kelahiran Islam dan fungsi khat dalam seni adalah untuk mengesakan Allah.

4. Jenis-jenis khat yang dihasilkan antaranya ialah kufi, nasakh, rihan, diwan jali, thuluth, muhaqqaq, riuqi’, ijazah, parisi, rakaah’, taliq, dan nasta’liq. Namun begitu khat Kufi merupakan seni khat yang tertua dan popular.

ISI

1. Sejarah Perkembangan Seni khat.

1.1 Tulisan yang indah mendapat keutaman di sisi orang Islam sebagai bentuk seni yang mempunyai keagungan yang tersendiri. Ini jelas seperti dalam sebuah hadis bermaksud;

“ Keindahan tulisan adalah warisan kamu”1.2 Terdapat beberapa pendapat tentang perkembangan seni khat ini. Antaranya;

i. Ada yang mengatakan ia merupakan anugerah daripada Allah kepada manusia. Allah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam dan ianya diwarisi turun terurun hingga kini.

ii. Ibn Khaldun ada menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal dari Yaman kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Mansir di Heart.

iii. Ada yang berpendapat ianya berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz dan daripada Finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba.

iv. Terdapat juga sumber bahawa seni khat ini berasal daripada tulisan Nabati (Aramai)

1.3 Ramai ahli sejarah bersetuju bahawa seni khat ini berasal daripada Nabati dan kemudiannya samapai ke Hijaz melalui jalan;i. Jalan dekat dari Nabati ke Batra, Uja, Madinah dan Makkah.

6

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

ii. Jalan jauh melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, Madinah, Makkah dan Taif.

1.4 Seni tulisan ini dibawa oleh pedagang yang berniaga di Syam dan Iran. Seterusnya diperkenalkan ke seluruh dunia Islam dan telah mempengaruhi sebahagian tulisan alam Melayu dan Afrika.

2. Perkembangan Seni khat di Sepanyol

2.1 Kerajaan Bani Umaiyah merupakan zaman permulaan perkembangan kesenian Islam di sepanyol.

2.2 Seni khat ini banyak terdapat di Masjid Cordova dan istana Alhamra di Andalus.2.3 Tulisan2 dan seni ukir ini menjadi hiasan di siling dan sekeliling istana. Bentuk dan

pembuatan penyelingan batu-batu warna cerah dan gelap di masjid. 2.4 Aspek yang diutamakan dalam seni bina Islam ini ialah kemasukkan udara dan cahaya

ke dalam bangunan. Ia dihiasi dengan ukiran dan tulisan yang begitu halus.2.5 Terdapat dua jenis seni khat dan ukiran yang terdapat di Sepanyol iaitu khat nasakh

dan khat kufi.2.6 Seni ini diukir pada peralatan senjata seperti pedang dan tombak. Selain itu ia juga

diukir di pinggan mangkuk, barang-barang perhiasan dan tempat menyimpan barangan dan sebagainya. Barang2 ini diukir dengan halus dan penuh teliti serta kadang kala bertatahkan batu permata.

3. Perkembangan Seni khat di Nusantara.

3.1 Tulisan khat ini dapat dikesan pada batu-batu nisan, binaan-binaan, dan masjid-masjid.3.2 Terdapat khat yang diukir di batu nesan berbentuk empat segi kepunyaan Syed Ahmad

Mokhtar ibni Martu Talani bertarikh 1467M di Keramat Sungai Udang. Tulisan khatnya ditulis berbentuk bulat diukir dengan cara timbul rendah.

- Terdapat juga batu pedang yang diukir mengandungi kalimah Allah bentuk tegak berupa binatang dan tumbuhan-tumbuhan. Tulisan khatnya bentuk khat kufi.

- Ukiran tersebut dianggap sebagai hubungan antara seni rupa yang mengandungi imej dari alam sekitar serta alam lembaga.

3.3 Seni khat batu nisan di Batu Aceh terdapat ayat-ayat tersusun dalam petak-petak bersegi diukir mengikut bentuk ruang.

3.4 Makam Diraja Mahmodiah (Johor Baharu) ditulis khat thuluth. Manakala batu nisan Makam Diraja Langgar (Alor Setar) ditulis dengan khat Kufi.

3.5 Batu nisan seorang wali Allah di Pekan (Pahang) bertarikh 1028M terdapat tulisan ayat-ayat al-Quran dari surah al-Imran ayat 185 dan surah Yunus ayat 62. Ia jua mengandungi nasihat agama dan kehidupan.

3.6 Batu bersurat Terengganu terdapat khat yang mengandungi nasihat dan perintah bagi menataati hukum-hukum syarak seperti hukum zina dan hutang piutang.

3.7 Khat dalam bentuk ukiran kayu diukir secara ukiran timbul, tebukan tembus yang disusun bersegi atau bujur pada dinding rumah, istana dan masjid.

3.8 Khat pada mata keris pula selalunya mengandungi ayat-ayat al-Quran dan susunan angku wafah tada.

3.9 Khat pada wang emas yang dikeluarkan oleh kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah (1623 – 1677M) dengan rekaan bentuk seni khat permukaan wang.

7

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

4. Kepentingan Seni Khat

4.1 Seni khat mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap tamadun itu sendiri kerana seni khat merupakan hasil masyarakat yang maju dan bertamadun.

4.2 Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulis.

4.3 Rasulullah SAW telah menggalakkan penulisan khat melalui sabdanya;“Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana ianya antara kunci sumber rezeki.”

4.4 Khalifah Ali juga pernak berkata;“Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan”

KESIMPULAN

Apa sahaja yang berkaitan.

8

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

4. Bandingkan lima ciri seni bina Islam dalam dunia Arab dan lima ciri seni bina Rom pada zaman empayar.

Pengenalan

1. Konsep seni bina.

a. Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan yang indah sesuai maksud dan tujuan.

b. Seni bina melibatkan peralatan,kekukuhan dan memberi kesenangan dan keselesaan kepada pemilik .

2. Latar belakang seni bina Rom - dipengaruhi oleh seni bina Etruscan dan Yunani.

3. Seni bina Islam bernula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan pembinaan mesjid Quba dan Nabawi.Bidang seni semakin berkembang bermula zaman KhalifahUmar al Khattab .

ISI

1.Tujuan

Seni bina Islam menitik beratkan keseimbangan pembangunan Aqidah,syarak dan

akhlak.Penekanannya kepada fungsinya,iaitu untuk pembangunan insaniah (rohani,jasmani dan aqidah).

Dan bukan bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kemegahan . Oleh itu ,senibina Islam mempunyai bentuk yang sederhana dan menitik

beratkan aspek kegunaan.

Seni bina Rom bertujuan untuk memperkukuhkan empayar dan pemujaan kepada Maharaja. Ciri-ciri bangunan dan hiasan ukirannya melambangkan kejayaan dan dan

kehebatan Maharaja. Ini menyebabkan maharaja-maharaja yang memerintah Rom berusaha membina

bangunan yang besar.Bangunan Colosseum melambangkan kehebatan pemerintah Vespasian (Tahun 69M).

2.Kegunaan

Seni bina Islam - mementingkan aspek fungsi setiap bangunan.Ruang dan hiasan seni bina

masjid ,institusi pendidikan(Darul Hikmah) dan bangunanawam yang lain diselaraskan dengan fungsinya.Sebagai contoh seni bina mesjid juga mengambil kira kegunaannya sebagai pusat ibadat,aktiviti kemasyarakatan dan pusat pengajian.

Senibina Rom

- juga menekankan aspek unilitarian dengan membina bangunan awam untuk kemudahan dan kegunaan orang ramai.

- Bangunan Coloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk pelbagai permainan.Bangunan ini boleh mengisi penuntun seramai 50,000 orang.

- Seni bina awam yang lain ialah sarkas,kolam mandi dan saluran air(akueduk).

9

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

3.Keselesaan

Seni bina Islam menekankan ruang dalam bangunan yang selesa .Mesjid dibina mempunyai

ruang untuk kemasukan cahaya dan penudaraan untuk keselesaan beribadah.

Sementara itu seni bina rumah kediaman,mempunyai ruang bersifat persendirian dan memisahkan kaum lelaki dan wanita

Seni bina Rom bangunan Rom juga mengambil kira aspek keselesaan.- Kebanyakan bangunannya besar dan luas.Komplek Colosseum 150,000 orang

penuntun untuk menyaksikan perlumbaan kereta kuda.

4.Struktur binaan

Seni bina Islam - ialah bangunan yang dibina kukuh dan selamat untuk masa yang lama. Masjid-

masjid yang dibina di zaman Umaiyyah dan Abassiyah menggunakan teknologi tinggi dan daapat bertahan ribuan tahun.Bahan binaan seperti batu-bata dan besi.

Seni bina Rom- Bangunan-bangunan awam di Rom kebanyakannya dibina dengan menggunakan

batu-bata dan konkrit yang kukuh.Bahan konkrit telah menjadi bahan yang standard dalam pembinaan Aqeduct.

5.Kekemasan bangunan.

Seni bina Islam- di Tanah Arab mementingkan kemasan bangunan untuk memperlihatkan nilai

estatika .- Pembinaan mesjid dizaman Bani Umaiyyah telah dihiasi dengan kemasan yang

berharga .- Masjid Umawi telah dihiasi dengan tiang marmar dan lampu yang hiasan menarik.- Khalifah al-Walid telah menyempurnakan pembinaan masjid Al Aqsa dengan hiasan

batu permata kuning dan hijau.Jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah.

- Kepingan jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah. Kepingan jubin yang berkilat dan berwarna warni digunakan untuk menghiasi mihrab,dinding mesjid dan bumbung istana.

