semantik bab 3
TRANSCRIPT
7/27/2019 semantik bab 3
http://slidepdf.com/reader/full/semantik-bab-3 1/6
32
BAB 3
SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN
DAN PERUBAHAN MAKNA
3.0. Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai aspek yang akan digunakan dalam kajian tesis
ini. Analisis data yang dilakukan dalam bab keempat nanti adalah berdasarkan kajian
semantik yang dilakukan ke atas data yang telah dikeluarkan.
Aspek ketepatan makna kata yang diserap berbanding makna asal dilihat
melalui perluasan, penyempitan atau perubahan makna yang berlaku pada kata yang
dikaji. Kajian semantik yang digunakan dalam analisis data adalah berdasarkan ilmu
semantik yang dipelajari dalam bahasa Melayu kerana dalam bahasa Arab ilmu
semantik dipelajari dalam ilmu Balaghah. Ilmu semantik disebut sebagai ‘ilmu dilalah
di dalam bahasa Arab. Definisi mengikut sarjana bidang semantik dipetik untuk
dijadikan panduan terhadap bidang ilmu yang dibincangkan dalam kajian ini.
7/27/2019 semantik bab 3
http://slidepdf.com/reader/full/semantik-bab-3 2/6
33
3.1. Semantik
Semantik adalah suatu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.
Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Melalui kata manusia
mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian. Semakin
banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyaklah idea yang mampu
diungkapkannya baik yang tersirat mahupun yang tersurat.
Perkataan ‘semantik’ sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘sema’
yang bermaksud menunjukkan sesuatu “sign” sebagai satu istilah yang khusus bagi
salah satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna. Perkataan ini mula
digunakan oleh Michel Breal seorang ahli Filologi Perancis pada tahun 1883.
Menurut John Lyons (1993) bidang semantik akhirnya menjadi panduan yang
praktik yang dapat dilihat terutamanya dalam bidang perkamusan dan peristilahan
sepanjang zaman bukan sahaja di barat bahkan juga di seluruh dunia yang mengkaji
bahasa. Sungguhpun begitu, bidang kajian semantik ini agak diabaikan dalam kajian
linguistik moden disebabkan oleh perasaan sangsi sama ada makna itu boleh dikaji
secara objektif atau tidak.
Berdasarkan Richards et al. (1989)14, semantik ialah kajian tentang makna, iaitu
apa yang diekspresikan oleh sesuatu bahasa mengenai dunia yang tempat kita hidup
ataupun sebarang dunia kemungkinan ataupun dunia imaginasi, yang merujuk kepada
analisis terhadap kata, frasa, atau ayat
14 Richards, J., Platt J. & Weber H., 1989. Longman Dictionary of Applied Linguistics. Hlmn 172.
7/27/2019 semantik bab 3
http://slidepdf.com/reader/full/semantik-bab-3 3/6
34
Menurut Dany A. Kwary, kajian semantik membahaskan mengenai makna
bahasa. Analisis makna dalam hal ini mulai dari suku kata hingga ayat. Analisis
semantik mampu menunjukkan bahawa dalam bahasa Inggeris, setiap kata yang
memiliki suku kata ‘pl’ memiliki erti sesuatu yang datar sehingga tidak sesuai untuk
nama produk/benda yang cekung. Ahli semantik juga dapat membuktikan suku kata apa
yang cenderung memiliki makna yang negatif, sehingga suku kata tersebut seharusnya
tidak digunakan sebagai nama produk insurans.
Bidang semantik jika dikaitkan dengan bidang yang lain, ia akan membawa
pengertian yang berbeza-beza. Sebagai contoh, dalam bidang linguistik, semantik
dianggap kajian tentang makna dalam bahasa, manakala dalam bidang logik (mantiq),
ia dianggap sebagai rujukan linguistik atau denotasi dalam bahasa. Bidang-bidang lain
pula, seperti falsafah, psikologi, dan sains komputer, kerap meninjau pengertian
daripada kedua-dua makna.15
Jelas di sini bahawa kajian makna menjadi fokus utama dalam semantik. Sebelum
penjelasan tentang semantik ini dilanjutkan, ada beberapa pendapat dan teori pakar
bahasa mengenai makna yang perlu diambil maklum.
Menurut Anton M. Moeliono dan rakan-rakan, makna adalah; pertama, Erti, seperti
dalam kalimat “ia memperhatikan makna yang terdapat dalam tulisan kuno itu,”
Kedua, Maksud pembicara atau penulis, dan ketiga, Pengertian yang diberikan kepada
suatu bentuk kebahasaan.
