bab 1 pengenalan ilmu ketamadunan-jess

Upload: elliza-ishak

Post on 08-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

copyright goes to who ever make this slide

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN ILMU KETAMADUNANDr. Jessica Ong

  • PengenalanBeberapa persoalan yang berbangkit dalam tamadun dan ketamadunan, antaranya;Apakah tamadun?Apakah landasan dalam memahami pengertian tamadun?Apakah ukuran tahap pencapaian ketamadunan?Apakah rujukan dalam menentukan sesuatu bangsa, masyarakat bertamadun?Dengannya seseorang boleh membuat ukuran bertamadun atau tidak bertamadun sesuatu masyarakat atau bangsa

  • Pengajian Ketamadunan dan Sejarah TamadunPengajian ketamadunan ialah;Pengajian tentang teori, konsep, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak.Sejarah tamadun ialah;Merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesebuah tamadun seperti pencapaian, kejatuhan atau ringkasnya mengenai masa lampauKedua-dua pengajian tidak dapat dipisahkanPengajian ketamadun merupakan bidang yang sangat hidup, anjal, luas dan bersifat berkait.

  • Takrif dan Ciri Tamadun1. Bahasa ArabTamaddun, hadarah, madaniyyah, thaqafah dan nahdahDari sudut etimologinya tamadun berasal dari kalimah maddana yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar serta memperhalusi budi pekerti. Drpnya timbul perkataan madani yang merujuk satu cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti.

  • Di antara penulis pelopor ialah Jurji Zaidan, Farid Wajdi , Muhammad Abduh dan Malik BennabiJurji Zaidan memperkenalkan istilah tamadun secara khusus dalam karyanta Tarikh al-Tamadun al-Islami.Muhammad Abdul menggunakan istilah madaniyyah

  • Ibn Khaldun menggunakan istilah umran yang merangkumi sosial dan budaya. Ia juga mengaitkan hubungan antara manusia, alam dan Penciptanya.Beliau juga menggunakan istilah umran hadhari dan umran badawi. Ianya merujuk kepada proses yang dilalui oleh masyarakatBerdasarkan Teori kitaran oleh Ibn Khaldun, beliau mengandaikan jangka hayat bertahan sekitar tiga jenerasi, iaitu;

  • Generasi awal: Memiliki semangat juang, semangat kekitaan dan solidariti yang tinggiGenerasi pertengahan: Memiliki keupayaan intelek, ilmu dan kemahiranGenerasi akhir: Mulai lemah, kemewahan, kehilangan adab yang membawa kepada kerosakanBeliau juga mengemukakan teori al-taawun iaitu teori berasaskan kebolehan, bakat dan keperluan anggota masyarakatKonsep ini membawa perubahan kehidupan dari badawi kepada hadhari

  • Sambungan2. Bahasa InggerisPerkataan civilization dan culture digunakan secara bertukar ganti bagai mengambarkan erti tamadun.

    3. Bahasa MelayuIstilah popular ialah perkataan tamadun dan peradaban, keduanya adalah pinjaman daripada Bahasa ArabAda juga menggunakan istilah maju dan kemajuan atau pembangunan, tetapi istilah ini lebih sempit daripada tamadun.

  • Ciri-Ciri TamadunWujudnya sistem kepercayaan dan agamaKewujudan penempatan manusiaPeningkatan kualiti kehidupanKewujudan sistem organisasi dan institusi sosialKemunculan satu bahasa dan beberapa bahasa, sistem tulisan yang menjadi pengantaraan komunikasiKewujudan sistem perundangan yang teraturKelahiran dan peningkatan daya cipta dalam teknologi dan pembinaan

  • Kepercayaan, Agama dan TamadunHubungan antara tamadun dan agama betitik tolak kepada konsep manusia sebagai penggerak tamadunDibuktikan tamadun-tamadun besar seperti Aztec, Sumeria, Babylonia, Mesir Purba, China, Indus-Ganges mempunyai tradisi sistem kepercayaan dalam tamadun merekaAgama membentuk pandangan semesta seseorang dan masyarakat

  • Tidak semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama seperti tamadun Barat yang lebih cenderung memisahkan nilai2 agamaTerdapat juga beberapa tamadun yang terkumpul pelbagai agamaUmumnya para sarjana mempunyai dua pandangan terhadap agama, iaitu;Agama mempunyai pengaruh yang besar terhadap tamadunPeranan agama dalam pembinaan tamadun diragui

  • Hubungan Antara Tamadun dan BudayaBudaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaranya dan menguruskan kehidupan bermasyarakatTamadun berbeza dengan budaya dalam dua keadaan;Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lama berbanding pengaruh dan natijah budaya.Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara dan wilayah tertentu.