Senibina Rom - sama juga dengan seni bina Islam dihiasi dengan kemasan marmar dan mozek.- Bangunan Pantheon yang dibina oleh Maharaja Hadrian (125M) telah diperkenalkan

dengan hiasan mozek dan lapis dinding daripada batu marmar.

6.Reka bentuk

Seni bina Islam Melambangkan ketaatan kepada Allah. Bercirikan luahan perasaan , keamanan dan tidak bertentangan dengan

kerohanian. Reka bentuk masjid dilengkapi dengan mihrab , kubah dan menara. Kebanyakan kubah berbentuk oval dan melengkung

10

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Bulan sabit dan bintang menjadi lambing kesenian islam di puncak masjid dan istana

Seni bina Rom Dipengaruhi seni bina Yunani dan Asia. Bangunannya terdiri daripada binaan pintu gerbang , bumbung yang

melengkung , arked , kubah , tiang dan bangunan bandar. Pantheon merupakan sebuah kuil berbentuk kubah yang tidak disokong oleh

tiang

7.Hiasan tulisan dan Ukiran

Seni bina Islam Bahagian dalam dihiasi dengan ukiran yang tidak bertentangan dengan akidah

dan akhlak islam. Tulisan khat dan corak aan larat menjadi motif ukiran yang terkenal. Masjid Suriah dihiasi dengan ukiran khat ayat al-Quran yang indah

Seni bina Rom Bangunan dihiasi dengan ukiran portrait dan ukiran timbul Zaman Augustus dan Claudius , tempat pemujaan , tiang bangunan dan pintu

gerbang dihiasi dengan ukiran timbul portrait yang menggambarkan kemenangan dan pencapaian Rom.

Antara ukiran bangunan ialah Imperial Processions dan Spoils From The Temple In Jurusalem.

Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan

5. Bincangkan konsep kebudayaan mengikut perspektif agama Islam.

Pendahuluan

1. Kebudayaan adalah satu nilai hidup yang dijelmakan oleh factor-faktor daya akal dan daya rasa manusia. Kesanggupan daya akal dan daya rasa inilah yang melahirkan kebudayaan . Kebudayaan merupakan hasil daripada kegiatan berfikir dan merasa manusia dalam bentuk perbuatan yang dipanggil juga sebagai cara hidup

2. Pengertian kebudayaan juga boleh dijelaskan kepada dua iaitu pengertian ilmiah yg lebih luas dan yg terbatas. Pengertian yang pertama meliputi bidang2 ekonomi , social, politik, ilmu seni, dan falsafah. Manakala pengertian kedua hanya tertumpu pada seni sahaja.

3. Menurut Kamus Dewan budaya bermaksud tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi ) dan cara hidup sesuatu masyarakat.

Isi. Konsep Kebudayaan menurut perspektif agama Islam.

11

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

1. Kebudayaan islam merupakan satu cara hidup yang lahir dan menjelma daripada keimanan. Kebudayaan islam merangkumi segala aspek politik, ekonomi, social dan eksenian islam merpakan satu manifestasi daripada keimanan dan ketakwaan dan di luar daripada ini bukanlah kebudayaan islam.

2. Sesuatu kebudayaan yang meliputi semua aspek baik politik, ekonomi, social dalam sesebuah masyarakat akan diterima oleh agama islam sekiranya ia bertepatan dengan hokum –hukum yang telah ditetapkan oleh islam.

3. Islam bukan sahaja terhad kepada system agama dalam bentuk ibadat khusus tetapi suatu cara hidup yang lemgkap dan menyeluruh termasuk aspek kebudayaan.

4. Perkara yang diterima oleh islam ialah perkara yang memberi kebaikan kepada pengikutnya. Sesuatu kebuyaan akan diterima sekiranya ia tidak melekakan manusia daripada mengingati Allah SWT dan melakukan ibadat yang telah ditetapkan oleh Islam. Misalnya, mencari rezeki yang halal adalah satu aktiviti kebudayaan yang disuruh oleh Islam. Tujuannya ialah untuk menyara hidup disanping mengeluarkan zakat dan sedekah bagi yang berlebihan. Oleh itu, konsep kebudayaan dalam islam adalah bertujuan untuk memberi kesenangankepada semua pihak.

5. Amal dalam kebudayaan manusia dengan Allah dalah melalui ibadat khusus berupa doa yang tidak boleh berubah seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Manakala amal dalam hubungan manusia dengan manusia dengan lam terbentuk melalui urusan atau muamalat antara sesama mereka yang mencetuskan kebudayaan dan seni. Oleh itu kebudayaan dalam Islam menitik beratkan hubungan baik sesama manusia dgn pencipta Nya dan antara manusia dgn alam.

6. Kebudayaan dalam Islam juga mestilah mengagungkan Allah kerana Dialah yang

mencipta manusia dan alam. Daripada ciptaan2 Allah inilah manusia pula akan mencipta sesuatu untuk kegunaan seluruh insane. Dengan adanya ciptaan2 ini manusia bolah membangunkan budaya mereka dan agama ke tahap yang lebih tinggi.

7. Segala apa yang ditetapkan dalan Al Quran dan Sunnah adalah menjadi pedoman

kebudayaan Islam. Al Quran dan Sunnah mampu mencorakkan kebudayaan melalui dua cara iaitu dengan cara penyesuaian tanpa ragu-ragu dan penyesuaian dengan menerima cara ijtihad mengikut kesesuaian.

8. Kebudayaan Islam juga bergantung kepada factor survival iaitu tidak hanya bergantung kepada jumlah umat Islam tetapi bergantung kepada ketahanan dan sejauh mana umat Ilam boleh mengukuhkan kedudukan mereka dam betahan daripada pengaruh luar yang boleh meruntuhkannya. Oleh itu pemerintah mempunyai kuasa untuk menentukan dasar kebudayaan dengan memperkenalkan kebudayaan Islam kepada masyarakat.

9. Kebudayaan Islam adalah berteraskan budaya akidah iaitu dengan cara menanamkan di dalam hati kepercayaan kepada Allah dan menjauhkan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.

10. Amal ibadat sama ada yang khusus atau yang umum dapat mengatur cara kehidupan seharian dan pengurusan peribadi sehingga cara membina negara perhubungan antarabangsa dan cara melaksanakan hukum2.

12

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

11. Kebudayan Islam adalah budaya akhlak iaitu berakhlak dengan Allah dengan beribadat kepadaNya, berakhlak sesama manusia (melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran ) tanggungjawab kepada diri sendiri.

Kesimpulan

Konsep kebudayaan dalam Islam berbeza denagn konsep kebudayaan ayng lain di mana konsep kebudayaan islam lebih menyeluruh dan mementingkan kesejahteraan kehidupan manusioa berbanding denag konsep kebudayaan lain yang mementingkan kebebasan sehingga membawa kepada kenusnahan manusia itu sendiri.

6. Islam tidak pernah menolak sebarang kegiatan seni , asalkan kegiatan tersebut tidak bercanggah dengan hokum syarak dan melalaikan . Bincangkan pencapaian umat Islam pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafah al- Rasyidin di bidang seni bina dan seni ukir.

Pengenalan

1. Senibina merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang bermaksud indah , hakus , lembut , senang dilihat, senang ditutur, senang didengar dan menerangkannya.Ia merupakan fitrah manusia untuk meneragkan dan mengilhamkan manusia untuk mencipta karya seni yang seterusnya membawa nikmat dan kesenangan.

2. Kesenian Islam mempunyai ciri2 yang tersendiri , antaranya mempunyai keindahan , memberikan sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang , adanya hubungan antara agama , etika dan estetika serta unsure seni itu mengandungi unsure moral yang tidak bertentangan dengan syarak.

3. Antara kegiatan seni yang telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW ialah kegiatan seni bina yang merujuk kepada seni untuk mendirikan bangunan , reka bentuk, dan reka letak yang dibina oleh manusia , begitu juga dengan seni ukir yang merupakan suatu bidang seni untuk menambahkan lagi kecantikan sesuatu binaan ataupun hasilan.

Isi

A. Pencapaian Seni Bina Zaman Rasulullah dan Khulafah al – Rasyidin1. Ciri utama seni bina Islam antaranya:

-mempunyai ruang membolehkan cahaya masuk-mengandungi bahan hiasan , biasanya kaligrafi berbentuk ayat2 suci al Quran-ruang bilik yang memisahkan golongan yang berlainan jantina.-Bangunan sesuai dengan iklim setempat -Perabot dalamannya sederhana dan indah-Bercirikan luahan perasaan, keamanan, ketegangan dan keheningan-Jamian keselamatan.

13

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

2. Bentuk seni bina Islam yang terdapat di zaman Rasulullah SAW agak simple/mudah ; lebih tertumpu kepada pembinaan masjid , pun begitu pada peringkat awalnya masjid yang dibina tidak menara , mihrab atau pun kubah.

3. Masjid yang pertama dibina dizaman rasullulah S..A.W ialah masjid quba, dibina ketika rasullulah s.a.w dlm perjalanan hijrah ke madinah . Bentuk masjid ini agak sederhana terdiri daripada ruang yg bersegi emppat, beratap dibahagian mihrab, di sekelilingnya berdinding dan di tengah- tengahnya terdapat kawasan terbuka yg kemudiannya dinamakan sahn: tanda kilat diperbuat drpd batu .

4. Masjid yg kedua dibina dizaman rasullulah s.a.w ialah masjid nabawi;berbentuk segi empat, sebahagianya merupakan halaman atau di sebut shan , dan sebahagian lagi berbetuk bangunan yg berbumbung di sebut Diwan (dewan solat), di srkeliling bangunan terdapat kawasan lapang. Secara amnya binaanya berasaskan masjid quba’.

5. Pada tahun 7h , rasullulah s.a.w telah mengarahkan agar diperluaskan bangunan Masjid Nabawi kearah timur, barat dan utara sehinnga mencapai keluasan 2475 meter persegi.

