sistem maklumat pelancongan negeri johor …ir.fsksm.utm.my/53/1/mohdfaisal_cc040087d07ttp.pdf ·...

28

Upload: hahanh

Post on 01-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SISTEM MAKLUMAT PELANCONGAN NEGERI JOHOR

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI WAP

MOHD FAISAL BIN MOHD ZIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2007

iii

Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda tersayang serta keluarga tercinta yang

sentiasa memberi dorongan dan galakan dalam apa jua tindakan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah-pensyarah.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Mohd Faisal Bin Mohd Zin

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya, saya dapat menyempurnakan Laporan Projek Sarjana Muda ini dalam

tempoh yang ditetapkan.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

penyelia projek saya iaitu Pn Suzana Abidin yang telah banyak membantu dan

memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan laporan projek ini. Kesudian

beliau memberi pendapat dan meluangkan masa telah banyak membimbing saya

dalam melaksanakan laporan projek ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah Fakulti

Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang turut memberikan sumbangan idea dan

tunjuk ajar secara langsung atau tidak langsung sepanjang laporan ini disiapkan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama berbincang

dan berkongsi ilmu dengan saya semasa menyiapkan laporan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu

bapa saya iaitu Hjh. Siti Noraimi bte. Hj. Salleh dan Hj. Mohd Zin bin Hj. Markam

serta seluruh anggota keluarga saya di atas segala sokongan dan dorongan mereka.

Semoga jasa baik yang mereka berikan kepada saya secara langsung atau

tidak langsung akan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Sesungguhnya segala yang

baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan kekurangan itu adalah kelemahan diri

saya sendiri sebagai insan biasa.

v

ABSTRAK

Perubahan arus teknologi pengkomputeran kini telah memberi impak dalam

kehidupan seharian manusia. Pelbagai kemudahan telah diperolehi melalui

perkembangan di bidang ini seperti kemajuan yang telah dicapai dalam bidang

teknologi maklumat dan digital. Penggunaan teknologi terkini yang cepat, mudah,

dan meluas menyebabkan penciptaan beberapa teknologi perkakasan, perisian, dan

peranti bersaiz kecil dan mudah alih. Projek ini dibangunkan bertujuan untuk

membantu para pelancong atau pengembara mendapatkan maklumat pelancongan di

negeri Johor serta tempat-tempat yang menarik di sekitarnya dengan menggunakan

teknologi WAP. Sistem ini akan menggantikan kaedah tradisional yang digunakan

oleh pelancong yang mendapatkan maklumat dari laman web tertentu, buku panduan,

dan peta sebagai rujukan. Pelancong boleh menggunakan sistem ini dengan

menggunakan peranti mudah alih mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja

mereka berada. Sistem ini akan mengadaptasikan teknologi tanpa wayar bagi

menghasilkan rangkaian komputer bersepadu yang menghubungkan semua

maklumat berkaitan dengan sistem ini dengan satu pangkalan data berpusat.

Metodologi yang dipilih ialah Model Prototaip Evolusi dalam pembangunan projek

ini. Penggunaan peranti mudah alih seperti telefon bimbit dan PDA akan

menggantikan penggunaan kaedah tradisional dan dibangunkan dengan bahasa

pengaturcaraan WML. Diharapkan dengan pembangunan sistem ini akan dapat

membantu para pelancong mendapatkan maklumat pelancongan di sekitar negeri

Johor dengan cepat, pantas, dan mudah.

vi

ABSTRACT

The changing world of computer technology has affected human lifes in

many ways. The development of these field has provided us many facilities which

are related to information technology and digital world. The usage of the current

technology which is fast and efficient has enhanced the demand of innovation of

technology of hardware, software, and devices to be smaller and portable. These

project is developed to assist the tourist, backpacker, and travelers to gain tourism

information within Johor states and other interesting tourist spot around it via WAP.

