sistem pemantauan dan pengurusan ketibaan bas...

25

Upload: doanduong

Post on 17-Jun-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft
Page 2: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft
Page 3: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS EKSPRES DI STESEN SRI PUTRI

MOHD NADZREE BIN KARIM

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2007

Page 4: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft
Page 5: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

iii

Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda tersayang serta keluarga tercinta

yang sentiasa memberi dorongan dan galakan dalam apa jua tindakan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah-

pensyarah yang memberi tunjuk ajar dan nasihat.

Terima kasih yang tak terhingga..

Page 6: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

iv

PENGHARGAAN

“ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta

dengan izin dan kasihnya, saya telah dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk

menghasilkan dan meneruskan Projek Sarjana Muda ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ribuan

terima kasih kepada penyelia projek saya Encik Noh Bin Abd. Samad atas

bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan sepanjang proses

projek ini dijalankan. Seterusnya penghargaan terima kasih juga turut ditujukan

kepada Pensyarah kelas PSM I iaitu PM Dr. Mohd Aizaini Maarof yang telah banyak

dan sering memberi tunjuk ajar, bimbingan dan pertolongan serta nasihat-nasihat

dalam setiap pengajarannya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada keluarga terutama

kedua orang tua saya yang amat memahami dan berdoa atas kejayaan saya selama ini

serta pensyarah-pensyarah lain yang pernah membantu saya dalam projek ini dan

tidak kurang juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak

memberikan idea-idea dan bantuan semasa saya menghadapi masalah.

Akhir kata, semoga projek ini dapat memberi sedikit ilmu dan manfaat

kepada insan yang membacanya. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya

daripada Allah s.w.t, dan kekurangan itu adalah kelemahan diri saya sendiri sebagai

insan biasa. Wasalam.

Page 7: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi pengkomputeran yang semakin berkembang telah

menjadikan maklumat itu suatu kemestian dan menjadikan dunia lebih kecil tanpa

sempadan. Maklumat merupakan perkara terpenting dalam penjanaan sesuatu

pekerjaan kerana tanpa maklumat yang tepat, kesilapan mungkin berlaku

menyebabkan ianya tidak efisyen. Dalam bidang pengangkutan secara khususnya

juga mesti memastikan penerimaan dan penghantaran maklumat tepat dan sahih.

Kesilapan ini boleh menyebabkan kerugian kepada pihak pengusaha pengangkutan

termasuk pengangkutan awam amnya. Justeru itu cadangan pembangunan Sistem

Pemantauan dan Pengurusan Ketibaan Bas Ekspres yang bertumpu kepada Stesen Sri

Putri adalah merupakan salah satu cara untuk memberi maklumat awal yang tepat

berkenaan dengan bas yang bakal mereka gunakan kepada penumpang. Matlamat

utama sistem ini adalah untuk memberi amaran kepada penumpang tentang

kehadiran bas mereka serta memberi maklumat secukupnya untuk penumpang

supaya tidak menghadapi masalah berhubung perjalanan mereka. Sistem ini

dihubungkan menggunakan teknologi RFID dimana setiap bas akan mempunyai

transmitter dan di kesan menggunakan receiver yang di letakkan di tempat khas dan

disambungkan kepada pangkalan data menggunakan rangkaian berwayar. Segala

maklumat akan dapat dilihat melalui antaramuka paparan sistem pada bila-bila masa.

Metodologi yang digunakan pula dalam pembangunan sistem ini adalah

menggunakan metodologi Prototaip Evolusi dan kaedah UML. Sistem yang

dihasilkan nanti di harap dapat berfungsi untuk membantu dan memastikan segala

masalah yang dihadapi oleh penumpang-penumpang sebelum ini seperti masalah

terlalu lama menunggu dan masalah tidak mendapat maklumat yang tepat dapat

diatasi agar sistem pengangkutan awam menjadi lebih efisyen dan sistematik.

