seminar

5
Laporan Seminar ‘Math is Fun’ Pada 8 September 2013 yang lalu, seramai lapan orang murid dan dua orang guru dari Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane telah pun menyertai satu seminar ‘Math is Fun!’ yang berlangsung di Wawasan Open University, Pulau Pinang. Seminar yang dijalankan bermula pada jam 10.00 hingga 11.30 pagi itu begitu padat dengan maklumat dan ilmu baru berkaitan Matematik . Tepat pada 9.30 pagi lagi, sudah ramai peserta yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kemudian, agenda yang ditunggu-tunggu iaitu sesi seminar bersama tetamu yang dijemput khas daripada Jepun, Encik Susumu Sakurai yang juga merupakan seorang guru Matematik dari Jepun dilaksanakan tepat pada jam 10.00 pagi. Kesemua peserta yang hadir berasa sangat teruja dan gembira kerana berpeluang mendapatkan perkongsian ilmu pelbagai formula baru yang lebih mudah dan ringkas untuk menyelesaikan masalah Matematik. Sesi seminar yang dinamakan juga sebagai ‘Exciting Adventure in Numbers’ ini telah berjaya mengajak kesemua peserta yang hadir membuat eksplorasi dengan pelbagai nombor.

Upload: syafiqah-sedan

Post on 25-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Seminar

Laporan Seminar ‘Math is Fun’

Pada 8 September 2013 yang lalu, seramai lapan orang murid dan dua orang

guru dari Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane telah pun menyertai satu seminar

‘Math is Fun!’ yang berlangsung di Wawasan Open University, Pulau Pinang. Seminar

yang dijalankan bermula pada jam 10.00 hingga 11.30 pagi itu begitu padat dengan

maklumat dan ilmu baru berkaitan Matematik .

Tepat pada 9.30 pagi lagi, sudah ramai peserta yang hadir untuk sesi

pendaftaran. Kemudian, agenda yang ditunggu-tunggu iaitu sesi seminar bersama

tetamu yang dijemput khas daripada Jepun, Encik Susumu Sakurai yang juga

merupakan seorang guru Matematik dari Jepun dilaksanakan tepat pada jam 10.00

pagi.

Kesemua peserta yang hadir berasa sangat teruja dan gembira kerana

berpeluang mendapatkan perkongsian ilmu pelbagai formula baru yang lebih mudah

dan ringkas untuk menyelesaikan masalah Matematik. Sesi seminar yang dinamakan

juga sebagai ‘Exciting Adventure in Numbers’ ini telah berjaya mengajak kesemua

peserta yang hadir membuat eksplorasi dengan pelbagai nombor.

Antara perkongsian menarik yang diterangkan oleh Encik Susumu Sakurai ialah

berkaitan pengiraan nombor piramid dan pendaraban dua nombor yang menghampiri

100. Langkah pengiraan yang menarik dan mudah menyebabkan semua peserta yang

hadir berasa kagum dengan penemuan formula baru yang dicipta oleh Encik Susumu.

Page 2: Seminar

Kemudian, sesi soal jawab telah dibuka kepada semua yang hadir. Beberapa

orang peserta telah memberikan pendapat mereka tentang perkongsian yang

dibentangkan oleh Encik Susumu. Setelah tamat sesi soal jawab, semua peserta yang

hadir dijemput untuk mengambil autograf dan bergambar bersama Encik Susumu

Sakurai sebagai tanda kenang-kenangan. Murid-murid dan guru dari Sekolah

Kebangsaan Convent Green Lane sempat mengambil gambar bersama sebelum

pulang.

Kesimpulannya, diharapkan bahawa program-program seminar seperti ini akan

dapat dilaksanakan lagi bagi memerluaskan lagi pemahaman murid-murid dalam

akademik.

Page 3: Seminar

Seminar ‘Math is Fun’

Sebelum sesi seminar dimulakan

Encik Susumu memperkenalkan diri beliau kepada peserta yang hadir.

Page 4: Seminar

Encik Susumu menunjukkan cara pengiraan baru yang diterokai olehnya.

Antara murid-murid dan guru SK Convent Green Lane yang hadir ke seminar ‘Math is Fun’.

Page 5: Seminar

Encik Susumu memberikan autograf kepada peserta yang hadir

Encik Susumu bergambar bersama