The system will replace the traditional method of acquiring information via web,

brochures, and map by the tourist themselves. Tourist can use the system with a

portable handheld device wherever or whenever they need the information. The

system will adapt a wireless technology which creates an integrated computer

network which connects all the information related to the system with a centralized

database. Evolution prototype model was the methodology chosen for the

development of the current project. Handheld portable devices such as PDA and

hand phone which are developed with WML programming language will replace the

traditional method of acquiring information. Hopefully with the development of

these system will facilitate and enhance the tourist information acquiring process to

be more reliable, faster, and without hassle.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI ISTILAH xviii

SENARAI LAMPIRAN xx

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Matlamat Projek 3

1.4 Objektif 4

1.5 Skop 4

1.6 Kepentingan Projek 5

1.7 Rumusan 6

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 7

2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 8

2.2.1 Virtual Malaysia 8

2.2.1.1 VM Palm Guide 9

2.2.1.2 VM eBooks 10

2.2.2 MapKing 3D Kuala Lumpur Plus Eng. Version 7 11

2.2.3 Penggunaan Peta, Buku Panduan Pelancong,

dan Laman Web 12

2.3 Analisis Masalah Sistem Sedia Ada 12

2.4 Teknik / Kaedah Penyelesaian Masalah 14

2.4.1 Wireless Application Protocol (WAP) 14

2.4.1.1 WAP 2.0 16

2.4.1.2 WAP Push 17

2.4.2 Pintu Laluan WAP (WAP Gateway) 18

2.4.3 Wireless Markup Language (WML) 19

2.4.4 WMLScript 19

2.4.5 Hypertext Transfer Protocol (HTTP) 20

2.4.6 Hypertext Markup Language (HTML) 20

2.4.7 Aplikasi Berasaskan Web 21

2.4.8 Personal Home Page (PHP) 22

2.4.9 JavaScript 24

2.4.10 MySQL 25

2.4.11 Apache 27

2.4.12 WAMP5 27

2.4.13 Microsoft Office Project 2003 28

2.4.14 Rational Rose 2000 29

2.4.15 Macromedia Dreamweaver MX 29

2.4.16 Adobe Photoshop CS2 30

2.4.17 Nokia Developer Tools 4.1 31

ix

2.4.18 Peranti Mudah Alih 31

2.5 Justifikasi Pemilihan Teknologi 31

2.6 Rumusan 32

BAB 3 METODOLOGI PROJEK

3.1 Pengenalan 33

3.2 Metodologi Yang Digunakan 34

3.2.1 Kaedah UML 34

3.2.2 Metodologi Prototaip 34

3.2.2.1 Fasa Perancangan Projek 37

3.2.2.2 Fasa Analisa Terhadap Keperluan Projek 38

3.2.2.3 Fasa Rekabentuk Projek 38

3.2.2.4 Fasa Pembangunan Prototaip 39

3.2.2.5 Fasa Pengujian Dan Penilaian Projek 40

3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 40

3.3.1 Kaedah UML 41

3.3.2 Metodologi Prototaip 41

3.4 Analisa Keperluan Sistem 42

3.4.1 Keperluan Perkakasan 42

3.4.1.1 Justifikasi Perkakasan 43

3.4.2 Keperluan Perisian 43

3.4.2.1 Justifikasi Perisian 44

