sistem penempahan tiket wayang dengan …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfsenarai...

21
SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH ONG WEI KUAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010

Upload: vananh

Post on 08-Mar-2018

269 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH

ONG WEI KUAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

(Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 2: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet
Page 3: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet
Page 4: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet
Page 5: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

Buat keluarga tersayang ayah, emak, adik, pensyarah dan

sahabat yang telah banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar.

Page 6: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr. Shukor selaku penyelia

projek atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh membuat Projek

Sarjana Muda 2. Nasihat dan sokongan beliau telah memberi dorongan besar

sepanjang projek.

Penghargaan juga ditunjukkan kepada pensyarah-pensyaran lain yang turut

membantu dalam memberi tunjuk ajar yang berguna sepanjang tempoh pengajian.

Sekalung budi dan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga

yang dikasihi kerana memberi sokongan dan pengorbanan sepanjang tempoh

pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.

Akhir sekali, diucapkan terima kasih kepada semua kawan yang sudi

membantu dan memberi sokongan sepanjang tempoh pengajian.

i

Page 7: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

ABSTRAK

Kewujudan pawagam di Malaysia telah berjaya menarik minat

masyarakat menonton wayang di pawagam terutamanya pada hujung minggu.

Pawagam-pawagam di Malaysia ini menyediakan beberapa cara untuk mendapatkan

tiket wayang iaitu pembelian melalui kaunter, tempahan melalui telefon dan

tempahan melalui atas talain. Melalui pembelian melalui kaunter, pengguna perlu

berbaris panjang di depan kaunter untuk mendapatkan tiket dan ini membazirkan

masa dan tenaga. Menerusi penempahan tiket melalui telefon, pengguna perlu

mengetahui masa wayang ditayangkan dan kadang-kadang talian sibuk menyebabkan

pengguna terpaksa membazirkan wang dan masa mereka. Di samping itu, apabila

pengguna berada di luar kawasan mereka terpaksa mencari perkhidmatan komputer

dan perkhidmatan atas talian untuk membuat penempahan tiket. Untuk

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kaedah sedia ada, maka

perkhidmatan penempahan tiket dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit perlu

diadakan. Aplikasi ini memudahkan pengguna mengetahui masa wayang ditayangkan

dan boleh membuat penempahan di mana-mana tempat pada bila masa sahaja. Untuk

membangunkan sistem ini, pelbagai kajian dilakukan terhadap teknologi yang perlu

diimplementasikan. Proses merekabentuk sistem ini dilakukan dengan menggunakan

notasi UML agar pembangunan projek lebih mudah untuk dibangunkan. Akhirnya,

diharapkan sistem penempahan dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna

dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sistem sedia ada.

ii

Page 8: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

ABSTRACT

The existence of cinema in Malaysia was attractive to many people

watching movie in cinema especially during weekend. Cinemas in Malaysia provide

several ways to get the movie ticket that is purchase over the counter, reservation by

telephone, and reservation via internet. User have to queue long in front of the

counter to purchase ticket and this is wasting time and energy. Besides that,

reservation by telephone is not cost efficient because sometime line engage and the

users have to wait and if they do not know the time of the movie they have to ask the

show time of the movie. Furthermore, when user at outside, they had to search for

computer service and online service for booking ticket. To solve the problem faced

by the existing system, ticket booking service by using mobile application is

developed. This application enables user to know show time of movie and can make

reservation at any place any time. To develop this system, some research has to be

done analyze the technology that is going to be implemented. By using the UML

notation, it is easier to design and develop this proposed system. Lastly, it is hoped

that this reservation system could solve problem of the existing system and satisfy

users’ requirements.

iii

Page 9: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

PENGAKUAN PENYELIA ii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Penyataan Masalah 2

1.3 Kepentingan Projek 3

1.4 Matlamat 3

1.5 Objektif 3

1.6 Skop 4

1.7 Rumusan 4

iv

Page 10: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahulaun 5

2.2 Kajian Terhadap Domain Kajian 6

2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 7

2.4 Kajian Terhadap Sistem Penempahan Tiket 9

Wayang di Tempat lain.