6. Bangunan berbentuk masjid di berikan lebih tumpuan kerna masjid bukan sahaja menjadi tempat solat, bahkan tempat bermesyuarat serta menyelesaikan pelbagai masalah yg di timbulkan oleh masyarakat yg di pimpin baginda s.a.w.

7. Dizaman khulafak al-rasyhidin masjid nabawi telah di perbesarkan lagi, sewaktu pemerintahan umar al- khattab misalnya masjid tersebut telah diperluaskan lagi kearah selatan, barat dan utara dengan tambahan tiga pintu lagi, satu dibahagian timur dan dua lagi dibahagian utara,begitu juga dengan Masjidil Haram di Makkah, dinding di buat di sekelilingnya , mengelilingi kaabah dan berbentuk empat segi.

8. Di Baitul Maqdis , Umar telah membina masjid yang berbentuk lingkaran dinding dan diperbuat daripada tanah liat , masjid itu tanpa atp serta dibina di atas Bukit Muriah

9. Selain itu , di zaman Umar al Khattab turut mengalakkan penubuhan sekolah dan masjid bagi tujuan pembelajaran Al – Quran , Bahkan di seluruh wilayah yang dikuasai pastinya masjid dibina untuk tujuan pendidikan

10. Intitusi Baitul Mal turut dibina pada zaman Umar Al Khattab , untuk menyimpan barangan – barangan berharga termasuk hasil pendapatran negara seperti zakat , jizyah , kharaj ,ghanimah ,Al Fayy dan lain-lain

11. Penjara turut di bina dan di buka pada zaman Umar , lima buah rumah di Makkah dibeli untuk dijadikan penjara begitu juga di wilayah – wilayah lain

12. Di zaman pemerintahan Uthman bin Affan pula, usaha pembesaran Masjid Nabawi sirap dan terasnya di perluaskan lagi , pintu yang dahulu enma dijadikan empat ( semakin luas) begitu juga rumah – rumah isteri Nabi SAW turut di rombak dijadikan ruang masjid

13. Selain bangunan bermotifkan ibadat , terdapat juga binaan bermotifkan ekonomi , misalnya di zaman Umar al Khattab juga tali air dan terusan dibina untuk mengairai kawasan – kawasan pertanian misalnya Terusan Amirul Mukminin di Mesir dan Terusan Abu Musa Al Asyaari di Basrah

B. Pencapaian seni ukir zaman Nabi Muhammad SAW dan khulafa al Rasyidin

14

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

1. Perkembangan seni ukir sebenarnya tekah berkembang pesat sejak zaman jahiliah lagi , di zaman awal Islam , masyarakat menggunakan motif dan teknik – teknik yang diperolehi daripada orang Semitik , Byzantine dan Sananian (Parsi)

2. Salah satu contoh seni ukir yang terhasil ialah kubah , yang berasal daripada seni ukir yang diambil dan ditiru daripada pengaruh asing kemudian di ubahsuai sehingga terbentuklah satu bentuk seni baru ukir Islam yang dipanggil arabesque yang bermaksud satu corak seni yang berkembang dan menuju ke pelbagai arah bersesuaian dengan sifat Allah SWT yang tidak terbatas

3. Namun pada zaman Rasulullah SAW seni ini agak terhad perkembangan di sebabkan tumpuan umat Islam pada masa itu kea rah memperjuangkan , mengembangkan dan mengamalkan ajaran Islam dari sudut ibadah dan pemikiran

4. Di zaman Khulafah al Rasyidin , masjid – masjid mula di bina di hiasi dengan ayat ayat al Quran yang diukir dengan indah bagi menjelaskan paduan antara pembangunan kerohanian , ketaqwaan dan ahklak yang tinggi

5. Antara bentuk ukiran wujudnya seni khat sebagai hiasan dalamannya sebagaimana yang terdapat pada Masjid – masjid di Kufah , Basrah , Fustat dan Baitul Maqdis

6. Pada tahun 17H , Umar al Khattab telah membina dan mengukir masjid di Fustat , sementara pada tahun 21 H mimbar masjid Nabawi telah di ukir dengan seni khat yang cantik serta ukiran yang berseni

Kesimpulan

-Perkembangan seni bina di zaman Rasulullah SAW agak perlahan berbanding dengan zaman pemerintahan para Khalifah di zaman Khulafa Al Rasyidin , tumpuannya binaan adalah bermotifkan ibadat , begitu juga dengan perkembangan seni ukir ia bertujuan menambahkan keindahan serta uniknya ajaran Islam

15

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

7. Seni Bina Islam telah mandapat tempat yang istimewa di atas pentas sejarah

kesenian dunia.Huraikan perkembangan Seni Bina Islam di Nusantara.

Pengenalan

1. Seni bina merupakan bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang di bina oleh manusia

2. Bermaksud keindahan yang dicetuskan dari kemahiran di dalam binaan dan pertukangan3. Ibnu Khaldun menyatakan seni bina merupakan salah satu daripada ciri keistimewaan yg

penting, merupakan lambang dan mercu tanda kegemilangan sesuatu bangsa atau negara4. Islam mengkehendaki pembangunan seni bina diseimbangkan dengan pembangunan

akidah,syariat dan akhlak.

Isi

1. Pengaruh hindu Buddha, Animisme dan China

-Seni bina terawal di nusantara di pengaruhi oleh animisme dan hindu-buddha-Seni bina Nusantara juga di pengaruhi oleh pelbagai unsur seperti China dan Barat-Pada awalnya seni bina melayu terdapat pada ukiran-ukiran pada patung batu-Kemudiannya pada zaman hindu dapat dilihat pada candi-candi-Selepas kedatangan islam seni bina teserlah pada masjid,rumah,pintu gerbang,kota dan kubu,pusara dan makam serta rumah wakaf.

2. Masjid

-Merupakan antara binaan-binaan di nusantara yang mencerminkan seni bina secara jelas-Telah di bina bersama dengan perkembangan islam di Nusantara pada sekitar abad ke-15 dan abad ke-16M-Masjid di bina bersesuaian dengan iklim nusantara ,berteraskan kayu dan mempunyai bumbung yang bertingkat-tingkat -Kedatangan kuasa barat mempengaruhi kesenian binaan di nusantara seperti penggunaan konkrit yang berhiaskan ciri seni bina zaman silam di Eropah dan Asia Barat-Juga diperngaruhi oleh seni bin Arab, Turki, Iran, China dan India

3. Rumah

-Seni bina rumah banyak diperngaruhi oleh factor agama,social dan iklim-Terdapat 8 jenis rumah di Nusantara iaitu ; Rumah Melayu Melaka, Rumah Tiang dua belas, Rumah Perabung Lima, Rumah Bumbung Perak, Rumah Minangkabau dan Rumah Bujang-Rumah-rumah ini ada yang merupakan rumah warisan traditional, diperngaruhi oleh Belanda seperti di Jawa dan Pattani

4. Pintu gerbang

-Dibina sebagai pintu masuk ke sesebuah bangunan-Bertujuan untuk mempercantik dan memperindahkan lagi sesebuah bangunan-Dibina sebagai pintu masuk ke Bandar / kota, masjid-masjid yang besar dan istana-Dibina menggunakan kayu dan buluh-Pembinaannya diperngaruhi oleh factor keagamaan dan kebudayaan

5. Kota

-Dibina untuk menjaga keselamatan raja dan keluarganya dari serangan musuh16

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

-Mempunyai benteng pertahanan yang kukuh dan dilengkapi dengan pengawal-pengawal yang bersenjata-Kebiasaannya dimiliki oleh sultan dan dinamakan istana kota-Tinggalan kota ini dapat dilihat di kota Kuala Lumpur dan Kota Melawati

6 .Kubu

-Pusat pertahanan yang dibina sebagai persediaan menghadapi serangan daripada musuh-Dilengkapi dengan tanah yang ditambak dengan pancangan kayu resak-Contohnya kubu di Acheh dan Jawa,Kota A Farmosa yang dibina dan ditinggalkan oleh orang-orang Portugis

7. Pusara dan makam

-Sejarah pembinaan pusara di nusantara bermula sejak penemuan batu nisan di pusara-Pusara indah dan besar dibina untuk keluarga Diraja,pembesar istana, dan hartawan-Pusara yang kecil dan sederhana dibina untuk rakyat biasa-Bumbung pusara dihiasi dengan corak seni bina melayu yang berunsurkan keagamaan-Contoh pusara di Malaysia ialah makam Hang Tuah dan makam Diraja Johor-Di Jawa terdapat Makam Wali Songo dan Makam Sunan Kalijaga

Kesimpulan

Kesan dan peninggalan seni bina nusantara masih dapat dilihat sehingga hari ini Ianya merupakan lambing kejayaan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara Seni bina nusantara mempunyai keunikannya yang tersendiri dan masih dikagumi dan

memperngaruhi perkembangan seni bina zaman seterusnya

TEMA 8 –( KESENIAN & KEBUDAYAAN )

1. Dengan memberikan contoh daripada tamadun awal manusia, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pencapaian seni bina.

