bengkel asp perpustakaanukm siri ke 2 capai objektif

22
INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif KANDUNGAN K empen Amalan Seragam Perpustakaan UKM yang telah dilancarkan secara rasminya pada 5 September 2007 ini merupakan satu sistem amalan perlakuan dan komunikasi yang seragam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di Perpustakaan khususnya dan UKM umumnya. Bengkel Amalan Seragam Perpustakaan UKM, siri yang telah diadakan khusus untuk kakitangan kaunter Perpustakaan UKM telah berjaya dilaksanakan. Maklum balas positif yang telah diterima dari peserta bengkel siri yang telah diadakan pada 27, 29 dan 30 Ogos 2007 telah memberikan suntikan semangat kepada jawatankuasa Amalan Seragam Perpustakaan UKM untuk terus mengadakan bengkel bagi siri ke 2 pada tahun ini. Bengkel ASP Perpustakaan UKM Siri Ke 2 Capai Objektif Peranan Pustakawan Dalam Dunia Kepengarangan 3 Pustakawan harus Sentiasa Peka Dengan Perkembangan Terkini 5 KIK Perpustakaan Menyumbang Idea Kreatif 8 Perarakan Maulidul Rasul Peringkat UKM 9 Mesyuarat Semakan Pengurusan “Berkampung” Di Nasuha Herbal Paradise 0 Program TEA Anjurkan Kursus Pengurusan Perpustakaan 2 Kursus Kepustakawanan: Hadapi Cabaran Di era Maklumat 2 Kursus Asas Pengkatalogan Meningkatkan Kemahiran Mengkatalog bahan 3 Perpustakaan UKM Penerima Anugerah Khas Juri (PPM) 4 Salam Ukhuwah LLG 4 Bengkel Jurnal Thompson Scientific 15 Perasmian Anjung Ilmu PTSL 6 BIL. 3/2008 JANUARI-JULAI 2008

Upload: doanhanh

Post on 16-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �

Bengkel ASP PerpustakaanUKM

Siri Ke 2 Capai Objektif

KANDUNGAN

Kempen Amalan Seragam Perpustakaan UKM yang telah dilancarkan secara rasminya pada 5 September 2007 ini merupakan satu sistem amalan

perlakuan dan komunikasi yang seragam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di Perpustakaan khususnya dan UKM umumnya. Bengkel Amalan Seragam Perpustakaan UKM, siri � yang telah diadakan khusus untuk kakitangan kaunter Perpustakaan UKM telah berjaya dilaksanakan. Maklum balas positif yang telah diterima dari peserta bengkel siri � yang telah diadakan pada 27, 29 dan 30 Ogos 2007 telah memberikan suntikan semangat kepada jawatankuasa Amalan Seragam Perpustakaan UKM untuk terus mengadakan bengkel bagi siri ke 2 pada tahun ini.

Bengkel ASP Perpustakaan UKM Siri Ke 2Capai Objektif �

Peranan Pustakawan Dalam Dunia Kepengarangan 3

Pustakawan harus Sentiasa PekaDengan Perkembangan Terkini 5 KIK Perpustakaan MenyumbangIdea Kreatif 8 Perarakan Maulidul Rasul Peringkat UKM 9

Mesyuarat Semakan Pengurusan “Berkampung” Di Nasuha HerbalParadise �0

Program TEA Anjurkan KursusPengurusan Perpustakaan �2

Kursus Kepustakawanan: HadapiCabaran Di era Maklumat �2

Kursus Asas Pengkatalogan Meningkatkan Kemahiran Mengkatalog bahan �3

Perpustakaan UKM Penerima Anugerah Khas Juri (PPM) �4

Salam Ukhuwah LLG �4

Bengkel Jurnal Thompson Scientific 15

Perasmian Anjung Ilmu PTSL �6

BIL. 3/2008 JANUARI-JULAI 2008

Page 2: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 2

Pengurusan Perpustakaan UKM

Ketua PustakawanHaji Abu Bakar MaidinKetua Program Pembangunan SumberPuan Hafsah MohdKetua Program Pengurusan Perkhidmatan MaklumatPuan Noraini OmarKetua Perpustakaan PPUKMPuan Maimunah KadirKetua Perpustakaan Undang-UndangPuan Rosnah SulimanKetua Perpustakaan ATMAPuan Aripah MohamedKetua Perpustakaan Dr. Abdul LatiffPuan Faizah Mohd. Zain

Sidang Pengarang

Ketua EditorHarith Faruqi Sidek

EditorShahruddin Shafri

PengarangFatimah Kamilah Awang Mohd. Adnan Baharom Rosmarlidaini Mah Hasan Noraashikin Mohd Yusop Abdul Muhaimin Sabron

Pengeluaran

PengedaranKamarudin Abdollah Susun LetakSa’diah SanadFotografiAhmad Nizam ShaariProses AkhirPusat Penerbitan dan Percetakan UKM

Sidang Pengarang INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan artikel, berita atau rencana mengenai pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantarkan berita atau artikel kepada:

Editor INSPIRASI Perpustakaan Tun Seri Lanang43600 UKM BangiSelangor Darul EhsanTel: 03-892�5854Emel: [email protected]; [email protected]

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Sempena dengan Kempen Membaca yang dijalankan oleh pihak kerajaan terutama melalui Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan UKM juga telah mengatur

pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2008. Ini termasuklah Jejak Maklumat, eJ-Inforace, Bicara Buku, Penyampaian Anugerah Pencinta Ilmu, Hari Bersama Pelanggan, Pameran Penerbitan Fakulti Pendidikan dan Karnival Jualan Buku. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan ramai kakitangan Perpustakaan yang terdiri dari pustakawan dan kakitangan sokongan dari pelbagai Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) dan Quality Improvement Team (QIT); mahasiswa/i dari Kolej-Kolej Kediaman dan PMUKM serta pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kajang. Mereka terlibat sama ada sebagai ahli jawatankausa bertugas ataupun peserta. Bagi menjayakan pelbagai aktiviti ini dengan berkesan serta mencapai matlamat, sudah pastilah banyak masa dan keringat serta buah fikiran telah disumbangkan. Bagi kakitangan, tanggungjawab dalam menjayakan program-program ini adalah sebahagian daripada tugasan harian yang kita laksanakan. Dalam hal ini saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat. Sebenarnya, semua tugasan di atas adalah antara tanggungjawab dan amanah yang diletakkan kepada perpustakaan dalam menghidupkan budaya ilmu di kampus UKM yang permai ini. Ini adalah satu tanggungjawab yang besar dan mencabar. Ianya memerlukan kreativiti dan inovasi dalam mempelbagaikan aktiviti, serta memastikan aktiviti yang dijalankan mempunyai impak yang positif kepada kumpulan sasaran. Sehubungan itu, saya berharap semua warga Perpustakaan UKM akan terus memberi idea dan membantu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita dengan penuh rasa keikhlasan dan tanggungjawab. Semoga tahun hadapan kita sama-sama fikirkan idea-idea yang lain pula.

Sekian, terima kasih.

Perpustakaan Penjana Generasi Bermaklumat

Tuan Haji Abu Bakar Maidin Ketua Pustakawan

Page 3: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 3

Taklimat dan aktiviti-aktiviti simulasi yang diadakan menjadikan bengkel ini lebih menarik dan ianya diharapkan dapat membantu pemahaman peserta kursus mengenai peserta kursus mengenai objektif yang ingin dicapai dan diharapkan agar amalan seragam yang ingin diterapkan

akan terus menjadi amalan kakitangan dalam menjalankan tugasan harian.

