bab 7 senarai semak

25

Click here to load reader

Upload: shah0zan

Post on 29-Jun-2015

2.606 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7  senarai semak

Bab 7: Pengumpulan Data: Menggunakan rekod guru dan Data Pemerhatian.

1) Rekod GuruPelbagai rekod-rekod guru yang boleh kita jadikan sebagai sumber data. Antaranya adalah:

i- Rancangan mengajarRancangan mengajar merupakan rancangan keseluruhan guru yang amat baik sebagai sumber kepada data kajain tindakan bagi sesetengah alas an. Pertamanya, ia mengandungi kompilasi maklumat dan kegiatan pelajar yang disusun secara kronologi mengikut urutan. Keduanya, dapat melihat rencana guru yang mengandungi aktiviti-aktiviti guru kepada pelajar semasa P&P. Ketiganya, melihat garis waktu yang digunakan sebagai gambaran yang tepat tentang apa yang telah dilakukan untuk member kefahaman kepada pelajar.

ii- Buku gred guru.Kita boleh melakukan analisis dengan mudah iaitu dengan meletakkan data prestasi pelajar daripada buku gred guru. Ini merupakan percubaan yang baik kerana menerusi buku gred guru kita dapat melihat sama ada berlaku peningkatan atau tidak atau pada kedudukan yang stabil terhadap prestasi pelajar secara individu. Dalam pada masa yang sama, ia dapat menggambarkan apakah perubahan positif, negatif atau statik yang berlaku dalam kelas dan seterusnya pada sekolah. Informasi yang diperlihatkan dalam prestasi pelajar ini adalah sesuatu yang menarik tetapi ia bukanlah menunjukkan cara bagaimana untuk kita meningkatkan pengajaran, kecuali prestasi tersebut berkolerasi dengan perancangan kelas yang efektif dengan kepelbagaian strategi pengajaran.

2) Data PemerhatianPemerhatian dalam kelas menyediakan maklumat dengan cepat dan sumber yang berguna. Terdapat pemerhatian yang boleh menjadi rekod data guru dan bahan-bahan yang menjadi sumber dalam pengumpulan data ialah:

i- Jurnal

Apa sahaja tentang tingkah laku pelajar itu adalah satu data yang berguna. Jika guru membiasakan diri dengan menulis jurnal, ia akan menghasilkan sesuatu maklumat dan data yang sangat penting dan berharga. Dengan menganalisis maklumat-maklumat yang terdapat dalam jurnal ia dapat membantu kita memahami mengapa sesuatu hal yang berlaku itu terjadi pada keadaan tertentu dan urutan tertentu.

ii- Nota daripada clipbord

Mengumpul maklumat-maklumat yang terdapat di papan-papan kenyataan dan disimpan serta dipaparkan di meja. Ramai dikalangan guru yang mengumpul kajian-kajian lepas atau maklumat-maklumat. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kita akan dapat menyaksikan sesuatu peristiwa itu relevan atau tidak dengan topik kajian.

Page 2: Bab 7  senarai semak

iii- Senarai semak terbuka

Kita sebagai guru memerlukan data pemantauan yang terperinci yang kita sendiri tidak boleh mendapatkannya sendiri kerana pelbagai situasi boleh berlaku apabila kita sedang mengajar sama ada sedar atau tidak. Jalan terbaik untuk digunakan adalah dengan meminta kumpulan guru yang boleh member kerjasama untuk membuat pemantauan semasa kita mengajar. Data pemantauan kebiasaanya diletakkan atau dikongsi dalam bahagian senarai semak yang salah satunya adalah senarai semak terbuka. Segala pengumpulan data akan disusun secara teratur yang mengandungi kegiatan guru bersama pelajar semasa P&P.

iv- Senarai semak yang standard.

Apabila kita ingin tahu apa yang berlaku sebelum kita memulakan proses pemerhatian, kita boleh menggunakan senarai semak yang standart. Satu yang berbeza senarai semak standart dengan senarai semak terbuka adalah, senarai semak standart memerlukan kita meluangkan masa untuk mencari maklumat dengan melakukan pemerhatian dari sudut kriteria pelajar sebelum memulakan pengumpulan data yang menyeluruh. Data yang telah diperolehi daripada senarai semak standart boleh membantu kita asalkan kesemua kumpulan data diterima oleh orang lain dan bersetuju terhadap definisi dan criteria yang telah dikelaskan mengikut tindakan.

v- Tingkat skala

Membuat tingkat skala memerlukan proses yang memakan masa yang lama. Masa ini tetap diperlukan kerana ia merupakan alat penilaian yang member manfaat sebenar kepada pengkaji. Oleh yang demikian, tingkat skala perlu ditulis dalam bahasa yang jelas dan mudah difahami untuk membezakan setiap skor yang diperolehi serta sentiasa dalam keadaan terkawal.

Page 3: Bab 7  senarai semak

BAHASA MELAYUDALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

PERKEMBANGAN BAHASA

Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.

1.1. DEFINISI BAHASA:

Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakilikonsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA

1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untukmemenuhi keinginan dan hajat.

1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.

1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.

1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.

1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.

1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yangtelah dialami.