Page 8: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

vi

ABSTRACT

The rising of computer technology has made information one of the most

important thing in the world that made the world become much smaller without any

limitation. Information has become the most important aspect in generating any kind

of work because without proper or exact information, mistakes might happen

making it rather unefficient or unconvenient. In transportation area particularly, it is

important to make sure that receiving and transferring information are correct and

genuine. Mistakes that happens might cause damage and loss to the transportation

entrepreneur generally. As for that a suggestion to develop a system called “A

surveillance and managing express busses arrival that are based on Sri Putri Bus

Station ” are perfect to alert passenger earlier about the correct information about

thier busses that they are going to use to reach their destinastion. The main idea and

reason for this system is to alert passenger and gave enough information regarding to

their busses so that they wouldn’t have any problem regarding to their journey. The

system implement RFID technology where each busses will have their own

transmitter and caught up using a receiver that is situated in a special place. It is then

connected to a database using wire or land line. Every information can be seen

through a display interface system anytime.Whereby the methodology which is

implemented for these particular system is Evolution Prototype and UML methods.

The system that is being develop hopefully can fully function to help and make sure

that all the problems occurs before this such as long waiting time and improper and

false information distribution can be overcome so that this public transportation

system will be more efficient and systematic.

Page 9: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Matlamat 3

1.4 Objektif 4

1.5 Skop 4

1.6 Kepentingan Projek 5

Page 10: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

viii

1.7 Rumusan 6

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 7

2.1 Pengenalan 7

2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 8

2.2.1 Kajian Ke Atas Agensi Yi Soon (Syarikat

KKKL)

2.2.2 Kajian Ke Atas Syarikat Transnasional

Sdn Bhd

8

11

2.3 Analisis Masalah Mengenai Sistem Sedia Ada 12

2.3.1 Agensi Yi Soon 12

2.3.2 Syarikat Transnasional Sdn Bhd 13

2.4 Teknik Penyelesaian Masalah 14

2.4.1 Pangkalan Data MySQL

2.4.2 MySQL-Front 3.2

2.4.3 Pelayan Web Apache

2.4.4 PHP Hypertext Preprocessor (PHP)

2.4.5 Macromedia Dreamweaver MX

2.4.6 Microsoft Visual Basic 6.0

2.4.7 Microsoft Office Project 2003

2.4.8 Rational Rose 2000

2.4.9 Teknologi Radio Frequency

Identification (RFID)

2.4.9.1 Frekuensi RFID

2.4.9.2 Kelebihan dan Kelemahan Teknologi

RFID

2.4.10 Peripheral Interface Controller (PIC)

2.4.11 PicBasic Pro Compiler 2.45

2.4.12 EPICWin 2.4

14

15

15

16

19

20

20

21

22

22

23

24

25

25

2.5 Justifikasi Pemilihan Teknologi 26

2.6 Rumusan 27

Page 11: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

ix

BAB 3 METODOLOGI PROJEK 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Metodologi Yang Digunakan 29