15 Adrian Akmajian, et.al.1995. Linguistics: An Introduction to Language and Communication.
7/27/2019 semantik bab 3
http://slidepdf.com/reader/full/semantik-bab-3 4/6
35
Dalam kajian linguistik makna adalah salah satu persoalan yang dapat dikaji secara
mendalam. Penyelidikan makna dalam kajian linguistik disebut dengan semantik.
Dengan demikian, semantik merupakan bahagian penting dalam linguistik.
Semantik menurut J.W.M. Verhaar ialah teori makna atau teori erti. Begitu juga
dengan J. D. Parera yang mengemukakan bahawa semantik adalah ilmu tentang makna.
John Lyons pula mendefinisikan semantik dengan penyelidikan makna.
Umar Mukhtar, 1982, dalam kitabnya ‘ilmu dilālah telah mendefinisikan semantik
seperti berikut:
” Semantik adalah kajian tentang makna atau ilmu yang mempelajari tentang
makna atau merupakan cabang linguistik yang mengkaji tentang teori manusia.”
3.2. Peluasan Makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan boleh meluaskan,
menyempitkan juga mengubah makna sesuatu kata.
Menurut Chaer P15F
16P, apa yang dimaksudkan dengan penambahan atau peluasan
makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata atau leksem yang pada mulanya
hanya memiliki satu makna, tetapi kemudian kerana pelbagai faktor memiliki makna-
makna lain.
Contoh bentuk peluasan makna menurut Chaer adalah kata “saudara”, pada
mulanya bermakna “seperut” atau “sekandung” kemudian berkembang maknanya
menjadi “siapa sahaja yang sepertalian darah”, akibatnya anak kepada adik-beradik ibu
16 Abdul Chaer. 2003. Linguistik Umum.
7/27/2019 semantik bab 3
http://slidepdf.com/reader/full/semantik-bab-3 5/6
36
atau bapa pun disebut saudara, dan lagi siapa pun yang mempunyai asal-usul yang sama
juga disebut saudara. Bahkan kini siapa pun dapat disebut saudara, seperti saudara
seagama dan saudara seislam.
3.3. Penyempitan Makna
Penyempitan makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata yang pada
mulanya memiliki makna yang cukup luas, kemudian berubah menjadi terbatas. Seperti
kata ‘dai’ dalam bahasa Arab. Kata ini mempunyai makna yang banyak antaranya,
orang yang menjemput, orang yang berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan
berbagai-bagai lagi. Tetapi kata ini telah disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu
iaitu ‘pendakwah’ sahaja dan tiada makna lain. Keperluan penutur Melayu terhadap
kata ini hanya yang membawa maksud pendakwah sahaja menyebabkan makna-makna
lain tidak diterima apabila kata ini diserap dalam bahasa Melayu.
3.4. Pemindahan Makna
Pemindahan makna bermaksud penggantian makna secara total daripada maksud
kata asalnya. Walaupun sebenarnya makna yang baru itu mempunyai kaitan dengan
makna asal kata yang dipinjam. Sebagai contoh kata ‘gapura’ yang bermaksud ‘pintu
gerbang’ berbanding makna sebenarnya dalam bahasa Arab ‘ghafura’ yang bermaksud
‘Maha Pengampun’. Asal-usul perubahan maksud kata ini kononnya pada zaman Wali
Songo di Jawa mempercayai bahawa sesiapa yang melepasi satu gerbang untuk ke
Masjid Demak, dengan sendirinya mendapat pengampunan segala dosanya atas agama
yang dianuti sebelumnya.
7/27/2019 semantik bab 3
http://slidepdf.com/reader/full/semantik-bab-3 6/6
37
Di samping itu, menurut Ullman17, bahawa antara penyebab perubahan makna itu
adalah kerana pengaruh bahasa asing. Contohnya dalam bahasa Inggeris ‘paper’
bermakna ‘kertas’ namun dalam bahasa Melayu masa kini kata ‘paper’ sering diertikan
dengan karya ilmiah yang bakal dibentangkan dalam mana-mana seminar atau
perbincangan atau mesyuarat.
3.5. Penutup
Penyempitan, perluasan atau penyimpangan makna biasa berlaku kepada kata yang
dipinjam daripada bahasa asing. Kata yang dipinjam disesuaikan dengan keperluan,
tempat, suasana serta budaya sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu apa pun makna yang
difahami terhadap kata serapan asing yang digunakan dalam masyarakat, itulah makna
yang diperlukan.
17 Pateda, Mansoer. 2001. Semantik Leksikal.