D i h a r a p k a n a g a r Jawatankuasa Amalan Seragam Perpustakaan U K M a k a n t e r u s mengadakan bengkel ini pada masa akan datang, khususnya untuk kakitangan baru yang belum pernah mendapat pendedahan mengenai kempen Amalan Seragam Perpustakaan ini.

Oleh: Rosmarlidaini Mah Hasan

Dari halaman 1.

Bengkel Amalan Seragam Perpustakaan UKM Siri ke-2 ini diadakan dengan melakukan beberapa penambahbaikan. Seramai 7� penyertaan yang terdiri dari kakitangan sokongan, tidak terhad kepada kakitangan yang bertugas di kaunter sahaja. Bengkel ini juga turut diadakan khusus untuk pustakawan, dimana seramai 33 pustakawan telah menyertainya. Bengkel Amalan Seragam Perpustakaan UKM untuk kakitangan sokongan telah diadakan pada 6, 7, dan 8 Mei 2008, bertempat di Puri Pujangga dan bengkel untuk Pustakawan pula pada 20 Mei 2008 bertempat di ESSET.

Peranan Pustakawan Dalam Dunia Kepengarangan

Dalam era “Maklumat dihujung jari”, peranan pustakawan semakin mencabar dan tercabar, peranan yang seakan terhakis akibat impak

kemajuan maklumat yang disalur melalui atas talian. Berbanding dengan professional lain, pustakawan mempunyai kelebihan serta kemudahan untuk menulis. Peranan pustakawan dalam era ini banyak diperdebatkan oleh pustakawan seluruh dunia, justeru kebanyakkannya enggan menerima pandangan bahawa kemajuan ICT menyumbang kepada kurangnya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang pustakawan. Sedar atau tidak, memang ada sedikit kebenarannya, namun bukan profesyen pustakawan sahaja yang mengalami sindrom ini,malah hampir kesemua profesyen, pokoknya semua manusia di jagat ini berlumba untuk menawarkan perkhidmatan dengan medium termoden yang pastinya memudahkan tugas mereka.

Sebagai profesional yang bergelumang dengan ilmu dan maklumat, pustakawan perlu lebih kompetetif agar peranan mereka tidak terus dipandang sepi. Mungkin telah tiba masanya para pustakawan memunggahi sumber maklumat yang ada disekeliling mereka lalu menghasilkan karya ilmiah yang dapat disalurkan kepada pelanggan atau masyarakat luar. Di Malaysia sebagai contoh, nama Shahrom TM Sulaiman pastinya tidak asing bagi masyarakat pembaca, beliau yang merupakan bekas pustakawan banyak menghasilkan karya dalam pelbagai mauduk dan subjek yang berbeza, dari perihal pengurusan maklumat sehinggalah isu terrorisma, pastinya keupayaan beliau menghasilkan penerbitan yang sebanyak itu dibantu oleh kemahiran pencarian maklumat yang menjadi asas bagi seseorang pustakawan.

Kemahuan untuk menulis memang bukan sesuatu yang ”enteng”, ibarat ditanam hari ini, lalu tumbuh keesokan harinya. Kepengarangan ini harus lahir dari naluri yang ikhlas serta minat yang mendalam. Soal bakat dan kemahiran bukan faktor nombor wahid, jika tiada kemahuan, bakat serta kemahiran yang ada juga boleh berkarat dan lusuh dimakan waktu. Terdapat

SEMASA

Page 4: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 4

SEMASA

Dari halaman 3.

beberapa perkara yang sering menjadi alasan serta ”batu penghalang” kepada aktiviti penulisan, Soal terlalu memikirkan topik penulisan sering membantutkan ”nafsu” untuk menulis bagi seseorang yang baru hendak berjinak dengan dunia penulisan. Seseorang itu tidak perlu terburu-buru serta gopoh dalam mencari mauduk untuk penulisan mereka, kerana yang penting ialah istiqamah dalam menulis, biar pokok isinya kelihatan remeh, namun percayalah, sampai suatu saat nanti dimana penulis novis ini akan bertemu dengan satu perkara besar yang boleh dikupas dalam penulisan mereka. Sebagai permulaan, seseorang pustakawan itu tidak perlu ”berangan jauh”, sebaliknya mereka boleh menulis artikel bercorak berita atau pelaporan sebarang aktiviti disekitar mereka.

Soal gaya bahasa yang mahu digunakan dalam penulisan juga kerap merencatkan niat untuk menulis. Kebanyakkannya bimbang jika gaya bahasa mereka terlalu mudah dan lurus serta membosankan, sebenarnya gaya penulisan ini terbentuk secara semula jadi serta berkait rapat dengan tabiat membaca, jika seseorang itu cenderung membaca karya penulisan yang agak berseni gaya bahasanya,maka apabila mereka menulis, mereka akan terikut-ikut dengan gaya serta rentak bahasa yang sudah biasa tercerna di minda, begitu juga sebaliknya. Hakikat ini secara tidak langsung membuktikan

bahawa tanpa tabiat membaca, seseorang itu tidak mungkin berjaya memacu mindanya untuk menulis.

Kesibukan serta ketiadaan masa untuk berlatih menulis juga kerap dijadikan alasan untuk tidak menulis, namun hakikatnya masa serta peluang itu ada tetapi tidak disedari. Menulis dalam ruang siber merupakan satu pelantar yang boleh digunakan untuk melatih kemahiran menulis, penulisan dalam blog misalnya merupakan antara alternatif yang terbaik, malah sudah ramai dikalangan pustakawan di Malaysia mempunyai blog masing-masing dengan gaya serta topik penulisan yang tersendiri, ada yang bercorak forum yang dapat memancing komentar dari pembaca, ada juga yang sekadar menulis diari harian serta ramai juga yang lebih bebas dengan menjadikan apa saja perkara yang terlintas difikiran sebagai topik penulisan. Selain daripada itu, para pustakawan juga boleh berjinak-jinak dengan menulis di buletin atau surat berita milik organisasi masing-masing.

Akhir sekali, mungkin badan kepustakawanan negara boleh memainkan peranan dalam memupuk budaya menulis dikalangan pustakawan melalui pertandingan menulis atau menerbitkan jurnal serta penerbitan bercorak komersil yang menjanjikan saguhati untuk penyumbang karya penulisan bagi merangsang naluri kepengarangan dari kalangan warga pustakawan.

Oleh: Harith Faruqi Sidek

MAIMUNAH KADIR Timbalan Ketua Pustakawan Kanan S52

Ketua Perpustakaan PPUKM

Tarikh lahir: 3 Jun �953Asal: KelantanKelulusan Akademik: �98� - Master in Library Studies, Loughborough University of Technology, UK. �980 - Post Graduate Diploma in Library & Information Science, Loughborough, University of Technology, UK. �997 - Ijazah Sains Perpustakaan, ITM.Jawatan: Ketua Perpustakaan Undang-undang, UKM, �995-Julai �998, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan/Ketua Perpustakaan, PPUKM, Julai �998- .Status: Bersuami dan mempunyai 2 orang anak.Makanan/Minuman Kegemaran: Makanan berkeju dan air mineral.Hobi: Membaca (biografi atau pengembaraan/perjalanan) dan mengumpul syiling.Warna Kegemaran: Biru dan putihPerkara Yang Digemari: Berkhidmat secara sukarela kepada Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)Perkara Yang Dibenci: Bau asap rokok

Page 5: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 5

Pustakawan Harus Sentiasa Peka Dengan Perkembangan

Terkini Wawancara Bersama Ketua Perpustakaan Pusat

Perubatan UKM : Puan Maimunah Kadir

Trend dan senario perpustakaan dulu dan kini telah banyak berubah, apakah pandangan puan dengan perkembangan ini.?

