sn-rph

6
Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tarikh 16-4-2015 (Khamis) Masa 12.40 p.m. – 1.40 p.m. Kelas/ Bilangan murid 4K / 31 orang Tema Sains Fizikal Topik 6.0 Pengukuran Standard Kandungan 6.2 Mengaplikasikan pengetahuan tentang luas Standard pembelajaran 6.2.1 Menyatakan luas ialah saiz sesuatu permukaan 6.2.2 Mengukur luas permukaan satu objek menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1 cm 6.2.3 Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik iaitu milimeter persegi (mm²), sentimeter persegi (cm²), meter persegi (m²), dan kilometer persegi (km²) Pengetahuan sedia ada murid 1. Murid mengetahui bahawa konsep luas adalah berkaitan dengan permukaan sesuatu objek. 2. Murid pernah menggunakan unit piawai luas seperti meter persegi dan kilometer persegi dalam kehidupan seharian. Pada akhir pengajaran, murid dapat 1. Menyatakan luas ialah besarnya sesuatu permukaan 2. Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik dan memberikan contoh objek untuk setiap unit 3. Mengukur luas permukaan sesuatu corak menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1 cm Kemahiran Memerhatikan, mengukur dan menggunakan nombor,

Upload: alexander-ngu

Post on 10-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gd

TRANSCRIPT

Mata pelajaranDunia Sains dan Teknologi (DST)

Tarikh16-4-2015 (Khamis)

Masa12.40 p.m. 1.40 p.m.

Kelas/ Bilangan murid4K / 31 orang

TemaSains Fizikal

Topik6.0 Pengukuran

Standard Kandungan6.2 Mengaplikasikan pengetahuan tentang luas

Standard pembelajaran6.2.1Menyatakan luas ialah saiz sesuatu permukaan6.2.2Mengukur luas permukaan satu objek menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1 cm6.2.3Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik iaitu milimeter persegi (mm), sentimeter persegi (cm), meter persegi (m), dan kilometer persegi (km)

Pengetahuan sedia ada murid1. Murid mengetahui bahawa konsep luas adalah berkaitan dengan permukaan sesuatu objek.2. Murid pernah menggunakan unit piawai luas seperti meter persegi dan kilometer persegi dalam kehidupan seharian.

Pada akhir pengajaran, murid dapat1. Menyatakan luas ialah besarnya sesuatu permukaan2. Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik dan memberikan contoh objek untuk setiap unit 3. Mengukur luas permukaan sesuatu corak menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1 cm

Kemahiran saintifikMemerhatikan, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, membuat inferens, mendefinisikan secara operasi

Kemahiran berfikirMencirikan, membuat urutan, menjanakan idea, menghubungkaitkan, membuat inferens, mengitlakkan

Sikap saintifik dan nilai murniSistematik, bekerjasama, berfikir secara rasional, berfikiran kritikal dan analitis

Alat bantu mengajarSlaid, kertas A4, gunting, gambar 8 objek yang berbeza, kertas mahjong, sampul surat dengan petak berukuran 1cm x1cm

Alat pentaksiranHasil kerja murid, pemerhatian

EMKKreativiti dan inovasi

Aktiviti pengajaran dan pembelajaranOrientasi (5 minit)Aktiviti 1: kejadian ajaib1. Guru mengeluarkan sehelai kertas A4 dan meminta 5 orang murid untuk untuk berdiri di atas kertas tersebut.2. Selepas kelima-lima orang murid gagal untuk berbuat demikian, guru memotong kertas A4 tersebut secara selang-seli dengan menggunakan gunting.3. Guru menunjukkan kejadian ajaib: kertas A4 akan membentuk satu gelung kertas yang besar dan sekarang 5 orang murid tersebut disuruh untuk berdiri di dalam kawasan gelung kertas itu.4. Guru menerangkan bahawa, gelung kertas yang terbentuk mempunyai permukaan yang lebih luas berbanding dengan kertas A4. 5. Guru menyatakan topik pengajaran pada hari ini.

Pencetusan idea (10 minit)Aktiviti 2: dari kecil ke besar1. Guru menanya soalan:a) Apakah itu luas?(Jawapan jangkaan: saiz permukaan sesuatu objek)2. Guru memaparkan gambar 8 objek yang berbeza di atas papan hitam.3. Murid-murid dikehendaki untuk menyusun semula gambar-gambar tersebut mengikut luas objek, iaitu dari objek yang mempunyai luas permukaan paling kecil ke objek yang mempunyai luas permukaan paling besar. (Rujuk Lampiran 1 untuk contoh jawapan)

Penstrukturan idea (20 minit)Aktiviti 3: penerangan + demonstrasi1. Dengan menggunakan slaid, guru menerangkan bahawa luas ialah saiz sesuatu permukaan.a. Semakin besar permukaan objek, semakin besar luasnya. (Rujuk lampiran 2 untuk contoh slaid)2. Murid-murid diminta untuk melihat kembali terhadap hasil susunan mereka dalam aktiviti 2. 3. Murid-murid dimkehendaki untuk mengesan sebarang kesilapan yang ada terhadap susunan gambar tersebut dan membetulkannya.4. Seterusnya, guru memperkenalkan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik.5. Murid-murid diminta memberikan contoh objek yang sesuai untuk menggunakan unit milimeter persegi (mm), sentimeter persegi (cm), meter persegi (m), dan kilometer persegi (km).6. Selepas itu, guru menerangkan tentang cara untuk mengukur luas permukaan sesuatu objek menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1 cm.7. Dengan menggunakan projector, guru menayangkan beberapa corak di atas papan hitam.8. Beberapa orang murid diminta untuk mendemonstrasikan cara untuk menggunakan peta berukuran 1cm x 1cm untuk mengukur luas permukaan corak tersebut di depan kelas.

Aplikasi idea (20 minit)Aktiviti 4: mari kita mengukur1. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan dan menerangkan tentang cara untuk menjalankan aktiviti.2. Setiap kumpulan akan mendapat sehelai kertas mahjong yang mempunyai 4 corak yang berbeza dan sampul surat yang mempunyai petak berukuran 1cm x 1 cm.3. Murid-murid harus bekerjasama dalam kumpulan untuk mengukur luas corak tersebut dengan menggunakan petak berukuran 1cm x 1 cm.(Rujuk Lampiran 3 untuk contoh jawapan)4. Selepas 15 minit, guru membincang jawapan dengan murid-murid.

Penutup (5 minit)Aktiviti 5: pembinaan peta i-think1. Guru menanya soalan:a) Apakah itu luas?(Jawapan jangkaan: luas ialah saiz sesuatu permukaan)b) Sila nyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik dan berikan satu contoh objek yang sesuai untuk setiap unit.(Jawapan jangkaan: milimeter persegi (mm)setemsentimeter persegi (cm)bukumeter persegi (m)rumahkilometer persegi (km)hutan)c) Apakah caranya untuk mengukur luas seusatu objek?(Jawapan jangkaan: menggunakan petak berukuran 1cm x 1 cm)2. Guru menggunakan jawapan murid untuk membina peta bulatan.(Rujuk Lampiran 4 untuk contoh peta bulatan)