3.2.1 Bahasa Pemodelan(UML)

3.2.2 Metodologi Prototaip

3.2.2.1 Fasa Perancangan Projek

3.2.2.2 Fasa Analisa Terhadap Keperluan

Projek

3.2.2.3 Fasa Rekabentuk Projek

3.2.2.4 Fasa Pembangunan Prototaip

3.2.2.5 Fasa Pengujian dan Penilaian Prototaip

3.2.2.6 Fasa Penakrifan Maklumat dan

Pembaikan Sistem

29

30

30

31

32

32

33

33

3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 33

3.3.1 Bahasa Pemodelan UML

3.3.2 Metodologi Prototaip

34

34

3.4 Perancangan Kerja 36

3.4.1 Perancangan PSM 1

3.4.2 Perancangan PSM 2

36

37

3.5 Keperluan Perkakasan dan Perisian 38

3.5.1 Justifikasi Keperluan Perkakasan

3.5.2 Justifikasi Keperluan Perisian

38

39

3.6 Rumusan 39

BAB 4 ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM 41

4.1 Pengenalan 41

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 42

4.3 Permodelan Sistem 45

4.4 Gambarajah Kes Gunaan 45

Page 12: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

x

4.4.1 Rajah Kes Gunaan Pentadbir

4.4.2 Rajah Kes Gunaan Staf Kaunter

4.4.3 Takrifan bagi Aktor Sistem

4.4.4 Takrifan bagi Gambarajah Kes Gunaan

45

45

48

49

4.5 Gambarajah Jujukan 50

4.5.1 Takrifan Bagi Operasi Log Masuk

4.5.2 Takrifan Operasi Jana Mesej

4.5.3 Takrifan Operasi Tambah Staf Kaunter

4.5.4 Takrifan Operasi Kemaskini Butiran Staf

Kaunter

4.5.5 Takrifan Operasi Tambah Syarikat

4.5.6 Takrifan Operasi Kemaskini Butiran

Syarikat

4.5.7 Takrifan Operasi Kemaskini Butiran Bas

4.5.8 Takrifan Operasi Tambah Bas

4.5.9 Takrifan Operasi Terima Mesej

50

50

51

51

51

52

52

53

53

4.6 Rekabentuk Antaramuka Sistem 53

4.6.1 Antaramuka Skrin Splash Aplikasi

4.6.2 Antaramuka Utama Sistem

54

54

4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 56

4.8 Rumusan 60

BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 61

5.1 Pengenalan 61

5.2 Implementasi Sistem 62

5.2.1 Bahagian Pemantauan/Pengecaman

5.2.1.1 Antaramuka Utama Bahagian Paparan

5.2.1.2 Fungsi Transmitter

5.2.1.3 Fungsi Receiver

5.2.1.4 Fungsi Log Masuk

5.2.1.5 Fungsi Select Comport

62

64

65

66

67

68

Page 13: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

xi

5.2.1.6 Fungsi Start Device

5.2.1.7 Fungi Paparan

5.2.1.8 Fungsi Status

5.2.2 Bahagian Pengurusan

5.2.2.1 Fungsi Menghubungkan Antaramuka

Dengan Pangkalan Data

5.2.2.2 Fungsi Validasi Log Masuk

5.2.2.3 Fungsi Kemaskini Rekod

5.2.2.4 Fungsi Penambahan Rekod

5.2.2.5 Fungsi Penghapusan Rekod

68

71

72

73

73

74

76

77

79

5.3 Pengujian 79

5.3.1 Pengujian Kotak Hitam

5.3.2 Pengujian Kotak Putih

80

80

5.4 Strategi Pengujian 81

5.4.1 Pengujian Log Masuk

5.4.2 Pengujian Semakan Data Dengan

Pangkalan Data

5.4.3 Pengujian Modul RFID

81

82

83

5.5 Hasil Analisa dan Pengujian 84

5.6 Rumusan 85

BAB 6 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 86

6.1 Pengenalan 86

6.2 Kekangan Sistem 86

6.3 Kelebihan Sistem 87

6.4 Kelemahan Sistem 88

6.5 Cadangan Pembaikan Sistem 89

6.6 Kesimpulan 89

RUJUKAN 91

LAMPIRAN A-E 93-135

Page 14: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1 Perbandingan antara ASP, JSP dan PHP 18

Jadual 2.2 Kelebihan dan Kelemahan Teknologi RFID 23

Jadual 3.1 Keperluan Perkakasan Projek 36

Jadual 3.2 Keperluan Perisian Projek 37

Jadual 4.1 Keterangan Aktor Sistem 48

Jadual 4.2 Senarai dan Keterangan Kes Guna Sistem 49

Jadual 4.3 Staf_Kaunter 57

Jadual 4.4 Pentadbir 57

Jadual 4.5 Maklumat Syarikat 58

Jadual 4.7 Maklumat Bas 59

Jadual 4.8 Mesej 59

Page 15: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 2.1 Carta Aliran Proses Pembelian Tiket dan 10