A. Pendahuluan Maksud kesenian secara dan jenis umum Pengertian seni bina secara khususLatar belakang tamadun awal

B. Isi

17

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

1. Agama

Satu perkara penting dalam kehidupan dan dalam upucara keagamaan Sebagai tempat pemujaan dan tempat mengadakan perayaan keagamaan

Contoh: Mesopotamia -pembinaan rumah berhala yang berbentuk piramad

yang dikenali sebagai Ziggurat Mesir -Rumah ibadat (kuil-kuil) atau Rumah Berhala yang

dibina menghala sungai spt Kuil-kuil di Karnak dan Kuil Permaisuri Hatshepsut

Rom -Kuil berbentuk kubah yang dikenali Panthenon- keistemewaannya kubahnya tidak disokong oleh sebatang tiang pun-membina kuil untuk Dewa Apollo yang bercirikan jajaran tiang-tiang

India -kuil di Ellora yang dibina daripada batu-batu besar Yunani (Athens) zaman Pericles telah dibina kuil daripada batu

marmar untuk dewa Athena yang diberi nama Parthenon atau Temple of the Virgin di atas acropolis

Alam Melayu – Candi Borobodor di Jawa Tengah yang dibina berasaskan ajaran Buddha semasa pemerintahan Raja-raja Sailendra

2. Pertahanan

Pertahanan untuk tujuan keselamatan dari ancaman musuh dan pertahanan seperti kubu ,tembok dibina sekeliling kota , rumah berhala dan tempat tinggal dibina dengan kukuh , rapi dan sistematik

Contoh: China di bina Tembok Besar China yang dianggap sebagai

Tujuh Keajaiban Dunia semasa pemerintahan Shih Huang Ti bertujuan mengatasi ancaman orang Gasar Hsung Nu.

Mesopotamia telah membina tembok di sekeliling bandar dan mempunyai bentuk yang berlainan bagi mengatasi serangan daripada musuh Indiadibina kubu pertahanan untuk menghadapi ancaman musuh

3. Organisasi Sosial

lambang kemegahan terdiri daripada Golongan pemerintah (raja dan bangsawan dan yang diperintah ( rakyat)

Contoh: Rom -pembinaan istana pada zaman Maharaja Augustus Caesar

mempunyai sebuah istana di Bukit Palatine -makam Diraja pada zaman Ur di Mesopotamia yang mempunyai kekubah bersangga dari batu bakar yang disusun dengan menggunakan bitumen

India -pembinaan Stupa iaitu menara berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan dan para alim pada zaman vedik..

Stupa juga sebagai tempat menyimpan bahan peninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai bahan tontotan

18

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Mesopotamia - pembinaan Istana Diraja yang mempunyai sebuah bilik khas untuk upucara ritual diraja

Mesir -pembinaan piramid yang terbesar telah dibina di Giza iaitu – Piramid Firaun Khufu tujuan menyimpan mayat raja-raja

mereka yang dijadikan mumia, - Sphinx di Gaza yang berbentuk singa dan berkepala manusia dan mempunyai muka Firaun Khfre - candi-candi Diraja dan Mastaba sebagai rumah bagi orang Meninggal

4. Nilai Estetika ( riadah dan rekreasi )

Contoh :

Rom - pembinaan Colloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk pelbagai jenis permainan .

- Circus Maximum yang merupakan sebuah stadium yang menganjurkan pertandingan kereta kuda beroda dua(chariots)- Pembinaan kolam mandi di Caracalla seluas 11 hektar yang

boleh memuatkan seramai 1500 orang Mesopotamia - Taman Tergantung Babylon pada zaman raja Nebuchadnezar

Dan laluan pejalan kaki India -The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang , 7 meter

lebar dan 2.4 dalam - kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi di sekelilingnya

5. Pentadbiran

Mesir - Firaun membina sebuah dewan berhampiran istana untuk mengadakan mesyuarat dengan pegawai dan golongan bangsawan .

Rom - Dewan Perhimpunan ditubuhkan membincangkan hal-hal politik dan melantik pegawai pegawai kecuali raja.

6. Ekonomi

Tamadun Arab -Pembinaan Empangan Maarib untuk mengawal banjir dan

mengairi Pertanian Rom -pembinaan Aqueduct – saluran air yang besar dan panjang Mesopotamia pembinaan pasar seperti Bit Mahirim (kedai menjual

barang mewah di Sippar )-gedung penyimpanan barang.-Karu – pusat komersil perdagangan yang ada gudang atau stor berniaga dan simpan barang dagangan

China -Sistem pengairan di Cheng Tu di wilayah Szechuan yang dibina zaman Dinasti Chou dan -empangan di -Sungai Wei bertujuan untuk memajukan ekonomi pertanian China

7. Tempat kediaman

India -Bandar Mohenjo Daro Harappa di India :

19

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

terdapat pembinaan rumah yang dibina menggunakan batu bata saiz yang sama ,secara terancang , tidak berselerak malah terletak di sepanjang jalan raya utama dan di lorong-lorong.

Alam Melayu pembinaaan pelbagai bentuk jenis rumah seperti Rumah Bumbung Panjang , rumah Bumbung Limas dan lain-lain

Kesimpulan

Jelaslah bahawa pencapaian senibina tamadun awal telah memperlihatkan kehebatan pencapaian sesuatu tamadun dan sebagai lambang kemegahan sesuatu bangsa dan Negara. Walaubagaimanapun kemajuan senibina tamadun awal telah mengalami banyak kemerosotan dan runtuh tetapi adda lagi yang masih kekal sehingga hari ini.

2. Bandingkan perbezaan antara kesenian Islam dengan kesenian China tradisional

Pendahuluan

1. Konsep kesenian2. Latar belakang kesenian China bermula pada zaman dinasti Shang dan corak

perkembangannya membayangkan keadaan dan keperluan sebuah dinasti.3. Latar belakang kesenian Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dan semakin

berkembang pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin , Bani Umayyah , Bani Abbasiyyah dan zaman seterusnya.

4. Perkembangan kesenian Islam seiring dengan ajaran islam yang menggariskan sempadan dalam hal-hal meluahkan perasaan.

Isi jawapan

1. Objektif

Islam Hubungan agama dengan kesenian saling berhubung rapat untuk mengagungkan keindahan ciptaan Allah. berlatarbelakangkan kesatuan akidah seperti yang diamalkan pada zaman

kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah merupakan usaha umat islam menghasilkan sesuatu yang indah selaras

dengan fitrah manusia suka kepada keindahan dan kecantikan. Konsep keindahan yang lahir akan menmbulkan rasa gembira ,

menyenangkan , memuaskan dan dihargai.

China Kesenian mencerminkan pemahaman terhadap dunia semulajadi

melalui seni lukis mengenai pemandangan alam (landscape painting ) , buluh , burung dan bunga.

Unsur ini merupakan aspek Taoime-metafizika dalam seni lukis China

20

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

2. Agama

Islam dapat memperkuatkan semangat tauhid dan takwa kepada Allah s.w.t. bertujuan mengagungkan Maha Pencipta menerusi keindahan hasil-hasil kesenian

spt seni kaligrafi yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran. Pencapaian dan pembangunan seni bina zaman Nabi dan Khalfah al-Rasyidin

membangkitkan keimanan dan merendah diri kepada Allah s.w.t. sebagai pencipta.

China bertujuan mencapai keharmonian dengan Syurga. kesenian China berkait rapat dengan upucara keagamaan dan konsep

pengorbanan. Orang China menyembah dewa dewi dan roh nenek moyang yang dipercayai

mempengaruhi kehidupan mereka. Contoh penggunaan pinggan mangkuk dan tembikar berwarna putih yang direka khas dalam upucara agama dan mempunyai ukiran patung.

3. Moral

Islam Kebanyakan hasil kesenian islam menggambarkan unsur moral seperti

membentuk akhlak yang baik serta menjauhi sifat-sifat negative. menerapkan unsur keadilan dan kesamarataan sesama manusia berpaksikan akidah , akhlak dan niat mendapat keridhaan Allah

China mempunyai unsur moral dan etika satu saluran untuk menggambarkan sifat sesuatu objek dengan aliran perasaan

manusia dan mempunyai hubungan yang penting dalam mencorakkan seni lukis China yang menggambarkan tema-tema yang tertentu.

Contoh seni lukis China banyak ditemakan dalam cara kehidupan golongan sarjana terutamma daam pelantikan mereka sebagai pegawai kerajaan , perpisahan dan penemuan semula

4. Simbol dan reka bentuk

Islam melambangkan kegemilangan tamadun islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. ,

zaman para sahabat , kerajaan bani umayyah dan Kerajaan Bani Abbasiyah serta Kerajaan Turki Uthmaniyyah ... Kesenian Islam banyak terdapat dalam seni bina bangunan masjid, madrasah , istana , pasar dan rumah.

lambang keagungan Maha Pencipta menerusi keindahan hasil kesenian seperti kaligrafi Islam yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Ukiran juga menonjolkan imej geometri , seni khat , bentuk hiasan alam semulajadi (tidak bernyawa).

Senilukis islam tidak berbentuk sesuatu lembaga yang bernyawa sebaliknya bercorak daun pokok dan bunga dan tidak terlalu abstrak sehngga sukar difahami.

China menggambarkan aspek-aspek peperangan , kekerasan dan kematian. berbentuk simbolik kerana suatu yang dilukis mewakili bahagian keseluruhan

kesenian Contoh : buluh lambang sifat semangat jiwa dan jiwa seorang sarjana tersebut. Jed melambangkan unsur ketulinan (purity) dan keabadian ( eterny) Naga mewakili kewibawaan maharaja

21

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Burung jenjang (crane)melambangkan umur panjang (longevity)5. Status

Islam melambangkan kegemilangan tamadun islam pada zaman Nabi

Muhammad s.a.w. , zaman para sahabat , kerajaan bani umayyah dan Kerajaan Bani Abbasiyah serta Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Kesenian Islam banyak terdapat dalam seni bina bangunan masjid, madrasah , istana , pasar dan rumah.

China melambangkan perbezaan kelas dalam masyarakat (kelas bangsawan.) Semasa dinasti Chou bidang kesenian berkait rapat dengan istana feudal dan

maharaja. Zaman Dinasti Han , bidang kesenian berkembang di bawah naungan kelas tuan-

tuan rumah , saudagar dan sarjana Konfucian dalam bidang kaligrafi , puisi , lukisan dan muzik

Contoh pada zaman dinasti Shang pembinaan rumah di bandar mempunyai tiang besar ditengah-tengah rumah dan dikelilingi tiang kecil

6. Perbandingan lain

Islam Seni muzik dalam islam diizinkan selagi tidak melampaui batasan agama. Muzik yang mengkhayalkan diharamkan.

