sistem maklumat dan peminjaman tesis di …ir.fsksm.utm.my/248/1/zainudinbc070139d09ttp.pdf ·...

20

Upload: hoangdien

Post on 28-Jul-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SISTEM MAKLUMAT DAN PEMINJAMAN TESIS DI PUSAT SUMBER

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT, UTM

ZAINUDIN BIN ASMAT

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2009

 

iii

Dedikasi yang teristimewa buat keluarga yang tersayang.

 

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T dengan keizinan serta

kebesaranNya, saya berjaya menyiapkan projek ini dalam tempoh yang telah

ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan

para anbiya’.

Sekalung oenghargaan yang tak terhingga kepada Dr. Shukor Abd Razak

selaku penyelia projek yang telah banyak memberi sokongan, peluang dan

bimbingan sepanjang projek ini dijalankan.

Pengakhir kata, semoga apa yang saya hasilkan ini mencapai matlamat yang

digariskan dan menjadi sebahagian daripada sumbangan intelektual khususnya

kepada warga Universiti Teknologi Maklumat. Semoga keberkatan dan keredhaan

Allah S.W.T sentiasa menjadi keutamaan. Sekian, wassalam.

 

v

ABSTRAK

Sistem pengurusan perpustakaan memudahkan dan mempercepatkan

mengurus dan mengatur sesebuah perpustakaan. Projek ini bertujuan untuk

membangunkan Sistem Maklumat dan Peminjaman Tesis bagi pusat sumber FSKSM

dan sasaran pengguna yang menggunakan sistem ini adalah pelajar-pelajar dan staf-

staf UTM. Sistem ini menggunakan teknologi Active Server Page (ASP) dengan

pendekatan persekitaran pelayan-pelanggan. Teknologi SMS digunakan bagi

memudahkan pengguna seperti membuat pembaharuan pinjaman. Kajian

latarbelakang projek ini adalah berkisar daripada sistem-sistem yang sedia ada.

Metodologi prototaip dipilih bagi membangunkan projek ini. Metodologi ini

diperkenalkan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam

metodologi air terjun. Walaupun projek ini dibangunkan mengikut matlamat dan

objektif yang telah ditetapkan, namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu

ditingkatkan bagi membaiki kerberkesanan dan mutu sistem ini.

 

vi

ABSTRACT

Library management system facilitate and accelerate manage and arrange a

library. The purpose of this project is to develop Sistem Maklumat dan Peminjaman

Tesis for the FSKSM library and the target users for this system are UTM students

and staffs. This system use Active Server Page (ASP) technology with the approach

client-server environment. SMS technology utilised facilitate the users as make loan

renewal. The background study of this project is revolving from the existed systems.

Prototype methodology was selected to develop this project. This methodology

unveiled to tackle weaknesses occurs in methodology waterfall. Although this project

developed according to goals and objective which has been prescribed, but there

were some weakness that need to be improve towards effective and the quality of this

system.

 

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN IV

ABSTRAK V

ABSTRACT VI

KANDUNGAN VII

SENARAI JADUAL X

SENARAI RAJAH XI

SENARAI SINGKATAN XIII

SENARAI LAMPIRAN XIV

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan Projek 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Matlamat Projek 2

1.4 Objektif Projek 2

1.5 Skop Projek 3

1.6 Kepentingan Projek 3

1.7 Kesimpulan 4

2 KAJIAN LITERATUR 5

2.1 Pengenalan 5

2.2 Kajian Terhadap Sistem Semasa 5

 

viii

2.2.1 PSZ Infolan2 5

2.3 Kajian Terhadap Sistem Komersial 8

2.3.1 Small Library Organizer 8

2.4 Kajian Terhadap Teknologi dan Konsep yang Digunakan 12

2.4.1 Senibina client-server 12

2.4.2 Short Message Service (SMS) 13

2.4.3 Pengimbas Kod Bar 15

2.4.4 Active Server Page (ASP) 17

2.5 Kesimpulan 17

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN 18

3.1 Pengenalan 18

3.2 Pemilihan metodologi 19

3.3 Penggunaan Metodologi dalam Pembangunan Sistem 19

3.3.1 Fasa Perancangan 19

3.3.2 Fasa Literatur 20

3.3.3 Fasa Spesifikasi Rekabentuk 20

3.3.4 Fasa Pembangunan 20

3.3.5 Fasa Pengujian Projek 21

3.3.6 Fasa Penyelenggaraan 22

3.4 Keperluan Sistem 22

3.4.1 Keperluan Perkakasan 22

3.4.2 Keperluan Perisian 23

3.5 Kesimpulan 24

4 REKABENTUK 25

4.1 Pengenalan 25

4.2 Gambar Rajah Kes Guna 26

4.2.1 Takrifan Aktor-Aktor Sistem 26

4.2.2 Gambarajah Kes Guna 27

4.3 Gambarajah Jujukan 28

4.4 Rekabentuk Pangkalan Data 30

 

ix

4.5 Rekabentuk Antaramuka Sistem 34

4.6 Kesimpulan 38

5 IMPLIMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM 39

5.1 Pengenalan 39

5.2 Fasa Implimentasi 39

5.2.1 Pengkodan Untuk Bahagian Peminjaman 40

5.2.2 Pengkodan Untuk Bahagian Staf 43

5.2.3 Pengkodan Untuk Bahagian Pentadbir 45

5.2.4 Pengkodan Untuk Bahagian SMS 46

5.3 Fasa Pengujian 49

5.3.1 Pengujian Kotak Putih 49

5.3.2 Peringkat Pengujian 49

5.3.3 Pengujian Kotak Hitam 52

5.4 Kesimpulan 52

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 53

6.1 Pengenalan 53

6.2 Hasil dan Pencapaian 53

6.3 Kekangan dan Cabaran 54

6.4 Cadangan Pembaikan / Peningkatan 54

6.5 Kesimpulan 55

RUJUKAN 56

LAMPIRAN 57

 

x

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA HALAMAN 3.1 Perkakasan Lain yang Diperlukan 23

3.2 Perisian yang Diperlukan di Dalam Pembangunan

Sistem 23

4.1 Struktur Jadual “MaklumatPengguna” 31

4.2 Struktur Jadual “MaklumatTesis” 32

4.3 Stuktur Jadual “Transaksi” 32

4.4 Struktur Jadual “HubungiMesej” 33

4.5 Struktur Jadual “SenaraiJabatan” 33

4.6 Struktur Jadual “SenaraiPenyelia” 33

4.7 Struktur Jadual “Konfigurasi” 34

5.1 Contoh Kes-kes Pengujian 50

 

xi

SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA HALAMAN 2.1 Antaramuka Halaman Utama Infolan2 [1] 6

2.2 Antaramuka Halaman Daftar Masuk Pengguna [1] 7

2.3 Antaramuka bagi Proses Peminjaman [2] 10

2.4 Antaramuka bagi Proses Pemulangan [2] 11

2.5 Senibina Penghantaran dan Penerimaan SMS 14

2.6 Rekabentuk SMS Messaging Server [3] 15

2.7 Contoh Kod Bar 15

2.8 Pengimbas Kod Bar 16

2.9 Pencetak Kod Bar 16

4.1 Kes Guna Bagi Aktor Pentadbir 27

4.2 Kes Guna Bagi Aktor Staf 27

4.3 Kes Guna Bagi Aktor Pengguna 27

4.4 Gambarajah Jujukan bagi Proses Senarai Item Pengguna 28

4.5 Gambarajah Jujukan bagi Proses Kemaskini Profil Pengguna 29

4.6 Gambarajah Jujukan bagi Proses Peminjaman 29

4.7 Senibina Pangkalan Data 30

4.8 Antaramuka Halaman Utama Sistem Maklumat dan

Peminjaman Tesis FSKSM 35

4.9 Antaramuka Bagi Halaman Peminjam 35

4.10 Antaramuka Bagi Halaman Senarai Item 36

4.11 Antaramuka Bagi Halaman Utama Staf 37

4.12 Antaramuka Bagi Halaman Pentadbir 37

5.1 Fungsi Log Masuk 40

5.2 Keratan aturcara bagi fungsi log masuk 41

5.3 Senarai Pinjaman di Halaman Senarai Item 42

 

xii

5.4 Fungsi Bagi Pembaharuan Pinjaman di Halaman Senarai Item 43

5.5 Fungsi Pendaftaran Peminjam di halaman Daftar Peminjam 44

5.6 Fungsi Peminjaman Tesis 45

5.7 Fungsi KonfigurasiYang Boleh Dilakukan Oleh Pentadbir 46

5.8 Keratan aturcara bagi modul membalas SMS melalui fail trigger 47

5.9 Sambungan Keratan aturcara bagi modul membalas SMS

melalui fail trigger 48

5.10 Senarai Maklumat Peminjaman 51

 

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH ASP Active Server Pages

CPU Central Processing Unit

GB Gigabyte

GHz Gigahertz

IIS Internet Information Services

SMS Short Message Service

SQL Structured Query Language

UML Unified Modeling Language

UTM Universiti Teknologi Malaysia

WWW World Wide Web

 

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA HALAMAN A Carta Gantt PSM 1 57 B Carta Gantt PSM 2 59 C Manual Pengguna 61

 

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek

Sistem pengurusan perpustakaan banyak membawa perubahan dalam

pengurusan sesebuah perpustakaan. Dengan mengunakan sistem untuk menguruskan

perpustakaan, ia akan lebih menjimatkan masa dan kos serta memudahkan pihak

pengurusan perpustakaan untuk mengatur dan mencapai maklumat-maklumat buku

secara cepat dan berkesan.

