senarai semak mooney

Upload: wahidah-abd-manan

Post on 30-Oct-2015

399 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

senarai semak mooney

TRANSCRIPT

TAJUK1.PENGENALAN2.PERINGKAT PENGUKURAN MPCL3.LATAR BELAKANG ALAT UJIAN4.TUJUAN SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY5.SUMBER-SUMBER PEMBENTUKAN ITEM DALAM SENARAI SEMAK6.KEBOLEHPERCAYAAN7.KAEDAH PENGANALISISAN DATA SENARAI SEMAK8.LANGKAH DAN TEKNIK MENGURUSKAN SENARAI SEMAK DALAM SOAL SELIDIK9.KESIMPULAN10.SENARAI RUJUKAN11.LAMPIRANSENARAI SEMAK MASALAH MOONEY (MOONEY PROBLEM CHECKLIST)PengenalanAlat ukuran yang dipilih adalah Senarai Semak Masalah Mooney (Ross L. Mooney & Leonad V. Gordon, 1950) College Form yang dibina bagi mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga sesuai untuk golongan Dewasa[1].Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.Alat ukuran ini juga amat sesuai digunakan sebagai pra sesi kaunseling individu dan juga dalam pembentukan kelompok. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar bagi menyedarkan mereka akan kepentingan berbincang mengenai masalah yang dihadapi bersama dengan kaunselor. Para guru dan kaunselor juga boleh menggunakan senarai semak ini bagi memahami masalah-masalah para pelajar mereka dalam usaha untuk membantu klien.Senarai Semak Masalah Mooney ini bukanlah diketagorikan sebagai suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan ialah seperti masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, sosial psikologikal, moral dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.Terdapat beberapa alat ujian dan inventori yang boleh digunakan untuk mendiagnosis dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Alat ujian dan inventori yang biasanya digunakan adalah Mooney Problem Checklist (MPCL)[2]. Alat ukuran MPCL sangat popular di Malaysia kerana ia sangat mudah ditadbir dan tidak memerlukan pengetahuan yang mendalam. Disamping itu, MPCL selalunya dgunakan untuk mengenal pasti masalah klien sebelum menjalankan sesuatu sesi kaunseling. Senarai Semak Masalah Mooney ini adalah dibentuk untuk mengenal pasti masalah-masalah yang menggangu kaum remaja atau pelajar di peringkat pelajar junior (J), pelajar sekolah tinggi (H), dan pelajar kolej (C).Peringkat Pengukuran MPCL1.Pelajar Junior (J)2.Pelajar Sekolah Tinggi (H)3.Pelajar Kolej (C).Dalam penggunaan borang soal selidik MPCL[3], terdapat beberapa perbezaan yang ketara dapat digunakan oleh penyelidik atau kaunselor dalam mengenal pasti masalah klien. Antaranya ialah, borang MPCL pada peringkat junior (J) hanya terdapat 220 item atau soalan yang digunakan manakala borang MPCL peringkat pelajar sekolah tinggi (H) dan pelajar kolej (C) mengandungi 330 soalan. Perbezaan item dalam penggunaan borang MPCL adalah kerana mungkin disebabkan oleh faktor umur klien. Contohnya, kandungan soalan atau masalah klien dalam penggunaan borang MPCL peringkat junior adalah lebih sedikit berbanding dengan borang peringkat sekolah tinggi dan kolej disebabkan oleh kemungkinan klien pada peringkat junior tidak dapat menghabiskan soalan sekiranya mereka menjawab soalan yang terlalu banyak. Apabila hal ini berlaku, maka kebolehpercayaan terhadap klien mungkin kurang jika dibandingkan dengan pengisian soalan pada peringkat yang sepatutnya (borang MPCL peringkat junior).Latar Belakang Alat UjianSenarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942[4], edisi pertama yang merangkumi tiga borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama kalinya. Penggunaan prosedurnya adalah mudah di mana para pelajar hanya perlu membaca sepintas lalu item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan dan membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhir item tersebut bagi membolehkan mereka memahami tentang isi kandungan item dan permasalahan yang mereka hadapi.Selain itu, dua lagi borang iaitu untuk para pelajar di kolej nursing dan "rural Youth" yang telah diterbitkan pada tahun 1945 dan 1946[5].Tujuan Senarai Semak Masalah Mooney1.Membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan klien setelah melihat senarai masalah itu dan memberi perhatian yang wajarterhadap masalah-masalah yang hendak dibincang.2.Untuk memudahkan wawancara kaunseling dengan memberikan pelajar peluang untuk meninjau dan meringkaskan masalah mereka sendiri.3.Untuk kajian pada rancangan tindakan individu, sehingga termasuk masalah yang paling biasa dinyatakan oleh pelajar sebagai asas untuk pembangunan baru dan semakan, kurikulum, dan program bimbingan sekolah.4.Sebagai dasar untuk kelas induk, bimbingan kumpulan, dan program orientasi yang akan membincangkan topik dan aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan kepentingan peribadi dan keperluan peserta.5.Untuk meningkatkan pemahaman guru dalam mengajar kelas biasa dan menyarankan pendekatan di mana mereka dapat membina hubungan yang lebih mendalam terhadap murid-muridnya.6.Untuk melakukan kajian atas masalah pelajar, membincangkan masalah yang