Seni sastera dibenarkan dalam islam melalui bahasa dan kata-kata indah yang mempunyai unsur pengajaran dalam bentuk prosa dan nasyid.

China Banyak mengabadikan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah seperti

maharaja China memerintahkan supaya mengukir patung menyerupai Ibn Batuttah yang pernah melawat China.

Kesimpulan

Ciri utama yang membezakan kesenian islam dan kesenian China adalah dari segi konsep dan amalannya. Kesenian islam lebih menjurus kepada mentauhidkan Allah s.w.t. sebagai pencipta manakala kesenan Cina mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan bangsawan dan keperluan moral.

22

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

3. Bincangkan sejarah kemunculan seni khat serta gaya bentuk yang dapat dilihat pada masjid, istana, dan manuskrip di Sepanyol dan Nusantara

PENDAHULUAN

5. Perkataan khat dalam bahasa Arab bermaksud “garisan indah” dan perkataan kaligrafi berasal daripada bahasa Latin bermaksud “tulisan indah”.

6. Menurut Syeikh Syamsudin al-Akfani, seni khat merupakan ilmu yang memperkenalkan huruf-huruf tunggal dan cara-cara merangkaikannya menjadi tulisan yang tersusun.

7. Seni khat ini lahir serentak dengan kelahiran Islam dan fungsi khat dalam seni adalah untuk mengesakan Allah.

8. Jenis-jenis khat yang dihasilkan antaranya ialah kufi, nasakh, rihan, diwan jali, thuluth, muhaqqaq, riuqi’, ijazah, parisi, rakaah’, taliq, dan nasta’liq. Namun begitu khat Kufi merupakan seni khat yang tertua dan popular.

ISI 5. Sejarah Perkembangan Seni khat.

5.1 Tulisan yang indah mendapat keutaman di sisi orang Islam sebagai bentuk seni yang mempunyai keagungan yang tersendiri. Ini jelas seperti dalam sebuah hadis bermaksud;

“ Keindahan tulisan adalah warisan kamu”5.2 Terdapat beberapa pendapat tentang perkembangan seni khat ini. Antaranya;

i. Ada yang mengatakan ia merupakan anugerah daripada Allah kepada manusia. Allah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam dan ianya diwarisi turun terurun hingga kini.

ii. Ibn Khaldun ada menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal dari Yaman kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Mansir di Heart.

iii. Ada yang berpendapat ianya berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz dan daripada Finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba.

iv. Terdapat juga sumber bahawa seni khat ini berasal daripada tulisan Nabati (Aramai)

5.3 Ramai ahli sejarah bersetuju bahawa seni khat ini berasal daripada Nabati dan kemudiannya samapai ke Hijaz melalui jalan;iii. Jalan dekat dari Nabati ke Batra, Uja, Madinah dan Makkah.iv. Jalan jauh melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, Madinah,

Makkah dan Taif.5.4 Seni tulisan ini dibawa oleh pedagang yang berniaga di Syam dan Iran. Seterusnya

diperkenalkan ke seluruh dunia Islam dan telah mempengaruhi sebahagian tulisan alam Melayu dan Afrika.

6. Perkembangan Seni khat di Sepanyol

6.1 Kerajaan Bani Umaiyah merupakan zaman permulaan perkembangan kesenian Islam di sepanyol.

6.2 Seni khat ini banyak terdapat di Masjid Cordova dan istana Alhamra di Andalus.6.3 Tulisan2 dan seni ukir ini menjadi hiasan di siling dan sekeliling istana. Bentuk dan

pembuatan penyelingan batu-batu warna cerah dan gelap di masjid. 6.4 Aspek yang diutamakan dalam seni bina Islam ini ialah kemasukkan udara dan cahaya

ke dalam bangunan. Ia dihiasi dengan ukiran dan tulisan yang begitu halus.6.5 Terdapat dua jenis seni khat dan ukiran yang terdapat di Sepanyol iaitu khat nasakh

dan khat kufi.6.6 Seni ini diukir pada peralatan senjata seperti pedang dan tombak. Selain itu ia juga

diukir di pinggan mangkuk, barang-barang perhiasan dan tempat menyimpan barangan

23

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

dan sebagainya. Barang2 ini diukir dengan halus dan penuh teliti serta kadang kala bertatahkan batu permata.

7. Perkembangan Seni khat di Nusantara.

7.1 Tulisan khat ini dapat dikesan pada batu-batu nisan, binaan-binaan, dan masjid-masjid.7.2 Terdapat khat yang diukir di batu nesan berbentuk empat segi kepunyaan Syed Ahmad

Mokhtar ibni Martu Talani bertarikh 1467M di Keramat Sungai Udang. Tulisan khatnya ditulis berbentuk bulat diukir dengan cara timbul rendah.

- Terdapat juga batu pedang yang diukir mengandungi kalimah Allah bentuk tegak berupa binatang dan tumbuhan-tumbuhan. Tulisan khatnya bentuk khat kufi.

- Ukiran tersebut dianggap sebagai hubungan antara seni rupa yang mengandungi imej dari alam sekitar serta alam lembaga.

7.3 Seni khat batu nisan di Batu Aceh terdapat ayat-ayat tersusun dalam petak-petak bersegi diukir mengikut bentuk ruang.

7.4 Makam Diraja Mahmodiah (Johor Baharu) ditulis khat thuluth. Manakala batu nisan Makam Diraja Langgar (Alor Setar) ditulis dengan khat Kufi.

7.5 Batu nisan seorang wali Allah di Pekan (Pahang) bertarikh 1028M terdapat tulisan ayat-ayat al-Quran dari surah al-Imran ayat 185 dan surah Yunus ayat 62. Ia jua mengandungi nasihat agama dan kehidupan.

7.6 Batu bersurat Terengganu terdapat khat yang mengandungi nasihat dan perintah bagi menataati hukum-hukum syarak seperti hukum zina dan hutang piutang.

7.7 Khat dalam bentuk ukiran kayu diukir secara ukiran timbul, tebukan tembus yang disusun bersegi atau bujur pada dinding rumah, istana dan masjid.

7.8 Khat pada mata keris pula selalunya mengandungi ayat-ayat al-Quran dan susunan angku wafah tada.

7.9 Khat pada wang emas yang dikeluarkan oleh kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah (1623 – 1677M) dengan rekaan bentuk seni khat permukaan wang.

8. Kepentingan Seni Khat

8.1 Seni khat mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap tamadun itu sendiri kerana seni khat merupakan hasil masyarakat yang maju dan bertamadun.

8.2 Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulis.

8.3 Rasulullah SAW telah menggalakkan penulisan khat melalui sabdanya;“Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana ianya antara kunci sumber rezeki.”

8.4 Khalifah Ali juga pernak berkata;“Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan”

KESIMPULAN : Apa sahaja yang berkaitan4. Bandingkan lima ciri seni bina Islam dalam dunia Arab dan lima ciri seni bina

Rom pada zaman empayar .

Pengenalan

3. Konsep seni bina.

a. Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan yang indah sesuai maksud dan tujuan.

24

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

b. Seni bina melibatkan peralatan,kekukuhan dan memberi kesenangan dan keselesaan kepada pemilik .

c.4. Latar belakang seni bina Rom - dipengaruhi oleh seni bina Etruscan dan Yunani.

3. Seni bina Islam bernula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan pembinaan mesjid Quba dan Nabawi.Bidang seni semakin berkembang bermula zaman Khalifah

Umar al Khattab .

ISI

1.Tujuan

Seni bina Islam menitik beratkan keseimbangan pembangunan Aqidah,syarak dan

akhlak.Penekanannya kepada fungsinya,iaitu untuk pembangunan insaniah (rohani,jasmani dan aqidah).

Dan bukan bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kemegahan . Oleh itu ,senibina Islam mempunyai bentuk yang sederhana dan menitik

beratkan aspek kegunaan.

Seni bina Rom bertujuan untuk memperkukuhkan empayar dan pemujaan kepada Maharaja. Ciri-ciri bangunan dan hiasan ukirannya melambangkan kejayaan dan dan

kehebatan Maharaja. Ini menyebabkan maharaja-maharaja yang memerintah Rom berusaha membina

bangunan yang besar.Bangunan Colosseum melambangkan kehebatan pemerintah Vespasian (Tahun 69M).

2.Kegunaan

Seni bina Islam - mementingkan aspek fungsi setiap bangunan.Ruang dan hiasan seni bina

masjid ,institusi pendidikan(Darul Hikmah) dan bangunanawam yang lain diselaraskan dengan fungsinya.Sebagai contoh seni bina mesjid juga mengambil kira kegunaannya sebagai pusat ibadat,aktiviti kemasyarakatan dan pusat pengajian.

Senibina Rom

- juga menekankan aspek unilitarian dengan membina bangunan awam untuk kemudahan dan kegunaan orang ramai.

- Bangunan Coloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk pelbagai permainan.Bangunan ini boleh mengisi penuntun seramai 50,000 orang.

- Seni bina awam yang lain ialah sarkas,kolam mandi dan saluran air(akueduk).

3.Keselesaan

Seni bina Islam menekankan ruang dalam bangunan yang selesa .Mesjid dibina mempunyai

ruang untuk kemasukan cahaya dan penudaraan untuk keselesaan beribadah.