Sistem Maklumat dan Peminjaman Tesis merupakan sistem yang

memudahkan pengguna mencari serta melakukan peminjaman terhadap tesis-tesis

tersebut. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan senibina pelayan web. Selain

itu teknologi SMS juga digunakan di dalam sistem ini.

Pengguna mempunyai masalah untuk membuat pembaharuan pinjaman

kerana pengguna perlu datang ke pusat sumber untuk membuat pembaharuan. SMS

boleh digunakan untuk melakukan proses pembaharuan pinjaman tesis yang dipinjam

dan juga pengguna boleh mendapatkan maklumat-maklumat peminjaman tesis

tersebut.

Terdapat 5 bab di dalam laporan ini yang meliputi pengenalan, kajian

literatur, metodologi pembangunan, rekabentuk, implementasi projek dan pengujian

serta perbincangan dan kesimpulan. Bab 1 menerangkan matlamat, objektif dan skop

projek. Bab 2 merupakan kajian terhadap perkara-perkara berkaitan dengan sistem

 

2

manakala metodologi yang digunakan dalam proses pembangunan projek dinyatakan

di dalam Bab 3. Bab 4 pula merupakan penerangan rekabentuk antaramuka dan

pangkalan data sistem. Kesimpulan terhadap projek ini boleh didapati di dalam Bab

5.

1.2 Latar Belakang Masalah

Setelah membuat pemerhatian, didapati tiada sistem pengurusan perpustakaan

digunakan bagi mengurus tesis-tesis yang terdapat di dalam pusat sumber FSKSM.

Buat masa sekarang, semua urusan untuk membuat peminjaman tesis dilakukan

secara manual. Untuk membuat pembaharuan pinjaman, pengguna perlu datang ke

Pusat Sumber FSKSM. Dengan sistem ini, Sistem Pensanan Ringkas (SMS) boleh

digunakan untuk membuat pembaharuan. Pengguna ada kemungkinan juga terlupa

mengenai tarikh pulang tesis yang dipinjam. Masalah juga akan timbul jika sesebuah

enjin carian yang tidak jelas kepada pengguna menyukarkan pengguna mencari

bahan yang dikehendaki.

1.3 Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan Sistem Maklumat dan

Peminjaman Tesis FSKSM yang boleh digunakan untuk membantu proses

peminjaman oleh pelajar dan staf. Malah ia turut memudahkan proses caipaian data

supaya ia dapat dilakukan dengan cepat dan lebih sistematik.

1.4 Objektif Projek

Untuk mencapai matlamat projek, objektif-objektif yang perlu dilaksanakan

adalah seperti berikut:

 

3

i. Mengkaji proses peminjaman tesis yang dilakukan secara manual di Pusat

Sumber FSKSM.

ii. Merekabentuk dan membangunkan Sistem Maklumat dan Peminjaman Tesis.

iii. Menguji Sistem Maklumat dan Peminjaman Tesis yang dibangunkan.

1.5 Skop Projek

Skop projek berikut ditentukan untuk memastikan objektif-objektif projek

dapat dicapai:

i. Sistem ini dibangunkan untuk Pusat Sumber FSKSM.

ii. Sistem ini boleh digunapakai oleh pelajar dan staf yang mendaftar di dalam

sistem.

iii. Teknologi kod bar digunakan di dalam sistem ini.

iv. Hanya proses pembaharuan pinjaman tesis dan pertanyaan maklumat

pinjaman yang boleh dibuat menerusi SMS.

1.6 Kepentingan Projek

Projek ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna untuk melakukan

segala transaksi peminjaman tesis. Projek ini membolehkan pengguna menggunakan

telefon bimbit untuk menghantar mesej dalam proses transaksi peminjaman tesis.

Sistem ini dibangunkan berasaskan web yang memudahkah pengguna membuat

capaian secara atas talian di lokasi yang berbeza yang mempunyai hubungan ke

internet. Sistem ini menggunakan kod bar yang mencekapkan lagi proses pengurusan

dan memudahkan staf membuat proses transaksi peminjaman dan pemulangan tesis.

 

4

1.7 Kesimpulan

Bab 1 ini menerangkan pengenalan serta latar belakang masalah yang ada di

dalam proses peminjaman tesis yang dibuat secara manual. Sistem ini dapat

memudahkan pengguna membuat carian serta membuat peminjaman tesis. Bab

seterusnya adalah Bab 2 iaitu kajian literatur yang menerangkan kajian yang dibuat

terhadap sistem sedia ada. Di dalam kajian literatur ini juga menerangkan teknologi-

teknologi yang akan digunakan di dalam membangunkan Sistem Maklumat dan

Peminjaman Tesis.