berkaitan dengan umur, latar belakang sosial, dan kemampuan sekolah; menafsirkan pola, dan sebagainya.7.Memahami masalah klien dan mengenal pasti klien yang memerlukan kaunseling dan tujuan perkembangan kurikulum program kerjaya.8.Digunakan sebagai asas program kerjaya kelompok dan program orientasi.9.Untuk merangsang klien memahami dan menganalisis dengan cepat keperluan-keperluannya.10.Untuk meningkatkan pemahaman guru kelas mengenai masalah pelajar di dalam darjahnya.11.Menjalankan penyelidikan masalah-masalah pelajar di sekolah.12.Untuk mengenal pasti perubahan dan perbezaan masalah dari segi umur, jantina, latar belakang sosial, pola-pola minat dan lain-lain.13.Untuk mengukur perubahan-perubanan yang terhasil daripada program pengurangan masalah pelajar yang dilaksanakan.14.Sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan tindakan15.Sebagai asas untuk pembentukan kelompok bimbingan, program orientasi.16.Sebagai alat penyelidikan permasalahan remaja.Sumber-Sumber Pembentukan Item Dalam Senarai SemakItem-item untuk edisi pra 1950'an[6]telah dibentuk berdasarkan kepada senarai utama "master lists" sebanyak 5000 item daripada sumber-sumber berikut:1.Pengalaman peribadi penulis sebagai kaunselor dan juga pentadbir sekolah.Dalam pembentukan soal selidik MPCL, pengalaman peribadi penulis sebagai kaunselor dan juga pentadbir sekolah adalah sangat perlu. Ini kerana, setiap pengalaman yang dilalui oleh individu juga akan dilalui oleh individu lain pada masa-masa tertentu.2.Analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar sekolah dan juga kolej.Selain itu, analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar sekolah dan juga kolej juga adalah menjadi sumber rujukan utama penulis dalam menyediakan item-item pada borang senarai semak.3.Kajian penulisan lepas tentang masalah para pelajar.Kajian penulisan lepas merujuk kepada bahan-bahan rujukan lain seperti buku, artikel dan lain-lain yang dijadikan rujukan oleh penulis untuk membuat soal selidik MPCL. Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya masalah dalam kalangan pelajar dan remaja yang boleh dimasukkan dalam item tersebut. Ini kerana, kemungkinan terdapatnya persamaan tingkah laku antara individu.4.Analisis perkataan yang telah ditulis oleh sebanyak 4,000 pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat yang menjelaskan masalah peribadi.Menurut Mooney (1950), penyediaan borang senarai semak ini juga adalah berdasarkan kepada analisis kajian yang dibuat keatas 4000 pelajar di amerika syarikat. Melalui analisis ini, beliau percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan juga adalah dihadapi oleh pelajar-pelajar atau remaja lain.5.pelbagai sumber-sumber lain.Dengan adanya sumber lain seperti pemerhatian tingkah laku ke atas individu, penyediaan borang senarai semak dapat dilaksanakan dengan baik.Dalam pemilihan item dalam senarai semak, penulis atau kaunselor akan menggunakan beberapa kriteria yang penting untuk memudahkan klien menjawab soalan senarai semak yang diberi. Di antara kriteria pemilihan item yang digunakan adalah berkaitan dengan[7]:1.Bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.2.Perkataan yang pendek dan ringkas untuk pembacaan berulang.3.Kesesuaian dari segi frasa individu.4.Kenyataan yang "common" apabila ditadbirkan secara berterusan kepada sekumpulan pelajar yang besar dan cukup serius untuk mewakili keutamaan kes-kes individu.5.Kepentingan tahap kepayahan dari masalah minor kepada perkara yang utama.6.Cukup kabur dalam bidang yang menyentuh peribadi "touchy" supaya membolehkan pelajar menanda item tersebut dengan perasaan bahawa dia masih boleh menyembunyikan sesetengah hal spesifik berkaitan masalahnya.7.Tertumpu kepada orientasi masalah peribadi berbanding orientasi sosial secara umum.8.Reaksi yang spontan dalam jawapan yang akan diberikan oleh klien.KebolehpercayaanSekiranya data yang diperolehi digunakan untuk memahami kes-kes individu, maka faktor-faktor yang mempengaruhi individu dan juga perasaannya haruslah diambil kira. perubahan dalam respon item tidak menjadikan data sebagai tidak sah. skor-skor yang diperolehi haruslah membantu dalam pencapaian matlamat temubual kaunseling[8].Bagi tujuan penyelidikan, data yang diperolehi haruslah menunjukkan kestabilan kepada kumpulan yang ingin dikaji. Kajian yang dilakukan oleh Gordon terhadap 116 pelajar sebanyak dua kali menunjukkan bahawa kekerapan yang diperolehi pada item-item pada ujian pertama dan kedua berkorelasi secara positif iaitu mempunyai pekali korelasi .93.Kajian kedua yang dilakukan terhadap 4 kumpulan dimana MPCL telah ditadbirkan secara berulangkali dalam tempoh satu hingga 10 minggu selepas pentadbiran pertama oleh Rank Order menunjukkan bahawa pekali korelasi yang diperolehi adalah di antara .90 hingga .98.Melalui kajian yang berulang ini menunjukkan bahawa MPCL menyediakan kestabilan dari segi nilai kebolehpercayaan yang tinggi apabila ditadbirkan kepada kumpulan, bagi tujuan perancangan program.