“Pustakawan harus sentiasa peka dengan perkembangan terkini perpustakaan umpamanya kalau dulu perpustakaan hanya menyediakan perkhidmatan bagi pelanggan yang berkunjung ke perpustakaan tetapi kini perpustakaan perlu bersedia memberikan perkhidmatan secara maya dengan mengambil kira keperluan pelanggan yang datang ke perpustakaan dan juga pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tanpa datang ke perpustakaan. Kini perpustakaan juga banyak menggunakan ICT didalam menguruskan pembangunan koleksi dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan oleh itu Pustakawan harus melengkapkan diri dengan latihan dan ilmu pengetahuan dari aspek ICT supaya mereka tidak ketinggalan.”

Sepanjang tempoh puan berkhidmat, apakah perubahan-perubahan yang telah berlaku dan ceritakan sedikit pengalaman puan?

“Sepanjang tempoh saya berkhidmat di UKM banyak perubahan-perubahan yang berlaku. Saya masih ingat semasa saya mula bertugas, kad katalog merupakan kunci kepada pencarian koleksi perpustakaan tetapi kini OPAC atau Katalog Awam Dalam Talian boleh dicapai melalui internet pada bila-bila masa. OPAC memberi kemudahan seperti menyemak bahan yang ada didalam koleksi perpustakaan, memperbaharui pinjaman secara dalam talian dan membuat tempahan buku secara dalam talian.”

“Teknologi RFID (Radio Frequency Identification) telah membolehkan perpustakaan menyediakan pinjaman secara layan diri dan pemulangan secara layan diri. Perpustakaan Pusat Perubatan UKM merupakan perpustakaan pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem RFID versi ’hibrid’ dimana sistem ini membolehkan bacaan kod palang atau tag RFID. Pengenalan sistem RFID ini telah melatih pelanggan perpustakaan membuat pinjaman dan

pemulangan perpustakaan secara layan diri. Ini telah membolehkan kakitangan yang bertugas di kaunter pinjaman dan pemulangan bebas dari tugas tersebut dan boleh menumpukan kepada tugas membantu pelanggan mengesan bahan dan memberi khidmat nasihat berkaitan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.”

“Pelaksanaan ISO juga telah mengubah cara dan prosedur yang dilaksanakan di Perpustakaan. Sebelum pelaksanaan ISO Perpustakaan memberikan perkhidmatan sebagaimana yang dirasakan perlu oleh perpustakaan tetapi pelaksanaan ISO memerlukan kajian kepuasan pelanggan dan aduan pelanggan diambil perhatian bagi mempastikan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan memenuhi kehendak pelanggan.”

Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa peranan pustakawan telah banyak berubah terutamanya selepas perkembangan ICT yang menyeluruh, bagaimana pula dengan pendapat puan?

“Perkembangan ICT sememangnya telah banyak mengubah peranan Pustakawan. Contohnya sumber maklumat kini boleh diperolehi dalam perbagai format. Kalau dulunya sumber maklumat hanya dalam bentuk bercetak tetapi kini ianya boleh didapati dalam bentuk digital / elektronik seperti pangkalan data berteks penuh. Peranan Pustakawan masa kini adalah lebih mencabar kerana mereka harus mengadakan kursus kemahiran maklumat kepada pelanggan bagi memberi pendedahan dan latihan tentang sumber maklumat elektronik yang terdapat di Perpustakaan. Pustakawan juga selain dari mengajar perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT supaya sentiasa berpengetahuan dan perlu mengetahui cara-cara mempakejkan maklumat kepada pelangganya melalui berbagai cara. Dari segi memperolehi sumber maklumat digital / elektronik Pustakawan masa kini perlu mewujudkan prosedur perolehan bahan digital kerana ianya sangat berbeza dengan bahan bercetak. Sebelum memperolehi pangkalan data prosedur seperti berikut perlu diteliti seperti, lesen perjanjian diteliti sebelum ditangani oleh Bendahari, harga disemak dan dibuat perbandingan dengan tahun lepas dan dengan institusi lain, mengadakan tempoh percubaan dan statistik semasa percubaan sangat menggalakan.

WAWANCARA

Page 6: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 6

Pada pandangan Puan perlukah unsur manusiawi (kemanusiaan) kepada seseorang Pustakawan walaupun tugas-tugas mereka ini banyak yang telah diambilalih oleh perkembangan ICT ?

“Unsur manusiawi (kemanusiaan) perlu ada pada seorang Pustakawan kerana walaupun tugas-tugas Pustakawan banyak telah diambilalih oleh perkembangan ICT Pustakawan juga perlu berdepan dengan pelanggan pada setiap hari terutama pelajar-pelajar. Oleh itu mereka perlu menggunakan unsur manusiawi didalam mengendalikan masalah dengan pelanggan dan bukan bertindak sebagai ’robot’.”

Sebagaimana di ketahui UKM telah terpilih menjadi universiti penyelidikan (RU) di mana sudah pasti pelbagai cabaran akan di tempuhi oleh semua pihak termasuk perpustakaan. Jadi di manakah peranan perpustakaan dan pustakawan dalam membantu UKM?

“Peranan utama Perpustakaan adalah menyediakan sumber maklumat bercetak dan elektronik bagi menyokong penyelidikan di UKM. Untuk membolehkan Perpustakaan mendapat bajet atau peruntukan yang mencukupi untuk melanggan pangkalan data yang diperlukan untuk penyelidikan Perpustakaan harus bijak merancang permohonan ’bajet’ bagi mempastikan ianya mencukupi untuk menampung keperluan semasa dan membuat pelunjuran bagi keperluan masa depan.”

“Penglibatan saya didalam Mesyuarat Fakulti Perubatan banyak membantu memahami perjalanan program fakulti. Saya mengambil peluang untuk membentangkan kertas kerja berkaitan sumber maklumat yang boleh disampaikan kepada ahli-ahli akademik seperti penggunaan pangkalan data ISI dan Web of Science dalam bidang perubatan, statistik penggunaan pangkalan data langganan Perpustakaan PPUKM dengan kos setiap pencarian dan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang ingin disampaikan. Maklumat terkini mengenai perancangan fakulti serta program baru yang akan dimulakan dapat membantu Perpustakaan membuat persediaan awal bagi mendapatkan sumber maklumat yang diperlukan. Saya berharap lebih banyak fakulti mengikuti langkah Fakulti Perubatan supaya memasukkan jemputan kepada Pustakawan untuk menghadiri Mesyuarat Fakulti kerana ianya mendatangkan banyak faedah kepada kedua belah pihak. Kerjasama yang erat perlu disemai dengan ahli-ahli Fakulti supaya Perpustakaan mengetahui kehendak mereka sebagai penyelidik dan dengan itu dapat memenuhi kehendak mereka.”

Semasa membentangkan ceramah bertajuk Universiti APEC di Mesyuarat Agung PERTADI,baru-baru ini Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin telah menyatakan pensyarah-pensyarah di UKM perlu menulis sekurang-kurangnya 2 artikel setahun dan akan bertambah menjadi 5 artikel pada 2011 . Jadi di manakah peranan perpustakaan dan pustakawan dalam membantu para pensyarah.?

“Perpustakaan PPUKM telah mengambil beberapa langkah bagi membantu pihak fakulti, UMBI dan Hospital dengan mengadakan beberapa aktiviti bagi membantu ahli akademik mengahsilkan sekurang-kurangnya 2 artikel setahun seperti berikut:

�. Mengadakan ceramah mengenai jurnal berimpak tinggi kepada kumpulan penyelidik.

2. Menganjurkan kursus-kursus seperti Endnote kepada ahli akademik bagi membantu penyediaan bibliografi untuk artikel mereka dengan lebih mudah dan senang.

3. Perpustakaan PPUKM telah mewujudkan peruntukan khas sebanyak RM50,000 bagi permohonan artikel kepada British Library. Ahli akademik diberikan 5 artikel pertama sebagai percuma dan setiap permohonan selepas itu dikenakan bayaran hanya RM�0.00 sahaja bagi setiap artikel yang dipohon ke British Library sementara permohonan dalam negara adalah percuma.

4. Perpustakaan PPUKM sedang membina Knowledge Portal dimana pencarian setempat boleh dilakukan dan ini akan membantu penyelidikan dari segi mengesan pelbagai maklumat yang diperlukan untuk membantu penyelidikan.

5. Menghantar maklumat terkini secara “e-alert” melalui emel mengenai penerbitan terkini dari jurnal berimpak tinggi seperti NEJM kepada semua ahli akademik Fakulti Perubatan.”

Salah satu kriteria di dalam ISO di Perpustakaan adalah unsur penambahbaikan secara berterusan. Boleh puan ulas?

“Setiap prosedur perlu sentiasa disemak dan dibuat penam-bahbaikan secara berterusan. Umpamnya Perpustakaan perlu melihat prosedur perolehan bahan dan pengkatologan bahan yang sedia ada supaya penambahbaikan dilakukan bagi mem-pastikan buku terkini diperolehi dan dikatalog dengan cepat dan buku berada dirak dengan masa yang terpantas. Prose-dur dan peraturan Perpustakaan perlu sentiasa diperbaiki

WAWANCARA

Page 7: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 7

bagi memastikan pelanggan tidak dibebankan dengan karenah birokrasi. Pustakawan perlu berfikiran terbuka dan menerima teguran pelanggan didalam mengatasi sesuatu masalah yang mereka ketengahkan melalui sistem aduan pelanggan dan mengambil langkah untuk menyelesaikan aduan tersebut dalam masa yang pendek. Pustakawan juga perlu kreatif didalam melaksanakan perubahan dan penam-bahbaikan dan sentiasa ingat bahawa apa-apa yang diubah perlu menyenangkan pelanggan dan bukan sebaliknya.”

Bagaimana perpustakaan dapat member i kepuasan kepada kehendak pelanggannya?

“Perpustakaan perlu meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggannya.

�. Langkah yang pertama yang perlu dilakukan adalah melalui kajian kepuasan pelanggan yang akan memberi gambaran tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan. Perpustakaan perlu memberi penekanan terhadap perkara yang kurang disenangi oleh pelanggan dari kajian kepuasan pelanggan yang dijalankan.

2. Tindakan pada aduan pelanggan yang diterima perlu ditangani segera.

3. Mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dimana masalah dapat dikemukakan oleh pelanggan secara bersemuka.

4. Mengadakan pertemuan secara informal dengan kumpulan fokus seperti kumpulan pelajar pasca siswazah bagi memahami keperluan mereka dengan lebih dekat dan tepat.”

Pada pandangan puan apakah sebenarnya yang boleh mengharumkan imej sesorang pustakawan dan Perpustakaan itu?

“Pustakawan perlu proaktif di peringkat Universiti, kebangsaan, ASEAN dan antarabangsa. Di samping tugas seharian mereka sebagai seorang Pustakawan, mereka perlu mengambil inisiatif untuk lebih menonjol di peringkat universiti dengan cara melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti seperti mengambil bahagian dalam acara konvokesyen seperti menjadi pemandu perarakan akademik, ahli jawatankuasa makanan, penyambut tetamu dan sebagainya.Diperingkat kebangsaan mereka perlu mengambil peluang untuk membentang kertas kerja dalam bidang kepustakawanan di persidangan dalam negeri, CONSAL bagi peringkat ASEAN dan IFLA pada peringkat antarabangsa.

Membentangkan kertaskerja pada peringkat negara, ASEAN dan antarabangsa juga bukan sahaja menaikkan nama negara tetapi pada masa yang sama menjalinkan hubungan dengan lebih ramai Pustakawan dari semua negara.”

Akhir sekali, apakah nasihat dan pandangan puan kepada para pustakawan khusus pustakawan di UKM khasnya dan pustakawan lain amnya dan apakah harapan puan tentang Perpustakaan UKM di masa hadapan?

�. Pustakawan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran ICT bagi berdaya saing dengan perkembangan pesat internet yang banyak mencabar dari segi pengurusan maklumat dalam bentuk elektronik.

2. Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti Persatuan Pustakawan Malaysia bagi mamajukan dan meningkatkan imej kepustakawanan.

3. Perlu berfikiran terbuka supaya senang menerima perubahan baru dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa melalui membaca dan mengadakan penandarasan.

4. Sentiasa menjalin hubungan dan jalinan diantara Pustakawan didalam dan luar negara.

Oleh: Shahruddin Shafri

WAWANCARA

Kita mesti menerima kegagalan yang terhad, tetapi tidak sesekali kehilangan

harapan yang tidak terhad

Dr. Hamka

Sabarmu bukanlah kelemahan tetapi itulah sebenarnya kekuatan,sebab engkau

kuat mengendalikan diri.

Dr. Hamka

Page 8: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 8

KIK Perpustakaan Menyumbang Idea Kreatif

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan salah satu aktiviti berkumpulan

yang memberi peluang kepada warga UKM untuk menyumbang idea kreatif mereka bagi tujuan penambahbaikan kepada organisasi. Sehubungan dengan itu, Perpustakaan UKM juga tidak ketinggalan untuk terlibat dengan aktiviti KIK tersebut .

Pada �7 Disember 2007, Perpustakaan UKM telah menganjurkan Konvensyen KIK yang melibatkan �4 kumpulan KIK perpustakaan. Pertandingan yang diadakan di Ruang Serbaguna Perpustakaan Tun Seri Lanang ini telah diadili oleh Ketua Pustakawan, Encik Abu Bakar Maidin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Hafsah Mohd. serta Ketua Perpustakaan Pusat Perubatan UKM, Puan Maimunah Kadir.

Pertandingan yang mengambil masa sehari ini begitu menarik dan gamat dengan persembahan daripada setiap kumpulan yang bertanding. Kerjasama dan komitmen daripada setiap kumpulan dapat di lihat sepanjang pertandingan melalui keseragaman pakaian dan persembahan yang dilakukan dengan jayanya.

Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh Pasukan KIK KLIK (Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan) dengan projek yang bertajuk “Mengenalpasti Permohonan Pelanggan di Meja Penasihat Pembaca”; naib johan

pula telah dimenangi oleh Pasukan KIK ProTag (Bahagian Katalog) dengan tajuk projeknya ”Memantapkan Pengurusan Rekod Pemer iksaan Bahan dan Pengesahan Penerimaan (PTSL/OLEH-B4)”. Sementara itu, Pasukan KIK SMART (Bahagian Pentadbiran & Kualiti dan Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat).dengan projeknya yang bertajuk “ M e n g e s a n L o k a s i P e r k a k a s a n Komputer di Perpustakaan Tidak Efisyen” telah mendapat tempat ketiga.

Syabas diucapkan kepada pemenang dan semua kumpulan yang bertanding. Diharapkan agar akt ivi t i sepert i ini akan dapat diteruskan lagi bagi memupuk semangat kerja berpasukan s e r t a member i pe luang kepada

kakitangan untuk mengembangkan k e b o l e h a n d a n b a k a t m e r e k a s e k a l i g u s meningkatkan lagi mutu kerja perpustakaan.