1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU

a. Kemahiran Lisan

b. Kemahiran Bacaan

c. Kemahiran Tulisan

d. Kemahiran Ejaan

KEMAHIRAN LISAN

Page 4: Bab 7  senarai semak

1.1 PENGENALAN

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

KEMAHIRAN MENDENGAR

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.- Mendengar secara kritikal.- ” auding”- Mengikut arahan.- Memahami urutan atau sekuan.- Mengingat kembali.- Menentukan idea utama / terpenting.- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3: KEPENTINGAN LISAN

Page 5: Bab 7  senarai semak

Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.

Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.

Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.- Mendengar secara kritikal.

Page 6: Bab 7  senarai semak

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.

1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN

1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.

1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :

1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untukdidengar oleh pendengar yang ada.

1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia adamurid.

1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenaiperkara-perkara tertentu.

1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

Page 7: Bab 7  senarai semak

1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahanmereka sendiri.

1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjahpencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.

1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuksekali dua sahaja.

1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yangberikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jikadidapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secaraspontan.

2. KEMAHIRAN BACAAN

2.1 DEFINISI MEMBACA

Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.

Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

KESIMPULANNYA:

Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

Page 8: Bab 7  senarai semak

2.2 PROSES BACAAN

2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.

2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)

a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.e. Sintesis : Membuat kesimpulan

2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)

a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)

a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.

2.3. KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiranyang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.

2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA

2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.- Umur: Peringkat umur yang berbeza.- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaanmembaca.- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN

Page 9: Bab 7  senarai semak

Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.

2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH

- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangandan gangguan emosi.- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakapdan lain-lain.

2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:

- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.

2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)

- Diskriminasi Penglihatan.- Diskriminasi Pendengaran.

2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA

- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.

2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

2.4.1 BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.- Huruf terbalik.- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.- Salah memecah / membatang suku kata.- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.

Page 10: Bab 7  senarai semak

- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.- Mengeja sebelum membaca.- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.- Menyebut perkataan mengikut loghat.

2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.- Tertinggal.- Pembalikan perkataan.- Mengulang.- Merangkak-rangkak.- Membaca mengikut loghat.

2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

- Mengenal pasti kanak-kanak.- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.- Susun strategi pemulihan.- Pelaksanaan.- Penilaian

3 KEMAHIRAN TULISAN

3.1. DEFINISI

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentukgrafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkanlambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yangbermakna serta dijadikan alat komunikasi.

3.2. PERANAN TULISAN

Page 11: Bab 7  senarai semak

Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapatmelahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasadan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakatkanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulisdan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajaklain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

3.3.1 Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagimenyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima olehkelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataspermukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka denganmenggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan bendatersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisanperlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti sepertimenggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain.

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dansebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

Page 12: Bab 7  senarai semak

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

3.3.2 TULISAN MEKANIS

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah fahamdan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanismerupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelahkemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermuladengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

3.3.3 TULISAN KREATIF

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkatini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkatmekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

- Membina ayat.- Mengarang cerita.- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.- Menulis surat kiriman.- Lain-lain yang berkaitan.

3.3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

Page 13: Bab 7  senarai semak

- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

3.4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkatermulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti denganmudah.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat denganteliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengansempurna.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanakiItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

4. EJAAN

4.1. DEFINISI

Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untukmelahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahirmengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melaluikemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemahdalam ejaan.

4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN

4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.

- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatuperkataan.

Page 14: Bab 7  senarai semak

- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

- Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA

- Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.

- Mendiskriminasi perkataan.

- Melengkapkan atau menambah perkataan.

- Membina perkataan di dalam perkataan.

- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

- Permainan teka teki.

- Permainan Silang kata.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN2. MENGENAL PASTI MASALAH3. STRATEGI PENGAJARAN

Page 15: Bab 7  senarai semak

4. PELAKSANAAN5. PENILAIAN

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN

1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)1.2 Berdasarkan PKBS, atau1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau1.4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guruBahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.

2. MENGENAL PASTI MASALAH

2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid:· Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan.· Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.· Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan.

2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:2.2.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan JPK, KPM)2.2.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)2.2.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk menjawab.2.2.4 Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil.2.2.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan teruskan ujian.

2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;2.3.1 Masalah sosial seperti:· Selalu tidak hadir ke sekolah· Tiada galakan keluarga· Kemiskinan· Takut· Malu· Rasa rendah diri, dan lain-lain

Page 16: Bab 7  senarai semak

Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

3. STRATEGI PENGAJARAN

3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan murid dan merekodkannya.3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.

Apa itu Disleksia?Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguhMempunyai keupayaan intelek yang normalTelah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupiMasalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyiMereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksiaKanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :-Lambat bertutur-Mengalami kesukaran sebutan atau rima-Sukar menulis nama sendiri-Sukar mengenal bentuk atau warna-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :-membezakan 15 dengan 51- “was” menjadi “saw”- ‘b’ dengan ‘d’‘- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

Page 17: Bab 7  senarai semak

Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensiBijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya- Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri- Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan- Gangguan emosi (seperti kemurungan)- Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)- Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah DisleksiaLangkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang DayaTumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :-Terapi pertuturan-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)-Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)-Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)-Merasa pergerakan bibir-Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :-Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur-Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)-Gunakan video atau kaset untuk belajar-Program pemulihan khusus :Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia