sistem pelanggan mel elektronik nur soraya binti...

17
SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI ZAINAL ABIDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia Mac 2005

Upload: lykhanh

Post on 15-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK

NUR SORAYA BINTI ZAINAL ABIDIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2005

Page 2: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information
Page 3: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information
Page 4: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information
Page 5: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Selawat

Dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW”

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi

ucapan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya, PM Dr. Mohd

Aizaini Maarof atas kesediaan beliau dalam memberi kerjasama, bimbingan, tunjuk

ajar dan komen yang membina sepanjang waktu penyelidikan dan pembangunan

projek ini. Segala sokongan dan kerjasama padu yang dicurahkan amat bermakna

bagi saya.

Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang terlibat dengan Projek

Sarjana Muda terutamanya pensyarah-pensyarah Jabatan Sistem dan Komunikasi

Komputer yang turut menyumbangkan idea dan kesediaan dalam memberi tunjuk

ajar untuk menyempurnakan projek ini.

Hormat dan bangga untuk ibu dan ayah tercinta kerana sentiasa memahami

dan memberi dorongan dan doa. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan

yang banyak memberi semangat kepada saya. Akhir kata, terima kasih buat semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Page 6: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

v

ABSTRAK Mel elektronik merupakan satu servis penghantaran dan pencapaian mel yang

berkesan, cepat dan mudah yang menggantikan penghantaran secara pos. Kelajuan

penghantaran mel elektronik adalah amat tinggi berbanding kelajuan pos ekspres

ataupun sebarang penghantaran pos secara manual. Penggunaannya meluas meliputi

pelbagai bidang seperti perniagaan dan pengajaran yang digunakan oleh hampir

semua golongan masyarakat. Namun begitu, masalah-masalah seperti tiada notis

peringatan sebelum peti mel penuh, kehadiran virus dalam fail attachment dan

penerimaan mel sampah yang tidak diingini mengganggu keberkesanan servis ini.

Oleh itu, projek ini dibangunkan bertujuan untuk menghasilkan sebuah sistem

pelanggan mel elektonik yang dapat memberitahu pengguna menganai kadar

penggunaa peti mel dan menyediakan fungsi penapisan mel sampah. Kitar hayat

Pembangunan Sistem dipilih sebagai metodologi untuk membangunkan sistem ini.

Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) dan Post Office Protocol (POP) merupakan

protokol yang digunakan untuk proses penghantaran dan capaian mel. Manakala

perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information Server

(IIS) digunakan untuk tujuan pembangunan sistem. Sistem yang dibangunkan

mempunyai tiga fungsi utama iaitu notis pemberitahuan sebelum peti masuk penuh,

penapisan mel sampah dan pengimbasan virus pada fail attachment sebelum dicapai

oleh penerima mel. Selain itu, sistem ini turut menyediakan perkhidmatan fungsi

asas mel seperti buku alamat, penghantaran mel dan sebagainya.

Page 7: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

vi

ABSTRACT

E-mail is an effective, fast and simple service to send and retrieve mail that

replaces the post services. The speed of e-mail far exceeds the speed of any express

post and any kind of manual postal service that exists. E-mail is widely used for

many purposes such as for business and teaching that are being used by many types

of people. Problems such as full inbox, no notification received before inbox

becomes full, viruses in the attachment files and unsolicited commercial e-mail can

affect the effectiveness of the e-mail system. Therefore, the purposes of this project

are to develop an e-mail client system that can show the users about the usage of

their mailbox and to filter unsolicited mail. System Development Life Cycle is

chosen as the methodology of this system. Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)

and Post Office Protocol (POP) are the protocol being used to send and retrieve mail.

For system development purpose, Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) and

Internet Information Service (IIS) are the software being used. This system is

defined to have three main functions that are to notify before inbox becomes full, to

filter unsolicited mail and to scan viruses in the attachment file. Besides that, this

system provides other basic mail system facilities such as address book, compose

mail and etc.

Page 8: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN PROJEK 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Matlamat 3

1.4 Objektif 4

1.5 Skop 4

1.6 Kepentingan Projek 4

Page 9: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

viii

2 KAJIAN LITERATUR 6

2.1 Pengenalan 6

2.1.1 Bagaimana Mel Elektronik Berfungsi? 8

2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 10

2.2.1 Stalker Internet Mail Server (SIMS) 10

2.2.1.1 Ciri-Ciri SIMS 10

2.2.2 SurgeMail 11

2.2.2.1 Ciri-Ciri SurgeMail 12

2.2.3 Microsoft Exchange Server (Exchange) 13

2.2.3.1 Ciri-Ciri Exchange 14

2.2.4 Perbandingan Antara Sistem-Sistem

Sedia Ada 15

2.2.5 Kajian Ke Atas Fungsi Mengimbas Virus 16

2.2.5.1 MailScanner 16

2.2.5.2 A Mail Virus Scan (AMaViS) 17

2.2.6 Perbandingan Antara MailScanner

Dan AMaViS 18

2.2.7 Kajian Ke Atas Fungsi Penapisan

Mel Sampah 18

2.2.7.1 Great Basin Internet Services 18

(GBIS) Filtering System

2.2.7.2 Eudora Filter 19

2.2.8 Perbandingan Antara GBIS Filtering

System Dan Eudora Filter 21

2.3 Protokol–Protokol Yang Digunakan 22

2.3.1 Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) 22

2.3.1.1 Operasi SMTP 23

2.3.2 Post Office Protocol Version 3(POP3) 24

2.3.3 Multipurpose Internet Mail Extensions

(MiME) 27

2.3.4 Justifikasi Protokol Yang Digunakan 29

2.4 Kesimpulan 30

Page 10: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

ix

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Metodologi Yang Digunakan 32

3.2.1 Fasa Perancangan 32

3.2.2 Fasa Analisa Keperluan 34

3.2.3 Fasa Rekabentuk 35

3.2.4 Fasa Pembangunan 35

3.2.5 Fasa Perlaksanaan 36

3.3 Analisa Keperluan Sistem 37

3.3.1 Keperluan Perkakasan 37

3.3.2 Keperluan Perisian 37

3.4 Microsoft Windows XP Professional 38

3.5 Internet Information Services 38

3.5 Microsoft Active Server Pages 39

3.6 Macromedia Dreamweaver MX 40

3.7 Grisoft AVG Antivirus 40

3.8 Internet Explorer 40

4 HASIL ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 41

4.1 Pengenalan 41

4.2 Senibina Sistem 41

4.3 Fungsi-Fungsi Yang Terlibat 42

4.3.1 Fungsi Notis Pemberitahuan 43

4.3.2 Fungsi Penapisan Mel 43

4.3.2.1 Menapis Mel Berdasarkan

Alamat Mel 47

4.3.2.2 Menapis Mel Berdasarkan Jenis

Fail 48

4.3.2.3 Menapis Mel Berdasarkan Medan

Subjek Mel 49

4.3.2.4 Menapis Mel Berdasarkan Isi

Page 11: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

x

Kandungan Mel 50

4.3.3 Fungsi Mengimbas Virus Pada Kandungan

Fail Attachment 52

4.3.4 Fungsi-Fungsi Asas Sistem Mel 53

4.3.4.1 Baca Mel 53

4.3.4.2 Hantar Mel 54

4.3.4.3 Padam Mel 56

4.3.4.4 Penggunaan Buku Alamat 58

4.4 Spesifikasi Input dan Spesifikasi Output 60

4.4.1 Spesifikasi Input 60

4.4.2 Spesifikasi Output 61

4.5 Rekabentuk Antaramuka 61

4.5.1 Modul Login 63

4.5.2 Modul Inbox 63

4.5.3 Modul Compose 64

4.5.4 Modul Contact 64

4.5.5 Modul Folder 64

4.5.6 Modul Filter 64

5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 65

5.1 Persekitaran Pembangunan 65

5.2 Implementasi 66

5.2.1 Antaramuka Masuk Sistem 66

5.2.2 Antaramuka Baca Mel 69

5.2.3 Antaramuka Hantar Mel 72

5.2.4 Antaramuka Buku Alamat 75

5.2.5 Antaramuka Folder 79

5.2.6 Antaramuka Penapisan Mel 81

5.2.7 Paparan Pemnberitahuan Saiz Peti

Masuk 85

5.3 Pengujian 87

5.3.1 Masuk Sistem 88

Page 12: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

xi

5.3.2 Hantar Mel 88

5.3.3 Padam Mel 89

5.3.4 Tambah, Padam dan Kemaskini Buku

Alamat 89

5.3.5 Penapisan Mel 90

5.4 Kesimpulan 90

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 91

6.1 Pencapaian dan Hasil Akhir 91

6.2 Kelebihan Sistem 91

6.3 Kekurangan Sistem 92

6.4 Cadangan Pembaikan Sistem 93

6.5 Kesimpulan 93

BIBLIOGRAFI 95

LAMPIRAN A - E 97 - 117

Page 13: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

BAB 1

PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan

Mel elektronik bukanlah suatu media yang asing dalam bidang komunikasi

masa kini. Penggunaannya yang meluas meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan,

pengajaran dan komunikasi seluruh dunia dapat membantu masyarakat dalam

menjalankan komunikasi dengan lebih pantas, menghantar data atau maklumat

dengan cepat samada di dalam mahupun ke luar negara dan menghubungkan

manusia walau di mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa. Pengguna mel

elektronik bukan lagi terdiri daripada pekerja-pekerja di pejabat ataupun pakar-pakar

teknologi maklumat, malah pelajar sekolah rendah turut memiliki mel elektronik

mereka sendiri. Oleh itu, pelbagai sistem mel elektronik diwujudkan samada yang

berbayar atau tidak seperti Hotmail, Yahoo dan Gmail untuk memenuhi kehendak

pelanggan.

Sistem mel elektronik secara asasnya membenarkan pengguna untuk

menghantar mel, mencapai mel yang diterima, memadam mel yang tidak diperlukan

dan menyimpan mel. Bagi membenarkan pengguna menggunakan perkhidmatan

yang disediakan, pengurusan pelanggan sistem mel elektronik adalah penting. Oleh

itu, Sistem Pelanggan Mel Elektronik dibangunkan untuk membantu dalam

menguruskan sistem mel elektronik dengan lebih berkesan. Sistem Pelanggan Mel

Elektronik merupakan sistem yang bertindak untuk menguruskan mel-mel bagi setiap

pelanggannya yang berdaftar. Ia bermula daripada seseorang pengguna mendaftar

kepada sistem mel elektronik hinggalah pengguna tadi tidak mahu menggunakan

Page 14: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

2

sistem tersebut. Pelayan mel merupakan komponen yang penting dalam mentadbir

pengurusan sistem mel. Antara pengurusan yang dijalankan oleh pelayan mel

elektronik ini ialah menguruskan penghantaran mel daripada pengirim kepada

penerima dengan tepat, menguruskan capaian mel oleh penerima daripada mengirim,

memastikan mel yang diterima tidak mempunyai virus dan pelbagai lagi.

Walaupun pelayan mel telah menyediakan perkhidmatan untuk menguruskan

sistem mel, namun begitu terdapat jua masalah-masalah yang dihadapi. Oleh itu,

pembangunan Sistem Pelanggan Mel Elektronik dapat membantu dalam usaha untuk

menangani masalah-masalah yang dihadapi.

1.2 Pernyataan Masalah

i. Tiada notis peringatan sebelum peti masuk penuh

Kebanyakan sistem mel elektronik akan menghantar notis peringatan

kepada pelanggan apabila peti masuk mel mereka telah penuh. Ini

akan menyebabkan pelanggan tidak dapat menerima mel daripada

mana-mana penghantar. Jika notis dihantar lebih awal kepada

pelanggan, pelanggan boleh bersedia dengan memadam mana-mana

mel supaya dapat memberi ruang pada mel yang akan diterima.

ii. Kehadiran virus dalam fail attachment

Penyebaran virus dan cecacing (worm) melalui mel elektronik sudah

berada pada tahap epidemik dan akan bertambah buruk.

MessageLabs, melarikan sebuah perkhidmatan mengimbas virus pada

mel elektronik sebelum mel tersebut sampai kepada penerimanya.

