perisian pengujian prestasi antara dua buah …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf ·...

15
PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS SHAH REZAL BIN RUSLI Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia OKTOBER, 2003

Upload: trinhxuyen

Post on 14-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH CAKERA KERAS

SHAH REZAL BIN RUSLI

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2003

Page 2: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2
Page 3: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2
Page 4: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2
Page 5: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia saya, Puan Anazida Binti

Zainal di atas segala bimbingan, dorongan serta sokongan yang diberi sepanjang tempoh

saya menjalankan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan Projek Sarjana Muda saya

ini. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya dan

juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti

Teknologi Malaysia, yang pernah mengajar saya.

Page 6: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

ABSTRAK

Cakera keras merupakan sebuah komponen yang paling penting dalam sesebuah

komputer. Di sinilah segala maklumat dan data disimpan. Justeru itu, prestasi cakera

keras memainkan peranan yang penting bagi mandapatkan prestasi yang baik daripada

keseluruhan sistem komputer. Walaubagimanapun, terdapat perbezaan prestasi di antara

sebuah cakera keras dengan cakera keras yang lain walaupun mempunyai spesifikasi

yang sama. Oleh itu, dalam projek ini, perisian yang mampu mengukur prestasi dua

buah cakera keras dibangunkan. Teknik yang digunakan untuk mengukur prestasi

sesebuah cakera keras ialah kelajuan cakera keras menulis dan membaca fail dengan

menggunakan ingatan cache. Perisian Microsft Visual Basic 6.0 digunakan sebagai

platform pengaturcaraan dalam pembangunan perisian ini. Hasil dari pengujian yang

dijalankan terhadap cakera keras akan dipaparkan dalam bentuk bergraf dan paparan

bertulis bagi memudahkan pengguna membuat penilaian prestasi cakera yang manakah

yang lebih baik. Diharap dengan hasil dari projek ini nanti, akan dapat membantu sedikit

sebanyak kepada pengguna dalam memilih cakera keras yang lebih baik prestasinya.

Page 7: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

ABSTRACT

Hard disk is the most important component in computer system. All data and

information are kept here. So, performance from hard disk is the major factor to get the

best performance from the entire computer system. Thus, performance comparison

between hard disks is the best way to help users to choose the best hard disk for their

used. So, in this project, software that could performs a benchmarking technique to test

two hard disks performance in terms of read and write speed has been developed.

Microsoft Visual Basic 6.0 was used as the programming platform in developing the

software. The technique developed in the software measured hard disk speed in writing

and reading a file using cache memory. The software would display test result in graph

and text format. The results can be used to help users making decision of which hard

disk has higher performance. Hopefully, users could gain benefits from the software in

making their choice of hard disk that is suitable with their daily works.

Page 8: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI RINGKASAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek 1