2.4.1 Kajian Terhadap Sistem Penempahan Tiket 9

Wayang di luar negara.

2.5 Kajian Terhadap Teknologi Atau Teknik Yang 10

Digunakan

2.5.1 HyperText Markup Language (HTML) 10

2.5.2 PHP (PHP Hypertext Preprocessor) 10

2.5.3 MySQL 11

2.5.4 J2ME 13

2.5.5 MOBILE 13

2.6 Rumusan 14

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 15

3.2 Modal Prototaip 16

3.3 Kaedah Permodelan Unified 18

Modeling Language (UML)

3.4 Fasa Pembangunan Sistem 19

3.4.1 Fasa Perancangan Sistem 19

3.4.2 Fasa Analisis Keperluan Sistem 20

3.4.3 Fasa Rekabentuk Sistem 20

3.4.4 Fasa Implementasi Sistem 21

3.5 Analisis Keperluan Sistem 22

3.5.1 Justifikasi Perkakasan 22

v

Page 11: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

3.5.2 Keperluan Perisian 23

3.6 Rumusan 23

4 REKABENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan 25

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 26

4.3 Rekabentuk Modul 26

4.3.1 Modul Pengguna 27

4.3.2 Modul Pentadbiran Sistem 28

4.4 Rekabentuk Aliran Proses 28

4.4.1 Rajah Kes Guna 28

4.4.2 Rajah Jujukan 30

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 35

4.6 Rekabentuk Antaramuka 37

4.7 Rumusan 37

5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan 38

5.2 Konfigurasi Sistem Penempahan Tiket Wayang 38

Dengan Menggunakan Teknologi Mudah Alih

5.2.1 Konfigurasi Pangkalan Data 39

5.2.2 Pembangunan Modul 40

5.2.2.1 Fungsi Pentadbir Log Masuk 40

5.2.2.2 Modul Tempahan Tiket 41

5.2.2.3 Fungsi Pengesahan Tiket Wayang 42

5.2.2.4 Fungsi Nombor Rawak 42

5.2.2.5 Fungsi Membuat Penampahan 43

5.2.2.6 Fungsi Memeriksa Sejarah 43

Tempahan

5.2.2.7 Fungsi Kemaskini Profil 44

vi

Page 12: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

5.2.2.8 Fungsi Logout 44

5.2.3 Modul Pentadbir 45

5.2.3.1 Fungsi Mengesah Tiket 45

Penempahan (Admin)

5.2.3.2 Fungsi Mengemaskini Maklumat 46

Wayang

5.2.3.3 Fungsi Menambah Data 47

5.2.3.4 Fungsi Memadam Data 47

5.3 Pengujian Sistem 48

5.3.1 Pengujian Kotak Putih 48

5.3.2 Pengujian Kotak Hitam 50

5.4 Rumusan 51

6 Kesimpulan

6.1 Pengenalan 52

6.2 Pencapaian 52

6.3 Kelebihan Sistem 53

6.4 Kelemahan Sistem 53

6.5 Cadangan Peningkatan 54

6.6 Kekangan dan Cabaran 55

6.7 Rumusan 55

RUJUKAN 56

LAMPIRAN 57

vii

Page 13: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK HALAMAN

3.1 Pembangunan Prototaip pakai-buang 17

3.2 Model Prototaip 18

4.1 Rajah Senibina Sistem Penempahan Tiket

Wayang

27

4.2 Rajah Kes Guna bagi Pengguna 29

4.3 Rajah Kes Guna bagiPentadbir 29

4.4 Rajah jujukan bagi Proses Tempahan Tiket 31

4.5 Rajah jujukan bagi Proses Menyemak Sejarah

Tempahan

32

4.6 Rajah jujukan bagi Proses Mengemaskini Profil 33

4.7 Rajah jujukan bagi Proses Mengemaskini Data

Wayang

33

4.8 Rajah jujukan bagi Proses Menyemak Tiket

Pentadbir

34

5.1 Keratan Aturcara Hubung Sistem dan Pangkalan

Data

39

5.2 Keratan Aturcara Hubung Sistem dan Pangkalan

Data (Mobile)