25

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Sementara itu seni bina rumah kediaman,mempunyai ruang bersifat persendirian dan memisahkan kaum lelaki dan wanita

Seni bina Rom bangunan Rom juga mengambil kira aspek keselesaan.- Kebanyakan bangunannya besar dan luas.Komplek Colosseum 150,000 orang

penuntun untuk menyaksikan perlumbaan kereta kuda.

4.Struktur binaan

Seni bina Islam - ialah bangunan yang dibina kukuh dan selamat untuk masa yang lama. Masjid-

masjid yang dibina di zaman Umaiyyah dan Abassiyah menggunakan teknologi tinggi dan daapat bertahan ribuan tahun.Bahan binaan seperti batu-bata dan besi.

Seni bina Rom- Bangunan-bangunan awam di Rom kebanyakannya dibina dengan menggunakan

batu-bata dan konkrit yang kukuh.Bahan konkrit telah menjadi bahan yang standard dalam pembinaan Aqeduct.

5. Kekemasan bangunan.

Seni bina Islam- di Tanah Arab mementingkan kemasan bangunan untuk memperlihatkan nilai

estatika .- Pembinaan mesjid dizaman Bani Umaiyyah telah dihiasi dengan kemasan yang

berharga .- Masjid Umawi telah dihiasi dengan tiang marmar dan lampu yang hiasan menarik.- Khalifah al-Walid telah menyempurnakan pembinaan masjid Al Aqsa dengan hiasan

batu permata kuning dan hijau.Jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah.

- Kepingan jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah. Kepingan jubin yang berkilat dan berwarna warni digunakan untuk menghiasi mihrab,dinding mesjid dan bumbung istana.

Senibina Rom - sama juga dengan seni bina Islam dihiasi dengan kemasan marmar dan mozek.- Bangunan Pantheon yang dibina oleh Maharaja Hadrian (125M) telah diperkenalkan

dengan hiasan mozek dan lapis dinding daripada batu marmar.

6. Reka bentuk

Seni bina Islam Melambangkan ketaatan kepada Allah. Bercirikan luahan perasaan , keamanan dan tidak bertentangan dengan

kerohanian. Reka bentuk masjid dilengkapi dengan mihrab , kubah dan menara. Kebanyakan kubah berbentuk oval dan melengkung Bulan sabit dan bintang menjadi lambing kesenian islam di puncak masjid dan

istana

Seni bina Rom Dipengaruhi seni bina Yunani dan Asia.

26

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Bangunannya terdiri daripada binaan pintu gerbang , bumbung yang melengkung , arked , kubah , tiang dan bangunan bandar.

Pantheon merupakan sebuah kuil berbentuk kubah yang tidak disokong oleh tiang

7. Hiasan tulisan dan Ukiran

Seni bina Islam Bahagian dalam dihiasi dengan ukiran yang tidak bertentangan dengan akidah

dan akhlak islam. Tulisan khat dan corak aan larat menjadi motif ukiran yang terkenal. Masjid Suriah dihiasi dengan ukiran khat ayat al-Quran yang indah

Seni bina Rom Bangunan dihiasi dengan ukiran portrait dan ukiran timbul Zaman Augustus dan Claudius , tempat pemujaan , tiang bangunan dan pintu

gerbang dihiasi dengan ukiran timbul portrait yang menggambarkan kemenangan dan pencapaian Rom.

Antara ukiran bangunan ialah Imperial Processions dan Spoils From The Temple In Jurusalem.

Kesimpulan : Apa sahaja yang berkaitan

5. Pencapaian Tamadun India dan Tamadun China dalam bidang kesenian merupakan gambaran ketinggian tamadun mereka. Bincangkan.

Pendahuluan 1. Konsep kesenian2. Latar belakang tamadun China3. Latar belakang tamadun India

Isi jawapan

Tamadun India 1. Seni ukir

Pada zaman Indus banyak patung-patung diukir di dinding-dinding gua dan kuil Patung diperbuat daripada batu pasir merah dan bahan logam seperti gangsa dan

tembaga Contoh Tugu Edik Asoka di Sarnath – kekal hingga sekarang

2. Kesusasteraan

Bahasa Sanskrit dan bahasa tamil memainkan peranan penting Hasil sastera India spt syair , nyanyian dan bentuk cerita Kesusasteraan terbahagi 2 iaitu Kesusasteraan Sanskrit dan keusasteraan Tamil

27

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Kesusasteraan sanskrit terbahagi kpd sastera vedik , epik dan sekular Kesusasteraan Tamil terbahagi kesusasteraan sangam , epik , etika dan bhakti Semua hasil sastera membincangkan agama hindu , buddha dan Jainisme Sastera adalah lambang kemegahan masyarakat hindu seluruh dunia Karya buku veda dan epik spt Ramayana dan Mahabharata menjadi ikutan hingga

kini

3. Seni bina

Mohenjo Daro dan Harappa mempunyai struktur binaan yang terancang Rumah-rumah kediaman dilengkap bilik tidur , bilik mandi dan bekalan iir. Terdapat Sistem saliran dan pembentungan bawah tanah , jalanraya yang lurus ,

longkang dan terusan Tempat mandi awam “ The Great Bath “ menunjukkan kemahiran tinggi dalam

seni bina Pada zaman vedik dibina bangunan berbentuk kubah Pembinaan kuil tempat pemujaan seperti di gua Ajanta dan Ellora. Kuil Mahapallipuram kuil termasyhur di India

4. Seni Lukis

Berkembang sejak zaman lampau Dihasilkan oleh golongan kelas menengah dan pelukis-pelukis profesional Lukisan yang tertua ditemui di Gua Jogimara Contoh : Lukisan mural dijumpai di Gua Ajanta Bidang seni lukis juga berkembang semasa pemerintahan Moghul di India

5. Seni muzik

Terbahagi kepada tradisi muzik utara dan selatan India Lagu-lagu suci kitab veda dinyanyikan dalam upucara pengorbanan pada zaman

vedik Muzik bercorak keagamaan ialah Marga Epik-epik agung spt Ramayana , Mahabharata dan Badgayadgitadipengaruhi unsur

muzik

Kesenian tamadun China 1. Seni ukir

Banyak lukisan dan ukiran dibuat di atas kain sutera , tembikar dan sampan Lukisan potret manusia dan gambar-gambar adalah berunsurkan metosdan

peristiwa yang berlaku Ukiran dibuat di atas batu jed , gangsa , tanah iat , kayu dan batu Ukiran juga terdapat dikubur dan dinding-dinding gua Semasa agama Buddha banyak patung Buddha diukir dan dihias dengan cantik Tulisan kaligrafi juga dibuat di atas kain sutera , tembikar dan batu jed.

2. Kesusasteraan China

Berbentuk cerita rakyat dan pepatah. Tulsan ideogram membant dalam penghasilan sastera di Cina Buku Analekta – asas kesusasteraan Cina Ajaran Confucius juga mempengaruhi perkembangan kesusasteraan

28

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Ssu Ma Chien di gelar Bapa Sejarah China dan hasil penulisan bukunya ’Shih Ching’ yang mengisahkan peristiwa yang berlaku 2000 tahun yang lalu.

Karya ’ Chien han Shu atau sejarah Dinasti han yang ditulis Pan Ku , Pan Piao dan Pan Chao

Sebuah kamus yang memuatkan 20 ribu perkataan dihasilakn menjelang tahun 100 SM.

3. Seni Bina

Pembinaaan pengairan dan pengawalan banjir – menunjukkan mereka ada pengetahuan hidraulik

Pembinaan istana tembok , pagar menggunakan lumpur sebagai bahan binaan Pembinaan Tembok Besar China sejauh 2410 km Pembinaan dinding panjang utuk benteng perrtahanan

4. Seni lukis China

Dipengaruhi oleh agama , falsafah dan idea sosial Berasaskan keharmonian antara manusia dan alam Menggambarkan tokoh-tokoh sejarah dengan peristiwa agama Terdapat lukisan pada bekas menyimpan air Memperlihatkan serangan terhadap kubu , menembak , itik-itik liar dan memetik

mulberi Berlandaskan lukisan confucius dan landskap menggambarkan gunung

5. Seni Muzik

System muzik tersendiri Zaman Dinasti Chin – Maharaja Shih Huang Ti telah memusnahkan buku dan

peralatan muzik Zaman dinasti Han ditubuhkan Jabatan Muzik Diraja bertujuan menyelaraskan

pitch dan membina arkib muzik

Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan

29

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

6. Huraikan perkembangan seni bina tamadun Rom dan Alam Melayu.

Pengenalan

-Seni bina boleh di definasikan sebagai salah satu seni yang berhubungkait dengan kecekapan merancang dan membuat binaan atau bangunan yang indah dan sesuaidenagn sesuatu maksud atau tujuan dibina.

-Perkataan seni bina atau ‘architecture’ telah digunakan sejak tahun 1563M dan ia berasal daripada perkataan Latin atau Greek.perkataan arshufektari dalam bahasa Greek dan architecture(Latin) membawa maksud tukang atau ‘chief craftman’.

-Seni bina mempunyai tiga syarat utama iaitu barangan, kekukuhan dan kesukaan atau kesenangan.Aspek barangan merujuk kepada peralatan untuk membina bangunan.manakala kekukuhan pula adalah hasil pembinaan yang kuat.Kesukaan pula adalah bangunan yang dibina mesti memberikan kesenangan dan keselesaan kepada penghuni.Secara umumnya senibina merangkumi aspek emosi, estatik dan politik.

-Seni bna adalah salah satu aspek yang boleh dilihat dan melambangkan pencapaian sesuatu tamadun dari segi fizikal dan teknologinya.Ia membolehkan manusia pada zaman ini menilai sejauh mana sesuatu bahasa pada zaman silam telah memberi penekanan kpd. aspek kretiviti, sensitivity, persekitaran, apreasiasi dan teknologi dalam pembinaan.