1.2 Analisa Masalah 2

1.3 Objektif Projek 3

1.4 Skop Projek 4

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 5

2.2 Pengenalan Kepada Cakera Keras 5

2.3 Sejarah Cakera Keras 8

2.4 Komponen Cakera Keras 10

2.5 Operasi Baca/Tulis 12

2.6 Strukutr Logikal dan Sistem Fail Pada Cakera 16

Page 9: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

Keras

2.7 Ingatan Maya atau Virtual Memory 17

2.8 Pengenalan Kepada Pengujian Prestasi 18

2.9 Pengujian Cakera Keras 21

2.10 Teknik- Teknik Pengujian Cakera Keras 22

2.10.1 Teknik 1 : Mengukur Kelajuan

Menulis dan Membaca Sebuah Fail

Pada Cakera Keras Tanpa

Menggunakan Ingatan Cache 23

2.10.2 Teknik 2 : Mengukur Kelajuan

Menulis dan Membaca Sebuah Fail

Pada Cakera Keras Dengan

Menggunakan Ingatan Cache 24

2.10.3 Teknik 3 : Mengukur Kelajuan

Menulis dan Membaca Pelbaga

Saiz Fail 27

2.10.4 Teknik 4 : Mengukur Kelajuan

Menulis Dua Kali Fail Secara Bersiri

Pada Cakera Keras 28

2.11 Justifikasi Teknik Pengujian 29

2.12 Perbandingan Prestasi Antara Dua Cakera Keras 31

2.13 Fail Ujian 32

2.14 Perisian Sepadan Yang Ada 33

2.14.1 Disknt98 34

2.14.2 SiSoft Sandra Professional 35

2.14.3 Fresh Diagnose 36

2.15 Rumusan 37

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 38

Page 10: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

3.2 Kajian Latar Belakang 38

3.3 Metodologi Pembangunan 39

3.3.1 Kaedah dan Teknik 40

3.3.2 Justifikasi Metadologi 41

3.3.2.1 Fasa Perancangan 41

3.3.2.2 Fasa Analisa Sistem 42

3.3.2.3 Fasa Rekabentuk Sistem 43

3.3.2.4 Fasa Implimentasi 44

3.3.2.5 Fasa Penyelenggaraan 44

3.4 Perancangan Projek 45

3.5 Keperluan Sistem 45

3.5.1 Keperluan Perkakasan 46

3.5.2 Keperluan Perisian 47

3.5.2.1 Justifikasi Perisan

Microsoft Visual Basic 6.0 47

BAB IV HASIL AWALAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Rekabentuk Umum 49

4.3 Rekabentuk Logikal Komponen 53

4.4 Rekabentuk Antaramuka 57

BAB V FASA IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perisian Pembangunan Aplikasi 62

5.3 Pembangunan Modul 63

5.3.1 Modul Menulis Fail Pada Cakera Keras 65

5.3.2 Modul Membaca Fail Pada Cakera Keras 67

5.3.3 Modul Kiraan Tempoh Pelaksanaan

Operasi 68

5.3.4 Modul Buang Fail 69

Page 11: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

5.3.5 Modul Kiraan Kadar Penghantaran Data 70

5.3.6 Modul Maklumat Cakera Keras 71

5.3.7 Modul Graf Keputusan 72

5.4 Pengujian Sistem 75

5.4.1 Pengujian Modul Menulis Pada Cakera

Keras 75

5.4.2 Pengujian Modul Mmbaca Fail 78

5.4.3 Pengujian Modul Mengira Kadar

Penghantaran Data 81

5.5 Kesimpulan Pengujian 82

BAB VI KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 83

6.2 Justifikasi Objektif 83

6.3 Kebaikan Sistem 85

6.4 Kelemahan Sistem 86

6.5 Cadangan Masa Depan 87

6.6 Kesimpulan 88

RUJUKAN 89

LAMPIRAN

LAMPIRAN A- E 90 - 102

Page 12: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek

Penggunaan aplikasi yang menguji keupayaan prestasi sesuatu sistem komputer

telah menjadi suatu yang penting pada masa sekarang. Kepelbagaian produk komputer

peribadi yang banyak berada di pasaran telah menyebabkan banyak pembeli runsing

untuk memilih barangan produk yang mana mempunyai prestasi yang lebih baik. Begitu

juga dengan cakera keras. Walaupun cakera keras yang ada di pasaran masa kini

mempunyai spesifikasi yang sama, tetapi prestasi antara cakera-cakera keras ini

mempunyai perbezaan dari segi prestasi antara satu sama lain. Disebabkan masalah ini,

banyak aplikasi atau perisian telah dibangunkan untuk membuat perbandingan prestasi

antara produk-produk tertentu. Untuk menguji prestasi sesuatu cakera keras beberapa

teknik digunakan. Antaranya ialah menguji kelajuan cakera keras mambaca dan menulis

sesuatu fail. Fail yang mempunyai saiz tertentu akan ditulis atau dibaca pada cakera

keras dan masa yang digunakan untuk menyelesaikan operasi ini dicatatkan. Pengujian

yang sama akan dijalankan pada cakera keras yang lain untuk mendapatkan hasil ujian

dan seterusnya perbandingan antara kedua-dua cakera keras yang diuji akan dilakukan.

Dengan ini, prestasi sebenar sesuatu cakera keras dengan cakera keras yang lain dapat

dinilai.

Page 13: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

2

1.2 Analisa Masalah

Cakera keras merupakan satu komponen yang penting dalam sesebuah komputer

peribadi. Ianya digunakan untuk menyimpan pelbagai data untuk penggunanya.