Kaedah Penganalisisan Data Senarai SemakKaedah penganalisisan Senarai Semak Masalah Mooney adalah sangat mudah iaitu diketagorikan kepada 11 ketagori. (Sila lihat contoh Senarai Semak Masalah Mooney di bahagian lampiran).

Di dalam senarai semak ini, Mooney (1950) membahagikan masalah-masalah yang menggangu klien kepada 11 ketagori, setiap ketagori mengandungi 20 item, seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.1[9].Kekerapan

KetagoriKetagori masalahSusunan itemMeng-gangguAmat meng-ganggu

1Kesihatan dan pertumbuhan fisiologi1-10111-120

2Kewangan,keadaan kehidupan dan pekerjaan11-20121-130

3Kegiatan sosial, hobi dan hiburan21-30131-140

4Pergaulan muda-mudi, perkhawinan dan seks31-40141-150

5Hubungan sosial41-50151-160

6Perhubungan peribadi dan psikologi (emosi)51-60161-170

7Rohani, moral dan agama61-70171-180

8Rumah tangga dan keluarga71-80181-190

9Pelajaran dan kerjaya masa depan81-90191-200

10Penyesuaian dalam kerja91-100201-210

11Kurikulum dan pembelajaran101-110211-220

Jadual 1.1: kaedah penganalisisan data Senarai Semak Masalah MooneyLangkah Dan Teknik Menguruskan Senarai Semak Dalam Soal Selidik1.Tentukan objektif soal selidik.2.Tentukan responden yang akan diambil dalam kajian.3.Sediakan inventori dan alat soal selidik.4.Edarkan senarai semak kepada responden diikuti dengan taklimat menjawabnya.5.Kumpulkan semula senarai semak untuk membuat tafsiran.6.Menyediakan laporan dengan cadangan mengatasi masalah kepada pihak yang berkenaan.7.Tindakan susulan.Kesimpulan

Walapun MPCL telah digunakan dalam beberapa kajian di malaysia dan dengan meluasnya di barat, Sewart & Deiker, 1976[10]dalam Maznah (2000) menyatakan bahawa amat sedikit sekali kajian dibuat tentang nilai psikometrik alat pengukuran MPCL. Kajian oleh Stewart & Deiker (1976) yang melibatkan tiga kumpulan remaja di barat iaitu remaja delinkuen, gangguan emosi dan remaja biasa telah mengkaji struktur faktor di peringkat item. Hasilnya mendapati bahawa terdapat satu faktor umum yang dapat menjelaskan 20% daripada jumlah varians. Hasil dapatan kajian ini juga serupa menurut kajian oleh Joshi (1964) dalam Maznah (2000) yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak di India. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa walaupun MPCL dapat mengesan masalah-maslah khusus yang dihadapi oleh pelajar, namun ia tidak dapat menjelaskan struktur faktor yang menjadi asas kepada masalah-masalah ini. (Stewart & Deiker, (1976), dalam Maznah dan Kim phaik Lah, (2000)).Waters (1954) dalam Maznah (2000) menyatakan lagi bahawa alat ini digunakan untuk menentukan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dan maklumat dari jawapan pelajar-pelajar dapat menolong kaunselor dalam memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar.