present seminar

Click here to load reader

Post on 19-Nov-2015

21 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Persepsi Guru BM Sekolah Menengah terhadap penerapan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

TRANSCRIPT

  • NOR HASMALIZA BT HASAN~P 69386~

    FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • PENGENALAN Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, satu daripada 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global ialah kemahiran berfikir ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ).

    Secara umumnya, mengikut Taksonomi Bloom, KBAT atau HOTs merujuk kepada 4 aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 )

    Transformasi Kurikulum Pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills ( HOTS) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.

  • PENYATAAN MASALAHPengetahuan guru tentang kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dikatakan masih berada di tahap yang rendah.

    (P&P) masih menjurus kepada peperiksaan (exam oriented) telah melemahkan usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

    Guru kurang mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah bersifat reproduction iaitu mengeluarkan semula apa yang telah dipelajari tanpa menggalakkan pelajar untuk berfikir.

  • PENYATAAN MASALAHAmalan pengajaran guru di bilik darjah kurang menekankan strategi kemahiran berfikir seperti kaedah penyoalan, perbincangan dan inkuiri penemuan.

    Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran sedia ada yang bersesuaian ketika proses P&P di dalam bilik darjah. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk menjana pemikiran aras tinggi pelajar serta menimbulkan minat mereka untuk terus belajar dan menjadikan pembelajaran satu perkara yang menyeronokkan.

  • KERANGKA KONSEPTUALRajah 1: Kerangka Konseptual KBAT dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah. (Sumber: diubahsuai daripada Model CIPP Stufflebeam (1971) dalam kajian Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2009))

  • TUJUAN KAJIANKajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Melayu sekolah menengah harian di daerah Kuala Terengganu terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu dari segi aspek pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan dalam pengajaran, sikap dan penilaian.

  • OBJEKTIF KAJIANMengenal pasti tahap pemahaman guru-guru bahasa Melayu tentang KBAT.

    Mengenal pasti tahap pengetahuan guru-guru bahasa Melayu tentang KBAT.

    Mengenal pasti tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran bahasa Melayu.

    Mengenal pasti tahap sikap guru-guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT.

    Mengenal pasti tahap penilaian guru-guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT.

  • PERSOALAN KAJIAN1. Apakah tahap pemahaman guru Bahasa Melayu tentang KBAT?

    2. Apakah tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang KBAT?

    3. Apakah tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran bahasa Melayu?

    4. Apakah tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap KBAT?

    5. Apakah tahap penilaian guru terhadap KBAT?

  • METODOLOGI KAJIANReka bentuk kajian:

    -Kajian Kuantitatif-Kaedah tinjauan (soal selidik)Sampel Kajian:- Guru Bahasa Melayu (226 orang)Saiz sampel berdasarkan jadual penentuan saiz Krejcie dan Morgan (1970).Kajian Rintis Analisis data deskriptif dan inferensi (ujian-t, Mann-Whitney U dan ANOVA).

  • DAPATAN KAJIANDemografi

    JantinaUmurKelulusan Profesional TertinggiBidang PengkhususanPengalaman MengajarTingkatan MengajarKategori SekolahPendedahan/Kursus KBAT

  • DAPATAN KAJIANAnalisis Deskriptif

    Tahap PemahamanTahap PengetahuanTahap Kemahiran PelaksanaanTahap SikapTahap Penilaian

  • RUMUSAN DAPATAN KAJIANTahap Pemahaman Secara keseluruhannya, pemahaman guru-guru Bahasa Melayu terhadap KBAT berada pada tahap yang sederhana. (Min = 3.35)

    Guru memahami aspek pelaksanaan menggunakan kemahiran berfikir dalam penyelesaian masalah dan pengajaran menulis. (Bersetuju: 69.0% ; Sangat Bersetuju: 5.8%) Nilai min paling tinggi, Min=3.77 (Tahap=Tinggi)

    Kursus yang dihadiri tidak memberikan kefahaman baik yang tentang KBAT. (TB: 95.6% , STB: 4.4%) Nilai min paling rendah, Min=1.96 (Tahap=Rendah)

    Guru-guru masih perlu diberikan pendedahan secara menyeluruh dan mendalam mengenai konsep KBAT merangkumi aspek pelaksanaan, strategi dan teknik-teknik pengajaran bagi menjana pemikiran aras tinggi pelajar.

  • 2. Tahap PengetahuanSecara keseluruhannya, pengetahuan guru-guru BM tentang KBAT berada pada tahap yang tinggi. (Min=3.58)

    Majoriti guru BM menyatakan mereka mengetahui bagaimana untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam proses PdP. (Bersetuju: 71.7% ; Sangat Bersetuju: 8.0%) Nilai min paling tinggi, Min=3.85 (Tahap=Tinggi)

    Sebahagian guru-guru BM didapati masih kurang mengetahui pelbagai teknik dan strategi untuk mengajar KBAT dalam BM. (TP: 41.2% , TB: 9.3%) Nilai min paling rendah, Min=3.42 (Tahap=Sederhana)

    Guru-guru perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang konsep KBAT. Maka dengan itu, mereka akan mengaplikasikannya dalam pengajaran dengan lebih baik.

  • 3. Tahap Kemahiran Pelaksanaan dalam Pengajaran

    Secara keseluruhannya tahap kemahiran pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dalam kalangan guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. (Min=3.58)

    Saya menggunakan sumber pengajaran-pembelajaran bertujuan mengadakan pengajaran-pembelajaran yang berkesan. (Bersetuju: 79.2% ; SB: 7.1%) Nilai min tertinggi, Min=3.93 (Tahap= Tinggi)

    Guru mengembangkan potensi individu pelajar dalam pembelajaran KBAT. (TP: 47.3% ; TB: 18.6% ; STB: 0.9%) Nilai min terendah, Min=3.14 (Tahap=Sederhana)

    Guru-guru perlulah bijak, kreatif dan inovatif dalam memilih teknik-teknik atau strategi-strategi serta alat bantu mengajar untuk menggalakkan kemahiran berfikir pelajar yang seterusnya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran KBAT yang berkesan di bilik darjah.

  • 4. Tahap Sikap

    Secara keseluruhannya, sikap guru terhadap KBAT berada pada tahap yang tinggi dengan nilai (Min=3.61)

    Untuk menjadi seorang guru yang berkesan seseorang memerlukan latihan yang berterusan dalam bidang pengajaran KBAT. (Bersetuju: 67.3% ; SB: 21.2%) Nilai min tertinggi , Min=4.09 (Tahap= sangat tinggi)

    Tanggungjawab guru adalah terhad kepada sekolah dan masa di sekolah bagi mengajar KBAT. (TP: 28.8% ; TB: 25.7% ; STB: 0.9%) Nilai min terendah, Min=3.20 (Tahap= sederhana)

    Dapatan jelas menunjukkan kebanyakan guru BM bersikap positif terhadap pelaksanaan penerapan KBAT dalam pengajaran.

    Latihan yang berterusan dalam bidang pengajaran KBAT diperlukan untuk menjadi seseorang guru berkesan supaya dapat mewujudkan proses PdP yang berkesan di samping menjana pemikiran aras tinggi pelajar serta melahirkan generasi yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

  • 5. Tahap Penilaian

    Penilaian guru terhadap pelaksanaan KBAT adalah pelbagai iaitu terdapat guru yang bersikap positif dan juga negatif.

    Penilaian guru terhadap pelajar menunjukkan bahawa murid terlalu bergantung pada guru dalam setiap aktiviti KBAT. (Bersetuju: 61.9% ; Sangat Bersetuju: 14.6%) Nilai min tertinggi=3.85 Tahap penilaian= Tinggi

    Murid lebih aktif apabila diajukan dengan soalan yang menggunakan KBAT. (Bersetuju: 38.9%; Sangat bersetuju: 1.3%) Nilai min terendah=3.16 Tahap penilaian= Sederhana

    Secara keseluruhannya, penilaian guru-guru BM terhadap KBAT berada pada tahap tinggi. (Min=3.57)

  • IMPLIKASI KAJIANPemahaman dan pengetahuan guru tentang KBAT masih perlu diperkukuh dan dipertingkatkan lagi khususnya dari segi aspek strategi dan kaedah menerapkan unsur KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih terancang.

    Pihak terlibat seperti KPM, JPN, PPK, PPD dan sekolah perlu memastikan guru-guru Bahasa Melayu diberikan pendedahan secara menyeluruh KBAT.

    -kursus-kursus yang lebih komprehensif dan latihan secara berterusan bagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran guru-guru dalam menerapkan dan menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu di bilik darjah