40

5.3 Keratan Aturcara Fungsi Log Masuk Pentadbir 41

5.4 Keratan Aturcara Modul Tempahan Tiket 41

5.5 Keratan Aturcara Pengesahan Tempahan Tiket 42

5.6 Keratan Aturcara Nombor Rawak 42

5.7 Keratan Aturcara Penempahan 43

5.8 Keratan Aturcara Sejarah Tempahan 43

5.9 Keratan Aturcara Kemaskini Profil 44

5.10 Keratan Aturcara Logout 44

viii

Page 14: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

5.11 Keratan Aturcara Pengesahan Tiket

Penempahan (Admin)

45

5.12 Keratan Aturcara Kemaskino Maklumat

Wayang

46

5.13 Keratan Aturcara Menambah Data 47

5.14 Keratan Aturcara Memadam Data 47

5.15 Rajah Pengujian Laluan Asas 49

5.16 Rajah Pengujian Gelung 49

ix

Page 15: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK HALAMAN

3.1 Senarai Perkakasan 22

3.2 Senarai Perisian 23

4.1 Penerangan Kes Guna 30

4.2 Strukrur Jadual Register 33

4.3 Struktur Jadual Coming Soon 35

4.4 Struktur Jadual Reservation 36

4.5 Struktur Jadual Movie 36

x

Page 16: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

SENARAI SINGKATAN

GSC Golden Screen Cinema

HTML Hypertext Markup Language

JVM Java Virtual Machine

J2ME Java 2 Platform Micro Edition

MMS Multimedia Message Service

PHP PHP Hypertext Processor

UML Unified Modelling Language

xi

Page 17: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKASURAT

A Carta Gantt PSM I & PSM II 57

B Rekabentuk Antaramuka 60

C Manual Pengguna 63

xii

Page 18: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada zaman sekarang, teknologi berkembang secara pesat dari semasa ke

semasa. Pengunaan barangan teknologi sudah menjadi keperluan asas dalam

kehidupan masyarakat. Telefon bimbit merupakan salah satu teknologi yang

berkembang pesat kebelakangan tahun ini, dari satu telefon bimbit yang digunakan

untuk membuat panggilan, samapai sekarang mempunyai fungsi kamera, internet,

GPRS(General Packet Radio Service), MMS(Multimedia Message Service), dan

sebagainya. Disebabkan telefon bimbit berkembang pesat dan secara tidak

langsungnya harga telefon bimbit memjadi semakin murah sehingga ia mampu

dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, telefon bimbit juga telah

memjadi salah satu barang teknologi yang dianggap sebagai keperluan dalam harian.

Pada era globalisasi ini, telefon bimbit tidak lagi terhad sebagai alat

komunikasi, malah dapat melayani internet dengan menggunakan perkhidmatan

teknologi GPRS atau perkhidmatan 3G atau perkhidmatan WiFi. Dengan adanya

Page 19: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

perkhidmatan dan teknologi tersebut, pengguna dapat melayani internet dimana-

mana tempat sahaja dengan menggunakan telefon bimbit dan tanpa membawa

komputer atau notebook.