Limpahan pelbagai jenis cakera keras di pasaran menyebabkan pengeluar cakera keras

terpaksa bersaing antara satu sama lain bagi melariskan barangan keluaran mereka.

Persaingan yang berlaku antara pengeluar ini menyebabkan pengguna menjadi keliru

dalam perihal memilih cakera keras yang mempunyai prestasi terbaik bagi memenuhi

keperluan mereka.

Seperti yang diterangkan dalam bahagian pengenalan, walaupun cakera keras-

cakera keras ini mempunyai spesifikasi yang sama, tetapi terdapat tahap prestasi yang

berbeza antara satu sama lain. Jadi, untuk mengetahui tahap prestasi sesebuah cakera

keras, sebuah perisian yang mampu megukur prestasi cakera keras digunakan.

Pada masa kini, terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menguji

prestasi cakera keras seperti Sisoft Sandra 2001 Professional dan DiskSpeed malah

pengeluar cakera keras sendiri pun ada menyediakan perisian untuk menguji keupayaan

cakera keras ini. Tetapi, perisian-perisian seperti disebutkan tadi tidak membuat

perbandingan secara nyata perbezaan prestasi antara dua cakera keras. Ianya hanya

membuat perbandingan dengan membandingkan tahap prestasi cakera keras yang diuji

dengan data atau keputusan yang telah dijalankan sebelum itu. Contohnya, apabila

prestasi sebuah cakera keras hendak diukur, cakera keras tadi akan diuji dengan

beberapa set teknik pengujian dan hasil keputusan ujian akan dibandingkan dengan hasil

keputusan cakera keras yang lain yang telah diuji yang mana hasil keputusannya dicapai

dari pangkalan data perisian itu. Ini menyebabkan kita tidak dapat membuat

perbandingan yang nyata jika menggunakan perisian-perisian tersebut.

Page 14: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

3

Oleh sebab itu, satu perisian yang mampu membuat perbandingan prestasi yang

nyata antara dua cakera keras diperlukan bagi mendapatkan hasil keputusan yang lebih

tepat.

1.3 Objektif Projek

Dalam melaksanakan projek ini, beberapa objektif projek telah ditetapkan.

Objektif utama yang dikenalpasti ialah :

(i) Menjalankan kajian terhadap cakera keras dan teknik- teknik pengujian

prestasi cakera keras.

(ii) Membangunkan sebuah perisian aplikasi yang mampu membuat

pengujian prestasi antara dua buah cakera keras.

(iii) Menjalankan pengujian berdasarkan teknik yang telah dipilih iaitu

menulis dan membaca fail yang mempunyai saiz tertentu pada cakera

keras dengan menggunakan ingatan cache.

Page 15: PERISIAN PENGUJIAN PRESTASI ANTARA DUA BUAH …ir.fsksm.utm.my/237/1/shahrezalac990678d03ttp.pdf · juga pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, ... 3.5.2

4

1.4 Skop Projek

Untuk memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan, beberapa skop

telah digariskan dalam membangunkan projek ini. Antara skop-skop yang

dikenalpasti ialah :

(i) Tidak mengambilkira jenis format pengalamatan yang digunakan oleh

cakera keras yang diuji.

(ii) Kaedah capaian yang berbeza tidak diambilkira dalam pengujian prestasi

ini.

(iii) Perisian yang akan dibangunkan akan diimplemenkan pada sistem

pengoperasian Windows XP.

(iv) Ciri- ciri prestasi cakera keras yang diukur ialah kelajuan menulis dan

membaca fail pada cakera keras.

(v) Perisian membuat pengujian pada drive yang mewakili setiap cakera

keras yang diuji.

(vi) Perisian mampu memaparkan keputusan secara bertulis dan graf untuk

memudahkan penilaian oleh pengguna.

(vii) Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada tempoh pelaksanaan

operasi (tulis atau baca) dan kadar penghantaran data. Semakin kecil

tempoh pelaksanaan operasi, maka semakin baik prestasi sesebuah cakera

keras manakala semakin besar kadar penghantaran data, maka semakin

baik prestasi sesebuah cakera keras.