Perjalanan Penumpang

Rajah 2.2 Input Kaedah UML 21

Rajah 2.3 Contoh Model a)transmitter dan b)receiver 22

Rajah 2.4 Senibina PIC16F628A 24

Rajah 2.5 Contoh Gambaran Teknologi RFID 26

Rajah 3.1 Model Metadologi Prototaip 35

Rajah 4.1 Rekabentuk Senibina Sistem 44

Rajah 4.2 Kes Gunaan bagi Aktor Pentadbir 46

Rajah 4.3 Kes Gunaan bagi Aktor Staf Kaunter 47

Rajah 4.4 Antaramuka Skrin Splash 54

Rajah 4.5 Antaramuka Utama Bahagian Paparan 55

Rajah 4.6 Antaramuka Utama Bahagian Pengurusan 55

Rajah 4.7 Struktur Pangkalan Data 56

Rajah 5.1 Modul A)Transmitter dan B) Receiver 63

Rajah 5.2 Antaramuka Utama Bahagian Pengecaman dan Pemantauan 64

Rajah 5.3 Keratan Atucara Transmitter 65

Rajah 5.4 Keratan Atucara Receiver 66

Rajah 5.5 Keratan Atucara Login 67

Rajah 5.6 Antaramuka Pemilihan Comport 68

Rajah 5.7 Komponen Tambahan untuk Membolehkkan Peranti RFID 69

Digunakan

Rajah 5.8 Antaramuka Memulakan Peranti 69

Page 16: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

xiv

Rajah 5.9 Keratan Atucara bagi Memulakan Peranti 70

Rajah 5.10 Antaramuka Paparan LED 71

Rajah 5.11 Antaramuka Paparan pada Jadual 71

Rajah 5.12 Status Kenderaan yang Telah Sampai 72

Rajah 5.13 Keratan Atucara Menghubungkan Pangkalan Data dengan 74

Antaramuka Sistem

Rajah 5.14 Antaramuka Log Masuk Staf Kaunter 75

Rajah 5.15 Keratan Atucara bagi Fungsi Validasi Log Masuk Staf Kaunter 75

Rajah 5.16 Antaramuka Kemaskini Rekod Syarikat 76

Rajah 5.17 Keratan Atucara Kemaskini Rekod Syarikat 77

Rajah 5.18 Antaramuka Penambahan Rekod Bas 78

Rajah 5.19 Keratan Atucara Penambahan Rekod Bas 78

Rajah 5.20 Keratan Atucara Penghapusan Rekod Syarikat 79

Rajah 5.21 Mesej Ralat Jika Pengguna Gagal Memasukkan Katanama dan 82

Kata Laluan

Rajah 5.22 Mesej Ralat Jika Butiran Kenderaan Tiada dalam Pangkalan 82

Data

Rajah 5.23 Antaramuka yang Menunjukkan Modul Receiver Berfungsi 83

Rajah 5.24 Antaramuka yang Menunjukkan Modul Transmitter Berfungsi 84

Page 17: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

xv

SENARAI SINGKATAN

HTML - Hyper Text Markup Language

HTTP - Hypertext Transfer Protocol

IIS - Microsoft Internet Information Service

LED - Light Emitting Diode

OS - Operating System

PHP - PHP Hypertext Preprocessor

RAD - Rapid Application Development

RAM - Random Access Memory

RFID - Radio Frequency Identification

SDLC - Software Development Life Cycle

UML - Unified Modeling Language

VB - Visual Basic

XML - Extensible Markup Language

Page 18: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

xvi

SENARAI ISTILAH

Atas Talian - online

Jadual - table

Kata Laluan - password

Kata Nama - username

Log Masuk - login

Mengembalikan - restore

No pengenalan - id

Pelayan - server

Pelayar Web - web browser

Penerima - receiver

Pengantar - transmitter

Pengawal Mikro - microcontroller

Server Mula - server started

Simpan Rekod - backup

Sistem Terbuka - open source

Tanpa Kertas - paperless

Page 19: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Gantt PSM 1 94

B Carta Gantt PSM 2 96

C Soalan 98

D Rajah Jujukan 99

E Manual Pengguna 108

Page 20: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Di dalam era globalisasi yang semakin berevolusi dan berteknologi tinggi,

perkembangan yang semakin pesat dan pantas dari segi teknologi maklumat dan

komunikasi dapat dilihat berlaku di seluruh dunia. Malah bukan sahaja teknologi

yang berkembang pesat dan pantas tetapi seluruh masyarakat dunia juga mula

bergerak lebih pantas seiring dengan teknologi sehinggakan dunia kelihatan seolah-

olah tiada batasan.