AKTIVITI

Page 9: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 9

SEMASA

Perarakan Maulidul Rasul Peringkat UKM

Sambutan Maulidur Rasul �429 Hijrah Peringkat UKM telah diadakan

pada hari Jumaat, 2� Mac 2008 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Acara telah dimulakan dengan perarakan yang dianggotai oleh kontinjen-kontinjen yang mewakili pelbagai jabatan di UKM. Perarakan bermula dari perkarangan tempat meletak kereta di Panggung Seni DECTAR dan berakhir di perkarangan utama DECTAR.

Dalam pada itu, kontinjen Perpustakaan UKM telah dianggotai oleh hampir 80 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan dengan diketuai oleh Encik Kamaruddin Abdollah, Penolong Pendaftar

PTSL, manakala bacaan salawat pula dipimpin secara bergilir oleh Encik Azemi Ahmad, Encik Mohd. Firdaus Md. Taha dan Encik Abdul Muhaimin Sabron.

Walaupun tidak memenangi sebarang kedudukan di dalam pertandingan perarakan Maulidur Rasul Peringkat UKM, namun kontinjen Perpustakaan UKM telah berjaya memanifestasikan semangat kerja berpasukan di dalam perarakan tersebut dan menerapkan rasa keikhlasan untuk menyebarkan syiar Islam dan mengingati serta memohon kesejahteraan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Perarakan ini juga telah mengingatkan kembali detik-detik indah kedatangan baginda Nabi Muhammad S.A.W. ke Yathrib (Madinah al Munawwarah) yang diibaratkan seperti cahaya bulan purnama yang menyinari kehidupan seluruh makhluk yang berada di bumi pada waktu malam.

Oleh: Abdul Muhaimin Sabron

Page 10: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �0

Mesyuarat Semakan Pengurusan “Berkampung” Di Nasuha Herbal Paradise

Nasuha Herbal Paradise, sebuah ladang herba yang terbesar di Asia terletak di selatan tanahair menjadi lokasi ‘perkampungan’ para

pustakawan sempena Mesyuarat Semakan Pengurusan bagi sesi 2008. Sebilangan besar pustakawan termasuk Ketua Pustakawan berkumpul dan ‘berkampung’ di ladang herba tersebut selama 3 hari 2 malam iaitu bermula 27 hingga 29 Februari 2008 bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini. Dengan suasana persekitaran yang boleh diibaratkan sebagai ‘hutan kecil’ yang tenang, menghijau dan dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan herba menjadikan para pengunjungnya terpegun seketika ketika mula-mula menjejakkan kaki di sini.

Rombongan perpustakaan yang tiba kira-kira pada pukul 5.00 petang terus diarak menaiki ‘traktor’ menuju ke kabin penginapan yang terletak di puncak

bukit ladang tersebut. Setibanya di sana, rombongan disambut dengan hidangan teh herba beserta kuih- muih sebagai pengalas perut sementara menantikan makan malam. Selepas menikmati minum petang, para rombongan dibawa ke kabin penginapan yang diperbuat daripada kayu yang mempunyai unsur yang dapat memberikan tindak balas yang positif pada kesihatan. Sebelum mesyuarat dimulakan iaitu ketika ingin menikmati makan malam, rombongan dikejutkan sekali lagi dengan hidangan yang berunsurkan herba di mana setiap menu dimasak menggunakan rempah ratus yang terdiri dari herba-herba yang diproses sendiri yang terdapat di ladang tersebut. Namun semua itu tidak menghalang para rombongan untuk terus menikmati hidangan dengan penuh berselera. Apa yang menarik perhatian para rombongan ialah dapat berkenalan dengan ‘Gora’ iaitu sejenis herba asli yang mempunyai fungsi yang sama seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.

Setelah perut penuh diisi dengan santapan herba, mesyuarat dimulakan kira-kira pada pukul 8.30 malam dengan didahului ucapan pembukaan oleh Ketua Pustakawan merangkap Pengerusi mesyuarat, Tuan Hj. Abu Bakar Maidin beserta harapan mudah-mudahan mesyuarat pada kali ini berlangsung dengan sempurna. Tidak lupa juga ucapan terima kasih beliau kepada En. Tusiman dan Pn. Meriam yang telah bersara di atas sumbangan mereka sepanjang berkhidmat dengan UKM.

Pengerusi juga mengalu-alukan kedatangan ahli baru mesyuarat iaitu En. Azman , Pn. Hamidah dan En. Azhari. Seterusnya, seperti biasa mesyuarat dimaklumkan mengenai objektif mesyuarat ini diadakan iai tu untuk membincangkan dan membentangkan Laporan Pencapaian Pelaksanaan Proses dan Ketepatan/Kesesuaian Perkhidmatan termasuk Pencapaian Objektif Kualiti tahun 2007 bagi setiap Bahagian d a n P e r p u s t a k a a n

SEMASA

Page 11: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 ��

Cabang, disamping perkara-perkara berbangkit seperti membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan dan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan dari pelbagai aspek.

Seperti tahun-tahun yang lepas, majoriti setiap Bahagian dan Perpustakaan Cabang berjaya mencapai objektif kualiti yang telah ditetapkan malah ada juga Bahagian dan Perpustakaan Cabang yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang membanggakan. Keadaan seperti ini memberi gambaran jelas bahawa perpustakaan sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna disamping menyediakan koleksi bahan yang terkini.

Selain i tu, mesyuarat juga mengambil kesempatan untuk membentangkan laporan Audit Dalaman yang telah diadakan bermula Oktober hingga Januari 2008 yang lalu. Beberapa pemerhatian telah

dikenal pasti dan telah diambil tindakan pembetulan dan pencegahan. Mesyuarat juga berharap agar setiap Bahagian mahupun Perpustakaan Cabang bersedia dengan kehadiran auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. untuk Audit Penilaian Semula kelak. Secara keseluruhannya, sepanjang 3 hari 2 malam bermesyuarat di taman herba ini, MSP pada kali ini telah mencapai objektif disamping idea-idea baru dapat diketengahkan untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan Perpustakaan UKM. Apa yang diharapkan agar MSP pada tahun-tahun akan datang turut berjaya sepertimana tahun sebelumnya. Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) secara rasminya berakhir dan ditangguhkan kira-kira pada pukul �2.30 tengahari (29 Februari 2008) dengan ucapan “Selamat

Tinggal Gora”.

Oleh: Mohd Adnan Baharom

Penerangan pihak Nasuha Herbal Paradise mengenai pemakanan herba

Pemandangan di pintu utama Nasuha Herbal Paradise di Muar, Johor

SEMASA

Page 12: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �2

Program TEA Anjurkan Kursus Pengurusan

Perpustakaan

UKM Holdings melalui anak syarikatnya Talent Enhancement Academy (TEA) telah melangkah setapak lagi dengan menganjurkan

Program Kursus Perpustakaan di mana ianya turut melibatkan Perpustakaan UKM. Pihak perpustakaan akan bekerjasama dengan TEA untuk menjayakan program seumpama ini dengan menyediakan tenaga pengajar yang terpilih dan berminat yang terdiri daripada Pustakawan . Tenaga pengajar ini dikehendaki

menyediakan modul pengajaran sendiri dan perlu bersedia untuk dipanggil apabila diperlukan.

Sehubungan dengan itu, satu kursus yang dianjurkan oleh pihak TEA dengan kerjasama tenaga pengajar yang terdiri daripada Pustakawan UKM telah berjaya diadakan. Kursus yang berlangsung pada �7-�9 Mac 2008 di Puri Pujangga, UKM ini terdiri daripada 20 orang kakitangan yang mengendalikan pusat sumber di Kementerian Belia dan Sukan. Kursus yang diberi nama Kursus Pengurusan Perpustakaan ini merupakan kursus asas perpustakaan/pusat sumber di mana penekanan diberikan bagaimana menguruskan bahan-bahan yang terdapat di pusat sumber. Apa yang diharapkan agar para Pustakawan yang terlibat mengambil peluang seumpama ini untuk berkongsi ilmu pengetahuan disamping menambah pendapatan.