3.5 Rumusan 46

BAB 4 ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan 47

x

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 48

4.3 Rekabentuk Permodelan 51

4.3.1 Rajah Kes Guna 51

4.3.1.1 Rajah Kes Guna Pentadbir Sistem 51

4.3.1.2 Rajah Kes Guna Pegawai Pelancongan 52

4.3.1.3 Rajah Kes Guna Pelancong 53

4.3.2 Keterangan Kes Guna 54

4.4 Rajah Jujukan 57

4.4.1 Takrifan Operasi Log Masuk 57

4.4.2 Takrifan Operasi Penambahan Maklumat Pekerja 58

4.4.3 Takrifan Operasi Menghapus Data Pekerja 59

4.4.4 Takrifan Operasi Kemaskini Maklumat Perhotelan 59

4.4.5 Takrifan Operasi Kemaskini Panggilan Kecemasan 60

4.4.6 Takrifan Operasi Kemaskini Tempat Bersejarah 61

4.4.7 Takrifan Operasi Carian Tempat Menarik 62

4.4.8 Takrifan Operasi Log Keluar 63

4.4.9 Takrifan Operasi Carian Maklumat Perhotelan 64

4.4.10 Takrifan Operasi Carian Panggilan Kecemasan 65

4.4.11 Takrifan Operasi Carian Tempat Bersejarah 66

4.4.12 Takrifan Operasi Carian Tempat Menarik 67

4.5 Rekabentuk Antaramuka 68

4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 69

4.7 Rumusan 70

BAB 5 IMPLEMENTASI SISTEM

5.1 Pengenalan 71

5.2 Pemasangan Perisian 72

5.3 Pengaturcaraan Sistem 73

5.4 Aplikasi Wireless Application Protocol (WAP) 73

xi

5.4.1 Implementasi WAP 74

5.4.2 Penggunaan Dek dan Kad 75

5.4.3 Proses Panggilan Telefon 77

5.5 Implementasi Personal Home Page (PHP) 77

5.5.1 Capaian Pangkalan Data 78

5.5.2 Proses Log Masuk 79

5.5.3 Proses Memasukkan Data Ke Pangkalan Data 80

5.5.4 Proses Kemaskini 80

5.5.5 Proses Menghapuskan Data Daripada Pangkalan Data 81

5.5.6 Proses Log Keluar 82

5.5.7 Proses Memuat Turun 82

5.6 Pengujian 83

5.6.1 Pengujian Kotak Putih 84

5.6.2 Pengujian Kotak Hitam 84

5.6.2.1 Data Log Masuk dan Kata Laluan 84

5.6.2.2 Maklumat Pendaftaran Pentadbiran Sistem 85

5.6.2.3 Mengubah Kata Laluan 85

5.7 Pengujian Panggilan Telefon WAP 86

5.8 Penilaian 87

5.9 Rumusan 87

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 88

6.2 Justifikasi Objektif 89

6.3 Kelebihan Sistem 90

6.4 Kelemahan Sistem 90

6.5 Cadangan Masa Depan 91

6.6 Kesimpulan 92

xii

RUJUKAN 93

LAMPIRAN 96 - 110

MANUAL PENGGUNA 111 - 117

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.1 Perbandingan bagi sistem sedia ada

dan sistem cadangan 14

Jadual 2.2 Perbandingan ciri-ciri PHP dan ASP.net 23

Jadual 2.3 Perbandingan ciri-ciri MySQL dan

SQL Server 2000 26

Jadual 2.4 Perbandingan Apache dan

Internet Information Server (IIS) 27

Jadual 3.1 Fasa Rekabentuk Projek 39

Jadual 3.2 Spesifikasi Keperluan Perkakasan 42

Jadual 3.3 Spesifikasi Keperluan Perisian 44

Jadual 4.1 Keterangan Kes Guna 55

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Contoh paparan pada VM Palm Guide 9