  • Tamadun dan BangsaBangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentuTamadun bersifat universal yang merentasi sempadan geografiTamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun tamadun melampaui batasan kebangsaanImej sesuatu tamadun ditentukan oleh bangsa, cthnya tamadun Islam berkembang di Alam melayu memperlihatkan imej kemelayuan dan dalam masa yang sama meletakkan Islam sebagai sistem nilai

  • Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosatan TamadunFaktor pendorong kemunculan tamadun2 di dunia;Kedudukan yang strategikRangsangan keagamaan dan kerohanianPerkembangan ilmu dan penghayatan nilaiPeningkatan kemahiran dan penghalusan teknologiPersaingan dengan tamadun lain

  • Faktor kemerosatan tamadunJurang sosialKezalimanKeruntuhan morakJumudBencana alam

  • Persamaan dan Perbezaan Antara TamadunAlam SekitarKeluargaMasyarakatKerajaanEkonomiPendidikanKesihatan dan kesejahteraan

  • Interaksi Antara TamadunTelah wujud interaksi antara tamadun sama ada diperingkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan sebagainyaInteraksi membawa kesan positif dan negatifKewujudan interaksi disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta hormat menghormati antara tamadunInteraksi memungkinkan percambahan pemikiran dan budaya serta mengelakkan kejumudan yang membawa kemerosatan tamadun

  • Jenis-Jenis yang WujudInteraksi dalam budaya yang samaMerujuk kepada hubungan budaya dalam sesuatu kaumContohnya masyarakat Melayu yang terdiri pelbagi suku kaum seperti bugis, jawa, banjar dllContoh, hubungan masyarakat Islam Hindu di India. W/pun mereka berbeza agama namun penerimaan budaya berlaku antara mereka

  • Interaksi antara Budaya dan Tamadun yang BerbezaIanya merujuk kepada satu kaum yang berbeza budaya dan kepercayaan saling berinteraksiContohnya interaksi masyarakat Islam dan Buddha di Asia Tenggara. W/pun berbeza agama namun hormat kepada kebebasan agama berlaku

  • Interaksi antara Tamadun Kuat dengan yang LemahInteraksi antara Islam dengan Yahudi, Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung ArabIslam memberi jaminan kepada hak2 mereka spt kebebasan beragama dll

  • Contoh Interaksi dalam SejarahInteraksi antara Islam dan Konfusianisme bermula sejak kurun ke 7M melalui hubungan perdagangan antara saudagar Parsi dengan saudagar CinaTerdapat saudagar Arab dan Parsi bermastautin di China dan berlakunya perkahwinan antara merekaBeberapa tokoh Islam memberi sumbangan kepada pemikiran Konfucianisme

  • DIALOG ANTARA TAMADUN/PERADABANPengertian DialogZaman dialog menggantikan Zaman Monolog yang telah berlalu akibat daripada perkembangan sains dan teknologidialog menjadi perlu akibat kesedaran yang muncul kepelbagaian masyarkat manusia di dunia dari segi geografi budaya dan agamaDialog boleh dijadikan mekanisme perpaduan yang berkesan, meneruskan semangat muhibah seterusnya membantu membentuk tamadun Malaysia

  • Pembudayaan dialog di MalaysiaSejak 1980-an telah berlaku dialog antara agama, yang hanya melibatkan sarjana, ahli agama dan cendikiawandialog dalam kehidupan harian berlaku melalui proses kerjasama, berkomunikasi, hidup bersama2 seperti pekerjaan, sekolah, kemudahan, pengangkutan awam dll.

  • Prinsip-Prinsip dialogMemahami dan menyedari tujuan utama dialogMemberi manfaat kepada kedua-dua pihak terlibatDijalankan dengan ikhlasBerupaya menjelaskan pandangan yang dipegang dengan jelasMemahami persepsi dan pengalaman rakan dialogBerhemah semasa memberikan pandanganTidak mempunyai prejudis

  • Halangan Kepada dialogBertukar agama (conversion)Rasa rendah diri, iaitu tidak bersedia untuk berdialogSindiran sosial, perasaan tidak senang dengan pihak yang mempersoalkan ketulenan iman apabila berbaik2 dengan agama lain dan dllSyak wasangka, curiga terhadap penganjur dan pendialog terhadap tujuan dialog diadakan.

  • Faktor Kelemahan dan Kejatuhan Tamadun1. Perpecahan organisasi sosial2. Ketidakadilan dalam ekonomi3. Berleluasa kezaliman dan penindasan4. Keruntuhan moral5. Wujud sikap tertutup terhadap perubahan6. Bencana alam dan serangan musuh

    ********