pengenalan ilmu ketamadunan- titas

14
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Upload: zaidatulizwannah

Post on 08-Dec-2015

122 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

written by a lecturer from University of Malaya*copyrights belongs to the author*

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

  • KONSEP TAMADUNTAKRIF TAMADUN

    Gambaran pencapaian kemajuan rohani dan jasmani masyarakat dari sudut pengetahuan dan fizikal.

    Berasal dari perkataan maddana = membuka bandar & memperhalus budi pekerti

    Maddana dan madani berasal daripada perkataan Deen = kehidupan beragama

    Tamadun menekankan 2 perkara :1) kehalusan budi pekerti2) pembangunan perbandaran

  • Ibnu Khaldun:menggunakan istilah `umran hadhari & `umran badawi bagi menjelaskan tahap pencapaian masyarakat.

    mengemukakan teori jaringan sosial melalui pembahagian peranan berasaskan kebolehan, bakat & keperluan anggota masyarakat ; al-taawun ( division of labour).

    Civilization:berasal dari bahasa latin civitas = bandar @ kota, menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dengan kemajuan kebendaan.merujuk makna budaya (culture) dan masyarakat (society).

  • CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

    Wujud sistem kepercayaan dan agama. Wujud penempatan.Peningkatan kualiti kehidupan & kehidupan stabil.Sistem organisasi dan institusi sosialKemunculan bahasaPerundangan , sistem nilai dan moral yang berwibawa.Peningkatan daya reka cipta dalam bidang sains dan teknologi.Perkembangan kreativiti dalam falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika.

  • KEPERCAYAAN, AGAMA & TAMADUNAgama membentuk pandangan semesta/ tindakan masyarakat.Terdapat pelbagai agama yang berbeza di bawah satu tamadun.

    Thomas Berry: tamadun tamadun timur seperti Tamadun Cina & India difahami dengan merujuk kepada agama-agama besar. Asia.Ali Shariati & Edward Sullivan: mengiktiraf peranan Islam dlm pembinaan Tamadun Islam.Muhammad Abduh: membuat generalisasi bahawa semua tamadun dibangunkan atas asas agama.

  • HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYADalam kehidupan bertamadun, masyarakat dicirikan sebagai berbudaya tinggi dan terpuji.

    Budaya merujuk tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran dalam menguruskan kehidupan secara kolektif.

    Perbezaan antara tamadun dan budaya: Pengaruh/ natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding pengaruh/ natijah budaya. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan/ wilayah sedangkan budaya dikaitkan dengan negara/ wilayah tertentu.

  • HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSASesuatu bangsa mempunyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.

    Tamadun bersifat universal merentasi sempadan geografi dan melampaui batasan bangsa. Terdapat tamadun yang dibangunkan lebih daripada satu bangsa.

  • KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

    Kedudukan strategikRangsangan keagamaan/ kerohanianPembangunan ilmu dan penghayatan nilaiTekanan kehidupan Persaingan /Interaksi dengan tamadun lain

  • KEMEROSOTAN TAMADUNJurang sosialKezalimanKeruntuhan moralSikap tertutup/ jumudMalapetaka (bencana alam & penyakit)

  • PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUNAlam sekitarKeluargaMasyarakat/ komunitiKerajaanEkonomiPendidikanKesihatan dan kesejahteraan

  • INTERAKSI ANTARA TAMADUN

    Kepentingan interaksi:perkembangan / kelangsungan tamadun perdamaian & keharmonian.keterbukaan

    Contoh interaksi: lingkungan budaya yang samabudaya dan peradaban yang berbezaperadaban yang dominan dengan yang tidak dominan

  • DIALOG ANTARA TAMADUNPrinsip-prinsip dialog:

    Memahami tujuan utama dialogMerupakan dialog yang bermanfaatIkhlasMenjelaskan pandangan dengan jelasMemahami persepsi/ pengalaman rakan dialogTidak prejudisBerhemah

  • Halangan kepada dialog:

    1)Bertukar agama2)Rasa rendah diri3)Sindiran sosial4)Syak wasangka

  • KESIMPULAN

    Kumpulan etnik di Malaysia perlu bersatu di atas nilai-nilai sejagat.

    Perlukan pendedahan dan menyelami latar belakang tamadun dan budaya yg berlainan

    Ilmu ketamadunan penting ke arah pencapaian matlamat masyarakat yang berperadaban.

    Dialog antara peradaban semakin penting selepas pelbagai peristiwa bersejarah yang berlaku.

    **************