Syarikat tersebut melaporkan bahawa satu daripada dua ratus dan satu

daripada empat ratus mel yang dihantar pada setiap hari mengandungi

kandungan virus. Sistem mel elektronik moden membenarkan

penghantaran dan pencapaian attachment dengan mudah. Fail

attachment boleh mengandungi fail program dan fail data yang telah

Page 15: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

3

dijangkiti oleh virus-virus makro. Virus makro mampu untuk

merakam apa yang ditaip melalui papan kekunci dan menyimpan data

ini ke dalam fail data. Apabila fail data dibuka atau pengguna

menyimpan fail tersebut, arahan makro akan dilaksanakan. Sehingga

kini, hampir 90 peratus virus dan cecacing disebarkan melalui fail

attachment.

ii. Penerimaan mel sampah yang tidak diingini

Mel-mel elektronik berbentuk komersil lazimnya merupakan mel-mel

yang tidak diingini oleh kebanyakan pennguna. Ia menjadi satu

masalah kepada pengguna–pengguna mel. Skim piramid, tawaran

skim cepat kaya dan gambar-gambar tidak senonoh adalah antara mel-

mel yang tidak diingini. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan

peti mel pennguna dipenuhi dengan mel-mel tersebut. Apabila peti

masuk mel penuh, pengguna tidak menerima mel-mel baru selagi

pengguna tersebut tidak mengosongkan peti mel mereka.

1.3 Matlamat

Menghasilkan sebuah sistem pelanggan mel elektronik yang dapat

memberitahu pengguna mengenai kadar penggunaan peti mel dan menyediakan

fungsi penapisan mel sampah.

Page 16: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

4

1.4 Objektif

i. Membangunkan sebuah sistem pelanggan mel elektronik yang

menyediakan perkhidmatan asas yang ada pada pelanggan mel lain

seperti menghantar mel, menambah folder baru dan buku alamat yang

meliputi fungsi tambah, kemaskini dan buang rekod

ii. Memberi peringatan kepada pelanggan sebelum peti masuk mel

mereka hampir penuh mengikut kuota peti masuk yang telah

ditetapkan

iii. Menapis mel sampah dengan empat cara yang berlainan iaitu

berdasarkan alamat mel, jenis fail, medan subjek dan kandungan

mesej

iv. Menyediakan perkhidmatan mengimbas virus sebelum membuka fail

attachment yang diterima

1.5 Skop

i. Menggunakan Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) untuk

menghantar mel dan Post Office Protocol (POP3) untuk mencapai mel

yang diterima

ii. Menggunakan pelayan MailEnable sebagai pelayan mel

iii. Menggunakan perisian Grisoft AVG sebagai pengimbas virus bagi

setiap fail attachment yang diterima

iv. Beroperasi dalam persekitaran sistem pengoperasian Windows

1.6 Kepentingan Projek Tujuan utama projek ini adalah membangunkan sistem mel elektronik yang

mampu untuk mengimbas virus pada fail attachment yang diterima pada peti masuk

sebelum dimuat turun oleh pengguna dan menapis mel-mel yang tidak mahu diterima

Page 17: SISTEM PELANGGAN MEL ELEKTRONIK NUR SORAYA BINTI …ir.fsksm.utm.my/130/1/nursorayaac000582d05ttp.pdf · perisian Microsoft Active Server Pages 3.0 (ASP) dan Internet Information

5

oleh pengguna. Dengan adanya fungsi mengimbas virus ini, ia dapat mengelakkan

pengguna daripada terus memuat turun fail yang diterima kerana dikhuatiri

mengandungi virus. Ini memandangkan virus dan cecacing disebarkan melalui fail

attachment. Jika fail tersebut terus dibuka oleh pengguna tanpa melakukan

pengimbasan, dikhuatiri fail tersebut mengandungi virus yang boleh menyerang

sistem pengoperasian komputer pengguna. Manakala fungsi penapisan pula

membenarkan pengguna untuk menghalang mana-mana mel yang tidak diingini

daripada menghantar mel kepada pengguna. Ini bagi mengelakkan pengguna

menerima mel-mel sampah yang akan memenuhkan peti masuk.