Isi

A) Perkembangan seni bina tamadun Rom -Seni bina manusia telah bermula sejak manusia membina tempat perlindungan dan kediaman untuk melindunginya dari hujan, panas dan gangguan binatang.Seni bina Rom bermula apabila masyarakat Rom meniru arca-arca atau binaan orang Etruscan dan mereka membina bidang-bidang baru yang tidak pernah di fikirkan oleh orang Greek sebelumnya.

-Pada peringkat awalnya orang Rom tidak pandai membina dengan keindahan dan perhiasan yang sangat menarik yang di dapati dalam rumah-rumah berhala di Athens tetapi mereka boleh menyukat jarak yang lebih luas dan oleh sebab itu mereka boleh membina bangunan yang lebih besar daripada orang Greek.

-Bidang seni bina Rom berkembang pesat semasa Rom mengalami zaman keamanan.Pada masa maharaja Augustus, baginda telah berusaha untuk menjadikan Rom sebagai pusat kesenian dan kesusasteraan purba.Banyak bangunan seperti gymnasium, perpustakaan dan dewan muzik di bina.Orang Rom telah membina teater kekal daripada batu pada akhir abad pertama s.m.Pentas dan tempat duduk penonton di satukan membentuk satu

30

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

linkungan berbentuk D.Teater baru yang pertama didirikan oleh Marcrellus pada abad pertama s.m.

-Perkembangan seni bina Rom telah melahirkan cirri-ciri seni bina yang tersendiri.Seni bina Rom mempunyai cirri-ciri seperti lengkungan, basilica, dom dan gerbang.Contohnya gerbang ialah salah satu bentuk dan kaedah yang digunakn dalam pembinaan.Gerbang ini diperkenalkan oleh orang Rom.Sistem seni bina ini membolehkan pembinaan struktur yang lebih luas tanpa sokongan.Ciri-ciri seni bina Rom dipengaruhi oleh unsure seni bina Yunani dan Asia.Bahan binaan yang di gunakan terdiri daripada batu-batan dan konkrit.

-Seni bina istana Di antara seni bina yang menunjukkan pembinaan yang unggul ialah istana Emperor atau Maharaja Augustus yang terletak di atas bukit Palatine.Pembinaan istana ini bermula pada tahun 31 s.m dan berakhir pada 14 Januari 26 s.m.walaubagaimanapun sebahagian istana ini telah musnah terbakar pada tahun 3 M.Kerja-kerja pebinaan di lakukan semula dengan mendapat sumbangan rakyat dan kerja-kerja ini di tamatkan selepas kematian Emperor, Augustus pada tahun 14 M.Peninggalan istana ini masih kekel dan dilengkapi denagn sebuah perpustakaan serta kuil yang berdekatan.

-Seni bina kuilDi antara seni bina Rom yang melambangkan ketinggian seni binanya ialah Patheon yang didirikan pada abad pertama s.m.Namun demikian kuil ini di bina semula oleh Emperor Hadrian antara tahun 120-125 M.Seni bina Rom mencapai kemuncaknya pada zaman Trogan dan Hadrian.Pembinaannya mempunyai cirri-ciri seni bina Greek dan di perbuat daripada batu granit bewarna kelabu serta merah jambu.Keunikan bangunan ini terletak pada diameter yang sama dan ketinggiannya lebih kurang 141 kaki dan 9 inci.Di samping itu domnya tidak di sokong oleh Tiang atau tembok.-ForumPada abad pertama s.m setiapbandar Rom mempunyai kawasan awam utam yang di kenali sebagai forum.Forum didirikan di sebelah persimpangan jalan-jalan utama dan di gunakan untuk pelbagai bidang seperti agama, sivik,dan perdagangan.Menjelang pertengahan abad pertama s.m desakan penduduk menyebabkan banyak forum didirikan untuk kegiatan-kegiatan berlainan.Forum baru dibina oleh Julius Caesar di tepi forum Rom lama.Pelan forum ini kenudian dijadikan contoh dan ditiru oleh maharaja-maharaja selepasnya.Pada akhir abad pertama s.m, deretan tiang di bina di sepanjang jalan-jalan utama di bandaraya Rom.Deretan itu dibina untuk mengasingkan laluan tepi jalan dengan jalan bertutup serta memberikan perlindungan daripada panas matahari dan hujan lebat.Lazimnya jalan dengan deretan tiang fdi sudahi dengan gerbang.

-Seni bina stadiumPerkembangan seni bina Rom boleh dilihat seterusnya dalam bentuk stadium.Diantara seni bina Rom yang unik dan dapat dilihat sehingga hari ini ialah Colloseum.Colloseum merupakan gelanggang atau stadium besar berbentuk melengkung yang boleh memuatkan lebih 45 ribu orang penonton.Pembinaan bermula pada tahun 72 M dan di siapkan semasa pemerintahan Emperor Titus pada tahun 80 M.Colloseum adalah tempat didakan pertandingan di antara pahlawan Rom dengan binatang luas(Gladiator).Ia terdiri daripada tiga tingkat yang mempunyai ketinggian yang berbeza.Tingkat pertama setinggi 34 kaki dan 5 inci, tingkat kedua mempunyai ciri-ciri seni bina ionic dan tingginya 38 kaki dan 8 inci manakala tingkat tiga pula setinggi 37 kaki dan 10 inci.colloseum juga di kenali sebagai perani flaria di Rom.

B) SENI BINA TAMADUN MELAYU

-Seni bina melayu meliputi bangunan,pintu gerbang,perkampungan,makam,masjid,hiasan dan keadaan keliling.Seni binanya mewakili kehendak masyarakat dan melambangkan kesenian mereka.Sebelmu kedatangan Islam,seni bina melayu banyak dipengaruhi oleh

31

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

seni bina India.Kesan pengaruh seni bina India dapat diperhatikan pd candi-candi yg didirikan di Pulau Jawa.Candi-candi terawal didirikan sekitar abad ke 8 dan 9 masihi semasa pemerintahan Sanjaya dan Sailendra di Jawa Tengah.Tradisi seni bina yang terdapat pd candi-candi ini melambangkan campuran ciri-ciri senibina Hindu-Budhha dan Indonesia.Tradisi pembinaan tembok batu dan kekubah melengkung mencapai tahap kesempurnaan dgn pembinaan candi Borobudur dan kompleks kuil di Prambanan.

- Pengaruh India dalam bidang senibina berkurangan selepas berlaku pemindahan kuasa pemerintahan ke Jawa Timur pada abad ke 11 masihi.Selepas itu tradisi senibina tempatan menjadi lebih berpengaruh.Tradisi tempatan dapat dilihat @diperhatikan pd ukiran patung yg melambangkan seni wayang kulit Jawa yg amat popular pd zaman Majapahit.selain candi-candi terdapat juga binaan @senibina yg dikenali sebgai Gapura.Gapura terkenal adalah candi Jedong.Cnadi Plambangan dan Candu Bajang Ratu.

-Selepas kedatangan Islam,senibina melayu menerima pengaruh Islam.Banyak masjid didirukan menjelang abad ke 15 dan 16 selepas penubuhan kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu.senibina masjid Alam Melayu disesuaikan dgn keadaan iklim dan bahan tempatan seperti kayu yg mudah diperolehi.Senibina masjid menirima pengaruh daripada seni bina Arab Turki,Iran,India,China dan Barat.Ciri2 utama bangunan masjid ialah bumbung berbentuk atap tumpang,rumah kamoung,limas,potong bawang dan berbentuk bertingkat dan berpayung.

-Senibina rumah Melayu tradisi pula terbahagi kpd 2 jenis iaitu Rumah Bumbung Panjang dan Rumah Bumbung Limas.Rumah bumbung panjang pula terdiri pelbagai bentuk dan dibina secara meluas pd zaman dahulu tanpa menggunakan paku tetapi memerlukan tenaga buruh yg ramai.Rumah bumbung limas pula lahir pd abad ke 19 dan dikenali sebagai perabung lima.Rumah ini juga mengalami perubahan hingga mendapat nama Rumh Limas Potong Perak dan akhirnya menjadi Rumah Limas Bumbung Berlapis.rumah ini dibina menggunakan kayu,papan dan paku.Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh factor agamg,iklim dan nilai social masyrakat.-Senibina pintu gerbang,kota dan kubu merupakan seni bina Melayu.Pintu gerbang dibina drpd kayu atau buluh dan dihias dgn kertas @kain yg berwarna-warni.Kota pula biasanya dikelilingi parit dan mempunyai benteng pertahanan yg kukuh utk mengelakkan serangan musuh serta menjaga keselamtan raja dan keluarganya.Kota2 yg didirikan oleh raja2 Melayu biasanya dikenali sebagai istana kota.Kubu pertahanan didirikan utk mempertahankan diri dari serangan musuh.Kubu2 ini dilengkapi tanah yg ditambak dgn pancangan kayu sesak.-Senibina orang Melayu dapat juga dilihat pada batu-batu nisan di makam-makam.Makam dibina di kawasan khas atau kawasan masjid.Senibina makam orang Melayu berbeza dari segi bentuk dan hiasan.Makam yg dibina oleh keluarga diraja dan pembesar adalah besar manakala makam rakyat biasa adalah kecil dan sederhana.Senibina makam adalah unik dan dihias dgn corak seni bina Melayu berunsur keagamaan khususnya agama Islam selepas kedatangan Islam di Alam Melayu.

KESIMPULAN.-Senibina tamadun Rom dan Alam Melayu adalah dua senibina yang berbeza dan dipengaruhi oleh senibina tamadun sebelumnya atau tanadun disekitar berhampirannya.Seni bina Rom banyak dipengaruhi oleh perkembangan seni bina Etruscan,yunani atau Greek.Manakala seni bina Melayu banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling,iklim,agama, dan tradisi dan kesenian tempatan

32

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

7. Seni bina melambangkan pencapaian sesuatu tamadun dari segi teknikal dan teknologi. Merujuk kepada Tamadun Mesir dan Tamadun Melayu, bincangakan pencapaian tamadun ini dalam bidang seni bina.