Sistem pengangkutan yang baik serta sistem makluman tentang sesuatu

perjalanan itu amat penting dan releven bagi memastikan perjalanan ke sesuatu

destinasi berjalan dengan lancar dan tidak memberi masalah kepada pengguna.

Antara pengangkutan yang sering di gunakan ialah bas ekspres. Kebanyakan

individu-individu yang mengembara dan menggunakan perkhidmatan ini adalah

kerana ia mampu memberikan perkhidmatan yang murah dan sesuai untuk

perjalanan yang sederhana jaraknya. Dalam memastikan sistem pengangkutan ini

berjalan dengan baik dan cekap sistem makluman bagi penumpang adalah sangat

berguna melancarkan sesuatu perjalanan.

Page 21: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

2

Sistem makluman ini telah lama wujud dalam sistem pengangkutan yang lain

sebagai contoh sistem penerbangan di mana penumpang akan mendapat makluman

awal berkenaan pengangkutan yang bakal mereka gunakan sebagai contoh

penggunaan papan LED yang memaparkan kesemua maklumat-maklumat berkaitan

perjalanan sesuatu penerbangan. Paparan ini akan dapat memberitahu dan

memaklumkan penumpang tentang perjalanan mereka sebagai contoh masa

ketibaan, masa pelepasan, destinasi dan nombor kapal terbang tersebut. Pada masa

ini sistem ini masih belum di implementasikan untuk kegunaan bas ekspres.

Dengan adanya kemudahan ini pengguna akan lebih peka tentang kehadiran bas

mereka kerana adanya maklumat dari segi paparan yang memberitahu mereka

tentang maklumat ketibaan kenderaan mereka dan maklumat berkaitan perjalanan

mereka sebelum meneruskan sesuatu perjalanan. Ini secara tidak langsung dapat

menjimatkan masa dan mengatasi masalah kegagalan menerima maklumat dengan

tepat berkenaan kenderaan mereka kerana maklumat berkenaan hanya di sampaikan

secara lisan setibanya kenderaan mereka di sesebuah stesen. Pengusaha bas-bas

ekspres juga mampu mengemaskini kesemua maklumat berkaitan perjalanan dan

maklumat kenderaan dengan adanya sistem

1.2 Latar Belakang Masalah

Berikut merupakan latar belakang masalah yang telah dikenalpasti dan

terlibat dalam pembangunan sistem ini:

i. Menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna iaitu penumpang bas

ekspres sebelum ini di mana tiada sistem berkomputer yang memantau

dan menguruskan ketibaan bas yang tiba di Sri Putri. Ini dilakukan secara

manual di mana penumpang yang membeli tiket dikehendaki menunggu

mengikut masa bas bertolak dari stesen Larkin yang mana akan

membazirkan masa penumpang dan kurang efisyen.

Page 22: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

3

ii. Penumpang berkemungkinan gagal menerima maklumat tepat berkenaan

ketibaan bas mereka kerana maklumat tersebut hanya di sampaikan

secara lisan oleh kakitangan bas setibanya bas mereka di Sri Putri

contohnya sekiranya berlaku kelewatan penumpang terpaksa menunggu

lama sedangkan mereka boleh melakukan perkara lain semasa menunggu

bas tersebut.

iii. Berlakunya kekeliruan di mana penumpang gagal melihat maklumat

kenderaan dengan jelas kerana berlakunya penukaran bas oleh pengusaha

bas disaat-saat akhir yang kadangkala gagal dimaklumkan kepada

penumpang.

iv. Penumpang terpaksa menelefon pengusaha bas yang berada di Stesen

Larkin jika perjalanan yang mereka pilih untuk ke destinasi agak lewat

iaitu pada waktu melebihi 10 malam di mana kaunter pengusaha bas telah

pun ditutup.

v. Penyimpanan data adalah secara manual iaitu menggunakan fail dan

kertas di mana ianya mempunyai kecenderungan untuk hilang atau

dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

1.3 Matlamat

Matlamat projek ini adalah untuk menghasilkan Sistem Pemantauan dan

Pengurusan Ketibaan Bas Ekspres di Stesen Sri Putri yang akan berfungsi untuk

membantu memberi isyarat awal tentang ketibaan bas ekspres dan memastikan

pengurusan bas ekspres menjadi lebih baik dan efisyen.