Oleh: Mohd Adnan Baharom

Kursus Kepustakawanan: Hadapi Cabaran Di Era

Maklumat

PPada 29 dan 30 April 2008, satu Kursus Kepustakawanan telah diadakan di Hotel Residence, UNITEN. Kursus yang dihadiri

oleh sebilangan besar Pustakawan UKM diadakan dengan tujuan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai peranan perpustakaan disamping meningkatkan pengetahuan tentang tugas dan peranan sebagai Pustakawan di era maklumat ini Penceramah-penceramah telah didatangkan khas dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM seperti YBhg. Prof. Dato’Dr. Raja Abdullah, YBhg. Prof. Dr. Szarina Abdullah, En. Wan Abd. Kadir dan Pn. Zuraidah. Pada hari pertama kursus, beberapa tajuk telah dibentangkan seperti “Leadership & Governance of Academic Libraries”, “Redefining Roles of the University Librarians” dan “Role Definition: UKM Library’s Perspectives”. Manakala pada hari berikutnya

tajuk yang dibentangkan ialah “Competencies fro Information Professionals of the Millenium”, “Service Performance Measurement” dan yang terakhir “Current Issues and Challenges in Library and Infromation Science”. Disamping itu, perbincangan turut diadakan di antara Pustakawan dan penceramah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan. Adalah diharapkan para Pustakawan yang menghadiri kursus ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan lebih bersedia menghadapi cabaran di era maklumat yang tiada sempadan ini.

Oleh: Mohd Adnan Baharom

KURSUS

Page 13: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �3

Kakitangan PTSL Tingkatkan Kemahiran

Mengkatalog Bahan

Pengkatalogan merupakan asas dalam pengurusan koleksi di perpustakaan. Bertarikh 23 dan 24 April 2008, bertempat di Makmal Siber, Bahagian

Perkhidmatan Penyelidikan, PTSL, satu kursus asas pengkatalogan telah diadakan.

Kursus anjuran Unit Latihan UKM dengan kerjasama PTSL ini yang antara objektifnya ialah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan perpustakaan iaitu pustakawan dan pembantu perpustakaan mengenai tugas pengkatalogan, meningkatkan kemahiran pustakawan dan pembantu perpustakaan dalam menjalankan tugas-tugas pengkatalogan, memahami cara memasukan entri nama pengarang, judul dan tajuk perkara, mengetahui cara membentuk nombor panggilan dan memahami penggunaan MARC 2� dan keperluan Katalog Induk Kebangsaan.

Kursus yang diadakan selama 2 hari ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang peserta termasuk dari perpustakaan cabang. Dengan perkongsian

ilmu dari penceramah, iaitu Puan Hamidah Erman dan Puan Rosnah Suliman, pustakawan kanan di PTSL, kursus ini telah berjaya dilaksanakan .

Pada hari pertama kursus, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada pengkatalogan dan mengenai pengkatalogan diskriptif iaitu diskripsi bahan dan pemilihan dan penetapan entri. Ceramah ini dikendalikan oleh Puan Hamidah Erman. Manakala pada hari kedua, peserta berkongsi maklumat dengan penceramah, iaitu Puan Rosnah Suliman, mengenai pemilihan nama entri pengarang, iaitu nama

perseorangan, pemilihan nama entri nama tempat, pemilihan nama entri nama badan bergabung dan pemilihan entri judul seragam. Kursus selama dua hari ini mendapat maklumbalas yang positif dari pesertanya.

Adalah diharapkan agar kursus sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang, untuk perkongsian maklumat dan penambahbaikan yang berterusan dalam kerja-kerja pengkatalogan dan seterusnya menghasilkan satu rekod yang dapat memenuhi piawaian Katalog Induk Kebangsaan.

Oleh: Rosmarlidaini Mah Hasan

WACANA

Page 14: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �4

Perpustakaan UKM Penerima Anugerah Khas

Juri (PPM)

Pada 7 April 2008 bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menjadi satu lagi titik tolak pengitirafan pencapaian

Perpustakaan UKM di mana telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri kategori perpustakaan besar dalam Pertandingan Perpustakaan Cemerlang anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM). Hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PPM yang juga mantan Ketua Pustakawan UKM, Puan Putri Saniah kepada Ketua Pustakawan, Tuan Haji Abu Bakar Maidin. Anugerah ini adalah berdasarkan kejayaan perpustakaan mewujudkan memori korporat UKM dan Koleksi Arkib.

Sempena kejayaan ini Perpustakaan UKM telah meneria wang tunai RM�,000 dan sijil penghargaan. Warga Perpustakaan UKM mengucapkan syabas dan tahniah.

Oleh: Mohd Adnan Baharom

gambar sijil

SEMASA

Sebagai manusia, kebesaran cita tidak terletak pada keupayaan kita untuk mengubah dunia - itu cuma dongeng dalam zaman afonik tetapi ia terletak pada keupayaan kita untuk mengubah diri kita sendiri.Mahatma Gandhi

TERSELIUH DAN LEBAM

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Ke-mudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.

PETUA

Page 15: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �5

Bengkel Jurnal Thompson

Scientific

Jurnal elektronik iaitu Portal e-Jurnal merupakan salah satu sumber maklumat utama yang menjadi tarikan pelanggan Perpustakaan UKM.

Pangkalan data yang terdapat didalam Portal e-Jurnal menyediakan banyak artikel, kertas kerja seminar, prosiding dan sebagainya yang mana ianya dapat menyokong penyelidikan dalam pelbagai bidang.

Perpustakaan UKM sentiasa berusaha dalam meningkatkan lagi kualiti pangkalan data yang disediakan kepada pelanggan. Sehubungan dengan itu, perpustakaan UKM dengan kerjasama Thompson Scientific telah mengadakan bengkel jurnal Thomson Scientific untuk pelanggan dan pustakawan di Perpustakaan UKM.

Bengkel jurnal Thompson Scientific yang diadakan pada 20 dan 2� Februari 2008 yang lalu dan penyertaannya terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama bengkel adalah khusus untuk pelajar pasca siswazah dan pembantu penyelidik, manakala sesi kedua pula dikhususkan untuk ahli akademik,

penyelidik dan pustakawan. Bengkel yang bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah diadakan di makmal Pra-Siswazah, siber@ptsl, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Antara tajuk yang diketengahkan semasa bengkel ini ialah mengenai ISI Web of Science (Science Citation Index, Social Science Citation Index, Arts & Humanities Citation Index), ISI Proceeding., Journal Citation reports (termasuk faktor Impak Jurnal) dan juga mengenai aplikasi perisian Endnote.

Bengkel yang diadakan ini berjaya memberikan pendedahan kepada pelanggan dan pustakawan mengenai kelebihan yang terdapat dalam pangkalan

data ISI web Of Knowledge. Sepanjang bengkel, pihak pembekal, Thompson Scientific, telah menjawab semua permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan dalam pencarian maklumat melalui pangkalan data tersebut.

Bengkel selama dua hari ini berjaya dijalankan dengan sempurna, dan diharapkan pihak Perpustakaan UKM dapat mengekalkan kerjasama sebegini dan seterusnya dapat menganjurkan lagi bengkel sebegini pada masa akan datang.

Oleh: Rosmarlidaini Mah Hasan

Penerangan mengenai pangkalan data ISI Web of Science oleh wakil dari Syarikat Thompson Scientific

SEMASA

Page 16: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �6

bercirikan futuristik telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM. Majlis perasmian tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Encik Sam Chen S.K., Pengurus Pemasaran Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.