Rajah 2.2 Contoh paparan VM eBooks pada PDA 10

Rajah 2.3 Contoh paparan peta di PDA pada sistem

MapKing3D Kuala Lumpur 11

Rajah 2.4 Protokol WAP 16

Rajah 2.5 Senibina WAP 17

Rajah 2.6 Pintu laluan WAP 18

Rajah 2.7 Konsep Pelayan Pelanggan 21

Rajah 3.1 Fasa Aliran Pembangunan Projek 36

Rajah 3.2 Metodologi Prototaip 40

Rajah 4.1 Rekabentuk Senibina Sistem 50

Rajah 4.2 Rajah Kes Guna Bagi Pentadbir Sistem 52

Rajah 4.3 Rajah Kes Guna Bagi Pegawai Pelancongan 53

Rajah 4.4 Rajah Kes Guna Bagi Pelancong 54

Rajah 4.5 Rajah Jujukan Log Masuk Bagi Pentadbir Sistem

Dan Pegawai Pelancongan 57

Rajah 4.6 Rajah Jujukan Operasi Penambahan Maklumat Pekerja 58

Rajah 4.7 Rajah Jujukan Operasi Menghapus Maklumat Pekerja 59

Rajah 4.8 Rajah Jujukan Operasi Kemaskini Maklumat

Perhotelan 60

Rajah 4.9 Rajah Jujukan Operasi Kemaskini Panggilan

Kecemasan 61

Rajah 4.10 Rajah Jujukan Operasi Kemaskini Tempat Bersejarah 62

xv

Rajah 4.11 Rajah Jujukan Operasi Kemaskini Tempat Menarik 63

Rajah 4.12 Rajah Jujukan Operasi Log Keluar 64

Rajah 4.13 Rajah Jujukan Operasi Carian Maklumat Perhotelan 65

Rajah 4.14 Rajah Jujukan Operasi Carian Panggilan Kecemasan 66

Rajah 4.15 Rajah Jujukan Operasi Carian Tempat Bersejarah 67

Rajah 4.16 Rajah Jujukan Operasi Carian Tempat Menarik 68

Rajah 5.1 Paparan Utama Menu 74

Rajah 5.2 Keratan Aturcara Paparan Utama Menu 75

Rajah 5.3 Keratan Aturcara Penggunaan Dek Dan Kad 76

Rajah 5.4 Keratan Aturcara Proses Panggilan Telefon 77

Rajah 5.5 Keratan Aturcara Capaian Ke Pangkalan Data 78

Rajah 5.6 Keratan Aturcara Untuk Memasuki Sistem (Login) 79

Rajah 5.7 Keratan Aturcara Untuk Memasukkan Data Ke

Pangkalan Data 80

Rajah 5.8 Keratan Aturcara Untuk Mengemaskini Data 81

Rajah 5.9 Keratan Aturcara Untuk Menghapus Data 81

Rajah 5.10 Keratan Aturcara Proses Log Keluar 82

Rajah 5.11 Keratan Aturcara Proses Memuat Turun 83

Rajah 5.12 Mesej Ralat Jika Kata Nama Dan Kata Laluan

Tidak Sah 84

Rajah 5.13 Mesej Ralat Maklumat Pendaftaran Pengguna 85

Rajah 5.14 Contoh Antaramuka Panggilan Telefon WAP 86

xvi

SENARAI SINGKATAN

3G - 3rd Generation

ASP - Active Server Pages

CFML - Cold Fusion Markup Language

CGI - Common Gateway Interface

CSS - Cascading Style Sheets

GIS - Geographical Information System

GPRS - General Protocol Radio Services

GPS - Global Positioning System

HTTP - Hypertext Transfer Protocol

HTTP - Hyper Text Transfer Protocol

HTML - Hyper Text Markup Language

IIS - Internet Information Server

JSP - Java Server Pages

km - Kilometer

MMS - Multimedia Message System

PDA - Personal Digital Assistant

PHP - Personal Home Page

RAM - Random Access Memory

SDK - Software Development Kit

SDLC - Software Development Life Cycle

TCP/IP - Internet Protocol

SMS - Short Message System

UML - Unified Modeling Language

URL - Uniform Resource Locator

WAE - Wireless Application Protocol

xvii

WAP - Wireless Application Protocol

WDP - Wireless Datagram Protocol

Wi-Fi - Wireless Fidelity

WML - Wireless Markup Language

WSP - Wireless Session Protocol

WTLS - Wireless Transaction Layer Protocol

WTP - Wireless Transaction Protocol

www - World Wide Web

XML - Extensible Markup Language

xviii

SENARAI ISTILAH

Actor - Watak

Administrator - Pentadbir

Backup - Simpanan

Browser - Pelayar

Bugs - Ralat

Card - Kad

Client - Pengguna

Client Access License - Lesen Capaian Pelanggan

Deck - Dek

Download - Muat Turun

Encryption - Pengekodan

Gateway - Pintu Laluan

Link - Pautan

Load - Memuatkan

Log In - Log Masuk

Log Out - Log Keluar

Mobile - Peranti Mudah Alih

Online - Atas Talian

Open Source - Sumber Terbuka

Open Standard - Piawaian Terbuka

Page - Helaian

Processor License - Lesen Pemproses

Reply - Membalas

Request - Meminta

Restore - Memulihkan

xix

Sequence Diagram - Rajah Jujukan

Server - Pelayan

Session - Sesi

Software Development Kit - Kit Pembangunan Perisian

Table - Jadual

Upload - Memuat Naik

Use Case Diagram - Rajah Kes Guna

Third Party - Pihak Ketiga

WAP Browser - Pelayar WAP

WAP Site - Laman WAP

Web Browser - Pelayar Web

Web Server - Pelayan Web

Web Site - Laman Web

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Gantt Projek Sarjana Muda I 93

B Carta Gantt Projek Sarjana Muda II 95

C Rekabentuk Antaramuka 100

D Rekabentuk Pangkalan Data 108

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Di dalam era globalisasi yang semakin berevolusi dan berteknologi tinggi,

perkembangan yang semakin pesat dan pantas dari segi teknologi maklumat dan

komunikasi dapat dilihat berlaku di seluruh dunia. Malah bukan sahaja teknologi

yang berkembang pesat dan pantas tetapi seluruh masyarakat dunia juga mula

bergerak lebih pantas seiring dengan teknologi sehinggakan dunia kelihatan seolah-

olah tiada batasan. Apabila teknologi mula diperkenalkan, penyertaan orang ramai di

seluruh dunia adalah tidak menggalakkan. Masa berlalu begitu pantas, pada hari ini

kita dapat lihat teknologi maklumat dan komunikasi adalah amat penting dan

menjadi sebahagian dari rutin hidup seharian kita.

Dalam sektor industri pelancongan, dapat diperhatikan semakin ramai

pelancong dari serata dunia yang melancong ke negara-negara lain disebabkan dunia

yang semakin global dan terbuka. Kebanyakan individu-individu yang mengembara

dan melancong ini menggunakan perkhidmatan agensi-agensi pelancongan bagi

mendapatkan maklumat berkaitan dengan tempat-tempat menarik yang mereka ingin

lawati. Sistem pencarian maklumat secara atas talian juga digunakan secara meluas

di seluruh dunia kerana ia amat mudah dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di

2

mana sahaja pengguna berada asalkan terdapat capaian kepada internet. Ini

dimudahkan lagi dengan terdapatnya capaian menggunakan teknologi tanpa wayar.

Penggunaan teknologi tanpa wayar ini diselaraskan dengan kewujudan

peranti mudah alih seperti telefon mudah alih, dan PDA yang menyokong

penggunaan teknologi-teknologi tanpa wayar seperti Bluetooth, Wi-Fi, GPRS, WAP,

3G, dan sebagainya. Pengenalan terhadap WAP dan pembangunan aplikasi peranti

mudah alih menyebabkan saingan yang sengit di antara syarikat-syarikat

telekomunikasi, di mana WAP adalah sesuatu yang memberi kelebihan utama.

Sistem maklumat pelancongan yang menyokong teknologi tersebut dapat memberi

kemudahan kepada pelancong tanpa membawa risalah atau panduan perjalanan

bersama mereka.

Pembangunan aplikasi yang berasaskan WAP memberi kelebihan

berdasarkan keperluan masa kini yang memberi keutamaan terhadap penggunaan

peranti mudah alih. Perkhidmatan yang diberikan seperti laporan kesesakan lalu

lintas, laporan kaji cuaca, dan sebagainya. Terdapat di sesetengah tempat di mana

perkhidmatan WAP memberi kemudahan seperti pembayaran bil, perbankan, e-

dagang, dan e-perkhidmatan.

Sistem maklumat pelancongan adalah sistem aplikasi yang memberi

maklumat dan perkhidmatan kepada pelancong atau pengembara. Fokus utama

sistem aplikasi ini ialah untuk memberi kemudahan kepada pelancong untuk

mendapatkan maklumat mengenai pelancongan dengan menggunakan peranti mudah

alih. Sistem yang akan dibangunkan ini juga bersifat ramah pengguna.

Di samping itu, aplikasi ini dapat membantu dan memberi panduan kerana

mereka boleh mendapatkan maklumat yang berguna melaluinya. Melalui sistem

aplikasi ini juga, mereka dapat merancang percutian mereka supaya dapat

memudahkan perjalanan apabila mereka melancong.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Berikut merupakan latar belakang masalah awalan yang dikenalpasti yang

akan diselesaikan dalam pembangunan sistem ini:

i. Jumlah pusat maklumat pelancongan yang terhad di sesuatu tempat akan

menyebabkan pelancong sukar untuk mendapatkan maklumat berkaitan

dengan destinasi pelancongan.

ii. Perubahan terhadap maklumat pelancongan yang kerap dikemaskini

mengakibatkan buku panduan pelancongan perlu dicetak semula untuk

dikemaskini kandungannya. Masa dan kos untuk mencetaknya menjadi

masalah yang perlu diatasi. Maklumat pelancongan yang diperolehi yang

tidak lengkap akan menyebabkan masalah kepada pelancong kerana

maklumat tersebut tidak dapat membantu dalam perjalanan mereka.

iii. Lokasi pusat maklumat pelancongan yang sukar untuk ditemui akan

mengambil masa yang lama bagi pelancong untuk mencarinya.

iv. Sesetengah pelancong yang menerima maklumbalas yang tidak ditapis

daripada sumber yang tidak diketahui mengenai Malaysia akan menyebabkan

imej rakyat Malaysia yang ramah pelancong tercemar.

v. Amat sukar kepada pelancong atau pengembara jalanan, di mana mereka

terpaksa mendapatkan maklumat daripada orang awam di sekeliling mereka

ataupun melalui risalah.