1.2 Pernyataan Masalah

Menonton wayang sekian menjadi salah satu aktiviti hiburan bagi masyarakat

umum. Kebiasaanya, masyarakat akan memilih hujung minggu sebagai “hari

keluarga” atau keluar bersama-sama dengan kawan. Mereka kena beratur panjang

untuk membeli tiket terutamanya pada musim perayaaan dan musim cuti

persekolahan, ataupun mereka juga boleh menempah tiket secara atas talian. Namun

demikian, masalahnya ialah bukan setiap rumah mempunyai komputer dan

perkhidmatan internet di rumah dan pelanggan terpaksa berbaris panjang untuk

mendapatkan tiket wayang secara tidak langsung pelanggan telah membazir masa

yang panjang, wang dan tenaga untuk membeli ticket wayang. Ini menyebabkan

mereka yang ingin berhibur dan rehat pada hari cuti, semua habis digunakan dalam

membeli tiket wayang. Selain itu, bagi mereka yang berada di luar rumah susah

hendak menempat tiket secara atas talian, ini kerana perkhidmatan internet tidak

diperuntukan pada setiap tempat. Mereka terpaksa mencari kafe internet, atau

tempat-tempat yang mempunyai Wi-Fi untuk melayani internet. Ini adalah tidak

efektif. Namun demikian, dengan adanya teknologi yang baru, pengguna dapat

menggunakan aplikasi telefon bimbit untuk mendapatkan tiket wayang. Ini bukan

sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga pengguna tetapi juga mengelakkan

keadaan berbaris panjang di kaunter depan pawagam.

2

Page 20: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

1.3 Kepentingan Projek

Sistem ini dibangunkan dapat memudahkan pengguna menempah tiket

wayang dengan lebih mudah dan efisien tanpa berbaris panjang di depan kaunter atau

mencari perkhidmatan internet atau komputer untuk menempah tiket atas talian.

Dengan mengadakan sistem ini, pengguna boleh menempahkan tiket wayang

dimana-mana sahaja asalkan mereka ada sebuah telefon bimbit yang mempunyai

GPRS atau 3G. Di samping itu, dalam telefon bimbit tersebut mesti ada aplikasi

untuk menempah tiket. Dengan ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan tenaga

untuk berehat di rumah atau menggunakan masa tersebut melakukan kerja lain.

1.4 Matlamat Projek

Matlamat projek tersebut adalah membangunkan satu sistem penempahan

tiket wayang dengan menggunakan teknologi mudah alih J2ME untuk memudahkan

pengguna menempah tiket wayang dengan menggunakan telefon bimbit dengan lebih

menjimat masa, kos dan tenaga pengguna serta lebih efisien dan pantas untuk

mendapatkan tiket.

1.5 Objektif Projek

Berikut merupakan objektif-objektif yang akan dicapai menerusi

pembangunan projek ini :

i. Melakukan kajian terhadap sistem tempahan tiket yang sedia ada

ii. Membangunkan satu sistem penempahan tiket dengan menggunakan aplikasi

mudah alih.

iii. Membuat pengujian terhadap sistem tempahan tiket tersebut.

3

Page 21: SISTEM PENEMPAHAN TIKET WAYANG DENGAN …ir.fsksm.utm.my/230/1/ongweikuanac073112d10ttp.pdfSENARAI RAJAH xi SENARAI ... PHP PHP Hypertext Processor ... mencari perkhidmatan internet

1.6 Skop Projek

Skop bagi projek adalah dinyatakan seperti berikut:

i. Sistem ini hanya boleh diaplikasikan di dalam tekefon bimbit yang

mempunyai perisian Java sahaja.

ii. Sistem ini dibina untuk memudahkan masyarakat membuat penempahan tiket

wayang.

iii. Bagi tujuan pengujian, sistem ini dihasilkan untuk satu pawagam sahaja

iv. Sistem ini menggunakan teknologi aplikasi dalam telefon menggunakan java

sahaja.

v. Satu nombor random akan diberi selepas membuat penempahan tiket.

vi. Pembayaran dilakukan pada kaunter pawagam.

vii. Sistem ini cuma boleh membuat penempahan tempat berdasarkan bahagian

tempat yang ditetapkan sahaja.

viii. Sistem ini cuma boleh menempah tiket pada hari tersebut sahaja.

1.7 Rumusan

Kesimpulannya, sistem penempahan tiket yang dicadangkan adalah lebih

efisien dan pantas berbanding dengan menempah tiket atas talian. Selain itu, ia juga

memudahkan pengguna untuk memdapatkan tiket tanpa bersusah dan berbaris

panjang. Disamping itu, ia juga menjimatkan masa dan tenaga pengguna supaya

boleh rehat di rumah atau menggunakan masa tersebut melakukan kerja lain.

Akhirnya, dengan mengadakan sistem ini, secara tidak langsung ia memberi lebih

pilihan kepada pengguna untuk menempah tiket wayang.

4