Rentetan perkembangan yang menjurus kepada kewujudan Anjung Ilmu PTSL telah bermula pada 3 November 2004 apabila Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) telah meluluskan cadangan untuk mengadakan usahasama di antara UKM dengan First Mobile Group Sdn Bhd selaku pengedar tunggal produk Samsung di Malaysia bagi membina premis Pusat Teknologi Pelajar di bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang. Lokasi premis berkenaan adalah di Dataran Perpustakaan Tun Seri Lanang dan mula beroperasi pada penghujung tahun 2007.

Pada asalnya, premis berkenaan lebih dikenali sebagai Zon Samsung @ UKM. Namun pada 3� Julai 2007, Mesyuarat Pengurusan Universiti telah memberikan persetujuan agar Zon Samsung @ UKM diberi nama ’Anjung Ilmu PTSL’. Premis ini dilengkapi dengan �2 buah meja untuk menempatkan komputer riba (laptop), dua (2) buah bilik perbincangan dan satu ruang khas untuk menonton televisyen serta satu lagi ruang khas untuk pameran.

Oleh: Mohd Adnan Baharom

Perasmian Anjung Ilmu PTSL

Pada �8 April 2008, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah melakarkan satu lagi sejarah dengan perasmian sebuah lagi prasarana

terkini yang disediakan untuk kemudahan dan keselesaan para pelanggan Perpustakaan. Prasarana tersebut yang

SEMASA

Page 17: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �7

SEMASA

Wacana Pengkatalogan Mantapkan Proses

Kerja

Bahagian Katalog Perpustakaan UKM buat pertama kalinya telah mengadakan Wacana Pengkatalogan pada 25-26

Mac 2008 bertempat di Puri Pujangga, UKM. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Wacana Pengkatalogan dan dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Katalog, Puan Anna Kustyana Mukandar. Seramai 37 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada Pustakawan dan kakitangan dari pelbagai bahagian yang terlibat dengan kerja-kerja pengkatalogan.

Program yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Ketua Perpustakaan Pusat Perubatan UKM, Puan Maimunah Kadir selaku fasilitator untuk hari yang pertama, dan seterusnya disusuli pula dengan sesi “Ice Breaking” yang dikendalikan oleh Encik Abdullah Yaacob.

Wacana Pengkatalogan ini diadakan bertujuan untuk mengkaji, menilai serta mengemaskini prosedur dan dasar pengkatalogan untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan objektif kualiti yang ditetapkan. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.�5 petang ini begitu padat dengan sesi pembentangan dan perbincangan daripada setiap peserta. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.�5 petang ini begitu padat dengan sesi pembentangan dan perbincangan daripada setiap peserta.

Sebanyak lima kumpulan telah membentangkan kertas kerja masing-masing mengikut tajuk yang telah ditetapkan iaitu Kajian Semula Prosedur Pengkatalogan, Kajian Semula Dasar Pengkatalogan, Isu-Isu Terkini Pengkatalogan, Keperluan Latihan Kakitangan Pengkatalogan dan Penandaarasan Proses Pengkatalogan.

Setiap kumpulan tersebut diketuai oleh seorang ketua dan beberapa orang ahli bergantung kepada keutamaan tajuk yang di berikan. Sepanjang sesi pembentangan, banyak isu, masalah dan pendapat telah diutarakan oleh para peserta dan hasilnya, terdapat beberapa dasar dan prosedur kerja pengkatalogan telah dikemaskini mengikut keperluan semasa.

Oleh: Fatimah Kamilah Awang

Page 18: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �8

Sanggar Kerja Bahagian Jurnal Dan Jilidan

Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan (BPJJ), Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah mengadakan sanggar kerja buat kali pertama

dari �4 hingga �6 Mac 2008 bertempat di Everly Resort Hotel Malacca, Jalan Tanjung Kling, Melaka Bandaraya Bersejarah.

S e r a m a i 2 0 o r a n g p e s e r t a telah mengambil bahagian di dalam sanggar kerja ini dengan diketuai oleh Puan Lela Ruzma M o h d . S h a a r i , Timbalan Ketua Pustakawan selaku Ketua Bahagian, dan Encik Abdul Muhaimin Sabron, P u s t a k a w a n Bahagian, serta para kakitangan BPJJ. Turut serta di dalam Sanggar Kerja BPJJ 2008 ini ialah Puan Hafsah Mohd, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan selaku Ketua Program Pembangunan Sumber dan juga sebagai tetamu kehormat di dalam Sanggar Kerja BPJJ 2008. Perasmian Sanggar Kerja BPJJ 2008 ini telah disempurnakan oleh Encik Abu Bakar Maidin, Ketua Pustakawan UKM.

Sanggar Kerja BPJJ 2008 ini berperanan sebagai platform dan wahan untu mencambahkan fikiran

seluruh warga BPJJ bagi membuahkan hasil penyelesaian terhadap pelbagai isu berbangkit berkaitan proses kerja di Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan. Terdapat lima (5) sasaran utama di dalam objektif sanggar kerja ini. Objektif tersebut ialah:

♦ memantapkan proses pengurusan jurnal bercetak dan elektronik

♦ memperincikan proses tuntutan jurnal bercetak dan elektronik

♦ mengemas kini prosedur kerja penjilidan

♦ memperkemaskan perkhidmatan kaunter jurnal

♦ mengukuhkan s e m a n g a t k e r j a berpasukan

Sanggar Kerja BPJJ 2008 ini juga berperanan sebagai platform dan wahana untuk mengeratkan lagi

hubungan silaturrahim dan mengukuhkan jambatan ukhuwwah di antara seluruh warga Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan yang seterusnya menjurus kepada kewujudan persekitaran kerja yang ceria dan kondusif. Persekitaran yang sedemikian akan mempengaruhi semangat bekerja seluruh warga Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan.

Oleh: Abdul Muhaimin Sabron

SEMASA

Page 19: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 �9

BERITA PERPUSTAKAAN CABANG

Hari Keluarga PUU Meriah

Hari Keluarga PUU telah disambut dengan meriah dan penuh semangat kekeluargaan. Sambutan hari keluarga pada kali ini diadakan

pada 5-6 April bertempat di Chalet Darul Aslah, Pangkalan Balak, Melaka. Semua kakitangan PUU telah turut serta. Sebahagian daripada peserta hari keluarga PUU berkumpul di Seksyen �5 ,Bandar Baru Bangi. Kami memulakan perjalanan pada jam ��.00 pagi dan kira – kira jam 2.00 petang kami selamatlah tiba di destinasi yang dituju. Manakala sebahagian lagi mengambil inisiatif untuk bertolak lebih awal bagi menguruskan penginapan di Pangkalan Balak. Pada sebelah petang acara sukaneka mengambil tempat. Setelah penat berkerja, inilah masanya kakitangan PUU menunjukkan kehebatan masing – masing dalam acara sukaneka yang disertai. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah isi air dalam botol, tiup belon, lari bawa bola ping pong, rebut kerusi, lari kepit belon, boling kelapa dan baling belon berisi air. Setelah penat bersukaneka, kami semua tidak melepaskan peluang mandi pantai bersama keluarga atau rakan masing – masing. Manakala pada sebelah malam aktiviti barbeque, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah mengisi acara. Semua kakitangan telah bekerjasama menyediakan juadah makan malam. Ketua Chef pada malam itu ialah Encik Rathi Karsan dan dibantu oleh Encik Masrol, Puan Rogayah dan suami serta ramai lagi. Ketua chef serta pembantunya cekap menjalankan tugas dan alhamdulilah kami semua dapat menikmati juadah makan malam yang sedap lagi lazat. Pada keesokan hari aktiviti bebas untuk semua keluarga. Selepas bersarapan pagi, ramai diantara kami mengambil peluang sekali lagi untuk mandi pantai sebelum pulang ke destinasi masing – masing. Perasaan gembira dan rasa kekeluargaan jelas terpancar di wajah kami. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Jumpa lagi 2 tahun lagi.