Pendahuluan

-Definisi seni bina-Syarat penghasilan seni bina-Kepentingan / tujuan pembinaan

Isi

A) Seni Bina Mesir

-Masyarakat Mesir mampu membina monumen yang besar seperti piramid,candi-candi diraja, mastaba dan rumah berhala.

-Piramid dianggap sebagai salah satu keajaiban di dunia.

-Menjelang 3200s.m mereka mula menggunakan batu-bata untuk kerja-kerja pembinaan

-Candi dikenali sebagai mastaba didirikan untuk menyimpan peninggalan barang si mati.mastaba tertua dibina di Sakkara-mengandungi 5 bilik di bahagian kubur dengan 27 stor di bahagian atasnya

-Tahun2800s.m pembinaan piramid tangga yang merupakan menara batu pertama di dunia. Piramid ini mempunyai ketinggian 67 meter dan terdapat 6 tangga di tengah-tengah kompleks bangunan seperti istana, dewan, mastaba dll. Piramid ini telah dibina oleh Wazir imhotep.

-Antara Piramid-piramid terkenal di Mesir ialah Bend Piramid di Dahshur, Piramid Medium dan tida Piramid di Giza (Piramid Cheops,Chepren dan Mycerinus)

-Rumah berhala merupakan tempat persemadian raja dan pembesar-tradisi pembinaan rumah berhala tidak mengalami perubahan sepanjang tempoh Zaman Kebudayaan

-Orang awam tidak dibenarkan memasukinya, orang kehormat dan pembesar istana dibenarkan masuk ke dewan dan bilik tengah.hanya Firaun dan sami besar memasuki tempat suci.

-Rumah berhala terkenal ialah Kuil Amur di Luxor,Kuil Amun di Karnak dan Kuil hatshepsut di Dier-al-Bahri

B) Seni Bina Melayu

-Seni bina Melayu meliputi bagunan, pintu gerbang, perkamoungan, makam masjid dll.

-Sebelum kedatangan islam dipengaruhi oleh pengaruh India. Pengaruh India boleh dilihat di Pulau Jawa semasa pemerintahan Dinasti Sailendra. Tradisi pembinaan ini melambangkan campuran pengaruh Hindu-Buddha dan Indonesia.-Antara candi-candi penting di Pulau Jawa adalah seperti Candi Gunung Wukir, Candi Badut, Candi Kalasan, Candi Borobodur,Candi Sari, Candi Kidal, Candi Singasari dll.

-Di dalam candi-candi terdapat patung-patung seperti patung Siva,Vishnu,dan Brahma.

33

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

-Candi Borobodur merupakan lambing keagungan seni bina Indonesia-Monumen besar berbentuk gunung dan didirikan bertingkat-tingkat. Terdapat 9 tingkat dan setiap tingkat terdapat Stupa yang mengandungi patung Buddha.pada dinding terukir kehidupan Buddha dan ajaran agamanya.

-Selepas kedatangan islam, seni bina melayu menarima pengaruh islam. Pengaruh islam dapat dilihat pada bangunan-bangunan seperti masjid dan madrasah

-Seni bina masjid menerima pengaruh Arab,Turki, Iran,India dan Barat cirri-ciri utama bangunan masjid ialah bumbung berbentuk atap tumpang,rumah kampung, limas, potong bawang dan berbentuk paying.

-Di Nusantara tidak terdapat satu cirri khusus reka bentuk masjid. Setiap negara mempunyai reka bentuk tersendiri. Masjid Negara Malaysai mempunyai bentuk paying

-Seni bina rumah melayu adalah Rumah Bumbung Panjang dan Rumah Bumbung Limas. Rumah Melayu Melaka merupakan Rumah Melayu Panjang.

-Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh factor-faktor agama, iklim dan nilai sosial masyarakat.

-Tradisi seni bina Melayu juga dapat dilihat pada pembinaan pintu gerbang, pembinaan kota dan istana serta batu-batu nisan di makam

Kesimpulan

-Seni bina Mesir lebih unik dan canggih-Seni bina Melayu banyak menerima pengaruh-pengaruh luar-Namun peninggalan hasil-hasil seni bina menggambarkan pencapaian tamadun ini.

8. Galurkan sumbangan Tamadun Eropah dalam bidang kesenian pada zaman Renaissance.

Pendahuluan

1. Renaissance berasal daripada perkataan Perancis yang bererti kelahiran semula atau pemulihan. Perkataan tersebut merujuk kepada pemulihan budaya di Eropah. Zaman Renaissance bermula dari pertengahan kurun ke-14 hingga ke kurun 16. Pada zaman tersebut orang- orang Eropah mula menghasilkan kesenian dan kesusasteraan yang baru.

34

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

2. Gerakan Renaissance bermula di Itali pada tahun 1300-an, berikutan perkembangan ekonomi antara Itali dengan negara –negara eropah yang lain menyebabkan gerakan Renaissance turut tersebar ke negara- negara tersebut. Ramai penuntut dan pelukis dari Eropah telah berhijrah ke Itali untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mempelajari karya-karya kesenian Itali.

3. penciptaan alat pencetakan pada kurun ke-15 telah membantu perkembangan Renaissance di Eropah. Bidang kesenian turut berkembang pada masa tersebut dengan Florence menjadi pusat kesenian yang pertama di Itali. Bidang kesenian ini mendapat tempat dalam masyarakat dan dinaungi oleh saudagar- saudagar dan pemodal- pemodal yang kaya.

4. kesenian ialah karya yang diciptakan dengan bakat atau hasil sesuatu ciptaan yang indah dan membawa keseronokan kepada masyarakat dari segi jiwa dan minda. Kesenian juga didefinisikan sebagai salah satu aspek keilmuan yang mempunyai unsur- unsur kehalusan yang berkaitan dengan sesuatu aktiviti kerja yang mendatangkan faedah kepada manusia. Kesenian terbahagi kepada seni halus dan seni gunaan yang merangkumi kesusasteraan, seni muzik, seni bina, seni ukir, seni lukis dan seni drama.

Isi

1 .Dalam aspek seni bina, banyak gereja , istana, dan dewan perbandaran dibina di seluruh Eropah pada zaman tersebut. Seni bina Rom dan Yunani terutamanya struktur dom dan tiang telah diminati kembali oleh masyarakat Eropah. Pakar seni bina yang terkanal ialah Fillipo Bruelleschi. Beliau mengasaskan pembinaan bangunan zaman Renaissance iaitu Innocent Hospital. Seorang lagi arkitek yang terkenal ialah Donato Bramante, beliau telah membina semula gereja St. peter mengikut bentuk baru pada tahun 1506.

2. Seni lukis dan seni arca lebih masyur daripada seni bina. Tumpuan diberikan kepada benda-benda hidup dan bentuk badan manusia. Antara pelukis yang termasyur pada masa itu ialah Michelangelo (1475-1564) yang berasal dari Itali. Beliau terkenal dengan sebagai seorang pelukis, pengukir dan arkitek. Beliu sangat kagum dengan bentuk badan manusia. Ukiran beliau seakan-akan batu menghidupkan batu yang diukir. Pada tahun1504 beliau telah mengukir patung David yang sangat terkenal. Beliau juga mengukir patung nabi Musa, Night, Dawn dan Day. Ia merupakan sebahagian daripada tugu peringatan Medici. Satu daripada hasil karyanya yang penting ialahnisa sebuah lukisan yang dilukis di bumbung Gereja Sistine di Rom. Lukisan tersebut menggambarkan kejadian manusia yang mengambil masa 4 tahun untuk menyiapkannya.

3. L eonardo Da Vinci (1452-1519) yang berasal dari Itali adalah seorang pelukis yang hebat daya imaginasinya. Hasil lukisannya terkenal di seluruh dunia ialah Mona Lisa dan The Last Supper. Kedu-dua karya itu dianggap sebagai hasil karya terkemuka sekali di dunia ini. Beliau jugatelah memperkenalkan tulisan cermin yang mengandungi huruf-huruf songsang yang masyur. Pengukir lain yang terkenal ialah Lorenzo Ghiberti dan Donatello.

4. Muzik dan drama juga berkembang pesat pada zaman Renaissance. Beberapa Alat muzik baru seperti biola, gitar, seruling, trompet,harp,dan lyre telah dicipta. Renaissance juga m,emperlihatkan permulaan opera iaitu sejenis drama dimana wataknya menyanyi dan tidak bercakap. Istana Burgundy memainkan peranan penting dalam perkembangan sejarah muzik. Pemuzik-pemuzik zaman renaissance telah menggabungkan semua irama muzik. William Shakespare (1564-1616) merupakan seorang penulis drama yang ulung pada zaman Renaissance. Antara

35

Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

karyanya ialah Henry v, Ricard III, Hamlet, Romeo dan Juliet, Macbeth dan Julius Caesar.

5. Dalam bidang kesusasteraan pula, hasil karya golongan Humanis telah menyebabkan perkembangan kesusasteraan. Mereka telah menhasilkan karya dalam bahasa Itali ,Inggris dan German yang lebih mudah difahami . Antara karya agong yang dihasilkan ialah Syair pencintaan Swan Book oleh Petrarch, Decameron karangan Boccacio,The Divine Comedy oleh Dante Alighieri, The prince eleh Niccolo Machiavelli dan lain-lain

Kesimpulan

-gerakan Renaissance telah membawa perkembangan dalam bidang kesenian.-perkembangan ini membawa kepada keinginan untuk kebebasan berkarya di samping menghidupkan kembali kegemilangan kesenian Yunani dan rom

36