Page 23: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

4

1.4 Objektif

Objektif penghasilan sistem ini adalah:

i. Membangunkan sistem pemantauan ketibaan bas ekspres yang akan memberi

maklumat awal tentang ketibaan bas ekspres dari stesen Bas Larkin ke stesen

Sri Putri.

ii. Membangunkan sistem pengurusan bas ekspres bagi tujuan penyemakan,

penyimpanan rekod dan pengemaskinian rekod.

iii. Menghasilkan pangkalan data yang selamat di mana capaian dibenarkan pada

pihak yang tertentu sahaja.

1.5 Skop

Sistem yang akan dibangunkan ini adalah berdasarkan kepada skop seperti

disenaraikan di bawah ini:

i. Sistem ini hanya melibatkan pengusaha bas ekspress dan pentadbir sahaja.

ii. Sistem pemantauan dapat dicapai sebaik sahaja bas memasuki kawasan

lingkaran atau radius bagi lingkungan yang dilitupi oleh titik capaian iaitu

receiver . Bas ekspres akan memasuki radius capaian menggunakan

teknologi RFID yang diimplemenkan dalam sistem.

Page 24: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

5

iii. Setiap bas akan dibekalkan dengan ‘transmitter (tag)’ yang berfungsi

memberi isyarat / maklumat tentang kehadiran bas tersebut.

iv. Sistem boleh di akses dan dimanipulasi oleh pihak pengurusan bas ekspres

dan pentadbir sahaja.

v. Sistem ini mempunyai satu pelayan yang akan menerima maklumat/isyarat

dari bas yang kemudiannya akan diproses dan dimaklumkan kepada

penumpang melalui paparan pada skrin.

vi. Keselamatan pangkalan data dan sistem hanya akan melibatkan penggunaan

kata laluan ketika log masuk sistem.

vii. Pengguna bas boleh mencapai sistem ini hanya untuk melihat maklumat

yang berkaitan tanpa boleh memanipulasi maklumat tersebut.

1.6 Kepentingan Projek

Berdasarkan kepada penilaian dan jangkaan awal diharap aplikasi yang

dibangunkan ini dapat membawa manfaat dan kepentingan kepada pihak yang

terlibat dalam pengurusan dan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas

ekspres. Berikut merupakan kepentingan atau kebaikan yang terdapat dalam sistem

ini :

i. Aplikasi ini di harap dapat membantu mengatasi masalah yang selama ini

di hadapi oleh pengguna iaitu masalah menunggu bas dan juga masalah

percanggahan maklumat berkenaan bas ekspres yang bakal mereka naiki.

Page 25: SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN KETIBAAN BAS …ir.fsksm.utm.my/77/1/mohdnadzree_cc040031d07ttp.pdf · “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih” ... 2.4.6 Microsoft

6

ii. Aplikasi yang dibangunkan nanti di harap dapat mengesan bas sebelum

mereka tiba di Stesen Sri Putri bagi membolehkan maklumat lengkap

berkenaan bas mereka dapat di paparkan kepada pengguna.

iii. Menyimpan semua koleksi data berkenaan maklumat bas secara

berkomputer menggunakan pangkalan data.

1.7 Rumusan

Secara keseluruhannya Bab 1 ini merupakan pengenalan secara umum dan

juga pengenalpastian terhadap persekitaran sistem sokongan yang akan

dibangunkan. Selain itu masalah-masalah yang sebelum ini timbul juga dikenalpasti

dan cadangan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut juga turut dibincangkan.

Matlamat, objektif dan skop akan menerangkan dan menggariskan panduan tentang

keperluan terhadap sistem yang dibangunkan agar projek tidak lari dari sempadan

yang telah digariskan Kepentingan kajian pula menyokong secara menyeluruh

kepada asas pembangunan sistem ini di lakukan agar dapat dimanfaatkan dengan

sepenuhnya oleh pihak yang dikenal pasti.