Oleh: Norliah Sukarno

Salam Ukhuwah LLG

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Undang – Undang (JKTPUU) telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Undang – Undang pada 23 Mei 2008.

Lawatan ini bermatlamat mengeratkan lagi semangat ukhuwah dikalangan perpustakaan Undang – Undang di Malaysia. dan juga menimba pengalaman serta bertukar idea . Rombongan ini disertai oleh �2 orang pustakawan. Antara perpustakaan undang – undang yang menyertai lawatan ini ialah USIM, UIA, UM, MMU, UITM, Suruhanjaya Sekuriti. Ahli rombongan ini mengadakan lawatan ke Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) terlebih dahulu sebelum mengadakan lawatan ke Perpustakaan Undang – Undang UKM. Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Undang – Undang (JKTPUU) dianggotai oleh �5 institusi yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Multimedia (MMU), Jabatan Kehakiman Syariah, Perpustakaan Mahkamah Persekutuan, Suruhanjya Hak Asasi Manusia, Perpustakaan Parlimen, Security Commission, Lincoln Resource Centre, Shahrizat, Rashid & Lee dan Bank Negara Malaysia.

Oleh: Norliah Sukarno

Ahli rombongan yang menyertai lawatan terdiri dari USIM, UIA, UM, MMU, UiTM dan Suruhanjaya Sekuriti

Page 20: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 20

BERITA BERGAMBAR AKTIVITI PERPUSTAKAAN

Audit Pengawasan ISO Pertandingan Jejak Maklumat

Perhimpunan Kakitangan PTSL Perasmian Anjung Ilmu

Kursus ASP UKM (Pustakawan) Latihan Selawat Maulidur Rasul

Page 21: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 2�

BERITA KAKITANGANPERSARAAN1. Baydowi Hj. Taib Pembantu Perpustakaan S17 2. Muhamad Zuber Basir Pemb. Tadbir Rendah N113. Saharin Shariff Pembantu Perpustakaan S264. Yahuda Keling Pembantu Perpustakaan S225. Mat Radzi Mat Saman Pembantu Perpustakaan S22

KENAIKAN PANGKAT1. Noraini Omar Ketua Program Pengurusan Perkhidmatan S522. Rosnah Suliman Pustakawan S483. Rosnah Yusof Pustakawan S484. Mariati Embong Pustakawan S445. Azemi Ahmad Pembantu Perpustakaan S226. Hamzah Jahid Pembantu Perpustakaan S227. Noraini Mat Ali Pustakawan S41 8. Fathiah Mohd Naain Pembantu Pemuliharaan S22

KAKITANGAN BARU1. Siti Wahida Amanullah Pustakawan S41 Bhg. KAT/Dokumen2. Noor Farhana Mohd Saleh Pustakawan S41 Bhg. Kol. Arkib, Galeri & Khas3. Nur Asyikin Lut Ahmad Pustakawan S41 PDAL4. Hendon Abdullah Pustakawan S41 Bhg. Perolehan5. Sobrie Mohd Nor PAP N1 PATMA6. Maslia Manshor Pustakawan S41 Bhg. Katalog7. Zabariah Harun Pembantu Tadbir Rendah N11 Bhg. Katalog8. Nona Zurena Masewat Pustakwan S41 PPPUKM9. Nor Hamsiah Ahmad Hosaini Pustakawan S41 Bhg. Perkhidmatan Penyelidikan

PERTUKARAN1. Noraini Omar Ketua PUU Ketua Prog. Peng. Perkhidmatan2. Lela Ruzma Mohd Shaari Ketua Bhg. Jurnal Ketua Bhg. Perkhid. Maklumat3. Rosnah Suliman Ketua KAT/Dokumen Ketua PUU4. Rosnah Yusof Ketua Bhg. Perolehan Ketua Bhg. Peng. Jurnal & Jilidan5. Zaidah Sulaiman Ketua Bhg. Pentadbiran & Kualiti Ketua Bhg. Perolehan6. Asmany Aza Ahmad Pustakawan S44 Ketua Bhg. Pentadbiran & Kualiti7. Shahruddin Shafri Pustakawan S44 Ketua Bhg. KAT/Dokumen8. Mariati Embong Pustakawan S44 PDAL9. Rohana Mahmood Pustakawan S44 Bhg. Perkhidmatan Pelanggan10. Noraashikin Mohd Yusop Pustakawan S41 Bhg. KAT/Dokumen11. Azmy Kamaruzzaman Pembantu Am Pejabat Unit Kenderaan12. Azemi Ahmad Pembantu Perpustakaan S22 Bhg. Perkhidmatan Pelanggan13. Nur Murni Aznin Azhari Pembantu Perpustakaan S17 Bhg. Perkhidmatan Penyelidikan14. Roslan Abdul Manan Penolong Pegawai Tadbir Jab. Sumber Manusia PPPUKM15. Jumain Bostam Pembantu Perpustakaan S17 Peg. Penyelidik Sosial FEP16. Md. Fakrul Hisham Pembantu Perpustakaan S17 Bhg. Perolehan 17. Hamzah Jahid Pembantu Perpustakaan S22 Bhg. Perkhidmatan Pelanggan18. Lokman Mohamed Pembantu Perpustakaan S22 Bhg. Peng. Jurnal & Jilidan19. Ham Zaid Sulaiman Pembantu Perpustakaan S17 PATMA20. Mad Munasir Hj. Masudi Pembantu Perpustakaan S17 Bhg. Peng. Jurnal & Jilidan21. Mohd Kharul Anuar Raduan Pembantu Tadbir N17 Bhg. Perkhidmatan Maklumat

Page 22: Bengkel ASP PerpustakaanUKM Siri Ke 2 Capai Objektif

INSPIRASI Bil 3 JANUARI-JUN 2008 22

BERITA KAKITANGAN

KELAHIRAN1. Diyana Hamdi Pembantu Perpustakaan PPUKM2. Mazni Mohd. Yusof Pustakawan Bhg. Perkhidmatan Penyelidikan3. Noraashikin Mohd Yusop Pustakawan Bhg. KAT/Dokumen

PERKAHWINAN 1. Azril Hisham A. Rahman Pembantu Am Pejabat Bhg. Katalog 2. Mohd Adnan Baharom Pustakawan PUU 3. Shamsudin Ibrahim Pustakawan Bhg. Perkhidmatan Penyelidikan TAKZIAH

Ibu kepada Norhayati Rased, Pembantu Perpustakaan di PPPUKM telah kembali ke Rahmatullah pada 22 Februari 2008.

Ibu kepada Encik Ahmad Farid Abdullah, Pembantu Perpustakaan, di Bahagian Perolehan telah kembali ke Rahmatullah pada 2 Mac 2008.

Bapa kepada Encik Azlan Mohamad Hamzah, Pustakawan di PPPUKM telah kembali ke Rahmatullah pada 2 Mac 2008.

Bapa kepada Puan Noraashikin Mohd Yusop, Pustakawan di Bahagian KAT/Dokumen telah kembali ke Rah-matullah pada 26 Februari 2008.

Ibu kepada Encik Ahmad Termizi Ibrahim, Pembantu Perpustakaan di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan telah kembali ke Rahmatullah pada 28 Mac 2008.

PERSARAAN KAKITANGAN PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

Encik Tusiman Mingun Encik Yahuda Keling

Encik Saharin ShariffEncik Zuber Basir