1.3 Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem pelancongan

yang berupaya membantu para pelancong mendapatkan maklumat mengenai sesuatu

tempat pelancongan yang menarik di negeri Johor yang ramah pelancong dengan

menggunakan peranti mudah alih.

4

1.4 Objektif

Objektif projek ini adalah seperti berikut:

i. Mengkaji dan menganalisa keperluan maklumat pelancongan bagi capaian

kepada para pelancong yang datang ke negeri Johor.

ii. Menganalisa dan merekabentuk satu sistem maklumat pelancongan di negeri

Johor.

iii. Membangunkan sebuah aplikasi yang menggunakan peranti mudah alih

sebagai medium mendapatkan maklumat pelancongan.

1.5 Skop

Perlaksanaan projek ini adalah berdasarkan skop-skop yang telah ditetapkan.

Skop-skop ini bertujuan supaya projek yang dibangunkan ini tidak tersasar dari

objektif dan matlamatnya. Antara skop-skop yang telah digariskan adalah:

i. Sistem maklumat ini dibangunkan untuk membantu pelancong atau

pengembara jalanan yang datang melawat di negeri Johor terutamanya di

Johor Bahru.

ii. Sistem ini merupakan sistem maklumat berasaskan telefon berinternet dan

WAP. Ia bertindak sebagai alternatif untuk membantu pelancong dengan

menggunakan WAP untuk mendapatkan maklumat pelancongan di negeri

Johor pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

iii. Pusat maklumat pelancongan hanya boleh ditemui di sesetengah tempat

sahaja dan kadang-kala kita tidak memperolehi maklumat yang secukupnya.

Ini akan menyebabkan kesukaran kepada pelancong. Dengan menggunakan

sistem ini, mereka boleh memperolehi maklumat yang secukupnya mengenai

tempat dan destinasi yang menarik untuk mereka lawati.

5

iv. Sistem juga memberi pilihan kepada pelancong samada untuk menggunakan

telefon mudah alih yang berasaskan WAP ataupun dengan menggunakan

internet di komputer sebagai pengguna web.

v. Sistem ini boleh dicapai oleh pengguna di mana-mana sahaja selagi

mempunyai kemudahan talian internet dan WAP.

vi. Perisian sistem akan dibangunkan di dalam persekitaran Microsoft Windows.

Jenis aplikasi yang digunakan adalah Personal Home Page (PHP) dan

menggunakan pangkalan data MySQL pada bahagian laman web. Manakala

untuk laman WAP pula menggunakan aplikasi Wireless Markup Language

(WML).

vii. Maklumat yang ditawarkan di dalam sistem ini ialah mengenai destinasi

pelancongan yang popular di sekitar negeri Johor. Selain itu, terdapat juga

maklumat mengenai hotel, tempat-tempat bersejarah, nombor telefon

kecemasan, dan tempat-tempat yang menarik di sekitar Johor.

1.6 Kepentingan Projek

Secara amnya, sistem yang akan dibangunkan ini memberi kemudahan

kepada pelancong asing mahupun di dalam negara. Maklumat pelancongan yang

diperolehi daripada aplikasi ini dapat membantu mereka untuk merancang perjalanan

mereka.

Aplikasi ini sesuai digunakan di mana sahaja dengan menggunakan peranti

mudah alih yang menyokong teknologi WAP untuk mencapai sistem ini. Selain itu,

pelancong juga dapat bertukar-tukar pendapat atau pandangan mengenai sesuatu

lokasi pelancongan untuk dikongsi bersama dengan pelancong lain.

6

1.7 Rumusan

Secara keseluruhannya, Bab 1 ini merupakan pengenalan secara umum dan

juga pengenalpastian terhadap persekitaran sistem sokongan yang akan dibangunkan.

Selain itu masalah-masalah yang sebelum ini timbul juga dikenalpasti dan cadangan

penyelesaian terhadap permasalahan tersebut juga turut dibincangkan. Matlamat,

objektif, dan skop akan menerangkan dan menggariskan panduan tentang keperluan

terhadap sistem yang akan dibangunkan nanti agar projek yang akan dibangunkan

tidak lari dari sempadan yang telah digariskan. Kepentingan kajian pula menyokong

secara menyeluruh kepada asas pembangunan sistem ini dilakukan agar dapat

dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pihak yang dikenalpasti.